Anda di halaman 1dari 5

BIL PERKARA CATATAN

Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil


tempat tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-
tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan
terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang dihormati Tuan sheikh


mohamad name bin ahmad, pegawai agama daerah
baling.
Hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan


LAGU Lagu asma ul husna, lagu Negaraku dan lagu negeri
NEGARAKU kedah
*************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang dihormati tuan sheikh muhamad name bin


ahmad, pegawai agama daerah
balinb……………………………………………..

Yang Berusaha tn. Hj ismail zawawi bin ahmad kemeri,


pengetua sekolah menengah agama an najah.

Yang berbahagia, En. Mohamad isa bin salleh, Yang


Dipertua PIBG sma an najah,

Yang dihormati, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


Puan rosmaini binti omar.

Guru Penolong Kanan HEM, pn jamilah binti abd rani,

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Mohd norzi


bin mat saman
Guru Penolong Kanan tingkatan 6, en mohd mahyuddin
bin mat ali

AJK PIBG sma an najah, barisan Guru-guru,


setersunya tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan
minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal
dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan
ini bagi mengisi satu agenda penting sekolah iaitu
MESYUARAT AGUNG PIBG Sma an najah.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput
dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz wan mohd zamani
bin mad isa untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Mohd


wan zamani atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-
mudahan majlis yang berlangsung akan terus terpancar
keberkatan dari Ilahi.

Warga dewan yang dimuliakan,


Ucapan
pengetua Majlis dimulakan dengan menjemput Yang Berusaha
tn hj ismail zawawi bin ahmad kemeri,pengetua Sekolah
menengah agama an najah untuk menyampaikan
ucapan alu aluan. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada tn pengetua
atas kesudian menyampaikan ucapan sbentar tadi.
Ucapan Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,
NYDP majlis menjemput dan mempersilakan en mohd isa bin
salleh ydp pibg sma an najah untuk menyampaikan
bingkisan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan YDP*************

Seuntai ucapan Terima kasih diucapkan kepada en


mohd isa bin salleh atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat


berbesar hati menjemput tuan sheikh muhammad naem
bin ahmad pegawai agama daerah
baling………………………………………………………….
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG Sma an
najah . Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan

**********Ucapan *******************

Seangkasa ucapan terima kasih diucapkan kepada


tuan sheikh Muhammad naem bin ahmad atas ucapan
perasmian sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,


Cenderahati Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa
jawatankuasa PIBG sma an najah , majlis berbesar hati menjemput
PIBG- tuan sheikh Muhammad naem bin ahmad, pegawai
Perasmi agama daerah baling diiringi oleh tn pengetua, tn hj
ismail zawawi bin ahmad kemeri untuk menyampaikan
cenderahati dan sijil penghargaan. Dengan penuh
takzim, Dipersilakan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

AJK IBU BAPA

1.
2.
3.
4.

AJK GURU:
1.
2.
3.
4.
Dijemput tuan sheikh Muhammad naem bin ahmad
untuk mencabut nombor cabutan bertuah.dipersilakan.

Seterusnya dijemput tuan pengetua untuk


menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada
tuan sheikh Muhammad naem bin ahmad. dipersilakan
Hadirin sekalian,
Penutup Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan Sma an najah,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada tuan
sheikh Muhammad naem bin ahmad atas kesudian
beliau meluangkan masa pada hari ini untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sma an najah..
Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru yang
turut mengosongkan jadual tuan tuan dan puan puan
untuk sama-sam hadir ke majlis kita pada hari ini
Dijemput tuan pengetua untuk mengiringi tuan sheikh
muhamad naem bin ahmad untuk menikmati sedikit jamuan
di bilik jamuan. dipersilakan
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh…..

MESYUARAT Seterusnya, kami serahkan kepada


PIBG 2018 ……………………………….. untuk meneruskan agenda
Mesyuarat Agung PIBG sma an najah bagi tahun 2018
Selamat bersidang
Jamuan
Ringan

Anda mungkin juga menyukai