Anda di halaman 1dari 13

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran: Reka Bentuk dan Teknologi

Tajuk: Menyediakan Sajian

Tarikh: 9 April 2018

Masa: 9.40 pagi-10.40 pagi

Tahun: 5 Delima

Bilangan murid: 15 murid

Fokus:

i. Standard Kandungan
6.2 Menyediakan sajian
ii. Standard Pembelajaran
6.2.5 Menyedia, memasak dan menghidang sajian.
6.2.6 Membersihkan alatan dan ruang memasak.

Hasil pembelajaran:

Murid-murid akan dapat:

a) Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan, berdasarkan menu


yang telah dipilh.
b) Murid memasak dan menghidangkan sarapan atau minum

Isi pelajaran: 1. Nama-nama alatan.

- Kuali
- Sudip
- Pinggan
- Sudu
- Mangkuk
- Pisau
- Papan Pemotong

2. Fungsi alatan

- Kuali- menggoreng roti


- Sudip- membalik roti di dalam kuali
- Pinggan- meletkkan roti bagi hiasan

1
- Garfu- memukul telur sehingga kembang
- Mangkuk- meletakkan telur
- Pisau- membuang kulit roti
- Papan Pemotong- mengalas roti semasa proses memotong

Kemahiran

1. Menyediakan bahan-bahan masakan.

2. Memasak dan menghidang sajian pilihan.

Pengetahuan Sedia Ada:

1. Murid telah mempelajari tentang sanitasi penyediaan makanan

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran:

i) Kepingan ‘puzzle’
ii) Kuali
iii) Sudip
iv) Pinggan
v) Sudu
vi) Mangkuk
vii) Pisau
viii) Papan Pemotong

Nilai murni: 1. Bekerjasama

2. Bersungguh-sungguh

3. Tekun

4. Berhati-hati

Elemen Merentas Kurikulum

EK2:

1. Berorientasikan pencapaian, murid tahu matlamamt dan tindakan.

2. Boleh menyiapkan tugasan dalam masa yang diberi.

3. Berkeupayaan memimpin.

Kreativiti dan Inovatif:

1. Penjanaan idea dan membuat kesimpulan.

2
Kajian Masa Depan:

1. Murid dapat menyediakan satu menu hidangan sarapan yang lengkap.

Kemahiran Berfikir:

1. Murid dapat menentukan menu makanan yang sesuai untuk sarapan.

Langkah-langkah keselamatan:

1. Murid diingatkan untuk tidak mengambil peralatan selain yang dikeluarkan oleh
guru.
2. Murid diingatkan untuk menggunakan peralatan semasa memasak dengan betul
dan berhati-hati.

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Pembelajaran
Set Induksi Mencantumkan kepingan 1. Murid dibahagikan Strategi
(± 5 minit) ‘puzzle’ bagi membentuk mengikut kumpulan. -Berpusatkan murid
sekeping gambar. 2. Setiap kumpulan diberikan
kepingan ‘puzzle’. Kaedah
3. Murid mencantum -Inkuiri penemuan
kepingan puzzle tersebut
dan menampal di atas BBB/SPP
sehelai kertas. -Kepingan ‘puzzle’
Roti bakar
4. Murid meneka menu -Kertas A4
hidangan sarapan pagi
berdasarkan cantuman
gambar kepingan ‘puzzle’
yang lengkap.
5. Guru menghubungkait
dengan isi pelajaran pada
Bubur ayam hari ini.

3
Roti pizza

Sandwic

Foldover ayam

Langkah 1 Memilih menu sarapan yang 1. Murid dibahagikan kepada Strategi


(± 6 minit) sesuai. tiga kumpulan. -Berpusatkan murid
2. Murid diberi menu ‘roti
sosej’ sebagai menu yang Nilai
perlu disediakan untuk -Bekerjasama
hidangan sarapan.
3. Murid diminta untuk
berbincang sesama ahli
Roti
kumpulan bagi
memvariasikan menu yang
diberikan oleh guru.
4. Murid dibimbing oleh guru
untuk menambahbaik dari
segi persembahan
makanan dan bahan-
Sosej
bahan dalam
menyediakan menu yang
telah diberikan.

4
Kepingan keju

Telur

Langkah 2 Demonstrasi 1. Murid melihat guru Strategi


(± 15 minit) menyediakan menu roti -Berpusatkan guru
gulung sosej dengan betul.
2. Seorang murid untuk Kaedah
membantu guru dalam -Demonstrasi
menggulung roti dan
mencelup roti ke dalam Nilai
1. Sosej yang telah dicuci
telur. -Bersungguh-
3. Murid melihat guru sungguh
menunjukkan cara
memanaskan kuali dan BBB/SPP
cara memasukkan roti - Kuali
yang dicelup telur ke -Sudip
dalam kuali yang sudah -Pinggan
2. Roti yang telah dibuang
panas. -Sudu
kulit dan dicanai
4. Murid mendengar dan -Mangkuk
melihat demonstrasi yang -Pisau
dilakukan oleh guru -Papan Pemotong
tentang cara penyediaan
roti gulung sosej.
5. Seorang murid diuji untuk
menggoreng roti sehingga
3. Telur yang telah dipukul
masak.

5
4. Serbuk roti ditabur ke
dalam dulang

5. Roti yang disalut dengan


serbuk roti.

6. Roti digoreng di dalam


kuali dengan
menggunakan kaedah
minyak penuh.

7. Roti yang telah siap


dipotong dua dan
dihidangkan.

6
Langkah 3 Menyediakan roti gulung sosej 1. Murid menjalankan kerja Strategi
(± 20 minit) menyediakan menu -Berpusatkan murid
sarapan secara
berkumpulan. Kaedah
2. Guru memantau amali -Main peranan
yang dilakukan oleh murid.
3. Murid mendengar tentang BBB/SPP
nasihat dan tips yang - Kuali
berkaitan semasa -Sudip
menyediakan menu roti -Pinggan
gulung sosej. -Sudu
4. Guru melakukan tunjuk -Mangkuk
cara dan murid -Pisau
melaksanakan bersama. -Papan Pemotong

Nilai
-Bekerjasama
-Cermat
-Bersungguh-
sungguh
- Tekun

Langkah 4 Penilaian 1. Murid dikehendaki Strategi


(± 9 minit) memberhentikan segala -Berpusatkan murid
aktiviti memasak.
2. Murid diminta untuk Kaedah
memulakan aktiviti -Inkuiri penemuan
menghidang.

Contoh hidangan 1 3. Murid perlu menghidang Nilai


menu menggunakan -Bekerjasama
peralatan yang sesuai -Cermat
mengikut hiasan yang
tersendiri. BBB/SPP
4. Murid akan dinilai oleh - Kuali
guru dari segi -Sudip
Contoh hidangan 2 -Pinggan

7
persembahan makanan di -Sudu
dalam pinggan. -Mangkuk
5. Murid yang mendapat -Pisau
markah yang tinggi akan -Papan Pemotong
diberi tepukan oleh rakan-
rakan sebagai peneguhan
positif.
Contoh hidangan 3

Penutup Penutup 1. Guru merumuskan isi Strategi


(± 5 minit) pelajaran pada hari ini. -Berpusatkan guru

8
Di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran, KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3 sudah termaktub bahawa Rancangan Pelajaran
Harian (RPH) merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan
kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran
Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan
oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang
tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan
memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kepentingan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) adalah untuk menentukan serta memastikan objektif pengajaran
dan pembelajaran tercapai (Zahirah & Wahida, 2016). Selain itu, RPH berfungsi untuk
meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar di samping mengelak sebarang
penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan. Bukan itu sahaja,
RPH akan menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan,
menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang
bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan
dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah disiapkan, terdapat


banyak perkara yang saya pelajari dan terdapat beberapa aspek yang perlu ditambahbaik dan
diperbaiki dalam memberi isi pengajaran kepada murid pada masa akan datang. Sebagai
contoh, bagi sekolah yang terletak di luar bandar, kemudahan dan peralatan murid untuk
menjalankan aktiviti yang perlu dibuat mungkin tidak mencukupi dan peruntukan yang
disediakan juga terdapat sebarang masalah (Husaina et. al, 2015). Kadang kala, pihak
sekolah tidak mempunyai jumlah peralatan yang mencukupi bagi setiap, maka guru perlu
memikirkan satu jalan keluar supaya murid boleh belajar dengan selsa dan mendapat
pengalaman dalam menggunakan peralatan yang dipelajari sama ada di bengkel, di bilik
masakan mahupuun di bilik jahitan. Oleh itu, jalan penyelesaian dan inisiatif sepenuhnya
adalah daripada guru perlu digunakan dengan sepenuhnya supaya murid dapat belajar dalam
keadaan selesa dan mampu mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan
kondusif dan efektif (Sabrina & Abreza, 2007).

Bagi RPH yang telah dibina ini, saya berpendapat bahawa aktiviti yang dijalankan
semasa PdP berlangsung boleh menerapkan unsur jual beli selepas sesi PdP tamat. Maka,
murid akan bertungkus lumus dalam menyediakan hidangan untuk dijual kepada kawan-
kawannya yang lain. Secara tidak langsung, aktiviti jual beli ini akan menambahkan idea-idea
bernas kepada murid (Parilah Shah, 2018). Antaranya ialah murid dapat berfikir untuk
mempek makanan menggunakan plastic yang lutsinar supaya pihak pelanggan akan lebih

9
tertarik untuk membeli kerana peragaan yang ditampilkan dilihat begiitu menarik. Bukan itu
sahaja, aktiviti jual beli ini akan menjadikan murid cekap dalam mengurus wang dan juga
operasi tambah dan tolak dalam mengendalikan wang masuk dan wang keluar. Secara tidak
langsung, berlakunya elemen merentasi kurikulum iaitu mata pelajaran Matematik diselitkan
ke dalam sesi PdP bagi mata pelajaran Reka Bentuk & Teknologi (RBT). Maka berlakunya
pengaplikasian Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) dalam sesi PdP murid. Ini amat bertepatan
dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia di mana penerapan PAK21 perlulah
dijalankan semasa sei PdP berlangsung pada setiap kali guru masuk ke kelas.

Seterusnya, RPH yang telah dibina ini juga mempunyai beberapa kelemahan yang
perlu dibaiki. Antaranya ialah, waktu yang diperuntukkan dan aktiviti yang dijalankan semasa
proses PdP berlangsung. Guru perlulah merancang RPH yang berseuaian dengan kemahiran
murid dan juga objektif yang perlu dicapai dalam sesi PdP tersebut sebelum masuk ke kelas.
Di samping itu, kawalan kelas perlulah dijaga supaya proses PdP berjalan dengan lancar dan
tiada sebarang gangguan yang berlaku di dalam kelas. Hasilnya, murid akan lebih fokus
semasa membuat aktiviti yang ditetapkan oleh guru. Bukan itu sahaja, guru perlulah
menambah baik kualiti pengajaran untuk hari-hari berikutnya supaya prestasi murid dapat
dibaiki dari semasa ke semasa. Cara yang boleh dilakukan adalah dengan membuat senarai
semak bagi mengurangkan masalah tingkah laku murid di dalam kelas. Sehubungan dengan
itu, token ekonomi boleh diterapkan dalam sistem peraturan murid di dalam kelas supaya
kualiti sahsiah murid ditambah baik dari sehari ke sehari. Token ekonomi ini juga merupakan
sebagai satu peneguhan positif dan juga rangsangan daripada guru supaya murid dapat
mengekalkan tingkah laku yang baik semasa belajar di dalam kelas (Aini & Hafizah, 2015).

Di samping itu, antara peluang yang boleh dikenal pasti dalam kelas ialah minat murid
terhadap aktiviti yang dijalankan. Di dalam RPH saya, saya menjalankan aktiviti memasak
dan menjual hasil masakan kepada orang lain. Semasa proses penyediaan menu hidangan
dan proses jual beli ini juga dapat diterapkan nilai keberanian dalam diri murid. Secara tidak
langsung kemahiran sosial murid dapat dikembangkan kerana mereka akan bergerak kerja
dalam sepasukan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Hal ini akan melibatkan
proses berkomunikasi antara satu sama lain supaya kerja-kerja yang perlu disiapkan dapat
dijalankan dengan sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, guru juga boleh mengenal pasti yang
murid yang tidak biasa membuat kerja-kerja di dapur. Dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh
murid ini, sedikit sebanyak dapat memberikan pengalam kepada murid untuk menggunakan
pisau dengan betul, mengetahui cara cara untuk membailkkan roti di dalam kuali, mengetahui
keadaan minyak sudah mencapai suhu yang sesuai untuk memulakan kerja-kerja
menggoreng dan sebagainya. Dalam aktiviti ini juga akan membentuk murid untuk
bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan supaya dia merasakan bahawa kerja-kerja

10
dilakukan perlulah sempurna dan disediakan dalam keadaan yang baik bagi memupuk sifat
sentiasa kemas dan bersih dalam memasak semasa mereka berada di rumah.

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam merancang RPH ini ialah harga
barang yang mahal dan memerlukan pengeluaran wang daripada pihak guru sendiri
memandangkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri tidak membenarkan sama seklai untuk
mengutip duit daripada murid. Maka, cabaran bagi guru untuk mengumpul dan mencari dana
bagi menjalankan aktiviti PdP dengan efektif kepada murid. Salah satu cara yang boleh
digunakan adalah dengan guru memohon duit SUWA bagi menjalankan aktiviti murid. Duit ini
merupakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dan perlu digunakan dengan sebaik-
baiknya supaya pelaburan yang dilakukan akan memberi hasil kepada pencapaian akademik
murid (Afizi, 2014).

Akhir sekali, guru memainkan peranan yang penting dalam merancang, menentukan
dan menjalankan aktiviti di dalam kelas bersama murid. Hal ini kerana, guru merupakana
model kepada murid kerana setiap gerak geri dan tindak tanduk guru akan diperhati dan
dicontohi oleh murid. Maka besarlah tanggungjawab guru dalam mendidik dan mencorakkan
peribadi murid untuk menggilap kemahiran dan keistimewaan yang ada murid dan ia menjadi
salah satu aspek yang dapat membantu murid dalam menonjolkan kelebihan yang dimilik dan
dapat dikongsi bersama kawan-kawan yang lain di sekolah kelak (Muhsein Sulaiman, 2014)

11
BIBLIOGRAFI

Noor Aini Ahmad & Norhafizah Abu Hanifah (2015). Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan

Khas Apabila Mengurus Tingkah Laku Murid Bermasalah Pembelajaran. Faculty of


Education and Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
35900 Perak, Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 30, 73–
88, 2015.

Husaina Banu Kenayathulla, Ranjeetham Subramaniam & Muhammad Faizal A. Ghani

(2015). Pengurusan Kewangan Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Di Kuala


Kangsar, Perak: Satu Kajian Kes. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Oktober 2015, Bil.
2, Isu 4.

Abdul Muhsien Sulaiman (2014). Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Pembentukan

Akhlak Murid Dari Aspek Hubungan Guru-Murid Berasaskan Abu Talib Al-Makki.
Institut Pengajian Siswazah Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Parilah Hj Mohd Shah (2018). Pengajaran inovatif dan Pemikiran Kreatif dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Bahasa. Jabatan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Fakulti


Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sarimah Binti Ismail & Abreza Binti Atan (2007). Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah

Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal Dan Vokasional Di Fakulti Pendidikan


UTM. Universiti Teknologi Malaysia.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan

Pembelajaran. KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3). 9 Mac 1999.

Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad & Noraziah Ali (2015). Faktor Budaya Dan

Persekitaran Dalam Prestasi Pendidikan Anak Orang Asli Malaysia: Kajian Kes Di
Kelantan. Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. GEOGRAFIA OnlineTM
Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122) 107 © 2014, ISSN
2180-2491.

Zaharah Che Isa & Nurulwahida Hj Azid@Aziz (2016). Pembinaan Dan Penilaian Rancangan

Pengajaran Harian (Rph) Berasaskan Lapan Prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek


(Pbl) Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu: Kajian Di Malaysia.

12
Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 1011-1022 ISSN. 2548-6160 International Seminar
on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016,
Universiti Utara Malaysia, Malaysia. Available online:
http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs. Article DOI:
http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.644

13

Anda mungkin juga menyukai