Anda di halaman 1dari 3

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran ,


perdagangan dan sebagai bahasa ilmu.
Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan
sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah
mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global.

Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi,
perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa
atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa.
Bahasa melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat.
Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan di negara

Ciri-ciri Bahasa ilmu


Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi

Bantuan Ilustrasi, tulisan ilmiah seringkali dimuatkan dengan jadual, rajah, gambar, peta,
dan sebagainya. Ini bererti bahawa dalam tulisan ilmiah, adakalanya huraian
menggunakan bahasa sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan ilustrasi.
Bahasa bagi urusan rasmi

Masalah-masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu


kurikulum yang berubah-ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris,
Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran
bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah.
Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain

Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba
untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran

Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing.
Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan
dengan bahasa asing,

penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta
kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas
dan juga peringkat lanjutan.
Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris
sebagai bahan rujukan utama.

Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali
bidang kebahasaan), Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

langkah pemuliharaan

Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum


melakukan perubahan,

Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan


ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat ‘markah bonus’ dalam penilaian kenaikan
pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru.

Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat
bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa
DBP dari segi undang-undang.
Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu melalui
penterjemahan buku ke dalam bahasa kebangsaan
Penghasilan cakera padat mengenai panduan Bahasa Isyarat Malaysia yang diterjemahkan
dari bahasa asing amat dialukan,

Kesimpulan

Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca dan
bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada
padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa kagum
dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Belanda
dan British.

Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan
dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan
mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan
bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju
kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri-ciri yang terdapat dalam
bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana
kemantapan yang ada pada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.

Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu


perubahan dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru yang kurang
proaktif, sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu, ketiadaan
penguatkuasa undang-undang, tenaga pengajar IPTA yang mengagungkan bahasa Inggeris,
wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasa Melayu, dan kekurangan penerbitan bahan
ilmiah.
Langkah-langkah untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga
dibincangkan iaitu desakan kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit
hasil, perancangan kurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan
ilmu, Memberi kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP, perbanyakan
penerbitan dan penterjemahan karya asing, pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin
dengan kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat panduan bahasa isyarat
Malaysia satu sumbangan ilmu.

Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap
kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu.
Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan
berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti yang
mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu
menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi
penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.

Anda mungkin juga menyukai