Anda di halaman 1dari 1

Statistik menunjukkan bahawa 2.5 juta orang diperdagangkan setiap tahun dan 1.

5 juta
daripada jumlah ini ialah kanak-kanak. Jelaskan punca berlakunya jenayah yang semakin
serius ini.

Jumlah orang yang diperdagangkan semakin meningkat dan mencecah jumlah yang
membimbangkan. Hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa punca.
Jenayah pemerdagangan orang berpunca daripada kemiskinan. Kehidupan miskin
mendesak seseorang untuk melakukan apa jua perbuatan demi mendapatkan sesuap nasi.
Penduduk di negara miskin sanggup menjual anak dan isteri demi mendapatkan wang.
Terdapat juga orang miskin yang ingin mendapatkan pekerjaan di luar negara tetapi
diperdayakan oleh sindiket pemerdagangan orang dan dijual untuk menjadi pelacur atau
buruh kasar.
Permintaan tenaga buruh yang tinggi mendorong berlakunya jenayah
pemerdagangan orang. Sindiket pemerdagangan orang mengambil kesempatan dengan
membekalkan buruh untuk mengaut keuntungan. Sindiket-sindiket ini menyamar agensi
pekerjaan untuk membantu buruh asing, namun mereka mengeksploitasikan buruh-buruh
tersebut akibat kelemahan dalam sistem perundangan. Apabila sampai di negara yang
dijanjikan, buruh tersebut akan dipaksa bekerja dengan upah yang tidak setimpal.
Keuntungan yang lumayan hasil aktiviti pemerdagangan orang mendorong kegiatan
ini terus berleluasa. Sikap materialistik menjadikan sindiket hilang sifat perikemanusiaan.
Demi mendapatkan keuntungan lumayan, sindiket pemerdagangan orang sanggup
mengeksploitasikan orang untuk melakukan kerja paksa, melacur dan meminta sedekah.
Dengan mengeksploitasi mangsa, mereka akan memperoleh wang yang banyak manakala
mangsa terus menderita.
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah membuatkan kegiatan ini semakin
berleluasa. Pengawalan pihak imigresen yang kurang ketat di sempadan negara
menyebabkan orang mudah diseludup masuk. Hukuman yang dikenakan ke atas agensi
pekerjaan yang mengambil pekerja daripada sindiket pemerdagangan orang masih lagi tidak
cukup berat menyebabkan operasi pemerdagangan manusia terus dijalankan. Jelaslah
bahawa penguatkuasaan yang lemah menjadi punca jeneyah ini semakin berleluasa.
Sindiket pemerdagangan orang biasanya mempunyai rangkaian domestik dan
antarabangsa. Hal ini membolehkan mereka menjalankan aktiviti mereka dengan mudah
tanpa dikesan oleh pihak berkuasa. Sindiket pemerdagangan orang mempunyai pihak-pihak
tertentu yang memalsukan identiti mangsa, menyeludup mangsa masuk ke negara tertentu
dan orang tengah yang akan menguruskan tempat tinggal mangsa. Justeru, kegiatan ini akan
terus berleluasa kerana sindiket ini sukar dikesan dan dibendung.
Kesimpulannya, kegiatan pemerdagangan orang semakin berleluasa. Semua pihak
haruslah bekerjasama untuk mengatasi jenayah ini daripada terus berleluasa supaya nama
baik negara dapat dimartabatkan.

Anda mungkin juga menyukai