Anda di halaman 1dari 1

‫الر ِحي ِْم‬

َّ ‫مـن‬
ِ ‫الر ْح‬ َّ ِ‫بِ ْس ِم هللا‬
ُ ‫صالَة‬ َّ ‫ع ْد َوانَ إِالَّ َعلَى‬
َّ ‫الظا ِل ِميْنَ َوال‬ ُ َ‫ب ْالعَالَ ِميْنَ َو ْالعَاقِبَةُ ِل ْل ُمت َّ ِقيْنَ َوال‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْمدُ ِهللِ َر‬
. َ‫ص ْحبِ ِه أ َ ْج َم ِعيْن‬
َ ‫س ِليْنَ َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬َ ‫اء َو ْال ُم ْر‬ ِ َ‫ف اْأل َ ْنبِي‬ِ ‫سالَ ُم َعلَى أ َ ْش َر‬
َّ ‫َوال‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan
berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Segambut Tahun 2019 pada hari yang
berbahagia ini.

Ya Allah Ya Hannan Ya Mannan


Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-
Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.
Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti
mereka di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan
lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek
pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi
kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah Ya Aziz Ya Ghaffar


Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-
pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-
pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan
prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami
memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi
katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah
keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama
sekolah ini.

Ya Allah Ya Qahhar Ya Jabbar


Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-
lembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan
keimanan dan ketakwaan.
Jadikanlah pertemuan kami ini sebagai satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula
selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Jauhkanlah kami dari segala bala
bencana kebinasaan dan kerosakan dan apa-apa perkara yang menjauhi kami daripada rahmat-Mu.

‫ َوالَ ت َ ْج َع ْل‬,‫ص ْو ًما‬ُ ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما َوتَفَ ُّر َقنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقًا َم ْع‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ِ ْ‫سنَةً َوفِى ا‬
ِ‫آلخ َرة‬ َ ‫ َربَّنَا َءاتِنَا فِى الدُّ ْنيَا َح‬.‫ط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ ْ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم‬
َ ‫فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا‬
َ‫ار يَا َربَّ ْال َعالَ ِميْن‬
ُ َّ‫اب النَّار َوأ َ ْد ِخ ْلنَا ْال َجنَّةَ َم َع اْألَب َْر ِار يَا َع ِزي ُْز يَا َغف‬َ َ‫سنَةً َوقِنَا َعذ‬ َ ‫َح‬
ِ ‫ َو ْال َح ْمدُ ِهللِ َر‬. َ‫ص ْحبِ ِه أ َ ْج َم ِعيْن‬
‫ب‬ َ ‫سيِ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬ َ ‫صلَّى هللا ُ َعلَى‬ َ ‫ َو‬.
. َ‫ْالعَالَ ِميْن‬

Anda mungkin juga menyukai