TEMPAT
SBP Zon Selatan & Tengah
TARIKH
16 Julai hingga 19 Julai 2018
1. PENGENALAN
Program ini diadakan bagi melahirkan dan memupuk kesedaran belajar yang tinggi
kepada pelajar Tingkatan Lima bagi persediaan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM
peringkat SBP pada bulan September 2018. Di antara perkara yang ingin diberi penekanan
menerusi program ini ialah perkongsian pintar, kemahiran komunikasi, pembinaan sahsiah,
kemahiran menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan subjek SPM dan dapat melahirkan
pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
2. MATLAMAT
a. Membantu pelajar meningkatkan penguasaan dan kemahiran bijak belajar secara lebih
baik.
b. Mengamalkan silang budaya hidup asrama yang baik dan cemerlang.
c. Menanamkan kesedaran dan keinsafan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan masa kini.
d. Memberi peluang kepada pelajar membuat pecutan awal untuk menguasai kemahiran
subjek SPM
3. OBJEKTIF
a. Membina daya ketahanan dari segi jasmani, emosi, sosial rohani dan intelek.(JESRI)
b. Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri pelajar.
c. Menerapkan rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan
tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.
d. Melahirkan pelajar yang dapat dijadikan contoh `Murid Unggul` oleh pelajar lain.
4. SASARAN
Terdiri 30 orang pelajar lelaki Tingkatan Lima MOZAC ke 3 SBP terpilih mengikut ketetapan
berikut:
SBP Zon Tengah SBP Zon Selatan
1) Sekolah Alam Shah : 10 orang 3) Sek. Datuk Abdul Razak : 10 orang
2) Sekolah Sains Alam Shah: 10 orang
5. METODOLOGI
Methodologi yang digunakan ialah kehadiran para pelajar di kelas PdPc, aktiviti kokurikulum,
latihan dalam kumpulan dan bengkel bagi setiap program yang dikendalikan oleh sekolah
berkenaan.
6. PELAKSANAAN
7. TENTATIF PROGRAM
SUMBER KEWANGAN
Semoga usaha yang dilakukan ini dapat memberi pulangan yang memberangsangkan
dan diberkati Allah . Ianya diharap dapat melahirkan golongan pelajar yang cemerlang dan
boleh menjadi kebanggaan SBP serta menjadi contoh kepada pelajar lain.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
Disahkan oleh,