Anda di halaman 1dari 194

DILEMA MELAYU – Dr Mahathir

1. Pendahuluan

Pendapat awal saya mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh orang Melayu dibentangkan
untuk pertama kalinya sewaktu menjawab cabaran yang dikemukakan oleh Profesor Ungku Aziz,
Profesor Ekonomi (sekarang Profesor Diraja dan Naib Canselor) di Universiti Malaya. Di dalam
satu seminar yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1966, ketika mem bincangkan sebab-
sebab lemahnya pencapaian pelajar-pelajar Melayu, saya telah menyebut, antara lain, tentang
pengaruh keturunan dan alam sekitar sebagai faktor-faktor yang menye babkan wujudnya
masalah ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa lain-lain faktor seperti dasar pelajaran,
kemudahan yang tidak mencukupi, kekurangan guru serta guru yang tidak cukup terlatih turut
memainkan peranan dalam meningkatkan lagi peratus kegagalan di kalangan pelajar Melayu.
Namun, pada hemat saya, faktor-faktor keturunan dan alam sekitar tidak boleh diketepikan
begitu sahaja tanpa diberi perhatian yang serius.

Pandangan yang sedemikian pada umumnya telah tidak dipersetujui oleh peserta-peserta
seminar, terutama sekali oleh Profesor Ungku Aziz sebab pandangan tersebut dikatakan memberi
takrif bahawa orang Melayu memang pada lahiriahnya adalah bersifat inferior atau rendandiri.
Oleh kerana sifat ini dikatakan terdapat dalam zuriat orang Melayu maka ini ber makna is kekal
turun-temurun. Ini bukanlah apa yang saya maksudkan atau apa yang telah saya rumuskan.
Tujuan saya ialah mahu menumpukan perhatian kepada beberapa faktor hakiki yang
merencatkan kemajuan orang Melayu, terutama faktor-faktor yang boleh dibaiki. Jika amalan
yang dianggap kurang baik itu diketahui dan diakui oleh umum, maka lebih mudahlah untuk
mengatasinya. Pada umumnya, orang-orang Islam, termasuk orang-orang Melayu, memang tidak
dapat menerima fikiran-fikiran moden mengenai evolusi manusia. Meskipun begitu, orang
Melayu sendiri mengakui bahawa ciri-ciri tertentu dalam diri seseorang itu diturunkan dari ibu
bapa kepada anak-anak mereka. Ini dapat dilihat dalam peribahasa Melayu yang berbunyi "Bapa
borek anak rintik". Maksudnya memang nyata. Kalau begitulah keadaannya bagi seseorang
individu, maka tentunya pengaruh keturunan juga memainkan peranannya dalam per kembangan
kelompok individu dalam sesuatu kaum. Perkara yang umumnya tidak diketahui oleh orang-
orang Melayu ialah kesan pembiakan seketurunan atau pembiakbakaan dalam. Di dalam buku ini
saya cuba menerangkan bagaimana hukum genetik, yang menentukan penyaluran ciri-ciri
keturunan, dipengaruhi oleh pembiakan seketurunan dan lain-lain amalan perkahwinan.

Pemikiran yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip sains telah banyak didapati mengenai
pembiakan seketurunan dan kesannya terhadap masyarakat manusia. Malahan Cyril Dean
Darlington, seorang ahli genetik British, di dalam bukunya "The Evolution of Men and Society",
memberi pendapat yang ekstrem bahawa evolusi masyarakat manusia ditentukan oleh baka.
Menurut beliau, tamadun akan berkembang maju atau runtuh mengikut penentuan baka. Beliau
menyatakan bahawa apabila sesuatu golongan pemerintah berkuasa, mereka akan cuba
mengekalkan kuasa mereka melalui pembiakan seketurunan tanpa membenarkan kemasukan
baka-baka barn ke dalam keturunan mereka. Amalan begini, menurut Darlington, telah
mempercepatkan kejatuhan pemerintahan Firaun, Ptolemy dan Caesar.

Hipotesis yang menarik ini umumnya agak keterlaluan untuk diterima oleh semua orang,
termasuklah orang-orang bukan Islam. Bagaimanapun, Darlington cuma menyentuh mengenai
soal perkahwinan di antara saudara kandung, satu amalan yang tidak terdapat langsung di
kalangan orang-orang Melayu. Walau bagaimanapun, takrif moden mengenai pembiakan
seketurunan termasuklah amalan perkahwinan di antara sepupu atau kaum keluarga yang dekat.
Amalan begini agak biasa berlaku di kalangan orang-orang Melayu. Pengaruh keturunan boleh
juga menimbulkan kesan yang buruk di dalam masyarakat yang menggalakkan setiap orang
berkahwin, tidak kira sama ada orang itu sihat atau tidak. Oleh itu orang-orang yang cacat tubuh
badan dan otak juga dikahwinkan dan beranak pinak.

Sesungguhnya memang diakui bahawa pembiakan seketu runan tidaklah berleluasa di dalam
masyarakat Melayu, namun tidak dapat dinafikan bahawa pembiakan begini adalah lebih kerap
berlaku di kalangan masyarakat Melayu kalau dibanding kan dengan kaum terbesar yang lain di
Malaysia — iaitu masya rakat Cina. Sebaliknya adat perkahwinan orang Cina meng halang
pembiakan seketurunan. Kalau begitu, memang wajar lah dikatakan bahawa pembiakan
seketurunan dan amalan kahwin paksa di kalangan orang-orang yang cacat telah menyebabkan
peratus manusia yang gagal di kalangan orang Melayu lebih tinggi kalau dibandingkan dengan
kaum-kaum lain.
Keterangan ini diberikan sebagai mengalas serta menyokong pandangan saya itu. Walau
bagaimanapun, penerangan ini tidak pula diharapkan akan diterima dengan mudah. Implikasi
pandangan begini adalah terlalu merungsingkan sebab ia tidak pula memperlihatkan harapan
bagi pemulihan yang mudah dan cepat.

Faktor-faktor alam sekitar yang mempengaruhi keadaan orang Melayu kurang kontroversinya.
Memang lebih senang kalau hendak menyalahkan faktor-faktor luaran daripada faktor-faktor
dalaman. Lagipun, alam sekitar adalah lebih senang untuk dibetulkan, dan berbeza daripada
faktor keturu nan, ia memperlihatkan harapan bagi pemulihan yang mudah.

Selepas membincangkan beberapa faktor yang telah mempe ngaruhi evolusi orang Melayu,
memang wajarlah diteruskan usaha mencari dan menganalisa lain-lain faktor yang telah
menyebabkan kedudukan orang Melayu sebegitu rupa seperti yang terdapat sekarang ini. Rupert
Emerson yang menulis dari hal kuasa orang Melayu di Kedah dalam bukunya "Malaysia",
menyatakan bahawa "(mereka) terpaksa berjuang dalam kea daan tersepit dan selepas setiap
perjuangan itu kuasa autonomi mereka hilang sedikit demi sedikit". Perkara yang menjadi
kenyataan bagi orang-orang Melayu di Kedah ternyata kebenarannya bagi orang-orang Melayu
di negeri-negeri lain. Kini, seperti juga di masa-masa dahulu, orang Melayu mem punyai
keinginan untuk memperkukuhkan hak-hak yang di peruntukkan kepada mereka dan yang
dianggap memang milik mereka, tetapi di samping itu mereka juga mahu bersopan santun,
beradab dan bertimbang rasa terhadap hak-hak dan tuntutan orang lain. Dalam sanubari mereka
terasa bahawa walau apapun yang mereka buat dan persetujui, semuanya akan beransur-ansur
terlepas dari kekuasaan mereka; dan lama kelamaan mereka tetap kehilangan tanah air mereka
sendiri. Inilah Dilema Melayu.

Buku ini diterbitkan bukanlah dengan maksud hendak men cari kepopularan dari kalangan
masyarakat tertentu di Malaysia. Malahan, sebaliknya besar kemungkinan is akan menimbulkan
rasa tidak puas hati di kalangan golongan¬golongan tertentu dan kemarahan dari kalangan
golongan lain. Tiada maaf yang dipinta — apa yang saya tulis telah ditulis dengan ikhlas.

Mahathir b. Mohamad Pondok Maharizan Batu 6, Titi Gajah, Kota Setar, Kedah. 1970
2. Di mana Silapnya?

Di mana silapnya? Inilah soalan yang akan ditanyakan oleh orang-orang yang bersimpati atau
mempunyai minat terhadap Malaysia selepas berlakunya peristiwa Mei 13, 1969. Di mana
silapnya, di dalam sebuah negara yang berbilang kaum, ber bilang bahasa dan berbilang agama
yang telah menikmati keharmonian dan kerjasama selama 12 tahun yang lalu, hingga
menyebabkan toleransi dan kefahaman tadi dengan tiba-tiba hancur, hinggakan kaum-kaum
tersebut mula memandang dengan penuh curiga serta menolak cara hidup yang telah wujud sejak
sebelum Merdeka lagi? Di mana silapnya hingga menye babkan orang Melayu dan orang Cina,
dua kaum yang terbesar di Malaysia, begitu terpisah hinggakan sebuah kerajaan yang
autoritarian dan usaha pemimpin-pemimpin kebangsaan tidak dapat memperbaiki persengketaan
ini.

Di mana silapnya? Berdasarkan kepada pengalaman yang sudah-sudah, memanglah mudah untuk
mencari kesilapan dan kecacatan masa lalu. Namun demikian, elok juga difikirkan kembali dan
menganalisa, atau menentukan kesalahan-kesa lahan itu sekiranya pengalaman yang lalu hendak
dijadikan tauladan untuk menghadapi masa hadapan. Tujuannya bukanlah untuk membalas
dendam, tetapi ini adalah satu tang gungjawab sosial untuk mencari di mana silapnya. Kalau
benarlah segala hal yang berlaku pada masa dahulu tidak ada cacatnya dan tidak ada mana-mana
pihak pun yang bersalah, nescaya tidak berlaku gangguan kepada kemajuan negara dan
keharmonian antara kaum yang telah wujud selama 12 tahun selepas Merdeka. Andainya hendak
diketahui sebab-sebab suasana tidak har moni di Malaysia sekarang, eloklah diteliti `harmoni'
antara kaum yang wujud pada masa lalu. Pernahkah harmoni ini benar-benar terjalin dan berakar
umbi secara mendalam? Per nahkah wujud asas yang kukuh? Pernahkah wujud perbezaan
hubungan di antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu pada masa-masa tertentu dalam
sejarah Tanah Melayu? Apa kah hubungan yang sebenarnya antara kaum-kaum itu pada tahun-
tahun sebelum 13 Mei, 1969? Apakah faktor-faktor lain juga turut menyebabkan berlakunya
keganasan itu?

Kalau direnungkan kembali masa-masa yang lampau, salah satu faktor yang agak mengejutkan
dan harus diakui ialah pada masa lalu tidak wujud harmoni yang sebenar antara kaum. Apa yang
wujud ialah kurangnya perselisihan antara kaum. Ada rasa toleransi. Ada terdapat penyesuaian.
Ada sedikit sebanyak pera saan tolak ansur. Akan tetapi tidak wujud harmoni yang sebenarnya.
Sebaliknya ada nada-nada sumbang walaupun tidak begitu ketara. Ada kalanya nada-nada
sumbang ini melangsing nyaring lalu mencetuskan pergaduhan kaum yang terpencil atau merata-
rata.

Keharmonian antara kaum di Tanah Melayu tidaklah tulen bahkan juga tidak berakar umbi
secara mendalam. Apa yang dianggap sebagai harmoni ialah tidak adanya perselisihan kaum
secara terbuka. Kalaupun tidak ada perselisihan kaum, bukanlah semestinya kerana kurang
kemahuan atau tidak ada alasan-alasan untuk menimbulkan perselisihan. Sebenarnya ini adalah
kerana kurangnya keupayaan untuk bersengketa secara terang-terang.

Orang Melayu dan orang Cina mungkin hidup berjiran. Mereka mungkin bertemu sewaktu
menjalankan kerja-kerja harian, malahan sewaktu pergaulan secara sosial. Akan tetapi setelah
selesai bekerja, mereka kembali semula ke dalam ling kungan budaya dan kaum masing-masing
dan lingkungan ini tidak pernah dicerobohi oleh mana-mana kaum tersebut. Di dalam dunia
kaum masing-masing, nilai-nilai mereka bukan sahaja berbeza, malahan kadang-kadang
bertentangan.

Jika diterima hakikat bahawa memang tidak wujud kehar monian sejati antara kaum, maka lebih
senang untuk membuat urutan sejarah mengenai hubungan orang Melayu dengan bukan Melayu
dan menerangkan mengapa perselisihan kaum berlaku. Malah mungkin boleh dicarikan jalan
untuk mengatasi kelemahan-kelemahan kepada cara hubungan yang sedia wujud. Dengan cara
ini, sekurang-kurangnya, kalaupun bukan harmoni, perkara-perkara yang boleh menimbulkan
perseng ketaan dapat diredakan.

Sebelum kedatangan orang-orang Portugis, memang sudah ada orang bukan Melayu di Melaka
dan Kedah. Ramai juga di antara mereka itu adalah orang Cina. Setakat yang diketahui hubungan
di antara orang Melayu dengan orang Cina adalah di anggap baik. Keadaan begini mudah
difaham kerana selalunya kalau di tempat-tempat yang tidak ramai orang Cina, mereka akan
mengelak dari melakukan sesuatu yang boleh membang kitkan kemarahan orang Melayu.
(Hakikat ini menerangkan mengapa pertelingkahan kaum tidak pernah berlaku di negeri
Kelantan, Trengganu dan Kedah). Sudah tentunya orang-orang Cina telah mengalami layanan-
layanan yang kurang menye¬nangkan, tetapi 'mereka tidak membantah walaupun Negeri China
menganggap Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada jajahan takluk mereka. Orang Cina dan
lain-lain kaum telah mempelajari bahasa dan cara hidup orang Melayu. Oleh itu per sengketaan
jarang berlaku, dan kalau berlaku jarang berpan jangan.

Kedatangan orang-orang Eropah telah menambahkan kemasukan orang-orang bukan Melayu,


terutama orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Mereka tidak bermastautin di Tanah Melayu,
dan hakikat ini menyebabkan mereka terasing dan tidak bercampur dengan orang-orang Melayu.
Terhadnya hubungan ini telah mengurangkan persengketaan, sungguhpun pada akhir-akhir
pemerintahan British orang Melayu telah mulai menyedari bahaya orang-orang Cina dan India
kepada kuasa politik orang Melayu. Sekali-sekala berlaku juga pergaduhan kaum antara orang
Melayu dan orang Cina. Akan tetapi, disebabkan ketegasan pihak British mengawal keadaan,
perga duhan ini tidak merebak menjadi perselisihan kaum yang besar. Lagipun, hak orang
Melayu di negara ini tidak pernah dicabar secara terang-terang oleh pihak penjajah British
mahupun oleh pendatang-pendatang lain di negeri-negeri Tanah Melayu.

Di bawah pemerintahan British orang Melayu hidup terpisah dari orang Cina dan India, kecuali
pertemuan singkat pada waktu siang. Sebahagian besar orang Melayu, terutama yang tinggal di
kawasan desa tidak pernah bersua muka dengan orang Cina, dan begitu juga keadaan sebaliknya
bagi orang Cina yang tinggal di bandar-bandar besar dan di kawasan lombong bijih. Pada waktu
itu memang tidak berlaku pergaduhan kaum secara besar-besaran, namun tidak pula boleh
dikatakan bahawa wujud harmoni dan toleransi antara kaum. Orang-orang yang hidup jauh
terpisah di antara satu sama lain tidak semestinya hidup mesra. Kalau tidak ada sengketa,
hakikatnya ialah kerana tidak ada peluang untuk bersengketa. Apa yang wujud ialah kesedaran
tentang kehadiran masing-masing, dan kesedaran yang kurang menyenangkan ini sudah cukup
untuk menghalang pergaulan yang lebih rapat. Bibit-bibit persengketaan sebenar nya sudahpun
ada, cuma is tidak sempat membesar kerana disekat oleh kuasa British.

Penjajahan oleh Jepun telah memisahkan orang-orang Melayu dan Cina lebih jauh lagi.
Segolongan orang Melayu boleh dianggap pro Jepun, sementara yang lainnya walaupun tidak
bersimpati, sekurang-kurangnya bukan anti Jepun. Sebaliknya orang Cina telah mendapat
layanan buruk dari pihak Jepun, sementara orang India pula menggabungkan diri mereka dengan
perjuangan untuk membebaskan India. Menjelang akhirnya peperangan, hubungan ini mula
bertukar corak. Sebahagian besar orang Cina telah bersubahat dan diterima baik oleh pihak
Jepun. Sementara itu orang Jepun tidak mengendahkan lagi orang Melayu kerana mereka
menganggap orang Melayu tidak begitu berguna bagi tujuan mereka. Walau apa sekalipun corak
hubungan mereka dengan pihak Jepun, ter¬nyata bahawa perbezaan antara kaum semakin ketara
dan masing-masing saling mencurigai.

Apabila British kembali ke Tanah Melayu, hubungan Melayu-Cina boleh dianggap tidak begitu
baik dan keadaan ini bertambah runcing bila golongan komunis (kebanyakannya orang Cina)
cuba hendak menubuhkan kerajaan sendiri di negeri-negeri Tanah Melayu. Ini akhirnya
menyebabkan ber lakunya pertumpahan darah. Pertempuran ini mungkin akan merebak menjadi
pertempuran kaum jika sekiranya pihak British tidak kembali dan mendirikan Pentadbiran
Tentera British yang dibantu oleh Angkatan Tentera British. Pihak komunis kecewa dalam usaha
mereka untuk merampas kuasa di Tanah Melayu. Orang Melayu, tanpa menyedari apapun,
mengalu-alukan kedatangan British kerana mereka menyangka hubungan dengan British akan
kembali seperti keadaan sebelumperang.

Orang Melayu merasa kecewa bila pihak British mencadang kan supaya orang Cina dan India
diberi hak yang sama dengan orang Melayu dalam gagasan baru Malayan Union. Kerun cingan
hubungan Melayu-Cina memuncak semula, tetapi kali ini keadaan lebih rasional dan berterusan
berikutan kesedaran umum bangsa Melayu terhadap rancangan British itu. Sejak dari itulah sikap
Melayu-Cina bertukar menjadi isu politik negara yang hams diselesaikan bukan di peringkat
tempatan tetapi di peringkat pihak berkuasa yang paling tinggi di negara ini. Walaupun cadangan
British itu tidak dilaksanakan, namun kesannya terhadap hubungan orang Melayu dengan bukan
Melayu semakin tidak menyenangkan. Malah, pemimpin Melayu yang paling dihormati
sekalipun tidak dapat meredakan kecurigaan orang Melayu terhadap orang-orang bukan Melayu.
Dato Onn (pengasas UMNO) telah keluar dari UMNO kerana cadangan beliau hendak
bekerjasama dengan kaum bukan Melayu tidak diterima.

Walau bagaimanapun, UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mencuba
kerjasama Melayu-Cina di dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
Keputusan pilihanraya itu agak menggalakkan hingga telah mengurangkan sedikit kerisauan dan
kecurigaan di kala ngan orang Melayu. Kerjasama tersebut telah dicuba sekali lagi dalam
pilihanraya yang lebih besar pada tahun 1955 dan keja yaan dalam pilihanraya ini telah
memulakan waktu berbaik baik dan kerjasama yang tulen di antara kaum di negara ini. Namun,
keharmonian yang sebenar masih lagi dicari kerana tiap-tiap kaum menganggap pencantuman
tadi hanya secara berkebetulan sahaja. Di zaman berbaik-baik inilah kemerde kaan dicapai.
Secara ringkas itulah latar belakang hubungan antara kaum di Tanah Melayu sebelum Merdeka.
Hanya pada waktu hampir Merdeka nampak seperti ada harmoni antara kaum di Tanah Melayu.
Sebelum itu, apa yang sewenangnya dikatakan kehar monian antara kaum sebenarnya
mempunyai makna lain — iaitu tidak ada sengketa secara terang-terang. Faktor-faktor yang
menyebabkan tidak adanya sengketa ini lebih didorong oleh desakan luar daripada desakan
dalam.

Suasana tahun 1957 adalah penuh dengan harapan. Kerja sama antara orang Melayu dan orang
Cina semasa menuntut kemerdekaan nampaknya telah mendatangkan hasil yang baik. Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan semasa kemerdekaan telah mendapat sokongan
majoriti dari rakyat ber bagai kaum di Tanah Melayu. Pihak pembangkang adalah lemah dan
berpecah-belah, dan mereka hanya mempunyai seorang wakil di dalam badan perundangan
tertinggi. Kaum kaum sekutu dalam Kerajaan Perikatan sedar akan sengketa sengketa masa lalu
dan amat berhati-hati agar tidak membang kitkan masalah perkauman. Lagipun, mereka terpaksa
ber pegang kepada janji-janji dan persetujuan-persetujuan yang telah dieapai sebelum Merdeka,
terutama untuk mengurangkan permusuhan antara kaum.

Manusia boleh ternoda oleh kuasa dan kuasa hampir mutlak yang diperolehi oleh Kerajaan
Perikatan telah menodai fikiran pemimpin-pemimpin Perikatan. UMNO, yang menjadi teras
kepada Parti Perikatan dan mempunyai lebih suara, haruslah lebih bertanggungjawab akibat
kemerosotan yang beransur ansur berlaku ke atas Kerajaan Perikatan sebaik sahaja kemer dekaan
dicapai. Pergaduhan kaum yang berlaku pada 13 Mei, 1969 sebenarnya bermula ketika bendera
Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan. Dengan perasaan
penuh semangat penduduk Malaysia telah memberi kan gelaran Bapa Kemerdekaan kepada
Tunku Abdul Rahman, yang bertanggungjawab merangka kemerdekaan Tanah Melayu. Gelaran
ini memang kena pada tempatnya, dantentunya diberikan secara ikhlas untuk menghormati orang
yang telah bertanggungjawab mencapai kemerdekaan.
UMNO, seperti juga lain-lain parti politik, mempunyai per lembagaan yang menggariskan cara-
cara perlaksanaan tugasnya. Ia mempunyai sebuah badan penggubal dasar yang telah ditetapkan
tugas-tugasnya. Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mempunyai kuasa tertinggi dalam parti
tersebut. Namun, walaupun besar kuasanya, MKT harus membuat keputusan berdasarkan
persetujuan para ahli dan bukan mengambil langkah yang bertentangan dengan kehendak ahli
ahlinya. Bagaimanapun, pada masa-masa tertentu MKT boleh membuat keputusan yang tidak
selaras dengan kehendak ahlinya. Kuasa ini diberikan misalnya bila MKT mempunyai suatu
maklumat khas dan mungkin sulit yang tidak boleh diberitahu kepada ahlinya. Namun begitu
MKT tidak boleh mengenepikan pendapat-pendapat ahlinya secara berterusan. Sebagai langkah
untuk memberi peluang kepada ahli-ahli biasa supaya dapat menyuarakan pendapat mereka,
kuasa tertinggi diberikan kepada Perhimpunan Agung Perwakilan UMNO yang bersidang
setahun sekali atau apabila perlu.

Malangnya, apabila pemimpin parti juga menjadi pemerin tah yang tertinggi dan berkuasa dalam
Kerajaan, peruntukan peruntukan dalam perlembagaan parti sudah tidak cocok dan dianggap
tidak penting lagi. Kedudukan dan kuasa pegawai pegawai parti sebagai ahli dalam Kerajaan
adalah lebih tinggi daripada pegawai-pegawai di dalam parti. Perdana Menteri pula menjadi
begitu berkuasa oleh sebab kedudukan dan kepopularannya sehinggakan parti harus tunduk
kepadanya. Oleh itu, bukan sahaja Perhimpunan Agung Perwakilan UMNO telah ditangguhkan,
malah Majlis Kerja Tertinggi UMNO tidak dipanggil untuk membincangkan dasar kerajaan
ataupun dasar parti. Parti tersebut terus wujud bukan kerana ahli-ahlinya mempunyai idea-idea
politik yang sama, tetapi melalui satu sistem naungan dan paksaan yang berdasarkan kepada
kuasa Kerajaan lebih daripada kuasa parti.

Penaungan dan paksaan hanya boleh memberi kesan kepada orang-orang yang terdedah kepada
sistem itu secara langsung. Sebilangan besar ahli biasa parti tidaklah begitu terlibat di dalam
sistem tersebut hingga boleh memberi kesan kepada mereka. Apabila sistem naungan ini lama-
kelamaan menjadi lebih tidak langsung, misalnya dalam penafian atau pemberian projek
pembangunan kepada sesebuah kampung, maka semakin sukarlah untuk mendapatkan balasan
yang memuaskan. Dalam pengertian lain, semakin tidak langsung naungan itu, maka semakin
sukarlah diketahui apakah yang dikehendaki dari naungan tersebut. Oleh itu sistem naungan
adalah terlalu menyekat dan tidak dapat menggantikan kepopularan yang tulen atau pegangan
pendapat dan tujuan yang sama.

Sistem penaungan sebagai satu faktor politik dalam parti ada lah sangat penting. Ini bermakna
pemimpin-pemimpin parti tidak lagi bertanggungjawab kepada ahli-ahli biasa dan penyo kong-
penyokongnya yang tidak dikenali, mereka hanya bertang gungjawab kepada diri mereka sendiri.
Perasaan takbur biasa nya akan mula meresap dalam diri orang-orang yang berkuasa memberi
naungan, perasaan bahawa mereka boleh membentuk dan mencorak orang lain serta pendapat
ramai mengikut kehendak mereka. Pemimpin-pemimpin UMNO yang menjadi sekutu terkanan
dalam Kerajaan Perikatan telah diserang oleh penyakit ini. Mereka merasakan bahawa mereka
tidak perlumempedulikan pendapat-pendapat para penyokong mereka, lalu pendapat-pendapat
tersebut sentiasa sahaja diketepikan.

Sewaktu berkuasa, UMNO mempunyai lebih banyak suara dari yang diperlukan. Sikap tidak
mempedulikan kritik-kritik dari dalam parti tidak meluakkan kekuatan parti itu pada mulanya.
Namun kemerosotan sokongan dari orang ramai yang berlaku terus menerus, sedikit demi sedikit
mengikis keupa yaannya untuk mendapatkan sokongan yang cukup pada masa pilihanraya.
UMNO ditubuhkan oleh kerana rasa bimbang orang Melayu terhadap orang Cina. Masa berbaik-
baik sebelum dan selepas Merdeka telah mengurangkan perasaan bimbang orang Melayu, tetapi
kebimbangan ini tidak pernah lenyap sama sekali. Selagi orang-orang Cina atau pengikut-
pengikut Malaysian Chinese Association (MCA) yang agak banyak itu bekerjasama dengan
orang Melayu, kebimbangan ini dapat dipendamkan. Apabila pemimpin-pemimpin semakin
menyeleweng dari dasar yang ditetapkan oleh UMNO dan ini ditambah pula dengan
tuntutan¬tuntutan secara terang-terang dan berterusan oleh orang-orang Cina yang berada di
dalam ataupun di luar MCA, kebimbangan itu bangkit semula. Pemimpin-pemimpin UMNO
lebih suka memenuhi hasrat orang Cina dan bergantung kepada kuasa pe naungan tadi dan juga
sikap patuh orang-orang Melayu sendiri untuk mengikut arahan-arahan parti. Namun sikap tidak
mempedulikan kritik-kritik dan tidak mengendahkan penyo kong-penyokong yang mula
berpaling tadah sudah tentulah mempunyai kesan ke atas parti. UMNO menjadi semakin lemah
dan menjelang pilihanraya 1969 kekuatan pengaruhnya begitu merosot sekali hinggakan terpaksa
bergantung kepada sum bangan wang Kerajaan yang banyak untuk mendapatkan soko ngan di
beberapa buah kawasan yang tidak menyokongnya.
Pada jangkaan umum, sepatutnya ahli-ahli Kerajaan yang lebih bijak tentu sekali dapat mengenal
tanda-tanda itu. Pergaduhan antara orang-orang Melayu dan Cina di Bukit Mertajam pada tahun
1964, dan Rusuhan Hartal di Pulau Pinang pada tahun 1968 adalah tanda-tanda yang menunjuk
ke arah itu. Meskipun begitu, pihak Kerajaan nampaknya tidak sedar akan kejadian yang berlaku
di sekitarnya. Oleh kerana Kerajaan mempunyai majoriti yang besar di Parlimen, kritik kritik
yang ditujukan kepada Kerajaan biasanya dipandang rendah. Dasar-dasar Kerajaan ditetapkan
tanpa menghiraukan pendapat-pendapat dari orang ramai. Contohnya ialah kepu tusan Kerajaan
untuk membiayai kos guaman bagi seorang Menteri yang telah mendakwa seorang ahli
pembangkang atas tuduhan fitnah. Keputusan ini dibuat setelah kes itu kalah. Andainya Menteri
itu menang, sudah tentu dialah yang akan mendapat bayaran ganti rugi. Satu lagi contoh ialah
jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri di Parlimen kepada satu pertanyaan tentang
mengapa Pejabat Konsol Malaysia perlu ditubuhkan di Taiwan. Perdana Menteri antara lain
menjawab bahawa hubungan dengan Taiwan akan memudahkan lawatan menteri-menteri ke
pulau itu yang dianggap sangat sesuai atau serasi untuk dilawati. Memang tidak dinafikan
bahawa para menteri juga adalah manusia biasa. Akan tetapi sikap mengenepikan kritik penting
terhadap dasar Kerajaan dengan jawapan yang mengolok-olok begitu menunjukkan betapa
kerajaan tidak mengendahkan moral dan jangkaan orang ramai. Undang-undang telah
dilulus¬kan secara tergesa-gesa tanpa rundingan-rundingan awal dengan para wakil yang akan
"menjual" undang-undang ini kepada rakyat. Perubahan-perubahan bagi cukai telah dibuat dan
kemudian diketepikan tanpa menghiraukan langsung kesu sahan-kesusahan yang dihadapi oleh
rakyat. Sidang-sidang Parlimen hanya dianggap sebagai suatu formaliti yang tidak bermakna,
semata-mata memberi peluang kepada para ahli untuk berucap agar suara mereka dapat didengar
dan di hebahkan. Meskipun begitu, hujah-hujah tersebut tidak berkesan langsung kepada
pentadbiran Kerajaan. Perasaan umum ialah walau Parlimen bersidang ataupun tidak, Kerajaan
tetap memerintah. Sidang-sidang tersebut diadakan hanyalah sebagai mematuhi amalan
demokrasi. Tujuan utama sidang ialah untuk menunjuk-nunjukkan kekuatan Kerajaan. Dari masa
ke semasa, kekuatan ini telah digunakan untuk meminda perlembagaan. Cara dan kerapnya
perlembagaan dipinda kerana sebab-sebab yang tidak penting telah menjatuhkan taraf undang-
undang tertinggi negara kepada lembaran kertas yang tidak berguna.
Sebuah negara yang baru merdeka memerlukan pentadbir yang betul-betul mahir memegang
teraju Kerajaan. Keputusan hendaklah dibuat pada tiap-tiap hari, dan keputusan-keputusan ini
akan mempengaruhi negara dan rakyat. Menteri-menteri dan ahli-ahli Kabinet diberi kuasa untuk
membuat keputusan keputusan ini. Oleh itu sudah ternyata bahawa Menteri-menteri dan ahli-ahli
Kabinet hendaklah terdiri daripada mereka yang betul-betul berkebolehan dan berpengalaman.
Meskipun begitu, di Tanah Melayu yang merdeka, pemilihan ahli-ahli Kabinet ditetapkan
sebagai satu ganjaran kepada kesetiaan terhadap ketua-ketua parti dan orang-orang yang diterima
oleh Perdana Menteri. Selepas mereka dilantik, kalaupun mereka tidak menjalankan tugas
dengan sempurna, kedudukan mereka sebagai menteri tidak tergugat. Sebaliknya, kalaupun
seorang Menteri itu telah menjalankan tugasnya dengan baik tetapi gagal untuk berbaik-baik
dengan Perdana Menteri maka dia akan disingkirkan dari kementeriannya.

Akibatnya, orang-orang yang kurang berkebolehan dibiarkan untuk mentadbir negara ini. Orang-
orang yang berkebolehan tidak dapat berkhidmat dengan Kerajaan dan kalaupun mereka diterima
untuk berkhidmat mereka tidak pula kekal lama. Walaupun kabinet silih berganti dengan pola
yang sama berterusan, namun harapan seluruh negara untuk melihat orang-orang yang betul-
betul berkebolehan berada di dalam Kerajaan ternyata hampa. Rakyat mula bersikap sinis dan
mereka kurang menghormati para menteri. Perasaan ini bukan sahaja terserap di kalangan
mereka yang membangkang Kerajaan, malah juga pada mereka yang menjadi penyokong
Kerajaan.

Seperti yang dijangkakan, Kerajaan yang dianggotai oleh orang-orang yang tidak berkebolehan
ternyata kurang idea, tidak dapat memahami batas-batas kekuasaan mereka, dan umumnya tidak
dapat memimpin dengan sempurna. Cara yang biasanya digunakan oleh Kerajaan untuk
menjawab kritikan yang ditujukan kepadanya ialah dengan melantik suruhanjaya suruhanjaya
untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai kritikan itu. Suruhanjaya ini yang terdiri
daripada orang-orang ternama yang berkebolehan biasanya mengambil masa yang lama untuk
menjalankan tugasnya. Sementara itu Kerajaan tetap menjalankan tugasnya seperti biasa.
Akhirnya bila laporan itu siap ahli-ahli Kabinet pula mendapati sukar untuk mengkaji nya. Jadi
sebuah jawatankuasa yang barn akan dilantik untuk mengkaji tiap-tiap laporan. Dengan itu lebih
banyak masa ter-buang. Akhirnya apabila Kabinet membuat keputusan mengenai kajian laporan
tadi, mereka akan menolak keba nyakan bahagian laporan itu dan perlaksanaan cadangan
cadangan juga ditangguhkan hingga ke suatu masa yang tidak ditetapkan. Sebenarnya, tugas
suruhanjaya-suruhanjaya itu merupakan usaha yang sia-sia serta merugikan wang dan masa
orang ramai. Kerajaan tetap meneruskan dasar-dasarnya seolah olah tidak ada suruhanjaya yang
telah dilantik. Bagaimanapun, selama ini Kerajaan sedang sibuk mencari jalan untuk
mengekalkan kuasanya. Langkah-langkah yang di ambil ternyata ada udang di sebalik batu
hinggakan kesannya lain dari yang diharapkan. Semua orang dapat melihat akan kepincangan ini,
kecuali Kerajaan sendiri. Oleh itu, walaupun rancangan-rancangan luar bandar telah lama hilang
kesan, Kerajaan masih lagi melaksanakan projek-projek seperti men dirikan masjid dan balai
raya. Perlaksanaan projek itu dijalan kan bukan kerana segala kemudahan tersebut difikirkan
perlu, tetapi kerana anggapan yang salah kononnya langkah-langkah ini akan dapat memancing
undi dalam pilihanraya yang akan datang. Seperti yang dijangkakan, apabila menjelangnya pili
hanraya, maka peruntukan bagi rancangan pembangunan luar bandar akan bertambah. Menteri-
menteri semakin sibuk meng hulurkan cek-cek sebelum dan semasa pilihanraya. Sementara itu
penerima-penerima bantuan ini menunjukkan rasa terima kasih mereka. Akan tetapi bagi mereka
yang pernah memerhati tindakan ini dengan lebih dekat, ternyata bahawa rasa terhutang budi
yang ditunjukkan oleh penerima-penerima tadi tidak semestinya diberikan kepada Kerajaan.
Lebih buruk lagi ialah sistem pilih kasih dalam memberikan peruntukan kepada penyokong-
penyokong atau kubu-kubu parti. Perbuatan memihak-mihak tanpa berselindung ini telah
menimbulkan kemarahan terhadap Kerajaan, dan tentu sekali orang-orang yang menentang
Kerajaan akan terus bersikap demikian. Seba liknya pula, pihak Kerajaan memang tidak dapat
memenuhi kesemua permintaan daripada penyokong-penyokong parti. Oleh itu perasaan kecewa
di dalam parti semakin menjadi-jadi dan lebih ramai ahli parti yang berpaling tadah.

Memang sudah nyata bahawa menjelang pilihanraya tahun 1969 semua golongan penduduk
negara ini tidak puashati dengan Kerajaan. Orang Melayu tidak puashati kerana dari pandangan
mereka Kerajaan terus memihak kepada orang Cina, sedangkan Kerajaan telah gagal untuk
membetulkan ketidak-seimbangan pembahagian kekayaan dan kemajuan bagi kaum-kaum di
Malaysia. Sewaktu menyuarakan perasaan tidak puashati mereka ini, mereka telah
membangkitkan kemarahan penduduk bukan Melayu, terutama orang Cina. Tuntutan tuntutan
orang Cina pula bertambah apabila pemberian Kerajaan semakin menghairahkan keinginan
mereka. Pada mulanya orang Cina yang berfahaman sederhana menganggap bahawa tuntutan-
tuntutan golongan pelampau adalah langkah wajar untuk mengawal tuntutan orang Melayu.
Malangnya, lama-kelamaan golongan sederhana ini akhirnya turut menjadi mangsa strategi
mereka sendiri. Sebagai langkah untuk mengekalkan pengaruh mereka, golongan sederhana
terpaksa menurut kehendak golongan pelampau. Sudah tentu sahaja tindakan tersebut
membangkitkan semula permusuhan dan perasaan curiga orang Melayu. Jurang perpisahan
antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin meluas.

Selain daripada reaksi-reaksi perkauman tadi ternyata bahawa keyakinan rakyat terhadap
kemampuan atau keinginan Kerajaan Perikatan memerintah dengan baik semakin merosot.
Walaupun umumnya diterima hakikat bahawa Kerajaan Peri katan sahaja yang mampu
memerintah negara ini, tetapi perlunya Kerajaan tersebut diberi kuasa yang mutlak patut
dipersoalkan. Parti-parti pembangkang adalah kurang layak sebagai pengganti Kerajaan dan
sebenarnya tidak mendapat sokongan orang ramai. Akan tetapi kebencian orang ramai terhadap
Kerajaan Perikatan telah menimbulkan rasa anti-Perikatan. Hakikat ini sudah cukup untuk
menggalakkan undi bantahan.

Akhirnya Kerajaan Perikatan telah melakukan satu kesalahan yang paling besar, iaitu mereka
cuba menutup segala kesalahan dan sikap tidak acuh di masa-masa yang lampau. Parti Peri katan
beranggapan bahawa kekuatan parti itu terletak kepada punca kewangannya serta
kemampuannya untuk menjalankan satu kempen pilihanraya yang panjang dengan menggunakan
pegawai-pegawai parti dan menteri-menteri, bahkan juga ramai pekerja upahan. Berdasarkan
kepada pendapat ini Kerajaan telah memilih jangka waktu yang agak lama untuk kempen
pili¬hanraya. Hakikat ini telah menyebabkan rasa tidak puashati di antara kaum semasa
pemerintah Perikatan semakin meluapluap. Parti Perikatan semakin tidak berupaya apabila parti-
parti pembangkang menggunakan sentimen perkauman untuk men dapatkan sokongan. Lebih
meruncingkan, Kerajaan tidak ber upaya untuk menahan sikap perkauman yang semakin buruk
di dalam kempen pilihanraya tersebut. Pada waktu itu Kerajaan hanya dapat mengawal ahli-ahli
Perikatan. Misalnya, apabila seorang pegawai perhubungan UMNO di Pulau Pinang
dipukulsehingga mati, Kerajaan telah berjaya menghalang satu tunjuk perasaan yang hendak
diadakan. Akan tetapi apabila seorang ahli Parti Buruh telah ditembak, Kerajaan tidak berjaya
lang sung untuk menahan satu perarakan tunjuk perasaan terhadap Kerajaan.
Keputusan Pilihanraya telah memeranjatkan Parti Perikatan dan Kerajaan Perikatan. Oleh kerana
timbul keraguan tentang kedudukannya di negeri Selangor, di mana pihak Kerajaan cuma
menguasai setengah daripada jumlah kerusi Dewan Negeri, Kerajaan telah membenarkan parti-
parti pembangkang mengadakan perarakan kerana kemenangan mereka. Memang sukar sekali
untuk difahamkan mengapa Kerajaan membenar kan perarakan serupa itu kerana perarakan
sedemikian tidak syak lagi akan menimbulkan kekacauan, lebih-lebih lagi bila mengenangkan
perarakan beberapa hari sebelum itu sewaktu kematian seorang ahli Parti Buruh. Pada masa-
masa lalu pihak Kerajaan sangat berhati-hati tentang sebarang tunjuk perasaan. Sudah
sememangnya pihak pembangkang begitu gembira apa bila keputusan pilihanraya diumumkan.
Seperti pengalaman yang sudah-sudah, pemimpin-pemimpin pembangkang tidak pernah dapat
mengawal perasaan megah ahli-ahlinya. Dengan membenarkan juga perarakan tersebut Kerajaan
telah memper lihatkan kegagalan untuk memahami perasaan hati pihak pem bangkang dan juga
penyokong-penyokong Kerajaan sendiri. Oleh itu Kerajaan hendaklah sama-sama memikul
kesalahan yang menyebabkan peristiwa yang berlaku selepas itu.

Di mana silapnya? Memang banyak perkara yang silap. Pertama, dasar awal Kerajaan adalah
salah. Kerajaan berang gapan bahawa harmoni sudah sedia wujud sejak dahulu dan kerjasama
antara orang-orang Melayu dan Cilia dalam usaha mendapatkan kemerdekaan adalah satu contoh
harmoni antara kaum. Kerajaan beranggapan bahawa orang Cina hanya ber-minat di dalam
bidang perniagaan dan mengumpulkan harta, sementara orang Melayu hanya mahu menjadi
kakitangan Kera jaan. Anggapan yang salah ini telah menyebabkan wujudnya dasar-dasar yang
merombak persefahaman yang tipis di antara orang Melayu dan bukan Melayu. Di samping itu,
kerana terlalu bongkak dengan suara terbanyak, Kerajaan semakin tidak mahu mendengar
langsung kritikan yang disuarakan oleh pihak pem bangkang mahupun dari penyokong-
penyokong Kerajaan sen diri. Jurang di antara Kerajaan dengan rakyat semakin meluas
hinggakan Kerajaan tidak lagi dapat menyelami perasaan rakyat atau mentafsirkannya dengan
betul. Dengan itu Kerajaan tidak dapat merasakan perubahan radikal dalam pemikiran rakyat
sejak kemerdekaan sehingga menjelang pilihanraya tahun 1969. Akhirnya apabila Kerajaan
memenangi pilihanraya tahun 1969 hanya dengan majoriti yang merosot, Kerajaan amat terkejut
hinggakan pertimbangannya pun tidak lagi sempurna. Maka berlakulah pembunuhan terhadap
manusia dan pembakaran terhadap harta benda dan keadaan yang huru-hara pada 13 Mei, 1969.
Di situlah letak silapnya.

3. Pengaruh Keturunan dan Alam Sekitar Ke atas Bangsa


Melayu

Bagaimanakah faktor-faktor keturunan memberi kesan terha dap kemajuan bangsa Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu? Belum pernah dijalankan satu kajian yang saintifik mengenai
perkara ini. Barangkali lebih bijak jika perkara ini dibiarkan begitu sahaja kerana kalau dikaji
juga mungkin hal ini akan menyebabkan orang Melayu patah semangat. Meskipun begitu,
memandangkan bahawa faktor-faktor keturunan adalah amat penting dalam perkembangan
sesuatu bangsa, eloklah dilihat serba sedikit mengenai hal ini supaya dengan pemahaman yang
lebih baik dan terperinci dalam hal ini bolehlah difahami dan sedikit sebanyak mengatasi kesan
tidak baik dari faktor-faktor ini.

Tulisan ini bukanlah satu kajian yang saintifik. Paling hampir ia cuma merupakan suatu tekaan
cerdas sahaja. Semoga ia akan membangkitkan satu minat barn mengenai perkara ini dan
mungkin akan membawa satu kajian saintifik yang menyeluruh tentang teori-teori yang
dikemukakan. Setidak-tidaknya tulisan ini diharap akan menarik perhatian umum kepada perkara
yang penting ini.

Satu perkara yang telah diterima umum ialah faktor-faktor keturunan memainkan peranan yang
penting dalam perkem bangan sesuatu kaum. Ia tidak memerlukan kepakaran seorang ahli sains
untuk menyatakan hal ini. Agak ternyata, kalau ciri ciri dari bapa diperturunkan kepada anaknya,
maka ciri-ciri kaum semestinya juga diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Andainya proses ini tidak berlaku maka satu kaum yang amat berlainan akan muncul dalam tiap-
tiap gene rasi. Bagaimanapun, memandangkan bahawa ciri-ciri kaum dapat dilihat dalam tiap-
tiap generasi, seperti juga dengan ciri ciri keluarga, maka kita boleh menganggap bahawa ciri
tersebut adalah ciri-ciri keturunan.

Manusia sudah lama sedar dan menerima hakikat, malahan sebelum pengajian sains
menumpukan perhatian kepada sifat sifat semula jadi manusia, bahawa anak-anak mesti
mewarisi beberapa sifat yang terdapat pada nenek moyang mereka. Sifat yang paling ketara ialah
raut muka. Wajah kanak-kanak me mang dijangkakan dan lazimnya mirip raut muka salah
seorang dari ibu bapanya atau dari kedua-duanya sekali. Meskipun begitu, persamaan ini tidak
sahaja melibatkan bentuk fizikal semata-mata. Malahan kadang-kadang perwatakan, kecerdasan
mental dan citarasa juga mengikuti ibu bapa mereka. Walaupun demikian, persamaan ini tidaklah
sepenuhnya. Beberapa ciri adalah agak berlebihan manakala ciri-ciri lain hanya mempu nyai
sedikit persamaan. Kadang kalanya ada pula ciri-ciri yang bercantum, dan ada kalanya ciri-ciri
dari kedua ibu bapa mereka tidak ada langsung.

Memandangkan pemerhatian oleh manusia biasa terlalu sing kat waktunya dan tidak pula
mendalam, maka usaha ini terpak salah diserahkan kepada ahli-ahli sains untuk mengkaji lebih
lanjut darihal keturunan. Ahli sains yang paling terkemuka dalam bidang ini ialah Gregor Johann
Mendel. Beliau telah mengkaji secara sistematik kewujudan faktor-faktor keturunan dan
bagaimana berlakunya penyaluran baka. Penemuan penemuan beliau telah pun diterima secara
meluas. Secara ringkas Hukum Mendel menyatakan bahawa zuriat itu bukanlah merupakan jenis
perantaraan antara kedua-dua baka ibu bapa, tetapi menurut hukum yang lazim, baka salah
seorang dari ibu bapa itu adalah lebih menonjol dalam zuriat yang dilahirkan. Hukum ini adalah
penting kerana ia menolak konsep lazim yangmenyatakan bahawa zuriat hendaklah merupakan
perwatakan yang lebih sederhana dari sifat-sifat utama kedua-dua ibu bapa.

Hukum Mendel dijelaskan dengan baiknya dalam percubaan membiak tikus putih dan tikus
coklat. Kalau satu siri ujikajian dijalankan, maka pembiakan di antara tikus putih dan tikus coklat
tidak akan menghasilkan tikus bertompok atau putih coklat, sebaliknya hasil yang paling banyak
ialah tikus-tikus putih. Bagaimanapun, kalau tikus putih generasi pertama ini dibiakkan sesama
jenisnya, maka zuriat yang dihasilkan bukan lah semuanya tikus putih, tetapi terdapat juga tikus-
tikus coklat dengan nisbah tiga tikus putih bagi tiap-tiap seekor tikus coklat. Fakta yang
diterangkan di sini ialah warna putih lebih ketara dalam generasi pertama. Namun begitu,
walaupun tikus-tikus generasi pertama berwarna putih, ia juga mempunyai faktor coklat yang
tersorok yang boleh disalurkan kepada generasi yang berikutnya. Akan tetapi, faktor coklat ini
adalah lemah dan fakta ini menunjukkan bahawa hanya terdapat seekor tikus coklat bagi tiap-tiap
empat ekor tikus generasi kedua.
Bagi manusia, perkara yang agak sama boleh dilihat apabila seorang yang balar berkahwin
dengan seorang yang mempunyai warna kulit yang biasa. Zuriat dari perkahwinan itu pada zahir
nya adalah normal. Akan tetapi apabila mereka ini berkahwin dengan zuriat yang agak normal
dan orang balar, maka seorang dari tiap-tiap empat orang yang dilahirkan dari generasi kedua
adalah balar. Jadi ibu bapa balar adalah resesif. Jika seorang balar berkahwin dengan seorang
balar, maka semua zuriatnya adalah balar. Faktor resesif itu tidaklah dilahirkan oleh sebarang
faktor yang dominan dan muncul tiap-tiap kali.

Walaupun Hukum Mendel boleh digunakan dalam kebanya kan contoh, namun hukum itu
tidaklah universal. Di kalangan ibu bapa yang mempunyai ciri-ciri yang dominan tetapi berten
tangan, satu percampuran akan berlaku. Sifat-sifat yang ber beza dan yang tidak terdapat pada
kedua-dua ibu bapa akan timbul dalam zuriat mereka. Meskipun begitu, ini amat jarang dan
hanya sekali sekala berlaku.

Semua contoh ini hanya tertumpu kepada satu ciri. Walau bagaimanapun, binatang dan juga
manusia mewarisi berbagai sifat dan ciri dari ibu bapa masing-masing. Perkara yang hams
dipersoalkan di sini ialah sejauh manakah ciri-ciri ibu bapa ini diwariskan kepada keturunan
mereka? Lebih-lebih lagi, sejauh manakah sifat-sifat yang kurang nyata seperti kecerdasan, kera
jinan, kepintaran, dan lain-lain itu diwarisi? Oleh kerana sifat sifat dominan tidak hanya terikat
pada salah seorang ibu bapa, sudah tentulah zuriat itu akan mewarisi ciri-ciri dominan dari
kedua-dua ibu bapa. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai faktor-faktor resesif yang sama is juga
akan diturunkan kepada zuriatnya.

Dalam proses evolusi keluarga faktor keturunan memainkan peranan yang penting. Perkahwinan
di antara pasangan lelaki dan perempuan yang mempunyai ciri-ciri dominan yang baik ternyata
akan menghasilkan zuriat yang lebih baik. Sementara itu, perkahwinan di antara pasangan lelaki
dan perempuan yang mempunyai ciri resesif dan ciri yang kurang baik akan mengha silkan zuriat
yang resesif. Sebaliknya pula, perkahwinan di antara orang yang mempunyai ciri-ciri dominan
yang baik dengan orang yang mempunyai ciri resesif akan menghasil lebih ramai zuriat yang
mempunyai ciri-ciri yang baik.
Ciri dominan selalunya akan mengatasi ciri-ciri yang resesif. Oleh itu jika kedua-dua ibu bapa
mempunyai berbagai ciri dominan, maka zuriatnya ternyata akan mempunyai percam puran
semua ciri yang dominan dari kedua-dua ibu bapanya. Zuriat yang paling baik ialah hasil dari ibu
bapa yang mempunyai ciri-ciri dominan yang berbeza. Kaum keluarga yang dekat lazimnya
menyerupai antara satu sama lain, oleh itu besar ke mungkinan mereka mempunyai ciri-ciri
resesif yang sama. Dengan itu perkahwinan di dalam kaum keluarga ini tidak akan menghasilkan
zuriat yang baik. Sebaliknya, orang yang tidak ada pertalian darah mempunyai banyak ciri yang
berbeza. Oleh itu perkahwinan di antara orang-orang ini akan menghasilkan zuriat yang lebih
baik sebab mereka akan mewarisi ciri-ciri dominan yang baik dari kedua-dua ibu bapa mereka,
sementara itu ciri-ciri yang resesif akan pupus.

Bagaimanakah alam sekitar mempengaruhi perkembangan dan evolusi sesuatu kaum? Sebelum
melihat sesuatu kaum itu secara lebih menyeluruh, elok kiranya ditinjau perkembangan sebuah
keluarga terlebih dahulu. Umum mengetahui bahawa manusia belajar melalui pengalaman dan
semakin banyak pengalamannya maka bertambahlah pengetahuannya. Manusia juga akan
menyesuaikan dirinya dengan keadaan alam sekeli lingnya. Namun lebih penting lagi ialah
manusia biasanya belajar dari pengalaman orang lain dan meniru tauladan mereka. Penyesuaian
ini boleh berlaku dengan tidak disedari, tetapi is juga boleh dipelajari secara sedar. Lama
kelamaan, pembelajaran secara sedar mula mengatasi pembelajaran secara intuitif, kecualilah
dalam perkara asas. Pada hari ini peluang untuk mempelajari sesuatu boleh dikatakan tidak
terbatas, tetapi keupayaan seseorang untuk mempelajari sesuatu itu agak berbeza-beza. Sudah
sememangnya ada orang yang boleh me nimba lebih banyak pengetahuan daripada orang lain.
Perbe zaan ini nampaknya lahir daripada ciri-ciri semula jadi.

Alam sekitar turut memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri seseorang,
keluarganya dan kaumnya. Di samping faktor keturunan, alam sekitar adalah faktor yang sangat
penting dalam membentuk perkembangan manusia dari segi fizikal, mental dan psikologi. Oleh
kerana beberapa sebab, tidaklah dapat diterima teori Darwin yang terkandung dalam bukunya
Origin of the Species. Meskipun begitu, ada beberapa saranannya yang boleh dipertimbangkan.
Bila setengah setengah teori itu dipakai untuk menerangkan kedudukan manusia pada peringkat-
peringkat akhir perkembangannya, teori tersebut ada logiknya. Kehidupan di dunia ini penuh
caba rannya. Sejak zaman dahulu lagi tidak henti-henti terdapat pembunuhan dan pemusnahan di
setiap pelusuk dunia. Gigitan serangga misalnya boleh mengakibatkan maut, samalah seperti
akibat letupan born atom. Orang yang terselamat dari segala bahaya adalah mereka yang tahu
mengelakkan diri dari bahaya. Oleh itu orang yang pintar dan rajin berusaha sahaja yang dapat
mengelakkan diri dari bahaya. Sementara itu orang yang leka dan bodoh akan musnah di
pertengahan jalan.

Oleh kerana ciri-ciri boleh disalurkan dari satu generasi ke satu generasi lain, manusia haruslah
sentiasa bertambah bijak dan lebih menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Proses penye suaian
ini berlaku terus menerus, generasi demi generasi, dan dalam tiap-tiap generasi mereka yang
lemah dan tidak berupaya untuk hidup dalam alam sekitarnya akan terhapus dan hilang peluang
untuk terus membiak. Proses memusnahkan jenis yang lemah dari segi mental dan fizikal akan
berterusan sehingga lahir baka yang bijak bukan sahaja sekadar dapat menyesuaikan diri nya
dengan alam sekitar tetapi juga dapat menggunakan alam sekitar untuk keperluannya. Oleh itu
manusia telah mula me langkah keluar dari kehidupan di dalam gua dan membina tempat-tempat
perlindungan sendiri. Akhirnya tempat-tempat perlindungan ini menjadi lebih kompleks dan
besar seperti bandar-bandar kita sekarang.

Kesan keturunan dan alam sekitar ke atas manusia adalah saling berkaitan serta saling
menyokong satu sama lain. Perkembangan sesuatu keluarga atau kaum hendaklah mengi kut
garis-garis yang telah ditetapkan oleh keadaan alam sekitar dan juga oleh penyaluran ciri-ciri ibu
bapa kepada anak-anaknya. Penyaluran ini boleh berlaku hanya bila keadaan alam sekitar itu
sesuai. Kajian darihal alam sekitar manusia adalah sangat kompleks lagi sukar, oleh itu saranan-
saranan yang dibuat dalam kajian yang ringkas ini tidaklah menyeluruh. Alam sekitar manusia
terdiri daripada berbagai faktor dan biasanya tiap-tiap faktor ini saling memberi kesan kepada
faktor yang lain. Untuk mengkaji secara lebih teratur eloklah dilihat unsur-unsur utama dalam
alam sekitar satu per satu. Namun demikian, perlu di ingatkan bahawa tiap-tiap unsur ini Bering
berkaitan rapat dan saling bergantung antara satu sama lain. Kalau hendak dikaji perkembangan
orang Melayu di Tanah Melayu, terlebih dahulu hendaklah dikaji kedudukan alam Tanah Melayu
dan melihat akan kesannya terhadap orang Melayu.

Tanah Melayu adalah tanah semenanjung dan terdapat sungai-sungai yang mengalir dari
banjaran gunung di tengah tengah semenanjung itu, dan dikelilingi pula oleh tanah-tanah yang
rata dan berpaya. Orang Melayu yang menduduki Tanah Melayu pada masa dahulu mungkin
mendapati dataran yang bermula dari kaki gunung atau tebing-tebing sungai hingga ke pantai
begitu subur dan senang diteroka melalui sungai. Bahan makanan mudah diperolehi dan ditanam
di dataran ini, begitu pula ikan dan daging, agaknya tidaklah sukar untuk mendapat kannya.
Kawasan tanah tinggi diliputi hutan yang tebal dan sukar diterokai, lagipun berkeliaran binatang-
binatang buas. Usaha bercucuk tanam juga sukar dijalankan di kawasan tanah tinggi ini. Di
samping itu, dengan adanya tanah subur yang luas di kawasan dataran, maka tidaklah perlu bagi
mereka untuk tinggal di bukit-bukit atau di gunung-gunung. Oleh itu keba nyakan orang Melayu
tinggal di kawasan dataran, menjadi petani dan nelayan. Mereka tinggal di tebing-tebing sungai,
bercucuk tanam di kawasan dataran yang merentang hingga di kaki gunung. Sungai-sungai
menjadi jalan perhubungan mereka yang utama, dan juga sumber ikan di samping sebagai tempat
menghanyutkan segala sampah-sarap. Orang Melayu mengem bara melalui jalan laut dari satu
kuala ke satu kuala. Dengan demikian pekan-pekan utama mereka terletak di kuala-kuala sungai
ataupun di persimpangan sungai-sungai yang besar.

Dari penemuan-penemuan sejarah ternyata bahawa petem patan awal orang-orang Melayu adalah
di dataran Negeri Kedah dan negeri-negeri utara atau di pantai timur. Bahagian selatan Tanah
Melayu lebih banyak dilitupi bukit-bukau, oleh itu tidak ramai orang tinggal di kawasan tersebut
sehinggalah orang orang dari Sumatera dan Jawa datang untuk membuka kawasan kawasan baru.
Meskipun begitu, petempatan-petempatan ini juga terdapat di dataran-dataran kecil yang sesuai
untuk tanaman padi. Kemudian, lautan yang menjadi jalan perhu-bungan orang-orang Melayu di
kawasan pesisir turut menjadi saluran kedatangan peniaga-peniaga asing, kemudian kaum kaum
pendatang dan akhirnya penjajah-penjajah ke Tanah Melayu.

Dengan demikian keadaan alam telah mempengaruhi orang orang Melayu untuk menetap di
kawasan-kawansan dataran. Tanah dataran masih banyak dan mereka tidak perlu bercucuk tanam
atau tinggal di bukit-bukit. Di dataran tropika yang subur ini terdapat banyak sumber makanan
yang dianggarkan cukup untuk menampung jumlah penduduk yang masih tidak ramai bilangan
di Tanah Melayu pada waktu itu. Usaha-usaha mencari makanan dapat dilakukan dengan mudah
tanpa kemahiran yang luar biasa. Pendeknya alam keliling menjamin keperluan makanan yang
mencukupi untuk menampung seluruh penduduk sepanjang tahun. Kelaparan dan kebuluran
yang sentiasa mengancam negeri-negeri lain, seperti Negeri China, tidak terdapat di Tanah
Melayu. Dalam keadaan begini maka semua orang dapat terus hidup. Malahan mereka yang
paling lemah dan paling malas juga boleh hidup dengan selesa dan dapat berkahwin dan beranak
pinak. Dalam keadaan yang begini tidak dapat hendak dikatakan bahawa cuma mereka yang
paling kuat dapat terus hidup. Oleh kerana terdapat banyaknya bahan makanan maka orang yang
lemah juga akan dapat terus hidup.

Sebilangan besar orang Melayu terlibat di dalam penanaman padi, iaitu satu pekerjaan bermusim.
Kerja-kerja yang sebe narnya hanya memakan masa selama dua bulan, hasilnya dapat
menampung bekalan hidup untuk selama setahun. Hakikat ini hanya benar pada zaman dahulu
sewaktu penduduk negara ini masih belum ramai manakala tanah untuk bercucuk tanam masih
banyak. Masa lapang mereka begitu banyak. Malah selepas selesai mengerjakan tanaman lain
pun, masa lapang mereka masih banyak. Iklim negeri ini yang panas dan lembab juga tidak
begitu menggalakkan bagi kerja-kerja yang berat ataupun daya pemikiran yang lebih aktif. Oleh
itu pendu duknya, kecuali sebilangan kecil, lebih suka duduk rehat-rehat atau berbual-bual
dengan jiran tetangga dan rakan-rakan mereka.

Kegiatan pertanian tidak menggalakkan tumbuhnya sebuah masyarakat yang besar. Orang
Melayu hanya tinggal dalam kampung-kampung yang kecil ataupun di ladang atau sawah milik
mereka. Perhubungan sosial antara mereka adalah terbatas. Oleh itu kemudahan-kemudahan
khidmat untuk ma syarakat setempat tidak begitu penting bagi mereka. Pembaha gian tenaga
kerja dan pengkhususan kerja adalah terhad oleh kerana kebanyakan petani dapat memenuhi
kehendak ataupun keperluan asas mereka. Meskipun kebanyakan orang Melayu adalah petani
dan tinggal di dataran-dataran yang subur, pekan-pekan kecil turut membangun di persimpangan
sungai dan kuala-kuala sungai di mana orang Melayu menjadi nelayan atau menjalankan
perniagaan kecil. Pekan-pekan yang lebih besar ialah tempat tinggal raja-raja dan pembesar-
pembesar tempatan.

Penduduk di bandar-bandar kecil ini hidup lebih sofistikated serta teratur daripada para petani.
Tukang-tukang yang mahir, para cendekiawan, peniaga-peniaga dan juga pentadbir pentadbir
hidup dalam satu masyarakat yang mempunyai hubungan yang erat di bawah naungan raja-raja.
Keadaan ini lebih jauh berbeza daripada cara hidup para petani biasa yang merupakan bahagian
besar masyarakat Melayu. Hubungan sosial antara penduduk pekan dan petani-petani adalah
terbatas manakala perkahwinan di antara kedua-dua belah pihak juga jarang berlaku. Asalnya
orang-orang Melayu memuja segala rupa semangat. Agama Hindu dan Islam dibawa masuk dari
luar. Agama agama ini dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Arab dan Hindu. Mereka ini
bukan sahaja datang untuk berniaga tetapi ada juga mereka yang turut menetap di bandar-bandar
serta berkahwin dengan orang-orang Melayu dari kerabat ternama di pekan-pekan tersebut.
Lama-kelamaan keluarga-keluarga dari hasil perkahwinan campuran ini telah menjadi kaya dan
sangat berpengaruh. Oleh itu perbezaa.i ekonomi dan sosial di antara penduduk pekan dan
penduduk desa semakin ketara. Penduduk desa mendapati sukar untuk mencontohi cara hidup
orang orang di pekan.

Pengaruh agama Islam ke atas orang Melayu adalah sangat besar. Bahasa dan budaya Arab yang
merupakan sebahagian dari agama Islam telah dipelajari oleh orang Melayu dan ini telah
menyebabkan berlakunya perubahan yang besar dalam cara hidup mereka. Ahli-ahli Bahasa
Melayu telah mengubah-suaikan huruf-huruf Arab dan ini telah menambahkan lagi kenal huruf
di kalangan orang-orang Melayu. Ini membuka jalan kepada orang-orang Melayu untuk
mempelajari falsafah dan sains dari Timur Tengah. Malangnya, perubahan pendidi kan dan
budaya yang dibawa oleh agama Islam lebih tertumpu kepada kawasan-kawasan bandar. Cuma
kemudian barn guru-guru yang berpindah ke kawasan luar bandar mula mendirikan sekolah-
sekolah agama, tetapi pengajaran mereka hanya tertumpu kepada hal ehwal agama semata-mata.
Falsafah dan sains tidak dapat diterima dengan mudah. Pengaruh adat dan kepercayaan animisme
tadi masih kuat di kalangan penduduk luar bandar dan halangan ini membatasi penyebaran ajaran
Islam. Keadaan ini juga telah menyebabkan amalan-amalan Islam bercampur aduk dengan adat
Melayu yang masih mem punyai saki-baki kepercayaan animisme. Bandar-bandar kecil itu
menjadi semakin sofistikated dan perbezaan ini begitu ternyata kalau dibandingkan dengan
kawasan-kawasan luar bandar. Bandar-bandar ini mempunyai kadar kenal huruf yang agak tinggi
di mana ciri-ciri pengaruh antarabangsa juga wujud disebabkan oleh penyerapan budaya dan
agama pendatang tadi, dan juga melalui proses kahwin campur. Agama Islam telah berkembang
menjadi benteng yang kukuh bagi orang-orang Melayu dari berubah kepada lain-lain agama.
Selama ini orang-orang Melayu bebas berkahwin dengan orangorang di luar agama mereka.
Akan tetapi Islam kini telah melarang amalan tersebut kecuali apabila syarat-syarat tertentu
dipatuhi. Orang yang melanggar perintah-perintah agama akan menerima hukuman yang amat
memalukan. Oleh itu perkaraperkara yang berbeza dari amalan Islam yang biasa tetap disyaki
dan tidak akan diterima.

Kesultanan Melaka bertambah makmur sewaktu agama Islam sedang tersebar luas di Tanah
Melayu. Melaka telah menarik ramai pedagang asing, dan seterusnya penjajah-penjajah yang
hendak memerintah serta pendatang yang hendak bermastautin. Namun begitu, orang Melayu
pada ketika itu tidak dapat lagi ditembusi oleh pengaruh-pengaruh agama lain. Dengan itu
pendatang-pendatang Cina yang pada mulanya menetap di Melaka dan kemudian di kawasan-
kawasan lain di Tanah Melayu telah terpisah sama sekali dari orang-orang Melayu. Di Negeri
Thai ada terdapat orang-orang Cina yang diserapkan ke dalam masyarkat tempatan, pada hal di
Tanah Melayu perkara ini tidak berlaku. Malah ada orang-orang Cina yang bertutur dalam
Bahasa Melayu, berpakaian serta mengikuti beberapa adat orang Melayu, namun mereka tetap
juga tidak diterima disebabkan perbezaan agama. Kahwin campur antara orang Melayu dan
orang Cina jarang sekali berlaku.

Selain daripada pengaruh agama Islam, perubahan yang paling nyata dalam kehidupan orang
Melayu ialah kemasukan secara beramai-ramai pendatang-pendatang Cina. Orang Melayu jati
atau peranakan, sebelum kedatangan orang Cina bukan sahaja terdiri dari golongan petani,
bahkan peniaga peniaga kecil dan ahli tukang dan pekerja mahir dan juga sebagai pentadbir di
bawah sistem penghulu dan raja-raja. Kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu
mengakibat kan pertelingkahan di antara dua kaum yang berbeza, baik dari segi pengaruh
keturunan mahupun alam sekitar masing-masing. Sebelum memahami perbezaan ini eloklah
dikaji secara ringkas akan latar belakang pendatang-pendatang Cina itu.

Sejarah Negeri China adalah penuh bergelombang dengan berbagai-bagai malapetaka baik dalam
bentuk bencana alam mahupun akibat perbuatan manusia sendiri. Empat ribu tahun yang lalu
telah berlaku bencana banjir yang amat besar, dan banjir besar begini biasanya diikuti pula oleh
kekurangan makanan. Sementara itu, penceroboh dari luar, maharaja-maharaja dan pembesar-
pembesar mengganas di seluruh pelusuk negara tersebut. Bagi orang Cina kehidupan mereka
adalah satu perjuangan yang berterusan. Dalam proses ini mereka yang lemah dari segi mental
dan fizikal akan tewas kepada mereka yang kuat dan rajin berusaha. Proses ini dan juga
pertarungan untuk hidup berlaku generasi demi generasi, selama empat ribu tahun atau lebih, di
mana mereka yang kuat sahaja akan kekal. Seolah-olah itu belum mencukupi, adat orang Cina
melarang perkahwinan dari kalangan rumpun keluarga yang sama. Ini menyebabkan berlaku
lebih banyak peranakan dari keluarga yang terasing daripada pembiakan keturunan yang sama.
Cara ini adalah berbeza dengan orang orang Melayu yang lebih cenderung kepada amalan
perkahwinan selama keturunan. Adat orang Cina ini ialah untuk melahirkan ciri dan baka yang
baik yang boleh memudah-kan kehidupan mereka serta menambahkan lagi pengaruh alam
sekitar ke atas orang-orang Cina.

Di samping menderita akibat malapetaka semulajadi dan peperangan yang berlaku berulang kali,
orang-orang Cina terpaksa pula menghadapi penindasan dari maharaja-maharaja dan pembesar-
pembesar serta pegawai-pegawai mereka yang sentiasa mengganas. Dalam keadaan begini, kalau
hendak hidup dan menikmati kesenangan hendaldah pandai memenuhi kehendak-kehendak
pemerintah tadi. Orang-orang Cina sudah begitu cekap dengan keadaan seperti ini hinggakan
sistem hubungan di antara rakyat biasa dengan para pegawai menjadi ciri yang terkenal dalam
masyarakat Cina. Pegawai-pegawai itu pula melindungi rakyat kerana menjaga kuasa mereka
sendiri lebih daripada sebagai tanggungjawab mereka. Dari sistem ini maka membiaklah
pertubuhan sulit sebagai satu cara untuk memberi perlindungan yang dikatakan tadi. Orang-
orang Cina yang telah berpindah ke pulau-pulau dan tanah semenanjung Asia Tenggara telah pun
mengalami pengaruh alam sekitar, keturunan dan lain-lain faktor. Mereka yang meninggalkan
Negeri China untuk mengadu nasib di seberang laut adalah orang-orang yang berhati cekal dan
rajin berusaha. Seperti juga penghijrah-penghijrah yang terdapat di seluruh dunia, orang Cina
yang meninggalkan negerinya adalah mereka yang tidak puas hati dengan keadaan nasib mereka
dan mempunyai keinginan mahu membaiki kehidupan mereka dan sudah tentu lah kerana azam
mereka akan berusaha ke arah matlamat itu. Demikian pulalah orang Cina yang datang ke Tanah
Melayu, dan mendapat galakan dari pihak British, mereka lebih cekal menghadapi cabaran dan
rajin berusaha.

Orang-orang Melayu yang selama ini lemah disebabkan oleh pengaruh keturunan dan alam
sekitar tidak berupaya untuk menghadapi cabaran pendatang-pendatang Cina ini, hingga terpaksa
mengalah. Apa sahaja yang boleh dilakukan oleh orang Melayu, orang Cina boleh
melakukannya, tetapi dengan lebih baik dan lebih murah. Lama-kelamaan pendatang-pendatang
Cina yang mempunyai keazaman yang kuat dan rajin bekerja mula mengambil tempat
perniagaan-perniagaan kecil dan semua kerja mahir yang dahulunya diusahakan oleh orang
Melayu. Apabila kekayaan mereka mulai bertambah hubungan sosial mereka juga bertambah.
Dari pengalaman yang diperolehi di negeri asal mereka, pendatang-pendatang Cina ini tidak
lama kemudian telah mewujudkan corak hubungan yang serupa antara pegawai-pegawai dan
pedagang-pedagang, seperti yang terdapat di Negeri China.

Dengan memenuhi kehendak-kehendak golongan pemerin tah, secara terang-terang orang-orang


Cina telah mengukuhkan lagi kedudukan mereka di bandar-bandar serta membantu mereka
menguasai sepenuhnya kegiatan ekonomi. Bandar bandar mula bertukar wajah. Kedai-kedai
kecil milik orang Melayu kini telah digantikan dengan deretan kedai-kedai Cina. Apabila
bilangan pendatang Cina semakin ramai, maka perniagaan mereka pun turut berkembang, harga
tanah di kawasan bandar turut naik. Orang Melayu mula tertarik dengan tawaran harga yang
tinggi bagi tanah-tanah mereka. Mereka mula menjual tanah mereka lalu berpindah semakin jauh
dari pinggir bandar. Pola perubahan begini telah wujud apabila pihak British mula mentadbir
negara ini. Pihak British sedar akan daya usaha orang-orang Cina dan kalau pendatang pendatang
Cina itu kaya maka keadaan ini akan menguntung kan pula perniagaan British. Orang Cina
bukan sahaja me nyediakan infrasturktur bagi perjalanan perniagaan import eksport British,
malah kekayaan orang-orang Cina akan meng untungkan pasaran barangan British. Pihak British
telah meng¬galakkan kemasukan lebih ramai pendatang-pendatang Cina ke Tanah Melayu, dan
akhirnya lahirlah bandar-bandar dengan ciri-ciri seperti yang terdapat di bandar Malaysia pada
hari ini.

Orang-orang Cina menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada usaha untuk mendapatkan
keuntungan dalam masa yang paling singkat dan masih ingat hendak pulang ke Negeri China.
Beginilah pemikiran yang wujud di kalangan orang Cina kerana mereka berpendapat bekerja
sebagai pentadbir kurang menguntungkan. Mereka membiarkan pentadbiran negara ini
dijalankan oleh orang-orang Melayu walaupun mereka tidak suka kepada kekuasaan orang
Melayu. Hal ini mungkin juga kerana orang Melayu sedar betapa pentingnya kuasa politik di
negara ini dikekalkan. Sebaliknya, kalaulah orang-orang Cina sudah mengambil berat dalam
bidang politik sejak di peringkat awal pentadbiran British, kedudukan orang-orang Melayu hari
ini mungkin berada dalam keadaan lebih buruk. Orang-orang Melayu yang tinggal di bandar-
bandar kebanyakannya terdiri daripada pegawai-pegawai rendah dan juga golongan-golongan
yang rapat dengan keluarga diraja. Orang-orang Melayu ini menjadi lebih sofistikated, lebih
berpelajaran dan pandangan mereka juga lebih luas oleh kerana hubungan mereka dengan kaum-
kaum pendatang. Mereka telah menjadi pentadbir dan kakitangan awam yang baik. Ada juga di
antara orang-orang Melayu ini yang berkahwin dengan golongan pendatang, iaitu dengan orang
India Muslim dan orang Arab. Perbezaan di antara orang Melayu di bandar dan orang Melayu
kampung semakin ketara. Orang Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar adalah masih kekal
sebagai Melayu jati. Dari segi sosial mereka tidak bergaul langsung dengan orangorang bukan
Melayu, dan mereka ini hidup sebagai petani tanpa sebarang minat di dalam perniagaan atau
pertukangan. Walaupun golongan Melayu ini berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan
berfahaman ortodoks, namun ada di kalangan mereka yang masih juga percaya kepada hantu
jembalang seperti dalam zaman animisme dahulu. Orang-orang Melayu di bandar biasanya
adalah dari keturunan campuran antara Melayu-India dan Melayu-Arab. Mereka juga bergaul
agak bebas dengan orang-orang Islam bukan Melayu. Tempat mereka ini telah digantikan oleh
orang-orang Cina dalam bidang perniagaan, tetapi mereka telah berjaya sebagai pegawai-
pegawai dan pentadbir-pentadbir. Meskipun mereka ini masih merupakan golongan Islam yang
salih, tetapi mereka lebih bersikap toleran terhadap agama lain dan telah banyak mengenepikan
segala amalan animisme. Namun begitu, pengaruh Hindu masih kuat dan boleh dilihat dalam
adat perkahwinan dan lain-lain adat orang Melayu. Perbezaan yang wujud di kalangan orang
Melayu ini adalah sangat sesuai bagi pihak British menjalankan dasar pecah dan perintah. Dasar
ini hampir menghapuskan orang-orang Melayu sebagai pemerintah negara ini.

Pihak British bukan sahaja memisahkan orang Melayu dari pada orang Cina tetapi juga telah
memecah-belahkan orang Melayu di bandar dengan mereka yang di luar bandar. Walaupun
pemisahan ini memang telah sedia wujud tetapi dasar Britishlah yang telah menceraikan
hubungan yang sederhana di antara orang Melayu bandar dengan orang Melayu luar bandar.
Proses pemisahan ini dijalankan secara halus. Mereka telah menggunakan segala kesempatan
yang sedia wujud dan menguatkan lagi keadan melalui rancangan mereka sendiri. Pemisahan
mereka dari orang-orang Cina dan pemisahan di antara orang Melayu bandar dan orang Melayu
luar bandar telah mempengaruhi perwatakan orang-orang Melayu hingga menyebabkan mereka
semakin kurang kuasa ekonomi dan politik.
Pihak British telah melihat bagaimana orang-orang Cina menghapuskan kebolehan orang-orang
Melayu dalam bidang pertukangan, kerja-kerja mahir dan perniagaan, lalu mereka telah
menggalakkan kemasukan pendatang Cina. Galakan British ini menyebabkan orang Melayu
hilang langsung peluang pekerjaan mereka dalam bidang-bidang tersebut. Walau bagaimanapun,
orang-orang Melayu di bandar digalakkan untuk memegang jawatan di dalam pentadbiran
kerajaan. Pada ketika itu orang Melayu mulai sedar akan bahaya orang Cina lalu mereka
menghargai sokongan pihak British untuk mengekalkan kuasa politik kepada orang Melayu.
Dalam pada itu, kekuasaan politik yang diserahkan bulat-bulat kepada sebuah negara Melayu
akan membahayakan kepentingan British. Memandangkan kurangnya perpaduan di antara orang
Melayu bandar dengan orang Melayu di desa, pihak British telah menggunakan kesempatan itu
dan mencari jalan untuk mengekalkan keadaan itu. Satu cara yang dilakukan oleh pihak British
ialah dengan menggalakkan orang Melayu di bandar bekerja di pejabat lalu menanam di
kalangan mereka itu anggapan bahawa status mereka adalah lebih tinggi daripada pekerja-
pekerja buruh kasar dan para petani.

Orang Melayu yang tinggal di bandar telah diberikan pelajaran rendah dalam Bahasa Inggeris,
tetapi pelajaran yang sama tidak pula diberikan kepada orang Melayu di luar bandar. Sistem
tanah simpanan orang Melayu telah secara fizikal menambahkan lagi perpecahan tersebut.
Orang-orang Melayu dari luar bandar mendapati amat sukar untuk mendapatkan tanah di bandar
yang lazimnya bukan tanah simpanan. Tanah tanah luar bandar pula hampir keseluruhannya
adalah tanah simpanan untuk orang-orang Melayu. Secara tidak langsung hakikat ini telah
menetapkan bahawa perkembangan serta kemajuan orang-orang Melayu cuma terbatas di luar
bandar. Di samping itu pula, terdapat peruntukan-peruntukan yang mem- bolehkan orang British
memecahkan lagi tanah simpanan Melayu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka boleh
menentukan arah perkembangan orang Melayu mengikut kehendak mereka, sedangkan mereka
juga cuba mengekalkan tanggapan bahawa mereka begitu berhasrat untuk menjaga kepentingan
orang Melayu dari percerobohan orang Cina.

Perhubungan di antara orang Melayu di bandar dengan orang Melayu luar bandar juga terbatas
kerana kurangnya pembinaan jalan raya. Jalan-jalan yang telah dibina oleh pihak British hanya
menyambungkan bandar-bandar dan semata mata untuk tujuan pentadbiran serta kemudahan
untuk mengeksport getah dan timah. Pelajaran masih lagi di peringkat yang rendah, sedangkan
sebaran berita tidak dapat dihebahkan secara meluas di kawasan-kawasan luar bandar. Pada
waktu itu tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh dijalankan untuk memperbaiki pendapatan
para petani. Begitulah juga dengan keadaan kesihatan orang-orang Melayu di luar bandar,
hampir tidak diendahkan langsung. Di Tanah Melayu memang terdapat berbagai jenis penyakit
yang boleh melemahkan seseorang, seperti demam malaria dan penyakit puru. Di samping itu,
penyakit-penyakit seperti wabak taun dan cirit-birit sering juga berlaku. Seperti juga dengan lain-
lain masyarakat yang sering terdedah kepada penyakit-penyakit ini, orang Melayu di kawasan
luar bandar juga dapat bertahan daripada serangan penyakit-penyakit ini. Meskipun mereka
terselamat namun tenaga mereka semakin berkurangan. Misalnya, hampir kesemua orang
Melayu di kawasan luar bandar pernah diserang demam malaria. Penyakit-penyakit begini telah
menyebabkan tubuh mereka begitu lemah dan lesu akibat kurang darah dan sering diserang oleh
penyakit tersebut. Oleh itu mereka enggan bekerja lebih daripada yang diperlukan. Kerja-kerja
menanam dan menuai padi walaupun mengambil masa dua bulan dalam tiap-tiap tahun juga turut
meletihkan tubuh mereka. Dengan demikian mereka tidak mempunyai lebihan tenaga untuk beru
saha memperbaiki kehidupan mereka ataupun mempelajari kemahiran-kemahiran yang bar'.

Lain-lain penyakit juga turut mempunyai kesan yang serupa ke atas kegiatan-kegiatan penduduk
kampung. Azam mereka untuk maju, yang memang tidak begitu kuat kerana kurangnya
hubungan dengan dunia luar, jadi semakin tipis. Lama- kelamaan mereka ketinggalan di
belakang di dalam berbagai bidang. Dunia di sekitar mereka terus maju ke depan, sedangkan
segala perubahan pesat yang berlaku pada akhir abad ke-19 dan ke-20 berlalu begitu sahaja tanpa
pun dilihat oleh orang-orang Melayu di kawasan luar bandar. Sementara itu, orang Melayu di
bandar sedikit sebanyaknya turut menikmati perubahan perubahan yang berlaku di sekitar
mereka. Mereka menjadi lebih terpelajar dan lebih sofistikated oleh kerana pergaulan mereka
dengan kaum-kaum lain, akibat perubahan yang sedang berlaku di dunia, dan kesihatan mereka
juga lebih baik. Pandangan mereka juga lebih luas oleh sebab pengaruh suratkhabar,
perkhidmatan pos dan lain-lain perkhidmatan perhubungan, serta perjalanan-perjalanan yang
mereka lakukan.

Perwatakan orang Melayu di bandar bertambah kompleks dan mereka tidak menghadapati
sebarang kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa. Ada di antara mereka yang
kahwin campur. Satu perkara penting yang patut diberi perhatian dalam kahwin campur antara
agama ialah sama ada sebelah bapa atau ibu itu seorang Melayu, anak-anak mereka tetap
menganggap diri mereka sebagai orang Melayu. Kahwin campur begini telah memperkayakan
lagi baka orang Melayu. Bukan pula semua orang Melayu di bandar berkahwin dengan orang
bukan Melayu. Bagaimanapun, lama-kelamaan orang Melayu di bandar telah sedikit sebanyak
mewarisi darah campuran. Oleh kerana zuriat basil daripada kahwin campur tadi tidak dapat lagi
dibezakan daripada orang Melayu sendiri, perkahwinan mereka dari keturunan campur ini
dianggap per kahwinan orang Melayu.

Di kawasan luar bandar tidak ada orang Melayu yang kahwin campur, oleh itu mereka kekal
sebagai orang Melayu jati. Mereka pula selalunya berkahwin dengan kaum kerabat sendiri.
Orang Melayu khususnya yang tinggal di luar bandar masih suka berkahwin dengan saudara
mara mereka. Perkahwinan sesama sepupu masih lagi berlaku, dan ini menyebabkan
berterusannya ciri-ciri yang kurang baik, sama ada ciri dominan atau resesif, yang ada pada diri
abang atau kakak yang menjadi ibu bapa kepada pasangan yang berkahwin.

Satu lagi faktor yang mempengaruhi perkembangan fisiologi orang Melayu, terutama mereka
yang tinggal di luar bandar,ialah amalan kahwin muda. Amalan ini masih lagi terdapat hingga
hari ini dan memang masih boleh dilihat pasangan pengantin dalam lingkungan usia tiga belas
atau empat belas tahun. Perkahwinan yang awal begini bererti bahawa mereka mendapat anak
sebelum pasangan itu cukup matang. Kesan ke atas ibu bapa dan kanak-kanak tersebut memang
telah kita ketahui. Kesan yang paling buruk ialah kedua ibu bapa itu masih belum bersedia untuk
menjaga anak-anak mereka. Malahan ibu bapa muda itu masih lagi bergantung kepada ibu bapa
mereka sendiri. Ibu bapa mereka itu begitu gembira kerana menjadi datuk dan dengan senang
hati pula menjaga cucu-cucu mereka. Dalam masyarakat begini sikap berdikari dan Jaya usaha
tidak wujud. Cara kanak-kanak dibesarkan adalah tidak sihat kerana mereka itu terlalu
dimanjakan oleh datuk-datuk mereka sedangkan ibu bapa mereka tidak berupayauntuk menjaga
anak-anak sendiri. Kesan jangka panjang ke atas masyarakat dan kaum adalah sangat buruk.
Orang Melayu memandang rendah seseorang yang tidak ber kahwin. Orang yang masih belum
berkahwin adalah dianggap memalukan. Semua orang mesti berkahwin dalam masa hayatnya.
Hakikat ini menyebabkan orang-orang yang tidak sepatutnya berkahwin juga akan dikahwinkan
dan mendapat anak. Orang yang bodoh atau orang yang lurus biasanya akan dikahwinkan dengan
seorang janda tua, supaya kononnya ada orang yang dapat menjaganya semasa dia sudah tua.
Jika pilihan ini tidak ada, saudara maranya yang bodoh akan menjadi pilihan lalu dikahwinkan.
Orang-orang ini terus kekal hingga mendapat anak dan akan meneruskan baka mereka. Akibat
semakin bertambah amalan ini dapat dibayangkan.

Kesihatan ibu bapa memainkan peranan yang amat besar dalam usaha memajukan anak-anak
mereka walaupun perkara ini tidak memberi kesan kepada ciri-ciri keturunan. Kita sudah
mengetahui bagaimana penyakit malaria dan lain-lain penyakit telah mempengaruhi tenaga
fizikal dan mental orang-orang Melayu di luar bandar. Andainya ibu bapa, terutama sekali ibu
ibu, sentiasa diserang penyakit maka pemeliharaan anak-anak mereka kurang mendapat
perhatian. Oleh itu anak-anak orang Melayu akan membesar tanpa persediaan secukupnya untuk
menghadapi cabaran hidup penuh saingan apabila berdepan dengan kaum-kaum pendatang yang
lebih agresif.

Sejak Perang Dunia Kedua, alam sekitar orang-orang Melayu telah berubah dengan pesat dan
lebih radikal. Penaklukan Jepun memberi kesan yang sangat mendalam kepada orang orang
Melayu. Keyakinan mereka kepada kuasa British telah mulai hilang. Peperangan dan penaklukan
Jepun telah mem bawa kepahitan hidup kepada orang-orang Melayu sebagai satu pengalaman
yang belum pernah mereka alami. Orang Melayu sudah tidak lagi boleh berpuas hati dengan
mengharapkan orang lain untuk memberi perlindungan kepada mereka. Kali ini orang Melayu
terpaksa berusaha lebih kuat untuk menjamin masa depan mereka. Walaupun demikian, masih
ramai orang Melayu yang begitu yakin bahawa keadaan akan pulih seperti sediakala apabila
pihak British kembali semula ke Tanah Melayu. Namun demikian ternyata bahawa harapan
mereka itu berakhir dengan kekecewaan yang amat pahit. Kepulangan pihak British ke Tanah
Melayu bukan lagi sebagai pelindung kepada orang-orang Melayu, sebaliknya mereka kembali
dengan penuh niat untuk merampas segala-galanya daripada orang Melayu.

Sikap orang Melayu mengalami proses perubahan apabila harapan mereka bertalu-talu
dikecewakan. Setelah sedar bahawa keselamatan mereka terletak pada kuasa politik, orang
Melayu yang dahulunya begitu lembab, dengan daya usaha yang bersungguh-sungguh, telah
bangun untuk bersatupadu. Pemimpin-pemimpin Melayu muncul dari setiap pelusuk negeri ini.
Perbincangan-perbincangan politik yang selama ini hanya disertai oleh golongan elit telah
menjadi pokok bualan umum dan dibincangkan di merata tempat. Semangat yang berkobar kobar
telah menyerap ke dalam semua peringkat masyarakat Melayu, dan semangat inilah yang telah
memberangsangkan orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan.

Orang Melayu yang berusaha menuntut kemerdekaan agak berbeza sedikit sikap mereka
daripada orang Melayu yang telah membiarkan penjajah British menduduki negara ini dan mem
biarkan kedudukan mereka dikuasai oleh orang-orang Cina dan India. Suasana yang membawa
ke arah tercapainya kemer dekaan telah mengubah cara hidup orang Melayu amnya, sikap
mereka terhadap keadaan sekitar dan cara mereka memberi perhatian dan mengatasi berbagai
masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Pada mulanya disangkakan bahawa orang Melayu
akan meninggalkan sikap lemah lembut dan sikap me mencilkan diri mereka. Namun begitu,
kalau ditinjau lebih dekat ternyata bahawa perubahan-perubahan ini hanyalah pada lahirnya
sahaja. Sedangkan dalam hati sanubari mereka masih tersemadi sifat dan sikap yang terbentuk
sejak berabad lamanya.

Kemerdekaan telah memberi kuasa dan kemewahan kepada segelintir elit Melayu yang baru.
Cabaran dan pergolakan perang dan tahun-tahun selepas perang sudah berlalu. Politik dianggap
sebagai penawar kepada segala masalah. Politik me mudahkan segala kehendak. Semua perkara
boleh dicapai dengan mudah. Dengan politik juga seseorang itu mencapai ke dudukan yang
berkuasa. Dengan kuasa politik termaktub undang-undang dan dasar-dasar yang membolehkan
sebilangan orang Melayu yang mempunyai kedudukan untuk menikmati kekayaan atau
sekurang-kurangnya hidup lebih mewah tanpa bekerja kuat. Politik juga telah menyebabkan
kehidupan di kampung lebih selesa dan tidak pula terpencil dari bandar. Dalam erti kata lain,
politik telah mewujudkan suasana yang selesa dan tenteram bagi orang Melayu serta melelapkan
segala cabaran kepada kehidupan dan kemajuan mereka.

Soalan yang timbul sekarang ialah bagaimanakah faktor faktor keturunan dan suasana yang bare
ini mempengaruhi orang Melayu? Jangkaan umum ialah suasana yang barn tidaklah begitu baik
bagi orang Melayu. Mereka akan menjadi lebih lemah lembut dan kurang berkemampuan untuk
mengatasi sendiri segala kesusahan yang mereka hadapi. Mungkin dari segi ini, kuasa politik
akhirnya akan mengakibatkan keruntuhan orang-orang Melayu.
Malangnya pilihan yang dikemukakan kepada pendapat di atas juga tidak menjamin sesuatu
kebaikan. Andainya semua perlindungan dimansuhkan, orang Melayu akan berdepan semula
dengan hukum primitif yang mana cuma mereka yang terkuat dan sihat sahaja akan terns hidup.
Kalau hakikat ini ber laku ada kemungkinan akan lahir kaum yang tahan lasak dan rajin berusaha
dan mereka ini akan mampu bersaing dengan mana-mana kaum pendatang. Malangnya, kita
tidak mem punyai empat ribu tahun untuk mencuba ini semua.

Lagipun, berbeza dari keadaan di Negeri China yang tidak mempunyai ramai kaum pendatang,
Malaysia mempunyai terlalu ramai warganegara bukan Melayu yang boleh menguasai orang-
orang Melayu sebaik sahaja segala perlindungan itu dihapuskan. Jadi, cadangan-cadangan yang
kerap dibuat supaya orang Melayu hendaldah dibiarkan untuk mengatasi masalah mereka sendiri
tidak boleh diterima secara serius. Jawapannya seolah-olah terselit di antara kedua-dua pilihan
ini; iaitu suatu `perlindungan yang membina' yang dirumuskan setelah pengaruh keturunan dan
alam sekitar dikaji dengan teliti. Kecuali langkah ini diambil, kesan keturunan dan alam sekitar
yang buruk ke atas orang-orang Melayu akan berterusan.

4. Dilema Ekonomi Melayu

Di dalam bab ini saya cuba menyorot kembali, dan kadang kala cuba membuat kesimpulannya
terhadap sejarah ekonomi orang Melayu mengikut peringkat-peringkat masa tertentu dalam
sejarah Tanah Melayu. Usaha ini adalah untuk memberikan gambaran latar belakang kepada
keadaan hari ini.

Pandangan orang Melayu terhadap kedudukan ekonomi mereka yang begitu rendah diterangkan
di sini secara objektif seperti yang dirumuskan oleh orang Melayu. Kelemahan-kele mahan orang
Melayu tidak pula dilupakan, tetapi adalah salah jika orang lain tidak turut sama dikaitkan kerana
cara dan sikap mereka dalam perkara ini. Jelasnya, kecuali kalau orang Cina khususnya sanggup
menahan perasaan mereka serta menghargai perlunya usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi
orang Melayu, maka bukan sahaja keazaman orang Melayu malah rancangan-rancangan
Kerajaan juga tidak dapat menolong mengatasi dilema ekonomi orang Melayu.
Pada masa ini sukar hendak dibayangkan negara Malaysia tanpa pekedai-pekedai Cina yang
terdapat di merata tempat. Mereka menjalankan fungsi yang kini sudah menjadi suatu kela ziman
kepada kehidupan rakyat Malaysia sehingga kita merasakan bahawa mereka seolah-olah sudah
berada di negara ini dahulu lagi. Kegiatan mereka sebagai orang tengah terdapat di seluruh
dunia. Mereka bukan sahaja menjual kepada orang ramai di seluruh negara segala keperluan
harian dan barang barang mewah, malahan mereka juga membeli hasil-hasil dari pada para
pelanggan untuk dijual di lain-lain tempat. Mereka adalah bahagian yang penting di dalam
jentera ekonomi Malaysia.

Meskipun begitu, umum mengetahui bahawa pada suatu masa dahulu mereka tidak ada di sini.
Di dalam sejarah Kesultanan Melayu di Kedah, Kelantan dan Melaka memang tidak ada
pekedai-pekedai Cina pada waktu itu. Kesultanan pada masa itu sudahpun mempunyai
masyarakat yang tersusun, dengan masyarakat bandar dan luar bandar serta kegiatan
perdagangan di dalam dan di luar negeri. Pemasaran hasil-hasil yang dikeluarkan, pengangkutan
dan pembelian serta penjualan barang-barang keluaran tempatan dan barang yang diimport
berjalan tanpa terpaksa melalui pekedai-pekedai Cina yang dikatakan sangat penting itu.
Mungkin mereka tidak secekap atau begitu tekun seperti orang-orang Cina. Akan tetapi yang
mus tahaknya ialah pada zaman itu negeri-negeri tersebut telah pun mempunyai jentera
perdagangan yang teratur walaupun sistem yang dijalankan agak primitif dan terbatas.

Sejak zaman ekonomi orang Melayu masih bebas hinggalah hari ini, telah berlaku satu rentetan
peristiwa yang akhirnya menyebabkan orang Melayu terjerumus ke dalam dilema eko nomi
seperti sekarang.

Memang telah diketahui bahawa pada zaman Kesultanan Melayu dahulu orang-orang Melayu
sudah terlibat sepenuhnya dalam bidang pemasaran, perniagaan kecil, import dan eksport dan
juga pengeluaran barang-barang. Orang Melayu juga sudah mahir dalam bidang pertukangan,
pekerjaan tangan dan juga pekerja yang mahir. Kegiatan ekonomi pada waktu itu berjalan seperti
mana keadaan sekarang ini, cuma bezanya bilangan pen duduknya lebih kecil dan kawasannya
lebih terhad dan tidak ter dapat orang-orang Cina.
Pekan-pekan Melayu yang awal adalah perkampungan yang terletak di persimpangan sungai atau
di kuala-kuala sungai. Pilihan ini dibuat kerana sungai dan lautan merupakan jalan perhubungan
yang utama pada waktu itu. Kuda atau kereta kuda tidak pernah wujud, dan pengangkutan jalan
cuma dengan menggunakan gajah dan kereta lembu. Kedudukan pekan-pekan tadi telah
menyenangkan lagi perjalanan dan per hubungan. Apabila manusia mengembara mereka
berdagang dan terpaksa menukar barangan atau wang. Seorang pengem bara sudah tentu tidak
boleh hidup tanpa membeli barang barang keperluan untuk dirinya.

Pekan-pekan Melayu umumnya adalah pekan pasar yang di tadbirkan oleh seorang pembesar.
Raja-raja Melayu tinggal di bandar-bandar besar, biasanya bandar pelabuhan. Istana diraja dan
para pegawai pentadbir memerlukan barangan dan per khidmatan. Dalam keadaan begini
perniagaan yang teratur wujud dan berkembang dengan baiknya.

Sewaktu orang-orang India dan Arab tiba di Tanah Melayu, kesultanan ini sudah berkembang
agak pesat di dalam bidang perniagaan dan industri, serta mempunyai kemudahan-kemu dahan
dan kakitangan untuk menjalankan perniagaan eksport dan import. Ada juga bukti-bukti yang
menunjukkan bahawa raja-raja juga turut terlibat dalam perniagaan, walaupun pada
keseluruhannya kegiatan itu cuma melibatkan kutipan barangan daripada rakyat dan menukarkan
barangan itu dengan barang-barang yang dibawa oleh peniaga-peniaga luar. Dengan cara ini raja-
raja dan pembesar-pembesar istana memperolehi banyak pakaian dan barang perhiasan. Baki
barangan ini dipasarkan kepada rakyat dan dengan itu rakyat juga mampu memiliki barangan
yang dibawa masuk dari luar dengan menukarkan barangan mereka.

Dengan penggunaan wang, perniagaan menjadi lebih sofistikated. Kita tidak tahu sebenarnya
bilakah mata wang mula digunakan di Tanah Melayu. Kita cuma tahu bahawa is sudah
digunakan sebelum kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Wang syiling yang digunakan oleh
orang Melayu pada zaman dahulu memperlihatkan pengaruh Arab dan India dan kurang sekali,
kalau adapun, pengaruh Cina. Jadi, kita boleh katakan bahawa perdagangan yang sofistikated
yang menggunakan mata wang sudah pun wujud sewaktu orang Cina datang ke Tanah Melayu.

Orang-orang Arab dan India telah mengubah corak perda gangan di negeri-negeri Melayu lama.
Mereka bukan sahaja datang untuk berniaga, sebaliknya ramai juga di antara mereka yang telah
bermastautin dan berkahwin dengan orang-orang Melayu dari golongan pembesar-pembesar
istana. Peniagapeniaga ini adalah bijak dan kaya, kalau tidak masakan mereka dapat merantau
jauh dari negeri mereka. Kalau begitu tidak hairanlah bila raja-raja Melayu mula mengakui
kebolehan mereka. Lama-kelamaan mereka semakin berpengaruh di istana-istana raja dan
diterima sebagai orang Melayu. Dengan sendirinya mereka semakin menguasai perniagaan di
negara ini, malah menganggap diri mereka sebagai orang Melayu dan bukan lagi orang asing.
Dengan pengetahuan yang meluas dibidang perniagaan serta hubungan mereka dengan orang-
orang istana dan pedagang-pedagang luar mereka turut memajukan lagi perniagaan orang-orang
Melayu. Raja-raja Melayu tidak lagi terlibat secara langsung dalam perniagaan. Mereka serta
rakyat jelata telah mendapat khidmat dari peniaga-peniaga dan pekedai-pekedai yang cekap dan
boleh dianggap sebangsa dengan mereka walaupun asal keturunan mereka adalah ber beza.

Sewaktu perubahan ini berlaku, pedagang-pedagang Cina mula datang dan sebilangan kecil dari
mereka turut menetap di sini. Pada zaman Kesultanan Melaka bilangan kedatangan mereka
adalah kecil. Pedagang-pedagang Cina terpaksa ber gantung kepada angin monsun pada satu-satu
musim. Oleh itu mereka terpaksa berhenti di Melaka sementara menunggu angin monsun untuk
pulang ke negara mereka. Dengan itu muncul pusat-pusat perdagangan yang dikendalikan oleh
orang-orang Cina.

Pada mulanya orang-orang Cina hanya bertindak sebagai agen kepada rakan-rakan mereka.
Mereka menjual barangan dari Negeri China dan membeli barang-barang tempatan untuk dibawa
pulang ke negeri mereka. Perniagaan mereka yang sofistikated telah menyebabkan mereka
menjadi kaya dan berpenga ruh. Raja-raja mendapati orang-orang Cina berguna dan boleh
memberi khidmat kepada mereka sementara negeri menjadi kaya dan terkenal dengan aktiviti-
aktiviti mereka. Mereka biasanya mempersembahkan hadiah-hadiah yang mahal kepada
golongan pemerintah, oleh itu hubungan mereka dengan semua golongan tadi semakin rapat.
Lama-kelamaan prasangka ter hadap mereka telah mulai hilang dan mereka bebas bergerak dan
berniaga di mana-mana sahaja. Lama-kelamaan bukan sahaja orang-orang Cina giat ber niaga,
malahan mereka yang bekerja di pusat perniagaan di Melaka turut memulakan perniagaan kedai
runcit sendiri. Kejayaan pekedai-pekedai runcit ini menyebabkan lebih ramai lagi kemasukan
pengembara-peniaga Cina. Lama-kelamaan sistem kedai runcit ini telah menjalar ke seluruh
pelusuk Tanah Melayu dan keadaan ini kekal sepanjang zaman Kesultanan Melayu.
Ciri ini semakin menjadi-jadi dengan kedatangan orang Por tugis, Belanda dan akhirnya orang
British. Kita harus ingat bahawa orang-orang Eropah datang ke Timur untuk berdagang dan
bukan untuk menakluk negeri-negeri di rantau ini. Bagaimanapun, sewaktu berniaga mereka
tidak teragak-agak melakukan segala angkara. Mereka menakluk dan mengganas. Mereka
menjalin ikatan melalui perjanjian, tetapi mereka juga yang menodai janji tersebut. Sebenarnya
mereka adalah orang orang yang tidak bertanggungjawab langsung.

Bagi orang Eropah yang tidak berhati perut peniaga Cina adalah suatu rahmat yang dicari-
carikan. Orang Cina boleh ber tutur dalam bahasa tempatan dan mereka juga mempunyai segala
hubungan serta kemudahan yang membolehkan orang orang Eropah memeras kesultanan
Melayu. Dalam masa yang singkat sahaja terjalin hubungan yang baik di antara peniaga peniaga
Cina dan penjajah-penjajah dari Barat. Apabila hubu ngan ini semakin erat dan orang-orang Cina
didapati begitu menguntungkan mereka, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu seolah-
olah mendapat galakan dan semakin cepat pula. Keadaan ini juga sangat menguntungkan pihak
British yang telah mengambil alih kuasa daripada orang Portugis dan Belanda. Orang Cina yang
menjadi kaya di bawah perlindungan British turut menjadi pelanggan yang utama bagi barang
dagangan British. Pasaran bagi barangan British di Tanah Melayu bertambah luas serta sangat
menguntungkan. Kedatangan peniaga-peniaga Cina ini diikuti pula oleh pekerja pekerja mahir,
dan kuli-kuli yang tidak mahir. Bagi pihak British, kedatangan orang-orang Cina dari segala
lapisan dan kelas sosial bermakna wujud sebuah masyarakat yang lebih teratur dan sofistikated
serta memudahkan penjajah British menjalankan perniagaan dan pentadbiran mereka. Walau
bagaimanapun, bagi orang Melayu kemasukan beramai-ramai ini bererti kedudukan mereka
sudah terancam. Pada mulanya mereka tersisih dari lapangan perdagangan, kemudian dalam
bidang kerja-kerja mahir, dan akhirnya mereka turut tersingkir dari kerja-kerja yang tidak mahir.
Di samping itu mereka juga tersingkir dari tempat tinggal mereka. Orang-orang Melayu ter paksa
meninggalkan bandar-bandar, kecualilah kalau mereka itu bekerja dengan Kerajaan. Apabila
nilai harga tanah di bandar-bandar melambung naik, dan begitu juga denganberbagai sewa dan
cukai, orang-orang Melayu terpaksa menjual harta mereka di bandar kemudian membeli pula
tanah-tanah yang lebih murah di kawasan luar bandar.

Demikianlah pola geo-politik turut berubah mengikut pola sosio-ekonomi negara ini. Lama-
kelamaan perubahan ini semakin ketara. Sementara itu, dasar Perbandaran dan Majlis Bandaran
yang menetapkan supaya rumah-rumah dibina dari batu dan menurut perancangan yang teratur
serta mempunyai kemudahan-kemudahan moden turut menyingkirkan saki-baki orang-orang
Melayu yang cuba bertahan kepada tanah-tanah mereka di kawasan-kawasan bandar. Di Kuala
Lumpur pihak berkuasa Perbandaran mula sedar akan hakikat ini dan cuba menggariskan
kawasan tanah simpanan orang Melayu di sekitar kawasan bandar supaya mereka tidak terusir
terus dari bandar. Malangnya di tempat-tempat lain di bawah pemerintahan British, nasib orang-
orang Melayu tidak dipedulikan langsung.

Menjelang tahun-tahun 1930-an orang-orang Melayu mulai sedar bahawa dilema ekonomi
mereka sudah terlalu kompleks dan tidak dapat mereka selesaikan sendiri. Pegawai-pegawai
tinggi Melayu di dalam perkhidmatan Kerajaan mula meran cang langkah-langkah untuk
menarik semula orang Melayu untuk memasuki bidang ekonomi. Namun, usaha in agak ter batas
kerana mereka tidak mempunyai kuasa mutlak, sedangkan sikap mereka masih terlalu
merendahkan diri kepada pihak British. Kegiatan yang wujud cuma sekadar jualan di pekan
sehari, seperti yang terdapat di negeri Kedah, di mana orang orang Melayu diberi hak
sepenuhnya untuk menjual hasil-hasil mereka yang dibawa keluar dari kawasan pedalaman serta
barang-barang keperluan hari-hari. Pekan sehari ini memper lihat serta menonjolkan lagi dilema
ekonomi orang Melayu.

Penaklukan oleh tentera Jepun menandakan satu lagi pering kat dilema orang Melayu. Dengan
kekalahan pihak British, beribu-ribu orang Melayu di kawasan bandar yang bekerja dengan
kerajaan British telah kehilangan kerja mereka apabila pihak berkuasa Jepun memberhentikan
khidmat mereka. Oleh kerana terdesak pekerja-pekerja pejabat ini terpaksa menjaja dan menjual
secara kecil-kecilan untuk menyara hidup mereka. Ketika itu juga mereka sedar, seperti
kesedaran yang lahir di kalangan orang Melayu berpengetahuan sebelum perang — bahawa
dilema ekonomi orang Melayu sudah berada dalam kea daan yang amat tenat.

Dengan kesedaran ini orang-orang Melayu bukan lebih ber azam sebaliknya hilang pula minat
mereka, malahan mereka cuma mahu kembali kepada kehidupan yang mudah dengan kerja yang
tetap di bawah pentadbiran British. Orang Melayu menganggap penceburan mereka dalarrr
bidang perniagaan secara kecil-kecilan cuma untuk sementara sahaja. Bagi kebanyakan orang
Melayu, mereka tidak pula mahu mengatasi dan menembusi monopoli perniagaan yang dipegang
oleh orang-orang Cina. Meskipun begitu, ada sebilangan kecil orang Melayu yang telah
mengharungi rintangan tersebut dengan hasrat mahu mengubah keadaan pada waktu itu.

Demikianlah keadaan yang wujud setelah peperangan tamat dan pihak British kembali berkuasa
di Tanah Melayu. Dalam keadaan begini tergerak di kalangan segelintir orang Melayu yang
mahu menggunakan kuasa politik yang diharap akan di kembalikan kepada mereka untuk
menembusi dunia pernia gaan. Malangnya, pihak British telah mengejutkan orang Melayu
dengan mencadangkan penubuhan Malayan Union dan untuk seketika masalah kelemahan
ekonomi orang Melayu telah dipudarkan oleh masalah politik yang memerlukan perhatian
segera. Akan tetapi, sebaik sahaja ada tanda-tanda kuasa politik orang Melayu dikembalikan,
perhatian mereka tertumpu semula kepada bidang perdagangan mereka di tanah air sendiri.
Sementara itu, kegiatan perniagaan orang-orang Cina pulih agak cepat setelah tergencat oleh
keadaan inflasi dan kekurangan barang-barang Berta tindakan monopoli oleh pihak Jepun
sewaktu pemerintahan mereka. Pemulihan orang Cina bermula dengan kegiatan `pasar gelap' dan
mendapat kontrak yang amat banyak dari Pentadbiran Tentera British. Dengan cara itu peniaga-
peniaga Cina yang mulanya serba kekurangan telah berjaya mengumpul modal yang cukup untuk
memulakan semula perniagaan mereka yang lama.

Bagi orang-orang Melayu yang tidak begitu mengetahui ten-tang selok-belok perniagaan, mereka
sudah keliru dengan cara perniagaan yang dijalankan selepas perang. Orang Melayu memang
tidak arif dengan pemberian rasuah dan lain-lain cara putar belit, dan apabila golongan yang
berpelajaran bekerja semula dengan Kerajaan peluang mereka untuk menjadi kaya dengan cepat
dan membaiki kedudukan mereka dalam dunia perniagaan turut terlepas. Apabila Pentadbiran
Tentera British tamat orang-orang Melayu semakin sedar bahawa mereka ter paksa berhadapan
dengan pola yang lama di mana orang-orang Cina menguasai semua perniagaan yang tidak
diusahakan oleh gedung-gedung perniagaan British yang besar.

Namun begitu, orang-orang Melayu tetap mencuba bebe- rapa kali untuk melibatkan diri dalam
dunia perniagaan. Syarikat-syarikat awam telah dilancarkan, melalui peraturan peraturan biasa
seperti mengadakan mesyuarat-mesyuarat pe rasmiannya serta perlantikan pengarah-pengarah
dan lain-lain pegawai, dan kemudian syarikat itu ditubuhkan dengan ber bagai kelemahan dan
mendapat tentangan yang hebat dari syarikat-syarikat bukan Melayu yang telah sedia wujud.
Modal orang Melayu yang sedikit lama-kelamaan habis sama sekali danapabila kepercayaan
orang ramai kepada penganjur-penganjur syarikat ini kian merosot maka tergendalalah segala
usaha untuk menubuhkan syarikat-syarikat baru.

Sesudah itu orang-orang Melayu sedar akan peranan bank sebagai punca untuk mendapatkan
modal. Kecuali dua atau tiga buah bank yang dikendalikan oleh orang-orang Cina, lain-lain bank
di Tanah Melayu semuanya milik British. Semua bank itu enggan melayan permintaan dari
peniaga-peniaga Melayu. Keputusan mereka ini mungkin ada sebabnya, tetapi bersebab atau
tidak orang-orang Melayu tetap menentang rintangan ini yang menyekat kemasukan mereka ke
dalam dunia perniagaan di negara sendiri.

Dalam keadaan inilah sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah dicadangkan meskipun mendapat
tentangan yang agak hebat dari orang-orang Melayu golongan lama. Golongan ini ber pendapat
bahawa amalan mengutip faedah dalam perniagaan bank adalah bertentangan dengan ajaran
agama Islam. Meskipun wujud rintangan ini sebilangan orang-orang Melayu kenamaan telah
memberikan sokongan moral serta sumbangan wang kepada bank tersebut. Jumlah kutipan wang
yang di perolehi untuk memulakan bank ini agak banyak. Namun per niagaan Bank ini
nampaknya lebih berdasarkan kepada semangat nasionalis daripada kebijaksanaan di dalam
kegiatan perniagaan.

Selang beberapa lama kemudian bank ini telah ditutup. Sewaktu bank ini wujud tidak banyak
pertolongan yang dapat diberikannya kepada orang Melayu. Tetapi apabila bank ini ditutup
orang Melayu merasa semakin lemah di dalam bidang perniagaan di tanah air sendiri. Sementara
itu, kemarahan orang Melayu semakin membara terhadap semua pihak yang bukan sahaja cuba
menyekat usaha hendak menyelesaikan dilema tersebut malah merasa senang hati melihat
kegagalan usaha orang Melayu di bidang ekonomi.

Kekecewaan yang dirasakan oleh orang-orang Melayu akibat kegagalan bank tersebut telah
ditunjukkan dalam sikap politik mereka terhadap lain-lain kaum dan pentadbiran British. Pihak
British sedar akan perasaan kecewa orang Melayu sedangkan kaum-kaum lain tetap tidak
merasakan apa-apa perubahan. Tetapi pihak British menganggap perasaan kecewa orang Melayu
ini sebagai satu kesempatan yang sesuai untuk merundingkan lebih lanjut mengenai masa depan
politik negara ini. Lebih kurang pada waktu itu hubungan Cina-Melayu sedang melalui satu
krisis semasa. Di bawah pimpinan UMNO, orang Melayu telah menuntut supaya Tanah Melayu
adalah untuk orang Melayu. Sebaliknya orang-orang Cina pula telah menuntut hak kerakyatan
diberikan kepada mereka berdasarkan kelahiran mereka di negara ini.

Usaha-usaha telah dijalankan oleh Pesuruhjaya Besar bagi Asia Tenggara untuk cuba
mententeramkan kedua-dua kaum ini melalui Jawatankuasa Hubungan Kaum. Sungguhpun
pemimpin-pemimpin kedua-dua kaum ini dapat dipujuk tetapi ahli-ahli biasa tetap berdegil
dengan pendirian mereka. Orang Melayu tidak mahu bertolak ansur walaupun ada ura-ura untuk
menjalin persaudaraan antara Cina-Melayu. Mereka sedar akan kuasa ekonomi yang dipegang
oleh orang Cina. Orang Melayu berpendapat bahawa sekiranya kelemahan kuasa ekonomi
ditambah pula dengan kelemahan kuasa politik maka kedudukan orang-orang Melayu sudah
tentu akan menjadi lebih teruk dan dikuasai oleh orang-orang Cina. Mereka tidak yakin bahawa
perasaan persefahaman dan simpati adalah benar di kalangan orang-orang Cina.

Pada ketika inilah Pesuruhjaya Tinggi British telah men cadangkan penubuhan Lembaga
Kemajuan Kampung danPerusahaan (RIDA) yang kemudian telah dikecam hebat. Orang Melayu
telah diberitahu bahawa Kerajaan akan menolong mereka mengatasi dilema ekonomi sekiranya
mereka lebih ber tolak ansur dalam soal politik. Sejumlah 5 juta ringgit telah di peruntukkan
kepada perbadanan pembangunan yang barn ini dengan tujuan untuk memajukan perusahaan
tradisional serta menolong orang-orang Melayu dalam perniagaan dengan menyediakan modal
dan nasihat kepakaran.

Dasar Kerajaan ini dapat dianggap sebagai satu langkah yang baru. Bantuan Kerajaan untuk
perniagaan memang tidak pernah dibuat sebelum itu. Memang benar firma-firma British, sama
ada firma tempatan atau yang berpusat di England, diberi keutamaan oleh Kerajaan, tetapi
amalan ini bukanlah dasar yang telah ditetapkan. Biasanya bantuan serupa ini diberikan melalui
kontrak-kontrak yang dirundingkan bukan secara rasmi tetapi dipersetujui di kelab-kelab yang
eksklusif. Bagi orang Melayu khususnya, bantuan Kerajaan yang sebenarnya tidak ada. Ini ialah
kerana orang Melayu yang ingin mencebur diri dalam perniagaan dengan kemudahan Kerajaan
ataupun hendak memulakan perusahaan seperti perlombongan atau pengangkutan akan ditanya
sama ada mereka mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang berkenaan. Meman dangkan
bahawa selama ini orang Melayu telah tersisih dari dunia perniagaan oleh orang-orang British
dan Cina, sudah tentulah mereka akan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang
pengalaman. Jawapan ini telah dijadikan alasan mengapa orang Melayu tidak diberikan kontrak
atau lesen, dan dengan tindakan ini mereka tidak mendapat pengalaman perniagaan selama-
lamanya.

Memanglah mudah difahami kenapa orang Melayu tertarik dengan idea RIDA untuk menolong
mereka dalam bidang per niagaan. Selama ini keluhan orang-orang Melayu ialah keku rangan
modal. Bank yang mereka usaha tubuhkan turut gagal. Jadi kini pihak British benar-benar
mencadangkan supaya ban tuan wang dari Kerajaan diberikan kepada orang-orang Melayu
sebagai modal perniagaan mereka, dan sebagai ganjaran mereka juga diberi bimbingan dalam
selok-belok perniagaan. Sikap lebih bertanggungjawab pihak British mula mendapat perha tian.
Namun begitu, bolehkah orang-orang yang menganjurkan cadangan yang begitu murah hati dan
liberal menjadi orang yang boleh diragukan kejujuran dan keadilan mereka?

Seolah-olah ini belum cukup, pihak British menyatakan juga bahawa seorang pemimpin politik
Melayu akan mentadbirkan wang ini. Orang Melayu boleh menganggap wang sejumlah 5 juta
ringgit itu sebagai milik mereka. Mereka hanya perlu ber sikap lebih liberal dan bekerjasama
dengan pihak British nescaya wang tersebut akan menjadi hak mereka. Walau bagaimana
sekalipun, apabila cengkaman ke atas ekonomi negara ini sudah kukuh mereka tidak perlu lagi
bimbang kepada kuasa politik orang-orang Cina.

Apa yang berlaku kepada RIDA sudah menjadi sejarah. RIDA telah dijalankan seolah-olah
seperti jabatan kebajikan. RIDA tidak memberikan bantuan kepada peniaga-peniaga Melayu
yang berkemampuan, sebaliknya wang diberikan kepada orang-orang kurang berada yang masih
teragak-agak untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Orang orang yang menunjukkan
kemampuan mereka boleh berjaya dalam perniagaan tidak mendapat bantuan RIDA oleh kerana
RIDA berpendapat bahawa tujuannya bukanlah untuk menolong orang-orang berada menjadi
lebih kaya. Sesungguhnya, RIDA seolah-olah telah mewujudkan persaingan di antara peniaga-
peniaga Melayu yang sudah berjaya dengan peniagapeniaga Melayu yang dibantu oleh RIDA.
Para peniaga baru ini diberi bimbingan untuk menghadapi segala rintangan.
Memanglah benar ada bdang-bidang yang mana RIDA beroleh kejayaan. Akan tetapi pada
keseluruhannya kejayaan ini hanya sekadar membanttu perniagaan-perniagaan yang boleh
bersaing dengan peniaga-peniaga bukan Melayu. Bidangbidang yang RIDA berjaya, selain
daripada bidang perniagaan, ialah bidang pendidikan. Dengan bantuan RIDA ramai anak Melayu
telah mendapat pendidikan yang sesuai dengan pekerjaan di dalam firma-firma perniagaan.
Sebelum itu orang-orang Melayu hanya bergantung kepada pekerjaan dengan Kerajaan.

Pada keseluruhannya RIDA tidak dapat memenuhi janji janji yang dibuat oleh pihak British.
Selepas pihak British memper untukkan jumlah wang itu dan melantik orang-orang Melayu
untuk mentadbirkan perbadanan ekonomi ini, mereka pun terus menarik diri. Kini mereka bebas
menghabiskan masa lapang mereka di kelab-kelab dan mengulangi amalan memberi kon trak
kepada firma-firma British. Kalau orang-orang Melayu tidak mencapai kemajuan dengan
bantuan RIDA, maka itu salah orang Melayu sendiri. Sebenarnya yang dikehendaki oleh pihak
British dengan menubuhkan RIDA bukanlah pemulihan ekonomi orang Melayu tetapi niat
mereka lain sama sekali. Hasrat ini terlaksana apabila orang-orang Melayu telah ber setuju untuk
bekerjasama dengan orang-orang Cina untuk memudahkan pengisytiharan darurat.

RIDA mungkin tidak mencapai kejayaan yang diharap harapkan, tetapi sebaliknya is telah
berjaya mengubah cara pemikiran orang-orang Melayu di dalam kegiatan ekonomi. Ia juga telah
mengikis sama sekali anggapan bahawa Kerajaan tidak bertanggungjawab langsung untuk
menolong memajukan orang-orang Melayu dalam bidang perniagaan. Sejak itu setiap usaha
orang Melayu, kalaupun tidak mengharapkan bantuan Kerajaan, sekurang-kurangnya boleh
menuntut agar Kerajaan jangan menghalang usaha mereka dengan helah-helah seperti kurang
pengalaman, kurang modal dan lain-lain alasan. RIDA juga turut mengingatkan orang-orang
bukan Melayu, terutama orang-orang Cina, bahawa baik orang Melayu mahupun Kera jaan
sudah tidak mahu melihat orang Melayu tersisih dari bidang perdagangan di negara ini.

Apabila prinsip menolong orang-orang Melayu bukan lagi di anggap bersifat perkauman,
sebaliknya diterima sebagai langkah yang perlu bagi kestabilan negara, maka banyak lagi agensi
dan cara lain telah dimulakan oleh orang-orang Melayu dan Kerajaan untuk mengambil
kesempatan dari perubahan sikap tadi. Misalnya, peruntukan yang tidak adil mengenai tanah
simpanan Melayu yang kaya dengan biji timah atau lain-lain yang boleh diambil dan ditukar
gantikan dengan tanah tanah hutan yang tidak berharga kini tidak boleh lagi dibuat tanpa
diberitahu terlebih dahulu tujuannya kepada orang Melayu. Hasilnya, perubahan dasar yang
sedikit ini telah menyelamatkan berjuta-juta ringgit wang orang Melayu.

Kerajaan juga telah menegaskan supaya peratus tertentu pekerja Melayu perlu diadakan di dalam
industri-industri baru. Tanah-tanah milik Kerajaan yang berharga di kawasan-kawasan bandar
tidak lagi dijual hanya kepada pihak yang menawarkan harga yang paling tinggi atau dijualkan
kepada orang-orang Cina atau Eropah yang lebih mengetahui tentang nilai tanah ter sebut serta
lebih berkemampuan untuk mengusahakannya. Orang Melayu telah diberi peluang untuk
membeli tanah-tanah ini mengikut harga yang mereka mampu atau sekurang-kurang nya
membayar secara ansuran dalam jangka waktu yang berpatutan. Kerajaan Negeri juga turut
merasa bertang¬gungjawab untuk menolong orang-orang Melayu seberapa yang boleh supaya
mereka dapat menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bagi kali pertamanya Dewan
Perniagaan Melayu telah dianggap sebagai suara peniaga-peniaga Melayu walaupun ahli-ahlinya
hanya terdiri daripada peniaga-peniaga kecil atau penjaja-penjaja.

Sewaktu berlakunya perubahan idea dan nilai-nilai ini, Tanah Melayu telah mencapai
kemerdekaan. Barangkali tidak keterlaluan dikatakan bahawa memang orang Melayu yang
sangat-sangat inginkan kemerdekaan. Mereka sedar bahawa sebuah Kerajaan yang mempunyai
lebih suara orang Melayu akan bersikap lebih liberal dalam usaha membantu mereka di dalam
perniagaan dan lain-lain bidang. Taukeh-taukeh jutawan Cina juga turut melihat keadaan ini.
Mereka sedar bahawa mereka sudah tidak lagi memperolehi secara mutlak hak per niagaan yang
ditinggalkan oleh orang-orang British. Mereka juga melihat berakhirnya segala muslihat dan tipu
helah yang selama ini dilakukan ke atas semua undang-undang yang kononnya melindungi orang
Melayu. Mereka membayangkan empayar perniagaan mereka akan dicerobohi. Malah ada juga
setengahnya yang membayangkan penubuhan sebuah negara sosialis Melayu di mana segala
kekayaan yang mereka miliki akan diambil balik.

Sebenarnya (setelah merdeka) hanya sebahagian kecil dari harapan orang-orang Melayu
dipenuhi. Lebih menakjubkan ialah bukan sahaja segala kebimbangan taukeh-taukeh Cina tadi
tidak berasas sama sekali, tetapi sebaliknya Tanah Melayu yang merdeka telah membuka
peluang yang tidak terbatas kepada orang Cina untuk mengumpul harta.
Sebelum ini telah pun dibincangkan tentang bantuan Kera jaan yang semakin bertambah kepada
orang-orang Melayu hasil daripada perubahan sikap yang disemaikan dengan tertubuhnya RIDA.
Memang tidak perlu disebutkan bahawa perubahan ini lebih menggalakkan lagi dengan
tercapainya kemerdekaan. Berbagai agensi dan rancangan Kemajuan Kerajaan-kerajaan Pusat
dan Negeri, misalnya Perbadanan Kemajuan Negeri dan kuota-kuota perniagaan pengangkutan
jalan, adalah hasil daripada kemerdekaan. Memanglah diakui bahawa Kerajaan selepas Merdeka
telah banyak menolong orang-orang Melayu dalam perniagaan dan usaha ini masih diteruskan.
Kadang kala perbuatan curang telah menggagalkan matlamat Kerajaan. Kadang-kadang
cengkaman oleh syarikat-syarikat perniagaan Cina yang bersekutu turut menggagalkan usaha ini.
Biarpun begitu, kedudukan istimewa orang-orang Melayu telah dapat menembusi, walaupun
sedikit, keutuhan kedudukan ekonomi orang-orang bukan Melayu. Baik atau tidak, orang-orang
Melayu sudah tidak lagi boleh diketepikan dalam bidang per niagaan. Salah satu hasil daripada
dasar Kerajaan selepas Mer deka ialah perlantikan orang-orang Melayu menjadi pengarah
pengarah dalam syarikat-syarikat besar milik bukan Melayu.

Setiap orang tahu bahawa pengarah-pengarah Melayu ini lazimnya tidak melabur satu sen pun,
ataupun mempunyai keupayaan untuk memberi sumbangan ke arah tujuan yang ter penting, iaitu
memberi keuntungan kepada syarikat. Setiap orang tahu bahawa ada di antara orang-orang
Melayu ini yang hanya menjual nama mereka dan cuma mengambil kesempatan dari dasar
kerajaan yang mahu melihat pembahagian kekayaan yang lebih sama rata. Setiap orang tahu
bahawa hakikat ini bukanlah kehendak orang Melayu atau sesiapa pun. Meskipun begitu, setiap
orang tahu bahawa memang tidak ada pilihan lain sekiranya orang-orang Melayu perlu
membiasakan diri dengan nadi perniagaan-perniagaan yang besar, seperti yang di perlukan,
untuk mengelakkan jurang perbezaan antara mereka dengan bukan Melayu daripada tidak terus
berkekalan.

Adakah kritik terhadap orang-orang Melayu yang telah men jual nama mereka kepada syarikat-
syarikat perniagaan boleh diterima sebulatnya? Sama ada baik atau tidak, berkebolehan atau
tidak, dengan adanya orang-orang Melayu dalam berbagai badan tadi bererti mereka telah
mengetahui sedikit sebanyaknya selok-belok perniagaan. Kebanyakan daripada mereka bukan
lah bodoh. Mereka memang mempunyai keupayaan untuk belajar. Ada banyak bukti yang
menunjukkan bahawa orang orang itu sudah banyak mengetahui tentang cara-cara perniagaan.
Pengetahuan ini telah dapat disalurkan kepada syarikat-syarikat baru yang ditubuhkan oleh
orang-orang Melayu. Di samping itu, kehadiran mereka dalam lembaga pengarah telah
menghalang terjadinya prasangka terhadap orang-orang Melayu umumnya, dan khususnya dalam
pengambilan orang Melayu bekerja, tidak lagi seperti di masa masa lampau. Kehadiran mereka
juga telah menyebabkan orang Melayu kini tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam
pengambilan bekerja, dan orang Melayu sebenarnya boleh dan mampu berniaga dengan syarikat-
syarikat tersebut — suatu hakikat yang dianggap mustahil pada masa lalu.

Akibatnya, dengan kedudukan mereka itu pengarah-peng-arah ini boleh mengumpul kekayaan.
Pada mulanya hakikat ini mungkin dianggap tidak adil. Orang-orang Melayu yang sege lintir ini
telah beroleh kekayaan bukan disebabkan oleh usaha sendiri, tetapi adalah basil daripada dasar
Kerajaan yang di sokong oleh sebahagian besar orang Melayu yang miskin. Ini seolah-olah
memberi gambaran bahawa sokongan dari orang orang Melayu yang miskin adalah untuk
memperkayakan sebi langan kecil kaum sendiri. Padahal orang-orang Melayu yang miskin tidak
mendapat barang suatu pun. Meskipun begitu, kalaulah segelintir orang Melayu ini tidak kaya,
nescaya orang orang Melayu yang miskin juga tidak akan menikmati untung nya. Orang-orang
Cina akan terus hidup dalam rumah-rumah besar dan menganggap orang Melayu hanya layak
untuk men jadi pemandu kereta mereka. Kini, apabila sudah ada beberapa orang Melayu yang
kaya, sekurang-kurangnya orang-orang Melayu yang miskin boleh berkata bahawa nasib mereka
bukan lagi semata-mata bekerja untuk orang-orang bukan Melayu yang kaya. Kalau dipandang
dari segi ego perkauman, malah ego ini masih kuat, maka perlu ada orang kaya Melayu ini.

Sebagai ganjarannya, orang kaya Melayu ini menjadi cumber modal dan kepimpinan di bidang
perniagaan, iaitu status yang kurang terdapat pada orang-orang Melayu sebelum ini. Dengan
kedudukan mereka, orang-orang ini bukan sahaja mampu memasuki berbagai bidang perniagaan
di negara ini tetapi juga mudah berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan yang mempunyai
pegawai-pegawai yang biasanya bersikap sinis ter hadap peniaga-peniaga Melayu yang sedang
meningkat. Wang yang dikumpulkan oleh golongan peniaga ini telah menjadi harta bukan sahaja
kepada mereka tetapi juga kepada orang orang Melayu amnya. Mereka juga mempunyai rasa
bertang¬gungjawab terhadap negara dan bangsanya. Di camping itu, apabila Kerajaan
menyatakan hasratnya untuk memberi ke utamaan kepada perusahaan Melayu, peniaga Melayu
yang kaya inilah yang diharap akan dapat menyumbangkan modal dan pengetahuan yang boleh
didapati di kalangan orang Melayu. Tanpa mereka ini sikap barn Kerajaan terhadap per niagaan
orang Melayu tidak mendatangkan apa-apa basil. Dengan bertambahnya bilangan syarikat
perniagaan Melayu basil daripada dasar Kerajaan dan dengan terdapatnya modal serta
pengetahuan orang Melayu maka telah bertambahlah taburan kekayaan di kalangan orang-orang
Melayu.

Jadi di sini bolehlah dilihat bahawa jawatan-jawatan peng arah yang tidak manfaat yang
disandang oleh orang-orang Melayu di dalam firma-firma bukan Melayu rupanya ada juga
kebaikannya kepada kedudukan ekonomi orang-orang Melayu pada keseluruhannya. Secara
tidak langsung dan sedikit seba nyaknya sumbangan mereka ini telah mengubah pola perda
gangan yang selama ini hanya menguntungkan orang-orang bukan Melayu. Mereka telah berjaya
memasuki lingkungan perniagaan yang dikuasai oleh peniaga besar, yang boleh mengubah atau
menentukan kekayaan atau kemiskinan mana mana lapisan masyarakat, kaum atau golongan
tertentu. Andai nya lingkungan ini hanya terhad semata-mata kepada bukan Melayu, is akan
mengakibatkan perbezaan taburan kekayaan yang amat berbeza di antara kaum di negara ini dan
pada satu masa nanti akan mengakibatkan pula pergaduhan'kaum. Buat masa ini bahaya tersebut
telah kendur. Dengan ini, pengarah pengarah Melayu tersebut telah menjalankan tugas yang juga
penting untuk negara dan bernilai kepada kedudukan ekonomi orang Melayu. Oleh itu kritik
terhadap mereka tidaklah wajar memandang tidak ada sebarang alternatif baginya.

Sebelum ditinggalkan perkara ini, patut juga diingatkan bahawa akhir-akhir ini pengarah-
pengarah Melayu dari golo ngan baru sudah tidak lagi sama kaliber dengan pengarah sya rikat
dari kumpulan awal. Kini semakin ramai peguam, akaun tan, setiausaha dan doktor Melayu yang
menjalankan usaha sendiri. Mereka ini merupakan kumpulan bakat yang akan menjadi pilihan
syarikat-syarikat berkenaan. Pengarahpengarah Melayu yang baru ini adalah ahli-ahli profesional
yang berkebolehan serta berkemampuan untuk menjadi pengarah pengarah syarikat yang cekap
dan berpengetahuan. Mereka ini bukan lagi semata-mata memberikan nama mereka tetapi
memang berguna kepada syarikat-syarikat yang melantik me reka. Mereka juga merupakan
orang-orang yang berkedudukan baik. Oleh itu mereka boleh memberikan beberapa petunjuk
yang berguna dalam urusan syarikat. Ini bermakna bahawa mereka benar-benar ada hak di dalam
urusan syarikat yang mereka wakili dan kedudukan mereka dalam syarikat berkenaan bukanlah
semata-mata kerana dasar Kerajaan.
Mungkin difikirkan bahawa sekiranya orang-orang ini benar-benar berguna kepada syarikat-
syarikat di mana mereka bekerja, maka tidak perlulah Kerajaan menggalakkan gedung-gedung
perniagaan bukan Melayu supaya memberi tempat kepada mereka ini. Hakikat sebenar ialah
tanpa dasar Kerajaan, kebolehan Melayu di bidang perniagaan tidak akan dapat meningkat maju.
Kalaupun mereka mempunyai keupayaan namun perasaan perkauman di kalangan masyarakat
peniaga masih kuat dan mereka hanya akan mengambil pekerja dari kaum mereka sahaja. Dasar
positif Kerajaan menggalakkan penglibatan orang-orang Melayu dalam syarikat perniagaan
bukan Melayu di negara ini adalah langkah yang amat wajar.

Di samping pengarah-pengarah Melayu, satu lagi perkara yang menjadi sasaran kritik yang hebat
terhadap dasar Kerajaan yang mahu menolong orang-orang Melayu dalam perniagaan ialah
perniagaan secara `Ali-Baba' yang penuh keburukannya. Perniagaan berbentuk ini timbul hasil
daripada dasar Kerajaan yang telah mengutamakan orang-orang Melayu semasa mem berikan
lesen perniagaan. Memandangkan bahawa bilangan orang Melayu yang mempunyai modal dan
kebolehan dalam perniagaan adalah terhad, lesen-lesen untuk berbagai perniagaan, terutama
pengangkutan, akhirnya diberi kepada orang-orang Melayu yang tidak mempunyai modal dan
kebolehan. Cara yang paling mudah bagi orang Melayu itu ialah berkongsi niaga dengan orang
Cina yang mempunyai modal danpengetahuan tentang perniagaan. Perkongsian ini memanglah
sah dan tidak salah. Malangnya rakan kongsi Melayu lebih cenderung menerima jumlah wang
yang tetap bagi lesen pernia gaan mereka dan tidak mengambil bahagian langsung dalam
perniagaan tersebut. Perkongsian beginilah yang dipanggil per niagaan `Ali-Baba'.

Perkongsian begini bukanlah satu amalan yang baru atau yang luar biasa bagi orang Melayu. Ia
berlaku setiap masa dan di mana-mana sahaja. Misalnya, ada sebilangan orang Cina yang
mengamalkan cara ini dalam perniagaan mencarigali bijih. Orang Cina yang telah mendapat
lesen mencarigali bijih hanya membuat perjanjian dengan pelombong-pelombong Cina yang
terkemuka untuk melombong di kawasan perlombongan yang telah diberikan kepada mereka.
Peranan mereka dalam pernia gaan ini hanyalah setakat mengutip bayaran royalti. Malahan di
dalam lain-lain perniagaan yang memerlukan permit atau lesen, memanglah amalan biasa lesen-
lesen tersebut disewakan kepada orang-orang lain. Sesungguhnya industri-industri perintis yang
merupakan usahasama dengan pengusaha-pengusaha tempatan yang telah mendapat lesen
perniagaan dan kemudian membuat peraturan dengan pengusaha luar untuk mendirikan dan mem
biayai industri tersebut juga tergolong dalam kategori menye wakan lesen.

Kalau dilihat dari segi usaha untuk menambahkan penyer taan orang Melayu dalam bidang
perniagaan, maka amalan secara `Ali-Baba' sudah tentulah tidak patut dicadangkan. Namun
demikian tidak perlulah ditumpukan sepenuh perhatian kepada penyalahgunaan hak
keistimewaan Melayu ini. Bukan lah semua perkongsian Cina-Melayu berupa perniagaan `Ali-
Baba'. Dalam kebanyakannya, peranan yang dimainkan oleh rakan kongsi Melayu adalah agak
besar. Sekurang-kurangnya segala urusan perbincangan dengan pihak berkuasa yang
mengeluarkan lesen, sebelum dan selepasnya, dilakukan oleh orang Melayu. Selain dari itu,
keadaan mungkin telah memaksa mereka berkongsi dengan peniaga Cina. Cuma orang yang
tolol sahaja yang tidak dapat mempelajari sesuatu dari hubungan begini. Walau bagaimanapun,
kalau sudah 90% kekayaan negara ini dikuasai oleh orang-orang Cina, adalah tidak wajar untuk
menubuhkan syarikat-syarikat yang hanya akan menam pung keperluan orang-orang Melayu
yang miskin. Kalau sesebuah perniagaan ingin berjaya, is tidak sepatutnya menjauhkan diri dari
orang-orang Cina. Menghadkan per niagaan kepada orang Melayu sahaja adalah satu cara
pengasingan yang akan menggagalkan.

Perkongsian cara `Ali-Baba' akan terus merupakan ciri pe nyertaan orang Melayu dalam
perniagaan untuk beberapa waktu akan datang. Perkara ini memang mendukacitakan. Akan
tetapi perkongsian ini tidak seharusnya dijadikan hujah untuk menghentikan layanan istimewa
kepada orang-orang Melayu ketika memberikan lesen. Ternyata benar bahawa tanpa layanan
istimewa ini penyertaan orang Melayu dalam bidang perniagaan di negeri ini pada masa akan
datang tentulah malap sekali. Masanya akan tiba bila orang Melayu tidak lagi me merlukan
layanan yang istimewa, tetapi kini belumlah masanya lagi.

Ternyata bahawa kemerdekaan telah menambahkan penyer- taan orang-orang Melayu dalam
bidang perdagangan. Lebih ramai orang Melayu menjadi pengarah syarikat, pengusaha
pengangkutan, pelombong bijih, kontraktor dan pedagang pedagang runcit. Dalam bidang
profesional bilangan penyer taan orang Melayu juga turut bertambah. Bilangan firma-firma
perakaunan dan urusetia Melayu telah bertambah sebab Kera jaan tidak lagi memberikan semua
urusannya kepada firma-firma British. Setelah orang Melayu semakin banyak menge tahui dari
hal perniagaan dan dapat pula membuat hubungan dengan firma-firma dan agensi-agensi dari
luar, maka lahirlah firma-firma import-eksport Melayu. Malah perusahaan perusahaan tradisional
di negeri-negeri pantai timur telah bertambah jumlah perniagaan masing-masing, khususnya
kerana minat yang ditunjukkan oleh Kerajaan dan juga kerana mutu hasil keluaran mereka.

Walaupun orang Melayu telah mencapi kemajuan, namun dilema ekonomi mereka masih lagi
wujud. Ia masih wujud kerana apabila orang Melayu maju selangkah dalam bidang ekonomi,
orang bukan Melayu maju sepuluh langkah. Ia masih wujud kerana lain-lain dasar Kerajaan
Persekutuan Malaysia yang merdeka adalah tidak selaras dengan dasar Kerajaan hen dak
menolong orang-orang Melayu. Ia masih wujud kerana konsep perniagaan telah bertukar ganti
semasa orang Melayu baru mula memahami cara-cara lama yang dahulunya telah
mengecewakan mereka.

Sesungguhnya memang tidak dapat dinafikan bahawa jumlah perdagangan dalam negeri telah
bertambah berlipat ganda sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, dan terus meningkat dengan
tercapainya kemerdekaan. Angka-angka perdagangan tahunan terang-terang menunjukkan
hakikat ini. Malangnya angka-angka ini tidak pula menunjukkan bahawa sejak Merdeka syarikat-
syarikat British telah beransur-ansur berkurangan di bidang perdagangan dan tempat mereka
telah digantikan oleh firma-firma Cina. Sewaktu penjajahan British, orang-orang Cina hanya
mendapat bahagian yang tidak dikehendaki oleh pihak British. Sebenarnya bahagian pihak
British adalah sangat besar. Hampir semua gedung perniagaan import-eksport ada lah milik
British atau setidak-tidaknya milik orang-orang Eropah. Firma-firma ini mendapat perlindungan
dari Kerajaan tanpa sebarang undang-undang. `Undang-undang' perlindu-ngan ini dibuat di
kelab-kelab Eropah yang eksklusif dan di situ jugalah undang-undang ini dilaksanakan. Firma-
firma British telah diberi jaminan bahawa barangan yang mereka import tidak akan mengalami
sebarang persaingan daripada barangan yang dibawa masuk oleh firma-firma tempatan.

Perlindungan ini juga agak menyeluruh bagi barangan eks port. Misalnya, pasaran getah dan
bijih timah telah ditubuhkan oleh firma-firma tersebut di negara mereka. Pasaran ini tidak dibuka
kepada firma-firma tempatan. Orang-orang Cina, sama ada mereka berupaya atau tidak, juga
terpaksa menguruskan perdagangan mereka melalui firma-firma British atau Eropah ini. Getah
dan bijih timah yang mereka keluarkan terpaksa dijual kepada firma-firma ini mengikut harga
yang dikawal oleh firma-firma tadi. Mereka juga tidak boleh menjual kepada pihak lain. Orang-
orang Cina sedar bahawa Kerajaan Penjajah British memang menyokong firma-firma ini. Jadi
mereka tidak lang sung berusaha untuk menubuhkan pasaran tersendiri ataupun mendapatkan
sendiri kontrak-kontrak dari luar negeri.

Seolah-olah perlindungan Kerajaan belum mencukupi, pihak British telah mengawal semua
perniagaan bank, terutama bagi pembiayaan perniagaan import-eksport. Cara bank-bank ini
menjalankan urusan perniagaan dengan peniaga-peniaga tern patan samalah seperti pegawai-
pegawai Kerajaan British men jalankan tugasnya dengan penduduk tempatan. Memang tidak
perlu diberitahu, pegawai-pegawai bank Eropah dan British juga menjadi ahli kelab-kelab
Eropah yang eksklusif dan keba nyakan urusan mereka diselesaikan di sini. Jadi, seolah-olah
telah dipersetujui secara diam-diam di antara pegawai-pegawai Kerajaan, gedung-gedung
perniagaan dan bank-bank untuk mengenepikan orang-orang Cina dari perniagaan pada ketika
itu. Akhir sekali orang-orang Eropah telah menguasai hampir seluruh kegiatan perkapalan.
Kecualilah kapal-kapal kecil yang membawa dagangan di antara Tanah Melayu dan Hindia
Timur Belanda (Indonesia), semua kapal yang belayar di antara Tanah Melayu dan negeri-negeri
lain mempunyai firma-firma British atau Eropah sebagai agen mereka di Tanah Melayu. Dengan
kegiatan perkapalan antarabangsa dikuasai seluruhnya, maka perniagaan import-eksport orang
Cina bolehlah dianggap tersingkir sepenuhnya.

Di dalam negeri, Kerajaan telah menyalurkan semua kontrak bagi pembinaan dan pembekalan
kepada firma-firma British. Kerja-kerja pembinaan yang besar dan pengimportan keleng kapan
moden ke negara ini adalah dilakukan oleh pihak Kera jaan dan jumlahnya pada ketika itu adalah
lebih besar. Kontrak kontrak Kerajaan bagi pembekalan dan pembinaan sudah cukup untuk
mengekalkan beberapa buah firma pada waktu itu. Pemberian kontrak-kontrak kepada firma-
firma British sudah menjadi suatu kebiasaan yang tidak dapat dikikis lagi hinggakan nama-nama
kontraktor atau firma British yang membina ba ngunan-bangunan Kerajaan kerap terukir pada
batu asas bangunan tersebut sebagai tanda peringatan. Pada hari ini memang tidak terfikir
laigsung untuk berbuat sedemikian. Sebut harga bagi kontrak-kontrak itu adalah amat tinggi dan
menjamin keuntungan yang sangat besar. Kontraktor Cina tern patan hanya boleh mengharapkan
kontrak-kontrak yang kecil atau sub-kontrak daripada firma-firma British. Firma-firma itu
mendapat keuntungan yang amat besar hinggakan mereka boleh memberikan kontrak
sepenuhnya dan masih mendapat keuntungan yang lumayan.

Kontrak-kontrak untuk pembekalan keseluruhannya di pegang oleh Agen Mahkota British.


Bekalan-bekalan tempatan, bila diperlukan, juga dibuat melalui kontrak dengan firma-firma
British. Firma-firma ini pula kadang-kadang terpaksa membeli daripada kedai-kedai Cina
tempatan. Pegawaipegawai dan peniaga-peniaga British merupakan golongan yang saling
berdamping rapat dan biasanya diketuai oleh seorang Residen atau Penasihat British. Oleh itu
orang-orang Cina tidak ada peluang untuk memberi rasuah untuk mendapatkan kontrak yang
lebih baik. Perbuatan mereka itu besar kemung kinan akan dapat diketahui. Lagi pula Resident
ataupun Pena sihat British itu boleh dikatakan mempunyai kuasa mutlak ke atas pegawai-
pegawai pentadbir. Ini bererti hukuman serta merta lagi berkesan dikenakan ke atas pegawai-
pegawai itu kalau mereka cuba mengambil rasuah. Bagi syarikat yang cuba memberi rasuah is
akan dicatit dalam senarai kurang baik.

Penaklukan oleh Jepun telah membuka mata peniaga-peniaga Cina tempatan kepada keuntungan
besar yang dapat diperolehi kalau membuat urusjanji dengan Kerajaan. Apabila tamat perang,
British telah kembali ke Tanah Melayu dan meneruskan semula cara perniagaan yang telah
mereka lakukan sebelum itu. Pada ketika itu Kerajaan sedang giat membangunkan semula negeri
ini. Ini bererti banyak kontrak yang dikeluarkan dan kontrak-kontrak ini dapat kepada firma-
firma British yang lama dan yang baru. Kemarahan peniaga-peniaga Cina tempatan terhadap
layanan pihak British dapat dibayangkan. Ini adalah kerana setelah menikmati hasil kontrak-
kontrak yang kecil tadi (di zaman Jepun), orang Cina begitu bernafsu pula untuk mendapatkan
kontrak yang lebih besar. Malangnya peluang mereka untuk menikmati hasil yang lebih lumayan
amat tipis selagi pihak British memerintah negeri ini.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, proses Mala yanisasi Tanah Melayu telah
diluaskan meliputi semua bidang. Proses ini bukan sahaja melibatkan pegawai asing dalam per
khidmatan Kerajaan digantikan dengan pegawai tempatan malah semua sistem dan corak
institusi lama turut ditukar. Se iring dengan proses ini berlaku perubahan kepada dasar yang
selama ini hanya melindungi dan menjaga kepentingan firma-firma British. Dalam masa yang
singkat peluang-peluang dibuka kepada penduduk Tanah Melayu untuk mengambil bahagian
dalam kontrak-kontrak perniagaan yang begitu banyak di keluarkan oleh Kerajaan pada tiap-tiap
tahun. Kontrak-kontrak pembinaan, pembekalan dan lain-lain kontrak yang mengun tungkan kini
terbuka kepada penduduk Tanah Melayu yang berhak. Berjuta-juta ringgit boleh dinikmati oleh
penduduk Tanah Melayu.

Sewaktu berlumba-lumba merebut peluang tersebut ternyata orang Cina berjaya dengan mudah
sahaja. Mereka amat pintar dalam urusan perniagaan, boleh menyediakan sesuatu dalam masa
yang singkat dan kini disokong pula oleh bank-bank Cina yang baru ditubuhkan dan juga
kekayaan mereka sendiri. Lama-kelamaan mereka sudah bersedia untuk menandingi firma-firma
yang terkemuka. Perniagaan mereka telah berkem bang berlipat-ganda dan pesat sekali. Mereka
telah dapat mengumpul lebih banyak wang dan dengan kekayaan itu mereka dapat mengukuhkan
lagi cengkaman ekonomi mereka dalam negara ini. Orang Cina sangat berpegang teguh kepada
ikatan keluarga dan perasaan chauvanisme mereka amat ekstrem. Ciri-ciri ini wujud di dalam
perniagaan mereka yang menghalang orang lain dari menikmati keuntungan mereka itu.

Mereka menggantikan hampir setiap perniagaan British yang selama ini menguasai kontrak-
kontrak Kerajaan.

Tanah Melayu yang merdeka bukan sahaja mengalami proses Malayanisasi dalam bidang
pekerjaan dan perniagaan. Selaras dengan kemajuan di negara-negara lain, Kerajaan telah melan
carkan satu dasar pembangunan yang melibatkan perbelanjaan wang Kerajaan yang begitu
banyak, bahkan juga bantuan wang dari Kerajaan untuk menolong membiayai perusahaan-peru
sahaan yang baru. Misalnya, Malaya Borneo Building Society, yang sebahagiannya dibiayai dan
disokong oleh Kerajaan, telah menyalurkan wang yang begitu banyak bagi rancangan kema juan
perumahan. Malaysia Industrial Development Finance Limited telah menyediakan modal dan
kepakaran dan tapak tapak untuk perusahaan yang diuruskan sepenuhnya atau separuhnya oleh
pengusaha tempatan. Rubber Replanting Board telah berjaya menjalankan rancangan tanaman
semula getah di estet-estet yang besar. Langkah-langkah memberikan pengecualian cukai kepada
perusahaan-perusahaan bertaraf perintis serta menentukan pelaburan modal tempatan bererti
bertambahnya peluang-peluang perniagaan bagi warganegara Tanah Melayu.
Pembahagian yang berlipat-ganda di dalam kegiatan per dagangan yang terbuka kepada
penduduk Tanah Melayu hanya bererti semakin bertambahnya kekayaan orang Cina. Kini
segala-galanya tidak lagi dikhaskan kepada pihak British, maka tidak adalah penghalang bagi
orang-orang Cina untuk memonopolikan setiap peringkat dan jenis perdagangan dan perniagaan
di Tanah Melayu. Jadi hasrat Malaysia dalam melaksanakan proses Malayanisasi dan
Malaysianisasi bererti mencinakan seluruh kegiatan ekonomi negara ini.

Ternyatalah bahawa sungguhpun orang Melayu akan men ceburkan diri dalam bidang ekonomi
namun mereka tidak dapat dan tidak mungkin dapat menyamai kejayaan yang dicapai oleh
orang-orang Cina. Walaupun selepas Merdeka orang Melayu mendapat peluang yang lebih tetapi
peluang bagi orang Cina berlipat-ganda pula banyaknya. Jadi kalau mereka ini sudah terlalu jauh
maju maka hampir mustahil dan tidak guna lagi bagi orang-orang Melayu untuk menceburkan
diri dalam bidang perniagaan. Dilema ekonomi orang Melayu masih belum dapat diselesaikan
dan nampaknya akan terus begitu sedangkan perasaan hampa dan kecewa di kalangan orang
Melayu semakin memendam dan berpanjangan.

Malaysia adalah sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan sistem perusahaan yang
bebas. Sistem perusahaan bebas melibatkan persaingan dalam perusahaan dan perdagangan.
Persaingan bebas di dalam sistem ekonomi ini menentukan paras harga barangan, gaji,
pengagihan kekayaan dan peluang peluang pekerjaan dan pelaburan. Pada keseluruhannya sistem
perusahaan bebas adalah satu sistem yang dapat membetulkan keadaan sendiri dan akan terus
berkekalan. Meskipun begitu, ada kalanya penglibatan oleh Kerajaan diperlukan untuk
membetulkan kecenderungan yang tidak sihat serta mempasti kan agar persaingan tadi tidak
keterlaluan atau terlalu berat sebelah. Jadi dalam ekonomi perusahaan yang bebas segala
kemungkinan boleh berlaku, misalnya tarif pelindung, taraf perintis, undang-undang buruh
malah bantuan wang dari Kerajaan yang boleh melibatkan Kerajaan secara langsung. Malah
Kerajaan juga boleh membataskan perusahaan bebas. Walau bagaimanapun, di Malaysia batasan
ini jarang-jarang dilakukan kerana sepertimana yang diketahui Kerajaan tidak berupaya untuk
mencurahkan segala wang yang diperlukan dalam perniagaan. Jadi pada hakikatnya rancangan
memilik negarakan perkhidmatan keretapi, perkhidmatan pelabuhan, pembekalan tenaga elektrik
dan lain-lain, yang menjadi batasan terhadap perusahaan bebas juga tidak begitu dipersetujui
oleh Kerajaan.
Samalah seperti orang lain, orang Melayu juga menyetujui sistem perusahaan bebas. Malangnya
keadaan telah bertukar corak, dan kini semakin nyata bahawa persaingan yang sepatutnya di
antara individu dengan individu dan kumpulan perniagaan dengan kumpulan perniagaan telah
menjadi per saingan di antara kumpulan-kumpulan kaum dalam mana satu kumpulan itu
mempunyai kelebihan yang mutlak ke atas kumpulan yang satu lagi. Hakikat ini bukanlah satu
persaingan yang adil. Malah Amerika Syarikat yang mengamalkan sistem perusahaan bebas dan
mendapat sokongan yang ramai kepada sistem itu turut melarang kartel dan monopoli oleh
mana-mana kumpulan. Walau bagaimanapun, di Malaysia perkara ini jarang-jarang sekali
diperkatakan kerana khuatir berlaku persengketaan antara kaum. Apa yang tidak difikirkan ialah
kegagalan untuk mengatasi ketempangan ini boleh mengakibat kan persengketaan yang hendak
dielakkan itu. Semasa penjajahan British tidak terdapat persaingan yang se benarnya di antara
firma-firma British dan firma-firma tempatan. Firma-firma British telah dilindungi, bukan oleh
undang-undang yang sah, tetapi oleh kesetiaan bangsa dan perasaan chauvinis. Peniaga-peniaga
British dan pentadbir pentadbir British sudah berpakat serta menentukan supaya per niagaan-
perniagaan tertentu terus diusahakan oleh orang-orang British. Syarat-syarat kontrak atau
peraturan perniagaan ini telah ditetapkan sebegitu rupa untuk mempastikan agar peniaga-peniaga
tempatan dicegah daripada bersaing atau menjalankan perniagaan yang dikhaskan kepada orang-
orang British. Monopoli British ini berakhir dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957.
Sedangkan yang mendapat ke¬untungan yang paling besar dari situasi barn ini ialah orang orang
Cina. Dalam sebuah masyarakat majmuk seperti di Malaysia hakikat ini tidaklah boleh dianggap
sebagai adil. Tiap tiap kaum patut mendapat bahagian masing-masing. Tetapi jawapan biasa
kepada hakikat ini ialah Malaysia mengamalkan sistem perusahaan bebas dengan persaingan
yang menjadi seba hagian daripada sistem ini. Soalnya, apakah lebih mudah ber saing dengan
orang Cina sebagai sebuah masyarakat, sedangkan dahulunya begitu sukar bersaing dengan
pihak British sebagai rejim penjajah? Di sini perlulah diteliti cara-cara dan prinsip prinsip orang
Cina agar suasana yang sebenarnya dapat dijelaskan.

Kalau dibandingkan dengan peniaga-peniaga Eropah, orang orang Cina tidak begitu
menghiraukan syarikat-syarikat awam berhad yang disediakan dengan berbagai kemudahan dan
kemampuan untuk terus maju selepas penubuhannya. Pernia gaan orang-orang Cina adalah
berasaskan kepada perusahaan keluarga. Oleh kerana keluarga (dalam masyarakat Cina) adalah
satu unit yang sangat penting, maka asas perniagaan mereka adalah kukuh, sekurang-kurangnya
semasa hayat pengasas syarikat itu. Selepas ikatan keluarga orang-orang Cina terikat kepada
rumpun keluarga, wilayah tempat asalnya atau kumpulan dialek dan akhirnya kepada kaumnya.
Ikatan-ikatan ini adalah sangat penting bagi mereka semasa menjalankan perniagaan. Ia
mencerminkan peringkat-peringkat yangtersusun dalam perhubungan mereka. Di dalam
lingkungan kaumnya, kesetiaan terhadap keluarga dianggap paling utama, tetapi pemisahan yang
paling nyata ialah antara kaumnya dengan lain-lain kaum. Orang-orang Cina tidak akan
membenarkan bangsa lain terlibat di dalam perniagaan mereka kecuali kalau sudah tidak dapat
dielakkan lagi. Perniagaan orang-orang Cina bukan sahaja dikawal oleh ikatan keluarga dan
rumpun bangsa tetapi juga dikawal oleh berbagai gabungan seniaga (guilds) dan dewan-dewan
perniagaan Cina. Gabungan-gabungan seniaga merupakan tenaga penggerak yang penting di
dalam perniagaan orang orang Cina. Tujuan gabungan ini ialah untuk mengurangkan persaingan
di dalam sesuatu perdagangan dan untuk mengurangkan kos pasti dengan memberikan
kemudahan kemudahan tertentu dengan menggunakan wang caruman daripada ahli-ahli. Jadi
bagi sebarang perdagangan beberapa peratus tertentu daripada nilai harga barangan yang
diniagakan oleh ahli-ahli akan diserahkan kepada gabungan tersebut. Sebahagian daripada wang
yang dikumpul itu diguna untuk mendirikan rumah-rumah penginapan yang murah bagi ahliahli
dan pekerja mereka semasa dalam perjalanan kerana urusanperniagaan. Gabungan-gabungan
seniaga ini juga boleh menghalang peruncit bukan ahli dari mendapatkan barangan yang hendak
dijual. Oleh kerana hampir semua kedai runcit ini adalah milik orang-orang Cina, dan gabungan
seniaga itu pula adalah pertubuhan yang bersifat perkauman, maka perjalanannya telah menyekat
kaum-kaum lain daripada memasuki bidang perdagangan tertentu.

Semua jenis perniagaan di Tanah Melayu, terutama selepas Merdeka, berkembang berlipat
ganda. Ini bererti agak mustahil untuk menubuhkan dan menjalankan gabungan seniaga untuk
perdagangan-perdagangan yang bar'. Orang-orang Cina dapat mengatasi masalah ini dengan
menubuhkan satu sistem dewan dewan perniagaan yang saling bergabung. Bagaimanapun,
dewan perniagaan ini tidak pula menumpukan sepenuh per hatiannya ke arah menggalak dan
melindungi perniagaan orang-orang Cina. Berkali-kali dewan perniagaan ini telah menjadi
jurucakap bagi masyarakat Cina dalam perkara perkara yang lain daripada urusan perniagaan.
Peranan per kauman yang ditunjukkan oleh dewan-dewan ini kerap kali melebihi peranannya
dalam bidang perdagangan. Dewan dewan tersebut juga telah turut terlibat dalam lapangan
politik dan terang-terang telah menyuarakan sokongannya kepada bahasa dan kebudayaan Cina.
Memanglah boleh diduga per tubuhan-pertubuhan ini turut menggalakkan serta mengekal kan
keistimewaan kaum itu dalam perniagaan. `Raison d'etre' atau alasan kewujudan kumpulan ini
ialah chauvinisme Cina secara terlindung. Perhatian yang dititikberatkan lebih kepada orang
Cina daripada bidang perniagaan. Oleh itu dewan-dewan perniagaan ini telah menambahkan lagi
perasaan perkauman yang selama ini secara senyap-senyap memang telah ada di kalangan
keluarga Cina dan gabungan-gabungan seniaga. Dengan adanya ketiga-tiga faktor ini, iaitu
dewan perniagaan, gabungan seniaga dan kesetiaan kepada keluarga maka sahihlah orang-orang
bukan Cina tersisih sepenuhnya daripada perniagaan yang dijalankan oleh orang-orang Cina.

Perniagaan orang-orang Cina banyak bergantung kepada urusjanji-urusjanji sulit dan urusan-
urusan secara sulit. Memandangkan perniagaan mereka itu adalah kebanyakannya merupakan
perusahaan keluarga maka amalan ini sangatlah penting. Kesetiaan kepada keluarga akan
mempastikan agar segala urusjanji perniagaan, betapapun tidak menurut amalan biasa, tidak akan
diberitahu kepada orang lain hingga boleh merugikan perniagaan mereka. Begitulah juga dalam
pernia gaan runcit, orang-orang Cina hanya mengambil kaum keluar ganya sebagai pekerja.
Dengan cara ini mereka boleh mengubah-ubah harga barang hingga menyebabkan sukar bagi
pihak lain untuk menawarkan harga yang lebih murah. Sistem perakaunan mereka juga dibuat
mengikut cara lama tetapi ber kesan. Harga yang berubah-ubah telah membolehkan kos per
belanjaan yang mungkin tidak dapat diambil kira kini boleh dimasukkan ke dalam harga barang.
Bagi perniagaan runcit keluarga khususnya cara perakaunan ini boleh dikatakan tidak bermakna
langsung kepada orang lain. Pentingnya perakaunan ini ialah kerana is memenuhi kehendak
Kerajaan. Ia menun jukkan secara kasar jenis-jenis dan jumlah barangan yang diniagakan di
kedai tersebut. Bagaimanapun, lazimnya buku kira-kira yang berasingan disimpan untuk disemak
oleh pihak, Kerajaan.

Mempunyai tapak yang kukuh adalah amat penting dalam perniagaan. Orang-orang Cina
memang sudah lama kukuh dalam perniagaan dan mereka telah dapat memasuki semua lapangan
perniagaan runcit serta kebanyakan perniagaan borong. Hakikat ini membolehkan mereka
menetapkan syarat syarat mereka semasa memasarkan sesuatu barang. Adalah amat penting bagi
sesiapa jua yang ingin menjual sesuatu ber urusjanji dengan orang-orang Cina. Andainya mereka
cuba ber urusjanji dengan orang lain maka bukan sahaja ini akan melenyapkan saluran luar untuk
barangan mereka malah bilangan pelanggan mereka juga akan terhad. Orang-orang Cina yang
kaya-raya sudah tentulah merupakan pelanggan yang paling besar. Orang-orang Cina sudah
tentulah lebih meng utamakan kedai-kedai Cina. Jadi mereka yang tidak dapat menjualkan
barang-barang mereka kepada kedai-kedai Cina sudah pastilah tidak akan mendapat keuntungan
yang diharapkan. Salah satu misalan ialah edaran petrol. Orang-orang Melayu turut membuka
stesen-stesen minyak setelah adanya galakan daripada Kerajaan. Orang-orang Cina tidak
memulaukan keseluruhan stesen-stesen ini. Sebaliknya stesen-stesen ini tidak akan mendapat
kontrak untuk membekalkan minyak kepada lori-lori dan bas-bas yang dimiliki oleh syarikat-
syarikat pengangkutan Cina. Biasanya penjualan minyak kepada syarikat-syarikat ini merupakan
sumber pendapatan yang dapat menampung urusan perniagaan stesen-stesen minyak tersebut.
Oleh itu stesen-stesen minyak milik bukan Cina tidak dapat maju seperti mana stesen minyak
Cina. Dalam hal ini hubungan-hubungan perniagaan tidak wujud. Demikianlah juga keadaannya
dengan lain-lain perniagaan. Kuasa untuk memulau sebahagian atau sepenuh nya berada di
tangan orang Cina dan mereka tidak pernah ragu ragu untuk menggunakan kuasa itu. Orang-
orang Cina tidak akan berniaga dengan orang-orang bukan Cina kecualilah kalau keadaan
memaksa. Malah firma-firma Eropah juga mendapati lebih mudah mengambil eksekutif-
eksekutif Cina bekerja denganmereka untuk memudahkan urusjanji dengan pemborong
pemborong dan pengedar-pengedar Cina.

Dalam kajian ringkas mengenai cara-cara perniagaan orang Cina eloklah disentuh sepatah dua
berkenaan dengan pernia gaan runcit orang Cina supaya gambaran ini dapat melengkap kan
kajian ini. Kedai-kedai runcit Cina adalah perniagaan yang diusahakan oleh satu-satu keluarga.
Jadi soal gaji tidak timbul dalam perniagaan ini. Tuan punya kedai dan ahli-ahli keluarga nya
bekerja dengan hanya disediakan makanan dan tidak lebih daripada itu. Simpanan dari basil
perniagaan adalah amat besar. Sementara itu jumlah penjualan barang-barang, luasnya kedai dan
modal perniagaan mereka bertambah begitu pesat. Di kedai-kedai ini harga barang-barang tidak
ditetapkan dan sememangnya tanda-tanda harga tidak pula diletakkan pada barang-barang yang
diniagakan. Ini membolehkan harga barang mudah diubah-ubah. Meskipun begitu, sifat
kesetiaan pada keluarga mempastikan agar lebihan keuntungan tidak pula tertumpah kepada
jurujual. Jenis-jenis alat ukur dan penimbang yang digunakan juga mudah diubah-ubah hingga
kan kalau sesuatu barang itu dijual lebih murah dari harga kos namun sebenarnya kedai itu tidak
mengalami kerugian.

Kemudahan-kemudahan berhutang adalah digalakkan supaya pelanggan-pelanggan terus


membeli di kedai tersebut. Kedai-kedai bukan Cina atau kedai koperatif "tidak dapat ber saing
dengan cara pemberian hutang begini. Di kampung kampung cara pinjaman begini lama-
kelamaan akan berubah corak menjadi satu bentuk perniagaan tukar menukar barangan di mana
hutang tadi dibayar dengan cara menjual apa jua basil tanaman tahunan yang telah dituai.
Pekedai-pekedai runcit ini juga kadang-kadang meningkat selangkah lagi dengan memberi
pinjaman wang tunai. Jadi lama-kelamaan pekedai dalam kam pung itu akan menjadi agen
pembeli, pemimjam wang dan secara tidak langsung menjadi pemilik kampung tersebut.
Sebarang perniagaan dalam kampung tersebut sudah pasti melibatkan pekedai ini. Sebenarnya
sering kali geran-geran tanah pertanian di sekitar kedainya disimpan sebagai cagaran walaupun
perbuatan ini tidak sah di sisi undang-undang. Dalam keadaan begini memanglah sia-sia bagi
orang lain untuk ber saing dengannya dalam perniagaan runcit kecualilah seorang pekedai Cina
yang lain pula. Kedudukannya sudah menjadi kukuh dan dia tidak boleh dikeluarkan dari
kampung lagi. Andainya pekedai itu dikeluarkan dari kampung itu maka para pelanggan dan
peminjam-peminjam wang daripadanya akan membantah kerana merekalah yang akan rugi
besar.

Cara-cara perniagaan orang Cina dan cengkaman mereka yang begitu meluas ke atas ekonomi
negara ini menyebabkan persaingan antara masyarakat mereka dengan lain-lain masya rakat agak
mustahil. Walaupun dalam masyarakat perusahaan yang bebas lain-lain kaum tidak dapat
memecahkan cengkaman ekonomi oleh orang-orang Cina. Ini ialah kerana hubungan serta
jalinan perniagaan bercorak perkauman itu begitu rapat. Sementara itu cengkaman mereka juga
begitu meluas ke atas perniagaan runcit dan borongan, perusahaan pengangkutan, bank-bank
yang kukuh dan dengan kekayaan mereka sendiri. Sesungguhnya perusahaan bebas di Malaysia
hanya terhad kepada masyarakat Cina. Bagi lain-lain masyarakat ekonomi negara ini mengikuti
sistem monopoli dalam bidang per¬usahaan. Sedangkan di Amerika sekalipun sistem begini
tidak dibenarkan. Sebenarnya monopoli kaum Cina adalah lebih meluas daripada sistem
monopoli yang diamalkan oleh penjajah British dahulu. Pada waktu itu pihak British hanya
menumpu kan perhatian mereka kepada perniagaan-perniagaan besar dan membiarkan orang-
orang Cina menjalankan perniagaan runcit. Sebaliknya bagi orang-orang Cina semua bentuk
perniagaan daripada menjaja buah-buahan hinggalah kepada kerja-kerja pembinaan yang
menelan belanja berjuta-juta ringgit menjadi monopoli mereka sehinggakan keraknya pun tidak
ditinggalkan untuk orang lain.

Sikap orang Melayu terhadap keadaan ini adalah berbeza beza. Ada yang mengambil sikap tidak
apa dan menerima sahaja hakikat bahawa mereka tersisih di bidang perusahaan dan perdagangan.
Di samping itu ada pula yang merasa begitu iri hati dan membantah terhadap kuasa ekonomi
orang-orang Cina. Pada masa ini sikap tidak apa di kalangan orang Melayu sudah beransur
kurang kerana kerja-kerja dalam perkhidmatan kerajaan yang menjadi harapan mereka semakin
berkurangan oleh kerana beberapa sebab. Apabila semakin ramai orang Melayu menghadapi
masalah pengangguran, sikap tidak puas hati mereka kerana orang Melayu tersisih di bidang
perniagaan semakin meningkat. Seperti biasa sikap orang Melayu yang bersopan santun dan sudi
menerima kehadiran orang-orang bukan Melayu telah menghalang orang Melayu dari menyuara
kan pendapat mereka secara terbuka. Perasaan tidak mahu ber sikap kurang sopan ini amat ketara
di kalangan orang-orang Melayu yang mempunyai kuasa dan boleh melakukan sesuatu untuk
kebaikan orang Melayu. Sering kali golongan intelektual dan pemimpin politik lebih bersikap
mengalah, hinggakan untuk mengambil sisa-sisa orang lain yang dicampakkan kepada mereka
pun orang Melayu merasa perlu meminta maaf.

Tahun demi tahun perangkaan yang terdapat menunjukkan taraf hidup di Malaysia bertambah
baik, akan tetapi tiada siapapun yang berani menuntut supaya perangkaan ini menun jukkan
perbezaan berasaskan kaum. Semua orang tahu bahawa tambahan secara kasar ini adalah tidak
begitu tepat. Misalnya pendapatan per kapita akan berubah apabila terdapat beberapa orang yang
menjadi jutawan, sedangkan yang lainnya tetap miskin. Begitu jugalah, satu-satu kaum yang
kekayaannya bertambah dengan pesat dianggap sebagai peningkatan penda patan yang sederhana
bagi semua kaum. Sebenarnya sedikit tambahan kepada Keluaran Negara Kasar atau pendapatan
per kapita boleh membawa erti perbezaan yang lebih besar dalam purata pengeluaran dan
pendapatan tiap-tiap kaum.

Adalah tidak tepat untuk menganggap bahawa orang-orang Melayu tidak tahu bahawa
perangkaan itu salah. Andainya mereka tidak menonjolkan kesalahan ini, sebabnya, seperti yang
disebutkan tadi, ialah kerana mereka tidak suka bersikap tidak sopan terhadap orang lain. Di
samping perasaan tidak suka menghadapi kenyataan hidup yang penuh cabaran, terdapat juga
sikap tidak peduli yang sudah lazim di kalangan mereka. Setakat ini hanya kesusahan dan
halangan yang dihadapi oleh orang Melayu telah dibincangkan. Sebenarnya tidaklah adil kalau
orang lain sahaja disalahkan kerana kemerosotan ekonomi orang Melayu. Orang Melayu juga
patut mengakui bahawa kemerosotan ini juga disebabkan oleh mereka sendiri. Sikap yang
ditunjukkan oleh orang Melayu, sama ada para pemimpin nya mahupun penduduk-penduduk
kampung, telah menyebab kan orang lain begitu mudah menyingkirkan orang Melayu dari
bidang ekonomi. Orang Melayu memang bersedia untuk menggunakan barang-barang barn atau
kemahiran-kemahiran orang lain yang bar'. Malangnya mereka tidak mahu mempelajari cara
untuk memperolehi kemahiran ini. Dari bukti-bukti yang diketahui, orang-orang Melayu biasa
menjadi tukang emas yang mahir. Akan tetapi apabila datang tukang emas Cina, hasil kerja
orang Melayu telah digantikan oleh hasil kerja orang Cina yang lebih baik. Orang Melayu tidak
pula berusaha untuk mempelajari kemahiran ini dari orang Cina. Memang benar bahawa orang
orang Cina tidak akan mengajar kemahiran mereka kepada orang Melayu. Orang Melayu
sepatutnya mudah mengorek rahsia ini dari orang-orang Cina kerana pada waktu itu bilangan
mereka masih tidak ramai. Sebaliknya apa yang terjadi ialah pelanggan Melayu telah ditarik oleh
orang-orang Cina kerana hasil kerja mereka adalah lebih baik. Orang Melayu lebih rela
meninggalkan pekerjaan tersebut. Lama-kelamaan hampir tidak terdapat tukang emas Melayu di
tempat-tempat yang terdapat tukang emas Cina. Perkara yang sama berlaku dalam tiap-tiap
pekerjaan lain. Sewaktu rumah-rumah dibina dari kayu terdapat tukang kayu Melayu yang
membuat rumah rumah kayu dengan menggunakan seni ukiran dan pahat yang halus. Apabila
rumah-rumah batu mula didirikan, orang-orang Melayu tidak mempelajari cara membuat rumah
dari bahan bahan ini. Pada hari ini bahan-bahan untuk pembinaan terlalu banyak jenisnya dan
kompleks sekali. Kalaupun orang Melayu ada kemahuan namun mereka tidak dapat lagi
membina dengan sendiri. Bagaimana sekalipun mereka pasti memerlukan tukang-tukang Cina.
Kini orang-orang Cina tidak boleh di ketepikan lagi bukan sahaja oleh negara tetapi juga oleh
orang orang Melayu sendiri.

Kemajuan yang pesat dalam penggunaan mesin dan elek tronik telah memburukkan lagi keadaan
ini. Kipas angin elektrik misalnya boleh dikatakan barang yang biasa di rumah orang Melayu.
Orang Melayu tahu bagaimana menggunakan kipas itu, tetapi mereka tidak tabu langsung untuk
membuat atau membaikinya. Pada masa yang sama orang-orang Melayu yang membuat kipas
dari daun kipas telah berhenti membuatnya kerana orang tidak mahu membeli barang itu lagi.
Proses itu turut berlaku setiap kali barang atau kemudahan moden diper kenalkan. Keinginan
untuk maju seiring dengan kemajuan zaman tidak ada. Sikap kurang berminat telah tersemadi di
kalangan orang Melayu yang menganggap diri mereka tidak layak menyertai apa-apa bidang
sekalipun.

Apakah perkara ini benar? Apakah mereka tidak layak bagi apa-apa bidang sekalipun? Ada
perkara di sebalik fenomena ini. Orang Melayu, kecuali mereka dari Kelantan, mungkin tidak
dapat membina sendiri rumah-rumah batu. Akan tetapi arkitek-arkitek Melayu sebenarnya
merancang dan mengarah-kan keseluruhan operasi pembinaan. Jurutera-jurutera Melayu boleh
merancang dan mengarahkan pembinaan jambatan jambatan yang paling moden. Pakar pertanian
Melayu boleh membuat eksperimen dan mengarahkan penanaman setiap jenis tumbuhan. Para
doktor dan peguam Melayu adalah setanding dengan doktor dan peguam dari bangsa lain.
Pentadbir pentadbir Melayu adalah lebih baik dari lain-lain kaum. Orang orang Melayu memang
mempunyai keupayaan akan tetapi cumadalam bidang-bidang tertentu sahaja mereka dimajukan.
Di antara petani Melayu tradisional dan golongan elit terpelajar ada suatu kekosongan di
kalangan orang Melayu. Potensi mereka dalam lapangan ini belum lagi dimajukan. Seba
hagiannya adalah kerana sikap tidak apa mereka sendiri dan juga oleh sikap tidak berpandangan
jauh pemimpin-pemimpin mereka. Sesungguhnya pemimpin mereka yang bertanggung jawab
juga bersikap kurang berminat seperti yang tersemadi pada masyarakat Melayu.

Pemimpin-pemimpin Melayu pernah berkata bahawa orang Melayu tidak sesuai bagi perniagaan
atau pekerjaan mahir. Mereka adalah kaum tani. Kononnya wang bagi orang Melayu tidaklah
sama ertinya seperti bagi orang Cina. Mereka juga berpendapat bahawa orang Melayu memang
tidak ada keinginan atau keupayaan untuk bekerja kuat. Lebih-lebih lagi orang Melayu tidak
boleh berubah.

Sekali lagi apakah ini benar? Dilihat dari segi politik, orang Melayu telah berubah. Adalah sukar
untuk memikir satu kaum yang begitu tidak berminat dengan politik seperti orang Melayu,
terutama sebelum perang dunia. Mereka memisahkan diri daripada hal-hal negara. Mereka tidak
mempedulikan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Mereka bukannya membantah
terhadap penjajah British sebaliknya telah memuji kehadiran pihak British. Malahan mereka
merasa bangga kerana mereka termasuk di dalam Empayar British. Di dalam bukunya, The
Origin of Malay Nationalism, Roff dengan jelas menerangkan bagaimana orang Melayu
menganggap politik bukan urusan mereka, dan bagaimana mereka dengan keras menyatakan
yang mereka tidak langsung terlibat dalam politik. Orang Melayu sangat senang menerima apa
sahaja, sehingga kan pihak British menganggap mereka akan menerima sahaja dan tidak akan
menentang walaupun negara mereka sendiri dijajah. Tetapi sebaliknya reaksi orang Melayu
adalah berbeza sekali daripada apa yang dijangka sehingga segala pendapat terhadap mereka
terpaksa dikaji dan dinilai semula. Salah satu kualiti yang benar-benar perlu dinilai semula ialah
keupayaan mereka mengubah sikap.

Perubahan minat orang Melayu terhadap politik telah memeranjatkan orang lain bukan sahaja
kerana hebatnya penglibatan mereka tetapi juga kerana perubahan tersebut kekal. Walaupun
objektif asal mereka telah tercapai namun orang Melayu masih terus berkecimpung dan aktif
dalam politik. Parti-parti politik telah menjalar ke seluruh kampung-kampung Melayu hingga ke
kawasan pedalaman di mana orang-orang Melayu yang tidak kenal huruf pun turut mengadakan
perjumpaan, memilih jawatan-jawatan dalam parti, menubuhkan cawangan-cawa ngan yang
menjadi tenaga penggerak kepada jentera politik kebangsaan. Dalam keadaan ini orang Melayu
juga dapat mengenepikan kesetiaan utama mereka kepada negeri masing masing dan telah
memberikan taat setia mereka kepada negara yang bare ditubuhkan, sedangkan pada suatu masa
dahulu mereka tidak sedar akan adanya konsep `negara' itu. Pilihan raya, yang boleh dikatakan
tidak difikirkan langsung kira-kira satu dekad yang lalu, bukan sahaja telah diterima tetapi juga
telah diamalkan dan dijalankan dengan penuh bersemangat oleh setiap orang Melayu. Pendek
kata, perubahan sikap orang Melayu terhadap politik begitu radikal dan menyeluruh.

Soalnya sekarang ialah sama ada mereka boleh berubah sede mikian dalam bidang-bidang lain.
Jawapan kepada soalan ini ialah: Kenapa tidak? Dalam bidang perdagangan dan per usahaan
perkara yang diperlukan ialah kesedaran oleh orang Melayu dan pemimpin mereka tentang
kelemahan ekonomi mereka dan juga tentang malapetaka yang akan menimpa orang Melayu dan
negara jika mereka hanya berdiam diri. jika pe mimpin-pemimpin ini mahu memberi perhatian
untuk me mimpin orang-orang Melayu ke arah penghidupan yang lebih baik, mereka hendaklah
berusaha lebih tekun dan mengkaji sebab-sebabnya dan mengemukakan cara-cara untuk
mengatasi keadaan ini. Langkah-langkah itu hendaklah keras dan ber kesan, sama seperti
langkah-langkah yang diambil oleh pemimpin-pemimpin Melayu semasa krisis politik Malayan
Union dahulu. Kebenaran mestilah didedahkan tanpa ragu-ragu. Orang Melayu hendaklah sedar
akan kesalahan mereka sendiri di samping kesalahan-kesalahan orang lain. Kalau perlu undang-
undang hendaklah digubal supaya dasar ekonomi yang perlu dilaksanakan akan berjalan lebih
efektif. Langkah-langkah yang keras hendaklah diambil ke atas orang-orang yang cuba menyekat
peningkatan orang Melayu ke tahap yang sama dengan kaum-kaum lain. Dengan pemimpin-
pemimpin yang arif serta memahami masalah ini dengan mendalam dan berazam untuk
menyelesaikan masalah ini maka sudah pasti tidak ada halangan bagi pertumbuhan ekonomi
negara ini yang lebih pesat. Sesungguhnya, semasa orang Melayu dinaikkan ke tahap yang sama
dengan lain-lain kaum di Malaysia, maka perangkaan pendapatan dan pengeluaran negara yang
ter kandung di dalam ucapan belanjawan pada tiap-tiap tahun akan menjadi lebih tepat.

Dilema yang dihadapi oleh orang Melayu bukanlah sekadar kurangnya usaha yang dijalankan ke
arah membetulkan kepin cangan kedudukan ekonomi yang mereka alami tetapi adalah menjadi
satu kesalahan jika disebut bahawa kepincangan ekonomi benar-benar wujud. Pendapat umum
ialah semakin kurang perkara ini dibincangkan maka semakin bertambahlah kestabilan ekonomi
negara ini yang dibina melalui cengkaman orang-orang Cina. Orang-orang Melayu juga
diberitahu bahawa Malaysia hams makmur sebagai sebuah negara dan golongan amateur, seperti
orang Melayu di dalam perniagaan, tidak akan memberi apa-apa sumbangan kepada
kemakmuran ini. Semua hujah ini memanglah benar. Andainya tidak ada langsung halangan ke
atas penguasaan sepenuhnya oleh orang Cina ke atas ekonomi Malaysia, maka negara ini akan
lebih makmur lagi. Dilema yang dihadapi oleh orang Melayu ialah sama ada mereka patut
berhenti dari menolong diri mereka supaya mereka boleh berasa bangga sebagai warganegara
miskin dalam sebuah negara yang sangat makmur atau sama ada mereka patut mendapatkan
sedikit dari kekayaan yang dibangga-banggakan di negara ini walaupun perbuatan mereka
mungkin akan mengeruhkan sedikit gambaran ekonomi Malaysia. Kesimpulannya, orang
Melayu bukan sahaja meng hadapi dilema ekonomi, malah lebih besar dari itu mereka juga
menghadapi dilema bangsa Melayu.
5. Pengertian Persamaan Kaum

Persamaan kaum adalah suatu syarat awal bagi keharmonian di antara kaum dan juga perpaduan
kebangsaan. Tidak siapa dapat menafikan perkara ini. Keharmonian antara majikan dan pekerja,
antara golongan kaya dan miskin dan antara peme rintah dan yang diperintah bukanlah harmoni
yang sebenarnya. Itu adalah semata-mata penerimaan terhadap kebiasaan yang tidak dapat
diubah lagi, selagi ia kelihatan tidak dapat diubah. Lama-kelamaan, perubahan nilai dan idea
akan mengakibat kan penolakan terhadap keadaan `status quo' — dan tindakan akan diambil
untuk mewujudkan keadaan yang lebih saksama. Oleh kerana persamaan bererti keuntungan bagi
pihak yang tidak berada dan kerugian bagi yang berada, maka proses pen capaian ini akan
mengakibatkan ketegangan dalam hubungan yang dikatakan `berharmoni' tadi. Apabila
persamaan tercapai, maka akan kuranglah ketegangan dan tekanan terhadap masya rakat, dan
besar kemungkinan keadaan harmoni akan wujud. Persengketaan pasti akan wujud tetapi
sekurang-kurangnya salah satu daripada punca yang diakui telah dapat dihapuskan.

Walaupun persamaan kaum diakui amat penting untuk men capai keharmonian kaum, malangnya
tidak ramai orang yang memahami akan makna persamaan kaum. Setiap golongan masyarakat
atau individu akan memberi tafsiran persamaan kaum mengikut cara yang boleh menguntungkan
mereka sen diri. Oleh itu, misalnya dalam soal pemberian biasiswa, persamaan kaum yang
dimaksudkan oleh setengah-setengah orang ialah persamaan untuk bersaing bagi mendapatkan
biasiswa tanpa mengambil perkiraan kaum. Jika tafsiran begini diterima ertinya, setidak-tidaknya
di Malaysia, bukanlah persamaan kaum tetapi perbezaan kaum yang lebih buruk. Dengan lain-
lainperkataan, persamaan di dalam sesuatu bidang boleh meng akibatkan lebih banyak perbezaan
dalam bidang yang lain.

Perbezaan kaum bukanlah satu ciri yang terdapat di Malaysia sahaja. Ciri ini terdapat juga di
beberapa buah negara di mana berbagai-bagai kaum hidup bersama. Kewujudan masalah seperti
ini di berbagai negara lain menunjukkan bahawa ia bukan mudah diselesaikan. Lagi pun tidak
ada dua negara yang mempunyai punca yang sama bagi persengketaan kaum. Walau
bagaimanapun, tinjauan terhadap negara-negara lain akan dapat memberi faedah, dan kalaupun
tidak dapat menyelesai kan masalah kita, setidak-tidaknya kita dapat memahami punca masalah
itu dengan lebih meluas.
Dalam muka surat selanjutnya saya cuba memberi definisi makna persamaan kaum dengan
membuat rujukan terutama nya kepada masalah kaum di Amerika Syarikat. Ini bukanlah sesuatu
yang tidak memihak, tetapi oleh kerana telah terlalu banyak diperkatakan mengenai
keistimewaan orang-orang Melayu di Malaysia, maka mungkin sudah sampai masanya untuk
mendengar pendapat orang Melayu sendiri mengenai keistimewaan-keistimewaan ini dan
tentang persamaan kaum. Sesudah itu terpulanglah kepada mereka yang ikhlas dan jujur untuk
menilai dan kemudian merumuskan suatu penyelesaian bagi masalah ini.

Dalam mana-mana negara yang mempunyai banyak kumpulan etnik-budaya, persoalan


persamaan kaum akan menjadi satu isu yang sangat mustahak. Sejak lahirnya Malaysia, bahkan
sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi masalah ini telah menimbulkan banyak
kepahitan dan pertengkaran politik yang mendapat perhatian terus menerus. Kontroversi politik
yang bangkit dari persoalan ini tidak luput walaupun sudah dua belas tahun merdeka dan terdapat
sedikit sebanyak keharmonian kaum. Kejadian 13 Mei, 1969 telah mendedahkan masalah ini.
Sekarang tibalah masanya kita memahami dengan lebih jelas akan makna persamaan kaum di
Malaysia.

Persamaan kaum membayangkan nilai-nilai yang tertentu, dan nilai-nilai itu berbeza mengikut
taraf yang diterima oleh sesuatu masyarakat. Untuk memahami makna persamaan kaum adalah
penting mengetahui apakah nilai-nilai yang dibanding kan atau yang dijadikan ukuran. Ia akan
menjadi lebih terang lagi jika nilai-nilai ini dibandingkan dengan nilai-nilai di negaranegara lain.

Apabila tajuk persamaan kaum diperbincangkan, negeri yang mula-mula terlintas di fikiran ialah
Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat semua warganegara, tidak kira warna, kaum atau agama
adalah sama di sisi undang-undang. Namun, ada beberapa negeri dalam persyarikatan itu yang
undang-undang nya sendiri bersifat diskriminasi, tetapi Perlembagaan Persekutuan (Amerika
Syarikat), seperti yang ditafsirkan oleh mahkamah, memberi kaum Negro status yang sama
seperti rakyat Amerika yang lain. Perbezaan kaum yang terdapat di Amerika Syarikat bukanlah
disebabkan oleh undang-undang yang bersifat diskriminasi tetapi adalah oleh sebab pemulauan
ekonomi dan sosial. Jika reaksi yang merusuh itu dianggap sebagai satu petanda, maka kita
dapati bahawa pengasingan sosial dan ekonomi adalah sama atau mungkin lebih dibenci dari
perbezaan di sisi undang-undang.
Bagaimanakah kedudukan orang-orang Negro di Amerika Syarikat? Seperti yang telah
dinyatakan, Perlembagaan Ame rika dalam Pindaan yang ke 13, 14 dan 15 memberi orang-orang
Negro status yang sama dengan warganegara lain di Amerika Syarikat. Interpretasi awal
Perlembagaan ini adalah berat sebelah, tetapi Mahkamah Persekutuan Amerika telah dapat
mengatasi perasaan prasangka hakim-hakim yang terdahulu. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa
interpretasi sekarang menganggap bahawa semua warganegara, tidak kira warna, kaum,
keturunan ataupun tempat asal, adalah sama di sisi undang-undang dan mempunyai hak yang
sama sebagai warga negara. Rang Undang-undang Hak yang termaktub di dalam Pindaan 14
Perlembagaan Amerika telah menerangkan dengan lebih lanjut hak-hak warganegara. Oleh
kerana Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Amerika Syarikat dan mah kamah tinggi
mempunyai kuasa ke atas semua negeri dalam Persekutuan itu, maka undang-undang dan amalan
diskriminasi dalam sesuatu negeri yang tertentu boleh dimansuhkan dengan rujukan kepada
Perlembagaan Persekutuan. Dengan lain-lain perkataan, tidak dapat dinafikan bahawa dari segi
undang undang, persamaan kaum terdapat di Amerika Syarikat. Jika terdapat gangguan-
gangguan dan rusuhan-rusuhan yang ber laku oleh sebab perbezaan kaum di Amerika Syarikat,
ini bukan lah disebabkan kerana Perlembagaan itu bercorak diskriminasi tetapi adalah kerana
wujudnya diskriminasi dalam bidang sosial dan ekonomi terhadap orang-orang Negro.

Diskriminasi sosial dan ekonomi adalah sama berkesan dan memalukan seperti juga diskriminasi
undang-undang. Malahan is boleh menjadi lebih berkesan daripada diskriminasi undang-undang.
Ghetto (kawasan pengasingan kaum) bukanlah dibina khas sebagai ghetto orang Negro. Pada
mulanya ia adalah tempat-tempat tinggal biasa di kawasan bandar yang terbuka kepada semua
warganegara. Roxbury di Boston, bahagian ban¬daraya yang diduduki oleh orang-orang Negro,
kelihatan serupa sahaja dengan kawasan-kawasan bandar yang lain di Amerika Syarikat. Apa
yang menjadikan Roxbury sebagai kawasan orang Negro adalah tindakan orang kulit putih
berpindah keluar secara senyap-senyap dari sesuatu kawasan di mana orang kulit hitam pindah
masuk. Sebaik sahaja orang Negro mempunyai cukup wang untuk membeli tempat-tempat
kediamannya dalam sesuatu kawasan bandaraya yang lebih baik, orang-orang kulit putih akan
meninggalkannya beramai-ramai lalu menjadikan kawasan itu suatu ghetto orang kulit hitam.
Oleh kerana bangunan-bangunan yang ditinggalkan itu tidak akan didiami oleh orang-orang kulit
putih yang lebih kaya dari orang kulit hitam, maka harganya mulai turun dan orang-orang kulit
hitam yang miskin masuk tinggal di tempat itu. Kawasan bandar ter sebut kemudian menjadi
kawasan meleset Negro.

Apa yang menjadikan ghetto ini tiada lain hanyalah kerana permulauan sosial. Proses ini telah
berlaku di seluruh Amerika Syarikat dan ia masih lagi berlaku. Tidak ada undang-undang yang
dapat memaksa orang-orang tinggal di sesuatu tempat jika mereka tidak mahu. Juga tidak ada
langkah yang dapat memaksa orang-orang kulit putih untuk tinggal berhampiran dengan orang-
orang Negro. Oleh itu ghetto akan terus terjadi di Amerika Syarikat dan menyebabkan perbezaan
kaum, biarpun ada undang-undang yang mencegahnya.

Ada banyak lagi contoh-contoh lain mengenai diskriminasi sosial yang berlaku di Amerika
Syarikat. Pemulauan ekonomi merupakan satu lagi faktor yang menyebabkan kedudukan yang
tidak seimbang di antara kaum-kaum di Amerika Syarikat, dan seperti pemulauan sosial, is juga
wujud dalam berbagai bentuk. Jika seseorang itu Cuba mencari sebab-sebab terjadinya diskri
minasi ekonomi ini, maka dia akan diberitahu bahawa apa yang terdapat bukanlah diskriminasi
kaum tetapi sesungguhnya diskriminasi ekonomi. Orang-orang Negro dikatakan lebih inferior,
tidak cerdas, tidak berupaya mengetahui tentang nilai wang, tidak berupaya memperolehi
kemahiran dan tidak dapat membuat penyesuaian kepada cara-cara dan idea-idea baru Tidal( ada
orang yang mahu mengambil mereka bekerja kecuali jika sudah terpaksa. Dalam jangka panjang
adalah lebih murah untuk mengambil orang-orang kulit putih bekerja sebab daya kerja mereka
adalah lebih baik dan taraf kerja mereka lebih tinggi. Dan memandangkan tidak berkemungkinan
kurangnya pekerja-pekerja kulit putih dalam apa bidang pun maka keperluan untuk mengambil
orang-orang kulit hitam adalah kecil.

Persoalan yang timbul di sini ialah jika orang-orang Negro tidak berupaya bekerja mengapakah
pula mereka dibawa masuk ke Amerika dahulu? Sebagaimana yang diketahui, orang-orang
Negro diangkut dari hutan pedalaman Afrika untuk bekerja di ladang dan di rumah peneroka-
peneroka Amerika. Mereka bukan sahaja menjadi pekerja-pekerja ladang yang baik tetapi juga
menjadi tukang masak dan pembantu rumah.

Jika orang-orang Negro kini ketinggalan dalam kemahiran dan kecekapan, ini adalah kerana
mereka disingkirkan secara social dan ekonomi sejak beberapa generasi. Generasi orang kulit
putih telah maju mengikut masa, mengubah cara hidup mereka, mendapat pelajaran yang sesuai
dan memperolehi kemahiran kemahiran yang baru ketika Amerika Syarikat bergerak dari
ekonomi pertanian ke ekonomi perindustrian yang sofistikated. Apabila jurang di antara orang-
orang Negro dengan orang orang kulit putih bertambah besar, maka orang-orang Negro mula
bersikap tidak apa dan dengan itu menjadikan mereka semakin tidak mahu menyesuaikan diri
dan mengurangkan jurang perbezaan tadi. Sikap tidak apa dan apa yang dianggap pada zahirnya
sebagai tiada keupayaan untuk belajar dan menyesuaikan diri itu kini dijadikan sebagai satu
sebab untuk mengasingkan orang-orang Negro dari segi ekonomi dan dengan itu semakin
berterusan dan semakin meluaslah lagi jurang perbezaan mereka dengan orang-orang kulit putih.

Walau bagaimanapun, ada juga sebilangan kecil orang-orang Negro yang telah mendapat
pencapaian yang baik. Mereka ini lah yang melihat dan merasa tidak puashati dengan masya
rakat mereka. Mereka juga mempunyai kemahuan untuk mem betulkan keadaan yang menimpa
orang Negro sejak beberapa generasi. Dengan tidak dapat dielakkan juga mereka telah
menggunakan tindakan politik dan kekasaran yang telah memeranjatkan seluruh dunia. Dalam
perjuangan mereka menuntut persamaan kaum, tindakan merusuh, membakar dan juga
membunuh tidak ketinggalan. Kesimpulan dari perbincangan ringkas mengenai masyarakat
Negro di Amerika Syarikat itu ialah persamaan di sisi undang undang adalah tidak mencukupi.
Persamaan bermakna ber kongsi dalam segala perkara, termasuk perkara-perkara yang baik
dalam hidup dan juga tanggungjawab. Perkongsian yang adil dalam menikmati kehidupan yang
sempurna tidak seharus nya menjadi hasrat Kerajaan sahaja, is mestilah juga menjadi hasrat atau
cita-cita rakyat keseluruhannya. Dan hasrat atau cita-cita itu hendaklah dibuktikan dengan
amalan. Kerajaan dan orang-orang Amerika telah berikrar kepada seluruh dunia bahawa mereka
tidak mempunyai tujuan untuk menganggap orang-orang Negro sebagai warganegara yang
inferior. Jika orang-orang Negro tidak dapat sama-sama menikmati keme wahan negara, maka
itu adalah salah mereka sendiri. Tetapi menyalahkan orang-orang Negro dengan secara ini
semata-mata adalah tidak betul dan tidak dapat diterima. Sebenarnya apa yang menyebabkan
jurang di antara orang Negro dan orang kulit putih tidak dapat dikurangkan, adalah amalan
pemulauan ekonomi dan sosial yang telah berlaku sejak beberapa generasi. Jurang ini menjadi
semakin luas dengan sendiri dan menjadikan penyelesaian masalah ini semakin sukar untuk
diatasi dari masa ke semasa. Tidaklah cukup sekadar mengatakan `ambillah, kami tidak
melarang. Semuanya akan kau punyai jika kau sedia berbuat seperti kami'. Kita tahu bahawa
orang-orang Negro tidak mungkin mengatasi jurang kemunduran yang begitu ketara di dalam
bidang ekonomi, sosial dan pelajaran yang telah wujud generasi demi generasi dengan hanya
berkata `Saya akan mengatasinya.'

Kerajaan Amerika sedar akan tanggungjawabnya untuk menolong orang-orang Negro


mengurangkan jurang tadi. Ber juta-juta ringgit telah diperuntukkan serta berbagai projek dan
rancangan barn telah dimulakan untuk memberi peluang kepada orang-orang Negro mendapat
jenis latihan yang perlu untuk menyesuaikan mereka kepada corak kemewahan ekonomi
Amerika. Tetapi segala usaha-usaha Kerajaan ini tidak akan berhasil, kecuali rakyat Amerika
sendiri secara keseluruhannya berhenti daripada mendiskriminasikan orang-orang Negro. Kedai,
gudang, pejabat dan hotel-hotel mestilah menerima orang-orang Negro dalam semua peringkat
pekerjaan. Lebih mustahak lagi ialah satu peruntukan khas haruslah diadakan bagi orang-orang
Negro dalam masa permulaan penyesuaian ini. Apa yang diperlukan bukanlah hanya semata-
mata layanan yang sama tetapi satu usaha yang besar untuk memulihkan kedudukan orang-orang
Negro ini. Memandangkan diskrimi nasi telah mengambil masa beberapa generasi bagi
meluaskan jurang antara orang-orang Negro dengan orang-orang kulit putih, maka proses yang
sengaja untuk meningkatkan orang orang Negro akan mengambil masa beberapa generasi juga
sebelum kesannya dapat dilihat. Apabila ini berlaku, maka barulah persamaan kaum yang tulen
akan terlaksana menjadi kenyataan. Persamaan di sisi undang-undang tidak memberi apa-apa
makna jika pemulauan di dalam bidang sosial dan ekonomi oleh sesuatu kaum dibuat dengan
cara yang tidak tertalduk kepada undang-undang. Seorang majikan yang menolak pengambilan
pekerja Negro boleh memberi berbagai alasan yang kelihatan sah mengenai tindakannya itu. Jika
Kerajaan dan masyarakat hanya menerima alasan-alasan itu tanpa usul periksa maka per bezaan
kaum akan terus berlaku dan membawa kepada raa tidak puashati, dendam, rusuhan, pembakaran
dan pem bunuhan. Kerajaan dan masyarakat yang baik mestilah menga dakan langkah-langkah
yang positif untuk perpaduan. Kedua dua pihak harus bertindak menghapuskan perbezaan ini
supaya di masa-masa yang akan datang tidak timbul tindak balas yang tidak diingini. Oleh
kerana itu Kerajaan dan masyarakat harus lah meneliti bukan sahaja tindakan-tindakan awam
tetapi juga tindakan sendirian supaya persamaan kaum itu akan tetap wujud. Seorang tuan punya
kedai yang mempunyai seorang penolong boleh disyaki menjalankan diskriminasi kaum seperti
juga suatu kompleks perindustrian yang besar yang mempunyai beribu-ribu pekerja. Pendapat-
pendapat yang liberal di Amerika memanglah sedang menuju ke arah ini. Tetapi bilangan orang-
orang Amerika yang liberal adalah kecil dan kesannya tidaklah dirasai di seluruh negara tersebut.

Ada satu lagi corak perbezaan kaum yang berlaku di Amerika Syarikat yang kurang mendapat
publisiti. Kaum Red Indian juga menderita akibat perbezaan kaum seperti orang-orang Negro
tetapi oleh sebab bilangan mereka kecil dan mereka hanya tertumpu di kawasan-kawasan yang
jarang dilawati pem berita-pemberita akhbar, maka penderitaan mereka tidak berapa diketahui
ramai. Namun demikian, yang anehnya ialah orang-orang Red Indian ini adalah sebenarnya
orang-orang yang mempunyai keistimewaan di Amerika Syarikat. Mereka mempunyai tanah-
tanah yang tidak boleh dibeli oleh orang orang lain dan mereka juga telah dikecualikan daripada
mem bayar cukai-cukai yang tertentu. Dari segi undang-undang mereka mempunyai `persamaan'
yang lebih daripada warganegara lain di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, mereka
bukanlah satu bangsa yang kuat di Amerika tetapi mereka merupakan golongan paria. Satu
pendapat umum orang-orang kulit putih Amerika mengenai orang-orang Red Indian ialah
bahawa orang-orang Red Indian ini tidak dapat diperbaiki lagi. Sekiranya diberi duit mereka
lebih suka membeli kereta Cadillac daripada memperbaiki diri mereka.

Walau bagaimanapun, jika seorang kulit putih menang loteri dia tidak semestinya terus
memasuki bidang perniagaan dan memperkukuhkan keuntungannya itu. Dia mungkin juga akan
menggunakan wang kemenangannya untuk membeli barangbarang mewah yang diidamkan pada
satu masa dahulu. Reaksi orang-orang Red Indian tadi sebenarnya bukanlah sahaja ter-had
kepada Red Indian tetapi adalah merupakan reaksi manusia. Apa yang kurang ialah kemahuan
untuk menolong Red Indian bersatu padu dengan masyarakat Amerika yang lain. Dengan lain-
lain perkataan, walaupun orang-orang Red Indian mempunyai banyak status istimewa, mereka
dianggap sebagai inferior dan tidak layak menjadi rakan kongsi yang sama dalam masyarakat
Amerika.

Orang-orang Red Indian tidak mengambil tindakan yang ganas seperti orang-orang Negro kerana
bilangan mereka adalah kecil dan mereka pula tinggal di merata-rata tempat, jauh terpisah di
antara satu puak dengan yang lain. Seseorang pelawat yang tinggal di Amerika berbulan-bulan
lamanya mungkin tidak dapat bertemu seorang Red Indian pun. Tetapi walau bagaimanapun,
perasaan marah orang Red Indian memang wujud. Seorang penyanyi Red Indian yang terkenal di
seluruh Amerika Syarikat bernama Buffy St. Marie pernah menyanyikan lagu-lagu folk
mengenai tanah-tanah mereka yang telah dirampas dari nenek moyang mereka dan dia tertanya-
tanya apakah yang didapati oleh orang Red Indian sebagai balasannya. Perbezaan kaum telah
mengecewakan orang-orang Red Indian sama seperti orang-orang Negro. Tidaldah cukup
sekadar mendapat keistimewaan dari segi undang-undang sahaja, malahan persamaan yang
benar-benar wujud juga adalah perlu. Memang jelas bahawa orang-orang Red Indian juga perlu
mendapat bahagian yang adil dalam kemakmuran ekonomi yang menjadi ciri-ciri orang kulit
putih Amerika. Keistimewaan yang diperolehi oleh orang-orang Red Indian tidak sepatutnya
digunakan untuk menjaga mereka sebagai barang barang bersejarah yang mencantikkan lagi
pemandangan Amerika Syarikat. Mereka sepatutnya disatupadukan ke dalam masyarakat
Amerika dari segi ekonomi, sosial dan politik.

Jadi apakah maksud persamaan kaum? Adakah ia suatu jenis undang-undang yang boleh ditafsir,
dijeniskan dan dipertahankan oleh undang-undang? Jika inilah ertinya, maka orang-orang Red
Indian adalah kaum yang agung di Amerika Syarikat. Namun demikian, daripada keganasan
hasutan orang-orang Negro dan juga daripada rintihan membisu orang-orang Red Indian, kita
tahu bahawa status absah tidaklah cukup. Per samaan bererti sesuatu kaum itu diterima oleh
setiap lapisan masyarakat dari segi sosial, ekonomi dan politik sehingga ia mencerminkan nisbah
kaumnya di dalam jumlah penduduk yang terdiri dari berbagai kaum. Tidaklah cukup sekadar
Angkatan Tentera Amerika dipimpin oleh pegawai-pegawai Negro yang memerintah askar kulit
putih. Tidak cukup sekadar Presiden Amerika melantik ketua biro dan pembantu-pembantu
presiden dari orang-orang Negro. Tidak cukup dengan adanya hakim hakim dan duta-duta orang
Negro. Malah perlu juga ada ekse kutif-eksekutif Negro dalam industri swasta, juruterbang, dan
pramugari orang-orang Negro, pekedai-pekedai Negro dan restoran Negro, jurutera, peguam dan
doktor Negro. Adalah perlu juga bahawa semua orang dalam kategori ini tidak diasingkan di
tempat-tempat kerja mereka atau tinggal di ghetto atau di tanah simpanan.

Inilah yang difikirkan oleh orang-orang kulit putih dan Negro yang berfahaman liberal dan inilah
juga apa yang diakui akan dilakukan oleh kerajaan Amerika. Tetapi bagi orang-orang kulit putih
Amerika yang biasa, mereka masih mengamalkan diskriminasi dan• menganggap diri mereka
superior dan ekskkusif. Jika Kerajaan tidak mahu mengesahkan status superior orang-orang kulit
putih, ini tidak menjadi masalah. Orang-orang kulit putih dengan sendiri, secara individu dan
secara kolektif boleh menindas orang-orang Negro. Orang-orang kulit putih boleh membekukan
peluang kerja atau perolehan kemahiran, menutup peluang perniagaan, menahan kemudahan
kredit atau pengetahuan dan menutup peluang orang Negro menggunakan jentera-jentera
kompleks dalam ekonomi moden. Sejauh manakah perbezaan kaum di Amerika Syarikat releven
dengan keadaan di Malaysia? Jawapannya ialah `amat releven sekali', kerana perbezaan kaum di
mana-mana sahaja akan menimbulkan perkara yang sama — perbezaan kaum yang lebih besar,
perasaan tidak puashati dan keganasan. Tahap perbezaan kaum di Malaysia tidaklah begitu hebat
seperti yang terdapat di Amerika Syarikat tetapi bibit-bibit keganasan tetap ada.

Di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa status orangorang Melayu adalah berbeza dengan
status orang-orang bukan Melayu. Kategori orang-orang Melayu dan orang-orang Red Indian di
Amerika Syarikat adalah lebih kurang sama. Orangorang Melayu diiktiraf dan diakui sebagai
bumiputera di negara ini tetapi negara ini bukan lagi menjadi milik mereka sepenuh nya. Walau
bagaimanapun, untuk melindungi dan menjaga status mereka, undang-undang tertentu adalah
perlu.

Salah satu undang-undang yang paling penting ialah me ngenai Tanah Simpanan Melayu. Bagi
orang-orang yang tahu mengenai sejarah kaum Red Indian, mereka akan melihat di sini, bukan
sahaja persamaan istilah tetapi juga persamaan ciri ciri sejarah. Undang-undang Tanah Simpanan
Melayu diada kan oleh orang-orang British bukanlah disebabkan keis timewaan kebangsaan
yang diberikan oleh mereka kepada orang-orang Melayu. Pendatang-pendatang pada masa itu
memanglah berhak, dari segi undang-undang, untuk memiliki tanah. Malahan selepas Undang-
undang Tanah Simpanan Melayu dikuatkuasakan, pendatang-pendatang dan orang orang luar
masih lagi boleh memiliki geran-geran tanah. Undang-undang tersebut bukanlah satu manifestasi
kesedaran kebangsaan seperti setengah-setengah undang-undang di bebe rapa negara yang hanya
membenarkan warganegaranya sahaja memiliki tanah. Undang-undang Tanah Simpanan Melayu
ber-tujuan sebagai satu langkah untuk menahan apa yang terang terang sedang berlaku pada
zaman penjajahan: iaitu, orang Melayu telah kehilangan tanah mereka yang dibeli oleh
pendatang-pendatang dan orang-orang asing yang lebih kaya. Jelaslah, jika langkah undang-
udnang tidak diambil akibatnya kelak orang-orang Melayu akan menjadi penyewa kepada tuan
tuan tanah pendatang dan asing di dalam negeri orang Melayu sendiri. Jadi dengan lain
perkataan, walaupun orang-orang Melayu memanggil negeri ini Tanah Melayu, namun sebenar
nya mungkin tidak ada tanah yang dimiliki oleh mereka. Kemungkinan akan berlakunya apa
yang diperkatakan ini amat ketara pada suatu masa dahulu.

Undang-undang asal Tanah Simpanan Melayu bukanlah untuk membeli semula tanah-tanah
Melayu yang telah dijual. Ia juga bukanlah bertujuan untuk menahan secara keseluruhannya
proses pembelian tanah oleh orang-orang asing. Sebenarnya ia adalah semata-mata bertujuan
untuk menentukan supaya orang-orang Melayu mempunyai ruang untuk hidup, iaitu ruang yang
dapat mereka anggap sebagai kepunyaan sendiri. Apa yang ada di tangan orang-orang bukan
Melayu, yang juga pada masa dahulu bukan warganegara, akan terus menjadi harta kepunyaan
mereka. Di samping itu, peruntukan-peruntukan di buat bagi pengeluaran Tanah Simpanan
Melayu supaya orang¬orang bukan warganegara tidak akan tersekat secara mutlak untuk
memiliki tanah-tanah baru jika dalam pandangan Kerajaan ia adalah penting bagi apa-apa tujuan.

Satu contoh yang paling nyata mengenai pengeluaran dari Tanah Simpanan Melayu yang tidak
adil adalah melibatkan tanah yang mempunyai bijih di Negeri Perak. Setiap kali dijumpai bijih di
dalam Tanah Simpanan Melayu, Dewan Perundangan Negeri akan memberi persetujuan seperti
biasa untuk mengeluarkan bahagian tersebut bagi membolehkan orang British dan lain-lain orang
bukan Melayu mendapatkan tanah itu. Sebagai ganti, tanah kepunyaan negeri yang sama besar
akan diperuntukkan semula sebagai Tanah Simpanan Melayu. Tanah baru ini akan dipilih dari
kawasan-kawasan hutan yang tebal, yang tidak dapat ditembusi dan dijangkakan tidak
mengandungi logam yang berharga. Ertinya, Tanah Simpanan Melayu yang bernilai ditukar
dengan tanah hutan yang tidak berharga dan tidak boleh digunakan dengan serta-merta oleh
orang Melayu atau sesiapa juga.

Di kawasan-kawasan bandar, pengambilan balik Tanah Sim panan Melayu adalah satu perkara
biasa di zaman penjajah. Segala alasan yang diberi dianggap sesuai bagi tujuan tersebut. Alasan
yang selalu digunakan ialah kemiskinan orang Melayu. Tuan-tuan tanah Melayu yang cuba
menyamakan taraf hidup mereka dengan penghuni-penghuni yang lain di bandar tidak lama
kemudian akan berhutang kepada peminjam-peminjam wang bukan Melayu. Seperti biasa, tanah
mereka dijadikan sebagai cagaran. Apabila hutang tidak dapat dibayar, mahkamah akan memberi
perintah supaya tanah mereka dilelong. Jika didapati tidak ada orang Melayu yang dapat
membuat tawaran yang cukup tinggi, dan inilah yang lazimnya berlaku, maka tanah tersebut
akan dijual kepada orang-orang bukan Melayu yang berhak untuk mengeluarkannya dari Tanah
Simpanan Melayu. Proses begini bukan sahaja berlaku dalam kawasan bandar tetapi juga di
kawasan luar bandar. Di Kedah misalnya, beribu-ribu relung tanah padi telah jatuh ke tangan
orang-orang bukan Melayu oleh kerana peruntukan seperti ini.

Satu keanehan cara pengeluaran tanah simpanan ini ialah jika sekiranya orang-orang Melayu
membeli kembali tanah-tanah yang telah dikeluarkan, maka tanah itu secara automatik bertukar
statusnya menjadi Tanah Simpanan Melayu semula. Oleh itu peruntukan ini menghalang orang-
orang Melayu untuk memperolehi kembali tanah yang dikeluarkan daripada Tanah Simpanan
Melayu. Selalunya tanah di luar simpanan Melayu lebih tinggi harganya kerana tanah-tanah ini
dipunyai oleh kaum yang lebih kaya dan lebih licik. Tanah-tanah ini selalunya menjadi sumber
pendapatan yang baik bagi pemilik-pemilik bukan Melayu. Jika sekiranya tanah ini dibeli balik
oleh orang orang Melayu dan statusnya menjadi Tanah Simpanan Melayu semula, maka nilainya
akan menurun. Dalam erti kata lain, tidak gunalah bagi orang-orang Melayu membeli balik
Tanah Simpanan Melayu yang tergadai itu. Sekali dikeluarkan dari pada Tanah Simpanan
Melayu maka tanah tersebut menjadi tanah simpanan bukan Melayu.

Adakah peruntukan tanah simpanan untuk orang Melayu menjadikan mereka warganegara kelas
yang lebih tinggi dari orang-orang bukan Melayu? Adakah peruntukan seperti begini
menyebabkan perbezaan kaum? Tidak perlu dianalisa dengan lebih mendalam untuk membuat
keputusan bahawa perbezaan kaumlah yang telah mendorong enakmen undang-undang ter sebut.
Di waktu permulaan penjajahan British, telah begitu ketara bahawa orang-orang Melayu akan
kehilangan tanah jika mereka dibiarkan terus dikuasai oleh pendatang-pendatang dan eksploitasi
British. Ciri-ciri begini sangat nyata di kawasan bandar. Di Kuala Lumpur misalnya, pada tahun
1890 orang orang Melayu hampir tidak mempunyai tanah sendiri di kawasan itu. Melihatkan
kadar orang-orang bukan Melayu membeli tanah di Kuala Lumpur yang sedang berkembang itu,
maka orang-orang Melayu akhirnya akan menjadi orang-orang luar di dalam bandar tersebut
yang menjadi ibu negeri Selangor dan kemudian menjadi ibu negeri Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Oleh itu Kerajaan telah mewujudkan Tanah Simpanan Melayu di Kampung Baharu.
Begitu juga di tempat-tempat lain, undang-undang Tanah Simpanan Melayu adalah. satu asas
perundangan supaya seba hagian daripada tanah berada di tangan orang Melayu. Seperti yang
telah dikatakan sebelum ini, ada berbagai cara yang telah dilakukan untuk mengatasi undang-
undang ini. Cara-cara ini dan juga kekayaan orang bukan Melayu, dengan cara yang berkesan,
telah dapat memansuhkan kedudukan baik orang Melayu yang diperolehi ketika undang-undang
ini mula dibuat. Undang-undang ini tidak secara keseluruhannya menyekat tanah-tanah yang
terkaya daripada dikeluar dan ditukarkan menjadi kepunyaan orang-orang bukan Melayu. Tahun
demi tahun kesan undang-undang ini ialah untuk mengusir orangorang Melayu ke tanah-tanah
yang tidak begitu bernilai, sementara orang-orang bukan Melayu, terutamanya orang-orang
Eropah, mengambil alih tanah-tanah yang mempunyai bijih dan tanah-tanah yang dapat ditanam
dengan getah. Di dalam negerinegeri tertentu, walaupun terdapat Undang-undang Tanah
Simpanan Melayu, namun tanah milik orang-orang bukan Melayu lebih banyak daripada yang
dimiliki orang-orang Melayu. Dari segi taksiran nilai sebenar, mungkin terdapat hanya satu atau
dua bush negeri sahaja di mana jumlah tanah yang dipegang oleh orang Melayu adalah lebih
besar nilainya daripada tanah yang dipegang oleh orang-orang bukan Melayu.

Tanah di kawasan-kawasan bandar selalunya lebih mahal daripada tanah kawasan desa. Cara
undang-undang Tanah Simpanan Melayu ditadbirkan telah memudahkan orang-orang bukan
Melayu memperolehinya. Apabila orang-orang bukan Melayu berjaya memperolehi tanah ini
nilainya dengan serta merta melambung naik hingga tidak terdaya orang-orang Melayu
memperolehinya. Tanah-tanah di kawasan bandar, walaupun kecil dari segi kawasan, namun
nilainya lebih tinggi dari Tanah Simpanan Melayu yang begitu luas di desa.

Dapat dirumuskan bahawa dari segi penaksiran sebenar, orang bukan Melayu yang mempunyai
tanah yang lebih ber harga di kawasan bandar dan tanah-tanah yang mengeluarkan hasil yang
lebih baik, sebenarnya berada dalam kedudukan yang lebih istimewa. Dengan lain-lain
perkataan, walaupun wujud undang-undang Tanah Simpanan Melayu, orang-orang Melayu dapat
dianggap sebagai tuan tanah kelas kedua. Apa yang lebih buruk keadaannya ialah undang-
undang yang ada sekarang ini tidak mungkin dapat memperbaiki kedudukan mereka itu.

Dengan itu, undang-undang Tanah Simpanan Melayu itu tidak boleh dikatakan sebagai salah
satu sebab perbezaan kaum. Sebenarnya, pada mulanya undang-undang tersebut adalah suatu
langkah untuk membetulkan perbezaan kaum. Dari segi ini is hanya separuh berjaya.
Perlaksanaan undang-undang yang tidak wajar di masa lalu, dan jurang kekayaan ekonomi yang
begitu ketara di antara orang-orang Melayu dan bukan Melayu, telah mengakibatkan undang-
undang ini menjadi tidak berkesan. Walaupun ada undang-undang, namun perbezaan kaum
masih berterusan. Tetapi perbezaan ini akan menjadi lebih buruk jika undang-undang tersebut
dimansuhkan. Undang-undang ini telah diadakan oleh kerana kedudukan orang-orang Melayu
yang tidak begitu baik, tetapi kedudukan ini telah tidak dapat diperbetulkan dengan sepenuhnya
oleh undang-undang ini. Dan sudah tentulah tanpa undang-undang ini kedudukan orang-orang
Melayu akan menjadi lebih buruk dan akan memperluaskan jurang perbezaan yang sedia ada.

Satu lagi perbezaan `perundangan' adalah berkenaan dengan biasiswa dan pekerjaan dalam
Perkhidmatan Awam. Perbezaan ini pada asasnya berhubung dengan pelajaran. Dari segi
pelajaran orang-orang Melayu ketinggalan jauh di belakang jika dibandingkan dengan kaum-
kaum lain. Dengan menatap keputusan-keputusan sijil persekolahan tiap-tiap tahun sedarlah
seseorang itu akan keadaan ini. Penduduk Semenanjung Malaysia terdiri dari 50 peratus Melayu
tetapi dari keputusan yang diperolehi itu kejayaan orang Melayu tidak sampai pun 50 peratus.
Apa yang lebih buruk ialah orang-orang Melayu yang mendapat Bred satu adalah sangat kurang
berbanding dengan kaum-kaum lain. Oleh itu, adalah jelas bahawa tanpa apa apa peruntukan
khas, tidak ada peluang bagi pelajar-pelajar Melayu untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi dari
sekolah rendah dan mereka tidak akan dapat memperolehi kerja-kerja selain daripada kerja-kerja
di peringkat paling rendah di negara ini.

Sebahagian daripada sebab keputusan yang lemah di kalangan pelajar-pelajar Melayu ini ialah
kerana kemiskinan yang sangat ketara serta latar belakang desa mereka. Kesan buruk kemiskinan
tidak benar-benar difahami oleh kebanyakan orang. Selalunya ibu bapa yang miskin dan tidak
berpelajaran, tidak begitu bersedia untuk menjaga anak-anak mereka yang bersekolah. Mereka
kurang faham akan nilai pendidikan, ber sikap tidak peduli dan tidak mempunyai keyakinan akan
keupayaan anak-anak mereka. Ibu bapa seperti ini selalunya gagal untuk memenuhi keperluan-
keperluan asas kanak-kanak yang bersekolah. Jika kanak-kanak itu seorang yang bijak maka
mungkin dia dapat mengatasi semua kelemahan ini, tetapi bagi seorang kanak-kanak yang biasa,
tanpa keperluan-keperluan asas ini, kesan terhadap pelajarannya adalah buruk.
Ibu bapa Melayu yang kurang mengetahui dan kurang ber minat, tidak memberi galakan moral
yang cukup kepada anak anak mereka yang bersekolah. Mereka tidak mendorong anak anak
mereka belajar. Mereka juga tidak dapat memberi ruang dan kemudahan yang cukup untuk
belajar. Di kawasan desa, mereka tidak langsung menyediakan lampu untuk memboleh kan anak-
anak mereka belajar di waktu malam. Oleh kerana mereka sendiri tidak berpelajaran, mereka
tidak dapat mema hami keperluan-keperluan ini, apatah lagi untuk membantu pelajaran anak-
anak mereka. Mereka tidak dapat memberi makanan dan jagaan perubatan yang sempurna bila
anak-anak itu sakit. Dan sudah tentulah mereka tidak mampu mendapat kan bantuan tambahan
bagi pelajaran seperti buku dan munsyi bagi anak-anak mereka yang lemah. Malahan keluarga-
keluarga Melayu yang miskin tidak akan mengambil endah untuk menyekolahkan anak-anak
mereka kalau tidak kerana diwajibkan oleh Kerajaan.

Salah satu cara yang lebih berkesan mengenai bantuan Kera jaan dalam pelajaran ialah dengan
memberi biasiswa. Biasiswa ini diberikan kepada dua kategori pelajar yang berbeza. Pertama
biasiswa ini diberi kepada pelajar-pelajar yang bijak. Ini dapat dianggap sebagai hadiah, dan
seperti kebanyakan hadiah lain, ia bukan selalu dimenangi oleh orang-orang yang memerlukan
nya. Mereka yang menerima hadiah seperti ini akan berasa seronok dan berpuas hati tetapi
mereka yang tidak memenangi nya tidak akan berasa bahawa mereka itu kekurangan sesuatu.
Pelajar-pelajar bijak yang memenangi hadiah ini bukan selalu nya dari keluarga yang miskin.
Adanya pelajar-pelajar yang bijak dari keluarga miskin memanglah satu kekecualian, ber
dasarkan alasan-alasan yang telah diterangkan sebelum ini. Dalam kemajuan pendidikan sesuatu
kaum ataupun negara, biasiswa bentuk ini tidak dapat dikatakan sangat diperlukan. Satu lagi
jenis biasiswa adalah untuk pelajar-pelajar yang mempunyai kelayakan minimum, iaitu mereka
yang kurang maju dalam pelajaran disebabkan masalah kewangan. Bagi pelajar-pelajar seperti
ini, biasiswa ini memanglah sangat diperlukan. Pemberian seperti ini adalah satu cara untuk
meng hapuskan kitaran kekejaman hidup. Kemunduran dalam masyarakat moden mengakibatkan
kemiskinan. Kemiskinan mengakibatkan rendahnya pencapaian mutu pelajaran. Mutu pelajaran
yang rendah pula meneruskan kemiskinan. Putaran ini hams diberhentikan, dan sebuah negara
yang kaya seperti Malaysia akan dituduh tidak mempunyai tanggungjawab moral sekiranya ia
tidak membantu memajukan pelajaran golongan yang miskin. Biasiswa yang diterima oleh anak-
anak Melayu yang miskin adalah wajar dari segi moral dan perlu dari segi sosial. Bagi
masyarakat yang mundur di dalam sebuah negara yang sedang membangun, ini adalah langkah
untuk mereka maju. Ini juga adalah satu cara untuk membetulkan perbezaan kaum dan
meninggikan lagi kedudukan orang-orang Melayu ke tahap orang-orang bukan Melayu.

Soalan yang selalu dikemukakan ialah mengapakah kadar biasiswa yang diberi itu memihak
kepada orang-orang Melayu? Bukankah kadar ini merupakan satu manifestasi pilih kasih sesuatu
kaum dan wujudnya perbezaan? Tidal( adakah orang orang Cina dan India yang miskin yang
juga patut mendapat biasiswa ini?

Untuk menjawab soalan-soalan ini haruslah diteliti semula sebab-sebab asas mengapa layanan
istimewa diberi kepada orang-orang Melayu. Tujuan di sebalik layanan istimewa ini bukanlah
untuk meletakkan orang-orang Melayu ke suatu kedudukan yang superior, tetapi adalah untuk
menyamakan kedu dukan mereka dengan orang-orang bukan Melayu. Di zaman pemerintahan
penjajah British dahulu, telah menjadi nyata bahawa orang-orang Melayu bukan sahaja mundur
dari segi ekonomi, tetapi mereka juga ketinggalan di bidang pelajaran. Walaupun bilangan
murid-murid Melayu di sekolah adalah lebih besar jumlahnya daripada murid bukan Melayu,
namun murid-murid ini kebanyakannya hanyalah di dalam sekolah sekolah rendah bahasa
ibunda. Ini adalah kerana pendidikan dalam bahasa ibunda diberi percuma kepada orang-orang
Melayu. Pendidikan sekolah rendah ini tidak menolong orang orang Melayu untuk menyesuaikan
diri mereka dengan masyarakat moden. Malahan sebahagian besar dari orang Melayu sengaja
tidak dirancangkan agar menyesuaikan diri dengan kehidupan moden. Kecuali sebilangan kecil,
ke banyakan orang-orang Melayu dijangkakan untuk terus tinggal di kampung-kampung dan
terus hidup dalam keadaan yang miskin seperti nenek moyang mereka.

Sebaliknya, bagi orang-orang bukan Melayu, oleh kerana kedudukan ekonomi yang lebih baik,
mereka telah beroleh keuntungan dari pelajaran menengah yang diperkenalkan oleh orang-orang
British. Malahan mereka telah terus mencapai setinggi-tinggi pelajaran mengikut kemampuan
kewangan mereka. Benar, bukan semua orang bukan Melayu itu kaya dan mampu memperolehi
pelajaran yang baik. Tetapi disebabkan kebanyakan dari mereka itu mampu, maka taraf pelajaran
orang Melayu tertinggal jauh kebelakangan dari orang bukan Melayu. Kita tahu sekiranya orang
bukan Melayu yang kurang berada, yang kecil bilangannya itu, dibantu untuk mencapai apa yang
telah dicapai oleh kaumnya yang lebih kaya, maka jurang perbezaan dalam bidang pelajaran di
antara orang Melayu dan orang bukan Melayu sudah tentu akan semakin ber tambah besar. Oleh
itu di sini kita lihat bahawa layanan istimewa yang dituntut dalam pemberian biasiswa kepada
orang-orang Melayu bukanlah kerana mereka superior. Biasiswa bukanlah mani festasi
perbezaan kaum. Ia adalah suatu langkah untuk mengatasi kedudukan orang bukan Melayu yang
lebih superior dalam bidang pelajaran. Orang-orang Melayu tidaklah megah dengan layanan ini.
Mereka tidak merasa megah dengan `keistimewaan' dilindungi oleh undang-undang, seperti
perlindungan yang diberi kepada orang cacat. Jika boleh mereka ingin menyingkirkan
keistimewaan ini, tetapi mereka terpaksa mengenepikan pera saan bangga disebabkan kenyataan
hidup yang tidak dapat dielakkan.

Jika pemberian biasiswa yang berat sebelah ini bukan satu tanda yang cukup mengenai
perbezaan kaum, bagaimana pula dengan Perkhidmatan Awam Malaysia? Dalam bidang ini
peruntukan dibuat supaya orang-orang Melayu menduduki empat tempat dalam perkhidmatan
awam bagi tiap-tiap satu yang diduduki oleh orang-orang bukan Melayu. Ini akan di anggap
sebagai meletakkan pentadbiran negara ini di bawah tangan kaum yang berjumlah tidak sampai
setengah daripada jumlah penduduk negara ini. Jika pilihan kerja berdasarkan kaum itu dianggap
tidak sihat, maka sudah patutlah kerja-kerja ini diperolehi oleh orang-orang yang paling layak.
Perkara yang paling penting ialah satu-satu kerja itu hams dibuat dengan baik. Namun demikian
kita semua tahu bahawa ada terdapat keadaan-keadaan tertentu bila mana is tidak boleh dipakai.
Marilah kita teliti akan prinsip di sebalik keadaan-keadaan ini.

Sebelum Merdeka, orang-orang British telah memerintah negara ini dengan baik. Walaupun
segala perkhidmatan mereka terhadap penduduk-penduduk yang bukan British bukanlah yang
sebaik-baiknya, namun mereka adalah pentadbir yang pakar. Mereka menjalankan kerja dengan
efisyen. Mereka telah membina suatu perkhidmatan awam yang efisyen dan mem punyai badan
penguatkuasa undang-undang yang sangat berkesan. Mereka telah berjaya mententeramkan
kekacauan yang berlaku di kawasan-kawasan perlombongan bijih timah negeri Perak dan
Selangor. Mereka telah menyelesaikan peperangan-peperangan kecil di antara Raja-Raja Melayu
dan juga menghapuskan kegiatan lanun. Mereka telah membina jalan-jalan kereta dan landasan
keretapi, dan mengutip cukai yang akhirnya terkumpul di perbendaharaan dan kemudian
digunakan untuk membiayai perkhidmatan bagi orang ramai. Mereka adalah orang-orang yang
sesuai bagi menjalankan pentadbiran.
Walau bagaimanapun, kita tidak puashati semata-mata kerana kerja-kerja itu telah dijalankan
dengan baik oleh orang orang yang paling sesuai untuk menjalankannya. Kita hams memikirkan
martabat kita. Kita mahu memerintah negara kita sendiri. Kita mungkin tidak melakukannya
dengan taraf kece kapan yang sama tetapi itu tidaldah penting. Apa yang penting bukanlah
semata-mata mencapai kemerdekaan tetapi kita juga mahukan Malayanisasi. Kita mengingininya
dengan segera, mengikut satu jangka waktu yang ditetapkan. Implikasinya ialahkita tidak peduli
sama ada kerja itu dilakukan dengan baik atau tidak. Apa yang kita kehendaki ialah mengambil
alih tugas itu sebab kita adalah orang-orang Tanah Melayu. Dengan lain per kataan, dalam
keadaan ini kita mestilah menjalankan diskri minasi untuk kebaikan kita sendiri. Kita nyatakan
secara terus terang bahawa pemilihan kerja sepatutnya berdasarkan kepada bangsa. Prasangka
bangsalah yang membentuk asas Malayani sasi.

Prasangka ini mungkin terhenti andainya hanya satu masya rakat sahaja yang wujud di negara
ini, ataupun jika masyarakat yang berbagai itu sama-sama mampu mengambil peluang
Malayanisasi tanpa menyebabkan ketidakseimbangan dalam pengagihan kerja-kerja yang
dikosongkan oleh orang-orang British. Malangnya oleh kerana perbezaan ekonomi yang ke
mudiannya menyebabkan perbezaan pelajaran masyarakat yang berbagai tadi, maka pekerjaan-
pekerjaan kosong akibat dari Malayanisasi hanya dapat diisi oleh satu kaum sahaja. Ini tidak
akan menjadi masalah jika terdapat pertalian rapat di antara kaum sebagai penduduk Tanah
Melayu. Tetapi orang-orang Melayu lebih banyak bezanya dengan orang-orang Cina dari orang
British itu sendiri.

Lebih ramai orang Melayu yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dari Bahasa Cina. Orang
Melayu telah bekerja dengan orang-orang British di dalam pentadbiran Kerajaan, tetapi ini
belum pernah berlaku di dalam syarikat-syarikat kepunyaan orang Cina. Bagi orang-orang
Melayu, dan negara ini amnya, adalah tidak munasabah untuk menukarkan pentadbiran British
kepada pentadbiran Cina selepas proses Malayanisasi. Kemerdekaan tidak akan ada maknanya
kepada orang-orang Melayu sekiranya mereka diperintah oleh orang-orang Cina Tanah Melayu
yang lebih banyak perbezaannya dengan mereka, dan yang mempunyai kepentingan yang sering
berlawanan dengan kepentingan mereka jika dibandingkan dengan apa yang mereka alami di
bawah kekuasan orang-orang British dahulu. Kemerdekaan itu akan hanya menjadi lebih
bermakna jika orang-orang Melayu mempunyai perkongsian di dalam pentadbiran Kerajaan.
Oleh itu peruntukan patut dibuat untuk menentukan bahawa pekerjaan diagihkan bukan sahaja
berdasarkan kepada kebolehan samata-mata tetapi juga kepada kaum. Walaupun orang-orang
Melayu mahukan pengagihan kerja yang dahulu dipegang oleh orang-orang British dengan cara
berat sebelah, mereka tidak sepenuhnya mengenepikan kelayakan. Mereka hanya menuntut
tatacara ini digunakan dalam bidang-bidang kerja yang mereka dapat jalankan dengan baik,
misalnya dalam perkhidmatan pentadbiran. Tujuan orang-orang Melayu meminta kuota yang
agak tinggi dalam perkhidmatan awam adalah supaya mereka tidak tertinggal jauh ke belakang,
kerana mereka belum lagi bersedia untuk memasuki bidang lain. Tetapi, walaupun kuota bagi
orang Melayu dalam perkhidmatan (awam) Kerajaan itu tinggi, dengan nisbah empat orang
Melayu kepada seorang bukan Melayu, namun bilangan orang Melayu masih juga rendah jika
dibandingkan dengan peratus orang-orang Melayu di dalam negara ini.

Di Tanah Melayu, orang Melayu terdiri dari 48% penduduk negara ini sementara orang-orang
Cina hanya berjumlah 38% sahaja. Tetapi dalam Bahagian I dan II Perkhidmatan Kera jaan, yang
secara langsung paling terlibat dalam menentukan arahan dan menjalankan dasar Kerajaan,
bilangan orang-orang Melayu hanyalah 1/3 dari jumlah seluruh pegawai kerajaan yang juga
bermakna bahawa mereka hanya mendapat 1/3 daripada jumlah seluruh gaji yang dibayar. Oleh
itu tidak dapat sama sekali dikatakan bahawa kuota orang-orang Melayu dalamPerkhidmatan
Awam (Pentadbiran) menyebabkan atau merupakan perbezaan kaum. Nyatalah bahawa langkah
ini adalah untuk membetulkan keadaan perbezaan kaum yang wujud dan yang mungkin akan
berlaku. Pandangan sekali imbas terhadap keputusan tahunan sijil persekolahan pelajar-pelajar di
dalam institusi-institusi pengajian tinggi, maka sudah cukup untuk memberi gambaran
Perkhidmatan Kerajaan Malaysia tanpa kuota Perkhidmatan Awam. Kemungkinan besar, dengan
prasangka perkauman yang nyata sekarang, tidak akan terdapat langsung orang-orang Melayu di
dalam perkhidmatan kerajaan tanpa peruntukan kuota. Ini sudah pasti akan merupakan perbezaan
kaum paling buruk. Bagi orang-orang Melayu, ini bermakna bahawa proses Malayanisasi adalah
satu momokan sebab kerajaan masih lagi seperti kerajaan asing, iaitu kerajaan British dahulu.
Apa yang lebih buruk ialah sikap paternalisme orang British itu juga akan luput. Selain daripada
undang-undang Tanah Simpanan Melayu serta sistem kuota bagi biasiswa dan Perkhidmatan
Awam, ada lagi undang-undang lain yang kelihatan bersifat diskriminasi bagi kepentingan
orang-orang Melayu. Tetapi undang-undang dan dasar yang pada zahirnya seakan-akan
mendiskriminasikan ini bukanlah bertujuan untuk memberi kelebihan bagi sesuatu kaum ke atas
kaum yang lain. Sebenarnya is digubal untuk menghalang perkara ini dari berlaku. Undang-
undang dan dasar ini, pada peringkat tertentu, telah dapat membetulkan banyak kelebihan-
kelebihan yang tidak adil, tetapi walau bagaimanapun langkah tersebut masih belum mencapai
basil dengan sepenuh nya. Bagi mereka yang tinggal di Tanah Melayu ini atau yang sedang
datang melawat tentu jelas bahawa persamaan kaum di negara ini tidak wujud. Seperti juga yang
berlaku di Amerika Syarikat, walaupun telah ada undang-undang yang menentang diskriminasi
namun persamaan kaum masih belum wujud. Undang-undang tidak menjadikan orang ramai itu
sama. Ia hanya dapat membolehkan persamaan tercapai. Apa yang mus tahak ialah sikap
masyarakat itu sendiri dan mereka itu sendiri lah yang boleh menyamakan diri mereka.

Persamaan kaum dapat dikatakan wujud bukan sahaja apabila tiap-tiap kaum itu sama di sisi
undang-undang tetapi cuma apabila tiap-tiap kaum itu diwakili dalam tiap-tiap lapisan
masyarakat, di dalam tiap-tiap bidang pekerjaan mengikut kadar peratus mereka dalam jumlah
penduduk negara itu. Jika tafsiran persamaan kaum itu betul apakah yang menjadikan perbezaan
kaum itu sangat nyata di Tanah Melayu? Sebelum bidang bidang tertentu itu dibinchangkan,
memang relevan jika gambaran amnya ditinjau dahulu. Gambaran am yang paling nyata ialah
penyebaran geografi kaum-kaum di Malaysia. Di bandar terdapat ramai orang bukan Melayu
tetapi di desa hampir keseluruhannya orang Melayu. Demografi yang aneh ini sendiri adalah satu
bukti perbezaan kaum.

Dalam zaman moden ini kita tahu bahawa negara-negara yang maju adalah negara yang
mempunyai urbanisasi yang maksimum. Sewaktu Amerika Syarikat mula membangun, 95
peratus daripada penduduknya terlibat dalam pertanian di kawasan luar bandar. Hari ini hanya 5
peratus sahaja penduduknya yang dapat dianggap benar-benar sebagai penduduk luar bandar.
Kekuatan Amerika Syarikat adalah di bandar-bandar, di mana perniagaan dan industri menjadi
tulang belakang kesemua perkara yang penting dalam penghidupan kebangsaan dan antarabangsa
Amerika. Malahan Soviet Rusia juga telah melalui proses urbanisasi yang sangat pesat. Eropah
pula adalah satu contoh di mana kekuatannya terletak kepada bandar dan proses urbanisasinya
berlaku lebih lama daripada kawasan-kawasan lain di dunia ini.
Di Tanah Melayu, dengan terdapatnya kebanyakan orang Melayu di kawasan luar bandar dan
orang bukan Melayu di bandar, maka berertilah bahawa terdapat perbezaan dalam kemajuan dan
perkembangan masyarakat. Sesebuah negara atau masyarakat yang sedang membangun
sepatutnya perlahan lahan melalui proses urbanisasi. Walaupun Tanah Melayu berada dalam satu
sistem politik yang sama seperti di bawah pemerintahan British, orang-orang Melayu tidak
mengikut aliran pembangunan yang telah menjadi ciri kepada masyarakat pertanian di tempat-
tempat lain di dunia ini.

Pentingnya proses urbanisasi dalam kemajuan sesuatu masyarakat terletak kepada organisasi
kompleks yang terdapat di bandar-bandar dan di pekan-pekan. Ini menyebabkan pendu duk
bandar lebih cergas dan berpengetahuan. Sebaliknya, penduduk-penduduk luar bandar menjadi
terpisah daripada pengalaman-pengalaman ini dan mereka terikat dengan pola hidup lama yang
menjadi ciri kehidupan di luar bandar. Tingkat pengetahuan mereka lebih rendah dan keupayaan
untuk berubah adalah terhad. Oleh itu masyarakat luar bandar lebih statik jika dibandingkan
dengan masyarakat bandar. Pendeknya terdapat perbezaan kemajuan di antara kawasan bandar
dan luar bandar.

Perbezaan kaum di sini merupakan perbezaan dari segi kekayaan, perbezaan dari segi peluang
dan perbezaan dari segi kemajuan. Dalam usaha mencari sebab perbezaan kaum, kita hams
mengambil perkiraan akan pentingnya pengagihan demografi. Ia adalah punca dan juga akibat
perbezaan kaum. Dapat diperkatakan bahawa jika pengagihan penduduk di Tanah Melayu sendiri
adalah suatu bukti perbezaan kaum, maka orang-orang Melayulah yang patut disalahkan. Jika di
pandang sekali imbas seakan-akan nyata bahawa orang-orang Melayu memilih secara sukarela
untuk tinggal atau untuk pindah ke kawasan luar bandar. Oleh itu mereka sendiri telah
menyebabkan perbezaan kaum dengan menetap di kawasan luar bandar dan menyekat kamajuan
mereka sendiri. Sementara kaum-kaum lain berkembang dengan ciri-ciri kemajuan pekan dan
bandar, orang-orang Melayu seolah-olah berpuashati untuk memandang sahaja kemajuan berlalu.
Pada zahirnya kelihatan seakan-akan tidak satu apa pun menghalang mereka dari ber hijrah ke
kawasan-kawasan bandar, namun mereka tidak mela kukannya. Adakah semua andaian ini betul?
Sudah menjadi perkara biasa bagi orang ramai tertarik hati terhadap kehidupan bandar dan
pekan, tetapi adakah orang-orang Melayu terkecuali dari sikap ini? Adakah mereka memilih
untuk tinggal di luar bandar dan terns mundur? Untuk menjawab soalan-soalan ini, kita hams
melihat pilihan-pilihan yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dalam menentukan tempat tinggal
mereka.

Pertama terdapat undang-undang Tanah Simpanan Melayu. Undang-undang ini telah menahan
orang-orang Melayu dari kehilangan kesemua tanah mereka dan menjadi penyewa kepada tuan
tanah yang bukan Melayu dengan sepenuhnya. Tetapi undang-undang ini tidaklah secara
keseluruhannya membawa kebaikan kepada orang-orang Melayu. Kita telah melihat bagaimana
undang-undang ini boleh menukar tanah yang tidak dikhaskan kepada tanah simpanan untuk
orang-orang bukan Melayu. Oleh kerana dasar kerajaan cendemng untuk menjadi kan tanah
simpanan bukan Melayu di kawasan bandar, maka orang Melayu walaupun mereka kaya, lebih
suka tinggal di kawasan tanah yang telah disimpan untuk mereka di kawasan luar bandar; tanah
yang lebih murah dan senang diperolehi. Biarpun mereka telah mempunyai tanah di kawasan
bandar kemudahan mendapatkan tanah murah di kawasan luar bandar yang berhampiran
mempengaruhi mereka untuk menjual tanah mereka di bandar itu lalu berpindah ke kawasan luar
bandar. Tanah-tanah mereka di kawasan bandar pula lebih tinggi harga nya apabila dijualkan
kepada orang-orang bukan Melayu. Jika mereka tidak mahu menjual harta mereka ini, harganya
akan dinaikkan supaya timbul keinginan mereka untuk menjualnya. Biarpun sekiranya harta
bandar mereka itu di dalam lingkungan simpanan Melayu mereka tetap juga diminta
menjualkannya. Orang-orang Melayu ini akan ditunjukkan berbagai cara untuk mengatasi
undang-undang dan mereka akan memperolehi keuntungan yang banyak jika mereka berjaya
berbuat demikian. Undang-undang Tanah Simpanan Melayu tidak berkesan untuk menentukan
agar orang-orang Melayu tinggal di kawasan ban dar. Hanya undang-undang yang lebih ketat
seperti yang ter dapat dalam undang-undang Tanah Simpanan Melayu di Kampung Baharu,
Kuala Lumpur, sahaja yang dapat menge kalkan orang-orang Melayu tinggal di kawasan bandar.

Selain daripada undang-undang Tanah Simpanan Melayu ada juga faktor-faktor lain yang
menyebabkan orang-orang Melayu meninggalkan kawasan bandar. Salah satu daripada sebabnya
ialah kekurangan pekerjaan. Masyarakat bandar adalah masyarakat yang teratur dan menjalankan
darjah pengkhususan yang tinggi. Setiap orang mempunyai kerja yang berguna kepada orang
lain. Ia mungkin kerja-kerja berhubung dengan perkhidmatan sahaja seperti memandu kereta,
lori atau beca, atau sebagai orang gaji. Ia mungkin kerja-kerja menyedia dan menjual makanan
atau barang. Ia mungkin dari segi mem beri hiburan atau mengurus kemudahan-kemudahan
hiburan. Mungkin apa sahaja asalkan is boleh mendatangkan basil untuk membeli makanan dan
tempat tinggal. Keadaan di luar bandar adalah sangat berbeza dari ini. Makanan dan tempat
tinggal dapat diperolehi dengan percuma. Sekeping tanah yang sekang kang kera dan pondok
kecil beratap rumbia sudah cukup untuk memenuhi kehendak rohani dan jasmani.

Apakah peluang-peluang kerja bagi orang-orang Melayu di kawasan bandar? Peluang yang
terbaik bagi orang-orang Melayu adalah Perkhidmatan Kerajaan di mana mereka tidak
mengalami diskriminasi dan kerja-kerja ini adalah lebih baik gajinya dan lebih tetap
kedudukannya. Di luar Perkhidmatan Kerajaan, kerja-kerja yang terbuka bagi orang-orang
Melayu hanyalah kerja-kerja lapisan bawah sekali. Misalnya kerja-kerja sebagai pemandu
ataupun penarik beca. Mereka juga mungkin boleh mendapat beberapa pekerjaan di firma-firma
Eropah yang besar. Selain daripada itu tidak ada tempat kerja lain bagi orang-orang Melayu
untuk memperolehi nafkah hidup di pekan dan di bandar. Kedai-kedai Cina dan India tidak mahu
mengambil orang Melayu sebagai pekerja. Orang-orang India pula sehingga akhir-akhir ini
masih lagi mengimport pekerja pekerja dari India. Orang-orang Cina pula tidak mahu mengambil
orang-orang Melayu sebagai pembantu kedai mereka kerana beberapa sebab. Salah satu di antara
sebabnya yang selalu diberi ialah kerana orang-orang Melayu tidak tahu menjual barang-barang.
Tetapi orang-orang Melayu juga telah tidal( diberi kerja-kerja yang tidak memerlukan apa-apa
kema hiran penjualan. Firma-firma dan bank-bank Cina yang moden tidak mahu mengambil
pekerja Melayu jangankan sebagai ekse kutif, kerani pun tidak. Oleh kerana aktiviti-aktiviti per
dagangan di bandar-bandar Tanah Melayu ini adalah di dalam tangan orang-orang bukan Melayu
maka diskriminasi yang begini bererti bahawa beribu pekerjaan tertutup kepada orang orang
Melayu. Oleh kerana kerja adalah sangat mustahak kepada penghidupan bandar maka akibat
daripada diskriminasi ini orang-orang Melayu yang segelintir tinggal di bandar berpindah ke luar
bandar dan ini juga menyekat pemindahan orang-orang Melayu dari luar bandar ke kawasan
bandar. Barangkali jika orang-orang Melayu ingin terus tinggal di kawasan bandar mereka
haruslah melibatkan diri dalam per niagaan seperti membuka kedai sendiri dan dengan itu juga
boleh menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada orang orang Melayu lain. Sekiranya telah
diakui bahawa tidak akan timbul integrasi antara kaum dan dalam perniagaan pula akan terus
terdapat ruang-ruang yang berasingan, maka kedai-kedai Melayu di kawasan bandar boleh
membawa orang Melayu ke bandar. Malangnya untuk memulakan sesuatu jenis per niagaan
walau bagaimana kecil sekali pun bukanlah perkara yang mudah. Kedudukan orang-orang
Melayu yang ketinggalan dalam bidang perdagangan dan perindustrian menjadikan usaha-usaha
yang begini lebih menyulitkan. Mereka bukan sahaja harus bersaing dengan orang-orang yang
mempunyai modal yang lebih besar tetapi juga mereka harus bersaing dengan satu tradisi dan
pengalaman perniagaan yang tidak ada tolok bandingnya di negara ini. Mereka terpaksa bersaing
dengan orang-orang Cina. Orang-orang Cina mempunyai ber bagai organisasi yang saling
berpaut untuk menjaga kepentingan perkauman dalam perniagaan. Mereka mempunyai gabungan
seniaga (guilds) dan badan pertubuhan di dalam hampir ber bagai bidang perdagangan dan juga
terdapat Dewan Perniagaan Cina yang sangat kuat. Perdagangan borong hampir keseluruhannya
berada di dalam tangan mereka, dan dengan ketiadaan harga tetap Berta juga dengan
kelonggaran sistem kredit mereka, maka peruncit-peruncit senang sahaja diputar belitkan.

Ini dan juga beberapa lagi sikap perkauman mereka, menyebabkan orang-orang Melayu yang
berani bersaing dengan mereka menghadapi keadaan yang sangat tidak meng untungkan.
Peluang untuk terus berkecimpung di dalam bidang perdagangan dan perniagaan yang pesat
persaingannya di bandar-bandar adalah sangat minimum biarpun bagi orang orang Melayu yang
berpengalaman dan mempunyai modal yang banyak. Bagi orang-orang Melayu peluang ini tidak
ada sama sekali. Hanya segelintir dari mereka yang mungkin terus bertungkus lumus tetapi
kebanyakan dari mereka hanya berhenti di peringkat rancangan sahaja. Jika kita anggap cara
untuk membandarkan orang-orang Melayu ialah dengan cuma mengadakan syarikat-syarikat
Melayu di pekan dan bandar, maka peluang untuk mencapai kejayaan adalah hampir tiada.
Hanya dengan satu cara sahaja yang dapat orang Melayu tinggal di bandar, iaitu orang bukan
Melayu hendaklah memberhentikan amalan diskriminasi mereka terhadap orang Melayu.

Betapa meluaskah amalan diskriminasi terhadap orang Melayu ini? Dalam bidang perniagaan
amalan diskriminasi ini sangatlah luas sehinggakan ianya dianggap sebagai perkara biasa sahaja.
Sebuah syarikat Cina sama ada kecil atau besar tidak akan mengambil pekerja-pekerja Melayu
kecuali sebagai pemandu, dan tidak siapa yang akan menganggap ini sebagai diskri minasi.
Memanglah diakui bahawa pengambilan kerja secara ini adalah lebih kerana praktisnya dari
perkauman. Orang Cina menjalankan perniagaan dalam Bahasa Cina termasuk semua
perakaunan dan penyimpanan rekod. Perhubungan perhubungan perniagaan juga dalam Bahasa
Cina. Lagi pula kedai-kedai kecil dikendalikan berdasarkan taat setia pada keluarga yang
menjadi alas kepada kejujuran.

Walau bagaimanapun, orang-orang Melayu boleh diambil bekerja jika ada kemahuan berbuat
demikian. Kedai-kedai runcit yang biasa boleh mengambil pekerja-pekerja Melayu sebagai
jurujual. Mungkin mutu pekerjaan mereka tidaklah sebaik orang-orang Cina, tetapi kedudukan
mereka itu tidak akan bertambah baik jika peluang untuk belajar tidak diberi kepada mereka.
Pada mulanya mungkin banyak yang tercicir. Namun demikian, patutlah dijangka bahawa
sebilangan kecil dari mereka akan berterusan dan berjaya. Firma-firma dan bank-bank Cina yang
besar menjalankan perniagaan mereka dalam Bahasa Inggeris, oleh itu tidak ada sebab mengapa
mereka tidak boleh mengambil pekerja-pekerja Melayu. Mung kin mereka tidak bekerja setekun
orang-orang bukan Melayu. Tuduhan ini mungkin ada asasnya, tetapi tidak mungkin pula
keadaan itu seburuk yang diceritakan. Jabatan-jabatan kerajaan dan beberapa buah firma British
telah dapat meneruskan perniagaan mereka dengan pekerja-pekerja Melayu. Tidak sepatutnya
semua orang-orang Melayu digolongkan ke dalam satu ketegori dan diberi pula label `malas'.
Apa yang perlu ialahsatu sikap yang lebih liberal dan bersefahaman. Pada suatu masa kelak akan
muncul golongan nadi orang-orang Melayu yang telah dapat menyesuaikan diri dan mempunyai
kebolehan serta pengetahuan mengenai perniagaan dan perkara-perkara ber kaitan. Pengetahuan
mereka adalah hampir sama, kalaupun tidak sama dengan orang bukan Melayu. Malahan
sekarang pun sudah ada orang-orang Melayu yang telah membuktikan kebo lehan mereka yang
lebih baik dari biasa dalam bidang-bidang yang berjaya mereka masuki.

Perbezaan kaum bukanlah berdasarkan pada asal usul etnik semata-mata tetapi juga ditentukan
oleh beberapa ciri yang lain. Ciri-ciri ini adalah sangat mustahak. Bagaimana ciri-ciri ini
berkembang adalah suatu perkara lain, tetapi apabila kaum kaum ini bersaing antara satu sama
lain dalam bidang-bidang tertentu, ciri-ciri ini memainkan peranan yang sangat penting.Orang-
orang Yahudi misalnya bukan sahaja mempunyai hidung tinggi dan bengkok tetapi mempunyai
naluri yang amat tajam terhadap wang. Orang-orang Eropah pula bukan sahaja berkulit cerah
tetapi juga mempunyai sifat ingin tahu yang tidak terbatas. Orang-orang Melayu bukan hanya
berkulit kuning langsat tetapi bersifat santai dan toleran. Orang Cina bukan hanya orang orang
yang bermata sepet tetapi secara semula jadi berbakat menjadi pedagang. Kemajuan mereka di
seluruh Asia Tenggara menjadi buktinya.
Ciri-ciri yang begini membezakan satu kaum dari yang lain lebih dari faktor-faktor fizikal seperti
warna dan fisiognomi. Semua ciri ini terdapat dalam tiap-tiap kaum secara yang nyata atau tidak.
Ciri-ciri ini tidak mempunyai makna sehinggalah kaum-kaum yang berbeza ini mempunyai
hubungan antara satu sama lain. Kebakhilan dan kemahiran mengendalikan wang membolehkan
orang-orang Yahudi mengawal perdagangan di Eropah. Ini telah membangkitkan perasaan anti
Yahudi yang tenggelam timbul di kalangan orang-orang Eropah sejak ber zaman-zaman dahulu.
Semangat ingin tahu dan dahagakan pengalaman barn, yang menjadi sifat utama orang-orang
Eropah, telah membawa mereka menjelajah dan menakluki tanah-tanah yang dipunyai oleh
orang-orang Asia dan Afrika yang tidak tinggi semangat ingin tahunya. Perasaan toleran dan
sikap laissez-faire (tidak apa) orang-orang Melayu telah mem¬bolehkan orang-orang British
menakluki Tanah Melayu tanpa peperangan yang diisytiharkan dan kemudian diikuti dengan
kemasukan orang-orang Asia yang bukan Melayu secara beramai-ramai. Ketajaman fikiran
dalam perniagaan telah menjadikan orang Cina sebagai orang-orang tengah yang universal di
Asia Tenggara. Dapat dilihat bahawa sifat-sifat ini menentukan hubungan antara kaum bila
mereka bertemu antara satu dengan lain. Dalam lingkungan kaum yang sama sifat-sifat ini tidak
penting kerana hal ini tidak memberi kelebi han atau kekurangan bagi sesiapa. Tetapi apabila
kaum-kaum ini bertemu antara satu dengan lain, sifat-sifat ini akan menonjol dan menimbulkan
perbezaan etnik.

Untuk membandingkan dengan lebih mendalam lagi tentang perbezaan kaum dan maknanya di
Malaysia eloklah kita menyimpang sedikit kepada perkara yang lain. Perkara ini menerangkan
mengapa orang-orang Melayu itu tinggal di desa dan mundur dari segi ekonomi, dan mengapa
orang-orang bukan Melayu boleh tinggal di bandar dan maju dari segi eko nomi. Bukanlah
kerana keinginan mereka maka orang-orang Melayu tinggal di desa dan hidup dalam
kemiskinan. Ini adalah akibat dari pertembungan sifat-sifat perkauman. Orang Melayu bersifat
santai dan toleran. Orang-orang Cina terutamanya, rajin bekerja dan licik dalam perniagaan. Bila
kedua-dua kaum ini bertemu akibatnya tidak dapat dielakkan. Sebelum kemaraan orang-orang
Cina yang mengganas ini, orang-orang Melayu telah berundur ke kawasan-kawasan yang kurang
menarik. Kerajaan telah menjangkakan akibat dari persaingan sifat-sifat perkauman ini, oleh itu
dengan tergesa-gesa diadakan Tanah Simpanan Melayu yang walaupun menolong orang-orang
Melayu tetapi juga menjadi alat yang menentukan orang-orang Melayu terus tinggal di desa.
Perkara ini akan berakhir di situ jika tidak kerana faktor-faktor pendidikan dan politik. Orang
Melayu perlahan-lahan melihat perkara ini dari pandangan yang agak berbeza. Mereka, seperti
juga orang-orang lain, tidak mahu tinggal di luar bandar dan terus miskin. Mereka mahu menjadi
sama seperti orang-orang lain dalam negara ini. Mereka juga mahu tinggal di bandar, mahu kaya
dan mahu maju dalam pendidikan. Mereka juga mahu apa yang mereka anggap sebagai hak atau
bahagian mereka dalam kemewahan negara ini. Tiada faedahnya menerangkan bahawa
kesalahan itu letaknya pada sifat-sifat mereka. Tiada faedah juga mengatakan kepada mereka
bahawa semua langkah yang dapat diambil untuk menolong mereka telah dilaksanakan oleh
Kerajaan. Selagi mereka tidak mendapat bahagian yang sama dan selagi ada perbezaan kaum,
mereka tidak boleh mengenepikan atau membiarkan faktor dan amalanamalan yang menghindar
cita-cita unggul mereka untuk mendapatkan tempat di negara ini. Bagi mereka, apa yang akan
sentiasa menyebabkan mereka mundur ialah diskriminasi di bidang perniagaan dan perusahaan.
Mereka tidak diberi pe luang seperti orang-orang lain yang merdeka. Memang benar bahawa
Kerajaan sedang melakukan segala yang boleh, tetapi dengan usaha Kerajaan sahaja tidak cukup
untuk mewujudkan persamaan kaum. Rakyat juga haruslah mengamalkan per samaan kaum
sebelum is dapat menjadi satu kenyataan. Untuk mengamalkan persamaan kaum rakyat haruslah
menghapuskan amalan sistem diskriminasi dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Diskriminasi ini bukan sahaja mengakibatkan perbezaan kaum, tetapi dengan menyisihkan
orang-orang Melayu dari kawasan bandar akan meneruskan dan menekan kan lagi perbezaan
kaum.

Bagaimanakah pula dengan mengekalkan orang-orang Melayu di desa akan menerus dan
memperkukuhkan lagi perbezaan kaum? Saya telah menjelaskan bagaimana orang orang bandar
lebih sofistikated daripada orang-orang desa disebabkan pengalamannya yang berbagai di
bandar. Tetapi bukan pengalaman dan latar belakang sahaja yang telah memajukan orang-orang
bandar. Berbagai faktor lain juga, secara langsung dan tidak langsung, bertanggungjawab bagi
keadaan ini.

Kebanyakan sekolah-sekolah yang baik terdapat di bandar. Di Tanah Melayu, walaupun ada
berbagai usaha kerajaan untuk memberi kemudahan yang sama tarafnya kepada kawasan
kawasan desa, namun telah menjadi kenyataan hingga kini bahawa kanak-kanak yang tinggal di
kawasan bandar lebih ber peluang untuk memasuki sekolah yang lebih baik jika dibandingkan
dengan kanak-kanak desa. Sekolah-sekolah yang ternama pula didapati di bandar-bandar besar
yang hampir keseluruhan penduduknya terdiri daripada orang-orang bukan Melayu. Guru-guru
yang baik dan kemudahan-kemudahan serta alat bantu mengajar yang baik terdapat di sekolah-
sekolah tersebut. Oleh itu sudah tentulah belanja persekolahan di sekolah-sekolah ini lebih mahal
dan di luar kemampuan kebanyakan orang-orang Melayu yang tinggal di pekan dan bandar.

Di Kuala Lumpur,Ipoh dan Pulau Pinang, hampir keseluru han murid di sekolah-sekolah yang
terbaik terdiri daripada orang-orang bukan Melayu. Sekolah-sekolah yang baik tidak dapat
diwujudkan dalam waktu yang singkat. Sekolah-sekolah yang baik di bandar mempunyai tradisi-
tradisi yang beratus tahun lamanya. Bangunannya kukuh dan besar. Kawasan tempat bermain
teratur dan terjaga. Guru-guru terdiri daripada yang terbaik dan berdedikasi. Dan keputusan
tahunan menun jukkan kecemerlangan murid-murid dari sekolah-sekolah ini. Dari sekolah-
sekolah inilah lahirnya pelajar-pelajar yang telah dan akan menduduki kelas yang istimewa
dalam masyarakat Malaysia. Mereka akan menjadi doktor, peguam, arkitek dan ahli-ahli
profesional yang lain. Mereka akan jadi pengarah dan usahawan. Mereka akan menjadi
pemimpin di masa hadapan. Dengan sifat mereka yang agresif Berta pula berpengetahuan luas
dan sangat memahami akan selok-belok dunia, maka mereka mempunyai kebolehan yang cukup
untuk menyisihkan rakan sebaya mereka yang di desa, biarpun rakan sebaya ini mem punyai
kelulusan yang sama.

Masalah persekolahan ini akan berterusan hingga ke kolej dan universiti. Oleh kerana terdapat
latar belakang pendidikan yang berbeza di antara berbagai kaum, maka tidaklah hairan jika
pengajian tinggi akan menguat dan meneruskan lagi perbezaan kaum di negara ini. Kolej-kolej
dan Universiti Malaya selalu menuntut kebebasan daripada campurtangan politik. Mereka mahu
dan telah pun mendapat kebenaran untuk memilih pelajar-pelajar mereka tanpa mengambil
perkiraan akan kehen dak politik negara ini. Mereka mendakwa bahawa sebagai institusi
pengajian mereka hanya mengambil berat tentang kela yakan dan taraf akademik. Mereka tidak
ambil kira tentang asal usul kaum. Mereka tidak menjalankan diskriminasi. Dan hasilnya ialah
diskriminasi. Latar belakang pendidikan, seperti yang telah kita nyatakan tadi, selalunya
memberi kelebihan kepada penduduk-penduduk bandar, dan ini bererti penduduk penduduk
bukan Melayu. Orang-orang inilah yang tahun demi tahun mendapat keputusan-keputusan yang
baik. Merekalah orang-orang yang beroleh keistimewaan di dalam sekolah sekolah rendah dan
menengah yang terbaik. Hasil keistimewaan ini membawa mereka kepada keistimewaan yang
lebih besar di kolej-kolej dan di universiti.

Di Malaysia terdapat lebih ramai kanak-kanak sekolah rendah Melayu daripada bukan Melayu.
Di sekolah menengah kelebihan ini berkurangan, iaitu kanak-kanak Melayu di sekolah menengah
lebih sedikit daripada yang bukan Melayu, terutama sekali di sekolah beraliran Inggeris. Tetapi
dalam institusi pengajian tinggi, pola perbezaan kaum untuk masa hadapan telah mula terbentuk.
Kolej-kolej dan institusi-institusi, sama ada di dalam atau di guar negeri, mempunyai lebih ramai
penuntut bukan Melayu daripada penuntut Melayu.

Kita boleh menyatakan bahawa institusi-institusi pengajian tinggi tidak dapat menyeleweng dari
matlamat mereka, iaitu raison d'etre mereka. Kepentingan mereka ialah pelajaran bukan masalah
perkauman. Mereka hanya memilih mengikut kebolehan. Sekarang marilah kita kaji keadaan
negara-negara lain. Adakah kebolehan pelajaran sahaja yang menjadi kriteria ulung untuk
kemasukan ke universiti? Tidakkah terdapat syarat syarat tertentu negara tersebut yang
mempengaruhi kemasukan ke sesebuah kolej atau universiti?

Di Amerika Syarikat, selepas Perang Dunia Kedua, universiti terpaksa menerima bekas-bekas
tentera yang ingin memasuki mana-mana universiti. Asas diskriminasi untuk menampung bekas-
bekas tentera ini bukan sahaja untuk menghargai jasa mereka tetapi adalah kerana peperangan
telah menjadi peng halang kepada askar-askar ini. Peperangan telah memaksa askar-askar ini
berhenti daripada mendapat pelajaran biasa yang mungkin boleh membawa sebilangan dari
mereka ke peringkat universiti. Oleh sebab pada masa itu tidak ada cara untuk membezakan
mereka yang boleh ke universiti dengan yang tidak boleh, maka setiap bekas tentera diberi
layanan seolah-olah mereka mempunyai potensi untuk mendapat pelajaran tinggi. Tidak dapat
disangkal bahawa jika tidak kerana mereka dianggap veteran peperangan, sebahagian besar
daripada mereka tidak mungkin dapat memasuki universiti-universiti. Tetapi apa yang hendak
dinyatakan di sini ialah oleh kerana adanya peluang yang diberi kepada mereka maka setengah
dari mereka yang tidak begitu baik telah juga memperolehi kejayaan. Bukankah hujah seumpama
ini berlaku juga di Malaysia?
Bukanlah tujuan di sini untuk memperkecilkan negara-negara lain, tetapi nyata kepada sesiapa
sahaja yang ingin mengkajinya, bahawa taraf akademik di setengah-setengah negara tidaklah
begitu tinggi, sekadar memenuhi syarat minimum sahaja. Bagi negara-negara yang telah
mencapai kemerdekaan, kebanyakan nya telah berebut-rebut menubuhkan universiti-universiti
baru. Universiti-universiti nasional ini cuba memenuhi kehendak kehendak negara baru itu dan
telah juga mengambil kira kea daan-keadaan yang terdapat di negara mereka. jika taraf pela jaran
di negara baru itu rendah, maka universiti nasional mereka akan menerima masuk sesiapa sahaja
yang telah mencapai gred yang ditentukan. Tetapi jika taraf mereka itu tinggi, maka dengan
mencapai gred itu sahaja tidaklah cukup. Malah mereka haruslah memperolehi gred yang baik
pula. Dengan lain per- kataan, walaupun terdapat ramai bilangan pelajar yang telah mempunyai
kelayakan asas yang cukup untuk memperolehi pelajaran universiti, tidak semua dari mereka
diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang hanya mem punyai kelulusan minimum tetapi
mempunyai bimbingan yang cukup juga boleh mencapai taraf yang tinggi. Keupayaan untuk
menimba pengetahuan bukanlah mengikut kadar yang sama seumur hidup. Demikian juga
dengan cara memberi gred kepada keupayaan pembelajaran seseorang itu, is bukanlah sentiasa
betul. Dari itu mungkin mereka yang tercicir juga boleh mengatasi pelajar-pelajar yang telah
berjaya.

Sebelum mencapai kemerdekaaan, negara Congo (Zaire) hampir tidak mempunyai seorang pun
mahasiswa universiti. Semua dianggap tidak mempunyai potensi. Ini adalah kerana taraf yang
dicapai oleh orang-orang Congo di dalam pelajaran rendah dan menengah tidak menunjukkan
keupayaan untuk mencapai pelajaran tinggi. Tetapi sejak kemerdekaan, Universiti Nasional
mereka dan juga universiti-universiti luar negeri telah menerima pelajar-pelajar Congo yang
mempunyai gred yang rendah dari apa yang selalunya diperlukan oleh universiti. Sejak
kebelakangan ini bilangan orang-orang Congo yang memperolehi ijazah universiti telah makin
bertambah dengan pesatnya. Jika sekiranya universiti-universiti itu berpegang teguh untuk
menjaga taraf masing-masing, maka pasti kebanyakan daripada orang-orang Congo tidak
berpeluang untuk mendapatkan pelajaran tinggi. Sekiranya kemasukan ke universiti hanya
berdasarkan kepada peperiksaan persaingan dengan, katakanlah, bekas penjajah mereka, tidak
mungkin ada orang Congo yang akan mendapat pelajaran universiti . Ini ada lah satu contoh di
mana pelajaran tinggi dibentuk untuk meme nuhi keperluan dan mengikut keadaan yang terdapat
dalam sesebuah negara.

Sekarang marilah kita perhatikan keadaan di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara berbilang
kaum yang unik. Malahan orang-orang Negro di Amerika lebih senang diintegrasikan dengan
orang-orang kulit putih jika dibandingkan dengan berbagai kaum yang terdapat di Malaysia yang
sukar untuk bersatupadu. Orang-orang Negro beragama Kristian. Mereka bertutur dalam bahasa
yang sama dan pada asasnya mempunyai adat yang serupa dengan orang-orang kulit putih.
Perkahwinan campuran selalunya berlaku. Tetapi di Malaysia pembahagiannya bukan sahaja
berdasarkan semata-mata kepada etnik, budaya, keupayaan, bahasa dan ekonomi tetapi juga
seperti yang kita lihat sebelum ini, dari segi pendidikan juga. Orang-orang Melayu yang tinggal"
di desa dan lebih miskintidak banyak berpeluang untuk mendapat pelajaran sekolah rendah dan
menengah jika dibandingkan dengan orang-orang bukan Melayu yang lebih kaya dan tinggal di
bandar. Tiap-tiap tahun keputusan-keputusan peperiksaan menunjukkan per bezaan yang
meruncingkan di antara kedua-dua kaum ini. Walaupun telah dijalankan berbagai usaha, kesan
pengalaman dan latar belakang beberapa generasi tidak dapat sama sekali dihapuskan untuk
menghasilkan persamaan peluang bagi ke majuan semua kaum. Untuk beberapa tahun akan
datang kela yakan pelajaran tinggi orang-orang Melayu secara puratanya adalah akan tertinggal
di belakang kaum-kaum yang lain. Dalam keadaan yang begini persaingan yang biasa di antara
pemohon pemohon untuk memasuki universiti dan kolej, sama ada dalam negeri ataupun luar
negeri, tentu sahaja tidak menguntungkan orang-orang Melayu. Di dalam tiap-tiap kursus
pengajian, jika tempat yang kosong kurang daripada bilangan pemohonpemohon, maka orang-
orang Melayu tidak akan diterima masuk ataupun hanya sebilangan kecil sahaja akan diterima.
Jika perbezaan di antara tempat-tempat kosong dan bilangan pemohon-pemohon adalah besar
maka peluang orang-orang Melayu menjadi semakin kecil untuk mendapat tempat di universiti.
Apabila peluang untuk membaiki kedudukan mereka adalah terhad, maka peluang mereka untuk
mengalami proses urbanisasi juga terhad. Seperti yang telah dijelaskan tadi,jika kurang orang-
orang Melayu tinggal di bandar maka sema kin besarlah perbezaan kaum.

Sebagai satu contoh, lihat sahajalah Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Tiap-tiap tahun fakulti
ini mempunyai tempat yang terhad bagi pelajar-pelajar untuk mengambil ijazah perubatan di
universiti tersebut. Setiap tahun pelajar-pelajar yang terbaik di negara ini memohon untuk
mengikuti kursus perubatan. Tiap-tiap orang pelajar ini hams mempunyai kelayakan alas untuk
menjadi seorang doktor. Pengalaman di berbagai tempat telah menunjukkan bahawa pelajar-
pelajar yang mempunyai kelayakan yang minimum, jika diterima masuk dalam Fakulti Perubatan
dan diberi latihan yang sempurna, akan akhirnya lulus sebagai seorang doktor. Tetapi oleh
kerana tempat-tempat yang terhad, maka hanya yang terbaik sahaja dapat diterima. Dan oleh
kerana pelajar-pelajarMelayu yang selalunya dari desa atau dari sekolah-sekolah yang inferior di
bandar, selalunya secara purata mempunyai keputusan yang lebih lemah, maka lazimnya
segelintir sahaja yang mempunyai keputusan yang baik dan mendapat tempat di antara pelajar-
pelajar yang dipilih untuk mengikuti latihan perubatan. Persaingan untuk mendapat latihan
perubatan selalunya tidak menguntungkan orang-orang Melayu di negara ini. Sekiranya tidak ada
persaingan orang-orang bukan Melayu, sudah pasti kesemua pemohon-pemohon Melayu
diterima. Tetapi pelajar-pelajar bukan Melayu yang mempunyai keputusan peperiksaan yang
lebih baik, dicapai melalui persekolahan dan latar belakang yang lebih baik, akan memenuhi
tempat-tempat kosong yang ada dan dengan itu menyekat bilangan orang-orang Melayu menjadi
doktor mengikut bahagian peratus penduduk Melayu di negara ini. Elok juga dinyatakan di sini
bahawa sebahagian besar dari caloncalon bukan Melayu yang tidak berjaya memasuki Universiti
Malaya akan mengikuti kursus perubatan di India atau lain-lain negara kerana mereka
berkemampuan berbuat demikian. Ini sudah tentu akan menambahkan perbezaan bilangan doktor
dalam setiap kaum.

Apa yang berlaku dalam Fakulti Perubatan juga berlaku dalam kursus-kursus profesional yang
lain. Malahan dalam Fakulti Sastera pun bilangan orang-orang bukan Melayu lebih ramai
daripada orang-orang Melayu. Oleh itu jurang pelajaran di antara orang Melayu dan bukan
Melayu menjadi lebih besar lagi oleh sebab orang-orang yang bertanggungjawab mengenai
pelajaran tinggi mempercayai bahawa kenyataan politik dan sosial yang terdapat di negara ini
tidak bersangkut paut dengan apa yang mereka katakan pengejaran pengetahuan. Oleh itu
pelajaran tidak menjadi alat untuk mencapai per samaan kaum, tetapi sebaliknya meneruskan dan
juga mem perkukuhkan perbezaan kaum. Kemiskinan dan kekurangan pekerjaan di kawasan
bandar telah menjadikan orang-orang Melayu tinggal di desa. Oleh kerana miskin dan tinggal di
desa, orang-orang Melayu semakin kebelakangan di dalam bidang pelajaran menengah dan
rendah jika dibandingkan dengan orang-orang bukan Melayu. Pelajaran menengah yang lemah
telah menyekat orang-orang Melayu daripada memperolehi kerja-kerja yang lebih baik atau
menjadi ahli-ahli profesional. Kekurangan pekerjaan dalam bidang-bidang profesional
menyisihkan orang-orang Melayu ke kawasan-kawasan desa dengan kemiskinan yang akan
membawa pelajaran yang rendah mutunya. Inilah yang menjadi kitaran kekejaman hidup.

Peluang-peluang pekerjaan bagi orang-orang Melayu sangat terhad kerana adanya diskriminasi
di bidang perdagangan dan perniagaan yang dikawal oleh orang-orang bukan Melayu. Di dalam
perkhidmatan kerajaan tidak ada diskriminasi yang sedemikian. Di dalam bidang yang tidak ada
diskriminasi ini kekurangan pelajaran di kalangan orang-orang Melayu tidak diambil kira.
Pelajaran yang terhad di kalangan orang Melayu juga telah menyebabkan lebih ramai orang-
orang bukan Melayu dari orang-orang Melayu dalam Bahagian I dan II perkhid matan kerajaan.
Ini berlaku walaupun terdapat kuota 4:1 memberat kepada orang Melayu dalam Perkhidmatan
Awam.

Pelajaran profesional dan teknikal bagi orang-orang Melayu adalah jauh terkebelakangan jika
dibandingkan dengan kaum kaum lain. Hakikat ini bukanlah sentiasa demikian. Di Kedah,
sebelum Perang Dunia Kedua, terdapat lebih ramai pelajar pelajar kejuruteraan Melayu, dalam
semua gred, berbanding dengan yang bukan Melayu. Jika rancangan kerajaan Kedah tidak
terganggu oleh peperangan, orang Melayu pasti telah mengambil alih semua jawatan
kejuruteraan yang dipegang oleh orang-orang British di dalam Jabatan Kerja Raya Kedah.
Selepas peperangan, kedudukan orang-orang Melayu telah terbalik. Pintu untuk memasuki
perkhidmatan kerajaan telah dibuka luas kepada orang-orang bukan Melayu dan, dengan
pelajaran yang lebih baik, mereka telah memperolehi kelayakan yang diperlukan untuk
memenuhi kesemua kerja-kerja barn yang timbul oleh kerana kemajuan yang pesat di Tanah
Melayu selepas perang. Dengan itu kita dapati bahawa walaupun jawatan-jawatan tertinggi
dipegang oleh orang-orang Melayu, tetapi jawatan-jawatan lain kebanyakannya dipegang oleh
orang-orang bukan Melayu. Dalam sedikit masa lagi, oleh kerana proses persaraan, akan
hapuslah orang-orang Melayu yang memegang jawatan-jawatan tinggi.

Oleh kerana kebanyakan daripada jawatan-jawatan Bahagian I dan II adalah jawatan teknikal,
maka jumlah bilangan orang orang Melayu yang menduduki jawatan ini lebih kecil jika di
bandingkan dengan penduduk Melayu yang terdapat di negara ini. Jika suatu kajian mengenai
alirarah diadakan, is akan menunjukkan bahawa nisbah ini dapat diperkurangkan. Tetapi
bagaimana pula dengan kerja gred-gred rendah dalam perkhidmatan kerajaan? Tentu terdapat
cukupnya orang-orang Melayu yang berkelayakan untuk memenuhi sebahagian besar jawatan-
jawatan ini. Kerajaan tidak mengeluarkan perangkaan mengenai perkara ini, tetapi kajian tentang
perkhidmatan pela jaran dan perkhidmatan perubatan boleh memberi gambaran yang sebenar.
Salah satu daripada pencapaian hasil dari kemerdekaan ialah perkembangan dalam perkhidmatan
pelajaran. Untuk me menuhi perkembangan ini berbagai institusi telah ditubuhkan untuk melatih
guru. Kerajaan telah terus mengendalikan `Kirby College' dan `Brinsford Lodge Teachers
Training College' yang telah diperbesarkan selepas merdeka. Serentak dengan itu Pusat Latihan
Harian dan sekolah-sekolah serta institutsi latihan guru yang lain telah ditubuhkan di Tanah
Melayu.

Institusi-institusi latihan guru telah dibuka kepada semua kaum kecuali Maktab Perguruan Sultan
Idris dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka. Tiap-tiap tahun ter dapat ramai calon
yang berkelayakan memohon untuk mema suki maktab-maktab ini. Oleh kerana bilangan pelajar
bukan Melayu yang mempunyai gred yang tinggi lebih dari bilangan tempat dan biasiswa untuk
pengajian tinggi, maka terdapat ramai pemohon-pemohon bukan Melayu yang berkelayakan
lebih dari yang diperlukan telah memohon pula untuk mema suki maktab perguruan. Kesan dari
pemohon yang berlebihan ini mengurangkan peluang orang-orang yang mempunyai kelayakan
sekadar yang cukup. Oleh kerana bilangan orang orang Melayu yang berkelayakan telah
mendapat kerja di tempat-tempat lain, maka hanya sebilangan kecil sahajalah orang-orang
Melayu yang dapat masuk ke maktab-maktab perguruan atau Pusat-pusat Latihan Harian sebab
kebanyakan daripada mereka hanya mempunyai kelayakan yang minimum dan tidak dapat
bertanding dengan pemohon-pemohon bukan Melayu yang berkelayakan lebih dari yang
dikehendaki.

Lama-kelamaan, akibat dari apa yang dikatakan, pemilihan berdasarkan kepada kebolehan
adalah untuk menjadikan jawatan guru di sekolah-sekolah, selain dari sekolah vernakular Melayu
(disalah-namakan — Sekolah Kebangsaan), bertambah kekal bagi orang-orang bukan Melayu.
Kecenderungan yang sama terus berlaku di dalam jawatan jawatan Bahagian III yang
mencerminkan perbezaan peluang bagi orang-orang Melayu. Jika dilihat kepada keputusan
peperiksaan tahunan, maka ia akan menunjukkan mengapa perkara ini telah berlaku sede mikian
rupa dan akan terus berlaku. Kita juga telah ketahui akan sebab-sebab orang Melayu mendapat
keputusan lemah dalam pelajaran. Kitaran kekejaman hidup juga bergerak dengan keputusan
yang dapat diramalkan di dalam perkhidmatan pelajaran.

Perkhidmatan jururawat dahulunya hanya mempunyai satu kategori. Kategori ini bermula
dengan jururawat pelatih yang selepas menjalankan latihan akan menjadi jururawat terlatih dan
boleh dinaikkan pangkat sehinggalah ke Ketua Matron. Di masa penjajahan British dahulu ini
hanya pada teori sahaja tetapi kini ia sudah menjadi satu kenyataan.

Sejak mula lagi perkhidmatan jururawat mempunyai hanya sebilangan kecil orang-orang
Melayu. Tidak ada diskriminasi yang berlaku terhadap mereka, tetapi prasangka mereka sendiri
dan juga kurangnya gadis-gadis Melayu memperolehi kelayakan asas yang telah menghalang
mereka untuk memasuki perkhidmatan Jururawat. Dalam tahun-tahun selepas perang,
kebanyakan prasangka telah pun diatasi, tetapi bilangan gadis gadis Melayu yang mempunyai
kelayakan prasyarat masih lagi kecil dan tidak memberi kesan bagi perkhidmatan tersebut.
Sebelum Merdeka satu kategori barn jururawat dalam gred yang lebih rendah telah diwujudkan.
Mereka ini dipanggil penolong jururawat dan tidak perlu memiliki kelayakan yang sama seperti
jururawat biasa. Ini telah menambahkan lagi bilangan gadis-gadis Melayu yang boleh memohon
untuk memasuki perkhidmatan tersebut. Tetapi kemajuan mereka di dalam lapangan baru ini
tidak tahan lama.

Oleh kerana bilangan jawatan kosong dalam perkhidmatan jururawat biasa tidak dapat
memenuhi kehendak gadis-gadis bukan Melayu yang mempunyai kelayakan yang perlu, maka
terdapat sekali lagi jawatan penolong jururawat itu dibanjiri dengan pemohon-pemohon yang
mempunyai kelayakan yang lebih daripada yang diperlukan. Tidak berapa lama kemudian
bilangan mereka ini telah bertambah hingga menyebabkan penurunan syarat kelayakan itu gagal
untuk memberi peluang kepada gadis-gadis Melayu yang kurang berkelayakan untuk menjadi
penolong jururawat. Pengambilannya kini sering mengikut kadar seorang Melayu bagi 20 orang
bukan Melayu.

Jadi, peluang orang Melayu dalam jawatan Bahagian IV ini juga semakin sempit. Apa yang
boleh dikatakan terhadap jawatan penolong jururawat ini boleh juga dikatakan terhadap beberapa
kategori pekerja Kerajaan. Persaingan yang ber dasarkan apa yang dikatakan kebolehan atau
merit beransur ansur menyisihkan orang-orang Melayu dari semua bidang per khidmatan
kerajaan. Kini peringkat penyisihan orang-orang Melayu berbeza mengikut negeri. Negeri-negeri
yang dahulu nya dikatakan Negeri-negeri Tidak Bersekutu masih lagi mem punyai jumlah orang-
orang Melayu yang agak ramai. Kadar orang-orang Melayu adalah lebih rendah di dalam
Negerinegeri Melayu Bersekutu dan yang paling rendah sekali ialah di dalam Negeri-negeri
Selat. Apabila negeri-negeri ini disatukan,mobiliti pemohon-pemohon bukan Melayu tidak dapat
disekat dari memasuki negeri-negeri yang mempunyai penduduk penduduk Melayu yang ramai.
Lama-kelamaan dapatlah kita anggap bahawa kekurangan peluang bagi orang-orang Melayu
akan menjadi sama di seluruh Semenanjung Malaysia.

Masih ada sebilangan kecil kerja-kerja yang boleh didapati oleh orang Melayu, umpamanya
jawatan seperti askar dan polis biasa. Terdapat juga agensi-agensi bagi bumiputera seperti Majlis
Amanah Rakyat, FAMA dan Bank Bumiputera yang dengan terang-terang memberi keutamaan
kepada orang Melayu. Dan ada kumpulan pekerja pejabat yang menjadikan pejabat-pejabat
kerajaan di Kuala Lumpur kelihatan seperti pejabat Melayu. Mereka ialah budak-budak pejabat
yang memakai pakaian Melayu yang diringkaskan.

Apa yang telah dihuraikan tadi ialah satu perkara yang asas dan nyata. Dari perbezaan peluang
yang begini muncullah perbezaan-perbezaan lain seperti perumahan yang tidak sempurna bagi
orang-orang Melayu jika dibandingkan dengan rumah-rumah bukan Melayu, kesihatan yang
kurang baik di kalangan orang Melayu jika dibandingkan dengan kecergasan orang-orang bukan
Melayu, kadar kematian bayi yang tinggi di kalangan orang-orang Melayu berbanding dengan
bukan Melayu dan kekurangan simpanan dan modal di kalangan orang-orang Melayu jika
dibandingkan dengan orang-orang bukan Melayu.

Senarai ini tidak akan habis. Sekatan-sekatan perbezaan peluang akan diperkukuhkan dan akan
bertambah dengan tiap tiap perbezaan yang wujud di antara orang Melayu dan bukan Melayu.
Dan perbezaan yang paling buruk ialah perbezaan meluahkan perasaan dan pendapat. Oleh
kerana berpelajaran rendah, bersopan santun dan tidak boleh bergerak disebabkan kurang bebas
dalam memilih pekerjaan, maka orang-orang Melayu tidak dapat menyatakan isi hati mereka
dengan jelas. Dengan lidah yang kelu, orang-orang Melayu melihat sahaja dengan kecewa
sementara orang-orang bukan Melayu menuduh mereka, yang sudah hampir tidak mempunyai
apa-apa, meng halang peluang-peluang untuk orang lain, mengamalkan dis kriminasi terhadap
orang-orang bukan Melayu dan menguasai politik. Suatu kejadian yang berlaku baru-baru ini
menunjukkan betapa tidak munasabahnya tuduhan-tuduhan terhadap orang Melayu. Oleh kerana
hendak menunjukkan bahawa is mengikut saranan-saranan Kerajaan, salah sebuah firma rokok
yang besar di Malaysia yang menggunakan nama sebuah firma di London yang terkenal telah
melantik seorang Melayu sebagai Pengerusi Lembaga Pengarahnya dan juga telah mengambil
sebilangan kecil orang-orang Melayu untuk bekerja sebagai pekebun, pemandu dan pekerja-
pekerja kilang yang tidak mahir. Kebanyakan daripada pekerja-pekerja firma ini, termasuk
pegawai-pegawai eksekutif, kerani dan pekerja-pekerja mahir adalah orang-orang bukan Melayu.

Tiba-tiba ada suatu khabar angin menyatakan bahawa firma ini telah membuang pekerja-pekerja
Cina dan menggantikan mereka dengan pekerja-pekerja Melayu. Dengan tidak menunggu
kepastian khabar angin ini, peruncit-peruncit firma rokok tadi yang 95 peratus darinya terdiri
daripada orang Cina telah melancarkan pemulauan. Sebenarnya tidak ada satu pun arahan yang
diberi oleh mana-mana organisasi yang bertang gungjawab. Pemulauan ini telah dijalankan
dengan cara menyampaikannya dari mulut ke mulut hinggalah tersebar ke seluruh Semenanjung
Malaysia. Dalam masa seminggu firma ini telah merasai kesannya. Belum pun sebulan, keadaan
men jadi begitu buruk hinggakan firma tersebut terpaksa meminta pertolongan daripada
pengedar-pengedar Cina dan Dewan Perniagaan Cina. Firma ini telah dipaksa untuk menerima
kumpulan-kumpulan Cina, satu demi satu, datang memeriksa sendiri sebelum mereka
menyatakan tuduhan itu tidak berasas dan menyeru ditamatkan pemulauan itu.

Mungkin terlintas di fikiran seseorang bahawa orang-orang Melayu pasti akan membuat
bantahan terhadap sikap anti-Melayu yang dilakukan secara terang-terang. Tetapi malang nya
tidak berdecit sedikit pun suara mereka ketika peraturan dibentuk supaya orang-orang Cina tidak
boleh digantikan oleh orang-orang Melayu, biar apa pun syaratnya. Ini adalah keme nangan
mutlak bagi orang-orang Cina. Dengan itu gudang gudang dan syarikat-syarikat hendaklah
berjaga-jaga agar tidak menimbulkan kemarahan orang-orang Cina sekiranya mereka mahu
perniagaan mereka itu terus baik.
Hanya persamaan kaum sahajalah yang dapat menjadi asas harmoni kaum di dalam sebuah
masyarakat yang berbilang kaum. Untuk mewujudkan persamaan kaum perlu difahami apa
sebenarnya makna persamaan kaum itu. Di Malaysia, kenya taan yang setiap kaum itu merasai
mereka didiskriminasi oleh kaum lain menjadi satu bukti bahawa persamaan kaum tidak betul-
betul difahami. Kedudukan orang-orang Melayu telah diterangkan secara panjang lebar. Bagi
orang-orang bukan Melayu asas tidak puas hati dan kemarahan mereka ialah wujudnya undang-
undang dan dasar-dasar yang nampaknya memihak kepada orang-orang Melayu, dan seolah-olah
menjadikan orang-orang bukan Melayu warganegara kelas kedua. Andainya undang-undang ini
adalah seperti yang difikirkan oleh orang-orang bukan Melayu, maka dapatlah dianggap bahawa
ini adalah sekatan-sekatan yang tipis dalam usaha untuk mencapai keharmonian dan per samaan
kaum. Ia hanya memerlukan beberapa keping kertas dan ucapan `setuju' dalam majlis
perundangan tertentu untuk membetulkan kesilapan-kesilapan tadi.

Tetapi adakah dengan memansuhkan undang-undang tadi dengan sewenang-wenang akan


mewujudkan persamaan dan keharmonian kaum di Malaysia?Jika apa yang dikatakan setakat ini
sedikit sebanyak ada kebenarannya, maka nampaknya dengan memansuhkan undang-undang
yang dikatakan mem bawa diskriminasi tadi bukan sahaja akan menyebabkan gagal nya
mewujudkan persamaan kaum tetapi ini juga akan menam bahkan lagi jurang dan perbezaan di
antara kaum. Orang-orang Melayu berpendapat bahawa diskriminasi itu bukanlah timbul dari
undang-undang yang dibuat oleh manusia tetapi tingkah laku manusia yang semulajadi.

Telah dijelaskan bahawa tiap-tiap kaum dapat dibezakan bukan sahaja dari segi warna,
fisiognomi, bahasa dan kebu dayaan tetapi juga oleh sifat-sifat mereka. Sifat semula jadi kaum
adalah punca mengapa orang-orang Jepun dan orang orang German pulih dengan cepatnya
selepas kalah dalam Perang Dunia Kedua. Sifat kaum juga dapat menerangkan mengapa orang
British memberi layanan yang tidak kejam ke atas orang-orang German dan orang-orang Jepun
walaupun ter dapat berbagai perbuatan kejam yang dilakukan oleh kedua dua pihak semasa
berperang. Pembangunan Amerika Selatan tertinggal di belakang Amerika Utara, walaupun
mereka itu mempunyai sumber-sumber yang kaya, kerana orang Eropah Selatan yang telah
menakluki Amerika Selatan mempunyai tingkah laku dan sifat yang berbeza dari orang Eropah
Utara yang telah menakluki Amerika Utara. Kejayaan cemerlang Afrika Selatan jika
dibandingkan dengan negara-negara Afrika yang lain adalah hasil daripada perbezaan sifat kaum
di antara pendatang-pendatang Afrika yang berkulit putih dengan pribumi Afrika yang berkulit
hitam.

Sifat dan tingkah laku kaum tidak dapat ditukar dalam sekelip mata dengan undang-undang yang
dibuat oleh manusia. Bagai manapun perubahan sifat dan tingkah laku kaum tidaklah mustahil.
Misalnya tatasusila di zaman pertengahan tidaklah sama seperti apa yang terdapat sekarang.
Toleran beragama yang pada satu masa dahulu tidak wujud di kebanyakan negara, sekarang
menjadi lazim di mana-mana sahaja. Malahan negara Komunis Rusia yang pada masa dahulu
mahu mengubah dunia kepada Komunisme dengan apa Cara sekalipun, sekarang ini adalah
kurang agresif dan telah menerima konsep hidup ber sama. Orang-orang kulit putih yang berbeza
dan kadang kadang berseteru yang telah berpindah ke Amerika Syarikat telah bertukar sifat
mereka menjadi apa yang dapat dikatakan

6. Asas-asas Perpaduan Kebangsaan

Perpaduan negara, seperti lain-lain istilah politik, lazimnya mempunyai tafsiran yang berbeza-
beza. Seperti keadilan, kon sep ini adalah sesuatu yang universal. Pentafsirannya tidaklah boleh
mengikut kehendak khusus satu golongan masyarakat sahaja. Sebaliknya is mestilah
merangkumi nilai-nilai tertentu yang mempunyai unsur-unsur persamaan di kalangan berbagai
bagai golongan, walaupun bukan persamaan yang mutlak.

Kini terdapat sebuah Jabatan Perpaduan Negara. Ini adalah satu tanda yang menunjukkan
bahawa perpaduan kebangsaan telah diiktiraf bukan sahaja oleh Majlis Gerakan Negara mala han
juga oleh orang-orang yang berfikiran wajar.

Secara mudah, asas perpaduan kaum ialah satu kumpulan etnik yang mengamalkan bahasa,
kebudayaan dan agama yang sama serta tinggal dalam satu kawasan yang bersempadankan
keadaan alam tertentu. Kalau semua faktor ini wujud, sudah pasti Iahirlah sebuah negara dalam
erti katanya di zaman dahulu.

Pada masa dahulu kemudahan perhubungan dan perjalanan sangat terhad, apa yang disebut
bangsa itu hanyalah merupakan lanjutan rangkaian suku-kaum. Rangkaian suku-kaum ini pula
adalah lanjutan rangkaian keluarga. Faktor yang menghad kannya ialah sempadan alam, sama
ada jarak, gunung-ganang, laut ataupun sungai. Di dalam kawasan yang tertentu itu suku suku ini
bersatu semasa aman atau perang melalui perkem bangan satu bahasa, kebudayaan dan agama
yang sama, lalu berpadu menjadi sebuah negara.

Rasa kesetiaan dan perpaduan di dalam sesuatu negara timbul oleh kerana kebolehan untuk
memahami satu bahasa, kebu dayaan dan agama yang sama. Apabila lain-lain kumpulan kaum
yang berlainan kebudayaan dan sebagainya bertembung maka timbullah pertikaian kerana
ketiadaan rasa saling mengerti. Dalam pertempuran bersenjata perasaan keke luargaan yang lebih
kuat dalam setiap kumpulan akan menim bulkan rasa perpaduan kebangsaan yang lebih kuat.

Dalam zaman moden ini Amerika Syarikat telah menjadi satu contoh pembinaan bangsa. Apabila
tiga belas jajahan di Amerika itu mencapai kemerdekaannya mereka telah membuk tikan bahawa
raja-raja tidaklah penting dalam menyatupadu kan rakyat. Selepas merdeka, penduduk-penduduk
dari keturu nan Anglo-Saxon mula menerima pendatang-pendatang dari berbagai keturunan etnik
dan bangsa yang berbeza dari segi agama, kebudayaan dan bahasa. Soalnya ialah sama ada pene
rimaan dan penggunaan, dan bukannya pewarisan satu bahasa dan kebudayaan yang sama, yang
dapat mewujudkan kesetiaan terhadap sesebuah negara yang absah, iaitu negara yang dilahir kan
melalui undang-undang. Amerika Syarikat adalah sebuah negara absah dan bukan negara
semulajadi yang mana pemisah alam tabii menjadi sempadannya.

Amerika Syarikat telah menghadapi cabaran yang hebat dalam abad ke-19 dan awal abad ke-20
dengan kebanjiran pendatang-pendatang baru ke sana. Pendatang-pendatang barn ini terdiri dari
berbagai kaum termasuk orang-orang Cina dan Rusia. Boleh dikatakan bahawa mereka terdiri
dari hampir ke semua kumpulan bahasa dan etnik. Pengetahuan mereka ten-tang bahasa Inggeris,
iaitu bahasa rasmi, adalah cetek dan malah kadang-kadang tiada langsung. Apatah lagi
pengetahuan mengenai kebudayaan dan latar belakang sejarah Amerika Sya rikat. Agama
mereka juga berbeza. Dari pelbagai latar belakang manusia ini perpaduan kebangsaan dibina
terutama sekali ber dasarkan kepada bahasa. Tiga belas jajahan yang asal itu di duduki oleh
orang-orang yang bertutur Bahasa Inggeris dan keturunan mereka inilah yang menjadi teras
negara tersebut. Di sinilah satu prinsip penting telah ditetapkan dan diikuti — iaitu pendatang-
pendatang yang ingin menjadi rakyat Amerika Syarikat wajib mempelajari Bahasa Inggeris, iaitu
bahasa rasmi serta penerimaan mereka mestilah sepenuhnya dan ia mestilah bahasa yang
digunakan dalam pertuturan harian. Tidak timbul persoalan bagi rakyat mengaku, `Kami
menerima Bahasa Ing geris sebagai bahasa rasmi Amerika Syarikat' dan kemudian tidak
menghiraukannya. Dalam pada itu Pula tidak terdengar langsung cadangan-cadangan supaya
bahasa-bahasa kaum pen datang itu diletakkan sama taraf dengan Bahasa Inggeris, dan secara
rasmi bahasa-bahasa tersebut tidak diambil kira sama sekali. Malahan ia menjadi syarat
kerakyatan, yang dimaksud kan dengan kesetiaan kepada perlembagaan, bahawa rakyat barn
yang bukan berasal dari rumpun Anglo-Saxon tidak berhak untuk menuntut persamaan taraf
bahasa-bahasa lain dengan kedudukan Bahasa Inggeris. Perkara ini difahami dengan begitu jelas
sekali hingga, walaupun di daerah-daerah tertentu terdapat kumpulan besar orang-orang bukan
Anglo-Saxon, mereka tidak mengambil sebarang langkah untuk mengekalkan bahasa ibunda
mereka. Dalam kebanyakan hal, bahasa ibunda mereka lenyap selepas satu generasi.

Setelah mewujudkan satu masyarakat yang bertutur bahasa yang sama, satu kebudayaan
kebangsaan pula dibiarkan ber kembang secara bebas. Tetapi oleh kerana bahasa dan kebuda
yaan adalah terjalin rapi, ibarat isi dengan kuku, hasilnya tim bullah satu kebudayaan yang pada
asasnya adalah Anglo-Saxon, namun agak istimewa kerana ianya telah menerima pengaruh
pengaruh bukan British yang telah diubahsuai. Dengan demi kian, tanpa persamaan keturunan
etnik, tanpa persamaan agama dan tanpa tapal batas alam semulajadi, akhirnya tercapai juga
perpaduan kebangsaan itu. Memang benar bahawa beberapa langkah telah diambil untuk
mengawalnya. Sistem pelajaran hampir kesemuanya adalah berbahasa pengantar Inggeris.
Sejarah yang diajar adalah terhad kepada sejarah Amerika dan asal-usul negara Amerika sebagai
jajahan British lebih diutamakan dari latar belakang sejarah pendatang-pen datang yang
terkemudian. Bagi mewujudkan kesetiaan kepada negara yang tidak mempunyai raja serta
sempadan-sempadan alam semulajadi, maka hormat kepada perlembagaan, bendera dan lain-lain
simbol kenegaraan telah diajarkan di sekolah dan di mana sahaja rakyat berkumpul.

Dugaan muktamad terhadap perpaduan kebangsaan timbul dalam masa kedua-dua perang dunia
yang melibatkan Amerika Syarikat. Tidak dapat dielakkan bahawa ada orang-orang Amerika
yang terpaksa berperang dengan orang-orang yang sama kumpulan etniknya dengan nenek
moyang mereka. Mung kinkah kesetiaan mereka kepada Amerika begitu kuat hinggakan mereka
sanggup berperang dan membunuh orang-orang yang dahulunya ialah setanah air dengan
mereka? Jawapannya jelas sekali apabila General Eisenhower yang berdarah German memimpin
Amerika Syarikat dan Pihak Berikat ke arah keme nangan.

Percubaan dan pengalaman Amerika dalam pembinaan bangsa telah diulang dengan jayanya oleh
negara-negara Amerika Latin dan Australia. Seperti juga di Amerika Syarikat, orang-orang dari
berbagai kaum telah berhijrah masuk ke negara-negara ini lalu menerima bahasa yang sedia
digunakan di tempat itu Berta belajar menghormati simbol-simbol kenegaraan dan menjadi
rakyat yang bersatu, dikenali dan diiktiraf di kalangan antarabangsa. Bahasa nampaknya adalah
kunci per paduan kebangsaan. Ia membuka pintu ke arah satu kebu dayaan asas, dan melalui satu
sistem pelajaran kebangsaan, is juga membawa ke arah lain-lain simbol perpaduan yang penting
seperti perlembagaan, bendera, lagu kebangsaan dan undang undang negara.

Keutamaan yang diberikan kepada bahasa sebagai alat per paduan tentunya menimbulkan
cabaran di mana Switzerland telah membuktikan bahawa satu bahasa kebangsaan tidak perlu
bagi perpaduan kebangsaan. Mereka yang mengambil Switzer-land sebagai contoh telah
mengenepikan beberapa perkara yang unggul mengenai orang-orang Swiss dan negara
Switzerland. Switzerland bersatu tidak semata-mata kerana perpaduan dalam negeri malahan
lebih kerana kuasa-kuasa luar, iaitu negara negara di sekelilingnya yang menganggap
Switzerland sebagai negara penampan, satu jalan keluar dan tempat berkecuali semasa sebarang
pertikaian. Switzerland hanya mempunyai satu peranan — berkecuali. Pergolakan politik kuasa
dan perang bukanlah untuk negara tersebut.

Kekayaan Switzerland letaknya pada kemahiran rakyatnya dan ketenangan suasana politik yang
dapat menarik pelancung pelancung. Semakin kurangnya pengaruh politik, maka semakin
majulah perusahaan-perusahaan begini. Dengan ini, oleh kerana sebab-sebab luar dan juga
kepentingan dalam negeri, orang-orang Swiss tidak suka pada politik. Dalam pilihanraya umum
yang lalu tidak ramai yang bertanding atau mengundi dan kerajaan yang sama telah terus
berkuasa semata-mata kerana tiada siapa yang berminat dengan politik. Dalam suasana begini
bahasa tidak akan menjadi satu isu politik. Ia tidak dapat menyatukan atau memecah-belahkan
rakyat.
Satu lagi perkara yang istimewa ialah orang Swiss mem punyai empat bahasa rasmi. Bahasa
Romansch adalah diguna kan oleh satu komuniti yang kecil (satu pertiga penduduk penduduk
wilayah Graubauden). Oleh itu dapat dianggap hanya ada tiga bahasa rasmi, iaitu Perancis, Itali
dan German. Boleh dikatakan setiap rakyat Swiss bercakap sekurang-kurangnya dua dari tiga
bahasa rasmi tadi. Dengan itu bermaknalah tidak akan timbul keadaan di mana seorang Swiss
tidak dapat memahami seorang Swiss yang lain. Lagipun, bahasa Perancis dan Itali adalah dari
rumpun bahasa yang sama. Oleh itu mudah sekali bagi sesuatu kumpulan untuk belajar bahasa
kumpulan yang satu lagi.

Akhir sekali orang Swiss adalah semuanya orang Eropah. Orang yang bercakap Perancis dan
Itali adalah keturunan Latin dan orang-orang yang bercakap German adalah berketurunan
Teutonik. Oleh kerana semua kumpulan ini adalah berkebu dayaan Eropah yang hampir-hampir
serupa maka tidaklah menjadi masalah bagi mereka untuk bercampur-gaul di Switzerland. Dalam
keadaan yang begini bahasa menjadi satu faktor yang tidak penting dalam perpaduan
kebangsaan. Terdapat berbagai persamaan lain dan terdapat banyak kuasa dalam dan luar yang
memupuk ke arah perpaduan. Oleh itu adanya empat bahasa sebagai bahasa rasmi tidak
mempunyai makna dalam hal ini.

Berbalik semula kepada apa yang telah dibincangkan, boleh lah kita katakan bahawa asalnya
asas perpaduan kebangsaan adalah sebuah kawasan yang terhad yang penghuninya terdiri
daripada orang-orang yang sama bangsa, kebudayaan, bahasa dan agama. Aliran sejarah moden
telah menunjukkan bahawa bangsa dan agama tidaklah begitu penting. Bahasa dan kebu dayaan
yang berkait rapat dengannya tetap menjadi faktor yang penting dalam memupuk perpaduan
kebangsaan. Oleh itu dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, perpaduan dapat
dicapai sekiranya terdapat persetujuan tentang pemilihan bahasa dan kebudayaan yang berkaitan
dengannya. Sekiranya bahasa yang dipilih itu diterima, sebuah negara ber bilang kaum itu boleh
membentuk perpaduan kebangsaan dengan menggunakan cara-cara tambahan, umpamanya
menonjolkan tumpuan kesetiaan seperti raja, pengajaran sejarah kebangsaan, penghormatan
kepada simbol-simbol kebangsaan dalam bentuk bendera, lagu kebangsaan, lambang-lambang
kebangsaan dan sebagainya, dan akhir sekali ialah keluhuran perlembagaan dan undang-undang
negara. Sepanjang masa ini rakyat mestilah benar-benar bercampur gaul. Setiap rintangan dari
segi bangsa, etnik atau keturunan mestilah dihapuskan.
Diskriminasi dalam semua lapisan hidup dihentikan dan akhirnya kahwin campur hendaklah
digalakkan. Ini adalah asas perpaduan kaum dan fahaman terhadapnya adalah sine qua non atau
syarat mutlak kepada sesebuah masyarakat berbilang kaum yang mempunyai hasrat untuk
membina sebuah negara yang kukuh dan berjaya.

7. Pemulihan Bangsa Melayu dan Dilema Melayu

Dilema Melayu bukanlah semata-mata dari segi ekonomi tetapi juga dari segi politik. Kini ramai
yang memperkatakan tentang kaitan pergeseran kaum dengan kemajuan yang tidak seimbang di
antara kaum-kaum di Malaysia. Pada suatu masa dahulu telah difikirkan bahawa cara yang
paling baik untuk mengatasi perbezaan ini ialah dengan tidak mempedulikannya langsung.
Malahan sebilangan orang mempercayai bahawa tidak ada sebarang dilema kerana orang Melayu
tidak ingin berubah dari sifat mereka yang suka merendah diri itu.

Peristiwa 13 Mei, 1969 telah menunjukkan bahawa kenyataan, walau bagaimana tidak
menyenangkan sekalipun, mestilah dihadapi. Orang-orang yang mengamuk pada hari itu ialah
orang-orang Melayu. Cetusan yang mendadak itu telah menghapuskan hampir kesemua yang
telah dicapai selama dua belas tahun yang lalu. Jika kita tidak mahu peristiwa malang ini
berulang kembali, maka eloklah kita teliti beberapa sebab musabab yang telah membangkitkan
huru-hara tersebut, dan memikirkan dengan bersungguh-sungguh cara untuk memulih kan orang
Melayu. Dilema Melayu dengan sendirinya juga merupakan dilema Malaysia. Negara Malaysia
tidak dapat maju dan makmur jika terdapat barah yang memakan jantungnya. Oleh kerana orang
orang Melayu merupakan sebahagian besar dari penduduk negara ini maka sebarang perkara
yang terjadi ke atas mereka akan memberi kesan kepada negara. Oleh itu adalah amat perlu
bahawa usaha-usaha dibuat untuk menyelesaikan dilema ini dnegan bersungguh-sungguh.
Keperluan yang pertama ialah satu revolusi. Revolusi adalah satu perkataan yang menimbul kan
ketakutan yang tidak sewajarnya di Malaysia. Revolusi biasanya menggambarkan pembunuhan
dan anarki, tetapi revolusi juga ada yang kreatif dan berperaturan jika sekiranya cara-caranya
difahami oleh orang-orang yang paling layak untukmenjalankannya.

Kalau tidak revolusi, maka pilihan yang lain ialah evolusi. Evolusi tidak dapat dikawal dengan
sempurna dari segi kecepatannya dan objektifnya. Ia terlalu banyak bergantung kepada keadaan
dan berbagai faktor lain yang sukar untuk dikesan dan oleh itu ia susah untuk diguna dan
dikawal. Jika revolusi itu adalah satu penyelesaian bagi masalah orang Melayu di Malaysia maka
ianya haruslah merupakan satu revolusi yang dirancangkan dengan teliti. Ia sepatutnya
membawa kebaikan dan mengelakkan bahaya yang terdapat pada revolusi-revolusi lain. Inilah
sebabnya analisa tentang sifat, kebudayaan dan kebolehan orang Melayu sangat berguna.

Revolusi membawa erti perubahan yang mendadak. Revolu siner yang terlalu patuh kepada
doktrin selalunya gagal oleh kerana mereka hanya melihat objektif tetapi telah mengenepikan
sama sekali keadaan, kuasa dan institusi yang sedia ada. Untuk menjayakan sesuatu revolusi di
Malaysia, perlulah kita me ngenali apa yang patut dihapuskan dan apa yang patut diterus kan,
malah digalakkan. Tujuannya adalah untuk memperbaiki kedudukan orang-orang Melayu dengan
tidak memusnahkan orang lain. Orang-orang Melayu boleh mengambil tempat mereka yang
sewajarnya dalam masyarakat Malaysia tanpa menggantikan tempat orang-orang lain.

Perkara yang mula-mula sekali terlintas di fikiran kita ialah kebanyakan orang Melayu adalah
berfahaman fuedal dan mereka mahu terus berfahaman demikian. Revolusi yang dimulakan
dengan mengajar pemusnahan institusi kesultanan yang sudah termaktub akan gagal. Ia tidak
akan mendapat sokongkan dari kebanyakan orang Melayu yang ortodoks. Lagi pula kesultanan
itu tidak membawa apa-apa kerugian terhadap orang-orang Melayu ataupun sesiapa juga.
Pemeliharaan sistem yang begini tidak dapat dinafikan memang tinggi biayanya, tetapi oleh
kerana raja-raja dipisahkan dari kuasa, maka ia tidak merupakan penindasan. Lagi pula Malaysia
tanpa raja ber¬maknalah seolah-olah orang Melayu tidak wujud sama sekali. Pada masa yang
lampau raja-rajalah yang telah memberi dan meneruskan ciri-ciri Melayu di Tanah Melayu. Jika
mereka disingkirkan maka bermaknalah peninggalan akhir Tanah Melayu tradisional akan
hilang. Inilah sebabnya orang Melayu masih lagi bersifat feudal walaupun mereka telah
menerima pendidikan moden dan mempunyai sofistikasi dalam politik. Oleh kerana itu maka
sangat perlulah sistem beraja itu diteruskan. Sebagai raja yang mengikut Perlembagaan, sultan-
sultan adalah berihsan dan sedar akan perubahan-perubahan zaman. Mereka tidak menghalang
kemajuan yang sedang berlaku. Jika perubahan yang dicadangkan itu baik untuk negara dan
untuk orang Melayu, sultan-sultan juga tidak akan menghalangnya. Malahan apabila kita
menuntut kemerdekaan, persetujuan raja-raja Melayulah yang telah membuka jalan
bagiperalihan kuasa yang licin dan mengelakkan pertelingkahan yang selalu berlaku di tempat-
tempat lain.

Satu lagi kuasa yang bertapak kuat pada orang Melayu ialah agama. Sesuatu perubahan,
rancangan atau ideologi yang ber tentangan dengan agama orang Melayu tidak akan berjaya.
Oleh itu agama Islam janganlah disentuh dalam usaha mencari kemajuan orang-orang Melayu.
Malahan Islam mestilah diper tahan dan dikembangkan lagi jika kemajuan hendak dicapai.

Kuasa ketiga yang terdapat pada orang Melayu ialah adat tradisional yang timbul dari sistem
nilai mereka. Walau bagaimanapun, adat tidaklah repenting dahulu lagi. Cengkaman adat ke atas
orang Melayu telah mula longgar. Kini jarang sekali orang-orang Melayu berkata, `Biar mati
anak jangan mati adat' . Oleh itu adat boleh diubah atau diketepikan dalam proses kemajuan.
Revolusi ini patut mengambil kira tentang adat tetapi ianya tidak sepatutnya terikat kepada adat.

Setelah menilai dan menerima akan kuasa-kuasa yang ber tapak kuat ini maka masa depan orang
Melayu dapat dirancang kan. Sayugia diingat bahawa tidak akan terdapat suatu rancang an yang
lengkap. Pasti ada kelemahan-kelemahannya dan akan terdapat perkara-perkara yang tertinggal.
Malahan akan juga terdapat kesilapan. Yang lebih penting ialah kita sedar akan per lunya satu
rancangan yang bersifat revolusi dan cara perlak¬sanaannya yang cepat dan menyeluruh.

Pada dasarnya faktor-faktor alam sekitar dan keturunanlah yang telah menyebabkan orang-orang
Melayu menjadi kaum luar bandar dan hanya segelintir sahaja dari mereka yang tinggal di
bandar. Orang-orang luar bandar di mana-mana sahaja adalah kurang sofistikated dan kurang
maju jika dibandingkan dengan orang bandar. Penyelesaian kita kepada masalah ini ialah dengan
menukarkan keadaan tersebut. Dengan lain perkataan, kita mesti mencari jalan untuk
membandarkan orang-orang Melayu.

Ini akan menimbulkan banyak tentangan tetapi semua tentangan tentunya akan lenyap apabila
berdepan dengan ke kurangan tanah yang boleh dicucuk tanam di tempat-tempat di mana
terdapat begitu ramai orang-orang Melayu. Pemindahan dan penempatan semula di luar bandar
akan menyelesaikan masalah ini hanya bagi satu generasi kerana pembahagian harta pusaka
kawasan baru ini, mengikut hukum Islam sebaik sahaja pemiliknya itu meninggal dunia, akan
mengakibatkan peme cahan kawasan ini kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dan tidak
ekonomik. Terdapat terlalu banyak bidang tanah kecil yang dipegang dan diusahakan oleh terlalu
ramai orang, dan kebanyakannya tidak mempunyai geran yang sah, sementara waris-waris harta
itu cuba dengan susah payahnya, bertahun tahun, untuk menyelesaikan selok-belok undang-
undang harta pusaka.

Masalah pembandaran adalah banyak dan bermacam macam. Tetapi, berlainan dengan keadaan
di negara-negara lain, masalah-masalah ini tidak dapat dibiarkan untuk selesai begitu sahaja.
Masalah ini haruslah diatasi dengan perancangan yang sistematik oleh Kerajaan. Oleh kerana
orang Melayu dari segi tradisinya adalah orang luar bandar, maka bilangan mereka yang tertarik
untuk pindah ke bandar tidaklah seramai bangsa lain. Oleh itu perlulah mereka didorong secara
positif untuk datang ke bandar. Dan ganjaran yang dapat meyakinkan mereka ialah jaminan
pendapatan yang tetap.

Malaysia telah membelanjakan wang yang begitu banyak untuk pembangunan. Jambatan, jalan
raya, bangunan, kilang kilang dan projek-projek lain dibina tiada henti-hentinya. Kebanyakan
dari kerja-kerja pembinaan ini adalah dibuat melalui kontrak. Kerajaan, melalui Jabatan Kerja
Raya, hanya menyelia semata. Kontraktor-kontraktor besar di Malaysia adalah terdiri daripada
orang-orang Cina atau Eropah. Terdapat hanya beberapa kontraktor kecil Melayu. Oleh kerana
syarat-syarat dan masa yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya, pihak kontraktor merasakan
lebih baik jika mereka tidak memasukkan pekerja-pekerja Melayu walaupun dalam kerja kerja
yang tidak mahir. Andainya kini Kerajaan berkeras mengambil alih sedikit demi sedikit
sebahagian besar projek¬projek pembangunan, maka ada kemungkinan lebih ramai lagi orang
Melayu dari kawasan luar bandar yang akan diambil bekerja. Bermula dengan kerja-kerja yang
tidak mahir, sedikit demi sedikit mereka akan maju ke arah kerja-kerja separuh mahir dan
seterusnya kerja-kerja yang mahir. Mereka akan belajar menerusi latihan di samping mendapat
gaji. Ini adalah mustahak. Orang-orang Melayu mestilah memperolehi kemahiran semasa
bekerja. Jangan mereka disuruh belajar secara teori sahaja. Satu percubaan untuk mengajar
kemahiran kerja kepada belia-belia Melayu di sekolah-sekolah lanjutan kampung telah gagal
oleh sebab belia-belia ini tahu yang mereka tidak mempunyai masa depan. Jika sekiranya mereka
menjadi tukang bata yang mahir, tidak seorang pun akan mengambil mereka bekerja oleh kerana
prasangka perkauman. Di sebaliknya firma-firma pembinaan yang dipaksa oleh Kerajaan untuk
mengambil pekerja-pekerja Melayu mendapati yang pekerja-pekerja tadi adalah berupaya
dengan sepenuhnya memperolehi kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Dalam skim ini,
peluang mendapatkan pekerjaan dijamin dahulu kemudian barulah latihan. Jika sekiranya
ganjaran yang cukup diberi untuk memperolehi kemahiran, tukang-tukang Melayu yang
berkebolehan akan mendapat peluang untuk mengguna dan memajukan kemahiran mereka.

Akan tetapi jaminan pekerjaan tidak sepatutnya dimestikan sebab ianya mungkin tidak
menggalakkan daya usaha. Sistem pencen yang sekarang dijalankan oleh perkhidmatan Kerajaan
telah mengikat orang-orang Melayu kepada Kerajaan. Orang orang Melayu di dalam
perkhidmatan Kerajaan selalunya adalah lebih berpengetahuan dan lebih berkebolehan dari orang
orang Melayu yang bekerja di tempat-tempat lain. Ini bukan secara kebetulan tetapi adalah
kerana Kerajaan dapat menarik pekerja yang paling baik melalui gaji yang ditawarkannya.
Lagipun bekerja dengan Kerajaan memberi mereka peluang mengetahui tentang selok-belok
urusan rasmi, dan pengetahuan ini adalah berguna dalam bidang perniagaan. Mereka inilah,
setelah bekerja dengan Kerajaan beberapa tahun, orang-orang yang paling layak untuk keluar
dan menandingi orang-orang bukan Melayu. Tetapi orang-orang Melayu dalam per khidmatan
Kerajaan tidak akan meninggalkan perkhidmatan mereka dengan Kerajaan kerana jaminan
pencen. Walaupun apabila mereka sedar yang mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman
yang cukup untuk memperolehi pendapatan yang lebih lumayan dalam kerja-kerja lain, mereka
tidak akan meninggalkan perkhidmatan Kerajaan oleh kerana takut hilang hak pencen mereka.

Ini dapat dilihat dalam bidang politik. Apabila negara ini memerlukan pemimpin-pemimpin
Melayu yang berkebolehan, maka telah disedari yang kebanyakan dari mereka adalah ter dapat
dalam perkhidmatan Kerajaan. Mereka tidak mahu meninggalkan perkhidmatan Kerajaan kerana
ia adalah terjamin. Cuma apabila satu skim dimulakan di mana pencen mereka akan tetap
terjamin, barulah mereka dapat diajak untuk mencebur diri di arena politik.

Begitulah juga dalam skim untuk mengambil orang-orang Melayu dan melatih mereka bagi
kerja-kerja mahir dan separuh mahir dalam projek-projek Kerajaan, maka pengaruh pencen yang
boleh menyekat langkah ini tidaklah sepatutnya dibiar kan. Orang-orang Melayu mestilah diberi
kesedaran bahawa bekerja dengan Kerajaan adalah semata-mata sebagai batu loncatan kepada
kerja-kerja lain yang lebih baik. Setelah kemahiran itu diperolehi mereka janganlah teragak-agak
pergi ke tempat lain untuk mendapatkan kerja yang lebih baik. Sepatutnya mereka ini diberi
galakan untuk berbuat demikian. Peruntukan kumpulan wang simpanan pekerja, walau bagai
manapun, tidak mempunyai kesan yang sama dengan skim pencen. Jika jaminan masa tua itu
adalah suatu kewajipan moral yang mustahak, maka kumpulan wang simpanan pekerjalah yang
lebih sesuai. Kelebihannya ialah ia mengikut seseorang pekerja itu ke mana sahaja dia pergi. Ia
tidak me ngikat seseorang itu hanya kepada satu majikan sepanjang hidupnya sebagai pekerja
seperti apa yang dilakukan oleh skim pencen.

Jaminan pendapatan yang tetap walau bagaimana kecil sekalipun akan menarik orang-orang
Melayu bekerja. Tujuan nya bukanlah semestinya untuk memberi mereka pekerjaan yang tetap,
tetapi adalah untuk membiasakan mereka mem buat kerja-kerja lain selain dari menanam padi
dan juga untuk membandarkan mereka. Oleh yang demikian gaji yang diberi kan adalah sangat
penting. Ia sepatutnya lebih tinggi dari purata pendapatan orang Melayu dari penanaman padi
selepas mengambil kira kos hidup yang rendah di kampung dan sikap toleran orang-orang
Melayu terhadap saudara-mara yang tidak bekerja. Namun seelok-eloknya gaji tidak sepatutnya
me¬nyebabkan mereka teragak-agak untuk meninggalkan kerja tersebut untuk menerima kerja-
kerja yang gajinya lebih baik di tempat lain.

Kesatuan sekerja telah bertapak di Malaysia. Pada umumnya is dianggap sebagai sesuatu yang
baik untuk kaum pekerja. Ia menyekat eksploitasi tenaga kerja dan membolehkan pekerja-
pekerja mendapat bahagian yang adil dari kemakmur an yang sebahagiannya wujud hasil dari
tenaga kerja mereka. Malangnya setengah pekerja yang megah dengan kuasa mereka yang baru
itu melihat kesatuan sekerja bukan sahaja sebagai peluang untuk menggunakan perundingan
majikan-pekerja bagi mendapatkan gaji yang lebih, malah untuk membuat tuntutan-tuntutan lain.
Tidak ada tindakan disiplin yang dapat dijalankan tanpa tindakan perusahaan yang tinggi
perbelan¬jaannya. Di dalam keadaan begini ketekunan tidak digalakkan dan kemahuan untuk
membaiki diri sendiri adalah terhalang. Dalam skim untuk memaksa pekerja-pekerja Melayu
mencebur diri dalam bidang kerja separuh mahir dan mahir yang penuh persaingan itu, kesatuan
sekerja tidak mempunyai tempat. Skim ini bukanlah bertujuan untuk memberi jaminan yang
sepenuhnya ataupun mewujudkan keadaan kerja yang lebih baik. Oleh itu kesatuan sekerja
adalah tidak perlu. Untuk menentukan yang pekerja-pekerja mendapat ganjaran yang berpada
dan mengelakkan nepotisme dan lain-lain bentuk pilih kasih, sebuah badan yang tidak memihak
mana-mana patut di tubuhkan untuk menjaga kebajikan para pekerja.
Apabila ramai pekerja bertumpu ke bandar, maka kawasan kawasan sesak pun tumbuhlah seperti
cendawan. Tujuan langkah-langkah untuk membandarkan orang Melayu supaya mereka dapat
menikmati kemudahan dan keserbanekaan bandar tidak akan tercapai jika mereka dibiarkan
tinggal dalam keadaan dan kawasan yang sesak. Rumah-rumah harga murah perlulah dibina
untuk tempat kediaman mereka. Kelebihan yang didapati oleh penduduk desa yang barn
dibandarkan itu dapat mencapai peringkat yang paling tinggi jika bandar-bandar satelit kecil
yang lengkap dapat dibina. Bandar bandar ini patutlah mengandungi kedai, pasar, sekolah, balai
raya dan kemudahan kesihatan.

Saya telahpun menunjukkan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi oleh orang Melayu bila
bergaul dengan orang bukan Melayu. Bandar-bandar satelit ini adalah tempat yang mula mula di
mana hubungan ini boleh dilakukan. Satu ciri penting masyarakat bare ini semestinyalah berupa
kemudahan untuk berhubung dengan orang-orang bukan Melayu. Sebahagian dari rumah-rumah
dan kedai-kedai itu patutlah diuntukkan bagi orang-orang bukan Melayu. Kakitangan yang meng
uruskan jabatan-jabatan kemudahan awam mestilah sedikit sebanyaknya terdiri daripada orang-
orang bukan Melayu. Namun perhubungan ini mestilah dikawal kerana sering ada kemungkinan
bagi orang bukan Melayu untuk menyingkir orang Melayu sedikit demi sedikit, terutamanya di
pasar-pasar dan kedai-kedai. Kemudahan untuk berniaga runcit sepatutnya dapat menarik orang
Melayu untuk menjadi orang bandar.

Pada masa dahulu orang-orang Cina telah berjaya menyi sihkan orang-orang Melayu dari semua
bidang perniagaan. Sebab-sebab mengapa ini berlaku adalah diketahui umum. Sebab-sebab yang
bersangkut-paut dengan ciri-ciri kaum adalah susah untuk diatasi. Sesungguhnya hanya ada satu
jalan sahaja, iaitu dengan membandarkan orang-orang Melayu. Namun kita tidak boleh
menunggu hingga perkara ini berlaku sebelum orang-orang Melayu dapat mengaut ganjaran
yang di perolehi dari perdagangan walau bagaimana kecil sekali pun.

Oleh sebab itu perlindungan mestilah diberi kepada pekedai pekedai Melayu pada mulanya.
Kebanyakan dari kedai dan pasar di bandar-bandar satelit yang bare ini mestilah diuntuk kan
bagi orang-orang Melayu. Namun ini sahaja tidaklah men cukupi. Sebagai langkah supaya
penduduk-penduduk bare ini berlanggan di kedai-kedai masyarakat mereka sendiri, maka
perlulah diwujudkan keadaan yang menyusahkan atau menambahkan belanja mereka jika mereka
membeli-belah di tempat lain. Kedai-kedai koperasi, pada teorinya, akan meng galakkan ahli-
ahlinya untuk berlanggan di kedai mereka sendiri. Dari segi amalan, kedai-kedai koperasi telah
gagal di kalangan masyarakat Melayu. Dividen yang dihasilkan oleh kedai-kedai yang begini,
walau bagaimana baik pun pengurusannya, adalah sangat kecil dan hanya diberi setahun sekali.
Orang-orang Melayu pada kebiasaannya tidak sabar dan lebih tertarik kepada keuntungan yang
serta-merta. Pelanggan-pelanggan Melayu akan meninggalkan kedai-kedai koperasi mereka jika
terdapat harga yang lebih murah serta kemudahan berhutang yang diberikan oleh pekedai-
pekedai Cina sendiri. Koperasi bolehlah ditolak sebagai satu cara untuk menggalakkan
penyertaan orang Melayu dalam bidang perniagaan runcit dan juga untuk mengawal pengaliran
penda patan orang Melayu.

Satu faktor kecil tetapi penting yang boleh menolong pekedai-pekedai runcit Melayu adalah
dengan menggunakan kerajinan semulajadi dan kepintaran wanita-wanita Melayu. Di kalangan
penanam-penanam padi kaum lelaki bekerja lebih kurang dua bulan dalam setahun. Kaum wanita
bekerja sepanjang tahun. Mereka terlibat dalam penanaman padi seperti juga kaum lelaki.
Tambahan pula semasa musim menanam dan menuai mereka juga memasak untuk semua yang
bekerja di bendang mereka. Selepas kerja di bendang itu selesai, mereka terus membuat kerja-
kerja rumah, menjaga anak-anak dan sibuk dengan berbagai-bagai tugas lain yang walaupun
kecil tetapi sangat penting. Kadang kala wanita wanita ini akan membuat kuih untuk dijual bagi
mendapatkan duit lebih, ataupun menjaja kain dan menjual hasil-hasil dari hutan. Kerja-kerja
seperti membuat ikan masin dan membuat pekasam adalah keseluruhannya dibuat oleh kaum
wanita. Wanita Melayu adalah lebih rajin dan pandai dari kaum lelaki Melayu. Wanita Melayu
juga mempunyai kecenderungan yang lebih untuk berjimat dari kaum lelaki. Mereka lebih gemar
membeli barang-barang kemas dari membeli barang mewah lain yang tidak kekal nilainya.

Dalam skim pembandaran yang disebutkan tadi, kaum lelaki diperlukan bekerja dalam kerja-
kerja yang bergaji. Kaum wanita walaupun terlibat dalam kerja-kerja rumah, akan juga mem
punyai masa untuk menjaga kedai-kedai yang kecil. Apa yang penting ialah kedai dan tempat
tinggal adalah ditempatkan dalam bangunan yang sama. Di Kelantan, kedai-kedai Melayu di
kampung adalah selalunya bahagian hadapan rumah dan kedai tersebut dijaga keseluruhannya
oleh kaum wanita. Sesungguhnya kebanyakan dari perniagaan runcit dan penjajaan adalah dibuat
oleh kaum wanita di Kelantan. Walau bagaimanapun, kesemua langkah-langkah jagaan dan
perancangan yang dibuat ini akan gagal jika sekiranya persaingan dari pekedai-pekedai runcit
Cina yang pandai berjimat dan pintar itu tidak dikurangkan. Kita tahu bahawa sebelum orang-
orang Cina datang ke Tanah Melayu orang-orang Melayulah yang menjadi para pekedai dan
peniaga runcit. Oleh kerana taktik perniagaan orang Cina yang lebih baiklah maka kedai-kedai
Melayu telah lenyap.

Kemahiran perniagaan Cina dapat dilihat dari banyak segi. Asasnya ialah sikap semulajadi orang
Cina yang suka berjimat cermat. Ini telah membolehkan mereka membuat simpanan dan
membesarkan perniagaan mereka berdasarkan dari keuntungan yang minimum. Orang-orang
Melayu boleh disuruh lebih ber jimat tetapi tabiat dan sifat yang bergenerasi lamanya itu tidak
boleh dibuang dengan sekaligus. Ada berbagai-bagai taktik yang digunakan oleh orang-orang
Cina yang boleh dipintas supaya pekedai-pekedai Melayu berpeluang untuk bersaing dengan
mereka dengan cara yang adil. Salah satu darinya ialah kemudahan berhutang. Orang-orang Cina
yang lebih cekap menilai watak seseorang itu membenarkan orang-orang Melayu berhutang
sedikit dan dengan itu mengikat pelanggan¬pelanggan Melayu itu kepada mereka. Termasuk
juga dalam taktik ini ialah pinjaman wang tunai sebagai pendahuluan. Di kampung-kampung
taktik begini telah berkembang menjadi sistem padi kunca yang sangat memeras itu. Amalan
begini harus dihentikan dengan cara undang-undang. Pembelian mestilah tunai, dan jika kredit
atau hutang diberi, ianya mestilah dicatit dalam buku akaun yang betul dan mestilah diperiksa
oleh pegawai-pegawai pemungut cukai. Hutang yang bertimbun timbun janganlah dibenarkan.
Tanggungan mestilah terletak atas pekedai supaya dialah yang akan rugi segala-galanya dari
amalan mengikat pelanggan-pelanggannya. Dengan cara ini hutang-hutang kecil yang diberi
kepada pelanggan Melayu tidak akan digunakan untuk menyekat mereka dari membeli di
sebarang kedai lain.

Satu faktor yang paling bertanggungjawab menyingkirkan orang-orang Melayu dari perniagaan
runcit ialah cara mene tapkan harga barang-barang. Barang-barang tidak pernah di tetapkan
harga di semua tempat sebelah Timur dari Suez. Tawar menawar adalah satu cara jual beli yang
telah diterima. Pembelian adalah proses tawar menawar, satu pertandingan di antara pembeli dan
penjual. Biasanya dianggap bahawa pekedai tidak pernah rugi dalam proses jual beli ini. Ini
tidaklah selalunya benar. Sering juga terdapat pekedai-pekedai yang bersetuju untuk menjual
dengan harga yang lebih murah dari harga yang dibelinya supaya boleh mendapat untung dari
perkara-perkara lain yang kurang nyata. Perasaan muhibah adalah satu komoditi yang sangat
penting dalam perniagaan. Seorang pekedai tidak akan teragak-agak untuk rugi beberapa sen
dahulu jika dengan ini dia dapat mempastikan bahawa pelanggan tersebut akan datang semula
untuk membeli daripadanya lain kali. Jika terdapat persaingan dengan kedai kedai jiran maka
lebih senanglah lagi dia memutuskan untuk rugi dahulu dan untung kemudian. Dengan berjimat
cermat serta modal yang lebih besar, pekedai-pekedai Cina mampu menanggung rugi lebih kerap
dari orang-orang Melayu, ataupun mereka boleh menentukan margin keuntungan yang lebih
rendah dan ini akan mempastikan pelanggan-pelanggan tadi akan terus berlanggan dengan
mereka.

Andainya penyertaan orang Melayu dalam bidang perniagaan runcit hendak digiatkan semula
maka sistem harga yang boleh berubah-ubah itu mestilah dimansuhkan. Jika semua barang yang
dijual oleh semua kedai mempunyai harga yang ditetapkan dan dipaparkan dengan terang, dan
sekiranya penjualan dengan harga yang lebih rendah dari yang ditunjukkan itu ditegah maka
persaingan cekik leher akan dapat dihentikan. Pelanggan-pelanggan tidak dapat memilih harga di
dalam sesuatu kawasan itu dan akan membeli dari berbagai kedai. Dalam keadaan seperti ini
kedai Melayu yang berada di sebelah kedai Cina tidak akan tercekik mati. Dia tidak akan dituduh
menjual barang-barang dengan harga yang lebih tinggi secara sembunyi-sembunyi dan
kebolehannya dalam tawar menawar dengan pelanggan tidak akan diuji setiap kali dia menjual.
Na mun tentu ada cars yang boleh mengatasi sistem menetapkan harga ini. Perbezaan harga
borong mungkin memberi kesan kepada keuntungan sebenar seseorang peruncit. Ini dapat diatasi
dengan pemeriksaan-pemeriksaan mengejut, menentukan adanya resit dan dengan menetapkan
harga jual beli borong yang mesti disertakan dengan resit dan ditunjukkan dalam penyata
pendapatan yang diterima. Undang-undang mestilah dibuat untuk mempastikan bahawa hanya
mesin timbang springsahaja yang digunakan dengan sepenuhnya. Dacing yang digunakan
sekarang mempunyai penimbang yang boleh diubah-ubah dan boleh dimainkan supaya
timbangannya berkurangan. Peruncit-peruncit Cina yang kecil cekap melakukan perkara ini,
malahan dengan keji sekali menggunakannya sebagai senjata dalam persaingan.

Apa yang telah disebutkan adalah dua cara yang dapat digunakan untuk mengatasi penetapan
harga dan paparan harga. Tinjauan dan pemeriksaan yang rapi haruslah kerap dibuat supaya
semua percubaan untuk mengatasi persaingan dengan cara yang tidak adil dapat dikurangkan
sekecil-kecilnya. Sudah tentunya cadangan-cadangan ini tidak sepatutnya terhad kepada skim
penempatan semula orang-orang luar bandar ke kawasan bandar. Ia sepatutnya dilaksanakan di
seluruh negara supaya persaingan yang adil menjadi satu keadaan yang biasa dan bukannya
merupakan satu pengecualian.

Tidak mungkin dinyatakan di sini semua langkah yang boleh diambil untuk membandarkan
orang-orang Melayu. Tujuannya adalah semata-mata untuk menunjukkan yang ianya adalah
berfaedah dan dapat dilaksanakan. Jika dikawal dan dirancang dengan betul, hanya pembandaran
sahaja nampaknya cara yang dapat meletakkan orang Melayu setara dengan kemajuan yang
berlaku di sekitar mereka dan di seluruh dunia. Mereka juga dapat menikmati kemudahan-
kemudahan moden yang terdapat di bandar. Kemudahan-kemudahan ini tidak mungkin dapat
dibawa ke kawasan luar bandar walau bagaimana sekalipun dicuba. Kesihatan, pendidikan dan
pandangan mereka akan berubah tanpa usaha yang disedari.

Sebaliknya, pendapat pada ketika ini yang membiarkan orang Melayu terns tinggal di kawasan
luar bandar supaya mereka tidak akan menambahkan bilangan penganggur di bandar ber makna
bahawa kita enggan menerima kenyataan tentang masalah kemiskinan dan kemunduran yang
runcing di kawasan luar bandar. Ketiadaan tanah adalah sebenarnya satu kenyataan lama seperti
kekurangan tanah. Dalam masa satu generasi sahaja undang-undang Islam mengenai warisan
harta pusaka mungkin akan membahagikan tanah-tanah yang ada sekarang menjadi bahagian-
bahagian yang sangat kecil hingga ianya tidak ekonomi lagi untuk diusahakan. Sekarang ini
hutan dan tanah tanah simpanan yang lain telah didiami dan diusahakan oleh peneroka-peneroka
yang sedia melanggar undang-undang. Oleh itu hanya bandar dengan industri-industrinya dan
peluang-peluang perniagaan runcit sahaja yang dapat mengurangkan pengangguran orang-orang
Melayu di masa hadapan. Bagi membolehkan penyerapan ini berjalan dengan licin dan efisien,
perancangan untuk pembandaran yang sewajarnya mestilah dimulakan sekarang. Tidak ada jalan
keluar yang lain bagi orang-orang Melayu atau Kerajaan.

Pembandaran dan perolehan kemahiran kerja secara dipaksa bukanlah merupakan satu revolusi,
sekalipun dalam konteks masyarakat Melayu. Namun is adalah merupakan satu peruba han yang
radikal. Proses pembandaran adalah dengan sen dirinya melibatkan proses mencabut orang-orang
Melayu dari akar umbi, dari segi rohani dan jasmani, masyarakat luar bandar yang tradisional.
Tidak dapat disangkal lagi dengan pembongkaran ini, nilai-nilai dan cara hidup yang lama mesti
diganti dengan yang baru. Apa yang telah menyekat orang-orang Melayu adalah nilai-nilai lama
dan cara hidup yang lama. Kesemua inilah yang selama ini telah memencilkan orang-orang
Melayu dari perubahan yang sedang berlaku di seluruh negara dan di dunia ini. Seseorang itu
perlu membandingkan struktur fizikal sebenar kampung-kampung Melayu untuk melihat
bagaimana statiknya masyarakat tersebut.

Untuk memulihkan orang-orang Melayu dengan sepe nuhnya, maka terpaksalah mereka berpisah
dengan adat lama dan menggantikannya dengan cara-cara pemikiran yang baru dan sistem nilai
yang baru. Pembandaran sedikit sebanyak akan menukarkan ini, namun apa yang penting ialah
orang-orang Melayu mesti berusaha secara sedar untuk menghapuskan caracara lama dan
menggantikannya dengan nilai-nilai dan idea-idea yang baru. Orang Melayu mestilah
disemukakan dengan kenyataan hidup dan mestilah dipaksa mengubah cara pemikiran mereka
sesuai dengan kenyataan. Kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai rancangan untuk
membantu memajukan orang-orang Melayu. Pendidikan telah diperhebatkan dan orang-orang
Melayu luar bandar telah diberi peluang untuk melawat kawasan-kawasan bandar. Namun semua
ini tidaklah mencukupi. Orang Melayu tidak mendapat orientasi yang sistematik dan selaras ke
arah kemajuan. Paling malang sekali percubaan untuk mengorientasikan orang Melayu yang
sedikit di sana dan sedikit di sini dibuat secara tidak tersusun.

Satu perkara yang boleh menunjukkan bagaimana pemikiran orang-orang Melayu belum lagi
disesuaikan adalah aduan yang kerap dibuat terhadap majikan-majikan bukan Melayu. Orang-
orang Melayu yang bekerja di firma-firma bukan Melayu atau di bawah penyelia-penyelia bukan
Melayu tidak berhenti henti membuat aduan mengatakan mereka itu didiskriminasi kan.
Nampaknya apa yang mereka tidak faham ialah perbuatan tersebut adalah satu perkara yang
biasa. Orang-orang bukan Melayu yang bekerja di bawah orang-orang Melayu juga berasa
serupa. Namun berlainan dengan orang-orang bukan Melayu yang menerima perkara ini sebagai
kebiasaan, orang-orang Melayu akan cuba menentangnya habis-habisan. Mereka tidak cuba
untuk mengambil hati ketua-ketua mereka. Mereka tidak cuba mengatasi persaingan-persaingan
dari orang-orang bukan Melayu. Mereka juga tidak cuba menjadikan diri mereka pekerja yang
sebegitu baik hingga susah bagi majikan untuk mencari gantinya. Akibatnya mereka tidak akan
disukai dan kedudukan mereka pun tidak dapat dipertahankan lagi.
Ketidakupayaan untuk menerima sesuatu yang tidak dapat dielakkan merupakan kegagalan untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan. Ketidakupayaan ini akan menjadi penghalang besar di masa
hadapan apabila siswazah-siswazah Institut Teknologi Mara memasuki bidang industri dan
perdagangan. Firma-firma Melayu atau yang dikawal oleh orang-orang Melayu tidak dapat
mengambil bekerja semua siswazah ini. Kebanyakan dari mereka haruslah bekerja secara
langsung di bawah orang-orang bukan Melayu. Kumpulan ini akan ber hadapan dengan masalah
yang sama mengenai diskriminasi kaum. Jika pemuda-pemudi Melayu tidak memahami hakikat
diskriminasi ini mereka akan dapati kedudukan mereka tidak dapat dipertahankan. Sekiranya
perkara ini berlaku orang-orang Melayu akan gagal lagi.

Ini adalah satu contoh tentang kegagalan orang Melayu untuk menilai kenyataan dan
menyesuaikan diri mereka. Jika orangorang Melayu hendak dipulihkan semula, maka semua
sikap dan nilai yang telah membawa kepada dilema mereka sekarang mestilah dikaji dan dinilai
dan di mana yang perlu ditinggalkan atau diubah.

Pembandaran, perolehan kemahiran baru dan penerimaan orang Melayu akan nilai-nilai baru
yang tidak bertentangan dengan agama dan pandangan feudal mereka, adalah merupa kan satu
revolusi. Sebenarnya cadangan ini bukanlah perkara yang baru. Kesemuanya ini adalah sedang
berlaku sekarang. Namun setakat ini rentak perubahan tersebut merupakan proses evolusi yang
perlahan dan tidak melibatkan satu tindakan bersatu dan perlaksanaan yang tegas. Seluruh proses
ini mestilah dirancang dan dijalankan dengan pantas dan sepenuhnya untuk menghasilkan
perubahan yang lengkap dan radikal pada orang Melayu. Sekiranya revolusi ini dijalankan maka
mereka akan dipulihkan dan dilema mereka akan berakhir. Negara akan dapat maju tanpa
bebanan masalah orang-orang Melayu.

8. Masalah Melayu

Di Malaysia, atau lebih tepatnya di Tanah Melayu, orang Melayu sedang menghadapi suatu
masalah pribadi. Masalah ini ialah mengenai perasaan hati mereka yang sebenar terhadap Tanah
Melayu dan Malaysia, terhadap berkongsi bumi orang Melayu dengan orang-orang lain. Masalah
itu juga berkaitan dengan harapan mereka apabila kemerdekaan tercapai dan terhempasnya
beberapa harapan mereka apabila berhadapan dengan realiti. Inilah kedudukan berbahaya yang
tidak mahu dinyatakan oleh siapa jua di khalayak ramai oleh kerana bebe rapa sebab. Orang-
orang Cina dan India berpendapat bahawa orang Melayu sedar bahawa mereka menghadapi
masalah yang membingungkan, dan perbincangan umum mengenai masalah ini mungkin akan
menimbulkan reaksi yang kait mengait dan tidak terkawal serta membawa bencana. Orang
Melayu sendiri mengelakkan kenyataan terbuka mengenai masalah ini sebab masalah itu
memalukan mereka dan memalukan orang-orang lain juga. Merekalah yang terutamanya
bertanggungjawab memendam masalah orang Melayu yang khusus ini.

Pada zahirnya, sengaja mengelakkan perbincangan ini nampaknya baik. Perbuatan itu menjaga
suasana tenteram yang disalahertikan sebagai keharmonian kaum di Tanah Melayu. Suasana ini
menjadikan pentadbiran berjalan dengan baik. Ia menggalakkan pelaburan modal dan
pembangunan. Namun, keadaan sebenarnya di sebalik ketenangan dan keharmonian yang zahir
ini penuh dengan bahayanya. Tiap-tiap kaum, sama ada Cina, India mahupun Melayu berpegang
teguh kepada kesetiaan kaum, akan terus membangkitkan masalah Melayu ini. Dan oleh kerana
sesuatu golongan tidak mengetahui akan kekuatan pihak yang lain dan betapa hebatnya perasaan
yang terlibat maka persaingan ini cenderung ke arah ketegangan yang mungkin meletup. Jika hal
ini berlaku dan ada kemungkinan besar hal ini akan berlaku, maka kekurangan pengetahuan
bersama akan menyebabkan tidak mungkin berlaku kompromi. Keadaan itu mungkin tidak
terkawal lagi, dan akan terjadilah malapetaka. Apa yang terjadi di Nigeria akan menimpa
Malaysia pula.

Kecualilah bagi orang yang faham sifat orang Melayu, adalah satu paradoks bahawa orang-orang
Melayu sendirilah yang lebih banyak menekan masalah ini. Oleh kerana itu perlulah diketahui
keadaan orang Melayu yang khusus ini. Sifat ini merupakan sebahagian yang tidak dapat
dipisahkan dari masalah ini. Sebenarnya sifat ini menyebabkan masalah tersebut menjadi lebih
besar dan lebih kompleks. Orang Melayu bersifat sopan-santun dan tidak suka menonjol diri.
Dunia mereka penuh dengan golongan bangsawan dan mereka tidak pernah jauh dari raja-raja
dan pembesar-pembesar. Mereka lebih suka mengalah dan memberi hormat. Berbuat begitu
adalah tanda bersopan. Perbuatan itu bukanlah hina. Sesungguhnya kelakuan itu merupakan
asuhan yang baik. Sudah menjadi kebiasaan orang Melayu untuk undur ke tepi dan memberi
jalan untuk orang lain lalu. Bukan sahaja mereka berundur ke tepi, malahan mereka juga
menunduk untuk menunjukkan tanda hormat. Orang Melayu yang menerima penghormatan ini
juga akan menunjukkan latar belakang pendidikannya yang baik dengan tidak mengambil
sepenuh kesempatan yang diberikan. Sambil memberi jalan dia juga akan menunduk. Tiap-tiap
seorang mengharapkan budi bahasa ini dari yang seorang lagi. Tetapi harapan ini akan putus
sebaik sahaja pihak lain itu bukan orang Melayu. Orang bukan Melayu itu dikecualikan. Dia
tidak tahu. Dia tidak patut disalahkan. Orang bukan Melayu selalunya diberi keistimewaan. Dia
tidak diharapkan menyesuaikan diri. Dia boleh berkata atau berbuat perkara-perkara yang
dianggap kurang ajar atau kuragn sopan bagi orang Melayu. Malahan dia boleh berkelakuan
paling tidak sopan dari pandangan orang Melayu di depan raja-raja dan pembesar-pembesar
Melayu, dan tiada siapa jua yang akan berkata apa-apa. Hakikat bahawa orang Melayu bersedia
memaafkan dan membiarkan sahaja orang bukan Melayu berbuat begitu tiap-tiap kali sudah
merupakan dia telah mendapat asuhan yang baik. Memalukan tetamu adalah suatu perbuatan
yang buruk dan orang bukan Melayu itu selalunya dianggap sebagai tetamu oleh orang Melayu,
tetamu di negaranya.

Malangnya, amalan yang dianggap sebagai sopan-santun yang baik oleh orang Melayu telah
disalah-ertikan oleh orang orang bukan Melayu. Pihak British menganggap sifat memberi hormat
dan sentiasa mengalah orang Melayu itu sebagai bukti kelemahan dan rendah diri orang Melayu.
Kebiasaan orang Melayu memanggil mereka `tuan' dianggap oleh mereka sebagai penerimaan
bahawa orang-orang Eropah adalah `tuan' kepada orang Melayu.

Malahan salah sebuah kamus Bahasa Melayu-Inggeris ka rangan Winstedt secara keterlaluan
menyatakan bahawa cara yang betul bagi orang Melayu, termasuk raja-raja, memanggil orang
Eropah ialah dengan meletakkan kata hormat `tuan' di depan nama mereka. Jika kesombongan
ini tidak pernah ditentang secara terbuka ataupun jika kesalahan ini tidak pernah dibetulkan
maka sebabnya ialah orang Melayu menganggap tidak sopan membetulkan kesalahan tatatertib
yang dilakukan oleh orang asing.

Orang-orang Cina dan India yang datang dari negara-negara yang penduduknya sangat ramai
tidaklah begitu mengambil berat tentang tingkah laku dan sopan-santun. Dalam kehidupan
mereka, kemuliaan yang selalunya dikaitkan dengan asuhan tidak pernah wujud. Yang mereka
hormati hanyalah umur dan kekayaan semata-mata. Orang-orang Cina dan India tidak pernah
faham akan kebiasaan mengalah diri oleh orang Melayu. Mereka tidak melihat amalan ini
sebagai suatu petanda yang membayangkan asuhan yang baik. Mereka tidak terasa kagum dan
tidak pula pernah mereka merasa perlu menirunya. Bagaimanapun, mereka dapati kebiasaan itu
betul-betul menguntungkan mereka. Mereka dapati bahawa mereka tidak perlu mematuhinya,
dan mereka boleh berbuat apa sahaja tanpa dicela. Mereka mendapati sangat beruntung kerana
mereka dapat melakukan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh orang Melayu.
Sesungguhnya mereka dapati bahawa di bumi Melayu ini mereka mempunyai kedudukan
istimewa.

Sifat orang-orang Melayu yang sopan dan suka merendah diri itu hanyalah salah satu aspek
daripada watak orang Melayu. Perasaan sabar yang selalu dipaksakan oleh orang Melayu ke atas
diri sendiri bukanlah suatu kelaziman. Selalunya ada pergelutan dalam hati sanubari orang
Melayu, iaitu satu pertelingkahan, dan pertelingkahan ini dinyatakan dalam pel bagai cara.
Akibat pertama dan paling penting ialah dia menjadi pendiam dan mengongkong dirinya kepada
kaumnya sendiri. Dia tidak pernah berterus terang kecuali dengan orang-orang yang simpatinya
betul-betul dapat dipercayai. Dan dia betul betul dapat mempercayai hanya bangsanya sendiri.
Oleh kerana itu pendapat-pendapat yang dilahirkan kepada orang-orang yang bukan sebangsa
dengannya berbeza daripada pendapat pendapat yang dilahirkan kepada orang-orang
sebangsanya. Sudah barang tentu perbezaan ini lahir hanya apabila perkara yang hendak
dinyatakan itu sesuatu yang tidak baik dan tidak menyenangkan. Sekiranya pendapat yang
sebenar tidak menyebabkan apa-apa yang tidak baik atau kemarahan, maka dia tidak akan
teragak-agak untuk menyuarakan pendapatnya itu kepada masyarakat sendiri dan juga kepada
masyarakat lain. Oleh kerana itu adalah salah kalau orang Melayu diterima pada lahirnya sahaja.
Lebih baik jika sopan-santunnya dan perasaan jijiknya terhadap perkara-perkara yang tidak baik
difahami betul-betul. Pertelingkahan dalam dirinya itu sangat berbahaya dan sentiasa sahaja
mencari jalan untuk lahir.

"Amuk" adalah sepatah perkataan Melayu. Perkataan ini sekarang difahami orang di seluruh
dunia. Tidak ada sepatah perkataan lain yang dapat memberi huraian mengenai `amuk'. Dan
sebabnya nyata sekali — kerana `amuk' itu menerangkan satu lagi sifat Melayu. `Amuk'
merupakan curahan perasaan jasmaniah mengenai konflik yang terdapat di dalam diri orang
Melayu yang timbul disebabkan pematuhan yang terus-terusan terhadap undang-undang dan
peraturan dalam kehidupannya. Mengamuk merupakan akibat daripada kegetiran dalam hatinya
yang meluap-luap dan melimpah ruah.Mengamuk merupakan putusnya ikatan yang
mengikatnya. Itulah pelepasan diri yang terakhir dan yang selengkapnya dari segi latihan dan
pertimbangan akal fikiran. Tekanan dan kongkongan terhadap dirinya telah dilepaskan, maka dia
sudah tidak mempunyai tanggungjawab lagi. Tidak ada suatu apa yang penting. Dia bebas lepas.
Ikatan dengan masa lampau sudah putus dan masa depan tidak mempunyai apa-apa makna. Yang
pentingnya hanyalah sekarang. Dengan pengertian biasa dia naik darah. Dalam keadaan tidak
sedarkan diri itu dia menyerang secara membabi-buta. Sifatnya yang pemalu, merendah diri itu
telah berubah. Dia sekarang menjadi harimau — kejam, tidak berperasaan dan mahu
memusnahkan semua. Akan tetapi, peralihan dari orang Melayu yang sopan-santun dan
merendah diri kepada pengamuk itu selalunya merupakan proses yang sangat perlahan. Proses
ini tersangat perlahan hinggakan kadang-kadang peralihan ini tidak berlaku langsung. Dia
mungkin akan mati sebelum pergolakan dalam dirinya ini meletus.

Sekarang mengamuk hanyalah menjadi legenda. Peradaban telah menundukkan orang Melayu.
Dia masih menyimpan pera saan dendamnya tetapi dia dapat mengawalnya dengan lebih baik.
Dengan itu, dia sudah menjadi orang yang lebih baik kerana sifat itu. Namun begitu, sifat ini
masih menjadi sebahagian penting dari peribadinya, satu sifat asas dalam perwatakannya. Ada
lagi segi-segi lain sifat orang Melayu. Buat masa ini segi segi itu tidaklah mustahak. Semuanya
ada hubungan dengan masalah orang Melayu, tetapi ciri-ciri ini lebih bersangkut paut dengan
soal menyelesaikan masalah tersebut, bukannya memahami kemungkinan bahaya masalah itu.
Ciri-ciri ini akan dibincangkan kemudian nanti.

Kajian ringkas mengenai beberapa aspek sifat orang Melayu hanyalah sekadar untuk
menunjukkan bahawa masalah mereka adalah lebih berbahaya daripada bukti-bukti yang
ternampak berkenaannya. Tujuannya ialah memusatkan perhatian kepada sifat `keanehan' orang
Melayu memendam perasaan tidak puas hati mereka. Sekarang dapatlah difahami mengapa
sepanjang panjang sejarah orang Melayu nampaknya berpuas hati berundur selangkah demi
selangkah ke belakang. Nampaknya secara lembut mereka telah menyerahkan setiap kuasa dan
kekuasaan di tanah air mereka.
Pihak berkuasa British mengambil alih kuasa di Tanah Melayu secara yang tidak disedari dan
seolah-olah dengan kerja sama orang Melayu, dari Sultan hinggalah kepada orang kam pung
biasa. Pembunuhan seorang Residen British sedikit pun tidak mengganggu proses ini, malahan
perbuatan itu menyebabkan pihak British lebih bermuslihat dan licik. Mereka mulai mengerti
arus tidak puas hati yang terpendam di kalangan orang Melayu selama ini, dan pertelingkahan di
antara perasaan ini dengan kesopanan semulajadinya. Mereka telah belajar cara melembutkan
hati orang Melayu. Tahulah mereka sejauh mana mereka dapat bertindak. Semenjak itu dan
seterusnya usaha mereka untuk mengambilalih kuasa secara beransur-ansur tidak lagi mengalami
peristiwa-peristiwa yang kurang menyenang-kan. Kemasukan pendatang, pada mulanya hanya
menetes netes telah menjadi arus sewaktu pemerintahan British, telah mengenepikan orang
Melayu, seolah-olah tiada tentangan dari mereka.

Sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua sudah terdapat tanda-tanda bahawa orang Melayu
telah sedia untuk meme cahkan belenggu kelemahan yang mereka kenakan ke atas diri mereka
sendiri. Kesatuan Melayu Muda sudah hampir berselisih secara terbuka dengan Residen British
apabila Jepun menyerang. Jabatan Perisik British tahu akan hal ini tetapi pihak Westminster
tidak tahu. Demikianlah rancangan Malayan Union telah disusun oleh Kerajaan British yang
tidak menge tahui keadaan di sini. Rancangan ini bertujuan merampas segala kekuasaan dan
kedudukan orang Melayu yang masih ada pada mereka di Tanah Melayu. Seorang pegawai
perkhidmatan awam yang bongkak telah diberi tugas untuk merancang usaha pura-pura
mematuhi kehendak undang-undang, walhal se benarnya tindakan telah pun diambil bagi
pelaksanaannya. Sekali lagi perasaan tidak puas hati yang terpendam di kalangan orang Melayu
mengancam untuk meletup. Orang Melayu yang menganggap diri mereka hanya sebagai rakyat
kepada raja-raja di negeri masing-masing secara tiba-tiba bersatupadu untuk menghadapi bahaya
yang menggugat mereka. Sekali lagi pihak British, yang sensitif dan sedar akan peristiwa-
peristiwa lalu, mengalah secara terhormat. Sifat budiman orang Melayu sedar akan tindakan
tersebut. Orang yang budiman telah bertindak seperti yang sepatutnya dilakukan oleh orang
budiman. Kedua dua pihak berbaik semula. Sesungguhnya perasaan hormat kepada pihak British
semakin tinggi.

Setelah diberi jaminan dan ditenteramkan, orang Melayu sekali lagi menjadi budiman yang
sopan. Tetapi tidak lama kemudian nyatalah pihak British hendak mencubanya sekali lagi.
Perjuangan menentang prinsip-prinsip Malayan Union belumlah selesai. Orang Melayu mulai
sedar akan tindak-tanduk yang akan digunakan oleh pihak British. Mereka kini sentiasa berhati-
hati dan meneliti keadaan sesudah diperlakukan begitu rupa dalam peristiwa Malayan Union
dahulu. Dalam keadaan sentiasa waspada, mereka menentang tindakan British itu dengan cara
tidak langsung. Sampai setakat ini kita sudah melihat bahawa pihak British pandai
mengendalikan orang Melayu. Setiap kali apabila keadaan nampaknya tidak terkawal maka
mereka lazimnya akan berundur secara terhormat. Orang Melayu yang berada lega ini kemudian
berdepan pula dengan tindakan-tindakan barn yang lebih bijaksana. Kesimpulan dari segala-gala
itu orang Melayulah yang rugi.

Semasa pihak British berada di Tanah Melayu mereka menjadi pemisah atau `buffer' antara
orang Melayu dengan pen datang-pendatang Cina dan India. Perhubungan di antara kedua-dua
kaum pendatang ini dengan orang Melayu dikekal kan ke tahap paling rendah, balk dari segi
pentadbiran mahupun dari segi sosial. Kehadiran Pelindung-pelindung British bagi orang Cina
dan agen-agen untuk orang India bererti bahawa masalah kaum-kaum pendatang itu terletak di
luar bidang kuasa pegawai-pegawai Melayu. Pengasingan dan perbezaan bahasa dan budaya
menyekat perhubungan sosial. Akibatnya penda tang-pendatang ini tidak begitu mengetahui
tabiat dan sifat orang Melayu dan mereka langsung tidak tahu bagaimana hen dak berurusan
dengan orang Melayu.

Tetapi dengan kemerdekaan British tidak lagi menjadi pemisah atau 'buffer'. Tiba-tiba sahaja
perhubungan dimulakan bagi semua peringkat di antara orang Melayu dan orang-orang bukan
Melayu. Keadaan beransur-ansur menjadi lebih tegang apabila orang Melayu, dengan sopan-
santun lamanya dan keengganannya memalukan orang lain, berhadapan dengan orang-orang
yang tidak menghargai sifat-sifat ini dan tidak pula tahu bagaimana berurusan dengan mereka.
Mujurlah ada cukup ramai pemimpin bukan Melayu dalam teraju Kerajaan yang tahu akan
masalah orang Melayu dan cara-cara British mengelakkan pergaduhan yang mungkin berlaku itu.
Tetapi setelah bertahun-tahun semenjak Merdeka bilangan pemimpin pemimpin yang bijak ini
tidaklah ditambah. Pemimpin pemimpin bukan Melayu dan generasi yang barn hanya dapat
melihat orang Melayu sebagai penghalang kemahuan kaum mereka untuk maju tanpa sekatan.
Mereka melihat sifat sopan santun dan perasaan takut orang Melayu kepada huru-hara sebagai
kelemahan yang hams dipergunakan, bukan difahami.
Jurang ini semakin lebar. Toleransi digantikan dengan kese tiaan yang sempit. Masalah ini
membesar hari demi hari dan konflik di dalam diri orang Melayu sendiri semakin memuncak.
Sopan-santun dan keinginan mengelakkan keadaan yang tidak diingini bertembung dengan
keperluan memelihara diri sendiri. Berapa lamakah sopan-santun dan asuhan akan terus diutama
kan? Sejauh manakah masalah Melayu dapat digelembungkan sebelum meletus? Jawapannya
tentulah terletak pada orang orang Melayu, Cina dan India. Kita mestilah mempelajari taktik
British. Kita hams belajar memahami masalah ini. Kita hams tahu akan asasnya, besarnya dan
dasar kebenarannya. Perkara yang menyakitkan hati orang-orang Melayu mestilah dileraikan.
Satu penyelesaian haruslah dicari, satu penyelesaian adil yang memberi segala sesuatunya
kepada orang lain tetapi dalam pada itu memberikan kepada orang Melayu tempatnya di bumi
Tanah Melayu ini. Masalah orang Melayu itu haruslah dinyata kan, dianalisa dan dinilaikan
supaya kita dapat mencari penye lesaiannya. Masalah ini haruslah dihadapi dan dihadapkan
sekarang juga, iaitu sebelum terlambat.

Secara tiba-tiba sedarlah orang Melayu bahawa dia tidak boleh menganggap Tanah Melayu
sebagai tanah airnya. Tidak ada lagi Tanah Melayu — tanah air bagi orang Melayu. Dia sekarang
sudah jadi orang lain, orang Malaysia, tetapi orang Melayu Malaysia dengan kuasanya di Tanah
Melayu — tanah airnya — sekarang bukan sahaja diperkongsikan dengan orang lain, malahan
diperkongsikan secara tidak sama rata. Tambahan pula dia sekarang diminta supaya melepaskan
lebih banyak lagi pengaruh yang ada padanya.

Inilah pendirian asasi orang Melayu yang ditentang oleh kaum-kaum lain. Orang Melayu
mendakwa Tanah Melayu sejak dahulu hinggalah sekarang adalah tanah air mereka. Jika
kewarganegaraan hendak diberikan kepada kaum-kaum lain yang telah menetap dan menjadikan
Tanah Melayu ini tempat tinggal mereka, maka terserahlah kepada orang Melayu untuk
menentukan bentuk kewarganegaraan, keistimewaan dan tanggungjawab mereka. Setelah
menjadi warganegara, orang orang bukan Melayu bukan sahaja sama-sama berkongsi Malaysia
dengan orang Melayu tetapi juga syarat-syarat bagi seseorang warganegara dan syarat-syarat
kewarganegaraan itu sendiri. Ini termasuklah perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditukar oleh
warganegara yang baru itu.
Apakah Tanah Melayu tanah air orang Melayu? Sesung guhnya orang Cina dan India pun telah
berada di sini begitu lama dan mereka juga mempunyai hak menuntut yang sama serupa dengan
orang Melayu. Lagi pula orang Melayu bukanlah penduduk pertama di Tanah Melayu. Orang-
orang Asli sudah tinggal di sini sebelum orang Melayu. Jika orang Melayu dapat mengambil
tanah ini daripada orang Asli maka orang Cina dan orang India pun boleh berbuat begitu. Oleh
kerana itu orang orang Cina dan India haruslah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan orang Melayu. Kempen yang halus untuk menafikan hakikat yang telah lama diterima
tentang hak asasi orang Melayu ke atas Tanah Melayu bermula dengan konsep gagasan Malayan
Union yang dianjur oleh British. Kempen ini juga tenggelam timbul seiring dengan perubahan
politik Tanah Melayu. Akhirnya yang menjadi kemuncaknya ialah kenyataan sangat terkenal
yang dibuat oleh Perdana Menteri Singapura Encik Lee Kuan Yew, sebelum Singapura menarik
diri dari Malaysia, yakni `kami (orang Cina) berada di sini kerana hak'. Dengan lain-lain
perkataan orang Melayu tidak mempunyai hak yang lebih terhadap Semenanjung Tanah Melayu
daripada orang-orang Cina atau India.

Siapa yang memiliki negara mana sudah menjadi punca pepe rangan dan pertelingkahan sejak
permulaan zaman lagi. Pihak pihak yang terlibat dalam pertelingkahan ini tidak pernah mencapai
persetujuan biar apa jua kebaikan yang dikemukakan atau akibat pertempuran atau peperangan.
Rasanya sia-sialah mencuba memberikan sebab-sebab dakwaan orang Melayu di sini. Tetapi
mujurlah ada pula negara-negara yang mempunyai masalah seperti di Tanah Melayu dan
penerimaan dunia ter hadap dasar kewarganegaraan dan tokoh-tokoh antarabangsa telah
menyediakan asas bagi memperkuatkan tuntutan orang Melayu. Salah satu contohnya ialah
Australia. Orang-orang British yang menetap di Australia hanya baru beberapa kurun yang lalu
telah secara sepihak membahagi-bahagikan tanah orang-orang Asli Australia itu sesama mereka.
Tetapi sekarang tidak siapa pun secara sungguh-sungguh menganggap bahawa orang putih
Australia tidaklah begitu berhak memerintah Australia seperti penduduk peribuminya. Orang-
orang Australia diterima oleh persetujuan antarabangsa sebagai bangsa Australia.

Penerimaan dan pengiktirafan antarabangsa sangatlah pen ting bagi menegakkan identiti
kebangsaan. Pengiktirafan ini berlaku dalam berbagai bentuk. Bentuk yang paling konkrit ialah
perwakilan diplomatik, tetapi apabila tidak ada wakil ditauliahkan, kerajaan ataupun pihak yang
berkuasa bagi jajahan yang mana negara-negara asing berunding, membuat perjanjian dan
berdagang, menjadi kaum ataupun pemerintah yang sah bagi kawasan berkenaan. Hakikat
bahawa seluruh dunia berunding dan berurusan dengan orang-orang Australia dan bukan dengan
kaum Asli Australia mengukuhkan peng iktirafan bahawa Australia adalah hak kepunyaan kaum
pendatang Australia.

Kita tahu yang pendatang Australia yang pertama adalah dari keturunan British. Kemudiannya
datang pula penduduk yang berketurunan Eropah lainnya. Tetapi menjelang datangnya kaum-
kaum lain, orang Australia telah diiktirafkan sebagai personaliti antarabangsa. Dia bercakap
Inggeris, mengamalkan adat yang pada dasarnya adat resam Inggeris dan menganuti agama
Kristian. Dia menerima hubungan dengan Raja British dan malahan apabila negaranya merdeka
sekali pun, dia masih memelihara hubungan tersebut. Penegakan identiti ini ber makna bahawa
pendatang-pendatang Eropah yang datang kemudian dan pendatang-pendatang Asia juga patut
mematuhi identiti ini. Kalau mereka gagal mematuhi identiti ini bermakna mereka gagal
memperolehi kedudukan yang sah sebagai rakyat Australia. Hakikat bahawa penduduk bukan
British telah memutuskan semua hubungan dengan negara asal mereka dan. tidak berniat hendak
meninggalkan Australia, tidaklah secara automatik menempatkan mereka sebagai rakyat
Australia.Pen duduk tetap Australia menentukan bila pendatang baru boleh menyebut dirinya
rakyat Australia. Sekiranya dia mematuhi syarat-syarat yang lazim untuk menjadi rakyat
Australia maka barulah dia memperoleh status yang sah dan keturunannya akan menjadi rakyat
Australia. Bagaimanapun, haknya dan hak anak-anaknya sebagai rakyat Australia tidak
melampaui hingga menuntut definisi tentang rakyat Australia itu diubah supaya bahasa, adat
resam dan tradisi sesuai dengan bahasa, adat resam dan tradisi negara asalnya. Orang Australia
dari keturunan Rusia tidak akan menuntut agar bahasa dan adat resam Rusia patut dijadikan
bahasa dan adat resam Australia kerana dia mempunyai hak yang sama dengan orang-orang
Australia lainnya. Orang Cina Australia tidak akan meminta supaya kebudayaan dan bahasa Cina
diterima sebagai kebudayaan dan bahasa Australia.

Dengan lain perkataan, oleh kerana personaliti antarabangsa Australia telah ditegakkan, dan oleh
kerana orang Australia sendiri ingin memelihara identiti tersebut, maka tidak ada orang Australia
yang boleh mengubahnya mengikut tafsirannya sendiri. Orang-orang Australia yang datang
terdahulu dan yang bercakap Inggeris tidak akan mengizinkan tindakan seperti itu dan mereka
akan mengambil langkah-langkah untuk mencegah agar kedudukan mereka tidak akan menjadi
lemah. Mereka akan menyingkirkan orang-orang neo-Australia dan mencegah kemasukan
pendatang-pendatang seperti itu.

Sesungguhnya, seluruh dasar imigrasi, pentadbiran dan pela jaran direncanakan untuk terus
mengekalkan keperibadian orang Australia sebagai orang kulit putih, bercakap Bahasa Inggeris,
adat resam Inggeris dan menganuti agama Kristian pada dasarnya. Imigrasi dikawal sedemikian
rupa hingga senantiasa terdapat cukup orang Australia tetap untuk mengu rangkan pengaruh
pendatang-pendatang baru ini.

Amerika adalah sebuah lagi negara dengan sejarah dan dasar yang serupa dengan Australia.
Walaupun orang-orang Red In dian Amerika mempunyai organisasi yang lebih baik dan lebih
maju daripada orang-orang Asli Australia tetapi mereka tidak pernah dianggap sebagai pemilik
Amerika Syarikat dari sudut antarabangsa. Orang-orang yang menetap di berbagai bahagian yang
sekarang ini disebut Amerika Syarikat bukanlah semua berketurunan Anglo-Saxon, malah
semenjak dari mulanya. Ketiga-tiga belas koloni itu ialah koloni British. Ramai orang Belanda
menetap di New Amsterdam yang kemudiannya dinamakan New York. Lousiana di Selatan
dihuni oleh orang Perancis. Oleh kerana bilangan mereka yang besar dan melalui peperangan dan
perundingan, keturunan Anglo-Saxon yang berbahasa Inggeris itu telah menguasai Amerika dan
mem bangunkan imej tetap orang Amerika. Arus pendatang Eropah yang berturut-turut datang
selepas itu akhirnya mengatasi jumlah bangsa British tulen, tetapi, kerana begitu ketat
peraturannya maka bahasa dan kebudayaan Inggeris tetap menjadi asas keperibadian Amerika.
Di Amerika sekarang ini terdapat kelompok-kelompok orang yang masih menggunakan bahasa
negara asal mereka dan sedikit sebanyak adat resam dan agamanya. Orang-orang Yahudi, Itali,
Puerto Rico dan malahan orang Cina juga tinggal dalam masya rakat yang tersendiri dengan
menggunakan bahasa mereka sendiri. Malahan mereka mempunyai surat khabar sendiri. Mereka
masih memelihara ikatan dengan `negara' lama mereka. Tetapi sebagai orang Amerika, mereka
bertutur dalam Bahasa Inggeris dan tidak mencuba mengusahakan agar bahasa dan kebudayaan
mereka sendiri diiktirafkan sebagai bahasa dan kebudayaan Amerika Syarikat. Sesungguhnya
sesudah mereka mencapai pengiktirafan umum mereka pun cuba melupakan bahasa dan negara
asal mereka, cuba keluar dari kawasan meleset atau ghetto dan memulakan hidup bare sebagai
orang biasa Amerika. Mereka kemudian menjadi lebih `American' daripada orang Amerika, dan
dengan penuh cemburu mereka mengawal undang-undang imigrasi, dasar pelajaran dan lain-lain
jentera kerajaan agar konsep Amerika yang diterima ramai itu terus kekal.

Lebih dekat dengan tanah air kita ialah Negeri Thai dan Viet nam. Negeri Thai mempunyai salah
satu masyarakat minoriti Cina yang terbesar. Menurut anggaran kasar kira-kira tiga juta orang
Cina terdapat di negara itu yang mempunyai 25 juta orang penduduk. Tambahan pula sebahagian
besar daripada orang Cina ini telah berkahwin dengan orang Thai dan dianggap sebagai orang
Thai. Imigrasi Cina ke Negeri Thai bermula pada masa yang sama sewaktu orang Cina
memulakan kembara mereka ke kawasan-kawasan yang masih mereka sebut kawasan Selatan.
Negara-negara di tanah besar Asia Tenggara dianggap sebagai negara taklukan Maharaja China
dan perwakilan diplo matik Cina lebih dahulu diberi tauliah daripada sebarang negara lain.
Akhirnya hasrat mereka untuk berniaga dan memperolehi kekayaan telah menyebabkan semakin
bertambah orang Cina pindah dan menetap di negara-negara Asia Tenggara. Orang Cina ini tidak
ingin menuntut kerakyatan negara tempat mereka menetap sehinggalah sejak akhir-akhir ini.

Negeri Thai menyedari bahayanya hegemoni ekonomi orang Cina semenjak awal-awal lagi.
Tidaklah diketahui dengan tepat bilakah orang Thai sedar bahawa masyarakat Cina yang besar
dan yang tidak diserap itu mungkin menjadikan Negeri Thai sebuah negara taklukan Maharaja
China. Dalam hal ini perlu pula disedari bahawa Negeri Thai terlalu dekat dengan negeri China.
Akan tetapi yang pasti ialah semenjak awal-awal sejarah Negeri Thai, peraturan untuk
menghalang pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah daripada menjejas kan identiti
kebangsaan dan antarabangsa orang Thai telah dikenakan secara sewenang-wenangnya. Kahwin
campur dan penyerapan kebudayaan, bahasa dan agama Thai digalakkan melalui sekatan-sekatan
pekerjaan dan perniagaan yang di kenakan ke atas orang Cina tulen. Pentadbiran dipelihara
dengan tegas supaya kekal di dalam kekuasaan orang Thai ataupun dalam tangan orang
berketurunan Cina-Thai yang patuh kepada keperibadian Thai. Dalam sejarah Negeri Thai tidak
pernah terjadi pertelingkahan mengenai siapa yang lebih berhak terhadap Negeri Thai. Walau
apa pun masyarakat asing yang datang menetap di Negeri Thai, namun orang Thai yang tetap
inilah yang mempunyai kata putus mengenai siapa yang berhak menjadi warganegara. Hakikat
bahawa sekarang ini ada tiga juta orang Cina yang mempunyai taraf penduduk tetap Negeri Thai
tidaklah bererti mereka mendapat hak menyebut diri mereka sebagai orang Thai dan menuntut
agar kebudayaan dan bahasa mereka diterima sebagai bahasa dan kebudayaan Thai.
Pada asalnya orang Cina berada di Vietnam sebagai peme rintah. Orang Cina tidak pernah
diserapkan sepenuhnya di Vietnam. Semasa pemerintahan Perancis orang Cina hidup ber asingan
dari orang Vietnam. Tidak pernah timbul keraguan tentang siapa yang memiliki Vietnam. Orang
Vietnam mewarisi Vietnam dari Perancis. Mereka kemudian mengambil langkah menyekat
orang Cina (yang berjumlah lebih kurang 2 juta) dalam masyarakat mereka. Keturunan Cina
yang datang sebagai penakluk dan juga pedagang Cina yang datang kemudian adalah dianggap
sebagai orang asing tanpa hak kerakyatan. Orang Cina lebih lama tinggal di Vietnam daripada di
tempat-tempat lain di Asia Tenggara. Negara mereka berjiran, agama mereka sama dan nama
mereka pula hampir hampir tidak dapat dibezakan. Tetapi bangsa Vietnam berkeras mengatakan
bahawa merekalah yang memiliki Vietnam dan mereka sahaja yang boleh menentukan siapa dan
apa dia orang Vietnam.

Di tempat-tempat lain di Asia Tenggara orang Cina sudah tinggal lama seperti lamanya rnereka
tinggal di Malaysia. Tetapi di mana-mana pun, mereka tidak pernah mendakwa ataupun di terima
sebagai penduduk peribumi negara berkenaan.

Pokok perbincangan saya ialah bahawa orang Melayu adalah pemilik Tanah Melayu yang sah.
Jadi jika sekiranya kerakyatan hendak diberikan kepada kaum-kaum lain yang bukan ketu runan
Melayu maka pemberian itu patut dibuat berdasarkan persetujuan orang Melayu. Persetujuan itu
bersyarat.

Kesimpulan kita yang pertama dari kajian mengenai negara negara lain ialah bahawa kehadiran
penduduk peribumi sebelum negara itu diduduki oleh kaum-kaum lain tidaklah bermakna negara
itu diiktirafkan dari sudut antarabangsa dimiliki oleh penduduk peribumi. Orang asli terdapat di
Australia, Taiwan dan Jepun, sekadar beberapa contoh, tetapi mereka tidak pernah dianggap
sebagai orang tetap di negara berkenaan. Orang-orang tetap adalah mereka yang mula-mula
membentuk kerajaan dan kerajaan inilah pula yang diiktiraf oleh negara-negara lain dan dengan
kerajaan inilah negara-negara lain itu menjalankan segala urusan rasmi dan mengadakan
perhubungan diplomatik.

Ada pula satu syarat lain. Orang-orang yang mula-mula membentuk kerajaan yang berkesan dan
warisan-warisan mereka yang sah mestilah senantiasa lebih ramai jumlahnya daripada puak-puak
orang asli yang ada di dalam sesuatu negara itu. Beginilah halnya di negara-negara yang saya
sebutkan, tetapi di Afrika Selatan, Kenya dan Rhodesia (kini Zimbabwe) orang asli lebih ramai
jumlahnya daripada kaum-kaum yang membentuk kerajaan berkesan yang pertama.

Kita tahu sikap dunia moden terhadap keadaan di negara negara ini. Walaupun kerajaan kulit
putih di Kenya ialah kera jaan pertamanya yang berkesan, tetapi pendapat moden ber keras
mengatakan bahawa orang-orang kulit hitam Afrika yang asal sepatutnya membentuk kerajaan
dan dianggap penduduk tetap Kenya oleh sebab jumlah mereka lebih besar daripada jumlah
orang kulit putih dan oleh kerana merekalah orang asal tempat tersebut. Lama-kelamaan,
disebabkan tekanan pen dapat-pendapat dunia maka keadaan telah berubah di Kenya. Alasan-
alasan yang sama juga boleh digunakan bagi Afrika Selatan dan Rhodesia meskipun terdapat
hakikat bahawa pendu duk kulit putihlah, di kedua-dua buah negara ini, yang mem bentuk
kerajaan berkesan yang pertama dan telah diterima sejak lama dahulu di kalangan antarabangsa
sebagai orang tetap, namun mereka diminta supaya mengalah kepada orang-orang Afrika kulit
hitam yang jumlahnya jauh lebih besar daripada jumlah orang kulit putih itu dan merekalah juga
dari segi etnik ada kaitan dengan kawasan-kawasan tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa di Tanah Melayu orang Melayulah yang mula-mula sekali
membentuk kerajaan yang berkesan. Negeri-negeri Melayu telah diiktiraf di kalangan
antarabangsa sejak permulaan sejarah Tanah Melayu lagi. Per niagaan, perjanjian dan perwakilan
diplomatik dengan negara negara lain dirundingkan dengan kerajaan negeri-negeri Melayu di
Tanah Melayu yang diperintah oleh orang Melayu. Orang Melayu selamanya menjadi orang
tetap di Semenanjung Tanah Melayu. Orang-orang asli tidak pernah diberi pengiktirafan seperti
itu dan mereka sendiri pun tidak pernah mendakwa bahawa mereka ada menerima pengiktirafan
seperti itu. Tidak pernah diketahui adanya kerajaan orang asli ataupun negeri yang diperintah
oleh orang asli. Lagi pula jumlah mereka tidak pernah melebihi jumlah orang Melayu pada bila-
bila masa pun. Adalah nyata, bahawa jika sekarang ini ada empat juta orang asli, hak orang
Melayu untuk menganggap Semenanjung Tanah Melayu sebagai milik mereka akan dipersoalkan
oleh dunia. Tetapi sesungguhnya orang asli itu berjumlah hanya beberapa ribu orang sahaja.
Kerajaan Maharaja China menerima upeti dari beberapa buah negeri Melayu. Perbuatan ini
dengan sendirinya meru pakan satu bentuk pengakuan Negeri China terhadap wujudnya negeri-
negeri Melayu dan sahnya kerajaan Melayu itu dari segi undang-undang. Oleh kerana itu, jika
amalan antarabangsa dijadikan ukuran, maka orang Melayu adalah orang tetap di Semenanjung
Tanah Melayu, iaitu pemerintah yang asal dan sebenar dan pemilik Tanah Melayu. Tidak ada
sebarang kaum lain yang mempunyai alasan untuk membantah hakikat ini. Sejarah, terutama
sejarah baru-baru ini, tambah memperkuat kan lagi tuntutan orang Melayu ini. Segala urusan
dengan kerajaan-kerajaan dan orang asing dibuat dengan raja-raja Melayu sebagai pemerintah
negeri-negeri tersebut. Tidak ada siapa lagi yang pernah mengaku dirinya mempunyai hak untuk
mengadakan perjanjian atau persetujuan bagi pihak Semenanjung Tanah Melayu. Melaka
dirampas oleh Portugis daripada orang Melayu. Kemudiannya, negeri itu terlepas dari Portugis
kepada Belanda dan dari Belanda kepada British. Pulau Pinang pula dipajakkan kepada British
oleh Sultan Melayu Kedah, kemudian Seberang Perai ditambahkan pula kepada jajahan British
Pulau Pinang, juga dengan perjanjian dengan Sultan Kedah. Daerah Dinding dan Pulau Pangkor
dipajakkan oleh Sultan Melayu Perak. Apabila kedua-dua daerah ini sudah tidak berguna lagi
kepada British maka daerah-daerah tersebut dipulangkan kembali kepada Sultan Negeri Perak.
Tidak ada apa-apa soalan yang pernah dibangkitkan sama ada rakyat jajahan British di kedua-
dua kawasan seharusnya mewarisi jajahan itu. Malahan pendapat mereka tidak pernah diminta.
Dan tidak ada bantahan atau hasutan yang berlaku apabila daerah Dinding dan Pulau Pangkor
dikembalikan kepada Perak.

Berkenaan dengan Singapura, pihak British telah menipu Maharaja Johor. Nyatalah bahawa
seandainya tidak terjadi penukaran sultan di Johor, secara rahsia diatur oleh pihak British, maka
Singapura tidak mungkin diserahkan kepada pihak British. Bahawa semua ini perlu dilakukan
menunjukkan bahawa pihak British mengetahui dan mengakui hak orang Melayu ke atas pulau
Singapura.

Dalam sejarah pentadbiran British di Tanah Melayu selepas itu, orang Melayu dan raja-raja
Melayu sahajalah orang-orang yang diminta pendapatnya dan yang diakui oleh British sebagai
orang tetap di Tanah Melayu. Di Negeri-negeri Selat, pihak British memerintah dengan tidak
mempedulikan orang Melayu. Hal ini mungkin kerana raja-raja Melayu tidak dapat membantah.
Sultan Kedah memang telah berusaha untuk men dapatkan kembali Pulau Pinang tetapi
mengalami kekalahan teruk di tangan askar upahan British. Sesudah kejadian ini maka dirasakan
lebih baiklah British dibiarkan sahaja. Nyatalah kepada orang Melayu bahawa apabila kawasan-
kawasan di pajakkan kepada pihak British, maka mereka akan bertindak bukan sebagai pemajak
malah sebagai pemilik yang sah ataupun sebagai tuan tanah. Kalau tidak ada angkatan tentera
yang boleh mengalahkan kuasa British maka sebarang percubaan untuk memaksa pihak British
mengubah takrif mereka tentang perkataan `pajakan' itu akan sia-sia sahaja.

Di tempat-tempat lain di Semenanjung Tanah Melayu, pihak berkuasa British memerintah


melalui orang Melayu. Memang diakui pula bahawa orang Melayu tidak mempunyai pilihan
kecuali mengikut sahaja perintah pihak British. Terdapat kepalsuan perkataan-perkataan yang
ditulis di dalam berbagai perjanjian dengan British dan menurut perjanjian-perjanjian tersebut
raja-raja Melayu `mesti menerima nasihat Penasihat penasihat British apabila nasihat diberikan'.
Ini sudah tentu akan memalukan semua orang lain kecuali pihak British. Cara ini membolehkan
British melakukan apa sahaja yang mereka suka. Dan yang mereka suka tidak ada hadnya.
Antaranya termasuklah memecat raja-raja dan mengubah undang-undang penggantian waris
mereka.

Akan tetapi hakikatnya masih juga pihak British yang meme rintah Tanah Melayu melalui orang
Melayu dan bukan melalui orang lain. Memanglah benar bahawa badan-badan penasihat
perundangan mengandungi beberapa orang bukan Melayu, tetapi tugas badan-badan ini sedikit
sekali kena mengena dengan kuasa eksekutif. Badan-badan ini dapatlah dikatakan sebagai
semata-mata untuk menebus malu British. Orang-orang bukan Melayu yang dilantik menjadi ahli
dewan perundangan di negeri-negeri Melayu sebenarnya adalah `pak turut' semata mata. Semua
perubahan yang utama, seperti membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan cadangan
sebuah Kesatuan Kastam yang meliputi semua negeri di Tanah Melayu, dirundingkan secara
langsung dengan sultan-sultan sebagai ketua eksekutif yang sebenarnya bagi tiap-tiap negeri.

Penaklukan Tanah Melayu oleh Jepun tidak mengubah kedudukan raja-raja Melayu. Jepun
membiarkan mereka sebagai sultan, walaupun Kerajaan Tentera Jepun merasa tidak perlu
meminta nasihat mereka dalam hal ehwal pentadbiran atau dasar. Semasa peperangan sedang
melanda Asia Tenggara, Jepun telah memindahkan keempat-empat buah negeri Melayu di utara
kepada pemerintahan Thai. Negeri Thai memerintah negeri-negeri ini melalui gabenor tentera
tetapi mereka tidak pun menghapuskan kedudukan raja-raja. Sesungguhnya pula sultan-sultan itu
lebih istimewa kedudukan mereka di bawah pemerintahan Thai daripada di bawah pemerintahan
Jepun.
Kekalahan Jepun diikuti dengan beberapa perubahan di dalam pentadbiran wilayah-wilayah yang
dahulunya terletak di bawah naungan British. Raja Brooke di Sarawak dan Syarikat Borneo
Utara British telah diminta menyerahkan kekuasaan mereka di kedua-dua wilayah itu kepada
Kerajaan British. Mereka tidak mempunyai pilihan lain. Apabila salah seorang anggota keluarga
Brooke membantah maka tindakan yang di-ambil terhadapnya membayangkan keazaman British
mengenai hal ini. Malahan pembunuhan Gabenor British di Sarawak pun tidak menghalangi
pihak British.

Di Tanah Melayu, rancangan British telah mengenepikan bagi kali pertamanya amalan-amalan
yang sudah-sudah, iaitu berunding dengan raja-raja Melayu yang memerintah negeri ini.
Kerajaan Buruh di Britain pada waktu itu, kerana kurang pengetahuan atau tidak mempunyai
pengetahuan tentang negara ini, merasakan sultan-sultan Melayu itu tidaklah begitu demokratik.
Oleh itu, mereka hendak diturunkan kepada ketua agama semata-mata dan pentadbiran negara
akan diambil alih sepenuhnya oleh British. Tambahan pula semua orang yang tinggal di Tanah
Melayu akan dijadikan warganegara dan mem punyai hak yang sama seperti orang Melayu.
Memanglah kalau mengenai soal membahagikan harta benda orang lain pihak British bersikap
dermawan. Misalnya di Palestin, seluruh negeri itu diambil dari orang Arab dan diberikan
kepada orang Yahudi.

Bagaimanapun, sikap mahu merasmikan sesuatu masih kekal pada pihak British. Walaupun
mereka mempunyai kuasa dan kekuatan untuk mengenepikan sultan-sultan dan orang Melayu,
namun mereka masih mahu memperolehi persetujuan yang rasmi dari para sultan untuk gagasan
Malayan Union yang di cadangkan itu. Sesuai dengan itu seorang pegawai dari Palestin telah
dipilih untuk menjalankannya. Secara tergesa-gesa per setujuan itu diperolehi secara paksa dari
kesembilan raja Melayu setelah mereka diancam bahawa mereka tidak akan diiktiraf jika mereka
berdegil. Perkara yang hendak ditekankan di sini ialah bahawa sekalipun pada waktu paling
genting dalam per¬hubungan di antara orang Melayu dan British, pihak British masih mengakui
secara rasmi kuasa sah yang dipegang oleh sultan-sultan Melayu di negeri-negeri Semenanjung
Tanah Melayu. Ini diperkukuh lagi apabila British telah memulihkan status raja-raja Melayu
selepas berlaku tentangan dan rusuhan hebat oleh orang Melayu. Ini telah memaksa British
menarik balik rancangan mereka untuk membentuk Malayan Union.
Sejak dari itu dan seterusnya segala perubahan yang berlaku sehingga tercapai kemerdekaan
Tanah Melayu dalam tahun 1957 dibuat dengan perundingan dan persetujuan sepenuhnya dari
raja-raja Melayu dan juga dengan bangsa Melayu diwakili oleh parti politik Melayu yang
terbesar, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Maka jelaslah bahawa
sehingga mereka menyerahkan kuasa mereka pada Hari Kemer dekaan dalam bulan Ogos tahun
1957, British mengakui bangsa Melayu sebagai satu-satunya bangsa yang perlu dirujuk untuk
mendapatkan persetujuan mereka sebelum sebarang perubahan dilakukan di Tanah Melayu.
Kaum-kaum lain juga dibawa berunding tetapi sebarang cadangan yang ditentang oleh orang
Melayu tidak akan lulus sama sekali.

Sejak Merdeka telah timbul berbagai pendapat lain mengenai tuntutan persamaan hak orang Cina
dan India dengan orang Melayu terhadap Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara mereka
sendiri. Tuntutan-tuntutan ini mengenepikan semua kejadian yang dapat dijadikan tauladan dan
fakta sejarah. Salah satu dakwaan yang agak menarik ialah bahawa orang-orang Cina dan India
adalah orang-orang yang telah memajukan Tanah Melayu dan menjadikannya makmur.
Dakwaan ini nampaknya memberikan hak kepada para pemaju sebagai pemilik tanpa
memperhitungkan pertimbangan-pertimbangan lain.

Pertamanya, kenyataan ini tidaldah begitu tepat. Ada ber bagai faktor yang telah menyebabkan
Tanah Melayu menjadi maju dan semua kaum turut memberikan sumbangan terhadap kemajuan
ini. Toleransi orang Melayu terhadap migrasi yang beramai-ramai tidak dapat diketepikan
sebagai suatu faktor yang tidak kurang pentingnya. Jika orang Melayu membantah hal ini dari
mulanya, maka tidak akan terdapat pendatang-pendatang untuk memajukan Tanah Melayu.
Bukan sahaja orang Melayu membenarkan migrasi, malahan mereka juga bertanggunjawab bagi
memerintah dan mengawal negara ini supaya pendatang pendatang ini dapat mengumpulkan
harta tanpa perasaan takut bahawa harta itu akan dirampas. Memanglah benar bahawa dalam
tugas ini mereka dinasihati dan dibantu oleh British, tetapi bukankah ini hanya menunjukkan
bahawa British juga bertanggungjawab memajukan negara ini dan menjadikannya makmur.
Pendatang-pendatang itu datang ke Tanah Melayu bukanlah untuk memajukannya. Mereka
datang oleh kerana kekayaan yang dapat diperolehi dalam suasana yang penuh dengan toleransi
dan kestabilan. Ini membezakan Tanah Melayu daripada tanah-tanah jajahan dan negara-negara
lain di Asia Tenggara. Faedah yang diperolehi dari kemajuan ini, ter-utamanya, tertumpu kepada
pendatang-pendatang yang mencari kekayaan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di
kawasan luar bandar tidak mendapat banyak faedah daripada kemajuan dan kemakmuran ini.
Jadi, kalaupun tidak ada kema juan, mereka tidak akan mempedulikannya. Mereka sudah tentu
tidak akan melepaskan tuntutan mereka terhadap Tanah Melayu semata-mata untuk digantikan
dengan kemakmuran yang tidak dapat mereka nikmati bersama.

Persoalan yang ditimbulkan oleh dakwaan ini ialah apakah orang-orang yang memajukan negara
itu secara automatik berhak memilikinya. Jika pembangunan semata-mata sudah memberikan
hak kepada sesuatu kaum yang mendatang ter hadap sesebuah negara tempat mereka menetap,
maka sudah tentulah pihak British mempunyai hak tuntutan yang pertama ke atas Tanah Melayu,
Kenya dan negara-negara jajahan lainnya. Orang Cina juga telah banyak memberikan
sumbangan kepada kemajuan di Filipina, Negeri Thai, Indonesia dan Vietnam. Namun selagi
pemaju-pendatang Cina ini tidak memenuhi berbagai syarat yang rumit, di antaranya mungkin
termasuk pertukaran nama dan berkahwin dengan rakyat tetap, maka mereka tidak boleh
mendakwa negara itu sebagai negara mereka. Di Amerika Syarikat, pendatang-pendatang yang
dipilih mengikut kemampuan mereka memberikan sumbangan kepada kemajuan negara itu
masih perlu memenuhi berbagai kelayakan bermastautin. Mereka terpaksa mengikuti ujian
bahasa sebelum diterima menjadi warganegara dan seterusnya mendakwa Amerika Syarikat
sebagai negara mereka sendiri. Di mana-mana pun, sumbangan kepada kemajuan dan
kemakmuran sesebuah negara tidak pula dijadikan ukuran hinggakan penyumbang boleh
mendakwa bahawa negara ter sebut milik mereka. Oleh itu dakwaan bahawa orang Cina dan
orang India bertanggungjawab memajukan Tanah Melayu masih belum lagi bererti bahawa
pendatang-pendatang itu dan keturunan mereka berhak mendapat kedudukan yang setaraf dengan
orang Melayu peribumi. Mereka mestilah memenuhi berbagai syarat sebelum mereka dapat
menuntut status ini.

Satu pendapat lagi mengatakan bahawa sudah tidak terbilang banyaknya pendatang yang telah
menetap di Tanah Melayu selama satu generasi atau lebih dan mereka telah pun memu tuskan
hubungan dengan negara asal mereka. Mereka ini men-dakwa, oleh kerana kesetiaan mereka
tertumpah hanya kepada Tanah Melayu, bahawa mereka haruslah diberi kewarga negaraan
Tanah Melayu dan mempunyai sama hak dengan orang Melayu. Adalah mudah untuk
menyatakan kesetiaan. Sebaliknya, untuk membuktikan kesetiaan itu keadaan keadaan yang
mencabar mestilah timbul bagi menduga dakwaan ini. Namun demikian, tidak mungkin pula
terbukti segala syarat tersebut. Kaum pendatang itu boleh menyatakan bahawa Tanah Melayu
adalah satu-satunya negara mereka. Mereka dilahirkan di Tanah Melayu, mereka bekerja di sini
dan mereka mempunyai harta di sini. Mereka akan mati di sini dan mereka akan dikebumikan di
sini. Seperti orang Melayu juga, mereka tidak mempunyai negara lain yang boleh mereka pergi
dan menganggap sebagai negara mereka. Sama ada di tanah air atau di seberang laut mereka
adalah penduduk Tanah Melayu. Meskipun demikian masih ternyata bahawa jika sekiranya
orang Melayu dan orang India dipaksa meninggalkan Tanah Melayu maka orang India itu boleh
menetap di India dan menjadi orang India sedangkan orang Melayu tadi tidak boleh berbuat
begitu. Begitu jugalah halnya dengan orang Cina. Biar apa pun dia menganggap dirinya, namun
dia masih dapat di terima oleh Negeri China jika sekiranya dia terpaksa balik ke negara tersebut.
Sesungguhnya tidak pernah kita dengar tentang orang India dari Tanah Melayu tidak diterima
menjadi warga negara India jika sekiranya mereka membuat permohonan. Begitu juga orang
Cina seberang laut dari Indonesia dan Tanah Melayu diterima dengan tangan terbuka oleh Negeri
China apa bila mereka itu diusir keluar kerana sebab-sebab politik. Ke manakah orang Melayu
akan pergi jika mereka dibuang dari Tanah Melayu? Mereka tidak akan dapat mencari sebuah
negara pun yang mahu menerima mereka sebagai rakyat berdasarkan kepada ikatan-ikatan kaum.
Malahan Indonesia pun tidak menganggap orang Melayu berasal dari Indonesia dan tidak akan
menerima orang Melayu buangan ini secara automatik.

Untuk menjadi bumiputera yang tulen maka seseorang itu haruslah menjadi anggota bangsa yang
betul-betul dapat dikait kan dengan sesebuah negara. Jika asal keturunan seseorang dikenal pasti
dan bangsanya diakui oleh negara lain, seseorang itu tidaklah lagi dapat dianggap sebagai
bumiputera. Dia tidak boleh mendakwa bahawa negara tempat dia menetap itu sebagai
kepunyaannya. Ini bukanlah bermakna bahawa jika semua kelayakan lain bagi mendapatkan
kewarganegaraan telah dipenuhi maka tuntutan ini tidak sah. Sebaliknya dakwaan kesetiaan atau
rasa kepunyaan tidaklah dengan sendirinya menjadi asas bagi mendapat kewarganegaraan.

Kita sekarang berada dalam proses membina sebuah negara baru yang merupakan penyatuan
berbagai-bagai kumpulan kaum. Bentuk negara baru dan kewarganegaraan barn mestilah begitu
rupa supaya semua kaum yang menjadi bahagiannya merasa puas hati. Persefahaman tentang
hak-hak dan tuntutan tiap-tiap kaum adalah sangat penting, jika sekiranya kita mahu
mengelakkan perbezaan yang ditimbulkan oleh prasangka kaum dan kepentingan diri sendiri.
Persefahaman ini haruslah bersifat universal dan menyeluruh. Paling penting, persefahaman
haruslah berdasarkan kenyataan yang munasabah dan bukan semata-mata kepada sentimen dan
kepentingan diri sendiri.

Saya berpendapat bahawa orang Melayulah penduduk asal atau penduduk bumiputera Tanah
Melayu dan orang Melayulah sahaja yang dapat mendakwa Tanah Melayu sebagai satu-satunya
negara mereka. Mengikut amalan di seluruh dunia, maka is bermakna orang Melayu mempunyai
hak-hak yang tidak dapat dipisahkan mengenai bentuk dan tanggungjawab kewarganegaraan
yang boleh dikenakan ke atas warganegara yang bukan berketurunan bumiputera. Sebelum kita
membincangkan apakah hak-hak ini dan sejauh manakab orang Melayu telah menuntut dan
mendesaknya, maka eloklah disedari bahawa di Tanah Melayu penggunaan hak-hak yang sedikit
ini pun lebih ketara daripada yang sepatutnya. Sebabnya agak mudah dilihat. Pemberian
kewarganegaraan kepada masyarakat bukan Melayu yang beraneka ragam, yang tidak
terasimilasi dan terlalu ramai untuk dapat dikendalikan itu, telah dibuat secara agak tergesa-gesa.
Di negara-negara lain di Asia Tenggara (dan di Australia, Amerika dan Brazil), proses
pemberian kewarganegaraan itu dibuat dengan lebih berhati hati dan dikawal melalui dasar
imigrasi yang berpandangan jauh. Apabila kumpulan-kumpulan kecil pendatang dari ber bagai
asal keturunan mendapat kerakyatan, mereka menerima dan mengguna ciri-ciri dan bahasa serta
kebudayaan kaum tetap yang lebih besar bilangannya dalam negara yang berkenaan.

Rakyat barn ini telah melupakan keturunan asal mereka dan mereka tidak dapat lagi dibezakan
daripada kaum tetap. Mereka malahan menuntut supaya syarat-syarat kewarganegaraan yang
dikenakan ke atas mereka itu dikekalkan. Proses mengekal dan mengabadikan keperibadian
kaum tetap yang pada mulanya dibuat-buat dengan sendirinya menjadi tujuan utama dan
memperoleh momentumnya sendiri. Proses ini mempergunakan nilai-nilai dan sifat-sifat tertentu
manusia. Kedudukan sebagai kumpulan minoriti yang tidak memiliki keistimewaan (sebagai
warganegara) menimbulkan keinginan di kalangan pendatang pendatang barn ini untuk bersatu
dengan kaum majoriti dan memperolehi kedudukan yang istimewa. Kehilangan serta merta
kebudayaan mereka yang asal, ciri-ciri kaum dan bahasa tidaklah penting jika dibandingkan
dengan keistimewaan yang akan diperolehi sebagai warganegara. Dan setelah mencapai
keistimewaan ini dan diterima sebagai setaraf, maka timbullah perasaan cemburu manusia yang
semulajadi. Mereka pula mahu taraf mereka itu dipelihara. Proses ini apabila bermula tidak dapat
dikawal lagi jika pendatang-pendatang yang lebih agresif dan maju dari suatu kumpulan kaum
tertentu mencurah masuk.

Di Malaysia ada bukti yang menunjukkan bahawa kalau tidak kerana pemerintahan British inilah
yang akan terjadi. Orang Cina dan India yang datang ke Tanah Melayu, sebelum British
mengembangkan pengaruh mereka, telah menunjukkan sedikit tanda bahawa mereka sedang
mengalami proses asimilasi yang biasa. Di Melaka, orang-orang Cina dan India telah tidak tahu
lagi menggunakan bahasa mereka sendiri dan telah menggunakan Bahasa Melayu. Mereka juga
telah memakai pakaian Melayu dan mengamalkan kebudayaan Melayu walau pun mereka masih
berpegang kepada agama mereka. Pastilah bahawa sekiranya pihak British tidak menggalakkan
orang orang Cina dan India datang beramai-ramai hingga tidak dapat dikendalikan dan kemudian
mengasingkan pula mereka dari orang Melayu, maka kaum-kaum ini sudah tentu akan mem
punyai sedikit sahaja perbezaan dengan orang Melayu, dan masalah Melayu tidak mungkin
timbul. Dalam keadaannya sekarang, malahan mengenakan syarat-syarat kewarganegaraan yang
paling minimum sekalipun ke atas kumpulan-kumpulan heterogen, yang telah biasa dengan hak-
hak tertentu tanpa sebarang tanggungjawab, telah begitu sekali menarik perhatian.

Kalau kita berbalik kepada soal hak kaum yang asal, dapat pula kita katakan bahawa hak ini pun
terhad. Matlamat dan amalan hak-hak ini bukanlah direncanakan untuk mengekalkan hak-hak
kaum tetap yang asal itu hingga menyebabkan kaum kaum pendatang yang bare itu tersisih,
melainkan semata-mata untuk mengekalkan ciri-ciri kaum yang tetap itu. Oleh itu asal usul etnik
tidaklah penting dan tidak menyekat penduduk penduduk yang bare ini. Perlaksanaan semua
syarat ini hanya bererti bahawa penduduk-penduduk yang bersedia mematuhi sifat-sifat
warganegara tetap sesungguhnya akan menjadi warga negara yang tetap dan mereka akan
memperolehi hak dan keistimewaan yang sama. Tetapi hak-hak dan keistimewaan ini tidak
meliputi hak mengubah ciri-ciri kaum tetap itu. Penekanan terhadap ciri-ciri khusus ini dan
bukannya ke atas asal usul keturunan merupakan prinsip yang penting. Penggunaannya juga
dapat dilihat dalam konteks batasan hak hak warganegara barn untuk mengubah ciri-ciri ini.

Orang Melayu di Tanah Melayu selamanya mengakui prinsip ini dan penerimaan orang bukan
Melayu yang mengamalkan ciri-ciri Melayu sudah berlaku dalam sepanjang sejarah negara ini.
Satu-satunya sekatan tambahan ialah tuntutan bahawa se orang Melayu, menurut definisi, ialah
seorang yang menganut agama Islam. Tuntutan ini telah menghadkan pemberian
kewarganegaraan Melayu, hanya kepada orang-orang Indonesia, Arab dan India Muslim. Oleh
itu kita mempunyai orang Melayu yang nyatanya berketurunan Arab, Indonesia dan India. Yang
penting ialah bahawa orang-orang ini bukan sahaja mematuhi kesemua adat resam Melayu
malahan menuntut supaya kriteria untuk menjadi orang Melayu itu dikekalkan.

Di negara-negara lain, hak-hak warganegara berketurunan pendatang untuk mengawasi dan


mengekalkan ciri-ciri mereka yang khusus adalah terbatas. Pembatasan ini berbeza-beza menurut
negara masing-masing. Sebaliknya pula langkah langkah kawalan untuk mengekalkan ciri-ciri
kebangsaan yang khusus bagi sesebuah negara bukanlah semata-mata tanggungjawab
warganegara tetap tetapi juga tanggungjawab warganegara melalui naturalisasi. Adalah menjadi
tanggungjawab semua rakyat untuk menerima dan mematuhi dasar-dasar yang berkenaan dengan
bahasa, imigrasi, kebudayaan dan lain-lain yang bertujuan untuk mewujud dan memelihara ciri-
ciri kebangsaan yang khusus.

Bahasa memang diakui sebagai ciri yang paling penting. Bahasa rakyat sesebuah negara
selalunya membezakan mereka daripada orang lain. Yang terkecuali ialah Bahasa Inggeris.
Secara kebetulan dalam sejarah, maka Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa kebangsaan di
beberapa buah negara lain selain dari England. Namun prinsipnya tetap sama sahaja — bahawa
pengekalan bahasa yang pada mulanya dijadikan bahasa kebangsaan menjadi hak dan
tanggungjawab bukan sahaja pen duduk asal tetapi juga hak dan tanggungjawab orang-orang
yang menjadi warganegara melalui proses undang-undang. Di Tanah Melayu, Bahasa Melayu
adalah bahasa bumiputera yang mula mula mendirikan kerajaan yang efektik. Oleh kerana itu
amat munasabah kalau Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu mungkin
mengalami pelbagai perubahan di sebabkan oleh penerimaan perkataan-perkataan barn dan
susunan-susunan bar', tetapi bahasa itu mestilah setiap masa diakui sebagai Bahasa Melayu.

Mungkin boleh dihujahkan bahawa oleh kerana Bahasa Melayu pada dasarnya juga Bahasa
Indonesia, maka Bahasa Melayu bukanlah bahasa peribumi Tanah Melayu seperti juga bahasa-
bahasa Cina dan India. Bahasa Indonesia bukanlah bahasa asli Indonesia. Di kepulauan
Indonesia berbagai bahasa yang khusus berkaitan dengan Bahasa Melayu digunakan dalam
pertuturan. Oleh kerana itu, di Pulau Jawa maka bahasa Jawalah yang umum dipertuturkan,
sementara di Sumatera ter dapat bahasa-bahasa Acheh, Mendahiling, Minangkabau dan bahasa-
bahasa Sumatera lainnya. Di Sulawesi lain pula bahasa yang dipertuturkan, iaitu mempunyai
sedikit sebanyak per¬samaan dengan Bahasa Melayu. Secara kebetulan dalam sejarah, Bahasa
Melayu yang menjadi bahasa peribumi di Melaka dan lain-lain tempat di Semenanjung Tanah
Melayu, Riau dan beberapa kawasan di Sumatera, telah menjadi lingua franka atau bahasa
perantaraan umum bagi keseluruhan kepulauan Melayu. Apabila kesedaran politik mula
berkocak dan membangkitkan semangat orang-orang dari daerah-daerah berbeza, sekarang ini
dipanggil Indonesia, maka lingua franka inilah satu-satunya alat perhubungan yang ada dan
digunakan secara meluas sebagai faktor penyatuan. Maka wajarlah kalau kemudiannya bahasa
itu diterima sebagai bahasa kebangsaan Indonesia. Bagaimanapun, penduduk di daerah-daerah
lain di Indonesia masih menggunakan dialek masing-masing apabila mereka bertutur dalam
masyarakat kaum mereka sendiri. Hanya di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu sahajalah
Bahasa Melayu menjadi bahasa yang sama bagi kaum bumiputera. Bahasa Melayu sesungguhnya
merupakan bahasa jati Tanah Melayu. Sebagai bahasa bangsa yang mula-mula tinggal dan
membentuk kerajaan yang efektif di Semenanjung, maka Bahasa Melayu mempunyai kedudukan
yang lebih utama daripada bahasa-bahasa lain sebagai bahasa tetap negara ini.

Ada sebab-sebab lain mengapa Bahasa Melayu diterima. Bagaimanapun, sebab-sebab itu tidak
ada kaitannya dengan per bincangan sekarang ini, yang tertumpu kepada hak orang-orang asal
untuk mengekalkan aspek bahasa dalam sifat mereka. Bahasa mereka membezakan mereka
daripada warganegara yang lain, dan apabila bahasa itu diterima oleh warganegara bukan
Melayu yang barn, is juga akan membezakan mereka daripada orang-orang lain.

Dalam soal bahasa kebangsaan, hak-hak warganegara barn adalah terhad. Mereka tidak mungkin
boleh mencari jalan untuk menggantikannya dengan bahasa-bahasa lain, walaupun dari sudut
teknik dan perundangan ini boleh dilakukan. Bahasa kebangsaan Tanah Melayu termaktub
dengan jelasnya dalam Perlembagaan. Oleh kerana Perlembagaan itu boleh dipinda dengan
persetujuan dua-pertiga daripada ahli-ahli Parlimen, maka nampaknya penggantian bahasa
kebangsaan mungkin dapat dilakukan oleh warganegara-warganegara yang bare ini. Akan tetapi
sebarang langkah yang begini bertentangan dengan semangat pemberian kewarganegaraan yang
ditawarkan oleh orang Melayu dan yang diterima oleh orang bukan Melayu.
Hakikat bahawa di Tanah Melayu bilangan warganegara yang tidak bertutur dalam Bahasa
Melayu sangatlah besar, mungkin dijadikan alasan untuk menyeleweng dari amalan biasa yang
berlaku di tempat-tempat lain. Namun begitu perlulah diingatkan bahawa bertambahnya
warganegara yang bertutur bukan dalam Bahasa Melayu adalah dengan persetujuan orang
Melayu atas kefahaman bukan sahaja peraturan kewar ganegaraan patut dipatuhi tetapi juga tidak
boleh dipinda. Pasti lah bahawa persetujuan orang Melayu terhadap pemberian kewarganegaraan
secara liberal kepada penduduk bukan Melayu tidak akan diperolehi jika sekiranya orang Melayu
menaruh syak wasangka bahawa warganegara baru ini mempunyai niat untuk menggantikan
Bahasa Melayu dengan apa cara sekalipun. Amalan biasa di tempat-tempat lain di dunia ini
meyakinkan orang Melayu bahawa warganegara bukan Melayu tidak boleh mengubah
kedudukan asasi Bahasa Melayu sebagai bahasa yang khusus bagi penduduk di Tanah Melayu.

Tetapi orang Melayu dengan sifat toleran biasa mereka tidak mendesak keistimewaan mutlak
bagi bahasa kebangsaan yang mana menjadi perkara semestinya di negara-negara lain. Peng
gunaan dan perkembangan yang berterusan bahasa kaum-kaum pendatang bukan sahaja
dibenarkan malahan dijamin pula dalam Perlembagaan. Penindasan yang berlaku terhadap
bahasa-bahasa kaum pendatang di negara-negara Asia Tenggara lainnya dan kawalan yang lebih
efektif tetapi tidak begitu ketara di Australia dan di Amerika tidak dituntut supaya dilakukan di
Tanah Melayu. Ujian-ujian kelayakan bahasa bagi orang-orang yang ingin menjadi warganegara
tidaklah bererti apa-apa jika dibandingkan dengan syarat-syarat yang diwajib kan di Australia
dan di Amerika. Sesungguhnya bolehlah dikatakan bahawa orang Melayu sebenarnya menolong
memajukan bahasa-bahasa bukan Melayu sebab mereka memenuhi tuntutan-tuntutan terhadap
sekolah-sekolah bukan Melayu yang mendapat bantuan kerajaan untuk digunakan oleh
warganegara bukan Melayu semata-mata.

Semuanya ini seolah-olah menyekat sedikit sebanyaknya penggunaan dan pertumbuhan Bahasa
Melayu sebagai bahasa tetap yang diiktiraf. Dan beginilah hasrat orang Melayu yang tidak mahu
menyusahkan orang lain dan tidak mahu menjadi punca kegelisahan orang lain sehingga
menyebabkan mereka terjerumus ke dalam suatu dilema yang tidak mungkin terdapat di tempat-
tempat lain.
Pada hari ini ada percubaan di pihak warganegara bare untuk bertindak melampaui batasan
amalan biasa. Tuntutan supaya bahasa-bahasa golongan pendatang digunakan menjadi semakin
bertambah lantang dan semakin keterlaluan. Dalam zaman penjajahan dahulu penggunaan
Bahasa Inggeris dalam semua dokumen Kerajaan dianggap perkara biasa. Orang-orang yang
tidak tabu Bahasa Inggeris diharap akan mencari jurubahasa mereka sendiri. Notis dan papan
tanda semuanya dalam Bahasa Inggeris kecuali beberapa buah sahaja, dan jika kadang-kadang
notis dan papan-papan tanda ini tidak berguna kepada keba nyakan orang ramai, namun perkara
ini sudah diduga dan di¬diamkan sahaja. Malahan Bahasa Melayu dalam zaman penja jahan
dahulu lebih Bering digunakan dan lebih difahami daripada Bahasa Inggeris. Penggunaan dan
kefahaman bahasa itu adalah lebih meluas sekarang ini. Namun penggunaan sepe nuhnya Bahasa
Melayu, iaitu bahasa kebangsaan, dalam dokumen-dokumen serta kenyataan-kenyataan ditentang
atas alasan bahawa hanya sebilangan kecil sahaja warganegara bukan Melayu yang tua-tua dapat
memahaminya. Namun begitu, tidak ada pula tentangan pada masa yang lampau apabila orang
yang sama tidak juga memahami Bahasa Inggeris.

Penggunaan bahasa-bahasa pendatang bukan Melayu sebe narnya telah bertambah di Radio
Malaysia. Malahan kurang pengetahuan dalam dialek bahasa Cina merupakan satu peng halang
untuk mendapat pekerjaan di setengah-setengah syarikat awam. Universiti Malaya mengadakan
penyelidikan terhadap bahasa-bahasa Cina dan Tamil dan juga mengajarkan bahasa bahasa itu.
Bahasa Cina diajar di sekolah-sekolah berbahasa pengantar Inggeris dan jika sekiranya ada
permintaan bahasa tersebut boleh diajar di sekolah berbahasa pengantar Melayu. Filem-filem
Barat mempunyai sarikata bahasa Cina, tetapi tidak ada sarikata dalam bahasa kebangsaan.
Pengambilan lebih ramai pegawai bukan Melayu ke dalam perkhidmatan awam bermakna orang
Melayu yang berurusan dengan pegawai pegawai ini tidak boleh bercakap secara langsung
dengan mereka tetapi perlu menggunakan jurubahasa.

Semua ini tidak mungkin berlaku di negara-negara yang ber jiran dengan Malaysia, tidak juga di
Amerika atau Australia. Sebaliknya di Malaysia warganegara bukan Melayu sebenarnya berkeras
mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan untuk memajukan dan mengembangkan
penggunaan bahasa bahasa asing itu tidak memadai. Kerajaan didesak supaya me luaskan
penggunaan bahasa Cina dalam jentera Kerajaan dan menganjurkan pelajaran bahasa Cina dari
peringkat yang paling rendah sehingga ke peringkat universiti. Kelayakan pelajaran dalam
bahasa Cina adalah diterima sebagai sudah cukup untuk mendapatkan pekerjaan dalam
perkhidmatan awam. Meskipun semua ini terjadi namun orang Melayu masih tetap berdiam diri.
Kebanyakan orang Melayu tidak membantah sebab mereka itu sopan-santun dan lemah lembut
seperti biasa. Pemimpin pemimpin mereka pula mendesak supaya mereka bertenang dan
setengah pemimpin ini sesungguhnya menganjurkan supaya orang Melayu bersikap lebih
toleran. Akibat kebingungan dan tidak terdaya mereka, maka orang Melayu menanggung sahaja
kesusahan mengenai masalah bahasa yang mereka hadapi, bukan dengan perasaan penuh
kebenaran melainkan hanya berserah kepada takdir. Petanda-petanda menunjukkan bahawa sikap
ini akan terus menjadi sifat orang Melayu. Oleh kerana itu sebarang penghargaan terhadap
Bahasa Melayu dan sebarang tindakan yang adil terhadap orang Melayu haruslah datang dari
orang bukan Melayu. Kalangan orang bukan Melayu yang lebih sofistikated telah sedar akan
keadilan yang dituntut oleh orang Melayu itu.

Mengawal imigrasi adalah salah satu cara biasa yang dilaku kan oleh penduduk sesebuah negara
bagi menjaga keperibadian mereka. Ini terutamanya berlaku di negara-negara yang di bentuk
melalui penempatan dan penjajahan oleh kumpulan kumpulan kaum dari negara-negara asing
seperti Australia, New Zealand, Amerika dan negara-negara Amerika Latin. Jika orang Melayu
di Semenanjung Tanah Melayu telah mengawal imigrasi pada masa lepas maka kedudukan
mereka sebagai penduduk tetap negara ini sudah tentu terjamin pada bila-bila masa sahaja.
Mereka tidak akan terancam akan terhapus. Bagai manapun, orang Melayu gagal berbuat
demikian, bukan kerana mereka tidak insaf terhadap bahayanya tetapi kerana gabungan sikap
toleransi dan laissez faire (tidak apa) dan kepercayaan mereka kepada orang lain.

Sebelum kedatangan orang Portugis, ada kumpulan kumpulan kecil pendatang asing dari
keturunan Arab, India dan Cina yang telah menetap di beberapa kawasan negeri-negeri Melayu.
Akibat terputusnya hubungan dengan tanah air mereka, maka orang-orang ini cenderung
menyerap sifat-sifat khas Melayu dan mereka diserap pula ke dalam masyarakat Melayu.
Kumpulan yang paling kuat menahan penyerapan ini ialah orang Cina yang tetap berlainan dan
terasing walaupun mereka telah mengamalkan pemakaian bahasa, pakaian dan kegiatan sosial
Melayu. Namun begitu selagi tampuk Kerajaan terletak dalam tangan orang Melayu, pendatang-
pendatang yang tidak dapat diserapkan itu tidak dapat menambahkan bilangannya sehingga
boleh mencabar orang Melayu.
Bagaimanapun, imigrasi yang berleluasa tidak berlaku se hinggalah Melaka dan kemudiannya
Pulau Pinang dan Singapura terlepas dari tangan orang Melayu. Penguasaan sepe nuhnya oleh
kuasa asing ke atas kota-kota pelabuhan ini telah menyebabkan orang Melayu tidak mempunyai
suara langsung dalam hal imigrasi. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk ber tindak terhadap
sebarang perasaan bimbang yang mungkin tim bul diserapkan oleh curahan masuk orang-orang
Cina dan India yang kian bertambah itu. Akibatnya pelabuhan-pelabuhan jajahan ini menjadi
tempat pelancar atau pengkalan bagi kemasukan orang-orang Cina dan India ke kawasan-
kawasan pedalaman. Pada mulanya mereka bukanlah datang sebagai penduduk melainkan
sebagai pedagang dan peniaga. Perasaan bimbang raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu
diatasi dengan pemberian hadiah-hadiah yang mewah dan perkongsian untung secara langsung
yang selalunya telah menjadi salah satu ciri perniagaan Cina. Monopoli perjudian dan perniagaan
candu yang diberikan kepada saudagar-saudagar Cina mendatangkan hasil yang besar kepada
pembesar-pembesar Melayu. Dan mereka juga mendapati bahawa lebih banyak keuntungan
dapat diperolehi dengan cara menyerahkan tanah-tanah lombong kepada orang-orang Cina dari
mengerjakan sendiri lombong lombong tersebut.

Kebimbangan yang mungkin dirasai oleh raja-raja akibat bilangan orang Cina dan India yang
bertambah ramai masuk ke negara ini disenyapkan oleh kutipan lumayan dari berbagai cukai
yang dikenakan ke atas perniagaan dan perusahaan kaum pendatang itu. Pada zaman itu
pendatang-pendatang tersebut tidak pula menunjukkan keinginan mereka hendak menetap di sini
atau menuntut hak kewarganegaraan, apatah lagi mereka sedikit pun tidak menunjukkan bahawa
mereka mahu supaya ciri-ciri warganegara di negeri-negeri Melayu diubah supaya sesuai
mengikut kehendak-kehendak mereka sendiri. Mereka itu umumnya adalah rakyat India dan
Cina yang datang mencari keuntungan dan setelah itu balik semula ke negara masing masing.
Jika mereka mempunyai rumah di Tanah Melayu, maka rumah itu biasanya terletak di tanah
jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka menggunakan tempat-tempat itu
sebagai pangkalan gerakan mereka. Jadi apabila British mengembangkan pemerintahan mereka
ke negeri-negeri Melayu, masyarakat kaum-kaum pendatang bukan Melayu ini sudah pun ramai
jumlah mereka. Pihak British, sebagaimana yang sudah dikatakan, sedar dan meng hargai
peranan orang-orang Cina dan India, telah berusaha menggalakkan pertambahan pendatang
tersebut sebaik sahaja mereka memerintah negara ini secara efektif. Bagi mereka lang kah ini ada
untungnya. Pada pandangan mereka, sebarang kerugian akan ditanggung oleh orang Melayu.

Selang beberapa lama kemudian kebimbangan orang Melayu memuncak sehingga menyebabkan
mereka bertindak. Tetapi oleh kerana pihak British sudah menjadi pemerintah de facto di negara
ini maka satu-satunya tindakan yang dapat diambil oleh orang-orang Melayu yang sedar ini
hanyalah sekadar menen tang secara pasif. Mereka tidal( menuntut supaya imigrasi di kawal
melainkan menyuarakan rasa bimbang bahawa mereka diketepikan sebagai rakyat yang sebenar
di negara ini.Pihak British sudah bersedia menghadapi keadaan ini. Mereka men¬cadangkan
beberapa langkah untuk melindungi orang Melayu. Mereka menjelaskan bahawa langkah-
langkah ini sudah cukup untuk menjamin Semenanjung Tanah Melayu kekal sebagai negeri
Melayu.Langkah-langkah melindungi orang Melayu dan sultan-sultan mereka ini berkisar di
sekitar Perkhidmatan Awam Melayu yang khusus untuk orang Melayu dan tanah simpanan yang
hanya untuk orang Melayu. Kemudian peruntukan-perun tukan ini diputarbelitkan pula oleh
British dan orang-orang bukan Melayu. Walau bagaimanapun, langkah-langkah ini, selepas
dicadangkan, sekali lagi melalaikan orang Melayu dan menyebabkan mereka merasa terjamin
walaupun langkah itu semata-mata palsu. Perasaan bimbang yang mula mereka rasa kan akibat
kemasukan orang Cina dan India yang bertambah itu terhapus sebentar dan usaha hendak
memberhentikan arus kemasukan ini ditangguhkan.

Walau bagaimanapun, menjelang Perang Dunia Kedua pera saan cemas orang Melayu sekali lagi
timbul. Penaklukan Tanah Melayu oleh Jepun menghancurkan kepercayaan Melayu ter hadap
kemampuan British untuk melindungi mereka. Apabila British kembali dan mencadangkan
gagasan Malayan Union dengan dasar kewarganegaraan yang setaraf bagi semua orang, perasaan
tidak percaya terhadap kemampuan British tadi di¬perteguhkan pula oleh perasaan tidak percaya
terhadap keju juran British. Kebimbangan mereka takut dikuasai oleh kaum pendatang menjadi
kenyataan, malahan di kalangan raja-raja Melayu sekalipun. Semasa bantahan menentang
Malayan Union berlaku, soal mengawal imigrasi menjadi perkara yang mendesak bagi
nasionalis-nasionalis Melayu. Memandangkan pemberian hak kewarganegaraan sepenuhnya
kepada penda tang-pendatang bukan Melayu tidak lagi dianggap sebagai per kara yang tidak
munasabah sebagaimana yang difikirkan oleh orang Melayu sebelum perang dahulu, maka
keadaan di mana golongan pendatang akan melebihi jumlah penduduk bumi putera sekali-kali
tidak boleh dibiarkan berlaku. Sesungguhnya dalam zaman semasa orang Melayu memandang ke
Indonesia sebagai sumber inspirasi, terdapat rancangan yang bersungguh sungguh untuk
menggalakkan kemasukan orang Indonesia yang mudah diasimilasikan itu supaya dapat
mengekalkan dan mungkin pula menambahkan lagi bilangan orang Melayu.

Rasanya amatlah wajar bahawa sebaik sahaja orang Melayu sudah mendapatkan semula kuasa,
dari tangan British, untuk menentukan masa depan negeri mereka sendiri maka mereka akan
mengawal dasar imigrasi supaya menguntungkan mereka. Walaupun Kerajaan yang
menggantikan Kerajaan British itu terdiri daripada perikatan di antara Melayu, Cina dan India,
namun orang Melayu masih cukup kuat untuk mengambil tindakan ini. Sekali lagi sifat sopan-
santun dan keadilan orang Melayu mencelah. Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu itu
bertolak ansur dan tidak menuntut supaya langkah-langkah yang positif dijalankan mengikut
dasar imigrasi untuk membina kekuatan kaum mereka sendiri. Mereka merasa puas hati
membiarkan sahaja perlaksanaan sebenar dasar imigrasi itu di tangan orang bukan Melayu.
Sebenarnya orang Melayu memejamkan mata sekalipun diketahui ada pendatang bukan Melayu
yang telah menyeludup masuk ke negara ini disebabkan undang-undang imigrasi tidaklah
dipatuhi secara bersungguh sungguh. Mereka berbuat begini kerana mereka tidak mahu
memalukan orang-orang bukan Melayu dan rakan sejawat mereka yang selalunya melakukan
amalan pecah amanah ini. Perkara ini menjadi masalah lain pula. Ketika orang Melayu
mempunyai kuasa untuk menguatkan kedudukan politik, mereka membiarkan peluang ini
terlepas kerana mereka tidak sampai hati berbuat apa yang dilakukan oleh orang lain. Kawalan
imigrasi di negara-negara lain sentiasa dijadikan alat untuk mengekalkan kuasa politik supaya
berada dalam tangan penduduk tetap. Penduduk tetap di Tanah Melayu tidak melakukan hal ini.
Dan perkara ini berlaku kerana pilihan mereka sendiri. Sifat sopan-santun yang semulajadi itu
sekali lagi menguasai orang Melayu. Semua ini tentulah berfaedah jika orang-orang lain
menghargainya. Malangnya, sifat-sifat ini bukan sahaja tidak dihargai, tetapi semua perbuatan ini
sebenarnya dipandang sebagai tanda kelemahan dan sebagai akibat perasaan tidak yakin orang
Melayu sendiri mengenai hak hak istimewa mereka sebagai penduduk tetap dan asal di Tanah
Melayu.

Selain daripada fungsi menyampai dan memajukan penge tahuan, dasar pelajaran mana-mana
negara sekalipun biasanya adalah suatu cara bagi menanamkan dalam fikiran bakal rakyat
perasaan bersatu, taat setia dan bangga terhadap negara. Di negara-negara yang baru merdeka,
pelajaran dipergunakan dengan meluas untuk tujuan di atas. Di Amerika dan Australia kaum
tetap menggunakan pelajaran untuk menanamkan dalam fikiran bakal rakyatnya yang berasal
dari berlainan keturunan, sebagai rakyat negara tersebut, supaya mereka secara automatik
tertakluk dan mewarisi kebudayaan dan ciri-ciri penduduk tetap. Itulah sebabnya orang German
di Amerika lebih diberitahu tentang pentingnya semangat tahun `76 (1776 — kebebasan
Amerika dari British) daripada keagungan Empayar German. Begitu juga, orang-orang Australia
yang berasal dari Greece lebih mengetahui darihal Botany Bay daripada keagungan silam negara
asal mereka, iaitu Greece.

Bahasa pengantar sangatlah penting dalam membentuk pera saan bersatu. Oleh itu bahasa
pengantar lazimnya adalah bahasa kaum yang tetap. Memang sesiapa pun tidak terlintas untuk
menuntut supaya bahasa pendatang-pendatang baru dijadikan bahasa pengantar. Bagaimanapun,
bahasa bukanlah satu satunya aspek penting dalam dasar pelajaran kebangsaan. Seluruh
kurikulumnya penting. Pengajaran sejarah, geografi dan sastera semuanya direncanakan untuk
memupuk suatu idea: yakni negara adalah milik penduduk tetap dan untuk menjadi warganegara
negara itu dan mendakwa menjadi milik Negara itu, maka seseorang itu hendaklah mengenal
pasti dirinya dengan penduduk tetap. Mengenal pasti ini meliputi segala galanya dan sekali-kali
tidak boleh ada kenal pasti dengan negara atau kebudayaan lain. Mengenal pasti dengan
penduduk tetap bererti menerima sejarah mereka, geografi mereka dan sastera mereka,
kebudayaan dan bahasa mereka dan menolak semua yang lainnya.

Sistem pelajaran kebangsaan biasanya bersifat tunggal dan kebangsaan. Memang tidak ada
negara lain yang memberikan pelajaran kepada kaum-kaum pendatang dalam bahasa kaum
pendatang itu kecuali Kanada. Malahan Kanada juga tidak mencerminkan amalan yang
sebenarnya sebab orang Perancis bukanlah kaum pendatang ke dalam negara yang asasnya orang
British. Mereka sudah berada di sana sebelum British datang.

Di negara-negara lain di Asia Tenggara, selain dari Malaysia, prinsip-prinsip ini nyata sekali
diikuti tatkala menyusun dasar dasar pelajaran kebangsaan. Lazimnya yang membentuk dasar
pelajaran kebangsaan ialah penduduk tetap, yakni penduduk yang mula-mula membentuk
kerajaan yang efektif, supaya rakyat masa depan akan memelihara dan memajukan bahasa,
kebudayaan dan kadang-kadang agama yang akan membezakan mereka dari orang lain. Inilah
amalannya dan inilah keistime waan dan hak penduduk tetap. Kaum-kaum pendatang tidak
dikenakan sekatan. Mereka itu diterima tetapi penerimaan mereka adalah menurut syarat yang
ditetapkan oleh penduduk tetap. Salah satu syarat itu ialah bahawa dasar pelajaran mestilah
ditetapkan oleh penduduk tetap.

Prinsip asasi ini telah diabaikan di Tanah Melayu. Pihak Britishlah yang bertanggungjawab.
British tidak mengikuti ama lan yang mereka lakukan bagi kaum mereka sendiri di tanah tanah
jajahan yang mereka duduki seperti di Australia dan New Zealand. Sebaliknya, di Tanah Melayu
mereka membiarkan perkembangan pelajaran yang tidak berbentuk kebangsaan. Boleh dikatakan
hampir semua jenis sekolah dibenarkan, segala macam bahasa pengantar digunakan, dan
berbagai kurikulum digunakan. Semuanya tidak terasa aneh. Ada sekolah-sekolah Melayu yang
tujuan utamanya semata-mata untuk menambah bilangan orang yang tabu membaca dan menulis,
sedangkan kurikulumnya sedikit pun tidak membayangkan dasar pelajaran yang berorientasikan
kebangsaan ataupun kedaerahan. Ada pula sekolah-sekolah Inggeris untuk mengeluarkan pekerja
pekerja pejabat yang rendah pelajaran dan yang lebih setia kepada sistem imperialis British dan
dongeng-dongeng tentang negara tersebut daripada menaruh kesetiaan kepada negara tern-pat
tinggalnya. Ada sekolah-sekolah Tamil yang betul-betul tidak bertujuan langsung. Ada sekolah-
sekolah mubaligh yang berkhidmat memberi pelajaran dan juga penyebaran agama Kristian. Ada
pula sekolah-sekolah Arab yang di luar kawalan British tetapi tetap juga berkembang biak. Dan
akhirnya sekolah-sekolah Cina yang merupakan tidak lebih daripada `negeri-negeri China kecil'
yang dipindah-tanam di Tanah Melayu. Seluruh sistem pelajaran Cina semasa penjajahan British
tidak lain daripada sistem pelajaran kebangsaan Cina, yang dibentuk dalam abad ke-19 dan
permulaan abad ke-20, dan telah diusahakan dengan penuh semangat.

Keganjilan seluruh bentuk sistem pelajaran itu tidak pernah disebut-sebut oleh orang-orang yang
bertanggungjawab untuk menasihati kerajaan-kerajaan Melayu. Sesungguhnya ada bukti bukti
yang menunjukkan bahawa idea tentang sistem pelajaran kebangsaan sengaja ditekan. Sementara
semua negara lain yang merdeka, termasuk bekas-bekas tanah jajahan British dan juga Amerika
Syarikat, telah pun menggunakan sistem pelajaran untuk membina keperibadian dan kesetiaan
kebangsaan, Tanah Melayu telah dengan sengaja tidak diberitahu tentang per kembangan ini.
Pandai membaca dan menulis dianggap sebagai matlamat terakhir, bukannya cara untuk
memperolehi perkara perkara lain yang lebih baik. Ada anggapan bahawa pelajaran dan identiti
kebangsaan merupakan dua perkara yang berbeza dan oleh kerana itu sistem pelajaran asing,
seperti pelajaran Cina, dianggap tidak janggal.

Penerimaan keadaan yang ganjil ini sebagai suatu perkara yang biasa menjadi asas bagi kesulitan
yang sekarang ini menimpa dasar pelajaran kebangsaan Malaysia. Oleh kerana mereka sudah
biasa berbuat sekehendak hati mereka, maka orang Cina dan India hanya dapat melihat betapa
tidak adilnya perlaksanaan satu sistem pelajaran yang cenderung mele nyapkan sekolah-sekolah
mereka yang berorientasi asing. Me reka tidak nampak apa salahnya jika sebuah negara
memajukan dan menggalakkan bahasa, kebudayaan dan sistem negara negara lain. Dan mereka
enggan menerima amalan yang telah berlaku di negara-negara lain dalam bidang pelajaran.

Walaupun mereka berhadapan dengan keadaan begini, namun orang Melayu masih belum
mengungkit hak mereka se bagai penduduk tetap negara ini. Ungkitan ini akan menimbul kan
malu kepada rakan-rakan sejawat dan kawan-kawan mereka dari kaum lain itu. Orang Melayu
secara bermurah hati mena warkan kompromi. Perasaan bermurah hati mereka ini tidak pula
dihargai. Sikap itu dianggap sebagai sudah sewajarnya. Konsesi yang dibuat oleh orang Melayu
sangatlah banyak dan berbagai-bagai pula, bermula dengan membuang huruf jawi yang telah
mereka perkembangkan sebagai tulisan kebangsaan mereka. Pada zahirnya ini mungkin
dianggap sebagai perkara kecil tetapi jika dibandingkan dengan kemarahan masyarakat Cina
Tanah Melayu jika tulisan Cina dihapuskan, maka pengorbanan yang dibuat oleh masyarakat
Melayu boleh dianggap sebagai amat besar. Haruslah diingatkan bahawa orang Melayu masih
perlu mempelajari huruf jawi ini kerana agama mereka, maka konsesi itu sesungguhnya sangat
menakjubkan. Tetapi bukan ini sahaja konsesi yang dibuat oleh orang Melayu. Bahasa dan
sistem dari negara-negara lain diizinkan untuk menjadi sebahagian daripada apa yang dikata kan
sistem pelajaran kebangsaan Malaysia.

Bahasa-bahasa dan sistem-sistem pelajaran ini dipisahkan daripada sistem pelajaran


berpengantar Bahasa Melayu, bukan sahaja oleh perbezaan kurikulum dan bahasa tetapi juga dari
sudut fizikal, dengan cara menempatkan murid-murid dalam bangunan dan tempat yang
berasingan, dan mempunyai guru-guru dan sistem pentadbiran dan sistem pengambilan tenaga
pekerja yang dibataskan oleh asal-usul kaum. Dalam beberapa hal, sistem pelajaran yang asing
ini mencapai tingkat yang lebih tinggi daripada sistem yang berpengantar Bahasa Melayu.
Namun tuntutan bagi lain-lain konsesi berlaku terus, dan akan terus berlaku selagi orang Melayu
keberatan menyinggung orang lain dengan mengatakan bahawa, sebagai penduduk tetap, mereka
berhak menyusun bentuk sistem pelajaran kebangsaan.

Amalan pelajaran yang luar biasa oleh pemerintahan British haruslah diakui keganjilannya.
Sesudah kita cedar akan hal ini, maka perlaksanaan sistem pelajaran kebangsaan yang sebenar
benarnya di Malaysia tidaklah lagi akan menerima banyak gangguan dari orang-orang yang
secara terus terang menuntut perkara yang luar biasa sebagai hak mereka. Orang Melayu
haruslah menghadapi masalah ini dengan tegas, tanpa ragu-ragu bercampur takut disebabkan
oleh perasaan kurang yakin akan hak mereka sendiri. Dalam jangka panjang, satu sistem
pelajaran kebangsaan Malaysia yang sebenar-benarnya haruslah diakui dan diterima oleh semua
warganegara sebagai satu¬satunya cara bagi membentuk negara yang unggul dan bersatu padu.
Sesudah dasar ini diterima dan dilaksanakan, maka is akan berkembang dengan sendirinya.
Orang Melayu tidak lagi perlu menuntutnya sebab semua yang menjadi rakyat Malaysia, tidak
kira apa jua asal usul kaum dan kebudayaan mereka, akan menjunjung dan melaksanakan dasar
pelajaran ini.

Dalam zaman sebelum imigrasi beramai-ramai dan tatkala perhubungan masih belum maju,
kewarganegaraan tidak menjadi masalah di kebanyakan negara. Kumpulan kecil pen datang yang
tinggal berselerakan tanpa hubungan dengan negara asal mereka mudah diasimilasikan. Setelah
ini terjadi, hilanglah perseteruan dan rasa cemburu yang biasanya di tujukan kepada orang asing
yang berkebudayaan lain, dan kewarganegaraan pun diberikan dan diterima sebagai sudah
sewajarnya. Sesungguhnya tidak akan ada perbincangan mengenai kewarganegaraan dari segi
undang-undang sebab pengenalan pasti diri dengan penduduk tetap begitu sempurna hingga tidak
perlu dipersoalkan lagi.

Di England misalnya, sejumlah besar orang Perancis pindah ke situ dalam zaman penaklukan
Norman. Lama-kelamaan orang-orang ini telah kehilangan hampir semua keperibadian
Perancisnya dan menjadi orang Inggeris baik dalam hal per tuturan, tingkah laku dan sentimen
mereka. Perhubungan yang sukar menghalang mereka daripada mengikuti perkembangan
kebudayaan Perancis pada ketika itu. Secara beransur-ansur, tanpa perlu diberi taraf kerakyatan
dari segi undang-undang, mereka itu menjadi orang Inggeris. Tidal( ada usaha sedar yang
terlibat. Di Semenanjung Tanah Melayu proses yang sama biasa berlaku sebelum kedatangan
British. Pedagang-pedagang kaum pendatang dari keturunan Arab, India dan Cina telah
menyerap kebudayaan Melayu, termasuk bahasa dan pakaian dan sudah menjadi warganegara
Melayu jika sekiranya imigrasi dan asimilasi yang seimbang itu tidak diganggu. Malangnya
kema sukan pendatang yang digalakkan oleh British dan pengasingan yang berlaku sesudah itu,
menyekat proses yang sihat dan biasa itu lalu menimbulkan pula masalah-masalah yang telah
meng¬ganggu orang Melayu sejak itu hingga sekarang dan juga telah meruntuhkan hak mereka
sebagai penduduk tetap di Semenanjung.

Kemasukan pendatang-pendatang secara beramai-ramai dan perhubungan yang semakin baik di


antara kaum pendatang dengan negara asal mereka inilah yang menyebabkan soal
kewarganegaraan merupakan perkara yang membimbangkan penduduk tetap. Oleh itu mereka
mahu mengawal kewarga negaraan sebagai hak istimewa mereka. Di seluruh dunia prinsip yang
telah diterima ialah bahawa kewarganegaraan sesebuah negara dikawal supaya sesuai dengan
penduduk tetap. Untuk maksud ini maka imigrasi dikawal. Tetapi yang lebih penting nya,
pemilihan pendatang yang boleh menjadi warganegara menjadi tanggungjawab yang sah
penduduk tetap. Oleh kerana itu undang-undang dan peraturan-peraturan untuk mendapatkan
kewarganegaraan di kebanyakan negara disusun begitu rupa bagi menghalang kaum pendatang
daripada menukar kedudukan mereka dan memaksa pula penduduk tetap supaya menerima ciri-
ciri keperibadian mereka. Dengan lain pengertian, undang-undang itu disusun untuk
mengelakkan penaklukan, sebab apabila kaum pendatang terus menerus memelihara kebudayaan
mereka dan juga menguasai politik dan ekonomi sesebuah negara, maka pada hakikatnya mereka
telah menakluki penduduk asal negara tersebut. Adalah tidak ber sesuaian untuk menyatakan
bahawa pendatang-pendatang ini bersedia mempertahankan negara hingga ke titisan darah yang
terakhir; mereka hanya semata-mata mempertahankan negara yang telah mereka takluki.

Kewarganegaraan tidak pernah dianggap sebagai hak pen datang. Kewarganegaraan biasanya
adalah suatu bentuk peng iktirafan dan hanya boleh diberikan apabila penduduk asal merasa
bahawa pendatang itu telah menunjukkan kesetiaan, dan benar-benar telah menyesuaikan diri
dengan penduduk tetap. Di kalangan orang dari kumpulan etnik yang sama, walaupun bahasa
dan kebudayaan asalnya mungkin berbeza, pengiktirafan ini selalu mudah diperolehi. Di
kalangan kumpulan etnik yang berlainan, sekali pun mereka telah tahu akan bahasa,
kebu¬dayaan dan keperibadian penduduk tetap, namun pengiktirafan masih sukar diperolehi. Di
beberapa buah negara Asia Tenggara, walaupun kaum pendatang hampir tidak dapat di bezakan
lagi daripada kaum peribumi namun kewarganegaraan tidaklah diberikan secara automatik. Di
negara-negara Eropah, orang Asia dan orang Afrika yang sudah hampir tidak lagi mempunyai
hubungan dengan kebudayaan mereka sendiri dan yang sudah mengikut kebudayaan negara
tempat mereka tinggal juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kewarga negaraan.
Berbagai-bagai sekatan yang berubah-ubah dikena kan ke atas mereka. Hanya selepas
memperoleh sesuatu keja¬yaan yang sangat cemerlang barulah pengiktirafan yang betul betul
setaraf diberikan. Contoh yang jelas mengenai perkara ini ialah orang-orang Jepun di Amerika
selepas pengorbanan mereka yang sangat besar semasa Perang Dunia Kedua dahulu.

Oleh kerana kewarganegaraan adalah seperti suatu peng iktirafan, maka semua pendatang di
seluruh dunia didapati sangat mengambil berat untuk meniru dan menunjukkan ciri ciri khusus
penduduk tetap. Di Amerika dan di Australia me manglah biasa bagi kaum pendatang menjadi
lebih bersifat orang Amerika atau orang Australia daripada penduduk tetap Amerika atau
Australia. Perkara yang sama juga benar bagi pendatang-pendatang negara negara Asia Tenggara
yang lain. Nampaknya warganegara pendatang di negara-negara Asia Tenggara sering lebih
keras daripada warganegara asal terhadap pendatang-pendatang baru. Warganegara yang barn ini
merasakan bahawa jika sekiranya mereka tidak menekankan kenal pasti yang sepenuhnya maka
mereka akan dicurigai. Oleh kerana itu mereka ingin membuktikan bahawa mereka betul betul
telah menolak asal usul mereka yang asing itu.

Inilah yang dilakukan oleh orang-orang Jepun di Amerika yang telah berperang dengan gigihnya
di pihak Amerika semasa perang Pasifik dahulu. Dalam waktu damai peluang begini tidak akan
mereka perolehi. Oleh kerana itu, dalam kehidupan seharian kaum pendatang, mereka akan
mencuba membuktikan kejujuran dan kenal pasti mereka. Kebanyakan pendatang Cina yang
sekarang ini menetap di Amerika bukan sahaja mencuba melupakan kebudayaan dan bahasa
mereka yang berusia empat ribu tahun itu, malahan mereka itu sebenarnya berasa bangga pula
kerana dapat berbuat demikian. Orang-orang Cina Filipina pernah menyatakan bahawa
diskriminasi terhadap orang Cina asing sebenarnya suatu perkara yang baik. Orang Cina Thai
menggunakan bahasa Thai sepenuhnya sewaktu di rumah mereka. Orang Cina Indonesia
menunjukkan perasaan benci terhadap Negeri China. Nama mereka diubah supaya sebutannya
seperti nama penduduk tetap di negara itu. Agama mungkin diketepikan dan digantikan dengan
agama yang umum bagi negara tersebut.

Proses mengenal pasti itu biasanya selesai dalam tempoh dua atau tiga keturunan, kecuali apabila
asal usul etniknya terlalu kuat. Apabila perkara ini telah dicapai, maka sentimen, reaksi dan
tingkah laku secara automatik akan mencerminkan kenal pasti dengan negara dan penduduk
tetap. Keturunan kaum pen datang itu akan disamakan dengan penduduk negara tersebut
sehingga mereka akan menganggap diri mereka sebagai penduduk tetap.

Di Malaysia, sebelum kedatangan British, tidak banyak pen datang yang telah terserap atau
sedang diserap. Pada zaman British berlaku kemasukan ramai pendatang, mula-mula ke tanah
jajahan Negeri-negeri Selat dan kemudiannya ke negeri negeri Melayu. Soal kewarganegaraan
tidak timbul, kecuali di Negeri-negeri Selat kerana di situ satu bentuk kewarganegaraan
diberikan sewenang-wenangnya kepada kaum pendatang itu. Di lain-lain bahagian Semenanjung
Tanah Melayu, hanya orang Melayu sahajalah warganegara yang sah dan diterima sebagai
penduduk tetap. Sekalipun apabila kaum pendatang itu ber tambah, tidak terlintas untuk
memberikan hak kewargane garaan kepada pendatang baru yang lebih tetap ini. Sehingga akhir
Perang Dunia Kedua, orang-orang Melayu hanya meng hadapi masalah imigrasi.
Kewarganegaraan dianggap sebagai hak mutlak dan urusan orang Melayu sahaja dan tidak
dianggap sebagai suatu masalah. Adalah jelas sekarang bahawa walaupun kaum pendatang tidak
berminat untuk menjadi warganegara tetap dan tidak pula membuat desakan bagi mendapat taraf
ini, mereka telah lama merasa tidak puas hati dan marahkan rintangan (yang dikena kan oleh
pihak warganegara) yang menghalang mereka daripada mengumpul harta kekayaan serta
meluaskan bidang-bidang aktiviti mereka tanpa apa-apa had dan batasan. Sementara mereka
masih ingin mengekalkan kedudukan mereka sebagai warganegara negara-negara asing, mereka
tidak dapat memahami sebab-sebab mengapa pihak warganegara asal mengenakan sekatan-
sekatan ini. Mereka bukan sahaja ber kehendakkan persamaan layanan dari pelbagai kerajaan
negeri dan kuasa penjajah, malahan mereka juga berkehendakkan perubahan pada struktur dan
pentadbiran Tanah Melayu supaya menyebelahi mereka. Tidak adanya satu jentera Kerajaan
pusat serta dengan adanya sekatan-sekatan kastam di antara negeri negeri menyebabkan
kesukaran perniagaan, dan ini telah me nimbulkan kebencian di kalangan peniaga-peniaga
pendatang Cina. Kuasa pentadbiran orang-orang Melayu yang terhad juga merupakan satu punca
rasa tidak puas hati mereka dan mereka tidak dapat memahami mengapa pihak British tidak
dapat men tadbir negeri-negeri Melayu sebagaimana mereka mentadbir Negeri-Negeri Selat.

Sejak dari tahun 1920-an lagi tatkala peniaga-peniaga Cina menyokong langkah-langkah untuk
memusatkan kerajaan ne geri-negeri Melayu dan mengadakan satu kawasan kastam ber sama
(yang akan mengakibatkan penyekatan kuasa raja-raja Melayu), tidak terlintas di hati sesiapa pun
untuk mencadangkan pembentukan satu kewarganegaraan kebangsaan Melayu se bagai cara
untuk menyesuaikan aspirasi kaum pendatang dengan kedudukan istimewa orang-orang Melayu
sebagai rakyat asal. Jika semua dasar mengenai imigrasi, pelajaran dan ke¬warganegaraan yang
sekarang ini berkuatkuasa di Malaysia di laksanakan pada ketika itu, seterusnya jumlah
pendatang yang lebih kecil ditambah pula dengan perhubungan yang kurang baik dengan negara-
negara asal mereka, masalah kerakyatan tidak akan menjadi masalah yang mencabar bagi orang-
orang Melayu pada hari ini. Tetapi pihak British terlampau meng hargai perniagaan Cina dan
buruh India sehingga tidak sempat memikirkan nasib orang-orang Melayu. Sudah pun ada pe
runtukan yang kononnya melindungi orang-orang Melayu di dalam pentadbiran dan hal ehwal
tanah. Orang-orang Melayu diberi jaminan tentang berkesannya peruntukan-peruntukan ini dan
kedudukan mereka yang tetap sebagai rakyat Tanah Melayu tunggal yang sah. Sementara itu,
percubaan separuh hati telah dibuat bagi mengawal imigrasi. Tidak ada percubaan yang
dilakukan untuk meyakinkan kaum pendatang bahawa sebagai seorang pendatang dan orang
asing, mereka mesti menerima had-had tertentu selaras dengan amalan di seluruh dunia.

Setelah gagal usaha untuk memusatkan sepenuhnya pemerin tahan negeri-negeri Melayu, dan
pemeliharaan hak-hak isti mewa orang Melayu terus dijamin, tidak ada cadangan untuk
meluaskan hak kewarganegaraan sehinggalah Malayan Union dicadangkan oleh British selepas
perang. Tiba-tiba sahaja bangsa Melayu berdepan dengan satu hakikat buruk bahawa pe gangan
British terhadap dasar-dasar yang dipersetujui dapat dihancurkan oleh orang British bersendirian
sahaja. Cadangan untuk memberikan hak-hak kewarganegaraan yang sama kepada semua
penduduk Tanah Melayu dan dengan demikian menjatuhkan taraf kedudukan orang Melayu di
negara mereka sendiri begitu memeranjatkan sehingga hapus sikap `tidak apa' orang Melayu.
Barangkali inilah pertama kalinya reaksi orang Melayu tidak mencerminkan sifat orang Melayu
biasanya. Boleh jadi cadangan yang begitu mendadak timbul itu mengejutkan orang Melayu dari
kelalaian. Selepas mereka berjaya menentang cadangan kewarganega raan dalam rancangan
Malayan Union itu maka wajarlah kalau kita menduga bahawa orang Melayu akan mengukuhkan
kedu dukan mereka. Kekuatan mereka semasa menentang rancangan Malayan Union itu adalah
terbukti dan pendirian yang tegas mengenai soal kewarganegaraan sepatutnya boleh diambil.
Mereka tahu akan amalan di negara-negara lain di dunia dan pengetahuan ini dapat dipergunakan
untuk mengukuhkan tuntutan mereka. Perasaan takut akan menjadi golongan minoriti tanpa
sebarang keistimewaan di negara mereka sendiri masih terlalu nyata ketika itu untuk
menghentikan tentangan mereka terhadap pemberian hak kewarganegaraan kepada orang lain.
Namun, dengan tidak diduga sama sekali, apabila langkah langkah baru dibuat untuk memberi
hak kewarganegaraan kepada pendatang-pendatang yang bukan sahaja diragukan kesetiaannya
malahan benar-benar memusuhi mereka, orang Melayu tidak bertindak seperti mana yang
mereka lakukan tatkala terkejut ke atas cadangan-cadangan rancangan kewarga negaraan
Malayan Union dahulu. Mereka nampak akan per bezaan yang sangat tipis di antara kedua-dua
rancangan kewarganegaraan itu, insaf akan hakikatnya, namun mereka tidak berbuat suatu apa
mengenai hal itu. Kajian tentang kewarganegaraan yang berlaku semenjak rancangan Malayan
Union akan menunjukkan bahawa rancangan itu telah disusun dengan teratur sekali seperti satu
jadual yang tetap. Pada setiap peringkat dan setiap kali Perlembagaan dipinda, jumlah warga
negara Melayu di negara ini menjadi semakin berkurangan jika dibandingkan dengan
warganegara yang berasal dari kaum pen datang. Sekarang kedudukan kewarganegaraan itu
hampir hampir sama dengan yang akan diperolehi jika Malayan Union dahulu diterima oleh
orang Melayu. Walaupun mereka sedar akan keadaan ini namun mereka tidak bertindak seperti
yang mereka lakukan dahulunya. Mereka sekali lagi bersikap seperti dahulu. Rancangan itu
masih terus diusahakan tetapi kita boleh menduga orang Melayu akan berdiam diri sahaja dan
berserah kepada takdir. Setengah-setengahnya malahan sampai mengatakan bahawa negara ini
bukan lagi negara mereka melainkan negara siapa sahaja yang ingin menuntutnya. Seten gah dari
mereka mengatakan bahawa walaupun mereka pen duduk asal dan penduduk tetap, tetapi mereka
tidak berhak mengenakan dan mengawal syarat-syarat kewarganegaraan baik apa sekalipun
amalan di tempat lain.

Pemimpin-pemimpin Melayu selalunya cenderung bersikap liberal. Pengikut-pengikut biasanya


tidaklah pula begitu. Sungutan-sungutan tidak puas hati sudah pun kedengaran. Bagi orang
Melayu biasa, pemberian kewarganegaraan kepada orang asing masih lagi merupakan ancaman
bahawa mereka akan di kuasai oleh orang lain. Mereka tahu akan hak mereka dan mengabaikan
hak-hak ini adalah tidak wajar dan tidak adil. Mas alah mereka mengenai soal hak
kewarganegaraan ialah menyatakan sikap mereka tanpa memberi malu dan membang kitkan
krisis. Tugas ini sukar, dan mungkin sekali mereka akan gagal. Jika sekiranya mereka gagal,
maka akibatnya mungkin sangat buruk bagi semua orang. Adalah lebih baik jika masalah ini
diatasi sekarang juga dan dilema orang Melayu ini diinsafi. Kewarganegaraan di Tanah Melayu
haruslah mematuhi pola kewarganegaraan di tempat-tempat lain. Kewarganegaraan haruslah
membawa bersamanya kewajipan dan juga keistimewaan. Kewarganegaraan haruslah diterima
sebagai tanda pengakuan, bukannya sebagai dorongan. Dengan cara ini sahajalah kejujuran
warganegara yang baru ini dapat dibukti kan. Dan dengan cara ini sahajalah perasaan kecewa
dan perasaan tidak puas hati orang Melayu dapat dihapuskan dan negara Malaysia dapat dibina
berlandaskan di atas rakyatnya yang betul-betul setia.

Jika dahulu lagi orang Melayu menegaskan bahawa mereka lah penduduk tetap dan seperti juga
amalan negara-negara lain, mereka akan mempunyai hak mengenai bahasa, imigrasi, pela jaran
kebangsaan dan kewarganegaraan. Dengan itu masalah masalah mengenai perpaduan
kebangsaan tidaklah akan men jadi begitu buruk dan begitu mengganggu. Ciri-ciri khusus
warganegara tentunya telah tercapai. Apabila masyarakat yang homogen ini telah terbentuk maka
banyaklah masalah yang akan hilang. Tetapi, dalam keadaannya sekarang, perasaan per¬kauman
mungkin akan menjadi ciri yang abadi di Malaysia. Pemisahan warganegara ini, yang
sesungguhnya merupakan pemisahan yang disebabkan bukan sahaja oleh bahasa dan kebu
dayaan malahan oleh pekerjaan, kedudukan ekonomi, tempat tinggal, latar belakang pelajaran,
nilai-nilai dan malahan cara berfikir, akan sentiasa disertai oleh segala macam masalah lain.
Perkara ini selamanya akan menjadi punca ketegangan di antara kaum.

Di negara-negara lain penduduk tetap menuntut untuk mengawal faktor-faktor utama seperti
bahasa, imigrasi, kewarganegaraan dan pendidikan kebangsaan. Selain daripada itu, agama
negara dan kbudayaan juga dikuasai oleh penduduk tetap. Pendapat mengenai agama nampaknya
telah berubah dan sekarang jarang sekali ada desakan supaya warganegara barn hams menganuti
agama penduduk tetap. Kebudayaan pen duduk tetap dikekalkan melalui kawalan terhadap
bahasa, imi grasi, kewarganegaraan dan pelajaran. Bagaimanapun, kebu dayaan berubah
mengikut peredaran zaman dan perubahan perubahan yang berlaku, sesudah faktor-faktor lain
telah memberi kesan sepenuhnya, akan melibatkan seluruh masya rakat. Oleh kerana itu is akan
mengekalkan sifat persamaan atau homogen warganegara dengan ciri-ciri asas penduduk tetap.

Dengan membelakangkan tuntutan orang Melayu sebagai penduduk tetap Semenanjung Tanah
Melayu, maka kesem patan pertama untuk membentuk satu warganegara yang homo gen
sudahlah terlepas. Dasar-dasar sekarang tidak mungkin ber jaya menyatupadukan kaum-kaum
yang ada itu. Oleh kerana itu perpecahan akan terns berlaku dan akan merupakan punca
pertelingkahan yang kekal. Tujuan saya menunjukkan perkara perkara yang telah diabaikan ini
ialah supaya pembetulan dapat dilakukan di sana sini apabila timbul kesempatan. Keadaan ini
menimbulkan berbagai masalah yang memberi kesan terutamanya kepada orang Melayu, kerana
sifat dan faktor keadaan mereka telah menjadi golongan tidak berada di negara mereka sendiri.
Masalah mereka haruslah ditonjolkan sekarang supaya cara-cara membaikinya dapat dicari
sementara masih ada kemungkinan menyelesaikannya. Mengabaikan masalah masalah ini bererti
membiarkannya merebak dan menyebabkan masalah-masalah itu tidak dapat diselesaikan.
Malapetaka sahajalah yang akan terjadi dari pandangan yang begitu cetek ini.

9. Tatasusila dan Sistem Nilai Melayu

Sesuatu bangsa itu berbeza bukan sahaja disebabkan oleh fisiognomi, Bahasa dan tempat
tinggalnya tetapi juga oleh kebu dayaannya. Kebudayaan terjalin erat dengan tatasusila dan
sistem nilai sesuatu bangsa. Kesusilaan dan sistem nilai inilah yang melahirkan kesusasteraan,
seni kreatif dan visual dan lain-lain manifestasi yang biasanya membentuk kebudayaan. Dan
yang lebih penting lagi ialah bahawa tatasusila dan sistem nilai tersebut menentukan kemajuan
dan perkembangan sesuatu bangsa dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Tatasusila dan sistem nilai orang Melayu belumlah pernah dikaji dan dianalisa. Memang tidak
ramai bilangan orang Melayu yang mahu memberikan pandangan tentang perkara perkara yang
sensitif ini. Tetapi jika sekiranya kita hendak mengatasi masalah orang Melayu dan masalah
Malaysia dengan harapan untuk mencapai kejayaan, adalah penting kita menge tahui mengapa,
dalam keadaan-keadaan yang tertentu, orang Melayu bertindak dan mencapai kemajuan yang
berbeza sekali berbanding dengan orang Cina dan orang-orang lain.

Walaupun pendapat saya mengenai perkara ini tidaklah secara saintifik dan tidak juga berupa
kajian yang mendalam, namun saya telah cuba memberikan sedikit sebanyak pan dangan
mengenai perkara yang tidak begitu difahami walaupun sering disebut-sebut. Setidak-tidaknya
pandangan ini mungkin menolong orang lain untuk memahami dengan lebih baik lagi sifat orang
Melayu. Nilai dan sistem nilai mempengaruhi perkembangan dan kemajuan semua masyarakat
manusia. Pada umumnya konsep nilai sesuatu masyarakat tidak dipersoalkan kecuali oleh ahli
sosiologi dan ahli sains kemasyarakatan. Hanya apabila masya rakat ataupun komuniti manusia
saling berhubungan dan nilai nilai yang berbeza ini bertentangan dan menuju ke arah yang
berlainan barulah nilai ini menarik minat orang-orang biasa.

Konsep-konsep nilai dan tatasusila adalah saling berkait rapat. Tatasusila sangat dipengaruhi
oleh agama atau tafsiran agama, maka ini bererti bahawa nilai-nilai juga sangat rapat
hubungannya dengan kepercayaan agama. Demikianlah kema juan negara-negara Barat
dipercayai berpunca dari tatasusila Judaeo Kristian. Memanglah tidak sukar pula untuk mengait
kan perkembangan Islam yang cepat selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. dengan
perubahan nilai yang dibawa oleh Islam. Tentera Islam berperang dari negeri Sepanyol hingga ke
Negeri China untuk mengembangkan syiar Islam ke kawasan kawasan yang dikenali sebagai
dunia pada waktu itu. Perkem bangan dan kemajuan tatasusila Islam yang sama telah mem bawa
kemajuan ilmu sains dan ilmu kemanusiaan yang berlaku sesudah penaklukan selesai.

Oleh kerana itu pemahaman darihal sistem nilai dan tatasusila orang Melayu merupakan syarat
mutlak untuk merancang masa depan mereka. Kajian terhadap nilai ini mungkin terbukti
mengecewakan. Tetapi tanpa memahami serba sedikit tentang nilai-nilai ini, bukan sahaja
mustahil untuk membetulkan pendapat-pendapat yang salah akibat tafsiran yang tidak betul,
malahan rancangan untuk memajukan orang Melayu akan gagal sebab rancangan-rancangan itu
akan bertentangan dengan nilai nilai yang sudah ditegakkan.

Islam merupakan pengaruh tunggal yang paling besar ter hadap konsep-konsep nilai dan
tatasusila Melayu. Bagaimana pun, perlu diingatkan bahawa bukanlah agama yang begitu
berpengaruh melainkan tafsiran tentang ajaran-ajaran Islamlah yang kuat pengaruhnya. Tafsiran
agama berbeza-beza bukan sahaja mengikut individu malahan juga mengikut usia dan masa,
bahkan juga negara. Patut pula diingatkan bahawa Islam juga mempunyai lima mazhab dan
kadang-kadang timbul mazhab baru disebabkan oleh tafsiran seseorang individu. Kalaulah
kadang-kadang pengaruh Islam terhadap konsep nilai Melayu nampaknya tidaklah begitu baik,
maka perlulah diingat kan bahawa pengaruh itu bukanlah kerana ajaran Islam tetapi sebahagian
besarnya ialah kerana tafsiran semasa penduduk tempatan yang telah menyebabkan berlakunya
pengaruh buruk ini.

Tambahan pula konsep Islam di Malaysia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kepercayaan-
kepercayaan lama orang Melayu. Setengah-setengahnya, terutama animisme, mempunyai pe
ngaruh yang lebih kuat terhadap orang Melayu luar bandar daripada orang Melayu di bandar.
Pengaruh kepercayaan- kepercayaan ini masih kuat di kawasan-kawasan luar bandar dan kadang-
kadang pengaruh ini bertentangan dengan ajaran Islam. Selain daripada kepercayaan agama,
peradaban Melayu telah membentuk satu susila tingkahlaku yang dinamakan adat. Adat itu
nampaknya dipengaruhi oleh agama-agama orang Melayu dahulu dan sekarang, tetapi ada
sebahagian besar daripadanya yang nampaknya unik dan tidak ada hubungannya dengan
sebarang kepercayaan. Pengaruh adat pada keseluruhannya sudah berkurangan tetapi masih kuat
di kawasan-kawasan luar bandar yang lebih konservatif, dan kita harus ingat bahawa di sinilah
kebanyakan orang Melayu tinggal.

Perhubungan dengan dunia orang bukan Melayu juga telah mempengaruhi sistem nilai orang
Melayu. Perhubungan ini boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu dengan dunia Islam yang
bukan Melayu, di antaranya yang paling utama ialah perhubungan dengan dunia Arab baik di
dalam mahupun di luar negeri; dan perhubungan dengan orang-orang bukan Islam seperti orang-
orang Eropah, Cina dan lain-lain. Pada kese luruhannya, pengaruh perhubungan antara kaum ini
ke atas nilai orang Melayu adalah kurang apabila agama berbeza di bandingkan dengan pengaruh
kepercayaan agama yang sama. Perhubungan dengan sebilangan kecil orang Arab mempunyai
pengaruh yang lebih besar terhadap nilai-nilai orang Melayu kalau dibandingkan dengan semua
hubungan dengan kaum kaum lain yang bukan Islam.
Hukum etika dan konsep atau sistem nilai adalah perkara perkara yang besar dan tidak boleh
diliputi di dalam satu kajian sahaja. Oleh kerana tujuan tulisan ini ialah untuk mencuba
mengaitkan sebab dan kesan masalah-masalah yang mem pengaruhi orang Melayu, dalam kajian
yang lebih meluas, hanya tatasusila dan konsep-konsep yang berkaitan dengan masalah itu sahaja
yang perlu diperkatakan. Sebelum diteruskan perbincangan, eloklah terlebih dahulu diketahui
apakah pen dapat orang Melayu tentang alas etika, yakni konsep kebaikan. Perkara yang mula-
mula menarik perhatian pemerhati ialah perbezaan yang amat ketara antara tatasusila yang
dianuti dan kebiasaan yang diamalkan. Yang tidak kurang menariknya ialah bahawa pada
zahirnya orang Melayu sendiri pun tidak dapat melihat perbezaan ini. Oleh itu pemerhatian
mengenai amalan yang sebenar akan memberi satu susunan nilai, sementara kajian mendalam
pula akan menunjukkan kumpulan idea yang ber lainan. Sedikit sebanyaknya perkara ini boleh
dianggap sebagai sesuatu yang bersifat sejagat. Akan tetapi adalah satu kesilapan sekiranya
perkara ini tidak diambilkira dari awal lagi bagi mengelak kritik kemudian hari bahawa pendapat
yang berbeza beza telah dibuat berkenaan dengan perkara yang sama. Mengenai asas konsep
baik, nampaknya konsep orang Melayu sesuai dengan idea Kant mengenai kejujuran. Perkara
yang baik bukanlah yang menyenangkan, tetapi sebaliknya perkara yang wajar. Perkara yang
wajar telah dinyatakan di dalam kesusilaan agama Islam dan adat yang tegas. Disanjung tinggi
adalah baik bagi masyarakat dan juga bagi diri seseorang, tetapi pada umumnya individu
dianggap kurang penting berbanding dengan masyarakat.

Tatacara dan upacara agama sangatlah penting dalam konsep nilai orang Melayu. Sesuatu yang
rasmi adalah dianggap sesuai. Menyeleweng dari tatacara dianggap tidak cocok, biadab dan patut
dicela dan dihukum oleh Tuhan dan manusia. Sikap ini pada dasarnya sikap yang konservatif.
Sikap ini tidak mengizinkan inovasi. Sesungguhnya sikap ini tidak menggalak kan perubahan
dan dayatemu. Biasanya memang ada cara yang rasmi untuk melakukan sesuatu dan tidak
semestinya ada pen jelasan yang logik mengapa cara yang ditetapkan itu dianggap betul dan
diterima. Oleh kerana agama adalah asas utama sistem nilai orang Melayu, maka sewajarnyalah
bahawa kebaikan dan kebijaksanaan mempunyai erti yang sama dengan ketinggian beragama.
Menjadi alim dalam bidang agama dianggap baik, dihormati dan dipandang tinggi. Pengetahuan
bertambah dengan usia yang meningkat, dan oleh itu Islam sangat menghormati mereka yang
berusia dan berpengetahuan.
Hidup semata-mata untuk keseronokan tidak mempunyai tempat di dalam etika hidup orang-
orang Melayu. Keseronokan baik fizikal atau mental adalah dipandang rendah. Sesuatu kerja
tidak dilakukan dengan tujuan keseronokan semata-mata. Ber khidmat kepada sesama manusia
mungkin mendatangkan ke puasan dan keseronokan tetapi ini bukanlah sebabnya mengapa
seseorang Melayu itu patut berkhidmat kepada orang lain. Hanyalah kesopanan dan
tanggungjawab yang menggerakkan nya. Tenaga penggerak ialah untuk mendapat keredaan
Tuhan dan kebaikan di mata manusia. Dengan lain perkataan, sesuatu itu adalah dilakukan
kerana ianya wajar dan bukan kerana ianya menyenangkan atau kerana tindakan itu akan
memberi ke puasan hasil dari pencapaiannya. Keseronokan fizikal dipan dang hina dan haruslah
dibendung atau sekurang-kurangnya disembunyikan. Memakan makanan yang lazat dengan berle
bihan dianggap tidak baik dan minum minuman yang boleh memabukkan ditegah oleh agama
dan tidak dapat diterima oleh masyarakat.

Falsafah `makan, minum, dan berseronok-seronokan' tidak mempunyai tempat dalam masyarakat
Melayu. Hidup itu se mentara dan inilah waktunya kita membuat persediaan untuk hari akhirat.
Oleh kerana itu kehidupan di dunia bukanlah untuk bersenang-senang atau bersuka-suka
melainkan untuk beribadat dan patuh kepada perintah-perintah agama. Terlalu sibuk dengan
perkara-perkara keduniaan, seperti mengumpulkan harta tidaklah baik. Jika orang Melayu bukan
penggemar makanan dan minuman mereka juga bukanlah orang yang pandai menahan nafsunya.
Kehidupan ini penuh dengan pen deritaan, tetapi tidaklah semua penderitaan itu harus
ditang¬gung dengan penuh kesabaran. Melentur sedikit mengikut tiupan angin apabila dalam
kesukaran memanglah diduga. Malahan dalam agama sekali, pun adalah diperintahkan supaya
seseorang itu berpura-pura membuang agamanya daripada ber sabar mengalami siksaan.
Syuhada-syuhada Kristian yang lebih suka mati daripada memisah dari kepercayaan mereka
dianggap oleh orang Melayu sebagai bodoh sekali. Manifestasi agama yang zahir atau dapat
dilihat kadangkala tidaklah begitu penting oleh kerana agama adalah perkara kerohanian.
Membendung perasaan terhadap penindasan dan menanggung kesakitan dengan tujuan
menunjuk kedegilan adalah dianggap bodoh dan sia-sia.

Tetapi bertentangan dengan tuntutan agama supaya mem pertimbangkan arus dan aliran adalah
pegangan yang begitu kuat ke atas sifat dan bentuk yang ditetapkan oleh adat. Dalam tatasusila
tingkahlaku Melayu rupa bentuk lebih penting dan lebih disukai daripada isi kandungan yang
sebenarnya. Oleh itu status rasmi yang formal dianggap lebih penting daripada kuasa yang ada
bersama-sama status tadi. Dengan lain-lain perkataan, tidaldah menjadi apa-apa jika keadaannya
tidak sebenarnya begitu asalkan ianya mempunyai rupa bentuk yang demikian.

Sikap inilah yang menjelaskan kejayaan dan betapa mudahnya British mengambil alih negeri-
negeri Melayu. Sikap ini mene rangkan kenapa orang British berjaya dengan senang meme rintah
negeri-negeri Melayu sebagai negeri-negeri yang dilin dungi pada lahirnya tetapi
memperlakukan negeri-negeri itu sebagai tanah jajahan.

Akhir sekali, ada pula kepercayaan kepada takdir yang men jadi ciri sikap hidup orang Melayu.
Kepercayaan kepada takdir ini sangat nyata di mana-mana sahaja dan sangat mempenga ruhi
keseluruh konsep nilai orang Melayu. Kepercayaan ini memungkinkan segala sesuatunya, lama
ada yang baik ataupun yang buruk, diterima dengan sikap toleran dan sabar sahaja tanpa
membantah. Kepercayaan ini tidak menggalakkan usaha besar untuk mengadakan perubahan.
Kepercayaan ini tidak memberontak. Jika sekali pun ada percubaan untuk berbuat sesuatu,
kegagalan diterima dengan penuh kesabaran. Seluruh falsafah hidup terkandung dalam
peribahasa Melayu `Rezeki secupak tidak akan jadi segantang'. Dengan lain-lain perkataan,
takdir menentukan segala-galanya dan usaha untuk memperbaiki keadaan seseorang itu tidak
berguna kecuali jika sudah ditakdirkan demikian.

Akibat sikap berserah kepada takdir ini menyebabkan usaha mencari harta dunia tidak
dipentingkan. Perasaan bangga kerana berusaha sedaya upayanya bukanlah perkara biasa. Juga
tidak terdapat sanjungan yang tinggi terhadap orang yang enggan berhenti bekerja kerana
kecacatan atau umur yang tua. Sikap yang dianggap betul ialah mengakui batas kemampuan
seseorang dan kesediaan untuk menerima batasan-batasan ini. Rasa simpati terhadap mereka
yang kurang bernasib baik harus diperlihatkan oleh orang-orang lain. Inilah sifat yang dikagumi
dan umumnya terdapat di kalangan orang Melayu.

Sebelum kita membincangkan kejadian-kejadian umum dalam pengalaman manusia dalam alam
sekitarnya serta sikap orang Melayu terhadap kejadian-kejadian ini, barangkali ada faedahnya
jika kita mengingati kembali rumusan-rumusan umum tentang nilai-nilai etika orang Melayu
untuk melihat bagaimana kedudukannya berbanding dengan nilai-nilai etika yang dianjurkan
oleh ahli-ahli falsafah dahulu kala. Perkara pertama yang dapat dikatakan tentang kesusilaan
Melayu ialah tatasusila itu belum dipengaruhi oleh pengetahuan secara sedar tentang falsafah-
falsafah tatasusila dahulu kala ini. Apa-apa jua persamaan dengan, ataupun apa-apa penolakan
yang nyata terhadap nilai-nilai orang Greece purba dan tamadun Medi terranean sebelum zaman
Kristian sudah semestinyalah berlaku secara kebetulan sahaja.

Pertama sekali, pemeriksaan diri sendiri yang begitu menarik perhatian dan menelan masa yang
panjang ahli-ahli falsafah Greece tidak dianggap mempunyai apa-apa nilai kebaikan yang besar.
Oleh itu menganalisa diri secara kritis dengan sengaja adalah jarang sekali dilakukan. Tafsiran
Socrates mengenai seruan Delphi, "Ketahuilah dirimu sendiri," yang memberi nilai kebaikan
terhadap pengetahuan mengenai diri sendiri tidak terdapat persamaannya di kalangan orang-
orang Melayu. Ini bukan sahaja melibatkan individu malahan juga masyarakat. Kelemahan ini
menyebabkan kelemahan mengetahui dan mengatasi kesalahan-kesalahan diri sendiri. Lebih
konservatif sesebuah masyarakat, maka lebih besarlah kelemahan ini. Perkara ini adalah amat
ketara di dalam masyarakat luar bandar dan menyebabkan kebuntuan menghubungkan sebab
dengan akibat.

Jenis pengetahuan yang disanjung ialah pengetahuan agama. Usaha untuk mempelajari darihal
agama agak mengkagumkan, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar yang dianggap
mundur. Misalnya kitab suci Al-Quran dibaca orang, diberi tafsiran dan dibincangkan begitu
meluas. Di kalangan orang Melayu, kebolehan berbahasa Arab adalah perkara biasa, dan kadang-
kadang bahasa Urdu yang menjadi bahasa pengantar bagi pelajaran agama di Pakistan dan India
juga difahami.

Walau bagaimanapun, nilai-nilai kerohanian Islamlah yang paling mendapat perhatian.


Penekanannya ialah tentang kehi dupan yang salih, bebas dari dosa dan kehidupan yang boleh
memberikan kebahagiaan di akhirat. Oleh kerana itu pengeta huan agama dicari semata-mata
demi pengetahuan agama dan untuk menjalani hidup yang salih. Tetapi kebaikan pengeta huan
yang diperolehi dari agama tidak selalu digunakan untuk mempengaruhi nilai-nilai lain. Di
antara tiga kebaikan utama yang dinyatakan oleh Plato, kesabaranlah yang paling nyata di
kalangan orang Melayu. Kesabaran bukanlah falsafah yang aktif melainkan hasil daripada iklim
dan alam sekitar orang Melayu. Orang yang tidak sabar tidak dipandang mulia. Gambaran yang
diberikan ialah satu bendungan yang berterusan yang mencabar ketabahan hati. Ia menyebabkan
konflik di dalam diri, dan kadangkala ikatan-ikatan yang membendung ini seakan-akan putus dan
tiba-tiba sikap sopan dan beradab itu hilang dan digantikan oleh satu kemarahan yang mendadak
yang begitu menakutkan kerana arus keganasannya.

Namun begitu, orang Melayu rata-rata biasanya ingin mengamalkan hidup yang sederhana.
Dalam menikmati hidup yang sederhana, sikap terhadap orang lain dan reaksi terhadap keadaan
dan alam sekeliling, sentiasa terdapat nilai kesederha naan ini. Orang Melayu yang baik
selalunya merendah diri dan tidak menonjolkan dirinya, tidak mahu memaksakan kema huannya
jika kemahuan itu bertentangan dengan kemahuan orang lain dan sentiasa sahaja sedia
berkompromi.

Keberanian, sifat kebaikan yang kedua yang diutamakan oleh Plato memberi erti yang agak
berbeza daripada konsep kebera nian dalam keseluruhan sejarah etika Barat. Ketegasan pendi
rian untuk melanggar, atau berundur atau untuk bertahan yang dipengaruhi oleh pemahaman
yang jelas mengenai sesuatu kea daan, sebagaimana diterangkan oleh Plato, bukanlah sebaha
gian daripada keperibadian Melayu. Sesungguhnya ketegasan sama sekali bukanlah sifat orang
Melayu. Oleh kerana itu jenis keberanian yang memerlukan ketegasan dan memegang teguh
kepada prinsip jarang ada di kalangan orang Melayu. Dalam banyak perkara keberanian
disamakan dengan kesanggupan menghadapi sesuatu keadaan yang tidak ada harapan lagi.
Ertinya menghadapi rintangan maha besar yang boleh mem bawa kepada kekalahan dan
kemusnahan. Menentang musuh yang lebih kuat dari keupayaan sendiri dianggap berani.
Memperhitung dan menilai peluang terlebih dahulu menun jukkan perasaan takut. Sudah berkali-
kali ketidakupayaan atau keengganan untuk mengukur kemungkinan yang akan mereka hadapi
menyebabkan orang Melayu mengalami kekalahan dan malapetaka. Seseorang Melayu yang
gagah berani selalunya bertindak secara membabi-buta dan oleh kerana is lebih ber kemungkinan
melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibatnya, maka seseorang Melayu biasa akan hormat dan
takut kepada nya. Seorang orang biasa sedar bahawa tidak ada faedah menim bulkan
kemarahannya dan adalah lebih selamat untuk membiarkan orang itu mengikut kehendaknya
sendiri. Jelaslah bahawa orang biasa sebaliknya menggambarkan golongan yang amat jauh
perbezaannya, di mana demi keselamatan, prinsip dengan mudah sekali diketepikan.
Kenyataan-kenyataan ini mungkin terasa menghina. Memang ada banyak contoh tentang
keberanian yang sebenarnya dalam sejarah orang Melayu. Kegagahan beberapa orang anggota
pasukan Askar Melayu sudahlah diketahui umum. Tetapi kesimpulan di atas pada dasarnya betul.
Kesimpulan umum ini menerangkan mengapa orang Melayu pandai mengatasi musuh mereka
secara senyap-senyap dan tipu helah dan jarang sekali menyerang secara berdepan dalam
sebarang keadaan.

Kebijaksanaan menurut tafsiran Plato bukanlah sepertimana kebijaksanaan yang dimaksudkan


oleh orang Melayu. Perlunya mengawal nafsu dan mengarahkan keazaman memang diakui,
tetapi kebijaksanaan adalah dianggap sebagai kebolehan untuk memintas sesuatu keadaan
tertentu. Yang dipandang tinggi bukanlah semata-mata mengawal nafsu dan mengarahkan
keazaman tetapi adalah kebolehan mengelak dari membuat keputusan yang muktamad dan dapat
membuat pembetulan kemudian nanti. Kebolehan inilah yang disanjung tinggi. OrangMelayu
tidak pernah terikat kepada apa-apa. Selalunya ada jalan keluar untuk melepaskan diri. Dalam
mencuba menyediakan jalan keluar yang bijak bagi sesuatu keadaan, proses membuat keputusan
selalunya merupakan proses yang menjemukan dan banyak memakan masa. Sesungguhnya,
seberapa yang boleh, sesuatu keputusan akan cuba dielakkan sama sekali, dan oleh yang
demikian berpeluanglah untuk menyangkal dan kemudianmembuat pembenaran.

Jelaslah bahawa ketiga-tiga ciri kebaikan yang diutarakan oleh Plato tidak ada kena-mengena
dengan orang Melayu. Kebaikankebaikan ini memang ada tetapi oleh kerana nilainya berbeza,
maka masyarakat yang dibentuknya itu berbeza sama sekali, dan tidak berkembang mengikut
garis-garis yang sama seperti peradaban Barat. Dan oleh kerana konsep-konsep nilai dan
tatasusila orang Melayu berbeza daripada konsep nilai dan tatasusila Barat, maka perubahan
dalam alam sekitar semata-mata tidak mungkin akan membawa perubahan besar yang sepatutnya
dalam nilai-nilai Melayu sehingga mereka dapat bersaingan dengan usaha kaum atau komuniti
lain. Dengan lain perkataan, tanpa perubahan yang radikal pada tatasusila dan konsep nilai
mereka, maka usaha besar-besaran untuk mengubati penyakit yang menimpa orang Melayu
hanya akan menambahkan lagi kekecewaan semua yang berkenaan, oleh kerana hasil yang
diperolehi itu adalah minimum sahaja.
Sekarang marilah kita meneliti sikap orang Melayu terhadap pengalaman umum masyarakat
manusia, mengenai hidup dan mati, mengenai individu dan masyarakat, mengenai kekayaan dan
kemiskinan, dan mengenai kejadian-kejadian utama lainnya yang mempengaruhi cara berfikir
dan reaksi dalam masya rakat. Nyawa merupakan kurniaan Tuhan dan kurniaan itu adalah paling
berharga bagi manusia. Orang Melayu meng hargai nyawa tetapi nampaknya tidak menghargai
sepenuhnya apa yang dikatakan nyawa dan tujuannya. Oleh sebab nyawa itu kurniaan Tuhan,
maka nyawa tidak boleh diambil. Membunuh adalah perbuatan yang keji tetapi yang lebih keji
ialah mem bunuh diri sendiri. Oleh itu membunuh diri sendiri sangat jarang berlaku dan orang
yang membunuh diri menjadi punca keaiban kepada sanak saudara yang ditinggalkannya. Oleh
kerana mengambil nyawa itu keji, maka orang Melayu tidak akan membunuh secara sengaja.
Kejadian pembunuhan yang kadang-kadang berlaku dalam masyarakat Melayu adalah
disebabkan oleh hilang fikiran. Pembunuhan jarang dirancangkan dan selalunya si pembunuh
mudah dikesan.

Walaupun orang Melayu pada lahirnya menghargai kehidupan, tetapi mereka nampaknya tidak
tahu apa yang sepatut nya dilakukan dengan kehidupan. Dalam masyarakat luar bandar yang
lebih konservatif, kehidupan hampir seluruhnya merupakan jangka waktu untuk membuat
persediaan untuk hari akhirat. Agak diragukan apakah ini yang diajar oleh Islam. Mungkin sekali
sikap ini adalah suatu bentuk pelepasan diri dari kenyataan hidup yang sebenarnya, yakni tembok
yang memben dung perasaan cemburu yang dirasakan oleh orang Melayu ter hadap kemakmuran
yang dinikmati oleh kaum-kaum dan negara-negara lain. Akibat tumpuan yang amat kuat kepada
akhirat itulah orang Melayu dapat meyakinkan diri mereka bahawa mereka tidak kerugian apa-
apa di dalam kehidupan di dunia ini sekiranya mereka tidak mempunyai apa-apa harta benda.
Dunia ini sementara sahaja sedangkan akhirat itulah yang kekal. Jika hidup di dunia ini
sementara dan hidup yang lebih baik menunggu manusia, maka terlalu berazam untukhidup tidak
ada faedahnya dan tidaklah wajar pula. Sudah tentu sikap ini bererti berserah kepada takdir. Jika
sikap ini berleluasa maka azam untuk hidup dan berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik
tidaklah begitu gigih.

Hidup dikaitkan dengan masa. Hidup bererti berada untuk satu jangka masa. Oleh kerana itu
hidup dan masa tidak dapat dipisah-pisahkan. Jika kehidupan ini dihargai maka masa juga
haruslah dihargai. Malangnya hubungan di antara hidup dan masa nampaknya tidak dihargai oleh
orang Melayu. Hidup ber harga tetapi masa tidak. Oleh itu masa disia-siakan atau diabai kan
begitu sahaja. Misalnya umur sangat mudah disesuaikan. Orang Melayu umumnya tidak begitu
pasti tentang umurnya sendiri dan sebarang agakan yang dibuatnya mungkin jauh lebih daripada
yang sebenar. Ini ialah kerana umur tua dimuliakan dan orang lelaki, malahan orang perempuan
juga, ingin selalu nya mengatakan dirinya lebih tua dari yang sebenar. Orang lelaki dengan
mudah berkata dia berumur 100 tahun tetapi apabila diperiksa sahaja umurnya didapati tidak
lebih daripada 70 tahun.

Mengabaikan masa boleh dilihat sebagai cara bagaimana masa itu disia-siakan. Duduk-duduk
sahaja, minum-minum kopi atau berbual-bual merupakan tabiat biasa orang Melayu di seluruh
negara. Undangan makan kenduri di kampung selalu nya tidak tetap waktunya. Orang-orang
yang dijemput boleh datang bila-bila masa sahaja, makan bila-bila sahaja dan pulang bila-bila
sahaja. Tiada siapapun yang hadir tepat pada waktu nya untuk mesyuarat tetapi apabila sudah
dimulakan tidak pula ditentukan waktu bila mesyuarat itu akan berakhir. Oleh itu sesuatu
perjumpaan mungkin dimulakan lewat dari waktunya dan tamat lebih lewat pula, biar betapa
lama masa diuntukkan supaya sesuai bagi setiap orang.

Apabila tidak ada kesedaran terhadap masa (dan waktu), maka tidak adalah perancangan dan
perlaksanaan kerja tidak lah boleh diharapkan. Jadual waktu merupakan bahagian penting dalam
kehidupan manusia moden. Sesungguhnya, semakin maju seorang itu dalam bidang teknologi
maka semakin terikatlah dia kepada waktu. Penghitungan detik-detik waktu melambangkan
pergantungan mutlak teknologi moden kepada waktu. Tanpa ketepatan waktu secara matematik,
manusia sudah tentu tidak akan dapat menjelajah di angkasa lepas. Sebuah masyarakat yang
tidak mempedulikan waktu haruslah dianggap sebagai masyarakat yang sangat mundur. Apatah
lagi masyarakat itu akan terus-menerus menjadi masyarakat yang mundur. Masyarakat itu sekali-
kali tidak akan dapat mencapai sesuatu apapun dengan daya usahanya tersendiri dan sekali-kali
tidak boleh bergerak maju dan mengejar peradaban lebih maju yang mementingkan waktu.
Pastilah bahawa kegagalan orang Melayu untuk menghargai masa merupakan salah satu daripada
halangan yang paling penting untuk mereka mencapai kemajuan.

Sikap terhadap hidup dan masa melambangkan percang gahan dalam sistem nilai orang Melayu.
Di satu pihak hidup sangat dihargai tetapi di pihak yang lain, masa yang harus menyertai hidup
untuk menjadikan hidup itu lebih bererti, tidak begitu dihargai. Masa disia-siakan dan dengan itu
bermakna hidup juga disia-siakan. Jika hidup merupakan pemberian Tuhan maka masa juga
tentulah pemberian Tuhan. Mensia siakan masa pastilah bukan cara yang wajar bagi orang yang
teguh keyakinan kepada agama dan menghargai pem berian Tuhan. Namun, beginilah caranya
orang Melayu mem perlakukan masa. Masa disia-siakan dan dengan itu hidup juga disia-siakan.
Kemuliaan hidup yang mendalam agak dilemah kan oleh kegagalan memberi nilai yang lama
terhadap masa.

Bagi orang Melayu, baik yang salih maupun tidak, maut adalah waktu bagi seseorang mendapat
balasan kerana kesa lahan yang dilakukan semasa hidup dan mendapat ganjaran kerana kebaikan
dan kesalihannya. Oleh kerana tidak ada orang yang benar-benar boleh menyatakan bahawa dia
senantiasa berbuat baik sewaktu hayatnya, dan oleh kerana dia akan dihukum bagi segala
kesalahan yang dilakukan sewaktu hayat nya, maka maut sudah tentulah amat menakutkan,
walaupun bagi orang-orang yang alim. Orang Melayu takutkan maut, tetapi yang anehnya ialah
mereka tidak terdorong untuk mem pertahankan nyawa mereka. Sikapnya ialah berserah
kepadatakdir. Dia bersabar menunggu ajalnya, dan juga ajal orang lain. Dia mencari ketenangan
dengan beribadat. Dia menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada belas kesihan Tuhan sebab dia
sudah tidak bersedia lagi berbuat suatu apapun untuk dirinya. Meskipun diterima hakikat bahawa
ajal itu sudah ditakdirkan, namun kesedaran bahawa dia akan mati tentu memeranjatkan juga
orang Melayu. Kesedaran ini, biasanya datang apabila seorang itu mencapai usia 35 atau 40
tahun, sering mengakibatkan sakit saraf yang teruk dan akan mempengaruhi seluruh
sikapnyaterhadap hidup. Dia sangat berhati-hati dan mengelakkan apa sahaja yang dirasakan
berbahaya dalam menghadapi masalah masalah hidup. Seringkali dia menjadi pendiam dan
enggan bersungguh-sungguh untuk mencari kebahagian hidup di dunia.

Bagi orang Melayu ajal diterima dengan tenang apabila tiba masanya. Ajal itu juga diterima
dengan tenang oleh sanak saudara dan sahabat yang rapat. Kadang-kadang nampaknya seolah-
olah ada pula keinginan untuk mati. Jadi apabila sahaja seseorang itu sakit teruk, maka kaum
keluarganya secara diam diam akan membuat persediaan untuk menghadapi kematian. Berusaha
untuk berubat tidak dilakukan seperti sewajarnya. Perbincangan yang berlarut-larut akan
dilakukan dengan sanak saudara, sahabat-handai dan juga dengan orang yang sakit itu. Tiada
siapa pun yang mahu bertanggungjawab membuat satu satu keputusan, terutama keputusan untuk
berbuat sesuatu yang positif. Tiada siapa pun yang mahu dituduh kemudian nanti sebagai
bertanggungjawab membuat sesuatu yang ada kaitannya dengan kematian itu, atau lebih buruk
lagi yang mungkin menyebabkan kematian itu. Perbincangan ini biasanya tidak berkesudahan,
sementara si sakit perlahan-lahan menemui ajalnya.

Sewaktu si sakit menunggu keputusan yang mungkin meno longnya sembuh, sahabat-handai dan
kaum keluarga tidak putus-putus datang untuk melahirkan rasa simpati mereka. Malangnya
perbuatan yang begitu telah menjadi suatu kebia saan sehinggakan tidak ubah seperti menghadiri
kenduri kecil. Biasanya kopi dihidangkan kepada tamu-tamu berkenaan walaupun perkara ini
akan lebih membebankan keluarga si sakit. Setelah bertanya-tanyakan kabar tamu-tamu itu
duduk mengelilingi si sakit dan terus berbual-bual. Apabila terdapat sahaja tanda bahawa ajal
sudah dekat, ayat-ayat suci akan di bacakan. Akhirnya apabila si sakit menemui ajalnya,
kematian itu diterima dengan tenang oleh kaum keluarga. Tidak ada ratapan. Kaum keluarga
yang terdekat mungkin tersedu tetapi umumnya kematian itu nampaknya seperti terlepas sudah
suatu bebanan. Tidak ada perbezaan besar di antara kematian orang tua, atau kematian orang
muda, atau kematian kanak-kanak. Semua kematian sama sahaja, iaitu sesuatu yang telah
ditakdir kan dan tidak siapa pun yang dapat berbuat apa-apa.

Ajaran Islam melarang upacara pengkebumian dan per ingatan secara besar-besaran. Yang
ditanam itu hanyalah jasad dan jasad manusia hanyalah tanah dan oleh kerana itu tidaklah
penting. Rohnya tidak ditanam bersama-sama jasad itu. Pengabadian tempat pengebumian itu
tidaklah mustahak. Liang lahad digali di atas kubur lama dan batu nisan lama dibuang. Si mati
tidak dipuji-puji tatkala dia dikuburkan. Doa yang biasa akan dibacakan untuk semua orang.
Selepas itu hanya orang perempuan sahajalah yang biasanya menziarahi kubur ini untuk
membacakan ayat-ayat suci Al-Quran pada pagi Jumaat atau pada hari raya Aidil Fitri.

Dengan demikian maut ditakuti oleh orang Melayu, tetapi apabila tiba ajal mereka menerimanya
dengan tenang. Si mati dengan segera dilupakan dan tidak ada sesuatu yang dilakukan untuk
mengekalkan kenangan terhadapnya. Kematian, kecuali kematian syahid di dalam peperangan,
bukanlah suatu yang dimuliakan. Tetapi perang sabil sudah tidak berlaku lagi, dan oleh kerana
itu maut tidak lagi dicari dan diharap-harapkan. Apabila manusia takut kepada maut, keberanian
yang didorongi oleh sifat suka mengembara dan mencari bahaya secarasengaja dan membabi-
buta tidak menjadi perkara yang biasa. Tetapi apabila rasa takut kepada maut bersama dengan
pene rimaan maut sebagai suatu yang tidak boleh dielakkan, kebe ranian membabi-buta dalam
menghadapi bahaya yang besar menjadi perkara biasa. Perkara inilah yang menyebabkan orang
Melayu, yang biasanya merendah diri dan sentiasa mengalah, tiba-tiba sahaja menyerang tanpa
sedikit pun berasa takut akan malapetaka yang pasti menimpa mereka akibat perbuatan mereka
itu. Mengamuk adalah sebahagian daripada kesan yang timbul akibat sikap orang Melayu
terhadap kematian.

Sikap terhadap harta dan wang menjadi kunci kepada kema juan sosial dan ekonomi masyarakat
manusia. Oleh kerana itu memahami sikap orang Melayu terhadap harta dan wang adalah perlu
supaya usaha-usaha boleh dilakukan untuk memperbaiki kedudukan orang Melayu yang agak
miskin dan mundur. Harta diperolehi atau diwarisi. Bagi kebanyakan orang Melayu harta dan
tanah mempunyai makna yang sama. Tanah menjadi seba- hagian besar daripada harta yang
dimiliki oleh orang Melayu, oleh kerana sebilangan besar mereka adalah petani. Proses
men¬dapatkan tanah pada dasarnya masih lagi bersifat tradisional.

Pada zaman kesultanan Melayu dahulu orang Melayu akan memperoleh sekeping tanah jika dia
dapat menunjukkan bukti bahawa dia telah menetap di tanah itu, membersihkan kawasan itu dan
bercucuk tanam di situ. Kebenaran membersih tanah dan menetap di situ tidak diminta terlebih
dahulu. Seseorang Melayu hanya memilih tanah yang tidak diduduki orang dan tanpa peraturan
selanjutnya terus menetap di situ. Selepas beberapa tahun barulah dia memohon tanah itu dan
berhara pan penuh akan diberi geran tanah tersebut untuk selama lamanya. Dan, di negeri-negeri
Melayu lama dahulu, hak ini dihormati dan diakui, dan kemudian geran tanah yang ber kekalan
dikeluarkan.

Memperolehi tanah tentulah melibatkan kerja, tetapi proses nya adalah mudah, inisiatif atau budi
bicara tidaklah diperlukan sangat. Siapa sahaja boleh memperolehi harta jika dia mahu. Sikap
orang Melayu yang lebih ketara ialah perasaan berhak terhadap harta. Perasaan ini
membangkitkan rasa puas hati dan mengurangkan apa-apa usaha untuk mengumpul kekayaan.
Perkara yang paling penting dalam proses memperolehi tanah bukanlah kerja dan inisiatif,
sebaliknya ialah membulatkan azam dan mengambil keputusan memperolehi tanah tersebut.
Geran tanah hampir keseluruhannya diberikan oleh sultan kepada orang Melayu untuk selama-
lamanya. Sebidang tanah yang sudah dipindah-milik akan menjadi harta yang boleh diwariskan
dan lambat-laun harta berbentuk tanah ini akan dipecahkan mengikut undang-undang Islam.
Akan tetapi pemi likan tanah sebagai harta yang sebenar sangatlah besar ertinya dan memiliki
tanah menjadi simbol status, biar betapapun kecil atau tidak ekonomik tanah itu. Tanah juga
dapat diperolehi dengan cara membelinya. Pembelian tanah secara langsung memang berlaku
tetapi tidak kerap. Biasanya tanah yang tidak diwarisi diperolehi secara proses jual janji, iaitu
amalan keji yang patut dikutuk sekeras-kerasnya kerana bukan sahaja tidak beretika tetapi juga
bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam amalan ini seseorang itu menyandarkan tanahnya
supaya dapat meminjam wang. Jumlah yang terlibat biasanya hanya sebaha gian kecil daripada
nilai tanah itu. Kalau hutang itu tidak dibayar balik dalam masa yang ditetapkan biasanya tanah
itu akan diambil oleh si pemberi pinjaman.

Tanah menguasai cara berfikir orang Melayu dan hartalah yang kerap menimbulkan perbalahan.
Perbalahan begini lazim nya menjadi isu yang penuh emosi. Tuntutan hak terhadap se bidang
tanah mungkin menimbulkan pertelingkahan yang meli batkan proses undang-undang dan
perbelanjaan yang diguna kan untuk mendapatkan keputusan mahkamah mungkin ber lipat-
ganda lebih besar daripada nilai tanah itu. Tetapi kepada semua pihak yang terlibat di dalam
perbalahan ini perbelanjaan yang digunakan tidaklah sia-sia. Kepuasan yang diperolehi daripada
perbicaraan yang sengit di mahkamah menjadi alasan bagi perbelanjaan yang dibuat.

Selain daripada tanah, orang Melayu tidak mempunyai barang-barang lain yang boleh mereka
anggap sebagai harta. Barang-barang kemas dan wang tunai kadang-kadang boleh di anggap
sebagai harta. Akan tetapi oleh sebab wang dan barang barang kemas mudah dipergunakan atau
disembunyikan dan tidak ada bukti bertulis yang menyebut pemegang hak, maka benda-benda
ini tidak dihimpun sebagai milik abadi yang diwariskan. Wang menjadi alat yang menyenangkan
hidup orang Melayu. Wang memudahkan penukaran barangan dan khidmat. Wang umumnya
tidak dianggap sebagai modal untuk melabur. Segala wang yang diperolehi datangnya dari
penjualan harta atau daripada upah jerih payah dan pekerjaan. Semua wang yang didapati dari
hasil jualan tadi ditukarkan dengan perkhidmatan ataupun untuk terus dibelanja sahaja.

Orang Melayu kurang berjaya dalam perniagaan kerana mereka tidak faham tentang kemampuan
wang. Selain daripada menjual hasil kerja mereka atau barang-barang, orang Melayu nampaknya
tidak dapat mencari jalan lain untuk mendapatkan wang. Memanglah benar bahawa wang harus
dibelanjakan sekalipun untuk menanam padi tetapi perbelanjaan untuk maksud ini sedikit benar.
Benih padi disimpan dari tuaian yang lalu. Jika penanam itu menjadi penyewa, maka dia sudah
membayar sewanya dengan hasil tanamannya. Penyediaan sawah keseluru hannya adalah dengan
tenaga sendiri. Baja diperolehi dengan berjanji akan menjual hasilnya kepada kedai Cina di
kampung itu. Kerja memindah semaian dilakukan secara gotong-royong dengan hanya
menyediakan makanan kepada jiran-jiran yang datang menolong. Malahan upah menuai pun
dibayar dengan menyediakan makanan. Wang yang dibayar di sana sini datang dari pendahuluan
pengilang-pengilang Cina di ternpat itu.

Penggunaan wang yang minimum ini menyebabkan kurang sekali pemahaman terhadap kos
perbelanjaan. Perniagaan pada umumnya hanyalah kefahaman terhadap kos dan penentuan harga
yang berasaskan kos. Gotong-royong, jiran yang baik dan pemberian pendahuluan secara tunai
yang diterima dengan sewenang-wenangnya dan kejahilan menetapkan nilai wang bagi tenaga
diri menyebabkan perkiraan kos mustahil dilakukan. Di camping semua ini, pendapatan dari
hasil tanaman yang akan datang biasanya telah habis digunakan terlebih dahulu kerana berhutang
bila membeli barang-barang di kedai runcit tern patan. Jumlah wang yang betul-betul dipegang
dan dikira sangatlah kecil. Jadi penanaman padi tidak pernah merupakan usaha perniagaan.
Penanaman padi ialah suatu cara hidup.

Keadaan orang Melayu di bandar lebih baik sedikit sahaja. Bagi mereka wang ialah alat untuk
memudahkan perbelanjaan. Wang diperolehi dalam bentuk gaji dan pada kebiasaannya hampir
semua dibelanjakan. Simpanan cuma sedikit sahaja dan selalunya membeli secara ansuran
bermakna wang sudah ter lebih dahulu dibelanjakan sebelum diperolehi. Hanya orang Melayu
yang terlibat dalam perniagaan sahajalah yang faham tentang sistem kewangan yang sofistikated
dan bagaimana sistem itu dapat dipergunakan untuk memperolehi pendapatan yang lebih besar.
Suatu aspek urusniaga kewangan yang telah mendapat perhatian besar semenjak orang Melayu
cuba mema suki bidang perniagaan dan industri ialah penerimaan riba ke atas pinjaman. Islam
mengharamkan riba. Tafsiran tempatan mengenai riba termasuklah riba yang diperoleh dari
sekecil-kecil pinjaman. Tidak perlu dikatakan lagi bahawa tafsiran ini sedikit sebanyaknya telah
menghalang penyertaan orang Melayu bukan sahaja dalam perusahaan pinjam meminjam tetapi
juga per usahaan bank. Riba nyatalah menjadi punca pelbagai keseng saraan manusia. Tidaklah
susah untuk memahami mengapa Islam mengharamkan riba. Kalau memberikan pinjaman
dengan riba yang tinggi dilarang bagi orang Islam, tetapi meminjam tidak pula dilarang
(mengikut pendapat orang Melayu). Dalam negara yang mempunyai penduduk Islam dan bukan
Islam, sikap begini menyebabkan orang Islam meminjam daripada peminjam-peminjam wang
bukan Islam yang me ngenakan riba. Oleh kerana itu larangan agama Islam mengenai riba tidak
dapat menyekat penderitaan si peminjam tadi. Dalam pada itu tegahan terhadap meminjamkan
wang dengan faedah paling rendah sekalipun telah menyekat orang Melayu daripada menikmati
untung dari urusan kewangan seperti ini. Nilai wang bagi orang Melayu lebih merupakan
kemampuan untuk men dapatkan barangan dan perkhidmatan dengan mudah. Sistem kewangan
itu masih primitif, hanya berupa sedikit lanjutan kepada sistem tukar-menukar barangan.
Belanjawan, sim panan, urusan bank, pelaburan, kredit, pertumbuhan, pemin dahan dan lain-lain
yang bersangkutan dengan penggunaan wang pada umumnya belum difahami dan kerana itu
belum mendapat penghargaan yang wajar.

Oleh kerana itu nilai orang Melayu terhadap harta dan wang dapatlah dikatakan masih belum
begitu maju. Sebuah masya rakat yang makmur sangat bergantung kepada kebolehan anggota-
anggotanya mempergunakan wang dan menyamakan harta benda bukan sahaja dengan tanah
tetapi dengan harta benda kurang ketara, mungkin termasuk nama baik dalam masyarakat serta
sikap ramah-tamah dan muhibah dalam per niagaaan. Kalau nilai wang dan harta yang
sebenarnya tidak dapat dihargai maka samalah ertinya dengan menolak meteria lisme dalam
dunia moden. Perkara ini bukanlah suatu perkara yang buruk jika masyarakat tersebut betul-betul
terpencil dari dunia kebendaan. Nilai rohaniah yang tinggi menjadikan peng hidupan lebih
bahagia dan lebih puas. Tetapi apabila orang orang yang mementingkan kebendaan hidup
berdampingan dengan orang-orang yang cenderung kepada cita-cita rohaniah yang tinggi, maka
pengaruh golongan pertama mahu tidak mahu akan merosakkan susunan masyarakat orang-orang
yang tinggi nilai rohaniahnya.

Orang Melayu tidaklah betul-betul terpencil. Malahan di kampung-kampung yang terpencil


sekalipun, walaupun pemen cilan sosial menyeluruh, namun pemencilan ekonomi tidaklah
mungkin. Sebaliknya, orang Melayu bandar juga tidak pula dan tidak akan dapat disatukan
sepenuhnya secara sosial dengan orang bukan Melayu. Dalam pada itu, walaupun sistem nilai
orang Melayu bandar telah mengalami beberapa perubahan namun mereka masih mengekalkan
sebahagian besar daripada sistem nilai yang sama dengan sistem nilai orang Melayu luar bandar.
Pada umumnya sistem nilai orang Melayu yang tidak maju atau kurang maju dalam urusan wang
dan harta merugi kan orang Melayu yang hidup dalam negara berbilang kaum. Tatasusila atau
susunan sosial menentukan ciri sesuatu masyarakat. Susunan-susunan itu merupakan basil dan
akibat dari sistem nilai masyarakat itu. Ini menyebabkan perkara itu sukar sekali untuk dianalisa.
Sebabnya, dalam sesuatu keadaan itu adalah sukar untuk menentukan sama ada sistem nilai yang
menghasilkan susunan sosial ataupun susunan sosial itu yang mempengaruhi sistem nilai. Walau
bagaimanapun, pengeta huan darihal susunan sosial orang Melayu akan memberikan sedikit
sebanyak gambaran tentang nilai yang membentuk kemajuan bangsa Melayu.

Pertama sekali ialah masyarakat Melayu yang bercorak feudal. Pangkat adalah satu perkara
penting dan bersama-sama dengan pangkat terikat beberapa keistimewaan. Pangkat yang
tertinggi ialah pangkat raja-raja yang memerintah, iaitu raja yang turun temurun di Negeri-negeri
Melayu. Di kalangan orang Melayu walaupun yang pernah ke luar negeri dan men dapat
pelajaran mengikut cara hidup barat serta sudah biasa dengan nilai-nilai barat, penerimaan raja-
raja yang turun temurun adalah perkara biasa. Taat kepada raja diamalkan sebagai sesuatu yang
sudah semestinya. Tahu beradab sopan di depan raja menandakan asuhan yang baik. Peraturan
tatatertib meliputi penggunaan perkataan yang tertentu mengenai diri raja dan kaum kerabatnya.
Sesungguhnya oleh kerana gelaran Tunku atau putera raja digunakan secara meluas oleh setiap
keturunan raja, dahulu dan sekarang, maka hubungan di antara rakyat dan kerabat diraja adalah
biasa dan sedikit sekali orang Melayu yang tidak mengetahui bahasa larangan, hak-hak isti mewa
dan peraturan tingkahlaku yang diguna terhadap raja-raja. Sopan-santun dan tatacara yang timbul
basil daripada hubungan yang rapat di antara berbagai pangkat menjadi seba hagian dari cara
hidup orang Melayu. Namun begitu, keinginan untuk bersopan-santun telah menyebabkan
peraturan tingkah laku dan adab ini diperluaskan hingga meliputi orang-orang yang berpangkat
tinggi, sama ada betul-betul berpangkat ataupun tidak, selain daripada keluarga diraja atau
kerabat. Oleh kerana itu orang yang bergelaran Syed, iaitu keturunan Nabi, juga sangat
dihormati. Di setengah-setengah negeri, orang-orang yang bergelar Syed ini mempunyai
keistimewaan seperti raja dan menjadi golongan yang tersendiri. Lebih rendah dari pangkat yang
diwarisi ini ialah lapisan-lapisan rakyat yang lain yang mempunyai tingkatan keistimewaan yang
berbeza pula. Orang-orang asing, pegawai-pegawai, ahli-ahli pelbagai dewan perundangan dan
ketua-ketua kampung semuanya ber gelar dan dihormati sewajarnya.

Dengan sendirinya, kecenderungan orang Melayu terhadap sikap feudal ini tidaklah merosakkan.
Kecenderungan itu mela hirkan masyarakat yang patuh pada undang-undang. Orang yang dapat
mengikut dan mematuhi peraturan tingkahlaku se cara tidak bertulis biasanya dapat disuruh
mengikut undang undang bertulis sesebuah negara. Orang yang menerima hakikat bahawa
sesebuah masyarakat hams mempunyai orang-orang yang ada kuasa dan hak yang berbeza-beza
mudah mewu judkan masyarakat dan negara yang stabil. Revolusi dalam masyarakat seperti ini
jarang terjadi melainkan kalau dipimpin dari atas. Oleh itu, sesuatu masyarakat feudal tidaklah
semes tinya suatu masyarakat yang beku dan mundur. Ia boleh men jadi masyarakat yang
dinamis jika terdapat dinamisme pada pe ringkat atasan. Tetapi apabila pihak atasan gagal atau
asyik dengan kesejahteraan sendiri, maka rakyat jelata tidak akan mendapat galakan untuk maju.
Sifat orang Melayu yang terlalu tertib dan terlalu bersopan santun menyebabkan jarang lahir sifat
terus terang. Sikap yang terlalu sopan dan lemah lembut tidak akan wujud tanpa meren dahkan
diri. Tingkahlaku yang baik mengharapkan teguran yang kurang atau sekurang-kurangnya secara
tidak langsung. Akibat dari sikap menahan diri itu, orang Melayu selalunya disalahertikan. Oleh
kerana itu apabila orang Melayu mem bahasakan orang asing `tuan' kerana ingin bersopan-
santun, maka orang asing itu mungkin menyangka dia memanglah tuan sebenarnya. Apabila
orang Melayu mendapati bahawa orang yang mereka panggil `tuan' secara sopan itu telah
bersikap seperti tuan sebenarnya terhadap mereka, maka sikap mahu bersopan-santun telah
menyekat mereka dari membetulkan kesilapan yang ketara itu. Peraturan sosial Melayu banyak
sekali turut menyebabkan orang Melayu seperti keadaannya sekarang ini. Menahan diri dan
hasrat tidak suka menyakitkan hati orang lain tidaklah akan melahirkan masyarakat yang agresif.
Dunia sekarang semakin bertambah biadab. Berterus terang sudah menjadi perkara biasa. Dalam
politik seperti juga dalam bidang sains orang semakin mementingkan fakta. Idea-idea lama, per
kara-perkara yang separuh benar dan sanjungan terhadap sesuatu tanpa usul periksa sedang
mengalah kepada pendekatan moden yang pragmatis. Oleh kerana itu peraturan sosial orang
Melayu agak ketinggalan zaman dan hanya akan mengurangkan kemampuan orang Melayu
untuk bersaing serta menyekat kemajuan mereka.
Oleh sebab itu, sifat berterus terang tidak merupakan satu daripada peraturan sosial orang
Melayu. Analisa dan kritik ter hadap nilai orang Melayu yang begitu mengaibkan bukanlah
perkara yang biasa bagi orang Melayu. Dalam bidang psikologi moden, mencari dan mengenal
pasti sebab-sebab sesuatu penyakit bukan sahaja dapat memudahkan rawatan malahan
merupakan sebahagian daripada rawatan itu. Perasaan lega dirasai sejurus selepas sebab atau
punca sesuatu penyakit itu telah dikenal pasti. Setelah itu, tugas selanjutnya ialah sama ada
hendak membuang atau menghapuskan punca itu atau mengu bah kesannya. Proses mengenal
pasti punca penyakit itu selalunya menyakitkan dan menyedihkan. Peristiwa-peristiwa yang
sepatutnya lebih balk dilupakan sahaja terpaksa diungkit ungkit kembali. Tetapi tanpa proses
yang berpanjangan lagi menyakitkan ini, rawatan tidak dapat dimulakan. Begitu juga dengan
penyakit sesuatu masyarakat. Untuk mengubatinya proses mengenal pasti punca-punca penyakit
itu mestilah diteliti. Rawatan yang berdasarkan pengalaman dan Cara orang lain yang berjaya
tidak akan banyak membawa kesan ataupun tidak berkesan pula. Tidak ada jalan lain lagi
melainkan dengan berani menghadapi kepedihan memeriksa diri sendiri, mengaku bahawa kita
bersalah, dan menerima hakikat bahawa penawar nya terletak pada penolakan beberapa idea dan
konsep, walau betapapun dihargai idea dan konsep itu.

Analisa dan penilaian yang kritis ini tentang nilai orang Melayu sangat memedihkan dan penuh
dengan bahaya yang bo leh menyebabkan perasaan rendah-diri atau sengaja mencari helah bagi
kegagalan masa lampau. Tetapi dalam keadaan yang meruncingkan yang dihadapi orang Melayu
sekarang ini, mereka tidak ada pilihan lain. Sopan-santun tradisional nampaknya telah gagal.
Mungkin ada bahayanya dalam sikap terus terang yang telah menjadi ciri sistem nilai peradaban
Barat. Tetapi oleh kerana dunia ini nampaknya dikuasai oleh orang Barat atau orang yang
berorientasi Barat dan mereka yang telah menyesuaikan diri dengan nilai-nilai Barat nampaknya
hidup terus dan berjaya, maka nampaknya berfaedahlah kalau beberapa cara Barat itu dicubakan
supaya dapat dicari akar umbi kegagalan orang Melayu bersaing dengan orang-orang lain.

Oleh kerana itu kajian terhadap sistem nilai dan tatasusila orang-orang Melayu ini merupakan
satu percubaan untuk mem buat diagnosis rawatan (penentuan penyakit). Kajian ini cuba
menunjukkan dengan tepat kesalahan-kesalahan asasi yang hams dibetulkan dan disesuaikan
supaya tindakan lain untuk memajukan orang Melayu mempunyai peluang yang lebih baik untuk
berjaya. Tidak ada gunanya menyuruh orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perniagaan
jika mereka tidak digalakkan dengan betul dan jika mereka tidak faham akan fungsi dan nilai
sistem kewangan. Selagi mereka berserah kepada takdir semata-mata tanpa berusaha maka
selama itulah orang Melayu luar bandar tidak akan berusaha sekuat-kuatnya untuk memelihara
hidup dan beroleh kejayaan.

Jelaslah bahawa sistem nilai dan tatasusila menentukan kejayaan atau kegagalan langkah-
langkah untuk membetulkan keadaan itu. Jika sistem nilai itu tidak betul maka langkah langkah
pembetulan tidak akan mendatangkan hasil ataupun hanya berhasil sedikit sahaja. Apabila sistem
nilai itu memberi dorongan, hanya sedikit sahaja langkah-langkah pembetulan yang diperlukan.
Analisa tentang sistem nilai orang Melayu ini jelas menunjukkan bahawa sistem nilai ini boleh
menghalang kemajuan dan daya saing orang Melayu dalam masyarakat ber bilang kaum.
Memang betul bahawa bukan semua nilai itu buruk. Iman yang teguh itu memanglah baik sebab
dengan sendirinya iman itu akan menjadi tenaga penggerak. Tidak ada sebab mengapa agama
Islam, jika ditafsirkan dengan betul, tidak dapat mencapai kesejahteraan rohaniah dan jugs
kemajuan kebendaan bagi orang Melayu.

Malahan feudalisme itu pun boleh mendatangkan faedah jika is memudahkan perubahan. Sebab
orang Melayu berke percayaan animisme menganut agama Hindu adalah kerana raja-raja mereka
menganut agama Hindu. Kemudian, apabila raja-raja mereka memeluk agama Islam, rakyat juga
turut memeluk agama Islam. Oleh itu raja-raja sekarang ini boleh melahirkan perubahan jika
mereka sendiri pun sanggup berubah. Perubahan yang begini akan menjalar dengan cepatnya.
Jika sekiranya ada tanda-tanda bahawa perubahan harus berlaku pada sistem nilai dan tatasusila,
maka dapatlah pemimpin-pemimpin membuka jalan dengan perasaan yakin bahawa mereka akan
diikuti oleh rakyat jelata. Dalam masyarakat feudal jika pemimpinnya gagal, maka tiadalah
harapan lagi bagi rakyat jelata.

Umumnya sistem nilai dan tatasusila orang Melayu menjadi halangan kepada kemajuan mereka.
Jika mereka mengakui hal ini dan jika mereka sedar bahawa perubahan perlu, maka ada lah
harapannya, sebab seperti dalam ilmu jiwa kejayaan mengasingkan punca penyakit dengan
sendirinya sudah merupakan sebahagian daripada rawatan. Bertolak dari itu, perancangan
mengubatinya adalah mudah sekali
10. Politik Perkauman dan Parti

Perasaan perkauman bukanlah perkara baru di Malaysia. Walaupun ada dakwaan yang hendak
menafikannya namun hakikat yang nyata ialah tidak ada satu pun parti politik di Malaysia yang
betul-betul bukan perkauman. Sebahagian besar orang-orang Malaysia barn menyedari betapa
meruncingnya masalah perkauman ini setelah berlangsungnya Pilihanraya tahun 1969. Di
Malaysia sekarang banyak janji manis dilafazkan terhadap konsep bukan perkauman dan lebih-
lebih lagi terhadap politik bukan perkauman. Parti perkauman yang boleh dijadikan contoh
utama ialah Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan juga parti-parti komponen dalam Perikatan.

Selain PAS yang terus terang bersifat perkauman, parti-parti lain, termasuk rakan-rakan
Perikatan mendakwa sebagai bukan perkauman. Meskipun mereka bersungguh-sungguh mem
bantahnya, namun semua parti politik bersifat perkauman di dalam kegiatan politik mereka.
Sesungguhnya, semakin bukan perkauman bentuknya maka semakin besarlah pula dorongan
perkaumannya. Satu-satunya perbezaan di antara parti-parti ini ialah pendekatan masing-masing
terhadap masalah perkauman. Satu kumpulan berpendapat bahawa perbezaan-perbezaan kaum
ada dan oleh itu berusaha untuk mengurangkan per bezaan ini seberapa yang mungkin supaya
suatu masyarakat yang adil dapat diwujudkan. Kumpulan yang lain pula ber pendapat bahawa
faktor perbezaan kaum patut diketepikan. Dalam suasana persamaan yang mendadak di antara
warga negara, politik mereka, bila dianalisa, menunjukkan perkauman yang melampau.

Kedua-dua golongan ini disokong oleh pengikut-pengikut yang jujur, yang lurus dan juga yang
betul-betul penipu. Oleh kerana mereka yang benar-benar jujur nampaknya tidaklah begitu besar
jumlahnya, maka tidak hairanlah kalau kedua-dua golongan ini saling curiga mencurigai. Maka
eloklah kalau kita bincangkan kedua-dua kumpulan ini.

Mula-mula elok diambil golongan yang `mengelakkan per-soalan (kaum) untuk sementara
waktu'. Penganjur-penganjur golongan ini cuba melupakan kaum dan terus berlagak seolah olah
perkara seperti itu tidak wujud. Mereka menunjuk kepada parti-parti politik yang terus terang
bersifat perkauman dan menuduh parti-parti itu sebagai cuba memelihara kesetiaan bangsa dan
rasa perkauman.

Namun begitu, apakah begitu mudah untuk melupakan bangsa? Apakah kaum-kaum di Malaysia
ini begitu istimewa hingga mereka dengan mudah dapat melupakan asal keturunan mereka,
padahal kita tahu bahawa di seluruh dunia bangsa atau kelompok etnik merupakan tenaga utama
force majeur baikpun dari segi politik dalam negeri mahupun politik luar negeri? Bukti-bukti
menunjukkan bahawa Malaysia tidak unik dalam hal ini. Sebenarnya penduduk Malaysia lebih
sedar akan kaum nya daripada kebanyakan penduduk lain, sebab penduduk Malaysia adalah
orang Asia, dan orang Asia di mana-mana juga begitu erat tali hubungannya dengan kaum
mereka lebih dari pada orang Eropah atau Afrika. Orang-orang kulit putih Amerika dan Australia
mungkin berasal dari kawasan-kawasan berlainan di Eropah tetapi mereka tidak menaruh
kebanggaan terhadap keturunan kaum mereka itu. Orang-orang Negro Amerika nyatalah datang
dari suku kaum Afrika yang berbezabeza tetapi tidak ada yang berbicara sebagai orang Watutsi
atau orang Zulu atau orang Kikuyu. Akan tetapi orang India Asia di Amerika berbeza daripada
orang Cina Asia di Amerika ataupun orang Filipina Amerika. Mereka itu bukanlah orang Asia.
Mereka adalah orang India, orang Cina dan orang Filipina. Mereka tidak dapat melupakan kaum
masing-masing kerana mereka benar-benar berbeza.

Di Malaysia ada tiga kaum utama yang hampir-hampir tidak mempunyai sebarang persamaan.
Firasat, bahasa, kebudayaan dan agama mereka berbeza. Di samping itu bagaimanakah sesuatu
kaum itu boleh melupakan kaumnya sendiri jika tiap tiap kaum itu terpisah secara fizikal dari
kaum yang lain? Se jumlah besar penduduk di Malaysia tidak pernah beramah tamah. Malahan
kebanyakan mereka tidak pula berjiran. Mereka tinggal terpisah dalam dunia yang berlainan —
orang Cina di bandar, orang Melayu di kampung, dan orang India di estet. Tiada sebarang sebab
yang membolehkan seseorang itu melupakan bangsanya. Jadi orang yang berkata "lupakan
bangsa" tentulah pandir atau penipu.

Jika warganegara dibeza-bezakan mengikut kaum maka tentulah terdapat kesetiaan terhadap
kaum. Kesetiaan kaum mesti lah melibatkan keistimewaan kaum sendiri dan menolak hak kaum-
kaum lain. Dalam keadaan seperti ini setiap ahli sesuatu kaum haruslah secara naluriah
dipengaruhi oleh pertimbangan pertimbangan untung dan rugi untuk dirinya sendiri. Ini ber
ertilah bahawa semakin banyak keistimewaan diberikan kepada sesuatu kaum, semakin besarlah
pula keuntungan yang di perolehi oleh setiap anggota kaum itu. Oleh kerana itu setiap anggota
haruslah berusaha untuk memperbaiki kedudukan kaumnya kerana dalam jangka masa yang
panjang dia juga akanberuntung. Jika hakikat kaum, kesetiaan kaum dan keis timewaan kaum ini
dapat difahami maka sikap terhadap per¬hubungan kaum di Malaysia akan lebih difahami.

Umumnya, orang yang terus terang menentang pendekatan politik bukan perkauman ialah orang
Melayu. Jika mengejar faedah untuk diri sendiri menjadi kuasa pendorong yang paling kuat bagi
kita semua, maka tentangan orang Melayu terhadap pendekatan bukan perkauman itu tentulah
kerana anggapan bahawa mereka akan rugi kelak. Apakah anggapan orang Melayu ini betul?
Terdapat bidang-bidang lain selain daripada bidang politik di mana pendekatan melalui kaum
disekat. Dalam perkhidmatan Kerajaan yang terbuka kepada semua kaum, orang Melayu
mendapati sukar mencari pekerjaan. Di universiti tempatan dan di luar negeri orang Melayu tidak
mendapat tempat untuk menyambung pelajaran mereka.

Mungkin orang boleh berkata kalau diri sendiri sudah tidak berguna mengapa pula harus menjadi
penghalang kepada orang lain? Masalahnya ialah apakah orang Melayu betul-betul tidak
berguna? Mereka memanglah tidak cekap kerana sebab-sebab nya ada kaitan dengan sistem nilai
dan latar belakang mereka. Kita tidak seharusnya merasa malu. Orang Cina di negeri Jepun sama
sahaja keadaan mereka dengan orang Melayu. Di negeri Jepun, orang Cina memangnya tidak
begitu cekap untuk ber saing dengan orang Jepun baik dalam bidang perniagaan atau dari segi
kemahiran. Walaupun orang Cina di seluruh Asia Tenggara telah menguasai ataupun sekurang-
kurangnya banyak sekali mempengaruhi keadaan setempat, tetapi orang Cina di negeri Jepun
mendapati diri mereka serba kekurangan apabila bersaingan dengan orang-orang Jepun.

Oleh kerana non-diskriminasi antara kaum dijangka akan lebih merugikan kepentingan orang
Melayu, maka orang Melayu terpaksa bergantung kepada sistem yang boleh mem berikan
mereka kuasa tawar menawar; oleh kerana itu mereka cenderung bergantung kepada perkauman
untuk memelihara diri mereka. Jika di dalam proses ini mereka juga menghalang kemajuan orang
lain maka perkara ini pun bukanlah luar biasa. Zaman di mana mereka yang kuat sahaja
mendapat tempat telah berlalu. Adat-adat resam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa juga
kini menekankan bahawa sememangnyalah menjadi hak mereka yang lemah untuk mendapat per
lindungan.

Apakah yang akan terjadi kepada dunia ini jika sekiranya negara-negara lemah tidak mempunyai
hak melindungi diri masing-masing dari negara-negara yang kuat? Kekuatan tidak seimbang
yang timbul kelak akan menyebabkan negara-negara yang kuat akan bertambah kuat manakala
negara-negara lemah akan semakin lemah. Tarif dan undang-undang lainnya menye lamat
negara-negara kecil daripada ditelan oleh negara-negara besar. Dengan pengertian lain, melalui
diskriminasi terbuka, negara-negara kecil dapat menyekat negara-negara besar daripada
mencapai kemajuan yang pada adatnya pasti dicapai oleh mereka. Tawar menawar yang selalu
berlaku di dalam per janjian-perjanjian tarif dan perniagaan, dan desakan yang ter lalu angkuh
bunyinya dari negara-negara kecil, supaya negara negara yang teguh kedudukan ekonominya
memberikan bantuan kepada mereka, merupakan manifestasi cara berfikir moden dalam
hubungan manusia. Undang-undang buruh dalam negeri di kebanyakan negara yang maju juga
mencerminkan prinsip yang sama. Jadi jika mereka yang cekap dan mampu sahaja harus berjaya,
mereka yang kaya dan berkuasa di dalam sesebuah negara akan mempunyai segala hak untuk
terus mengukuhkan kedudukan mereka. Akan tetapi perubahan nilai-nilai manusia secara
beransur-ansur menyebabkan sekatan dikenakan kepada orang orang yang lebih berada dan
kuasa baru diberikan kepada golongan yang lemah dan kurang berada di dalam masyarakat.
Undang-undang cukai pendapatan yang mempunyai ciri-ciri diskriminasi terhadap yang berada
juga mengikut prinsip yang sama. Semua langkah ini bertujuan untuk mewujudkan masyarakat
lebih adil. Orang tidak akan berkata bahawa langkah-langkah membentuk sebuah masyarakat
yang lebih adil itu salah. Begitu juga tidaldah salah bagi orang Melayu ber pegang kepada satu
sistem yang akan meningkatkan mereka agar sama kedudukan dengan bangsa-bangsa lain.
Semoga dengan cara demikian akan lahirlah sebuah masyarakat yang lebih adil.

Sebaliknya pula, setengah-setengah orang bukan Melayu melihat penghapusan politik


perkauman sebagai satu cara bagi mengukuhkan kedudukan kaum mereka sendiri. Jadi tentangan
mereka terhadap politik perkauman sebenarnya tidaldah men cerminkan sentimen anti-
perkauman mereka sendiri sebab penghapusan politik perkauman dan diskriminasi akan
menguntungkan mereka. Strateji mereka ini sangatlah nyata. Segelintir orang Melayu yang mahu
supaya politik perkauman dihapuskan ialah orang-orang yang pandir ataupun tidak dapat
menahan godaan tawaran jawatan-jawatan tinggi dalam parti parti politik yang kononnya
berpolitik bukan perkauman. Orang Melayu lainnya tidak mahu terpedaya (dengan dakwaan
mereka ini).

Apakah penganjur-penganjur politik kaum itu bersifat per kauman? Setengah-setengah mereka
itu memanglah begitu. Sementara yang lainnya menyatakan bahawa dengan memimpin pelbagai
kaum melalui peringkat-peringkat perlin dungan, sehingga kepada satu tahap apabila semua
sudah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, barulah akan wujud perpaduan kebangsaan.
Apabila perpaduan kebangsaan telah tercapai maka keperluan bagi politik kaum akan lesap.

Soalnya ialah sejauh manakah alasan mereka ini sah? Kaum kaum di Malaysia adalah berbeza.
Hakikat ini memang tidak dapat dinafikan. Akan tetapi perkara yang lebih penting ialah tiap-tiap
kaum itu mendakwa bahawa kaum-kaum lain lebih baik kedudukan mereka. Orang bukan
Melayu menimbulkan hak keistimewaan orang Melayu. Orang Melayu pula menim bulkan soal
kuasa ekonomi orang Cina. Sementara yang diperlu kan hanyalah coretan pena untuk
menghapuskan keisti mewaan orang-orang Melayu tinggal di tanah simpanan mereka; sebaliknya
cuma pembendungan diri sendiri secara menyeluruh oleh orang-orang Cina dalam jangka waktu
yang panjang sahaja yang boleh memecahkan kuasa ekonomi orang orang Cina. Nyatalah
bahawa tanpa monopoli ekonomi orang Cina dan hak keistimewaan orang Melayu, akan wujud
suatu masyarakat yang lebih adil. Suatu masyarakat yang adil akan menggalakkan integrasi
kaum. Jadi sudah tentulah jika kaum kaum ini telah bersatu padu maka bukan sahaja politik
kaum akan menjadi lapuk malahan parti-parti politik perkauman juga tidak akan mendapat
sokongan lagi.

Jadi soalnya sekarang ialah mana yang perlu diutamakan dahulu — apakah dengan
menghapuskan kaum, maka akan wujud persamaan dan integrasi, ataupun dengan mencapai per
samaan dan integrasi maka kesetiaan kaum akan hapus. Amat sukar hendak dipercayai bahawa
dengan menghapuskan kaum maka persamaan dan integrasi akan wujud dengan serta merta.
Persamaan haruslah ditegakkan dahulu sebelum kesetiaan kaum boleh hapus dan perpaduan
dapat dicapai.
Jika politik kaum dan parti-parti politik perkauman bertujuan untuk mencapai persamaan kaum,
maka tentulah mereka mem punyai tempat di dalam hal ehwal Malaysia.

Walaupun pada dasarnya bersifat perkauman, namun politik parti-parti yang membentuk
Perikatan nampaknya bertujuan mencapai persamaan kaum. Kelahiran parti-parti ini tidak
mengancam usaha-usaha ke arah perpaduan kebangsaan. Se baliknya, parti-parti yang konon
dikatakan parti bukan per kauman hanyalah merupakan muslihat bagi beberapa politik per
kauman yang sangat menjolok mata. Kegiatan parti-parti itu cenderung bersifat
memecahbelahkan dan tidak akan memberi kan sebarang sumbangan kepada kebaikan negara.
Parti-parti inilah yang menjadi punca pergaduhan kaum, kacau-bilau dan juga kemunduran
kebangsaan.

11. Malaysia dan Singapura

Pyramid Club di Singapura terkenal sebagai `Kumpulan Pemikir' di belakang Kerajaan PAP
(Parti Tindakan Rakyat). Kelab itu bukanlah seperti Rand Corporation sebab ahli-ahlinya sama
sekali bukanlah seperti para saintis bebas yang diharapkan oleh Kerajaan Amerika.
Sesungguhnya ahli-ahli Pyramid Club itu memang terlibat secara langsung dalam hal ehwal
harian Pemerintah Singapura. Walau bagaimanapun, tugas mereka adalah sama (seperti Rand
Corporation). Oleh itu sudah tentu lah pula ahli-ahli kelab ini terdiri daripada elit eksekutif dan
politik. Idea dan inisiatif mereka inilah yang membentuk dan menjadikan Singapura sebagai
mana keadaannya sekarang.

Dalam bulan Januari tahun 1969, saya telah diminta memberi ceramah kepada ahli-ahli Kelab ini
berkenaan dengan masa depan hubungan di antara Malaysia dan Singapura. Perjum paan tersebut
(ini bukanlah perjumpaan rasmi atau satu forum) telah dipengerusikan oleh Encik S. Rajaratnam,
Menteri Hal Ehwal Luar Singapura. Beberapa orang Menteri dan pegawai tinggi kerajaan yang
lain juga turut hadir.

Banyaklah perkara yang berlaku sejak perjumpaan itu. Kera jaan MAGERAN yang memerintah
Malaysia sekarang telah menjadi lebih nasionalis daripada Kerajaan Perikatan, dan nampaknya
tidaklah begitu dipengaruhi oleh hubungan khas dengan Singapura. Pada awal tahun 1970
nampaknya hubungan antara Singapura dan Malaysia mungkin terpisah lebih jauh dan bukannya
menjadi semakin dekat.

Saya telah mengambil kesimpulan bahawa masalah percantuman semula Singapura dan Malaysia
sudah tidak lagi menjadi satu perkara yang menarik golongan intelek Singapura. Perkara ini
penting sebab inilah tanda perubahan pada sikap dan peneri maan bahawa perpisahan itu adalah
suatu hakikat dan kekal pula. Di Malaysia perpisahan ini lama sudah diterima sebagai kekal.
Pada zahirnya, sekurang-kurangnya secara agak negatif, Malaysia nampaknya bersependapat
dengan Singapura.

Saya tidak nampak percantuman semula sebagai bentuk hubungan masa depan antara Singapura
dan Malaysia. Pertama saya tidak pernah menaruh minat terhadap kemasukan Singa pura
menjadi sebahagian daripada Malaysia. Setelah tinggal di Singapura selama enam tahun, saya
berpendapat bahawa gabu ngan penduduk Singapura dan penduduk Malaysia tidaklah akan
serasi. Jika percantuman semula tidak mungkin, maka hubungan antara Singapura dan Malaysia
adalah hubungan antara dua buah negara yang berdaulat. Hubungan di antara dua buah negara
yang berdaulat dipengaruhi oleh berbagai faktor — geografi, sejarah, ideologi, asal-usul
keturunan kaum dan bahasa serta juga berbagai faktor yang lain. Dalam analisa terakhir, perkara
yang penting ialah kehendak rakyat, sebagai mana yang disuarakan oleh para pemimpin yang
mereka pilih.

Cuba kita kaji sekurang-kurangnya beberapa faktor yang telah saya senaraikan itu secara
sistematik. Geografi sudah barang tentulah penting. Kita di Malaysia tidak begitu hiraukan
sangat tentang apa yang berlaku di Amerika Latin. Sebabnya nyata sekali. Perhatian kita makin
bertambah jika tempat itu semakin dekat dengan kita. Singapura, sebagai jiran yang dekat sangat
menarik minat kita. Bukan sahaja kerana dekatnya tetapi saiznya juga penting. Dari segi
geografi, saiz Singapura menjadi penentu.

Tatkala British memberitahu kita bahawa mereka ingin mele paskan peranan mereka di rantau ini
menjelang tahun 1971, Singapura berpendapat mereka akan memikul beban perta hanan mereka
sendiri. Di antara peralatan yang dibeli oleh Singapura ialah kapalterbang jet British. Jet jet ini
terbang dua kali Banda lebih pantas daripada laju bunyi — lebih kurang 22 batu seminit. Dengan
lain perkataan, jet ini hanya mengambil masa tidak sampai seminit untuk terbang melintasi
Singapura. Kelajuan ini tentulah menimbulkan beberapa masalah politik dan ketenteraan. Ini
bermakna bahawa apabila jet jet ini ber lepas menuju ke kawasan utara, ia dengan serta-merta
sudah berada di ruang angkasa Malaysia sebaik sahaja ia berlepas di udara. Sekarang ruang
udara tidak boleh dipermain-mainkan,apatah lagi apabila persefahaman tidak ada. Jika Malaysia
yang menjadi musuh, ia tidak akan membiarkan ruang angkasanya selalu dicerobohi oleh
Singapura. Umpamakanlah Singapura diserang oleh sebuah kuasa luar. Bom-born mungkin
sekali dilancarkan tatkala kapalterbang itu masih berada di ruang angkasa Malaysia. Ini
bermakna bahawa jika sekiranya Malaysia tidak bekerjasama maka jet Hunter ataupun peluru
ber-'pandu bumi ke-udara itu hampir tidak berguna. Jadi saiz Singapura itu sangatlah penting
dalam menentukan hubungan di antara Singapura dan Malaysia. Malahan soal saiz ini menjadi
lebih penting apabila soal pertahanan bersama terlibat.

Sebahagian besar pertumbuhan dan kepentingan Singapura berpunca dari kedudukannya yang
strategik dalam hubungan nya dengan Semenanjung Tanah Melayu. Singapura pernah dan masih
menjadi pelabuhan semulajadi bagi daerah pedalaman Semenanjung. Kalau seseorang itu
mencari pusat pengedar untuk keluaran Malaysia, tidak ada tempat lain yang lebih sesuai
daripada Singapura. Letaknya di persimpangan jalan laut Timur dan Barat, jalan laut Utara dan
Selatan. Ber dasarkan sebab yang sama Singapura merupakan tempat yang paling sesuai dari segi
ekonomi bagi kemasukan barang-barang untuk diedarkan ke seluruh Malaysia. Akan tetapi
bukanlah kedudukan Singapura itu sahaja yang menjadikannya penting bagi Semenanjung.
Tulang belakang Semenanjung yang bergunung-ganang itu menyebabkan jalan timur-barat
sangat sulit. Itulah sebabnya sistem jalan raya dan jalan keretapi Semenanjung dibina sebelah
menyebelah banjaran gunung tadi dan jalan jalan ini sudah barang tentu akan bertemu di Singa
pura. Faktor-faktor geografi menyebabkan Semenanjung ber gantung kepada Singapura untuk
tujuan perniagaan dan per dagangan. Pergantungan ini pula menyebabkan Singapura mendirikan
kemudahan-kemudahan kekal yang sangat banyak dengan menggaji ramai pekerja untuk
berkhidmat kepada keperluan-keperluan Malaysia. Kalau kemudahan-kemudahan ini tidak
digunakan maka ekonomi Singapura akan terjejas. Biladipertimbangkan, maka didapati bahawa
Singapura lebih memerlukan Malaysia daripada Malaysia memerlukan Singa¬pura. Namun,
masih terdapat juga saling bergantung di antara kedua belah pihak dan untuk sementara waktu
sekurang kurangnya persahabatan di antara kedua buah negara mengun tungkan kedua-duanya.

Hubungan yang tegang dalam tahun-tahun selepas Singapura merdeka menyebabkan Malaysia
memajukan Pelabuhan Kelang (Port Swettenham) sebagai pelabuhan utama Semenan jung
Malaysia. Kalau dahulunya jalanraya dibina mengikut bentuk topografi semulajadi negara ini,
tetapi sekarang yang menjadi halangan kepada pembinaan jalanraya ialah perun tukan wang.
Malaysia telahpun sibuk membina jalanraya dari Kuala Lumpur ikut jalan paling dekat ke
bandar-bandar utama di utara, timur dan selatan. Kuala Lumpur dihubungkan dengan Selat
Kelang Utara oleh Lebuhraya Persekutuan I. Apabila sistem jalan ini siap, maka Pelabuhan
Kelang akan menjadi pelabuhan yang terdekat bagi kebanyakan kawasan utara dan timur
Semenanjung. Hanya sebahagian kawasan selatan sahaja yang dekat dengan Singapura. Bagi
Malaysia, kedudukan geografi Singapura tidak akan kekal lama sebagai faktor utama. Jadi
penggunaan Singapura sebagai pelabuhan Malaysia tidak akan bergantung kepada faktor-faktor
geografi sebaliknya bergantung kepada dasar.

Sudah tentulah Singapura akan mencari jalan dan helah agar dirinya tidak begitu bergantung
kepada Malaysia bagi per tahanannya. Nampaknya usaha mengatasi faktor saiz geografi yang
terhad agak lebih sukar daripada menyelesaikan masalah masalah fizikal dalam pembinaan jalan.

Dari sudut sejarah, hubungan antara Tanah Melayu dan Singapura sudah diketahui umum.
Singapura menjadi milik Johor sehinggalah orang Inggeris, Sir Stamford Raffles, menabalkan
Sultan barn dan memperoleh konsesi yang diragu kan. Sultan tadi diketepikan apabila
kegunaannya tidak ber manfaat lagi. Sebab utama British mengambil alih Singapura ialah kerana
kelemahan negeri Johor. Tindakan itu tidak ber sangkut paut dengan undang-undang. Hakikat
bahawa seka tang persamaan pelajaran dan lain-lain. Jika perkara-perkara ini kena mengena lagi
sejarah Singapura dalam Tanah Melayu. Oleh itu tidak ada gunanya bercakap tentang hubungan
sejarah kedua-dua sistem kerajaan, tentang bahasa, pentadbiran, ten-tang persamaan pelajaran
dan lain-lan. Jika perkara-perkara ini penting untuk mempengaruhi hubungan antara negara-
negara, maka tentulah yang kononnya dikatakan Negara-negara Komanwel British itu akan
menjadi barisan bersatu yang kuat. Hakikatnya ialah bahawa sejarah dibuat oleh manusia dan
manusia yang membuat sejarah itu biasanya tidak berpandukan masa lampau, melainkan dipandu
oleh yang ada kaitannya dalam masa hidup mereka. Oleh kerana itu sejarah boleh dikete pikan
apabila kita membuat ramalan mengenai hubungan masa depan di antara Malaysia dan
Singapura. Perkara yang sama tidak dapat dikatakan mengenai ideologi. Ideologi dan sistem
kerajaan sekarang memainkan peranan yang besar, sama ada merapatkan atau merenggangkan
negaranegara berkenaan. Wujudnya beberapa blok negara sebahagian besarnya disebabkan oleh
ideologi dan sistem kerajaan. Malaysia dan Singapura tidak mempunyai ideologi — ataupun
dengan cara yang agak negatif dapatlah dikatakan bahawa ideologi kedua-dua buah negara ini
ialah wujud tanpa ideologi. Persa maan ini sangatlah penting. Jika Singapura menjadi
negarakomunis, dan kemungkinannya menjadi negara komunis masih belum hapus, maka
Singapura akan tidak sesuai lagi dengan Malaysia. Tetapi Singapura telah memutuskan untuk
meme lihara demokrasi berparlimen pada zahirnya. Singapura juga pragmatik dalam
pendekatannya terhadap berbagai masalah. Singapura juga dapat bertolak ansur. Dalam semua
perkara ini terdapat persamaan dengan Malaysia. Malaysia adalah negara demokrasi
berparlimen. Malaysia juga pragmatik dan dapat bertolak ansur.

Oleh kerana itu Malaysia dan Singapura boleh menjadi sahabat baik, rakan dalam perdagangan
dan mungkin juga sekutu dalam waktu perang dan waktu damai. Malangnya, ideologi dan sistem
kerajaan yang dapat mendekatkan negara negara yang terpisah dari segi fizikal, hilang kesannya
apabila negara-negara tersebut begitu dekat ataupun jiran sebelah menyebelah. Faktor-faktor lain
yang boleh menyekat per sefahaman bersama mengenai ideologi sering mencelah.

Di Malaysia dan Singapura, pengaruh bukan-ideologi dan persamaan sistem kerajaan diganggu
oleh faktor-faktor kaum dan personaliti yang timbul oleh sebab berhampiran. Singapura pada
dasarnya negara orang Cina mempunyai kaum-kaum minoriti, dan penduduknya mempunyai
hubungan kaum dengan penduduk di Malaysia. Sebaliknya, Malaysia adalah negara berbilang
kaum dan kerana itu Malaysia memandang Singapura, terutamanya, sebagai negara orang Cina,
sedangkan Singapura pula menuduh Malaysia sebagai negara orang Melayu.

Saya tidak akan membela pendirian Singapura ataupun pen dirian Malaysia. Tetapi sikap yang
diambil oleh kedua-dua negara akibat dari kepercayaan-kepercayaan ini tidaklah meng galakkan
hubungan yang baik. Saya berkata kepada Pyramid Club bahawa Singapura, kerana sakit hati
disebabkan per pisahan yang menghinakan itu, tidak pernah melepaskan peluang untuk
memperkecilkan Malaysia sebagai negara feudal, pemboros, tidak cekap dan dikuasai oleh
orang-orang yang tidak layak memerintah. Tema ini dimainkan sepanjang masa melalui akhbar,
radio dan TV dan di Semenanjung Malaysia pula saki baki penyokong PAP masih meneruskan
perbincangan yang menjadi punca perpisahan Singapura dan Malaysia. Sebagai tin dakan balas,
Malaysia seperti kebiasaannya cuba menimbulkan soal ketiadaan demokrasi tulen di Singapura,
sistem satu parti yang diamalkannya dan kuasa mutlak orang Cina di Singapura.

Selain daripada salah faham ini, terutamanya disebabkan oleh komposisi kaum, perhubungan
kedua-dua negara ini cukup rapat untuk para pemimpinnya kenal mengenal dengan baik.
Hubungan peribadi ini malahan lebih rapat disebabkan oleh persekutuan dahulu. Hubungan ini
tentunya dapat memberikan persefahaman yang lebih baik di antara pemimpin-pemimpin tadi,
tetapi pertelingkahan kepentingan segera menyebabkan kedua-dua pihak tidak dapat bersetuju
antara satu sama lain. Pertelingkahan kepentingan ini menjadi pertelingkahan peribadi yang
mempengaruhi cara berfikir pemimpin di kedua belah tambak Johor.

Pemerhati yang paling optimistik sekali pun tentunya meng anggap perhubungan di antara
Malaysia dan Singapura seka rang ini tegang. Nampaknya jika diingat kembali, Singapura tidak
faham akan makna perpisahan yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin mereka, ataupun
Singapura berharap menyertai Malaysia semula dalam waktu yang agak singkat. Sama ada ini
berbangkit kerana salah tanggapan ataupun sebagai harapan, tidak ada kesangsian bahawa
Singapura sebenarnya tidak mengkaji syarat-syarat perpisahan itu dengan teliti. Pemimpin-
pemimpin Singapura suka benar berkata bahawa mereka tidak pernah berbuat sesuatu tanpa
membuat perhitungan terlebih dahulu. Dalam soal pemisahan ini, nampaknya mereka tidak
membuat perhitungan ataupun membuatnya secara tidak cermat. Misalnya, soal penempatan
tentera di Singapura. Kemudian ada pula perjanjian meminta bantuan Malaysia jika sekiranya
berlaku kacau-bilau di Singapura. Sistem kewangan tidak akan berubah dan ada berpuluh-puluh
lagi perkara lain yang sangat penting tetapi Singapura sedikit pun tidak pula berusaha
menimbulkannya sebelum perpisahan dipersetujui.

Apabila Singapura cedar tentang implikasi dan betapa kekal nya perpisahan itu, maka pemimpin-
pemimpinnya pun berubah dan menukar haluan ke arah berkonfrontasi dengan Malaysia.
Perjanjian-perjanjian yang dipersetujui bersama telah ditolak oleh pihak Singapura tanpa
sebarang rundingan, dan penolakan ini dilakukan dengan cara yang hanya boleh dianggap
sebagai kasar dan provokatif. Memanglah benar bahawa kebanyakan syarat perjanjian yang telah
dipersetujui oleh Singapura pada waktu perpisahan itu dahulu menguntungkan Malaysia.
Benarlah pula bahawa syarat-syarat tersebut hampir tidak secocok dengan Singapura yang
merdeka lagi berdaulat. Benarlah bahawa syarat-syarat ini perlu dipinda pada suatu masa nanti.
Akan tetapi cara Singapura mengubah syarat-syarat yang telah dipersetujui adalah sedemikian
rupa hingga menyu karkan hubungan balk di antara kedua-dua negara bukan sahaja untuk masa
kini tetapi juga untuk sekian lama di masa hadapan.

Seolah-olah memutar-balikkan persetujuan-persetujuan ini masih belum cukup, Singapura


menggubal-reka lebih banyak tindakan yang provokatif. Dengan demikian semakin sukarlah bagi
Malaysia untuk memahami alasan-alasan kepada tindakan tindakan Singapura itu. Salah satu
keputusan yang tidak difikir kan semasak-masaknya ialah langkah menghantar balik orang orang
Malaysia yang bekerja di Singapura. Apabila kita mengingatkan bahawa Singapura adalah
negara yang sentiasa memperhitungkan sesuatu dengan teliti, maka amat sukar hendak
memahami keputusan begini.

Namun begitu, Singapura tidak menunjukkan keinginan untuk mengurang dan menghentikan
tindakannya itu. Suatu contoh umum ialah peristiwa Syarikat Penerbangan Malaysia-Singapura.
Kita akui bahawa menurut susunan sekarang kebanyakan daripada keuntungan yang diperolehi
oleh sistem penerbang dwi-negara ini disebabkan oleh lalulintas udara Singapura. Tetapi
haruslah diingat bahawa untung syarikat penerbangan itu bukan sahaja timbul daripada dividen
yang di bayarnya, tetapi juga dari aliran pertukaran asing dan juga pekerjaan yang diwujudkan.
Tanpa sebarang keraguan sedikit pun faedah-faedah ini lebih besar kepada Singapura daripada
sahamnya dalam syarikat penerbangan itu ataupun keuntungan yang dibawa oleh Singapura.
Namun begitu Singapura enggan memberi peluang pekerjaan walaupun kepada sejumlah kecil
orang Malaysia. Permit-permit kerja untuk pekerja-pekerja baru ditahan dan syarat bagi orang-
orang Malaysia yang sudah bekerja di Singapura telah menjadi lebih sukar. Perkara yang berlaku
kepada Syarikat Penerbangan Malaysia-Singapura boleh juga berlaku kepada lain-lain perjanjian
bersama antara Singapura dan Malaysia.
Bagaimanakah pula dengan masa depan? Apakah bentuk hubungan yang akan berkembang pada
masa depan? Semuanya bergantung kepada para pemimpin.

Pada masa ini Eropah lebih homogen daripada yang pernah kita fikirkan, semata-mata kerana
kebanyakan pemimpinnya memikirkan mengenai masa depan negara mereka, bukannya
memikirkan masa yang lampau. Dalam konteks ini, Asia adalah kira-kira tiga puluh tahun
ketinggalan di belakang Eropah. Kita sekarang sedang melalui satu fasa nasionalisme sempit
yang menjadi ciri Eropah dalam tahun-tahun antara Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia
Kedua. Konsep kerjasama serantau masih lagi di peringkat awal. Seperti Eropah dalam tahun-
tahun tiga-puluhan, negara-negara Asia masih sibuk mengatur ran cangan untuk mencapai
kedudukan yang lebih superior dari segi strategi daripada jiran-jirannya. Ini seringkali dilakukan
dengan pertolongan rakan-rakan di benua lain. Bezanya hanya lah kita tidak mempunyai
keupayaan untuk melakukan tindakan-tindakan yang betul-betul agresif. Kita gemar dengan
tindakan-tindakan yang menggelikan hati seperti membuat undang-undang untuk
menggabungkan daerah-daerah jiran, walaupun kita tahu benar bahawa kita tidak mempunyai
alat untuk menguatkuasakan undang-undang itu.

Nasionalisme sempit yang merupakan suatu ciri di Asia seka rang juga telah mempengaruhi cara
berfikir pemimpin pemimpin Malaysia dan Singapura. Dengan itu satu-satunya hubungan yang
mungkin wujud di antara kedua-dua pihak ialah konfrontasi yang boleh memusnahkan. Menteri
Luar Singapura misalnya, berpendapat bahawa di sebalik nasionalisme yang wujud ini ialah
nasionalisme yang lebih hebat lagi. Menteri Luar ini tidak sedikitpun memikirkan tentang dunia
yang bersatu padu yang dicita-citakan, ataupun sekurang-kurangnya dunia yang hidup bersama,
malahan berfikir tentang persefahaman serantau pun tidak. Cara berfikir seperti ini oleh seorang
Men teri Luar negara yang menjadi anggota organisasi serantau boleh menyebabkan harapan
untuk bekerjasama semakin tipis. Nasionalisme sempit ini nampaknya suatu fasa yang sementara
dan pemimpin-pemimpin baru dengan pandangan yang lebih luas akhirnya akan menggantikan
mereka. Bagaimanapun, harapan bagi perubahan ini amat tipis untuk beberapa lama lagi.

Sebahagian besar daripada perdagangan Malaysia adalah melalui Singapura. Tambahan pula,
tidak terbilang banyaknya firma-firma yang beribu pejabat di Singapura, dan ini meng akibatkan
penumpuan wang dan perbelanjaan di Singapura. Se kurang-kurangnya sebuah syarikat minyak
mempunyai kilang penapisnya di Singapura sedangkan hasilnya dijual di Malaysia. Misalan yang
paling klasik ialah MSA. Semua perolehan asing daripada perusahaan dwi-negara ini mengalir
ke Singapura. Bolehlah dikatakan bahawa Malaysia bergantung kepada Singa¬pura untuk
kegiatan perdagangannya seperti juga Indonesia nampaknya bergantung kepada Singapura. Bagi
Malaysia soalnya bukanlah kerana kekurangan keupayaan tetapi semata mata untuk kemudahan
sementara. Apabila sahaja perkhid matan yang dijual oleh Singapura sudah terlalu mahal dan
tidak secocok dengan kemerdekaan Malaysia, maka Malaysia akan membangunkan kemudahan-
kemudahannya sendiri.

Malaysia mungkin tidak akan menuntut agar sebahagian dari pada warganegaranya hendaklah
diberi pekerjaan di Singapura, tetapi Malaysia sudah pastilah tidak dapat membiarkan penekanan
terhadap warganegaranya. Di camping itu, lebih ramai orang Singapura yang bekerja di Malaysia
daripada orang Malaysia yang bekerja di Singapura. Pendapatan orang Singapura di Malaysia
lebih besar daripada pendapatan orang Malaysia di Singapura, oleh kerana orang Malaysia di
sana bekerja sebagai buruh dan lain-lain pekerjaan yang bergaji randah. Singapura tentu sedar
akan segala hal ini kerana is dipimpim oleh pemimpin-pemimpin yang bijak — namun begitu,
Singapura telah membuat keputusan untuk bertindak dengan cara-cara yang tidak sepatutnya.
Misalnya, peristiwa `Operasi Pertukaran' telah membuktikan sikap ini. Kita tentunya menyangka
bahawa Singapura akan berhenti mengganggu orang-orang Malaysia dan Kerajaan Malaysia
tetapi sebagaimana yang ditunjukkan oleh peristiwa MSA, Singapura bermaksud menggunakan
semua peluang yang ada padanya. Ada bidang-bidang lain lagi yang mana Singapura
menunjukkan sikapnya yang tidak mahu bekerjasama, malahan sangat provokatif.

Mengingatkan sikap Singapura ini, Malaysia telah membuat persediaannya yang akan
menyebabkan Singapura kehilangan kedudukan sebagai rakan perdagangan yang penting dan
mungkin juga sebagai pangkalan pertahanan yang strategik. Persediaan-persediaan ini banyak
sekali menelan belanja dan melibatkan berjuta-juta ringgit, mencari rakan-rakan perda gangan
yang baru di seberang laut dan membina bangunan bangunan dan peralatan-peralatan yang lebih
kekal. Apabila siap, semua persediaan dan alat ini perlu dijaga dan digunakan dengan
sepenuhnya. Adalah agak mustahil bahawa persaha batan dengan Singapura di masa-masa
hadapan akan menye¬babkan Malaysia tidak akan menggunakan pelabuhan sendiri, sistem
pertahanan sendiri dan hubungan perdagangan luar negeri sendiri semata-mata untuk
mengembalikan semula keadaan yang wujud sekarang.

Andainya Singapura penting bagi Malaysia dari segi perdagangan dan strategi, maka hubungan
di antara Singapura dan Malaysia patut bergantung sepenuhnya kepada politik kedua dua negara
tersebut. Singapura adalah sebuah pulau dalam berbagai segi. Dalam gugusan kepulauan Melayu,
Singapura menonjol di tengah-tengah. Kemajuan dan kemakmuran Singapura terpaksa
bergantung kepada jirannya bahkan kepada kerugian yang akan dialami oleh jirannya. Unsur-
unsur irihati dan cemburu terhadap Singapura tentulah ada. Berdasarkan kepada pertalian kaum,
cuma Malaysia sahaja yang dapat diharapkan oleh Singapura untuk menjadi sahabat yang tulen.
Satu-satunya sebab kenapa hubungan di antara Singapura dan Malaysia tidak menjadi lebih
tegang daripada sekarang ini ialah kerana orang Cina di Malaysia ingin memelihara hubungan
yang baik dengan Singapura.

Orang Cina di Malaysia memang faham betapa perlunya mereka bekerjasama dengan kaum-
kaum lain di Malaysia. Usaha-usaha Singapura untuk melemahkan pengaruh orang orang Cina
ini dengan membangkitkan perasaan chauvinis Cina, yang hanya boleh hidup subur di Singapura,
akan menyebabkan kemarahan di kalangan orang Cina di Malaysia. Jika orang-orang Cina di
Malaysia memutuskan bahawa persahabatan dengan Singapura mungkin akan merugikan
Malaysia, yang tidak bergantung kepada Singapura dari segi perniagaan, maka usaha mereka
untuk mengekalkan hubungan dengan Singapura tidak akan luput. Sebaliknya pula, jika
Singapura menghentikan usaha menimbulkan gambaran yang tidak baik tentang Malaysia, maka
kemungkinan hubungan per sahabatan masa depan adalah agak baik. Sama ada hubungan
persahabatan tanpa bergantung kepada perdagangan menyenangkan Singapura atau tidak itu
adalah soal lain pula. Nyatalah bahawa apa jua yang akan terjadi terhadap perhubungan Malaysia
dan Singapura amat bergantung kepada sikap dan tindakan Singapura.

Anda mungkin juga menyukai