Anda di halaman 1dari 3

Soalan

Assalamualaikum. Datuk Seri, saya ada dengar kisah semut bercakap ketika Nabi
Sulaiman melaluinya dan doa Nabi Sulaiman selepas itu. Dalam surah apa dan ayat
berapa serta boleh tolong tafsirkan pada kami ayat tersebut?

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan
anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari
kesudahan.

Allah SWT berfirman:

ُ ‫سلَ ْي َم‬
‫ان َو ُجنُو ُدهُ َو ُه ْم‬ ُ ‫سا ِكنَ ُك ْم ََل يَحْ ِط َمنَّ ُك ْم‬َ ‫ت ن َْملَةٌ يَا أَيُّ َها النَّ ْم ُل ا ْد ُخلُوا َم‬ َ ‫َحت َّ ٰى إِ َذا أ َت َْوا‬
ْ َ‫علَ ٰى َوا ِد النَّ ْم ِل قَال‬
‫ي‬ َ َ‫ب أ َ ْو ِز ْعنِي أ َ ْن أ َ ْش ُك َر نِ ْع َمتَكَ الَّتِي أ َ ْنعَ ْمت‬
َّ َ‫عل‬ ِ ِّ ‫اح ًكا ِ ِّمن قَ ْو ِل َها َوقَا َل َر‬
ِ ‫ض‬ َ ‫س َم‬ َّ َ‫﴾ فَتَب‬١٨﴿ َ‫ََل يَ ْشعُ ُرون‬
َ‫صا ِل ِحين‬َّ ‫ضاهُ َوأَد ِْخ ْلنِي بِ َرحْ َمتِكَ فِي ِعبَادِكَ ال‬ َ ‫صا ِل ًحا ت َْر‬ َ ‫ي َوأ َ ْن أ َ ْع َم َل‬
َّ ‫علَ ٰى َوا ِل َد‬ َ ‫َو‬
Maksudnya: (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-
Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu
masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan
kamu, sedang mereka tidak menyedari". Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman
mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku,
ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan
kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh
yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam
kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

(Surah al-Naml: 18-19)

Sayyid Qutb berkata: Angkatan bala tentera Nabi Sulaiman meneruskan


perjalanannya dalam barisan yang teratur rapi. Barisan pertama bersambung
dengan barisan terakhir. Mereka berjalan dengan saf-saf yang padu dan dengan
langkah yang sama sehingga sampailah di sebuah lembah yang banyak semut
sehingga dikenali lembah semut atau wadi al-naml. (Lihat Fi Zilal al-Quran, 12/154)

Syeikh al-Maraghi berkata: Sehinggalah apabila mereka menghampiri Lembah


Semut, salah seekor semut pun berkata. Menurut pemahaman Nabi Sulaiman AS,
semut tersebut menyuruh anak buahnya masuk semula ke sarang mereka supaya
tidak dipijak oleh Nabi Sulaiman AS dengan bala tenteranya, kerana mereka
menyedari situasi itu.

Ibn Kathir berkata: Semut tersebut takut sekiranya semut-semut lain dipijak oleh
tapak-tapak kaki kuda. Maka ia memerintahkan mereka untuk masuk ke dalam
sarang-sarang mereka. Perkara tersebut lalu difahami oleh Nabi Sulaiman AS.
(Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/207)
Nabi Sulaiman tersenyum kagum terhadap keprihatinan dan peringatan semut itu
kepada kawan-kawannya, serta adanya hidayah yang Allah SWT berikan kepada
semut itu. Baginda juga merasa gembira dengan anugerah khusus yang dimilikinya
iaitu dapat memahami maksud bahasa semut itu.

Nabi Sulaiman pun berdoa:

‫ضاهُ َوأَد ِْخ ْل ِني‬ َ ‫ي َوأ َ ْن أ َ ْع َم َل‬


َ ‫صا ِل ًحا ت َْر‬ َّ ‫علَ ٰى َوا ِل َد‬ َ َ‫ب أ َ ْو ِز ْعنِي أ َ ْن أ َ ْش ُك َر نِ ْع َمتَكَ الَّتِي أ َ ْن َع ْمت‬
َّ َ‫عل‬
َ ‫ي َو‬ ِ ِّ ‫َر‬
َ‫صا ِل ِحين‬َّ ‫بِ َرحْ َمتِكَ فِي ِعبَادِكَ ال‬
“Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah aku agar tetap bersyukur dengan nikmat yang telah
Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua-dua ibubapaku, untuk mengerjakan
amalan yang Engkau sukai dan redai. Baginda memohon supaya diwafatkannya
dalam keadaan berserah diri kepada-Nya dan dimasukkannya ke dalam golongan
hamba-Nya yang soleh.

Sayyid Qutb berkata: Doa Nabi Sulaiman dimulakan dengan “‫ب‬ ِ ِّ ‫”ر‬
َ (“Wahai
Tuhanku!). Di sini beliau menggunakan kata-kata seruan dari dekat dan secara
langsung. Kemudian beliau memohon dengan “‫( ”أ َ ْو ِز ْعنِي‬Ilhamkanlah aku) atau
tumpahkan diriku yakni kumpulkan seluruh diriku dan anggotaku, perasaanku,
lidahku, hatiku, fikiranku, perkataanku, susunan perkataanku, amalanku dan
tujuanku. Begitu juga seluruh daya tenagaku supaya seluruhnya ditumpukan “agar
tetap bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada
kedua-dua ibubapaku.” Ungkapan ini membayangkan nikmat Allah yang telah
mengharukan hati Nabi Sulaiman AS pada saat itu dan menggambarkan bentuk
perasaan keterharuan, kekuatan tawajjuh dan rasa hatinya yang bergelora ketika
beliau menyedari nikmat Allah dan limpah yang dikurniakan kepadanya dan kepada
kedua ibubapanya. Beliau mengalami nikmat dan rahmat Allah itu dengan penuh
perasaan lalu memohon seperti doa di atas.

Berdasarkan nas ini, kita mendapati ada dua jenis mukjizat dan bukannya satu iaitu
mukjizat kefahaman Nabi Sulaiman AS yang memahami amaran semut kepada
kaumnya dan mukjizat kefahaman semut bahawa ini adalah Nabi Sulaiman dan bala
tenteranya. Mukjizat pertama merupakan ilmu pengetahuan mukjizat yang diajarkan
Allah kepada Sulaiman sebagai seorang manusia dan nabi.

Oleh itu, mukjizat yang pertama ini lebih dekat dengan beliau dibandingkan dengan
mukjizat yang kedua yang terdapat pada percakapan semut itu. Mungkin semut itu
dapat menganggap bahawa makhluk itu adalah makhluk yang lebih besar. Mereka
boleh membinasakan warga semut apabila mereka memijaknya. Mungkin juga
semut itu dapat melarikan diri dari sesuatu bahaya dengan daya kefahaman yang
dijadikan Allah dalam tabiatnya untuk memelihara hidupnya tetapi untuk memahami
bahawa orang-orang ini adalah Nabi Sulaiman dan bala tenteranya tentulah
merupakan satu kejadian istimewa yang luar biasa dan dapat dimasukkan ke dalam
himpunan mukjizat dalam keadaan seperti ini. (Lihat Fi Zilal al-Quran, 12/155-157)

Kesimpulannya menurut Syeikh al-Maraghi, seolah-olah Nabi Sulaiman AS


bersabda: “Ilmu merupakan puncak pengharapanku dan aku telah pun
mencapainya. Oleh sebab itu, tidak ada sesuatu yang aku mohon selain memohon
taufik untuk aku mensyukurinya dengan mengerjakan amal salih yang Engkau redai
dan memohon supaya Dia memasukkanku ke dalam golongan orang yang salih,
seperti bapaku, para nabi dan yang lain

Kami nyatakan di sini peringatan dan pengajaran dari ayat di atas:

 Hasil penelitian ahli penyelidik, mereka berpendapat, kehidupan semut itu


adalah ajaib terutama dalam menjalani urusan hariannya. Semut tersebut
membuat tempat tinggal di dalam tanah, kemudian membina rumah-rumah
yang terdiri daripada atap, ruang tengah dan bilik yang bertingkat-tingkat.
Mereka seterusnya memenuhi tempat tinggal mereka dengan biji-bijian
sebagai sumber makanan pada musim sejuk dan menyembunyikannya di
kawasan paras yang tinggi bagi melindunginya daripada terkena air hujan.

 Ayat ini dapat menggugat akal untuk memerhatikan ketelitian semut tersebut
ketika mengurus kehidupan dan kepimpinan yang baik seperti yang
dianugerahkan oleh Allah SWT kepada semut. Kemudian semut itu pun
berkata untuk mengumpulkan kawannya bagi menunjukkan bagaimana ia
memimpin dan mengatur urusannya seperti yang dilakukan oleh seorang raja,
dengan tugasnya mengatur dan memimpin seperti pemerintah yang
memimpin rakyatnya.

 Menurut al-Quran, perkara itu supaya menjadi pengajaran kepada orang


berakal, sehingga mereka dapat memahami keadaan makhluk ini; keadaan
semut yang berjaya mengumpulkan kawannya untuk melarikan diri kerana
adanya bahaya, seperti mengumpul mereka bertujuan untuk mencari sumber
keperluan. Sehinggakan, umat yang mengatur urusannya tidak dapat
menandingi seperti apa yang dilakukan oleh semut itu. Sesungguhnya umat
tersebut sebenarnya umat yang jahil lagi sesat, bahkan lebih hina daripada
serangga dan kutu. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 10/5025)

Semoga Allah mengurniakan kepada kita ilmu dan kefahaman serta diberikan taufik
untuk mensyukuri-Nya dengan mengerjakan amalan-amalan soleh. Amin.

Kredit: https://muftiwp.gov.my

Anda mungkin juga menyukai