Anda di halaman 1dari 18

Bahasa Inggeris: PaMa ( Papa Mama Programme)

Meningkatkan peratus lulus Kertas 2 Bahasa Inggeris


UPSR dalam membina struktur ayat yang mudah dan
berkualiti

Jamaliah bt Md Salleh
SK Sungai Pasir
Abstrak

Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2008 , murid-murid di dua buah


kelas terakhir telah gagal Bahasa Inggeris dengan mendapat gred D dan E.
Setelah dianalisa selepas kelas tahun 6 di streaming, semua murid Kelas 6
Tekun bagi tahun 2009 telah gagal dalam semua mata pelajaran termasuk
Bahasa Inggeris. Bagaimanapun kaedah streaming amat mudah untuk
mengajar dan mengesan kelemahan sesaorang murid pada setiap mata
pelajaran.

Memandangkan tahap kecerdasan mereka adalah setara, menyebabkan saya


meletakkan semua murid ini dalam program kajian yang saya jalankan. Mereka
tidak dapat menzahirkan sesuatu perkara yang begitu mudah dan yang
sepatutnya dikuasai pada tahap satu, malahan benda-benda yang berada di
sekeliling mereka seperti nama-nama benda di dalam bilik darjah dan yang
sering digunakan dan dilihatpun tidak boleh disebut. Sikap pasif dan malu
meningkatkan kelemahan yang sedia ada. ‘Berat mulut’ dan ‘rendah diri’
mendorong saya mengukir satu program yang mencakupi tenaga dari rumah dan
warga sekolah.

Latar belakang keluarga yang pelbagai dan penempatan yang kebanyakannya


tinggal di taman-taman perumahan dan di kampung-kampung berdekatan,
mempengaruhi kehidupan murid-murid ini bersama persekitaran yang ada.
Tempat tinggal yang berhampiran dengan kawasan perindustrian menyebabkan
ibu bapa sentiasa sibuk dengan pekerjaan dan bekerja syif, menyebabkan
mereka terpaksa meninggalkan anak-anak sendirian atau mengharapkan jiran.
Ini adalah di antara faktor menyebabkan ketiadaan minat untuk belajar dan
penekanan untuk lulus peperiksaan terlepas pandang oleh keluarga.

Aktiviti Papa Mama yang dijalankan cuba mendekatkan ibu bapa supaya sedar
dan lebih perihatin dan peluang ini diambil ketika setiap perjumpaan waris di
majlis motivasi ataupun menanda tangani kad profil murid. Pendekatan begini
telah berjaya mengubah sikap ibu bapa secara langsung.

Aktiviti HuWatWe memudahkan murid mengaitkan antara keperluan kata nama


dan kata kerja yang sering digunakan seharian dan sering berkait-rapat dengat
perbualan berdasarkan stimuli atau gambar yang diberi.

Suratku Berjanji sangat berkesan kepada murid apabila surat-surat dihantar


kepada ibu bapa dan guru-guru terpilih sebagai papa dan mama angkat di
sekolah. Projek ini meninggalkan hasil yang berkesan sehingga menjelangnya
hari peperiksaan.

Peningkatan graf Headcount dalam ujian dan peperiksaan Pertengahan Tahun


amat memberangsangkan dan keputusan UPSR diharap dapat melakar sejarah
peningkatan Bahasa Inggeris yang ketara. Sekiranya keputusan di pihak positif,
program ini akan dieruskan dan diperaik lagi.
1. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu

Bahasa Inggeris sememangnya satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh
murid dan persepsi ini telah ditanam dalam pemikiran murid terutama kepada
mereka yang berada di kelas yang selalu gagal . Perasaan rendah diri, malu ,
dan mengganggap bahawa diri tidak dihargai juga merupakan antara faktor
murid-murid tidak berminat untuk berusaha seperti rakan-rakan di kelas hadapan
dan cemerlang.

Murid-murid dari Tahun 5 ini telah di streaming ke Tahun 6 dan mereka secara
kebetulannya masih ditempatkan di kelas yang sama dengan rakan-rakan yang
sama pada tahun lalu. Didapati bahawa tahap pencapaian bagi semua mata
pelajaran terutama mata pelajaran teras UPSR adalah sama . Maka suasana
mereka untuk menghadapi P&P tidak banyak berubah dari segi rakan-rakan, dan
guru-guru mata pelajaran kecuali berpindah ke bilik darjah yang lainsahaja.
Berpakaian serba baru pada awal tahun tidak menjanjikan semangat baru
kepada mereka.

Tinjauan saya dari masalah di atas menjadikan saya terpanggil utnuk


mendekatkan diri kepada mereka untuk menarik minat belajar dengan
memperkenalkan program yang memudahkan sesuatu yang dianggap selama ini
‘payah’ dan ‘memang tidak boleh’. Program PaMa dimulakan dengan
mengedarkan Kad Program kepada ibu bapa dalam perjumpaan waris kali
pertama pada 1 Januari 2009. Saya telah berpesan kepada murid-murid pada
kelas tambahan bulan Disember supaya meminta ibu bapa hadir dalam
perjumpaan untuk mendapatkan kad tersebut. Kehadiran ibu bapa amat
memberangsangkan dan membawa pulang kad tersebut telah member
gambaran kepada saya bahawa satu perubahan sikap dan minda boleh dan
telah berlaku.

Aktiviti HuWatWe sebagai latih-tubi setiap permulaan kelas telah member kesan
terbaik di mana murid-murid akan tertanya-tanya mengapa mereka tidak disoal
dengan pelbagai soalan tatabahasa sekiranya saya menukar set induksi dengan
cara yang lain. Mereka sentiasa bersedia dan aktif sama ada lisan maupun

1
bertulis. Kesan yang paling ketara ialah menutup jawapan yang ditulis kerana
terlalu yakin dengan jawapan sendiri.

Suratku Berjanji adalah yang aktiviti yang mengharukan dan merungkai banyak
pemasalahan dan cerita. Pelbagai plot cerita yang menarik dan sedih sebelum
dan selepas aktiviti ini. Emosi ibu bapa ketika berhadapan dengan warkah yang
mencuit hati dan perasaan murid sebagai penulisnya mempuyai konflik masing-
masing. Namun hasilnya sangat memberangsangkan dan telah meningkatkan
kerjasama anak dengan keluarga. Kelas malam yang dianjurkan khas untuk
kelas ini mendapat sambutan dari murid itu sendiri dan keluarga. Pertemuan
dengan guru sebagai mentor juga merubah sikap tidak endah kepada
tingkahlaku yang lebih baik semasa di sekolah.

2. Fokus Kajian/Isu Keprihatinan

Murid-murid ini mempunyai latar belakang disiplin yang berbeza. Walaupun pasif
dalam pelajaran,tetapi sebenarnya mereka adalah dari kalangan murid yang
nakal dan mempunyai masalah disiplin semenjak Tahun 5 lagi. Keputusan
keseluruhan UPSR sekolah pada 2008 disumbangkan oleh bilangan lulus dari
sebahagian murid kelas 6 Tekun yang telah lulus Bahasa Inggeris . Oleh itu,
saya mencuba sedaya upaya supaya murid 6 Tekun pada tahun ini juga
berupaya menyumbangkan peratus untuk mengekalkan peratus sekolah atau
dapat melonjakkan peratus UPSR ke tahap yang lebih cemerlang.

Saya sentiasa mengingatkan bahawa mereka adalah warga terpenting di


sekolah ,dan sumbangan mereka untuk peratus lulus amat diharapkan dan
dihargai. Murid-murid kelas ini sangat percaya dan sentiasa berkata ‘boleh’.
Saya sentiasa mengubah tempat duduk murid supaya mudah untuk fokus
pencapaian mereka dalam kumpulan dari masa ke semasa kerana dalam satu
tandan masih ada yang tidak sama.

2
3. Objektif Kajian

Objektif Umum:
Pada akhir program ini, murid-murid pemulihan Bahasa Inggeris inidapat
meningkatkan prestasi markah dalam setiap ujian dan peperiksaan Bahasa
Inggeris, seterusnya lulus dalam UPSR ,dan membantu peningkatan peratus
sekolah dengan bantuan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

Objektif Khusus:

• Murid dapat menamakan benda-benda yang terdapat di semua


tempat yang biasa dilihat, kata kerja bagi setiap kata nama dan mengeja dengan
betul.
• Murid boleh membina ayat menggunakan tatabahasa
yang betul, dan mengeja dengan tepat.
• Murid berkemampuan membina ayat yang gramatis untuk
menambah markah.

4. Kumpulan Sasaran

Fokus kajian tertumpu kepada 40 orang murid terdiri daripada 18 orang


murid perempuan dan 23 orang murid lelaki tahun 6 Tekun. 29 orang mendapat
D dan 11 orang mendapat E dalam Peperiksaan Akhir tahun 2008.
3

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

i. Temubual dengan guru-guru Tahun 5 .

- Suka mengganggu kawan dan sering bertengkar kerana ejekan yang kurang
selesa didengar.

- Sering keluar kelas ketika berlaku pertukaran guru ketika peralihan jadual
waktu.

- Kerap tidak membuat kerja sekolah walaupun dinasihati dan menghadapi


pelbagai denda.

ii. Soal selidik dari murid perempuan

- Mereka malu untuk menjawab soalan kerana takut ditertawakan

- Perasaan rendah diri apabila selalu berada di kelas terbelakang.

- Berbincang dalam kumpulan tetapi sesama mereka juga tidak dapat


menyelesaikan masalah.

iii. Temu bual waris dalam Perjumpaan Waris Pertama.

- Kerja yang tidak menentu atau kerja syif

- Ayah yang bekerja jauh dan kurang kawalan

- Waris tidak dapat membantu pengajaran dalam Bahasa Inggeris dan tidak
memahami format baharu.

- Tidak sempat kerana anak yang ramai.

- Anak yang tidak mendengar kata.

- Anak yang tidak mempunyai ayah atau ibu

- Anak tinggal dengan datuk dan nenek


4

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Keputusan peperiksaan Akhir Tahun 2008

1. Murid yang lulus menjawab soalan objektif di Kertas Satu adalah 20% sahaja,
dan diandaikan bahawa mereka telah meneka jawapan yang diberi.

2. Kertas 2 menunjukkan bahawa murid-murid lemah pada perbendaharaan kata


dan tidak boleh menulis kata nama dan kata kerja yang merupakan asas menulis
ayat. Apabila kedua-dua ini diketahui, pembinaan ayat yang tidak lengkap juga
dapat membantu pemberian markah .

5.3 Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1: PaMa ( Papa Mama Programme)


Perjumpaan pertama kali bersama waris pada 1 Januari 2009 telah diadakan.
Kad Papa Mama Programme yang mengandungi 150 perkataan kata kerja
dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa Malaysia diedarkan
kepada semua waris. Taklimat rengkas diberikan tentang kaedah yang
patutdijalankan ole waris , ibu bapa atau ahli keluarga yang bertindak sebagai
Mentor.
1.1 Mentor akan memantau murid di rumah supaya membaca, memahami dan
mengeja setiap perkataan.
1.2 Tandakan perkataan yang sudah boleh dibaca, dieja dan memahami
maksudnya dalam bahasa ibunda. Mentor tidak semestinya fasih kerana
perkataan-perkataan sering disebut dan didengar oleh murid.
1.3 Guru dapat mengesan sama ada berlaku atau tidak komunikasi di rumah
jika murid itu tidak menunjukkan peningkatan bila diadakan aktiviti ejaan di kelas.

Pemerhatian

i. Kertas difotostat untuk disimpan di rumah dan satu lagi sentiasa berada
bersama murid di sekolah. Ibu bapa bekerjasama mengajar di rumah.
ii. Kertas dilaminet dengan kemas.
iii. 80 peratus murid boleh menulis 5 perkataan sehari dan mengeja dengan
betul.
iv. Boleh menyebut perkataan Bahasa Inggeris bagi menggantikan perkataan
Bahasa Malaysia yang disebut oleh guru.
v. Murid boleh menterjemah ayat ke Bahasa Inggeris walaupun tidak begitu
lancar.

Refleksi
Saya sangat teruja dengan perubahan murid-murid yang rajin membaca dan
menggunakan masa terluang untuk menguji minda sesama rakan. Pertandingan
pasangan yang banyak membaca perkataan turut membantu mereka untuk lebih
berusaha. Namun begitu masih terdapat 20 peratus yang menghadapi kesukaran
mengingat kerana tidak mendapat sokongan kerana kesibukan dan masalah
keluarga. Kumpulan ini diberi tumpuan istimewa dengan banyak diberi solah
lisan sepanjang P&P.
6

Aktiviti 2 : HUWatWe (who what where)


1. Murid melihat gambar dan nyatakan situasinya.
2. Bulatkan benda yang dilihat dan tuliskan perkataan kata nama di tepi
bulatan tersebut.
3. Ulang aktiviti tersebut pada semua benda dalam gambar itu.
4. Setelah selesai membulatkan 5 bulatan pada gambar tersebut,
nyatakan kata kerja bagi setiap kata nama itu.
5. Murid membina ayat menggunakan Present Continuous Tense bagi

woman fishmonger pupils

chairs
buying Vegetables arranging desks
selling fish
markets stall

Section A di Paper 2.
1. The woman is buying some fresh vegetables at the market.
2. The fishmonger is selling fish at his stall.
3. The pupils are arranging the chairs and desks in the classroom.

6. Sebenarnya perkataan kata kerja telah dikuasai pada program PaMa


pada Aktiviti Satu. Murid-murid berlumba-lumba untuk menjawab soalan
apabila ditanya kerana perkataan –perkataan tersebut kerap dilatih-tubi.
Murid diminta menulis ayat sendiri mengikut format yang diberi.
7. Murid bertukar buku dan menyemak latihan rakan. Sekiranya ada
kesalahan, mereka berbincang dan ini dapat memantapkan lagi
tatabahasa mereka.
8. Sebagai aktiviti pengukuhan, murid-murid diberi situasi secara lisan dan
diberi beberapa perkataan kata nama, kebanyakan mereka boleh
membina ayat dengan betul.

Contoh : di taman ……………………... at the park


di pasar malam …………… at the night market
di dalam perpustakaan…….. in the library

di atas rak buku ……………..on the book shelf


di belakang pokok …………. behind the tree

Pemerhatian
Saya berasa sungguh gembira apabila mendapat respon yang
memberansangkan dalam pembinaan ayat. Semua murid saya bersungguh-
sungguh untuk mengambil bahagian, manakala perasaan malu dan rendah diri
telah berkurangan. Penggunaan prepositions susah untuk difahami tetapi
selepas dilatih-tubi dengan banyak melihat gambar situasi dan bercerita, mereka
akhirnya menagih supaya diberi soalan sehingga perlu kesabaran untuk
mengawal kelas yang aktif.

Refleksi
Hasil dari program ini didapati markah bagi Section A telah meningkat dari
O pada awal tahun dan kini boleh mendapat 5 markah di mana markah penuh
ialah 10. Program ini juga turut membantu dalam menjawab Section B dan
setrusnya berpeluang lulus kertas Bahasa Inggeris.
8

Aktiviti 3 : Suratku Berjanji


1. Setiap murid dibekalkan alatan berikut:
- 3 keping setem 30 sen, 3 helai sampul surat, 3 helai kertas A4, gam
2. Murid menulis sepucuk surat kepada ibu, sepucuk surat lagi kepada bapanya
dan sepucuk surat lagi kepada seorang guru yang dipilih oleh penyelidik.
3. Setelah selesai surat yang pertama ditulis, akan terus dimasukkan ke dalam
sampul surat, digam dan ditampal setem. Akhirnya alamat penerima ditulis di
sampul surat tersebut. Alamat rumah kemungkinannya akan sama dengan
murid jika dia tinggal bersama dan alamat berlainan sekiranya tidak tinggal
bersama.
4. Oleh kerana terdapat 40 orang guru di sesi pagi, maka setiap mereka mendapat
seorang anak angkat. Guru-guru ini juga menerima sepucuk surat dari anak
angkat yang beralamatkan sekolah.
5. Di antara kaandungan surat itu adalah:
- Azam untuk menjawab soalan peperiksaan sehabis baik.
- Memohon ampun maaf dari kedua ibu bapa atas segala kesalahan
- Berjanji untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.
- Mengucapkan terima kasih kerana menjaga dan membela.
- Mencurahkan perasaan yang terpendam yang tidak dapat diluahkan secara
lisan.
- Akan berusaha dan belajar serta memperbaiki diri mulai sekarang
- Memohon doa dari ibubapa dan guru
- Minta dihalalkan ilmu daripada guru
- Mencurahkan masalah diri , rakan ,dan keluarga kepada guru
6.Surat ditulis berasingan dan disimpan segera ke dalam sampul surat supaya
kandungan surat lain tidak mempengaruhi intisari surat yang lain kerana
penerima adalah orang yang berlainan.
7. Murid akan disoal selidik bermula dari surat itu sampai di rumah dan detik
kedua ibu bapa membacanya. Reaksi mereka perlu untuk kajian seterusnya.
8. Penglibatan guru setelah menemui anak angkat dapat memotivasikan murid
memandangkan mereka adalah di antara murid yang kurang menyerlah dalam
pelajaran.

9
Pemerhatian
1. Ketika surat ditulis , boleh dilihat pelbagai reaksi dari murid kerana pelbagai
perasaan timbul seolah-olah mereka sedang berkata-kata dengan ibu bapa
dalam bentuk tulisan. Setelah keadaan tenang, baharulah mereka lancer menulis
segala yang terbuku di hati dengan ikhlas. Terdapat pula murid yang tidak
pernah bertegur dan memberi salam kepada guru itu, tetapi tiba-tiba guru
tersebut memanggil dan bertanya khabar. Pelbagai perasaan dan sangsi
bermain di kepala dan ada yang ingin bertukar mentor kerana malu dan takut.
Selepas hari itu, mereka terasa bahawa masih ada yang sayang.

Refleksi
Kedua ibu bapa memberi reaksi yang pelbagai. Di antaranya adalah:
1. Memanggil anak dan memberi perangsang dan menabur janji jika anak lulus
semua mata pelajaran.
2. Ibu bapa bertanya kepada anak kerana berasa hairan kerana selama ini tidak
tahu masalah yang dihadapi oleh anak sendiri.
3. Membawa anak keluar makan malam.
4. Menyediakan sarapan pagi kerana tidak pernah berbuat demikian.
5. Terdapat waris yang meletakkan sahaja surat rahsia itu di atas meja atau kabinet
tanpa ada apa-apa tindakan.
6. Surat dibawa masuk ke dalam bilik oleh ibu bapa dan mereka berbincang. Surat
tidak kelihatan lagi.
7. Minta adik mengintai apa yang ibu bapa lakukan kepada surat tersebut.
8. Ada yang takut-takut hendak balik rumah.
9. Terpaksa berkurung di dalam bilik, menunggu nama dipanggil.
10. Diminta berjanji dan berikrar dengan jujur di hadapan ibu bapa.
11. Surat ditujukan kepada datuk atau waris terdekat sekiranya salah seorang
daripada ibu dan bapa sudah tiada.
12. Perjumpaan bersama guru yang merupakan mentor di sekolah merupakan satu
sejarah dalam hidup mereka. Mereka berasa seperti diawasi oleh waris terdekat.
13. Sikap mereka mulai positif dan menjaga tingkahlaku.

10
5.4 Penilaian

1. Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf.
2. Kerja tulis mereka diperiksa supaya tulisan kemas atau boleh dibaca.

3. Tidak ada yang mendapat markah E, tetapi masih ada yang mendapat D
tetapi boleh diperbaiki lagi.

4.Murid mulai rajin menyiapkan kerja bertulis.

5.5 Refleksi Kajian


Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah fokus
kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian.Saya berasa gembira kerana 14
orang murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E, manakala
bakinya mendapat D iaitu mendapat sekitar 34 – 39 markah. Keberangkalian
untuk penambahan lulus adalah tinggi.

6. Cadangan untuk kajian seterusnya

Berdasarkan kejayaan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapat
markah bagi Section A untuk membina ayat dengan struktur yang betul telah
berjaya. Ini turut membantu peningkatan markah Section B. Aspek
permasalahan lain adalah merangkumi Past Tense bagi Section C. Tahap
kemahiran murid kumpulan ini tidak boleh dicampur-adukkan sekarang kerana
penggunaan Past Tenseakan menambahkan kekeliruan kerana mereka belum
begitu mantap lagi. Sekadar membina ayat-ayat mudah.Bagaimanapun fokus
kajian digolongka sebagai tercapai . Penyelidik bimbang untuk tidak memberi
tekanan kepada kumpulan sasaran ini supaya ,yang dikendong tidak akan
berciciran ketika hendak mengejar sesuatu yang jauh. Tindakan intervensi lain
yang dicadangkan adalah satu program berbentuk membaca esei pendek,
menterjemah cerita dan menulis cerita. Fokus kajian adalah untuk menambah
perbendaharaan kata dan menambah keyakinan terhadap mata pelajaran
Bahasa Inggeris di sekolah menengah.
7. Rujukan

Lee Soon Guan et al. (2006) Matra keluaran kedua,


Jabatan Pendidikan Kedah
11
Lampiran 1: PaMa Programme
Eating Makan flying Terbang Showing menunjuk

Drinking Minum Plucking Memetik Building Membina

Bathing Mandi Throwing Baling,buang Feeding Beri makan

Sleeping Tidur Laying Bertelur,hidang Folding Melipat

Cooking Memasak Swimming Berenang Watering Menyiram

Washing Membasuh Helping Menolong Going Pergi

Cleaning Mencuci Buying Membeli Cycling Menunggang

Cutting memotong Selling Menjual Camping Berkhemah

Frying Menggoreng Bargaining menawar Fishing Memancing

Mopping Mop Chopping takik,potong Boiling Masak,rebus

Slicing Mengiris Pushing Menolak Pitching Pacak khemah

Putting Meletakkan Pulling tarik grazing Makan rumput

Arranging Menyusun Shooting Menembak milking Perah susu

Wiping Mengelap Collecting Kumpul,kutip Jumping Melompat

Carrying Mengangkat Asking Bertanya standing Berdiri

Holding Memegang Answering Menjawab Crying Menangis

Chasing Mengejar Giving Member stealing Mencuri

Catching Menangkap Sending Menghantar Snatching meragut

Shouting Menjerit Wearing Memakai waiting Menunggu

Running Berlari Choosing Memilih queuing Beratur

Calling Memanggil Driving Memandu climbing Memanjat

Smilling Senyum Serving Hiding,layan Decorating Menghias

Cheering Bersorak Preparing Menyediakan Blowing Meniup

Clapping Tepuk tangan Baking Bakar kuih,roti Celebrating Menyambut

Sitting Duduk Drying Mengering Opening Membuka

Walking Berjalan Hanging menggantung closing menutup

Writing Menulis Taking Menulis suggesting Mencadang


Working Bekerja Looking Lihat, tengok rowing Mendayung

Drawing melukis Jogging Jogging laughing Ketawa

Killing membunuh Falling Jatuh talking Bercakap

greeting Ucap selamat whispering berbisik reading Membaca

borrowing meminjam paying membayar ordering Tempah

having mengadakan apologizing Mohon maaf thank Ucap terima kasih

12
Lampiran 2: Buku Latihan
13
Lampiran 3: Suratku Berjanji

gam

Setem
Sampul 30 sen
surat

14

Lampiran 4: Keputusan Ujian Pertengahan Tahun Kelas 6 Tekun 2009


1. Ujian Pra : 25 %
2. Ujian Semester 1 : 30.6%
3. Ujian Pertengahan Tahun ; 35 %

15

Anda mungkin juga menyukai