Anda di halaman 1dari 9

1.0 APA ITU DISLEKSIA?

Kanak-kanak disleksia ialah mereka yang mengalami masalah kesukaran untuk


membaca. Ini adalah kerana mereka gagal menterjemahkan dengan betul lambang-
lambang bertulis sama ada dalam huruf, suku kata, nombor ataupun perkataan.

2.0 DEFINISI

Perkataan Disleksia (dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘dys’
bermaksud ‘kesukaran’ dan ‘lexia’ bermaksud ‘perkataan’ dan jika diterjemahkan
secara terus bermaksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”. Dalam erti kata lain
ianya difahami sebagai “buta huruf”.

Perkataan Disleksia juga telah diperkenalkan oleh Profesor Berlin, seorang pakar
perubatan dan ophtalmotologist pada tahun 1887 (Hammond & Hughes, 1996). Dari
sudut pengistilahan, penggunaan perkataan Disleksia amat terhad kerana istilah
tersebut merujuk kepada pelajar yang mengalami kesukaran menguasai kemahiran
3M. Penulisan Barat pula mendefinasikan Disleksia sebagai kesukaran atau
ketidakbolehan menguasai kemahiran membaca walaupun individu tersebut telah
menerima pendidikan yang secukupnya.
3.0 JENIS-JENIS DISLEKSIA

Perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik.


DISLEKSIA Dalam arti kata lain menulis abjad dan huruf
VISUAL
secara terbalik. (LAMPIRAN A) Selain itu, sukar
mengingati dan mengenal huruf. Juga sukar untuk
menterjemah simbol. Contohnya: big dilihat
sebagai dig.

Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau


DISLEKSIA tidak dapat membezakan bunyi huruf yang
AUDITORI diperdengarkan padanya. Sukar menyusun atau
menggabungkan suku kata untuk membentuk perkataan.

Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot


DISGRAPHIA tangan agar dapat menulis dengan baik dan tulisannya
dapat dibaca. (LAMPIRAN B)
4.0 CIRI-CIRI FIZIKAL

Secara dasarnya ,mereka sama sahaja dengan kanak-kanak normal yang lain.
Tetapi apabila diteliti mereka berlainan dengan pelajar biasa. Fahaman lisan mereka
baik tetapi lemah dalam kemahiran 3M. Mereka juga fasih bertutur dan boleh
bercerita tetapi kerja tulisan lemah. Mereka kelihatan cerdik dan berkemampuan
seperti yang lain tetapi sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah.

Pakaian mereka sentiasa tidak teratur serta kali kasut yang tidak diikat rapi, kidal,
kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan dilabelkan pemalas. Perhatian dan
pengamatan singkat dan lemah. Degil, agresif, memberontak, suka menyendiri, suka
membuat bising.

Mereka juga sukar untuk melompat dan skipping kerana masalah keseimbangan,
sukar untuk menangkap , membaling dan menyepak bola. Mereka sering terlanggar
orang lain dan objek, selalu menjatuhkan barang, sukar untuk naik tangga, sukar
belajar menunggang basikal, sukar untuk berenang, sukar dalam permainan yang
menggunakan perkataan kiri atau kanan, atas atau bawah, depan dan belakang,
undur atau maju serta sukar belajar menari.

5.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KHAS DIAJAR KEPADA MURID DISLEKSIA

Kepentingan pendidikan khas ini diajarkan ialah untuk menyuburkan keupayaan


intelek, emosi, sosial dan jasmani dalam diri mereka. Selain itu bertujuan untuk
memperkembangkan kecekapan-kecekapan ekonomi yang asas agar kanak-kanak
ini juga mampu menyumbang sesuatu dalam kemasyarakatan.

Selain itu untuk mencegah sesuatu ketidakbolehan dari menjadi sesuatu kecacatan.
Juga untuk membuang sifat negatif dari diri mereka terhadap pelajaran dengan
memulihkan melahirkan sikap yakin diri. Selain itu untuk merapatkan jurang kanak-
kanak ini dengan masyarakat yang lain agar mereka tidak rasa tersisih mahupun
terabai.
6.0 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN INSTRUMEN YANG SESUAI

Mereka yang menghadapi Disleksia biasanya susah untuk menguasai kemahiran 3M


tetapi memiliki bakat, kepintaran atau kecerdasan yang lain. Ini kerana adanya
perbezaan dalam cara otak memproses maklumat terutama sekali berkenaan
dengan bunyi , simbol dan makna. Kanak-kanak Disleksia cenderung menggunakan
otak kanan. Ini menimbulkan cara disleksia berfikir dan cara belajar berlainan. Cara
anak Disleksia memerhati dan berfikir dianggap satu anugerah bukan satu masalah.

Ketika bersedia untuk memasuki alam persekolahan, ibu bapa hendaklah berbincang
dengan guru besar dengan memberitahu masalah melalui maklumat mengenai
penilaian psikologi dan pendidikan, serta mengenali guru yang mengajar anak
dengan menjelaskan masalah anak dan meminta kerjasama membantu dan
memahami masalah anak sepanjang persekolahan.

Selain daripada itu, para guru boleh menggunakan program-program spesifik sperti
Alpha to Omega, A-Z oleh B.Hornsby, Bangor Dyslexia Teaching System, Kaedah
Phono-Graphix dan Kaedah Orton-Gillingham. Dengan cara ini, cara pengajaran
lebih berstruktur, bersiri, kumulatif dan terperinci.

Individu Disleksia harus digalakkan mempamerkan kekuatan luar biasa terutamanya


dalam pemikiran kreatif secara visual. Kebolehan mereka yang unik harus digunakan
supaya mereka juga boleh berjaya dalam bidang seni, sains dan teknikal. Contoh-
contoh Disleksia yang terkenal termasuklah Albert Enstein, Leonardo De Vinci,
Winston Churchill dan William Butler Yeats. (LAMPIRAN C)

7.0 RUMUSAN

Semua kanak-kanak bermasalah pembelajaran perlulah dididik dan ditingkatkan lagi


kemahiran membaca mengikut kemampuan mereka masing-masing. Segala faktor
penghalang yang menjadi isu kepada golongan ibu bapa dan guru dapat
diselesaikan supaya masalah murid yang tidak dapat membaca dapat dikurangkan.
8.0 RUJUKAN

BUKU

Ahmad, M. S. (2009). Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar. Kuala Lumpur:


PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Alan Cohen & Louis Cohen . (1986). Special Educational Needs In The Ordinary
School . London: Paul Chapman Publishing Ltd.

Razhiyah, K. (2006). Anak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing


Sdn. Bhd.

Sheila Devaraj & Samsilah Roslan . (2008). APA ITU DISLEKSIA? Panduan Untuk
Ibu Bapa, Guru & Kaunselor. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.

G. Reid (2004). Dyslexia: A complete guide for parents. John Wiley and Sons, Ltd,
England

INTERNET

Adila, S. (10 Disember, 2013). Kanak-Kanak Disleksia. Retrieved 10 Disember,


2013, from Merentasi Dunia Kanak-Kanak Istimewa:
https://akuseorangdisleksia.wordpress.com/jenis-jenis-disleksia/

Hasney. (12 April, 2010). Warkah Kehidupan: Apakah Disleksia atau Disylexia.
Retrieved March, 2008, from Apakah Disleksia atau Disylexia:
http://dyazaraa.blogspot.my/2010/04/apakah-disleksia-or-dyslexia.html
LAMPIRAN A

(i) (ii)

LAMPIRAN B
LAMPIRAN C

Tokoh yang menghidapi Disleksia

1. Albert Enstein

2. Leonardo Da Vinci
3. Winston Churchill

4. William Butler Yeats

Anda mungkin juga menyukai