Anda di halaman 1dari 3

Minda Madani Online

Isu Dan Cabaran Dakwah Di Kalangan Golongan Homoseksual

Haslinda Abdullah.Ph.D, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)


Jawatankuasa Sekretariat Pembangunan Sosial (SEPSO) ABIM

Pengenalan
Cabaran abad ke 21 merupakan perkara utama yang harus ditangani oleh masyarakat Malaysia dewasa ini. Berhadapan
dengan ledakan teknologi maklumat serta segala rencam cara hidup yang diaplikasikan oleh masyarakat negara ini, kita
turut terdedah kepada penyakit-penyakit sosial dan mental yang di bawa oleh masyarakat maju. Pemikiran yang telah
mula disejagatkan ini lebih berlandaskan korpus yang diambil dari masyarakat Barat. Perkara ini tidak boleh dinafikan
lagi oleh kerana merekalah peneraju kepada segala perkembangan teknologi yang digunakan di sini. Tanpa kita sedari,
penghomogenan yang berlaku turut mempengaruhi gaya seks dikalangan masyarakat Malaysia.
Akhir-akhir ini kes berkaitan salahlaku seksual semakin membimbangkan. Bermula dengan lambakan golongan lembut
di IPT, percubaan menghalalkan hubungan sejenis, dan yang terkini melibatkan pembunuhan akibat dari hubungan cinta
tiga segi dikalangan sesama jenis. Sebagai contoh apa yang terjadi kebelakangan ini dimana kaum sejenis secara
terang-terangan mengistiharkan perkahwinan mereka di Sarawak dan dibuat secara besar-besaran dan pasangan
sejenis Melayu Islam secara terang-terangan bersama ke mahkamah untuk mendengar penghakiman terhadap mereka
menunjukkan kepincangn tentang pemahaman fungsi seks itu sendiri dan kepentingannya untuk masa depan bangsa!

Isu golongan homoseksual


Situasi serta suasana songsang ini harus dijelaskan kepada masyarakat. Walaupun fenomena ini semakin diterima
pakai di Barat, sebagai orang Asia jatidiri serta maruah bangsa Malaysia harus dikekal dan diperjuangkan secara habis-
habisan. Jangan sekali-kali dibiarkan ianya terungkai dek arus zaman. Pandangan-pandangan yang terlalu cetek serta
kurang kritis merupakan antara faktor penyebab kepada tingkah laku serong ini.
Respon disebuah akhbar tempatan (Utusan Malaysia, 2006) berkenaan penukaran jantina yang diambil dari profesional
perubatan di New York menampilkan pandangan yang lebih memihak kepada golongan minoriti yang semakin mendapat
tempat di Malaysia kini. Sokongan secara tidak langsung yang diberi oleh laporan tersebut menyebabkan mereka yang
merasakan diri mereka 'terperangkap' mendapat pengiktirafan seperti yang diharap-harapkan.
Perlu ditekankan di sini terdapat perbezaan diantara gay dan juga ‘nyah’ atau pun transsexual. Gay
merupakan kaum lelaki yang berorientasikan seks dengan kaum sejenis manakala transsexual pula terdiri dari mereka
yang merasakan bahawa diri mereka terperangkap dalam jantina yang berbeza dan mereka mahu menukar jantina
mereka kepada jantina yang dirasakan lebih sesuai. Tingkah laku penyimpangan seks ini terdapat pada semua budaya
(Mat Saat Baki,1987).
Bagi masyarakat barat, gay bukanlah sesuatu tingkah laku yang bilazim, malah beberapa negara barat seperti Holland
dan Britian telahpun mengiktiraf kedudukan kaum ini. Ianya semakin ketara apabila kajian mendapati 50% rakyat
Amerika menyatakan bahawa tingkah laku homoseksual adalah sesuatu yang tabii dan bukannya pilihan hidup mereka.
Namun begitu, budaya masyarakat Asia amnya dan Malaysia khasnya adalah berbeza, individu yang mengamalkan
aktiviti seksual yang menyongsang dianggap sebagai mereka yang tidak mempunyai identiti serta tidak bermoral.
Masyarakat Malaysia, tidak kira bangsa memang terkenal penuh dengan adab serta budaya mereka yang tinggi nilainya
serta dikagumi ramai. Namun begitu kerakusan untuk bersaing dengan negara-negara maju serta konsep langit terbuka
yang diamalkan secara aktif telah mula menampakkan impaknya dimana kehalusan budi serta adab sopan budaya
masyarakat kita telah mula terungkai.
Masyarakat kita semakin terdedah dengan maklumat-maklumat songsang yang mengugat kepercayaan serta pegangan
mereka. Apa yang lebih menakutkan ialah, serangan halus masyarakat Barat ini bukan sahaja telah berjaya meragukan
masyarakat Malaysia akan kepentingan agama serta budaya malah mereka kini telahpun mempertikaikan akan
kepentingan kedua-dua elemen itu tadi seterusnya memperjuangkan akan hak mereka sebagai kaum minoriti. Jika dinilai
secara kritis akan orientasi seksual masyarakat Malaysia masa kini ternyata ianya berada pada tahap yang
membimbangkan. Pendedahan yang cukup meluas sama ada di internet, majalah-majalah tempatan dan antarabangsa
menyebabkan generasi muda yang masih mentah akan asam garam kehidupan menjadi mangsa.
Dalam konteks apa yang berlaku di Malaysia dewasa ini, perasaan yang terbentuk di dalam jiwa golongan minoriti ini
merupakan apa yang mereka bina sejak kecil lagi. Persekitaran di mana mereka dibesarkan, didikan yang diterima,
pendedahan yang diperolehi kesemuanya menyumbang kepada perasaan yang dikatakan sudah ada sejak dilahirkan
lagi. Ianya bukanlah hadir bersama-sama genetik XY ataupun terkandung dalam mana-mana gen yang dipunyai oleh
manusia. Ini amat berbeza dengan mereka yang dilahirkan sebagai hunsa (Lim, 1994). Berdasarkan kajian penulis,
kewujudan perasaan ini sememangnya dibina dan mendapat sokongan dari persekitaran dan suasana di mana golongan
ini dibesarkan.
Dari segi kajian, didapati terdapat dua jenis hubungan yang dialami oleh kaum ini, iaitu hubungan jangkamasa pendek
dan juga hubungan untuk selama-lamanya (Nieto, 1996). Berbanding lesbian, kaum gay lebih suka menjalankan
hubungan dengan ramai teman dan kurang komited terhadap perhubungan tersebut. Ini mungkin kerana mereka lebih
terangsang untuk melakukan hubungan badan berbanding memberikan komitmen terhadap pasangan mereka (Brannon,
2004).
Kesedaran serta fahaman agama yang jelas sama ada dari segi teori mahupun praktik harus menjadi tunjang dalam
merombak apa-apa tindakan untuk menyelesaikan isu ini. Pendekatan bersepadu dari semua pihak, pendidikan yang
menyeluruh, penglibatan ibu-bapa dan keluarga merupakan paksi utama dalam menjamin apa-apa program yang
dilaksanakan berjalan seperti yang di harap-harapkan. Berlandaskan konsep bersepadu ini suatu pendekatan yang
http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 14 June, 2009, 22:52
Minda Madani Online

dapat melibatkan semua pihak merupakan pendekatan terbaik yang perlu dilaksanakan.

Cabaran Dakwah
Dalam menangani permasalahan ini kaedah yang holistik bentuknya perlu dirangka bagi menjamin kesan yang
maksimum. Ibu-bapa, pihak berwajib, guru, media elektronok, media massa dan juga jawatankuasa masyarakat
kesemuanya harus diberi kesedaran tentang bahayanya gejala sosial ini serta perlunya pendidikan seks di sekolah
difahami secara betul menurut norma-norma masyarakat dan juga agama serta diaplikasi secara menyeluruh. Dalam
konteks ini, penulis berpendapat isu pendidikan seks di sekolah tidak perlu dipolitikkan tetapi difahami dan
diketengahkan secara telus dan jujur oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan maklumat disalurkan secara
teratur dan tepat. Kecelaruan yang sebegini serta fahaman yang terpesong berkenaan fungsi sebagai lelaki serta emosi
yang bertentangan menjadikan isu pendidikan seks di sekolah harus dikaji serta disantuni dengan berhemah.

Peringkat Individu
Secara individu, golongan yang rata-rata terjebak ke kancah hitam ini bermula seawal usia remaja. Golongan ini
sebenarnya terdiri dari mereka yang telah hilang jatidiri dan terpengaruh dengan cara hidup yang berlandaskan
kebendaan semata-mata sehinggakan mereka tanpa segan silu memperdagangkan masa depan mereka. Golongan ini
juga mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh dan mereka ini bertopengkan gerakan human right. Penulis
berpendapat sekiranya dibenarkan setiap individu di muka bumi ini menurut emosi masing-masing tidak kira ke arah
mana emosi tersebut ditujukan walau apapun anutan agama serta budaya mereka, sudah pasti kestabilan dan
keharmonian yang sedia ada akan tergugat. Sekurang-kurangnya matlamat 70 juta penduduk Malaysia akan terjejas.
Mereka yang terbawa-bawa dengan arus yang di bawa melalui proses persejagatan ini telah mula lupa akan bumi yang
mereka pijak serta langit sebenar yang dijunjung. Golongan mahasiswa merupakan antara mereka yang turut sama
terlibat dalam dunia baru ini. Temuramah penulis dengan beberapa orang pelajar institusi pengajian tinggi mendapati
fahaman yang tipis berkenaan akidah serta kurang faham akan agama yang dianuti menyebabkan mereka dengan
mudah melibatkan diri dengan aktiviti seksual dengan golongan sejenis.
Bagi pelajar-pelajar lelaki institusi pengajian tinggi ini, pendedahan yang keterlaluan dengan bahan-bahan phonografi
sama ada dari video, cd, majalah serta internet mendorong mereka untuk melakukan perkara yang sama. Pada mereka
melakukan hubungan jenis sesama mereka tidak perlu melibatkan tanggungjawab yang berat berbeza sekiranya mereka
menjalinkan hubungan dengan kaum wanita.
Justeru itu, golongan ini harus didekati untuk memahami punca sebenar penglibatan mereka. Golongan ini boleh
dilibatkan dengan aktiviti yang bersifat interaktif dimana ilmu agama serta aktiviti sosial boleh digabung jalinkan untuk
menarik minat mereka.
Peringkat Keluarga
Bagi golongan ini, tekanan perasaan yang dialami biasanya berlaku apabila golongan ini cuba menjiwai watak yang
dirasakan sepatutnya dilakonkan oleh mereka di muka bumi ini tetapi tidak dapat di terima oleh masyarakat.
Kebanyakkan mereka yang terlibat dalam masalah sosial ini merupakan mereka yang mempunyai sejarah hidup yang
penuh dengan konflik ataupun pernah melalui sejarah hitam seperti diliwat sewaktu kecil (Haslinda, 2000). Keluarga
sebagai unit yang paling hampir merupakan tonggak utama dalam mengawal serta mendidik anak-anak telah mula
mengabaikan tanggung jawab mereka akibat terikut-ikut akan arus pemodenan yang lebih menekankan material
berbanding spiritual individu.
Keadaan ini sekiranya dibiarkan berterusan serta mendapat dokongan ramai akhirnya akan memusnahkan bangsa dan
merugikan negara. Pengajaran yang berkesan, jujur dan jelas perlu diberikan kepada anak-anak muda kita agar mereka
tidak berterusan keliru akan identiti serta fungsi mereka dimuka bumi ini. Pendedahan berbentuk negatif yang terlalu
meluas berkenaan isu ini juga harus dihentikan kerana ianya hanya membuka mata kepada mereka yang masih suci
pemikirannya untuk mencuba dan membina perasaan yang belum lagi wujud dalam diri mereka.
Peranan keluarga terutama ibu-bapa serta saudara mara terdekat amat memberikan kesan positif dalam menangani isu
ini. Walau bagaimanapun ianya perlu dilakukan sejak dari awal lagi agar tidak timbulnya ruang-ruang yang
memungkinkan anak remaja kita mengarah kepada suasana songsang tersebut. Selain dari pantauan yang dilakukan
dirumah, tingkah laku anak-anak kita sewaktu di luar harus diselusuri secara berterusan dan efektif. Ianya harus
dilakukan secara penuh hikmah kerana mereka juga tidak mahu merasakan bahawa mereka sentiasa diperhatikan.
Pergaulan diantara saudara-mara sama ada sepupu, bapa saudara dan sebagainya harus ditinjau dan diselangi dengan
nasihat ini kerana beberapa kes yang dihadapkan kepada penulis membabitkan saudara-mara terdekat. Remaja
ataupun kanak-kanak yang pernah didedahkan dengan kehidupan songsang ini akan mula mempersoalkan identiti
seksual mereka lebih-lebih lagi apabila kerap kali dijadikan mangsa. Bertitik tolak dari kejadian-kejadian ini maka lahirlah
golongan-golongan minoriti yang hilang jatidiri kelelakian ataupun keperempuanan mereka dan mula mempersoalkan
akan perasaan yang dialami, penerimaan masyarakat sekitar terhadap kewujudan mereka serta tubuh badan yang
dirasakan tidak selari dengan emosi serta nafsu seksual mereka. Dalam konteks ini, pendidikan seks yang berteraskan
melahirkan masyarakat madani dan syumul amat diperlukan demi untuk membaik pulih persepsi songsang yang mula
mengakar umbi dalam diri mereka dan ibubapalah orang yang paling layak untuk memberikan mereka pendidikan awal
ini. Berkebun, perkhemahan keluarga serta mendaki gunung bersama seperti yang dilakukan oleh seorang pensyarah
institusi pengajian tinggi awam merupakan antara program yang boleh dijadikan aktiviti keluarga yang diselitkan ilmu
pemantapan diri dari segi spiritual.

Peringkat Masyarakat/NGO
Masalah seksual serta kecelaruan identiti diri boleh diibaratkan seperti api dalam sekam, sekiranya ia tidak di tangani
http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 14 June, 2009, 22:52
Minda Madani Online

secara konsisten dan proaktif, lama kelamaan ianya akan merosakkan bangsa dan memusnahkan negara. Dalam
menangani kemelut sosial yang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Malaysia ini, penulis merasakan
semua pihak harus duduk semeja berbincang akan cara positif serta praktikal yang mampu ditangani secara kolektif. Ini
kerana perbincangan kosong di media mahupun diperingkat tertinggi hanya akan menyebabkan golongan ini terus
hanyut dalam dunia ciptaan mereka sendiri dan golongan muda yang sedia ada semakin bercelaru akan identiti diri serta
peranan sebenar mereka.
Fungsi masyarakat sebagai pihak yang bertanggung jawab memantau serta mewujudkan suasana kondusif perlu
dilaksanakan secara berkesan Ini kerana persekitaran yang positif akan membantu golongan ini untuk kembali kealam
nyata. Untuk melaksanakan cadangan ini pihak NGO merupakan kumpulan penting yang perlu sama-sama menjayakan
usaha murni ini. Di antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak NGO seperti ABIM adalah mendekati golongan
muda dengan program yang dapat membentuk jatidiri serta pemikiran yang kritis dikalangan remaja.

Pendekatan psikospiritual
Dalam membincangkan kaedah yang berkesan untuk memantau tingkah laku golongan gay di Malaysia, penulis
mencadangkan gabungan dua elemen utama didalam diri manusia untuk di ketengahkan. Penumpuan kepada dua
elemen ini iaitu psikologi serta spiritual diri mampu untuk memupuk nilai murni yang berkekalan bagi menjamin
perubahan sikap yang positif.

Apabila membicarakan isu psikospiritual, definisi yang di gunapakai ialah pemikiran dan perasaan yang terdapat dalam
diri manusia yang dilandasi oleh nilai-nilai agama dan diterjemahkan melalui perlakuan manusia (Haslinda dan Zaid,
2007). Gabungan dimensi psyche dan spiritual dalam membentuk satu perimbangan dalam diri manusia yang dizahirkan
melalui perlakuan ini merupakan tunggak utama dalam merubah tingkah laku manusia dan dalam konteks ini tingkah
laku pemuda harapan bangsa. Contoh nilai-nilai psikospiritual yang boleh diketengahkan dan diterapkan ialah
:ihsan,jujur,amanah,ikhlas dan adil. Konsep-konsep asas ini perlu dicernakan didalam setiap individu Pada hemah
penulis, dalam membentuk generasi baru yang mampan dan berkualiti perlu ada pemuda yang berjiwa tenang lagi
menenangkan.

Pembudayaan sikap dan sistem nilai ini perlu disemai sejak mereka diperingkat pra-sekolah lagi. Usaha murni ini
memerlukan tiga penggerak utama; pendidik, kanak-kanak dan ibu-bapa, disamping bantuan serta sokongan penuh dari
pihak berwajib dan masyarakat sekitar. Penerapan nilai-nilai etika di dalam kehidupan harian kepada kanak-kanak pra
sekolah, remaja dan belia akhirnya akan melahirkan pemuda yang mampu menzahirkan nilai-nilai murni yang positif lagi
dinamik. Pemuda yang mempunyai sistem yang harmoni dari segi rohani serta jasmani secara tidak langsung akan
mempamerkan corak tingkah laku sosial yang lebih berkualiti serta berhemah.

Kesimpulan
Perlu di tegaskan di sini bahawa masalah yang berteraskan seksual ini harus diperhalusi dan dipantau dengan penuh
hikmah, jujur dan ikhlas oleh semua pihak yang berkaitan bagi menjanjikan impak yang positif. Ini kerana sepertimana
pepatah melayu lama 'Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat', sekiranya tiada kata sepakat dicapai
maka matlamat serta visi untuk mencapai negara maju yang terbilang, gemilang dan cermelang akan terkubur begitu
saja.

Rujukan:

- Brannon, L. (2004). Gender:Psychological Perspectives. 4th edition. Boston: Allyn and Bacon.
-
- Mat Saat Baki. (1987). Mak Nyah dari sudut Psikologi. Kertas kerja dalam seminar Mak Nyah, Universiti Malaya.
Kuala Lumpur. 24-25 Oktober 1987
-

-
- Nieto, N.S. (1997). Who is the male homosexual? A computer-mediated exploratory
- study of gay male bulletin board system (BBS) users in New York City. Journal of Homosexuality. Vol 30 (4): 97-124.
-

-
- Haslinda, A. (2000). Lelaki Lembut : Satu Kajian Kes. Kajian Ilmiah yang belum diterbitkan UKM.
- Haslinda, A dan Zaid, A. (2007). Dimensi Psiko-Spiritual Dalam Melahirkan Modal Insan
- Yang Cemerlang: Cabaran dan Prospek. Kertas kerja dibentangkan di KLCC : Modal Insan Bersepadu Teras Bangsa
Terbilang. 2-3 Febuari 2007
-

http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 14 June, 2009, 22:52

Anda mungkin juga menyukai