Anda di halaman 1dari 7

Bahagian A

[ 20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Cikgu Rashidah seorang guru yang bertanggungjawab kerana banyak jasa __________
untuk sekolah ini,” kata Erma Hasmi kepada Dian Batrisyia.

A kita
B anda
C kamu
D beliau

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2 Encik Kamarul mengiklankan jualan susu kambing dari ladang ternakannya melalui
______________ di sepanjang jalan di pekan itu.
A gegantung
B tetingkap
C pepatung
D bebola
3 Lelaki itu melakukan senaman dan mengamalkan pemakanan yang seimbang apabila
mendapati perutnya mula ___________________.
A bengkok
B buncit
C pipih
D leper

4 Bendahara yang mendengar perintah Sultan Mansur Syah pun segera menjawab,
“______________ akan menyediakan segala kelengkapkan yang ____________ titahkan
itu dengan secepat yang mungkin”.
A Patik ... beta
B Patik ... tuanku
C Hamba ... tuanku
D Hamba ... baginda

Sultan: Wah, indahnya _____________ ini!


Permaisuri: Benar, kekanda. Keindahnya terserlah apabila bertatahkan pelbagai
batu permata.

A balai
B panji
C makam
D singgahsana

6 “Saya _______________ menyiapkan kerja sekolah ini sebelum pergi ke rumah Hasrul
nanti,” kata Ariff Iskandar kepada ibunya.
A mahu
B masih
C sudah
D pernah
7 Tengku Akasyah yang keturunan ____________ itu cuba untuk menyembunyikan
statusnya kepada rakan-rakannya di kolej.
A karyawan
B negarawan
C bangsawan
D budayawan

8 Latihan kebakaran diadakan di sekolah sebagai salah satu usaha untuk membawa warga
sekolah menghadapi waktu-waktu ______________.
A ketakutan
B kecemasan
C kegelisahan
D kekhuatiran

9 Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.


Pak Salleh yang berusia 90 tahun masih __________ tentang peristiwa-peristiwa yang
berlaku sebelum kemerdekaan.
A tajam akal
B tajam lidah
C tajam ingatan
D tajam pendengaran

10 Laila yang bercuti di Pulau Langkawi bangun awal untuk menghayati keindahan Pantai
Chenang pada waktu pagi.
Pilih perkataan sinonim bagi menghayati.
I menjiwai
II menikmati
III mengingati
IV mengenangi
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
11 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betulnya.
I Kita perlu mempunyai semangat yang pekat untuk mendaki Gunung Kinabalu.
II Loghat utara Adlina masih pekat walaupun dia sudah lama menetap di Johor.
III Tolong tambah air kosong jika santan untuk membuat kuih itu terlalu pekat.
IV Kata-kata yang pekat oleh jirannya amat menggoreskan hati Puan Munirah.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

12 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Perasaan cinta akan bahasa Melayu dapat dipupuk apabila bahasa Melayu digunakan
dalam semua urusan rasmi dan tidak rasmi di dalam negara.
A Siapakah yang harus menggunakan bahasa Melayu di negara kita?
B Mengapakah bahasa Melayu perlu digunakan dalam semua urusan?
C Bilakah masa untuk menunjukkan kecintaan terhadap bahasa Melayu?
D Bagaimanakah cara untuk memupuk perasaan cinta akan bahasa Melayu?

13 Pilih jawapan yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Berapakah usia P. Ramlee ketika beliau meninggal dunia akibat serangan jantung?
A P. Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berusia 44 tahun.
B Sudah 44 tahun P. Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung.
C P. Ramlee menghidap sakit jantung ketika berusia 44 tahun.
D P. Ramlee menghidap sakit jantung selama 44 tahun.
14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Kita sebagai penjaga alam perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab untuk
mengelakkan pencemaran alam sekitar.
A Pencemaran alam sekitar perlu kita elakkan dengan mengamalkan rasa penuh
tanggungjawab sebagai penjaga alam.

B Sikap bertanggungjawab yang kita amalkan sebagai penjaga alam telah mengelakkan
pencemaran alam sekitar.

C Untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar, kita sebagai penjaga alam perlu
mengamalkan sikap bertanggungjawab.

D Kita perlu mengelakkan pencemaran alam sekitar dengan sikap-sikap yang


menunjukkan tanggungjawab sebagai penjaga alam.

Soalan 15

Pilih ayat yang betul.

15 I Majlis perkahwinan masyarakat Melayu cukup teristimewa sekali.


II Kami membawa bekalan di sekolah untuk menjimatkan wang saku.
III Penggunaan lintasan zebra dapat mengelakkan kemalangan jalan raya.
IV Kapal terbang itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Syah.

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
Soalan 16 hingga 20

Baca petikan dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ai Ling: Ranjit, pertuturan kamu dalam bahasa Melayu baik sekali. Boleh saya tahu, bahasa
apakah yang kamu gunakan di rumah?

Ranjit: Biasanya di rumah, kami sekeluarga bertutur dalam bahasa Melayu. Ada juga
saudara-mara saya yang menggunakan bahasa Melayu. Bukankah bahasa Melayu
ialah bahasa kebangsaan negara kita?

Ai Ling: Betul, Ranjit. Semua kaum perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Mulai hari ini,
saya akan bertutur dalam bahasa Melayu dengan ibu bapa saya di rumah.

Ranjit: Baguslah begitu, Ai Ling. Selain itu, kita mestilah menggunakan bahasa Melayu
dalam urusan tidak rasmi dan urusan rasmi. Dengan cara ini, kita dapat memupuk
perasaan cinta terhadap bahasa Melayu. Martabat bahasa Melayu juga dapat kita
pelihara.

Ai Ling: Namun begitu, remaja sekarang lebih suka menggunakan bahasa rojak. Bahasa rojak
akan menyebabkan mutu bahasa Melayu merosot. Bak kata orang tua-tua, “bahasa
jiwa bangsa, rosak bahasa hilanglah bangsa.”

Ranjit: Wah, pandainya kamu, Ai Ling! Papan tanda dan papan iklan yang dipasang di
seluruh negara pun perlu menggunakan ejaan yang betul. Begitu juga dengan nama
bangunan. Nama bangunan sepatutnya ditulis dalam bahasa Melayu.

Ai Ling: Saya sokong pendapat kamu, Ranjit.

Ranjit: Terima kasih, Ai Ling.

16 Siapakah yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu?

A Ranjit
B Ai Ling
C Keluarga Ai Ling
D Remaja Malaysia

17 Ranjit menggunakan bahasa Melayu ketika

A melakukan urusan rasmi.


B melakukan urusan tidak rasmi.
C bertutur dengan rakan-rakannya.
D bertutur dengan keluarga dan saudara-maranya.
18 Apakah kesan penggunaan bahasa rojak?
A Bangsa Melayu akan kucar-kacir
B Mutu bahasa Melayu akan merosot
C Martabat bahasa rojak akan lebih tinggi
D Bahasa rojak akan menjadi bahasa Kebangsaan negara.

19 Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu kecuali


A tidak menggunakan bahasa rojak.
B menggunakan ejaan bahasa Melayu yang betul.
C menggunakan bahasa Melayu dalam pelbagai urusan.
D menukar papan tanda dan papan iklan yang tidak menggunakan bahasa Melayu.

20 Rangkai kata bahasa rojak dalam petikan bermaksud


A campuran pelbagai bahasa.
B bahasa yang bermutu.
C kemerosotan bahasa .
D bahasa yang baik.

Anda mungkin juga menyukai