Anda di halaman 1dari 4

SK SG SEPIRING/ SG TEPUS

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SELANGAU

KERTAS KERJA

PROGRAM ASASI NUMERASI

PANITIA MATEMATIK

SK SG SEPIRING/SG TEPUS 2018


1.0 PENGENALAN

Kecemerlangan di dalam bidang akademik sebagai tiket utama untuk menceburi kerjaya dan
kehidupan yang lebih terjamin memang masih relavan. Namun demikian, dalam kita sibuk mengejar
kecemerlangan para pelajar, ada ketikanya kita terlupa bahawa aspek asas membaca, menulis dan
mengira (3m) tidak diberi perhatian baik oleh para pendidik mahu pun ibu bapa. Dengan wujudnya
perubahan dan perkembangan dalam sistem kurikulum pendidikan yang terkini , murid yang masih
tidak menguasai 3 kemahiran asas sememangnya mengalami kesukaran mengikuti salibus-salibus yang
diajar. Oleh yang demikian, “Program Asasi Numerasi” ini dirancang dan dilaksanakan untuk
membantu murid yang masih tidak menguasai kemahiran asas nombor subjek matematik. Program ini
diharap dapat mensifarkan murid linus numerasi bagi konstruk 1 dan konstruk 2. Program ini akan
dijalankan selama 10 minit pada waktu pagi sebelum kelas waktu pertama bermula.

2.0 RASIONAL
2.1 Membimbing murid secara berfokus kepada kemahiran atau konstruk yang belum dikuasai.
2.2 Memberi motivasi dan meningkatkan keyakinan murid supaya mereka tidak rasa tersisih
daripada rakan yang lain.
2.3 Meningkatkan keprihatinan guru dan kreativiti dalam mempelbagaikan pendekatan pdpc
demi meningkatkan kefahaman dan daya ingatan murid.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mensifarkan murid linus yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam numerasi.
3.2 Meningkatkan peratus menguasai saringan linus sekolah.
3.3 Mengenalpasti zon kelemahan murid dalam numerasi.
3.4 Membina keyakinan diri murid.
3.5 Membantu murid menguasai asas Matematik dan seterusnya mampu belajar mengikut
aliran perdana.

4.0 KUMPULAN SASARAN


 Murid-murid tahun satu yang belum mengenal nombor ( melalui pemerhatian guru subjek dan
markah ujian pertengahan penggal 1)
 Murid tahun 2 & 3 yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 semasa saringan linus 2/2017.

5.0 Tempoh, Masa, Tempat

Tempoh Fasa 1 ( Mac- Mei), Fasa 2 ( Jun-Oktober)

Masa 710 – 720 pagi

Hari Isnin , selasa dan Jumaat

Tempat Kelas Maju


Bilik Darjah
6.0 PENGELOLA /PELAKSANA

 Panitia Matematik

7.0 Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti

Penasihat Cikgu Jemat anak Agan (Guru Besar)


Pengerusi Cikgu Edward Elai ak Anum (Pen pentabiran/PK 1)
Naib Pengerusi bersama Cikgu Jarit anak Changgan
Cikgu Arun ak Lidi
Penyelaras Program Cikgu Senorita anak Kubong ( Penyelaras Linus)
Setiausaha Cikgu Mohd Shazrin bin Mohd Dom ( KP Matematik)
Naib Setiausaha Cikgu Nuramira bt Muhamad
Bendahari Cikgu Liew Siew Phin
Ajk Dokumentasi/ Gambar Cikgu Mohd Zul Arif
Ahli Jawatankuasa Cikgu Senorita anak Kubong
Cikgu Jarit anak Changgan
Cikgu Abu Suffian
Cikgu Norehan bt Kamarudin

8.0 Jadual Perlaksanaan

Nama Guru Nama Murid Kelas Kemahiran/ Tempat


Pembimbing konstruk foKus (K1-
K2)
Senorita Anak Hernandez 2C Membilang & Kelas
Kubong Senaund Mengenal Nombor maju
bulat hingga 20
Abu Suffian Felicia anak 1C Bilik
Nam darjah
Membilang &
Jarit anak Cynthia Amanda 1G Bilik
Mengenal Nombor
Changgan darjah
bulat hingga 50
Liew Siew Rudy anak David 2G Bilik
Phin darjah

8.0 FAIL REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Panitia Matematik akan menyediakan satu fail untuk merekodkan rancangan pengajaran dan
pembelajaran bagi pelaksanaan Program Asasi Numerasi 2018.

9.0 Keperluan / Sumber pendapatan / Anggaran kos Perbelanjaan


BIL PERKARA/ITEM Kos seunit JUMLAH Sumber
1. Kertas A4 1rim x RM11.50 RM11.50 Sumbangan PCG
2. Fail 4 keping x RM2.50 RM10.00 Panitia Matematik/
sumbangan daripada
Panitia lain
3. Kad Imbasan/ kad - - BBM Panitia/ bbm
Nombor/Carta kelas maju/
Nombor sumbangan guru
4. Tab guru - -
Jumlah RM21.50

10.0 RUMUSAN

Dengan kerjasama dan sokongan semua pentadbir dan guru yang terlibat, diharap program ini
dapat dijalankan dengan lancar dan membuahkan hasil. Matlamat untuk menghapuskan bilangan
murid linus k1 dan k2 dalam saringan linus numerasi juga diharapkan akan tercapai.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

....................................... ................................................
( CINDERELLA SIRA ANAK GLANGGANG) (BUDIMAN BIN ABDULLAH)
PENYELARAS PROGRAM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

DISAHKAN OLEH :

......................................
( BUBONG ANAK JANTING)
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA SELANGAU

Anda mungkin juga menyukai