Anda di halaman 1dari 16

Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018

_____________________________________________________________________

Bahagian A

Setiap item, dari SOALAN 1 hingga SOALAN 25, diberi empat pilihan. Hanya satu
daripada empat pilihan itu merupakan jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul
dan lorek bujuran berangka (1,2,3 atau 4) berdasarkan pilihan kamu itu di Kertas
Jawapan Optikal (OAS) yang disediakan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IMBUHAN (20 MARKAH)
ARAHAN : Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan
karangan di bawah ini.

Setiap hari, kita disajikan


dengan pelbagai jenis makanan yang 1. (1) berpatutan (2) kepatutan
(3) mematut (4) mematutkan
sudah dimasak. Makanan-makanan ini
dijual dengan harga yang
2. (1) menarik (2) penarik
(1)__________. Makanya, masyarakat (3) tarikan (4) tertarik
Singapura kini lebih (2)__________
untuk makan di luar. 3. (1) bersebab (2) disebabkan
Kesibukan dan kemewahan (3) menyebabkan (4) penyebab

hidup juga (3)__________ amalan


memasak di rumah semakin 4. (1) berkurang (2) kekurangan
(3) mengurangkan (4) terkurang
(4)__________. Kegemaran makan
makanan di luar amat (5)__________
5. (1) dinikmati (2) kenikmatan
oleh sesetengah orang kerana mereka (3) menikmati (4) penikmatan
menganggap (6)__________ tersebut
dapat memberikan (7)__________ yang 6. (1) berbuat (2) membuatkan
luar biasa. Mereka juga bebas membeli (3) perbuatan (4) terbuat

makanan yang mereka (8)__________


tanpa mengambil tahu tentang 7. (1) berpuas (2) kepuasan
(3) memuaskan (4) pemuas
khasiatnya terlebih dahulu.
Malangnya, tabiat pemakanan
8. (1) bersuka (2) kesukaan
yang sedemikan telah (9)__________ (3) menyukakan (4) sukai
kesihatan masyarakat Singapura. Jumlah
orang yang menghidapi (10)__________ 9. (1) berjejas (2) menjejaskan
yang berkaitan dengan diet semakin (3) penjejasan (4) terjejas

bertambah. Para doktor dan pakar


pemakanan kini begitu prihatin akan 10. (1) kesakitan (2) menyakiti
(3) penyakit (4) pesakit
masalah ini.

1
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

PERIBAHASA (10 markah)


Arahan: Pilih peribahasa atau makna yang paling sesuai bagi setiap item dalam
petikan karangan di bawah ini.

Encik Hamzah tidak biasa duduk di 11. (1) orang yang berkuasa
rumah tanpa membuat kerja. Walaupun (2) orang yang bekerja
bermati-matian
sudah bersara, dia masih menjadi (11) tulang (3) orang yang dianggap
belakang keluarganya. Dia bekerja sebagai tempat berlindung
(4) orang yang dianggap
pekerja pembersihan sepenuh masa. sebagai tempat
mengadu

Encik Hamzah (12) berasa bangga


kerana mampu mencari pendapatan sendiri. 12. (1) putih hati
(2) besar hati
Ada kalanya dia berasa bahawa kerja yang (3) lapang dada
dilakukannya itu (13) bagai menghitung (4) tangan terbuka

bulu kambing. Setelah penat menyapu


sampah di tempat dia ditugaskan, kawasan 13. (1) mengerjakan sesuatu
yang sia-sia
tersebut sering dikotori oleh penduduk yang (2) membuat sesuatu yang
tidak bertanggungjawab. merosakkan
(3) membuat sesuatu
dengan tidak sempurna
Namun, Encik Hamzah menganggap (4) mengerjakan sesuatu
dengan tidak
semua itu sebagai cabaran dalam bersungguh-sungguh
pekerjaannya. Dia akan (14) bertungkus
lumus membersihkan kawasan itu semula.
14. (1) perah tenaga
Bagi Encik Hamzah, yang penting dia dapat
(2) memerah otak
membiayai perbelanjaan anak bongsunya (3) membawa nasib
yang sedang menuntut di universiti tempatan. (4) mengorak langkah

Encik Hamzah selalu menasihati anak- 15. (1) seperti garam jatuh di
anaknya agar mereka tidak menjadi anak- air
(2) seperti kacang lupakan
anak yang (15) tidak mengenang jasa ibu kulit
bapa. Dia juga mahu melihat anak-anaknya (3) seperti pahat dengan
penukul
berjaya dalam kehidupan. (4) seperti katak di bawah
tempurung

2
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

GOLONGAN KATA (10 markah)


Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam
petikan karangan di bawah ini.

Sarah dan adiknya telah dibawa oleh 16. (1) meletakkan


ayah mereka ke Clarke Quay pada hujung
(2) menjejakkan
minggu yang lalu. Inilah kali pertama dia
bersama-sama adiknya (16)___________ (3) melangkahkan

kaki di situ. (4) menggerakkan

Dia amat tertarik melihat keindahan 17. (1) berubah

tempat itu. Terdapat banyak bangunan (2) berganti


pencakar langit dan pusat beli-belah yang
(3) berpindah
tersergam indah. Pada suatu masa dahulu,
(4) bertambah
keadaan di sana sangat berbeza. Sekarang,
keadaan di situ sudah (17)_________.
18. (1) kedai

Selain itu terdapat banyak juga (2) pasar

(18)_______________ baharu yang telah (3) kantin


dibuka untuk menjamu orang ramai.
(4) restoran
Pelbagai jenis makanan dan hidangan
(19)____________ di situ. Harga makanan 19. (1) diadakan
yang dijual tidak terlalu mahal dan rasanya
(2) disediakan
juga (20)___________. Selepas bersiar-siar
di kawasan itu, para pelawat boleh (3) dibekalkan

meneroka Sungai Singapura dengan (4) dimasakkan


menaiki sebuah tongkang.
20. (1) baik

(2) enak

(3) segar

(4) hebat

3
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

KEFAHAMAN 1 (10 markah)


Arahan: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

Jus bukan hanya popular sebagai penghilang dahaga, ia juga mengandungi


banyak khasiat dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga termasuk anak-anak yang
masih kecil.

Buah-buahan merupakan antara bahan yang sering menjadi pilihan dalam


menghasilkan jus. Antaranya ialah buah oren, epal, mangga, semangka, kiwi dan lain-
lain lagi. Rasanya yang enak dan segar akan bertambah lazat lagi apabila diminum
ketika sejuk. Selain daripada buah-buahan, sayur-sayuran seperti lobak merah, tomato
dan seleri juga boleh menghasilkan jus yang sangat sedap dan berkhasiat.

Selain banyak air, jus mengandungi protein, vitamin dan mineral yang
penting untuk tubuh. Ia dilengkapi dengan potasium, zat besi, sodium, iodin dan
magnesium. Buah-buahan seperti oren dan anggur mengandungi banyak Vitamin C.
Lobak merah mengandungi Vitamin A. Sayur-sayuran pula kaya dengan Vitamin E.

Dengan meminum jus, tubuh kita mendapat lebih banyak vitamin dan
mineral tetapi ianya berbeza jika kita memakan buah-buahan dan sayur-sayuran
mentah. Kebanyakan nutrien pada buah dan sayur mentah terkumpul di dalam serat.
Serat ini hanya boleh diperolehi apabila bahan-bahan ini dikisar. Serat amat penting
untuk diet seharian kita.

Kita boleh membuat jus yang berkhasiat sendiri. Untuk mendapatkan jus
yang baik, buah-buahan dan sayur-sayuran yang bermutu tinggi hendaklah digunakan.
Bahan-bahan tersebut perlulah dibersihkan terlebih dahulu supaya tidak ada kuman
atau pun kotoran yang terlekat pada bahagian luarnya. Jus boleh dihasilkan dengan
cara menyagat dan memerah bahan-bahan tersebut atau menggunakan mesin
pengisar. Sebelum menyediakannya, pastikan tangan dan perkakas yang digunakan
bersih.

4
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 4, pilih jawapan yang paling


sesuai bagi setiap item yang berikut.

21. Jus buah-buahan dan sayur-sayuran sesuai dinikmati __________________.

(1) ketika sejuk


(2) apabila dahaga
(3) oleh seisi keluarga
(4) untuk anak-anak kecil sahaja

22. Jus buah-buahan dan sayur-sayuran ____________________.

(1) dihasilkan daripada buah


(2) sangat sedap dan berkhasiat
(3) amat diperlukan oleh tubuh kita
(4) penting untuk diet seharian kita

23. Serat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran hanya boleh didapati apabila
bahan-bahan itu _____________________ .

(1) dikisar
(2) diminum
(3) dimakan mentah
(4) dibersihkan terlebih dahulu

24. Jus diperoleh setelah bahan-bahan yang digunakan _____________________ .

(1) dibersihkan
(2) disagat sahaja
(3) diperah sahaja
(4) disagat dan diperah

25. Perkataan berbeza dalam petikan bermaksud ______________________ .

(1) berpisah
(2) berpecah
(3) berlainan
(4) berasingan

5
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

BAHAGIAN B

Bagi SOALAN 26 hingga SOALAN 40, tulis jawapan kamu di tempat kosong
yang disediakan di Kertas Soalan ini.
___________________________________________________________________

FRASA (8 markah)
Arahan: Isi setiap tempat kosong dalam dialog di bawah ini dengan frasa yang
paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan
kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

(1) harganya yang murah

(2) khasiatnya yang pelbagai

(3) rasanya yang enak sahaja

(4) makan lebih banyak buah kiwi

(5) mengubah kebiasaan mereka itu

(6) mendapatkan bekalan buah kiwi dari New Zeland

Izzah : Setiap kali ke pasar, Ibu pasti tidak lupa membeli buah kiwi.
Ibu : Tentulah. Tahukah Izzah, Ibu memilih buah kiwi bukan semata-mata
kerana (26) _____.
Izzah : Oh, kalau bukan itu, apakah sebabnya, Ibu?
Ibu : Sebenarnya, buah kiwi memang baik untuk kesihatan. Ia mengandungi
lebih banyak vitamin jika dibandingkan dengan buah limau. Terdapat
juga usaha yang dijalankan untuk menggalakkan orang ramai
(27) _____.
Izzah : Baru Izzah tahu. Jadi, buah kiwi menjadi pilihan Ibu kerana (28) _____?
Ibu : Tepat sekali! Namun, masih terdapat orang Singapura yang tidak
menyukai buah kiwi. Golongan ini digalakkan supaya (29) _____ agar
mereka dapat menikmati khasiatnya.
Izzah : Kalau begitu, Izzah juga harus mula makan buah kiwi ya, Ibu! Izzah
mahu jadi lebih sihat.

26 27 28 29
Markah yang
diperoleh

6
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

RANGSANGAN GRAFIK (10 markah)

Arahan: Teliti brosur yang berikut.

Taman Haiwan Bestari


Usah terlepas peluang untuk berkunjung ke
taman haiwan yang terbaharu!

Waktu Operasi
8 pagi – 6 petang

Bayaran Masuk
Dewasa: $16
Kanak-kanak $8
Bergambar sambil beramal
Jadilah AHLI CILIK
Kelab Taman Haiwan Bestari!
 masuk ke taman haiwan secara
percuma sepanjang tahun
 bergambar bersama
 potongan harga bagi pembelian
haiwan-haiwan kegemaran
anda barangan di Kedai Bestari
 gambar berserta bingkai yang  potongan harga bagi setiap pesanan
menarik akan menjadi milik makanan di Kafe Bestari
anda  langgani majalah bulanan Bestari
 diambil oleh jurugambar secara percuma selama 6 bulan
profesional
 hasil kutipan akan digunakan
untuk tujuan melindungi
haiwan-haiwan terancam

 Perkhidmatan trem dan kerusi roda


disediakan di pintu masuk taman haiwan
 Tandas dilengkapi kemudahan untuk
Ayuh, ke
pelawat kurang upaya
Taman
 Banyak kawasan yang terlindung
Haiwan Bestari
dari sinaran matahari dan
pondok untuk bersantai dan berehat
hari ini!
 Peluang untuk melihat pelbagai jenis haiwan
kini tidak terjejas jika hari hujan

7
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

Arahan: Berdasarkan brosur di halaman 7, pilih jawapan yang paling sesuai bagi
Soalan 30 hingga Soalan 32. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu
itu di tempat kosong yang disediakan. Bagi Soalan 33, tulis jawapan kamu
di tempat kosong yang disediakan di halaman 9.

30. Orang ramai digalakkan mengunjungi Taman Haiwan Bestari kerana


____________________________________________.

(1) dibuka setiap hari


(2) bayaran masuk percuma
(3) dapat menikmati potongan harga apabila berbelanja
(4) terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang terbaharu

31. Kita dapat beramal sambil bergambar bersama haiwan kegemaran kerana
____________________________________________.

(1) bayaran untuk bergambar berharga $10


(2) gambar akan diambil oleh jurugambar profesional
(3) gambar akan disertakan dengan sebuah bingkai yang menarik
(4) bayaran sesi bergambar menyokong usaha untuk melindungi haiwan
terancam

32. Pengunjung kurang upaya tidak akan terlepas peluang untuk melihat haiwan-
haiwan dan meneroka taman itu kerana ______________________________ .

(1) pondok untuk bersantai dan berehat disediakan


(2) perkhidmatan trem disediakan di pintu masuk taman
(3) perkhidmatan kerusi roda dan tandas khas disediakan
(4) banyak kawasan terlindung dari sinaran matahari disediakan

30 31 32
Markah yang
diperoleh

8
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

33. Kamu berminat untuk menjadi AHLI CILIK Kelab Taman Haiwan Bestari.
Kamu mahu memberitahu ibu dan ayah tentang minat kamu. Untuk
meyakinkan ibu dan ayah kamu agar membenarkan kamu menjadi ahli kelab,
kamu harus menerangkan kepada mereka dua faedah yang dapat diraih
apabila kamu menjadi ahli kelab itu.

Gunakan informasi dalam brosur khas Taman Haiwan Bestari untuk


melengkapkan pesanan ringkas di bawah ini. (4 markah)

Ibu dan Ayah, saya berminat untuk

menjadi AHLI CILIK Kelab Taman

Haiwan Bestari. Setiap ahli kelab

______________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

_________________
Markah yang
diperoleh

9
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

BLANK PAGE

10
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

SOALAN 34 - 40 KEFAHAMAN 2 (22 markah)


Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Razif mencapai surat khabar yang terletak di atas meja. Berita kemalangan
jalan raya yang melibatkan pemandu yang cuai tersiar di muka hadapan akhbar
tersebut.
“Ah, kecuaian jugalah yang hampir meragut nyawa aku dan Zaki!” keluh Razif.
Razif teringat peristiwa yang berlaku 5 tahun yang lalu. Dia berasa ngeri apabila
terbayangkan kejadian tersebut. Semuanya berlaku dengan pantas sekali. Sebuah
kereta telah meluncur dengan lajunya lalu terbabas ke arah dia dan rakannya yang
sedang berdiri di sebuah stesen bas. Pada waktu itu, Zaki, rakannya itu, sedang
tunduk membaca buku. Zaki tergamam. Dia tidak sempat untuk bertindak. Razif pula
sempat mengelak. Namun, akibat terlalu terkejut dia rebah lalu pengsan.
Apabila dia sedar, Razif mendapati dirinya di katil hospital. Sejurus itu, Halim
pun menggagahkan dirinya untuk bangun sambil matanyna memandang sekeliling
mencari Zaki.
“Usah bimbang, Razif. Zaki juga selamat,” ibu Razif cuba menenangkannya.
Razif berasa amat lega. Sesungguhnya, dia tidak sanggup kehilangan Zaki.
Selama ini, Zakilah yang banyak membimbingnya dalam pelajaran. Setiap kali
menghadapi masalah, Zakilah orang yang pertama yang dicarinya. Razif memandang
wajah ibunya. Dia yakin yang dia dan Zaki telah menjaga keselamatan diri mereka. Dia
juga tidak lupa akan pesanan ibunya yang mengingatkannya agar sentiasa berhati-hati
di jalan raya.
Akibat kemalangan itu, Zaki tidak dapat ke sekolah selama beberapa minggu
manakala Razif pula hanya mengalami cedera ringan. Pemandu yang cuai itu pula
dalam siasatan polis. Sepanjang waktu itulah, Razif yang selalu menziarahi Zaki. Dia
tidak mahu Zaki tertinggal dalam pelajarannya.
“Ingat, Razif. Kecuaian boleh membawa padah,” pesanan yang sebelum ini
dianggapnya sebagai leteran ibunya terngiang-ngiang di telinganya.
Barulah Razif sedar akan kepentingan menjadi pengguna jalan raya yang
bertangunggjawab. Dia tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana dia dan Zaki
terselamat walaupun terlibat dalam kemalangan itu.

11
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 11, jawab soalan- soalan


yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis
jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

34. Apakah yang menyebabkan Razif teringat akan peristiwa yang berlaku 5 tahun
dahulu? (2 markah)

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

35. Bagaimanakah kemalangan itu berlaku? (4 markah)

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

36. Mengapakah Razif tidak sedarkan diri selepas kemalangan itu? (2 markah)

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

37. Zaki banyak membantu Razif. Nyatakan dua bukti untuk menyokong
pernyataan ini. (4 markah)

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

Markah yang
diperoleh

12
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

38. Berikan dua contoh yang menunjukkan Razif seorang kawan yang prihatin.
(4 markah)

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

39. Razif mendapat pengajaran daripada peristiwa kemalangan itu. Jelaskan.


(4 markah)

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

40. Terdapat perkataan dalam petikan yang mempunyai maksud yang sama
dengan frasa di bawah. Kenal pasti perkataan tersebut. Kemudian tulis
jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan. (2 markah)

(a) terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa

_________________________________________________________

(b) akibat atau balasan

_________________________________________________________

Markah yang
diperoleh

SELESAI

13
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

Kranji Primary School


Semestral Assessment 2 (2018)
Malay Language
Primary 5

Answer Key

Imbuhan ( 20 markah )

1. (1)
2. (4)
3. (3)
4. (1)
5. (1)
6. (3)
7. (2)
8. (4)
9. (2)
10 (3)

Peribahasa ( 10 markah )

11. (3)
12. (2)
13. (1)
14. (1)
15. (2)

Golongan Kata ( 10 markah )

16. (2)
17. (1)
18. (4)
19. (2)
20. (2)

14
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

Kefahaman 1 ( 10 markah )

21. (3)
22. (2)
23. (1)
24. (4)
25. (3)

Frasa (8 markah)

26. (3)
27. (4)
28. (2)
29. (5)

Rangsangan Grafik ( 10 markah )


30. (4)
31. (4)
32. (3)
33. Ibu dan Ayah, saya berminat menjadi AHLI CILIK Kelab Taman Haiwan Bestari.
Setiap ahli kelab dapat
1) potongan harga bagi pembelian barangan di Kedai Bestari (1m)
2) potongan harga bagi setiap pesanan makanan di Kafe Bestari (1m)
3) masuk percuma ke taman haiwan sepanjang tahun
4) langgan majalah bulanan Bestari secara percuma selama 6 bulan (1m)
(pilih mana-mana 2 fakta)

Contoh Ayat Ajakan (1m) :


Ibu dan ayah, harap benarkan / izinkan saya menjadi ahli kelab tersebut!

Tatabahasa, ejaan, tanda baca, struktur ayat (1m)

15
Kranji Pri / P5 Standard Malay Language / SA2 / Paper 2 / 2018
_____________________________________________________________________

Kefahaman Subjektif ( 22 markah )


Skema Pemarkahan bagi soalan Kefahaman

No. Isi Bahasa Markah

1 Lengkap tiada kesilapan tatabahasa 2 atau 4

2 Lengkap terdapat kesalahan tatabahasa yang 1½ atau 3 ½


menjejaskan pemahaman terhadap
jawapan yang diberikan

3 Lengkap tidak menggunakan ayat yang lengkap 1 atau 3

4 Tidak lengkap tiada kesilapan tatabahasa 1 atau 2

5 Tidak lengkap terdapat kesalahan tatabahasa yang ½ atau 1½


menjejaskan pemahaman terhadap
jawapan yang diberikan
6 Tidak menepati - 0
soalan

34. Berita kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu yang cuai (1m) yang
tersiar di muka hadapan akhbar (1m) menyebabkan Razif teringat akan
peristiwa itu.

35. Kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta telah meluncur dengan laju (2m)
lalu terbabas ke arah dia dan rakannya, Zaki (1m) yang sedang berdiri di
sebuah stesen bas (1m).

36. Razif tidak sedarkan diri kerana dia terlalu terkejut (1m) lalu rebah (1m).

37. Zaki banyak membimbingnya dalam pelajaran (2m). Setiap kali Razif
menghadapi masalah, dia akan mencari Zaki (2m).

38. Razif selalu menziarahi Zaki (1m) kerana Zaki tidak dapat ke sekolah selama
beberapa minggu (1m). Razif tidak mahu Zaki tertinggal dalam pelajarannya
(2m).

39. Razif pelajari bahawa kecuaian boleh membawa padah (2m) dan menjadi
pengguna jalan raya yang bertangunggjawab adalah penting (2m).

40. a) tergamam b) padah

16

Anda mungkin juga menyukai