Anda di halaman 1dari 1

Pengaruh Commom Law di Malaysia begitu luas sekali.

Kecuali undang-undang yang melibatkan hal-


ehwal agama dan kekeluargaan, banyak aspek undang-undang di Malaysia dipengaruhi oleh Commom
Law. Penjajahanlah yang merupakan sebabnya. Commom Law masuk ke negara ini melalui dua saluran
iaitu melalui perundangan dan kehakiman.

Statut(undang-undang tertulis) buruh di Malaysia banyak ditiru daripada statut buruh Inggeris dan India.
Sungguhpun begitu, statut buruh di Malaysia tidaklah benar-benar serupa (in pari materia) dengan
undang-undang buruh di kedua-kedua negara tersebut. Jika diteliti peruntukan dalam statut buruh di
Malaysia, terdapat beberapa peruntukan tertentu yang khusus untuk Malaysia.

Statut-statut buruh di Malaysia terdiri daripada Akta Pekerjaan, Akta Perhubungan Perusahaan, Akta
Kesatuan Sekerja, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, Akta Pampasan Pekerja dan sebagainya. Inilah
undang-undang bertulis berkenaan buruh di Malaysia. Menurut seksyen 3 dan 5, Akta Undang-undang
Sivil, jika terdapat undang-undang bertulis di Malaysia, Commom Law tidak terpakai. Walau
bagaimanapun, jika terdaapt lakuna dalam undang-undang bertulis tersebut, prinsip Commom Law
masih terpakai bagi mengisi lakuna itu.

Mahkamah di Malaysia banyak mengambil kes-kes Common Law bagi menjelaskan aspek undang-
undang buruh di Malaysia, misalnya seperti ujian menentukan wujud atau tidaknya "kontrak
perkhidmatan", kewajipan tersirat majikan-pekerja dan sebagainya. Sejauh yang dapat diperhatikan,
mahkamah di Malaysia tidak membincangkan hal tersebut apabila mahkamah memutuskan kes-kes
berkenaan buruh.

Statut-statut buruh di Malaysia adalah seperti berikut:

Akta Pekerjaan, 1955 (Semakan 1981). (Pindaan 1989)

Akta Kesatuan Sekerja, 1959 (semakan 1981), (Pindaan 1989)

Akta Perhubungan Perusahaan, 1957 (pindaan 1980, 1989).

Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.

Akta Kilang dan Jentera, 1967.

Akta (pekerjaan) Kanak-kanak dan Orang Muda, 1966.

Anda mungkin juga menyukai