JENAYAH
POLISI SOSIAL DAN UNDANG-UNDANG
FEM3106
DR SA’ODAH AHMAD
JABATAN PEMBANGUNAN MANUSIA DAN PENGAJIAN
KELUARGA
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
UPM.
PENGENALAN
Jenayah adalah fenomena sosial dan
ekonomi dalam masyarakat.
Jenayah berlaku apabila individu gagal
mematuhi pola sosial tingkah laku yang
diterima oleh masyarakat.
Undang-undang berkaitan dengan
jenayah dikenali sebagai undang-undang
jenayah.
Istilah crime berasal daripada perkataan
Greek krimos yang bermaksud peraturan
sosial.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
DEFINISI JENAYAH
Menurut Garafalo – jenayah adalah ‘an
immoral and harmful act that is regarded
as criminal by public opinion’.
Ringkasnya, jenayah adalah tingkah laku
antisosial yang merbahaya dan
bertentangan dengan nilai moral
masyarakat.
Jenayah adalah tingkah laku yang
dianggap salah kerana melanggar
kepentingan sosial dan hak awam.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK./FEM/UPM
Sambungan…
Menurut House of Lords dalam kes Board
of Trade v. Owen (1957), jenayah adalah
‘an unlawful act or default which is an
offence against the public and renders
the person guilty of the act liable to legal
punishment’.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…
Kesalahan jenayah berbeza mengikut
masyarakat.
Sikap masyarakat mengenai persoalan
moral mencerminkan perubahan
pandangan masyarakat mengenai
kesalahan jenayah.
Jenayah dari perspektif undang-undang
sivil sangat relatif kepada masa, tempat,
keperluan, kehendak dan nilai-nilai
dalam sesebuah masyarakat.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
TANGGUNGJAWAB JENAYAH
Berdasarkan prinsip undang-undang
Latin, ‘actus non facit reum, nisi mens sit
rea’ – tiada jenayah kecuali dengan niat.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…
Umur tanggungjawab jenayah di Malaysia
umumnya : 10 tahun ke atas – seksyen
82 Kanun Keseksaan.
Pengecualian : jika individu yang
berumur 10 tahun ke atas tetapi di
bawah 12 tahun masih tidak sempurna
akal – seksyen 83 Kanun Keseksaan.
Peruntukan ini menunjukkan kanak-
kanak boleh menjadi pesalah jenayah
(juvana).
SA’ODAH AHMAD/JPMPK./FEM/UPM
ALASAN PEMBELAAN : S. 76 - 106
Tertuduh boleh menggunakan
peruntukan yang disediakan dari s. 76
hingga s. 106 mengikut kesesuaian kes.
Antara alasan dalam peruntukan
tersebut:
Tidak berniat/tidak sengaja
Kanak-kanak bawah umur 10 tahun
Provokasi
Mabuk
Mempertahankan diri
Tidak sempurna akal
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
PENTADBIRAN UNDANG-
UNDANG JENAYAH
Pentadbiran undang-undang jenayah
boleh dilihat dari 2 aspek utama iaitu:
Undang-undang substantif – berkaitan
dengan perilaku yang dikanunkan
sebagai kesalahan jenayah dan
dinyatakan hukumnya : Kanun Keseksaan
(KK)
Undang-undang prosidur – berkaitan
tatacara penyiasatan dan perbicaraan kes
jenayah : Kanun Acara Jenayah (KAJ).
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…
Jenayahmenurut KK meliputi kesalahan
terhadap individu, harta benda dan
negara.
Terdapat
beberapa akta lain yang relevan
dengan jenayah seperti Akta Dadah
Merbahaya 1952 dan Akta Pencegahan
Rasuah 1997.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…
Pengetahuan asas berkenaan undang-
undang dan prosedur jenayah penting
kerana:
Membantu seseorang memahami hak dan
tanggungjawabnya di sisi undang-
undang jenayah.
Mengelakkan pihak berkuasa dari
bertindak di luar batas undang-undang
semasa menjalankan penyiasatan atau
penguatkuasaan undang-undang
jenayah.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
JENIS JENAYAH
Jenayah yang ditetapkan oleh undang-
undang
Kesalahan terhadap negara.
Kesalahan terhadap tubuh individu.
Kesalahan terhadap harta benda.
Kesalahan melibatkan pegawai kerajaan.
Kesalahan terhadap kesihatan,
kepentingan dan keselamatan awam.
Kesalahan berkaitan dokumen.
Kesalahan melanggar kontrak
perkhidmatan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…
Jenayah Berat
Tingkah laku atau cubaan yang bertujuan
mengancam keselamatan awam. Mangsa
terdedah kepada kecederaan fizikal.
Jenayah Profesional
Jenayah yang dilakukan oleh individu
yang terlibat sepenuh masa dengan
jenayah – jenayah sebagai kerjaya.
Penjenayah mempunyai kemahiran dan
kecekapan tertentu.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan
Tujuanpendakwaan Tujuan tuntutan
untuk menghukum untuk dapatkan
penjenayah. gantirugi.
Penyelesaian di luar
Tiada penyelesaian di mahkamah
luar mahkamah. digalakkan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Hak Orang Yang Ditangkap
Diberitahu sebab mengapa ia ditangkap,
Perlu diihadapkan ke mahkamah
Majistret dalam tempoh 24 jam.
Ditahan lebih lama jika Majistret
keluarkan perintah tahanan reman.
Perkara 5(3),(4) Perlembagaan
Persekutuan menetapkan tahanan perlu
diberitahu hak perlembagaannya serta
kenyataan berjaga-jaga (cautious
statement) sebelum sebarang soal-siasat
dijalankan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…
Kegagalan polis - menyebabkan
kenyataan yang dibuat oleh tahanan
walaupun secara sukarela tidak boleh
digunakan sewaktu perbicaraan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
TEORI PERLAKSANAAN HUKUMAN
Retribution / Rehabilitation /
Balasan Pemulihan
Deterrence / Prevention /
Halangan Pencegahan
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…
Retribution - Hukuman berdasarkan
andaian etika/moral bahawa penjenayah
sewajarnya menerima balasan yang
setimpal dengan apa yang dialami oleh
mangsa. Hampir sama dengan konsep
Qisas dalam undang-undang Islam.
Deterrence – Hukuman berat dijatuhkan
dengan tujuan untuk menghalang
berlakunya jenayah. Penjenayah yang
dijatuhkan hukuman menjadi contoh
amalan tegas kerajaan dan amaran kepada
ahli masyarakat.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…
Prevention – Hukuman adalah untuk
mencegah masyarakat daripada
melakukan jenayah.
Penjenayah dihukum penjara yang lama
bagi tujuan pengasingan supaya sifat
jahatnya tidak mempengaruhi ahli
masyarakat yang lain.
Penjenayah dipenjarakan supaya hak dan
keselamatan masyarakat dilindungi.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…
Rehabilitation – Hukuman adalah untuk
memulihkan penjenayah.
Andaian : Individu jadi penjenayah kerana
pengaruh faktor persekitaran dalam
masyarakat seperti kemiskinan, tidak
mengalami proses sosialisasi sewajarnya
dan pengaruh rakan sebaya.
Tujuan hukuman : beri kesedaran bahawa
jenayah tidak berfaedah dan membawa
kesusahan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
FAKTOR YANG MERINGANKAN
HUKUMAN
Umur penjenayah.
Sejarah/latarbelakang penjenayah.
Keadaan-keadaan sebelum jenayah
berlaku.
Tindakan penjenayah selepas melakukan
jenayah.
Penjenayah telah lama menderita
sebelum dihukum.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
FAKTOR YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL
KIRA SEMASA MENJATUHKAN
HUKUMAN
Bangsa, kelompok atau warganegara
penjenayah.
Pekerti penjenayah sewaktu dibicarakan.
Kedudukan harta penjenayah.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
UNDANG-UNDANG JENAYAH
ISLAM
Tingkah laku yang menyalahi hukum
syarak dan hukumannya telah
ditentukan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
KLASIFIKASI JENAYAH DALAM
ISLAM
Hudud – hukuman ditetapkan dalam
quran.
Zina.
Tuduhan palsu berzina.
Minum arak.
Mencuri.
Rompakan berkumpulan dan bersenjata.
Murtad.
Memberontak.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…
Qisas – hukuman ditetapkan dalam
Quran.
Bunuh dengan sengaja.
Disyaki membunuh dengan sengaja
Membunuh akibat kesilapan.
Mencederakan atau bertindak ganas
dengan sengaja
Mencederakan atau bertindak ganas
dengan tindak sengaja.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Sambungan…
Takzir - Kesalahan yang hukumannya
tidak ditetapkan dalam Quran.
Rasuah.
Pecah amanah.
Penyalahgunaan.
Hukuman terpulang kepada budi bicara
hakim. Contoh : hukuman penjara.
Hukuman boleh jadi lebih ringan atau
lebih berat daripada hukuman hudud
atau qisas.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG
JENAYAH ISLAM DI MALAYSIA
Mahkamah Syariah di Malaysia hanya
mempunyai bidang kuasa yang terhad.
Mahkamah tidak boleh membicarakan
kes jenayah hudud.
Namun ada Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Negeri yang memperlihatkan
kesungguhan pihak berwajib untuk
menguatkuasakan undang-undang
jenayah Islam dengan memasukkan
kesalahan hudud di bawah kesalahan
takzir.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
HUKUMAN
Kebanyakan Mahkamah Syariah negeri
lebih mengutamakan hukuman denda
daripada penjara atau sebat walaupun
hukuman tersebut diperuntukkan.
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah)(Pindaan) 1994 – Hakim boleh
denda maksimum RM5000, penjara 3
tahun, sebat 6 kali.
Hanya Kelantan yang telah menyediakan
garis panduan mengenai bagaimana cara
hukuman sebat dijalankan.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH
WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN 1997
Sumbang mahram.
Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau
mengabaikan tanggungjawab.
Mempersenda atau menghina ayat Al Quran atau
hadis.
Makan, minum, menghisap rokok di bulan
ramadan.
Berjudi atau berada di rumah judi.
Lelaki yang berlagak seperti perempuan.
Menjual atau memberi anak kepada orang bukan
Islam.
SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM