Anda di halaman 1dari 2

Tajuk ceramah : Pegangan hidup

Sumber : http://www.ilma95.net/ceramah.htm

Penceramah : Ustaz Hamka

Durasi : 36 minit dan 26 saat.

Ceramah dimulakan dengan penceramah memberikan kisah tauladan dari sirah


Rasulullah pada zaman kegemilanganbaginda menyebarkan agama islam di muka
bumi ini. Kemudiannya penceramah memberikan beberapa aspek pegangan hidup
yang mempengaruhi iman manusia. Aspek yang pertama ialah “susah” iaitu perkara
yang mempengaruhi kehidupan manusia. Masalah yang mengganggu kehidupan
manusia akan mempengaruhi tahap keimanan manusia. Yang kedua pula adalah kita
disuruh berlindung kepada Allah dari “berdukacita”. Perkara ini dalat dilihat dari ujian
yang telah ditakdirkan seperti kematian, penyakit , kesusahan dan kelihangan. Perkara
ini akan menyebabkan dan menjadi rintangan kepada manusia untuk memantapkan
tahap keimanan. Bagi aspek yang ketiga pula ialah “lemah”. Bagi aspek yan keempat
pula adalah “malas”. Perkara ini adalah sangat mempengaruhi pegangan hidup
manusia. Jika tiada ikhtihar maka semua perkara yang ingin dicapai oleh manusia tidak
mungkin dapat dikecapi.

Yang kelima dan yang keenam pula adalah aspek “bakhil” dan “pengecut”. Pada
aspek bakhil, manusia tidak boleh menyimpan dan tidak mengeluarkan zakat jika harta
yang telah dikecapi oleh individu tersebut itu telah cukup untuk mengeluarkan zakat.
Bagi aspek pengecut, manusia harus berani untuk mencuba dalam semua aspek sama
ada perniagaan, peperangan dan lain-lain hal di dalam kehidupan manusia. Bagi aspek
yang ketujuh pula adalah “hutang”. Manusia tidak digalakkan untuk berhutang dengan
mana-mana pihak kerana kerana hutang ini akan menyebabkan manusia merana dan
terseksa. Akhir sekali penceramah meminta manusia untuk menjauhi dan menghindari
dari segala sikap dan sifat yang dapat membentuk pegangan yang tidak elok dan
pengangan hidup yang goyah.
Tajuk ceramah : Dari gelap menuju terang

Sumber : http://www.ilma95.net/ceramah.htm

Penceramah : Ustaz Hamka

Durasi : 31 minit dan 46 saat.

Apek yang mengganggu dan menyebabkan menusia menjadi tidak beriman dan
menuju ke jalan yang gelap adalah “hatinya tidak jelas/khusyuk”. Perkara ini terjadi
kepada manusia yang tidak mengamalkan sunah-sunah yang telah diamalkan oleh
rasulullah. Selain itu, aspek seperti hutang, tidak menunaikan solat dan perkara-perkara
lain yang boleh menyebabkan hati tidak menjadi khusyuk. Selain itu “ilmu yang tidak
memberi manfaat” boleh menjadikan manusia menjadi buta hati. Pada masa kini,
terdapat benyak ilmu yang boleh dipelajari namun tidak semua ilmu yang sedia ada
tidak membawa kepada kebaikan seperti ilmu tenaga nukleur yang menyebabkan dunia
berada di dalam ancaman negara-negara kuasa besar.

Selain itu, aspek “ nafsu yang tidak pernah puas” juga akan menjadikan manusia
menjadi buta hati. Setiap individsu tidak akan pernah puas akan kekayaan yang
diperolehi. Aspek kekayaan juga akan menjadikan manusia menjadi buta hati dan
menjadikan manusia bersifat tamak. Selain itu, “doa yang tidak didengari” akan
menyebabkan manusia tidak akan mberubah kepada yang lebih baik. Aspek “tidak
berterima kasih” kepada ilahi atas segala nikmat yang tealh diberikan kepada mereka
akan menyebabkan manusia menjadi buta hati dan lupa diri dan tuhan. Aspek yang
terakhir adalah “tidak mempercayai tuhan” akan menyebabkan manusia semakin sesat
dan tidak mempercayai agama yang telah dianuti oleh manusia. Penceramah meninta
semua umat manusia supaya menjauhi semua amalan yang dapat mempengaruhi
kehidupan dari menyusuri jalan kegelapan.

Anda mungkin juga menyukai