Anda di halaman 1dari 3

KARNIVAL PENDIDIKAN RI 4.

0 2019

LAPORAN PERTANDINGAN MEWARNA BAGI MURID AUTISME

Pada 15 Oktober 2019, sempena Karnival Pendidikan RI 4.0 2019, pihak Jabatan Pendidikan
Khas telah menjalankan satu pertandingan mewarna bagi murid autisme. Pertandingan ini
terbuka kepada semua murid autisme yang berada sekolah rendah di sekitar daerah Melaka
Tengah. Pertandingan ini telah disertai sebanyak lima buah sekolah dan sebanyak 9 orang
peserta yang telah menyertai pertandingan ini. Berikut merupakan maklumat yang lebih
terperinci bagi pertandingan mewarna yang dijalankan:

Tarikh: 15 Oktober 2019

Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi

Tempat: Bilik Snoozelan IPGKPM

Bilangan peserta: 9 orang

Sekolah yang terlibat:

i) SK Alai
ii) SK Bukit Beruang
iii) SK Kg Tun Razak
iv) SK Paya Rumput
v) SK Gangsa

Murid-murid diberi masa selama 1 jam 30 minit untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan. Pihak Jabatan Pendidikan Khas telah menyediakan helaian kertas mewarna dan
papan pelapik. Bekalan pensel warna perlu disediakan oleh pihak sekolah masing-masing.
Selain itu, murid-murid bebas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam Bilik
Snoozelen tersebut. Setelah murid-murid mewarna gambar yang diberikan, kesemua helaian
kertas mewarna akan dikutip dan dikumpulkan. Sebelum itu, setiap helaian kertas akan
dimasukkan ke dalam satu plastik supaya ia akan lebih kemas dan mudah dinilai oleh para
juri. Kesemua para juri merupakan pensyarah-pensyarah dari Jabatan Seni & Visual.

Setelah diteliti satu persatu kertas tersebut, para juri telah bersepakat untuk memilih
adik Muhammad Aqeef dari SK Alai sebagai johan. Bagi tempat kedua dan tempat ketiga
dimilik oleh SK Paya Rumput iaitu adik Muhammad Khalish dan adik Nor Hakeem Amsyar.
Bagi murid-murid yang lain telah diberikan hadiah saguhati sebagai satu tanda penghargaan
atas usaha yang diberikan dalam pertandingan mewarna. Sesi penyampaian hadiah
disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Khas iaitu Pn Khadijah binti Amat.
Pertandingan mewarna ini berakhir pada pukul 11.30 pagi.
Sepanjang program berlangsung

Gambar 1: Peserta telah Gambar 2: Peserta mula


bersedia dengan pensel mewarna apabila
warna masing-masing. pertandingan dimulakan.

Gambar 3: Peserta dari SK Gambar 4: Peserta membawa


Paya Rumput. peralatan yang diperlukan dari
sekolah masing-masing.

Gambar 5: Peserta mula Gambar 6: Peserta tunggal


mewarna tanpa bantuan guru. dari SK Bukit Beruang.
Sesi penyampaian hadiah

Gambar 1: Hadiah saguhati Gambar 2: Hadiah tempat


disampaikan kepada murid ketiga disampaikan kepada
SK Bukit Beruang. adik Muhammad Khalish.

Gambar 3: Hadiah tempat Gambar 4: Hadiah johan


kedua disampaikan kepada pertandingan mewarna
murid dari SK Paya Rumput. disampaikan kepada SK Alai.

Gambar 5: Kesemua peserta Gambar 6: Hasil yang telah


diberikan hadiah penyertaan ditunjukkan oleh para peserta
dalam pertandingan mewarna. dalam pertandingan mewarna.

Anda mungkin juga menyukai