Anda di halaman 1dari 5

ANALISIS DATA

 Membuat
inferens
 Berkomunikasi
 Memerhati
 Mengawal
pembolehubah
 Mentafsir
maklumat
 Menganalisis

Litar A: Litar Bersiri

Perintang (Ω) Arus (A) Beza Keupayaan (V)


20 0.18 1.9
30 0.18 2.5
40 0.18 3.1
50 0.18 3.7
60 0.18 4.3
70 0.18 5.0
Litar B: Litar Selari

Perintang (Ω) Arus (A) Beza Keupayaan (V)


20 0.44 3.8
30 0.37 3.8
40 0.28 3.8
50 0.19 3.8
60 0.12 3.8
70 0.07 3.8
PERBINCANGAN  Berkomunikasi
Litar elektrik ialah lintasan lengkap yang terbentuk daripada dawai-dawai  Tafsir maklumat
penyambung dan komponen-komponen elektrik yang membenarkan arus
elektrik mengalir. Satu litar elektrik terdiri daripada satu sumber elektrik,
komponen-komponen elektrik, dawai-dawai penyambung dan satu suis.

Litar Bersiri
Arus elektrik mengalir melalui satu lintasan sahaja.

Kelebihan : Setiap mentol akan menyala dengan kecerahan yang sama


Kelemahan : Jika satu mentol terbakar, maka seluruh litar akan terputus.

Litar Selari
Arus elektrik mengalir melalui lebih daripada satu lintasan.

Kelebihan : Setiap mentol dapat dikawal secara berasingan


Kelemahan : Sel kering cepat menjadi lemah kerana semua mentol
dibekalkan dengan voltan yang sama.

1. Bagi litar bersiri,


a. Bandingkan bacaan ammeter di kedudukan A1, A2, A3 dan
A4. Apakah yang dapat anda nyatakan tentang nilai – nilai
arus di kedudukan tersebut?
Bacaan ammeter adalah sama pada empat-empat
kedudukan. Dalam litar bersiri, arus mengalir dalam satu
lintasan sahaja.

b. Bandingkan bacaan voltmeter di kedudukan V1, V2, dan V3.


Nyatakan hubungkait antara rintangan perintang dengan
beza keupayaan yang merentasinya.
Bacaan voltmeter semakin bertambah apabila rintangan
perintang bertambah manakala arus elektrik yang mengalir
melalui setiap perintang adalah sama. Apabila perintang
ditambah dalam litar bersiri, voltan akan semakin
bertambah. Voltan akan bertambah apabila rintangan dalam
litar siri bertambah. Beza keupayaan litar mempunyai nilai
berkadar terus dengan rintangan perintang.

2. Bagi litar selari,


a. Bandingkan bacaan ammeter di kedudukan A1, A2, dan A3.
Nyatakan hubungkait antara rintangan dengan arus yang
mengalir melaluinya.
Bacaan ammeter semakin berkurangan mengikut
kedudukan A1, A2, dan A3 . Dalam litar selari, bacaan
voltmeter adalah sama. Apabila rintangan perintang
bertambah, arus yang mengalir melalui perintang akan
berkurangan. Oleh itu, arus elektrik yang mengalir dalam
litar selari berkadar sonsang dengan rintangan perintang.

b. Bandingkan bacaan voltmeter di kedudukan V1, V2, dan V3.


Apakah yang dapat anda nyatakan tentang nilai – nilai beza
keupayaan di kedudukan tersebut?
Bacaan voltmeter pada litar selari di empat kedudukan
tersebut adalah sama. Kuasa yang diperlukan oleh setiap
perintang untuk membolehkan arus mengalir melalui
perintang adalah sama.

3. Berdasarkan pengetahuan yang diperolehi, ramalkan sama ada


lampu di tengah – tengah jalan raya disusun dengan litar selari
atau bersiri. Mengapa?
Litar selari. Hal ini kerana lampu masih menyala. Litar selari
mempunyai beberapa laluan arus elektrik di mana semua laluan
bersambung pada hujung setiap cabang. Apabila terdapat
kerosakan pada salah satu lampu pada tengah- tengah jalan raya,
lampu lain masih boleh berfungsi atau digunakan. Hal ini
disebabakan oleh terdapat lebih daripada satu arus elektrik yang
mengalir dalam litar selari. Semua lampu mendapat jumlah beza
keupayaan yang sama rata tetapi arus elektrik yang mengalir
berbeza.
KESIMPULAN
Litar bersiri Litar selari
Arus (I) Arus yang mengalir Arus dalam litar
dalam litar adalah berkurang apabila
sama. rintangan bertambah.
Maka, arus adalah
berkadar sonsang
dengan rintangan
Beza keupayaan (V) Voltan dalam litar Voltan yang mengalir
meningkat apabila dalam litar adalah
rintangan perintang sama.
meningkat. Maka,
beza keupayaan
berkadar terus.

Anda mungkin juga menyukai