Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN SEMASA

Selasa
11 Jun 2019

 Berjumpa dengan Guru Penolong Kanan 1, Pn Siti Selyna untuk sesi melapor diri
sebelum Guru Besar tiba di sekolah.
 Berjumpa dengan Guru Besar, Tn Hj Ali bin Ishak bagi sesi melapor diri dan
pemakluman berkaitan dengan kehadiran ke sekolah sebagai guru praktikal selama 3
bulan.
 Guru Besar membawa kami untuk sesi suai kenal bersama-sama guru di Bilik Guru 1.
 Bertemu Pn Ruziah selaku GPK Pendidikan Khas bagi sesi suai kenal dan melihat
bangunan dan kelas pendidikan khas.
 Sesi suai kenal bersama guru-guru pendidikan khas, pembantu pengurusan murid
(PPM) serta murid-murid di kelas Pendidikan Khas.
 Pn Ruziah membawa kami untuk melihat kelas-kelas dan penerangan tentang latar
belakang murid di dalam setiap kelas sebagai satu langkah untuk mendekati murid
dengan lebih rapat.
 Berjumpa dengan Guru Penolong Kanan HEM, Pn Salbiah untuk memaklumkan
kehadiran kami selama 3 bulan sebagai guru praktikal.
 Berjumpa dengan guru-guru di Pusat Sumber iaitu Hamizah, Pn Hanisah dan buat Pn
Hamidah sebagai sesi suai kenal.
LAPORAN SEMASA

Rabu
12 Jun 2019

 Berjumpa dengan En Abd Rahman iaitu pembantu operasi untuk mendapatkan buku
kehadiran guru praktikum setibanyan di sekolah.
 Sesi suai kenal dengan Pn Wan Nur Azizah dan Pn Alauwiyah semasa tiba di Bilik
Guru 1.
 Berjumpa dengan Pn Siti Norlizah bagi mendapatkan maklumat tentang sekolah dan
murid Tahun 3 Cemerlang bagi sesi penerangan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 3.
 Pn Siti Norlizah membawa dan memperkenalkan kami kepada murid 3 Cemerlang
sebagai guru praktikal selama 3 bulan dan akan mengajar subjek Bahasa Melayu.
 Berjumpa dengan Pn Izyan Mardhiah selaku guru pembimbing mata pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT) untuk mendapatkan maklumat awal tentang kelas yang
akan diajar nanti.
 Menjalankan aktiviti bersama-sama murid Pendidikan Khas sebelum waktu
persekolahan tamat.
LAPORAN SEMASA

Khamis
13 Jun 2018

 Mengikuti aktiviti kokurikulum bersama murid Pendidikan Khas bagi menjalankan


aktiviti sukan dan permaianan di ruang terapi PPKI.
 Menjalankan beberapa aktiviti terapi psikomotor kepada murid yang masih lagi lemah
untuk menggenngam dan memegang dengan urutan dan aktiviti menggenggam
secara berulang kali.
 Berbincang dengan guru pembimbing Pendidikan Khas iaitu Pn Erdaryni bagi
mengurus dan menyusun jadual waktu di kelas Pendidikan Khas.
 Pn Erdaryni menerangkan secara terperinci tentang tahap penguasaan setiap murid
di dalam kelas sebagai sesi awal perbincangan dalam membantu kami untuk bersedia
menerima murid yang akan kami ajar.
 Menguruskan Majlis Perpisahan Encik Zakaria selaku guru di Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) sebelum majlis bermula.
 Menghias papan bagi menjemput dan mengalukan kedatangan pihak pentadbir, guru-
guru PPKI serta yang diraikan En Zakaria bin Che Pa.
 Mengawal tingkah laku murid Pendidikan Khas sepanjang majlis berlangsung.
 Membantu mengemas tempat selepas majlis selesai dan sesi beramah mesra
bersama guru Pendidikan Khas turut berjalan serentak.
 Menghadiri Mesyuarat Pengurusan Sekolah bagi sesi 2/2019 bersama-sama guru
yang lain di Bilik Mesyuarat dan membincangkan program-program yang akan
berlangsung sepanjang sesi persekolahan penggal 2.
LAPORAN SEMASA

Jumaat
14 Jun 2019

 Bacaan Yaasin bermula di Dewan SKL dan semua murid perlu berkumpul di dewan
sebelum jam 7.30 pagi.
 Setelah selesai bacaan Yaasin, Majlis Perpisahan En Zakaria, guru Pendidikan Khas
yang berpindah ke SK Kubu dan akan dinaikkan jawatan sebagai Guru Penolong
Kanan Kokurikulum bermula di dewan.
 Sesi salam-bersalaman murid dan staf bersama En Zakaria seusai majlis tamat.
 Membawa murid Pendidikan Khas ke kantin untuk makan pada waktu rehat yang telah
ditetapkan.
 Berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Siti Fatimah untuk
memaklumkan tentang kehadiran kami dan berbincang tentang jawatan kami untuk
Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan yang akan kami ikuti
sepanjang tempoh kami berpraktikum.
 Berbincang dengan Pn Siti Fatimah tentang Hari Terbuka untuk merancang aktiviti-
aktiviti yang dapat kami bantu bersama-sama.
 Berjumpa dengan Pn Ruziah dan Pn Erdariny untuk mendapatkan RPT dan DSKP
untuk kelas yang berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai