Anda di halaman 1dari 4

Pantun Awal Pengacaraan

Bunga manggar si sirih junjung


palu-paluan pelbagai bunyi
Jemputan diterima budi dijunjung
hadirmu tuan menambah seri.

Tuan datang berwajah seri


kami menyambut berhati ria
Selamat datang ke majlis ini
majlis perlancaran bulan bahasa.

Berjabat tangan tanda mesra


palu-paluan pelbagai bunyi
Jemputan diterima penuh budi bahasa
hadirmu tuan menambah seri

Songket direntang bersulam intan


tenunan hiasan kilauan keemasan
Selamat datang ke hari Q Pendidikan
Kejayaan wawasan teras pendidikan.

Ikan tengiri masak kari


sayang tak dihidang malam ini
Salam mesra Pesta PSKPP
Yang pahit tolak ke tepi.

Ke pekan kita membeli tepung


tepung dibeli bersama kari
Di dewan ini kita berkampung
menjayakan majlis yang penuh berseri.

Anak Mak Limah bernama Dihi


Anak Kak Eton bernama Hartini
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi
Kerana mempertemukan kita di majlis yang mulia ini.

Sirih berlipat sirih pinang


sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
awal bismillah pembuka bicara

Bukan lebah sebarang lebah


lebah bersarang di ruas buluh
Bukan sembah sebarang sembah
sembah berkarang jari sepuluh

Pantun Pertengahan Pengacaraan

Tanam selasih di tepi halaman


selasih berbunga buat hiasan
Terima kasih kami abadikan
lewat sebuah cenderamata tanda kenangan

Terbang tinggi si merpati


terbang melayang melawati awan
Tetamu kehotmat sudah menanti
untuk berucap penuh wawasan

Hujan gerimis lebat di hulu


haba di muara terasa nyaman
Arena kuiz sudah berlalu
tiba masanya ke arena persembahan

Terurai rasa yang resah


terlerai rasa yang gelisah
Bijak sungguh tuan bermadah
madah indah penuh amanah

Burung belatuk burung kedidi


terbang hinggap di pinggir kali
Cenderamata pengikat budi
sebagai kenangan kekal abadi

Pulau Pandan jauh ke tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga.

Masak kuning si buah kuini


makan bersama Cik Ali dan Cik Alang
Sungguh rancak tarian tadi
Mengenang kembali budaya yang gemilang

Sungguh merdu suaramu adik


bagai sembilu menikam kalbu
Rasa hati tidak mahu balik
kerana mahu dan menunggu.

Kuih berlapis manis seri kaya


penghias sajian selepas makan
Elok langkah lenggok bergaya
berbilang bangsa pelbagai kebudayaan.
Encik Ali dari pekan
memakai baju kain sutera
Semua juadah sudah dihidangkan
persilakan hadirin menjamu selera

Dari Madinah ke pangkal;an Jeddah


sarat bermuat buah pala
Berucap sudah makan pun sudah
marilah kita berhibur pula.

Pohon mempelam si bunga dedap


jangan dibiar hingga ranum
Bersalam sudah duduk pun sudah
makan sahaja kita belum.

Timun Cina tumbuh melata


dimakan ulat disambar kera
Hidangan sudah di depan mata
sudilah kira membuka selera.

Pantun Akhir Pengacaraan

Kapal Labuan berlabuh di sini


memunggah beras di pelabuhan abadi
singgah sebentar lalu pergi
Majlis ini tamat di sini
tetapi kenangan kekal abadi
panjang usia berjumpa lagi.

Kalau ada sumur di ladang


boleh kita menumpang mandi
Kalau umur panjang
boleh kita berjumpa lagi.

Kalau ada jarum yang patah


jangan disimpan dalam peti
Kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati.

Dari mana hendak ke mana


panjang rumput darilah padi
Bulan sama hari yang sama
tahun depan berjumpa lagi.

Kalau benar jalanku salah


tolong ajar cara berlari
Kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati.

Kalau kerbau dah masuk kandang


tak payah kita tercari-cari
Kalau diberi nafas yang panjang
di lain kali ketemu kembali.

Rasa hati begitu resah


bila kekasih melangkah pergi
Hari ini kita berpisah
tahun hadapan berjumpa lagi.

Dari mata turun ke hati


hati indah cerah menawan
Ramah mesra baiknya budi
semangat kekeluargaan kita terus kekalkan.

Walaupun penat terasa lelah


senyum masih berseri-seri
Walaupun majlis berakhirlah sudah
namun, tahun depan insyaallah kita akan berjumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai