Peraturan Merentas Desa 2018
Peraturan Merentas Desa 2018
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Peraturan-
peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan Pertandingan Merentas Desa
Majlis Sukan Sekolah Daerah Kulim Bandar Baharu.
3. JENIS PERTANDINGAN
5. PENDAFTARAN PESERTA
5.1 Setiap sekolah dikehendaki mendaftar satu pasukan sahaja bagi setiap kategori.
5.2 Setiap sekolah menengah hanya dibenarkan mendaftar tidak melebihi enam ( 6 ) orang peserta bagi
setiap kategori.
5.3 Setiap sekolah rendah hanya dibenarkan mendaftar tidak melebihi tiga ( 3 ) orang peserta bagi
setiap kategori.
5.4 Pendaftaran peserta hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran Rasmi yang disediakan dan
disahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan sekolah masing-masing. ( Sila muat turun dari emel
yang dikirim ke sekolah masing-masing atau portal PPDKBB ).
5.6 Setiap sekolah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap peserta yang didaftarkan sihat
dan berkemampuan untuk menyertai pertandingan ini.
5.7 Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat emel berikut :
1
merentasdesa.kbb@gmail.com
atau
Jawatankuasa Pertandingan
Merentas Desa MSSDKBB 2018,
d/a SMK Lubok Buntar
5.8 Tarikh tutup penyertaan ialah pada jam 12.00 tengah hari, 22 Januari 2018.
5.9 Salinan kad pengenalan / surat beranak yang disahkan hendaklah diserahkan kepada JK
Pertandingan semasa pendaftaran hari pertandingan.
6. KELAYAKAN PESERTA
6.1.2 Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM tidak layak menyertai
pertandingan ini.
7.1 Had umur peserta-peserta bagi pertandingan MSSDKBB adalah seperti berikut:
7.1.1 18 tahun dan ke bawah ( Lahir pada tahun 2000 ,2001 dan 2002 )
7.1.2 15 tahun dan ke bawah ( Lahir pada tahun 2003, 2004 dan 2005)
7.1.3 12 tahun dan ke bawah ( Lahir pada tahun 2006 dan selepas )
7.3 Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umurnya sahaja.
7.4 Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan atau salinan sijil kelahiran yang
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan jika ada
bantahan.
8.1 Pencapaian terbaik LIMA (5) peserta bagi setiap kategori sekolah menengah yang menamatkan
larian akan menentukan pungutan mata pasukan..
8.2 Pasukan yang mendapat agregat terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.
8.3 Jika berlaku seri, kedudukan peserta tempat kelima akan diambil kira bagi menentukan pasukan
pemenang
2
9. PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN
9.1 Johan keseluruhan adalah berdasarkan kepada jumlah agregat terendah yang dikumpulkan
daripada keempat-empat kategori.
9.2 Sekiranya seri sekolah yang mendapat kedudukan pertama terbanyak akan dikira sebagai
pemenang.
9.3 Jika masih seri, tempat kedua dan seterusnya akan dikira bagi menentukan pemenang.
10. HADIAH
10.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang individu tempat pertama hingga ke lima belas bagi
setiap kategori yang dipertandingkan.
11.1 Setiap peserta hendaklah memakai sepasang nombor yang ditentukan oleh jawatankuasa
pengelola. Nombor mestilah dipakai di depan dan di belakang serta disematkan dengan pin pada
setiap penjuru kain.
11.2 Nombor peserta disediakan oleh pasukan masing-masing (berserta pin). Nombor peserta
bagi setiap sekolah adalah seperti berikut:
a) Sekolah Menengah
4
31 SK. Jalan Selama 1201 – 1240 A JS
32 SK. Air Puteh 1241 – 1280 A AP
33 SK. Bandar Baharu 1281 – 1320 A BB
34 SK. Sungai Saleh 1321 – 1340 A SS
35 SK. Lubuk Buntar 1341 – 1380 A LB
36 SK. Permatang Kerat Telunjuk 1381 – 1420 A PKT
37 SK. Relau 1421 – 1460 AR
38 SK. Selama 1461 – 1500 AS
39 SK. Dato’ Haji Zainuddin 1501 – 1540 A DHZ
40 SK. Sungai Batu 1541 – 1580 A SB
41 SK. Sungai Kechil Ilir 1581 – 1620 A SKI
42 SK. Sungai Kechil Ulu 1621 – 1660 A SKU
43 SK. Sungai Taka 1661 – 1700 A ST
44 SK. Sungai Tengas 1701 – 1740 A STS
45 SK. Taman Kenari 1741 – 1780 A TK
46 SK. Air Merah 1781 – 1820 A AM
47 SK. Taman Hi-Tech 1821 – 1860 A TH
48 SK. Taman Jelutong 1861 – 1900 A TJ
49 SJKC Aik Chee 1901 – 1940 B AC
50 SJKC Chio Min A 1941 – 1980 B CMA
51 SJKC Chio Min B 1981 – 2020 B CMB
52 SJKC Chong Cheng 2021 – 2060 B CC
53 SJKC Hua Min 2061 – 2100 B HMSK
54 SJKC Hwa Min 2101 – 2140 B HML
55 SJKC Khai Min 2141 – 2180 B KM
56 SJKC Kong Min 2181 – 2220 B KMSK
57 SJKC Sin Min 2221 – 2260 B SM
58 SJKC Sin Teong 2261 – 2300 B ST
59 SJKC Shang Cheng 2301 – 2340 B SC
60 SJKC Kelang Lama 2341 – 2380 B KL
61 SJKC Cheong Chen 2381 – 2420 B CCBS
62 SJKC Kwang Hwa 2421 – 2460 B KH
63 SJKC Kwang Hwa Bandar Baharu 2461 – 2500 B KHBB
64 SJKC Poay Chai 2501 – 2540 B PC
65 SJKC Serdang 2541 – 2580 BS
66 SJKC Yeok Keong 2581 – 2620 B YK
67 SJKT Ladang Bukit Selarong 2621 – 2660 C LBSG
68 SJKT Ladang Henrietta 2661 – 2700 C LH
69 SJKT Ladang Padang Meiha 2701 – 2740 C LPM
70 SJKT Ladang Victoria 2741 – 2780 C LV
71 SJKT Ladang Wellesley 2781 – 2820 C LW
72 SJKT Ladang Anak Kulim 2821 – 2860 C LAK
73 SJKT Ladang Bagan Sena 2861 – 2900 C LBS
74 SJKT Ladang Bukit Mertajam 2901 – 2940 C LBM
75 SJKT Ladang Bukit Sedim 2941 – 2980 C LBSM
76 SJKT Kulim 2981 – 3020 CK
77 SJKT Ladang Sungai Ular 3021 – 3060 C LSU
78 SJKT Ladang Sungai Dingin 3061 – 3100 C LSD
79 SJKT Ladang Dublin Bahagian 5 3101 – 3140 C LD5
80 SJKT Ladang Dublin Bahagian 7 3141 – 3180 C LD7
81 SJKT Ladang Somne 3181 – 3220 C LS
82 SJKT Ladang Buntar 3221 – 3260 C LB
83 SJKT Ganesar 3261 – 3300 CG
84 SK Taman Mutiara 3301 – 3340 A TM
85 SABK Nurul Hidayah 3341 – 3380 A NH
86 SK Taman Mahsuri 3381 - 3420 A TMS
87 SJKT Jalan Paya Besar 3421 - 3260 C JPB
12. PAKAIAN
5
Peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan kemas ketika bertanding dan DIWAJIBKAN
berkasut semasa upacara penyampaian hadiah.
Peserta-peserta yang tidak lengkap tanda-tanda pengenalan dan pengesahan larian yang dinyatakan
semasa taklimat akan dibatalkan penyertaannya.
14. BANTAHAN
14.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mematuhi prosedur Peraturan 146 KOAM.
14.2 Bantahan tentang keputusan pertandingan hendaklah dilakukan tidak lewat dari lima belas (15)
minit selepas keputusan rasmi diumumkan.
14.3 Sebarang bantahan bertulis oleh pengurus pasukan yang bertanggungjawab kepada Juri Rayuan
mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 tunai (Ringgit Malaysia Dua
Ratus sahaja).
15.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik berhak memutuskan
sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia
(KOM), Peraturan-peraturan Am MSSM dan Peraturan Pertandingan Merentas Desa MSSDKBB.
Segala keputusan adalah muktamad.
15.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda
peribadi peserta dan pegawai atau kemalangan, kematian, kecatatan anggota, kehilangan anggota
badan atau sebarang kecederaan lain berlaku sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini.
15.3 Walau bagaimanapun, pihak pengelola tetap berusaha untuk mengambil langkah-langkah yang
perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin semasa
pertandingan ini dijalankan setakat mana yang munasabah.
Disediakan oleh;
PTPS Balapan dan Padang
Majlis Sukan Sekolah Daerah
Kulim Bandar Baharu
6
ATURCARA KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KULIM BANDAR BAHARU 2018
MASA PERISTIWA
8.30 pagi Semua peserta melapor diri / pendaftaran peserta
8.45 pagi Memanaskan badan
9.00 pagi Semua peserta berkumpul untuk Taklimat Larian oleh Pegawai Kejohanan
9.15 pagi Peserta bawah 12 tahun Lelaki dilepaskan
9.20 pagi Peserta bawah 12 tahun Perempuan dilepaskan
9.25 pagi Peserta bawah 15 tahun Lelaki dilepaskan
9.30 pagi Peserta bawah 15 tahun Perempuan dilepaskan
9.35 pagi Peserta bawah 18 tahun Perempuan dilepaskan
9.40 pagi Peserta bawah 18 tahun Lelaki dilepaskan
10.45 pagi Semua peserta dijangka telah menamatkan larian
11.45 pagi Keputusan dipamerkan untuk semakan
11.55 pagi Semua peserta berkumpul untuk majlis penyampaian hadiah
12.00 t/hari Upacara Penyampaian Hadiah dan Penutup