1 BIODATA DIRI
2 PENGHARGAAN
3 PENGENALAN
4 PERUMPAMAAN
5 SIMPULAN BAHASA
6 BIDALAN
7 BANDINGAN SEMACAM
8 KATA-KATA HIKMAH
Salam dihulur, kata dicorak;
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan berkat limpah kurnia- Nya,
maka dapatlah saya menyiapkan mini folio yang berjudul “Peribahasa” ini
dalam masa yang ditetapkan.
Ribuan terima kasih buat saya terutamanya ibu dan bapa tercinta yang
banyak menghulukan bantuan dan doronagn baik melalui kewangan, idea dan
sebagainga untuk saya sudahkan folio ini.
UMUR 13 TAHUN
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA
SEKOLAH
TERENGGANU (MRSM KTER)
TARIKH LAHIR HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH (HSNZ)
1 Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
5 Bagai air mencari jenisnya Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak
berhenti-henti; usaha dengan tidak
mengenal jerih payah.
19 Berat mata memandang berat Betapa berat kita melihat kesusahan yang
lagi bahu memikul dialami oleh seseorang, berat lagi
penderitaan itu pada orang yang
menanggungnya.
21 Biar jatuh terletak, jangan jatuh Lebih baik menarik diri terlebih dahulu
terhempas sebelum diberhentikan dengan tidak
terhormat.
22 Biar mati anak jangan mati adat Adat yang tidak boleh dilanggar.
23 Biar putih tulang jangan putih Lebih baik mati daripada menanggung malu.
mata
24 Carik-carik bulu ayam , lama- Perselisihan faham antara saudara-mara
kelamaan bercantum juga dan adik-beradik tidak berpanjangan,
akhirnya akan berbaik semula.
25 Diam-diam ubi berisi; diam-diam Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik
besi berkarat daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
26 Diibaratkan sebagai condong Memberi pertolongan kepada orang-orang di
ditumpil, lemah dianduh dalam kesusahan.
28 Genggam bara api biar sampai Membuat sesuatu pekerjaan yang susah,
jadi arang hendaklah sabar sehingga mencapai
kejayaannya.
35 Kalau tiada rotan akar pun Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya
berguna tidak dapat diperolehi memadai dengan apa
yang ada.
36 Kalau tidak dipecahkan ruyung Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak
manakan dapat sagunya berusaha.
37 Kalau tidak kerana angin tidak Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-
akan pokok bergoyang sebabnya.
40 Sekali membuka pura, dua tiga Sekali melakukan pekerjaan dua tiga
hilang berbayar maksud tercapai.
41 Semacam besar pacak daripada Belanja lebih besar daripada pendapatan.
tiang
42 Seperti air dalam dulang Negeri yang aman sentosa.
44 Seperti aur dengan tebing Dua orang yang berkawan rapat dan saling
membantu.
51 Ular menyusur akar tidak akan Orang besar yang merendahkan diri tidak
hilang bisanya akan jatuh martabatnya.
52 Yang dikejar tak dapat yang Terlalu tamak untuk mencari keuntungan
dikendong berciciran hingga menyebabkan kehilangan sesuatu
yang sudah dimiliki.
2. SIMPULAN BAHASA
2 Ada udang di sebalik batu Ada sesuatu yang dikehendaki di sebalik apa
yang dilakukan
3 Air dicincang tidak akan putus Dua orang yang bersaudara tidak dipisahkan
oleh perselisihan faham
4 Alah bias tegal biasa Perkara yang susah akan menjadi senang
sekiranya selalu dilakukan
5 Ada ubi ada batas, ada budi Kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan
ada balas kebaikan
6 Air sama air, sampah ke tepi Seseorang yang campur tangan dalam
juga pergaulan antara adik-beradik atau saudara-
mara, akhirnya akan diketepikan apabila
mereka berbaik-baik semula
7 Anak di pangkuan diletakkan, Seseorang yang berbuat baik kepada orang lain
kera di hutan disusukan tetapi tidak kepada keluarganya sendiri
8 Biar putih tulang, jangan putih Sanggup mati daripada menanggung malu
mata
9 Hidup segan mati tak mahu Prang yang berputus asa kerana hidup
menderita
10 Indah khabar daripada rupa Sesuatu keadaan yang dikhabarkan berlebih-
lebihan daripada keadaan sebenarnya
11 Jika benih yang baik, jatuh ke Keturunan yang baik tetap menjadi baik walau
laut menjadi pulau di mana-mana juga
12 Melentur buluh biarlah Anak-anak hendaklah dididik sejak kecil lagi
daripada rebungnya
4. BANDINGAN SEMACAM
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai
kapal karam didalamnya. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya
kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam
sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk
asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan
riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi
kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang
amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula
bercakap kosong
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika
ianya digunakan.
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika
anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak
terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu
serendah mutiara di lautan.
23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti
ia melihat.
24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan
seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu
api.
25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan
sepotong pesanan.
26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang- kadang
menumpahkan darah.
27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki
itu kepada teman anda.
28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .
30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya
jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan
waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan
waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan
manisnya dalam hati...
33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yangbersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun
terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah
Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar
Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi
jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti
unggulnya perasaan"
39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan
diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat
sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan
iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup
menerima penderitaan.
41) Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua
- Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan
kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan
42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu
cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk
diri dan menyakiti orang lain."
44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal
supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu
satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari
nenek moyang"
48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber
teman.."
49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan
jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
50) "Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."
52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan hasilnya."
53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat
apa yang ora ng lain ada."
54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita
berikan padanya."
55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan
akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."
57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi
hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan
yang menjelma."
59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat
yang tidak pernah mengalah."
60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan
perkara yang betul."
61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik."
62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
63) “Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu mcm kemanisan tetapi untuk mencapainya
perlu sejuta macam pengorbanan dan kepahitan..manis tidak akan dtg sendiri’
64) Sehalus-halusnya musibah adalah ketika kedekatan kita dengan Allah perlahan-
lahan tercabut. Dan itu biasanya ditandai dengan menurunnya kualiti ibadah.
65) kehebatan orang yang bertawakal itu adalah kerana mereka berserah seluruh jiwa
raga kepada ALLAH. Mereka terlalu yakin sehingga percaya pada sandaran Maha Suci
ALLAH.
66) Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang
kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.
67) Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya,
mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya.
68) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam
pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
69) Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya.
70) Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya
banyaklah dukacitanya.
71) Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang
bijaksana.
72) Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.
73) Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah
melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.
74) Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.
75) Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak
pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.
76) Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit
buasir.
77) Berdiam diri itu adalah hikmah sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.
78) Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama
berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.
79) Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada
mulia dengan maksiat kepada-Nya.
80) Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya
berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.
81) Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah
kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan
sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.
82) Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu
sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.
83) Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu
kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.
84) Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.
85) Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.
86) Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu
apa pun.
87) Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan
orang lain.
88) Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.
89) Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.
90) Sesiapa yang mencabut hijab orang lain, akan terbukalah auratnya.
91) Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.
94) Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.
95) Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara), dia akan
berasa jemu.
96) Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.
98) Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.
99) Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan
kehendak yang berlebih-lebihan.
100) Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk
nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.
101) Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah
bahagia.
102) Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain
adalah bahagia.
103) Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara
berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.
105) Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak
terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus
fantasi yang menjahanamkan diri anda.
105) Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara
menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
106) Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat
kepada orang lain.
107) Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh
orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
108) Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-
pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa
duka nestapa.
109) Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-
kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak
anda miliki sekarang.
110) “Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang
yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati
kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”
111)“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan
mati, daripada hidup bagaikan arang.”
112) “Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling
tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”
113) “Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana
pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan
sesuatu yang berharga.”
114) “Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang
orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”
116) “Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi
tak cerdik.”
117) “Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau
menyerang boleh padam.”
118) “Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu
tentu terlebih pandai.”
119) “Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai
ke garisan penamat tidak pernah selesai.”
120) “Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”
121) “Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”
122) “Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan
pilih orang jahat untuk diperdayakan.”
123) “Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”
124) “Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak
bertindak.”
125) “Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu
pandai.”
126) “Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.”
127) “Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita ?