Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN B

[ 30 markah ]
Soalan 21
Isikan perkataan yang paling sesuai pada tempat kosong dalam petikan di bawah.
demi dari seperti

kepada supaya hingga

Puan Kumari berjalan mundar-mandir sambil sesekali mendongak kepalanya ke luar tingkap.

Jam pada dinding sudah pun berdenting sebanyak lapan kali. Namun kelibat Sammy masih

belum kelihatan. Sammy pergi ke kedai yang terletak hanya satu kilometer _______________

rumah. Berbagai-bagai persoalan bermain di kepala Puan Kumari. Tiba-tiba datang seorang

pemuda memberitahu yang Sammy terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Puan Kumari tidak

dapat menahan sedih. Dia _______________ dirasuk hantu meraung sekuat hati. Dia

mengangkat tangan memohon _______________ Tuhan agar menyelamatkan Sammy. Namun

segalanya telah ditakdirkan. Sammy telah meninggal dunia. _____________ anak

kesayangannya, Puan Kumari telah mengadakan majlis pengebumian secara besar-besaran.

[ 4 markah ]
22.
a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi
Ayat Tanya :

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

Jawapan : Guru-guru perlu mengambil perhatian terhadap keselamatan semasa kejohanan


sukan berlangsung.
(2 markah)
22.
b) Tulis dialog yang sesuai bagi situasi yang terdapat dalam gambar di bawah.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

(2 markah)

c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Apakah simpulan bahasa yang paling sesuai berdasarkan gambar di atas ?

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

(2 markah)
Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aktiviti ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum di sekolah yang penting


dalam memberi sumbangan penting terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi, dan sosial
pelajar. Meskipun kegiatan kokurikulum ini telah dianggap sesuatu yang penting, tetapi
penglibatan pelajar agak mengecewakan. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar
tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini menyebabkan
kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat untuk pemilihan ke universiti.

Pelajar yang terlibat dalam kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan mereka melalui
peluh yang keluar yang dapat menghilangkan toksik badan. Kegiatan yang dijalankan itu mampu
mengalihkan fikiran pelajar sejenak daripada tekanan yang dihadapi semasa belajar yang penuh
dengan penghafalan dan latihan. Jadi, ternyatalah minda mereka dapat berehat sebentar apabila
melakukan sesuatu aktiviti yang berbeza seperti kegiatan kokurikulum.

Selain itu, pelajar turut dapat meningkatkan tahap keyakinan mereka melalui aktiviti
seperti ini. Kokurikulum menyediakan sebuah ‘medan’ yang sesuai kepada para pelajar untuk
memimpin dan mengetuai sesuatu pertubuhan. Suasana ini dapat membangkitkan sauatu
keyakinan mereka terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu.

Tambahan pula, aktiviti kokurikulum dapat membuka minda dan mata pelajar tentang erti
persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan orang yang berbeza dalam
menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Malahan dapat mengenali sikap sebenar terutama apabila
menghadapi masalah dalam menganjurkan sesuatu aktiviti dan dapat mengenali erti persahabatan
sejati yang mereka tidak dapat peroleh di luar.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang
masalah. Kegiatan ini juga tidak seharusnya dianggap sebagai penghalang kemajuan mereka
dalam peperiksaan dan menyalahkan aktiviti kokurikulum sekiranya mereka tidak memperoleh
keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pelajar seharusnya melihat perkara ini sebagai salah
satu proses pembelajaran yang harus dijalani oleh setiap pelajar sebagai sebahagian daripada
kehidupan kita sebagai manusia.
a. Di manakah aktiviti kokurikulum dijalankan ?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[ 1 markah]

b. Apakah syarat untuk pemilihan ke universiti ?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Apakah ‘medan’ yang disediakan dalam kokurikulum yang sesuai kepada para pelajar ?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[ 2 markah ]

Soalan 24

Pada cuti sekolah yang lalu , saya telah pergi bercuti di kampung datuk saya di Kelantan. Saya
berada di sana selama dua minggu. Pelbagai pengalaman menarik yang saya dapati semasa
berada di kampung.
Datuk membawa saya pergi memancing ikan di kolam yang terdapat di belakang
rumahnya. Saya berasa gembira kerana mendapat ikan talapia yang besar. Nenek memasak ikan
yang saya tangkap itu sebagai hidangan makan malam.
Datuk juga membawa saya ke majlis perkahwinan anak kawan datuk. Kawan datuk itu
berbangsa cina. Saya berasa gembira kerana dapat menyaksikan majlis perkahwinan itu yang
sungguh meriah.
Kami juga pergi berkelah di kawasan air terjun yang terletak di hujung kampung. Pada
hari itu , ramai orang berkunjung ke sana untuk berkelah di situ kerana airnya sejuk dan jernih.
Saya juga melawat kebun buah-buahan datuk. Di situ ada pelbagai jenis buah seperti
durian , manggis , rambutan dan ciku. Rasa buah-buah itu sangat manis dan enak.
Saya berasa sangat seronok kerana dapat bercuti di kampung.
a. Perkataan hidangan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

___________________________

[ 1 markah ]

b. Apakah aktiviti pertama yang dilakukan oleh penulis apabila tiba di kampung datuknya ?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Mengapakah ramai orang berkunjung ke kawasan air terjun ?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

d. Mengapakah penulis mengatakan bahawa dia berasa seronok ketika berada di kampung ?
Berikan pandangan kamu.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[ 3 markah ]
Soalan 25

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SEKOLAHKU

Sungguh seronok bermain rakit,


Singgah berteduh di bawah titi;
Sekolahku ini di atas bukit,
Tamannya indah memikat hati.

Burung ketitir terbang rendah,


Hinggap seekor di rumah Pak Mat;
Menggunakan komputer memang mudah,
Hanya “klik” terpaparlah maklumat.

Sungguh menarik bahan ciptaan,


Apabila dilihat tidaklah jemu;
Sekolah Bestari menjadi kebanggaan,
Tempat kita menimba ilmu.

Mari memetik bunga raya,


Tolong petik dengan cermat;
Banyak sungguh murid berjaya,
Kerana guru sedia berkhidmat.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas ?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[ 2 markah ]

Banyak sungguh murid berjaya,


Kerana guru sedia berkhidmat.

b. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[ 3 markah ]

c. Bagaimanakah menggunakan komputer ?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[ 1 markah ]

d. Bagaimanakah murid boleh berjaya ?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[ 1 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai