Anda di halaman 1dari 2

Adakah Artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan terhadap cara anda berfikir tentang perkara

yang dibangkitkan dalam artikel tersebut?


Pada pendapat saya, jurnal ini cuba menyedarkan semua tentang penyebaran budaya transeksual
dalam media sosial yang semakin pesat. Hal ini telah memberi kesan cara pemikiran saya terhadap
budaya transeksual. Menurut penulis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan
anggota masyarakat gay dan transgender dalam kalangan umat Islam di Malaysia meningkat sejak
beberapa tahun yang lalu. Sebagai contoh, Sajat yang merupakan seorang businessman sudah pun
terjebak dengan transgender menarik ramai follower instagram beliau mengikuti budaya transeksual.
Hal ini demikian, disebabkan beliau berpengaruh besar memiliki perusahaan, maka ramai rakyat
malaysia telah menyokong budaya ini secara tidak langsung. Mereka yang memilih serta terjebak
dalam budaya ini dengan jelasnya telah melakukan sesuatu yang tidak normal serta tidak
menghormati institusi keluarga, agama dan aspek moral. Jika dilihat dari perspektif yang lebih besar,
budaya ini merosakkan sistem sosial dan keluarga. Menurut penulis lagi, Kajian oleh Gates pada 2011
mendapati populasi transeksual di serata dunia semakin meningkat dan faktor utama yang
mempengaruhi gejala transeksual ialah ibu bapa (Berita Harian, 2018). Seterusnya, kanak-kanak yang
dijadikan anak angkat oleh pasangan transeksual akan lebih cenderung untuk menjadi transeksual juga
apabila meningkat dewasa. Hal ini mengubah pemikiran saya terhadap gaya hidup transgender,
terdapat di antara mereka adalah disebabkan dari proses pembelajaran sewaktu kecil. Budaya
songsang ini bukan lahir daripada kehendak normal, tetapi dibudayakan melalui cara hidup songsang
yang jauh terpesong daripada sistem kemanusiaan sejagat. Maka, penulis menyeru ibubapa memberi
nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan secara serius. Selain itu, penulis juga mengatakan masyarakat di
sekeliling juga memainkan peranan penting dalam menegur perbuatan budaya transeksual secara
tertib dan sopan santun. Hal ini pula menyedarkan saya bahawa pada zaman sekarang masyarakat
banyak melontarkan ayat-ayat negatif secara kasar di media sosial, maka hal ini bukan sahaja tidak
membantu menasihati mereka malah budaya transgender ini menjadi semakin berani dalam
menyebarkan aktiviti yang tidak baik.
Penutup

Kajian ini menyimpulkan media sosial sangat berpengaruh dalam menyebarkan maklumat yang
membantu golongan transeksual membina identiti diri dan berpenampilan seperti yang diingini,
walaupun ianya bercanggah dengan budaya dan nilai tempatan. Media telah menjadi agen yang
membenarkan, menjual serta mempromosi pelbagai budaya baru kepada masyarakat. Keterbukaan
industri penyiaran dan hiburan, majalah dan internet yang kerap menyiarkan maklumat tentang
sesuatu gaya hidup yang tidak sesuai dengan norma sosial dan budaya tempatan, seperti gaya hidup
transeksual, boleh mempopularkan budaya tersebut sehingga menjadi perkara biasa pada mata
masyarakat. Teknologi maklumat dan komunikasi masa kini telah memperluaskan medan maklumat
sesuatu idea dan budaya baru, menjadikan penduduk di sesebuah negara tidak terasing daripada
pengetahuan tentang sesuatu idea atau budaya yang diterima pakai oleh masyarakat dan budaya lain.
Dengan itu kajian ini telah menyumbang kepada pengetahuan tentang kepentingan media dalam
sebaran ruangan budaya, pembinaan identiti dan gaya hidup golongan transeksual di Malaysia. Kajian
ini dapat digunakan untuk membantu pihak perancang sosial dan kemasyarakatan mengenalpasti
masalah yang boleh dikesan daripada sebaran sesuatu budaya oleh media, seterusnya mengadakan
langkah perlu untuk membendung penyebaran gaya hidup transeksual di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai