Anda di halaman 1dari 1

Selain itu, semasa langkah penutup iaitu aktiviti membuat rumusan terhadap sesi

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan semasa simulasi, guru perlu membuat dua
peneguhan utama iaitu peneguhan kognitif dan peneguhan sosial. Semasa peneguhan sosial,
siswa pendidik perlu membuat rumusan mengenai perkara yang telah diajar pada hari
tersebut. Selain itu, murid juga boleh dipanggil untuk membuat rumusan pembelajaran.
Namun begitu, walaupun terdapat dua kumpulan kemahiran murid semasa simulasi, siswa
pendidik lebih menumpukan perhatian kepada satu kumpulan kemahiran murid sahaja untuk
memberikan rumusan pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Siswa pendidik lupa untuk
memanggil wakil daripada kedua-dua kumpulan kemahiran untuk memberikan rumusan. Oleh
yang demikian, guru tidak dapat melihat bagaimana penguasaan dan kefahaman murid
terhadap topik yang diajarkan semasa simulasi pada hari tersebut.

Di samping itu, semasa simulasi dilaksanakan, siswa pendidik juga kurang


memberikan pendedahan dengan menggunakan kaedah pembelajaran abad ke-21. Hal ini
kerana, guru berpendapat bahawa pengajaran seperti pengajaran berpusatkan,
pembelajaram koperatif dan kolaboratif tidak akan dapat membantu murid pemulihan yang
mempunyai aras kognitif yang rendah untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam
pembelajaran. Mereka tidak mampu untuk belajar dan membantu antara satu dengan yang
lain terhadap sesuatu yang berkaitan dengan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, siswa
pendidik beranggapan bahawa kaedah dan pendekatan pengajaran abad ke-21 tersebut tidak
mampu untuk membantu murid pemulihan untuk memahami isi pembelajaran. Ia juga secara
langsung akan menyebabkan objektif pengajaran dan pembelaran yang dirancang tidak dapat
dicapai.

Anda mungkin juga menyukai