Anda di halaman 1dari 30

NAMA GURU :

NAMA PELAJAR : SHAKIRA BALQIS BINTI ABD WAHAB


KELAS : 1 AL-FARABI
NO. MAKTAB : TT 190101
BIL ISI KANDUNGAN M/S

1 BIODATA DIRI

2 PENGHARGAAN

3 PENGENALAN

4 PERUMPAMAAN

5 SIMPULAN BAHASA

6 BIDALAN

7 BANDINGAN SEMACAM

8 KATA-KATA HIKMAH
Salam dihulur, kata dicorak;

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan berkat limpah kurnia- Nya,
maka dapatlah saya menyiapkan mini folio yang berjudul “Peribahasa” ini
dalam masa yang ditetapkan.

Penghargaan diungkap, sejahtera diharap;

Jutaan penghargaan dirakamkan buat


selaku Guru Bahasa Melayu, …………………………………………………… saya yang
membantu dan memberikan tunjuk ajar bagi melengkapkan tugasan ini.

Kenangan dirantai, memori digilap;

Ribuan terima kasih buat saya terutamanya ibu dan bapa tercinta yang
banyak menghulukan bantuan dan doronagn baik melalui kewangan, idea dan
sebagainga untuk saya sudahkan folio ini.

Sekali lagi, berjuta-juta penghargaan saya titipkan.


Assalamualaikum w.b.t. Saya ingin memberi sedikit pengenalan tentang peribahasa. Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna
yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar, bijak perkataannya dan senang difahami.
Seperti yang kita tahu, peribahasa terbahagi kepada 5 jenis, iaitu, perumpamaan, simpulan Bahasa, bidalan, bandingan semacam dan
kata-kata hikmah. Kebiasaanya, kita gunakan ia dalam karangan dan juga percakapan.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh
kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk kepada yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa
kiasan dalam budaya melayu.
Sekian.
NAMA SHAKIRA BALQIS BINTI ABD WAHAB

UMUR 13 TAHUN
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA
SEKOLAH
TERENGGANU (MRSM KTER)
TARIKH LAHIR HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH (HSNZ)

TEMPAT LAHIR 24 MEI 2006


464 KAMPUNG PENGKALAN ARANG, 21200,
ALAMAT RUMAH
KUALA NERUS, TERENGGANU
MAKANAN
FAST FOOD
KEGEMARAAN
MINUMAN
MINUMAN BIKARBONAT
KEGEMARAAN
HOBI MENYANYI, MENDENGAR LAGU DAN MENARI

CITA-CITA AHLI SAINS (SCIENTIST)


INGIN MEMBANGGAKAN DAN MEMBALAS
IMPIAN JASA IBU BAPA DENGAN MENCAPAI SATU
KEJAYAAN
1. PERUMPAMAAN

BIL PERUMPAMAAN MAKNA

1 Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

2 Alang-alang berminyak biar licin Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3 Alang-alang menyeluk pekasam, Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu,


biar sampai ke pangkal lengan biarlah diperoleh hasil daripadanya.

4 Ayam di kepuk mati kelaparan, Sangat menderita kesusahan meskipun


itik di air mati kehausan bergaji besar (beristerikan atau
bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin
di negara yang kaya dan makmur.

5 Bagai air mencari jenisnya Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak
berhenti-henti; usaha dengan tidak
mengenal jerih payah.

6 Bagai ayam disambar helang Mati tanpa sakit.

7 Bagai cendawan tumbuh selepas Terlalu banyak pada sesuatu masa.


hujan
8 Bagai cincin dengan permata Pasangan pengantin yang sepadan.
Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik
sama padan seperti cincin dengan permata.

9 Bagai kerakap tumbuh di batu, Hidup dalam kemelaratan.


hidup segan mati tidak mahu Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan
orang.

10 Bagai layang-layang putus tali Tiada berpedoman. @ sudah putus


harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11 Bagai menatang minyak yang Memelihara anak dengan penuh kasih


penuh sayang.
12 Bagai minyak dengan air Orang baik kalau duduk dengan orang jahat
tidak akan menjadi jahat.

13 Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap.


Perempuan yang suka bercakap banyak.
14 Bagai pucuk dilancarkan Amat cepat.
15 Bagaimana acuan begitulah Perangai anak biasanya mengikut orang
kuihnya; bagaimana contoh yang mengasuhnya.
begitulah gubahannya
16 Baik membawa resmi padi Tidak sombong; rendah diri.
daripada resmi lalang
17 Belayar sambil memapan, Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga
merapat sambil belayar maksud tercapai.
18 Belum duduk sudah berlunjur Belum memperoleh sesuatu yang
dikehendaki, sudah bergirang hati atau
gembira lebih dulu.

19 Berat mata memandang berat Betapa berat kita melihat kesusahan yang
lagi bahu memikul dialami oleh seseorang, berat lagi
penderitaan itu pada orang yang
menanggungnya.

20 Berjagung-jagung dahulu Sementara menunggu apa yang baik,


sementara padi masak lakukan juga perkara-perkara yang
berfaedah.

21 Biar jatuh terletak, jangan jatuh Lebih baik menarik diri terlebih dahulu
terhempas sebelum diberhentikan dengan tidak
terhormat.

22 Biar mati anak jangan mati adat Adat yang tidak boleh dilanggar.

23 Biar putih tulang jangan putih Lebih baik mati daripada menanggung malu.
mata
24 Carik-carik bulu ayam , lama- Perselisihan faham antara saudara-mara
kelamaan bercantum juga dan adik-beradik tidak berpanjangan,
akhirnya akan berbaik semula.

25 Diam-diam ubi berisi; diam-diam Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik
besi berkarat daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
26 Diibaratkan sebagai condong Memberi pertolongan kepada orang-orang di
ditumpil, lemah dianduh dalam kesusahan.

27 Dimana ada kemahuan, disitu Seseorang yang bercita-cita tinggi akan


ada jalan berusaha untuk mencapainya.

28 Genggam bara api biar sampai Membuat sesuatu pekerjaan yang susah,
jadi arang hendaklah sabar sehingga mencapai
kejayaannya.

29 Harimau mati meninggalkan Orang baik meninggalkan nama baik, orang


belang; manusia mati jahat meninggalkan nama jahat.
meninggalkan nama Setiap manusia akan dikenang kerana jasa
dan budi yang telah dilakukan semasa
hidupnya.

30 Hendak belajar berenang Hendak mengetahui sesuatu perkara


dapatkan itik, hendak belajar bertanyalah kepada orang yang mahir
memanjat dapatkan tupai tentang sesuatu perkara itu.
31 Hendak seribu daya tak hendak Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
seribu dalih
32 Ibarat burung, mata terlepas Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
badan terkurung
33 Jika ada kemenyan sebesar lutut Kepandaian hendaklah diajarkan kepada
pun, jika tidak dibakar tidak orang lain, kerana kalau disimpan akan
akan berbau hilang begitu sahaja.
34 Kalau tak berada-ada tak akan Tentu ada sebab yang tersembunyi
tempua bersarang rendah menyebabkan sesuatu hal terjadi

35 Kalau tiada rotan akar pun Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya
berguna tidak dapat diperolehi memadai dengan apa
yang ada.

36 Kalau tidak dipecahkan ruyung Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak
manakan dapat sagunya berusaha.

37 Kalau tidak kerana angin tidak Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-
akan pokok bergoyang sebabnya.

38 Perempuan serasan, lelaki Pegangan hidup yang tidak serupa.


pemalu
39 Sebagai gembala diberi keris Orang yang mendapat sesuatu yang tidak
berguna.

40 Sekali membuka pura, dua tiga Sekali melakukan pekerjaan dua tiga
hilang berbayar maksud tercapai.
41 Semacam besar pacak daripada Belanja lebih besar daripada pendapatan.
tiang
42 Seperti air dalam dulang Negeri yang aman sentosa.

43 Seperti api di dalam sekam Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam


atau tanpa disedari

44 Seperti aur dengan tebing Dua orang yang berkawan rapat dan saling
membantu.

45 Seperti aur ditarik songsang Pekerjaan atau perkara yang sukar


diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46 Seperti embun dihujung rumput Tidak kekal

47 Seperti harimau Orang yang menyembunyikan kelebihannya.


menyembunyikan kukunya
48 Seperti hujan jatuh ke pasir Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu
pekerjaan yang sia-sia.

49 Seperti lintah menghisap darah Meletakkan faedah yang tinggi; menipu


dengan cara lemah lembut.
50 Seperti lipas kudung Selalu bergerak dengan cepat.

51 Ular menyusur akar tidak akan Orang besar yang merendahkan diri tidak
hilang bisanya akan jatuh martabatnya.

52 Yang dikejar tak dapat yang Terlalu tamak untuk mencari keuntungan
dikendong berciciran hingga menyebabkan kehilangan sesuatu
yang sudah dimiliki.
2. SIMPULAN BAHASA

BIL SIMPULAN MAKSUDNYA


BAHASA
ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
2 ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan
untuk melakukan atau memiliki sesuatu
3 air muka rupa atau wajah seseorang
4 ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa
seseorang
5 ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan
6 alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu
sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
7 anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak
sendiri
8 anak bapa anak yang disayangi oleh bapa
9 anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau
anak saudara
10 anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
11 angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
12 atas angin negara-negara di sebelah barat
13 atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak
14 ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu
pertandingan
16 bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
17 banyak mulut orang yang banyak bercakap
18 batu api orang yang suka menghasut
19 batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan
sesuatu yang dihajati
20 bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh
21 bawah angin negara-negara di sebelah timur
22 bekas tangan hasil kerja tangan seseorang
23 beralih akal berubah fikiran atau pendapat
24 beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
25 berat hati enggan; malas
26 berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak
27 berat tulang orang yang malas bekerja
28 berat sebelah tidak berlaku adil
29 berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan
30 berhati batu degil dan sukar menerima nasihat
31 berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan
kebaikan juga
32 bermuka dua tidak jujur
33 bertikam lidah bertengkar; berdebat
34 besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu
35 besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain
36 buah hati orang yang dikasihi atau dipuja
37 buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
38 bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
39 bulat hat! bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu;
sudah nekad
40 buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan
kepada orang lain
41 buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
42 cahaya mata anak
43 cakar ayam tulisan yang buruk
44 campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain
45 cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
46 epat tangan suka mencuri
47 dalam tangan sudah pasti akan diperoleh
48 darah daging anak kandung
49 durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-
sangka
50 gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau
bekerja bersungguh-sungguh
51 gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang
atau harta
52 harga diri maruah atau kehormatan seseorang
53 harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
54 hati batu degil atau keras hati
55 hidung tinggi sombong atau tinggi diri
56 hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang
pertimbangan diri
57 ikat perut menahan lapar kerana berjimat
58 iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu
59 isi hati perasaan dalam hati
60 jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian
61 kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
62 kaki ayam tidak berkasut atau berselipar
63 kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola
64 kaki botol suka minum minuman keras
65 kecil hati berasa tersinggung atau merajuk
66 kepala angin perangai yang tidak menentu
67 kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat
68 kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
69 khabar angin berita yang belum tentu benarnya
70 langkah kanan bernasib baik
71 langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan
72 lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayai
73 lipas kudung cepat membuat kerja
74 lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman
yang diberikan
75 makan angin bersiar-siar untuk berehat
76 makan suap menerima rasuah
77 malu-malu kucing berpura-Aura malu di hadapan orang
78 mandi peluh bekerja kuat
79 mati katak mati dengan sia-sia
80 membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir
81 membawa diri tahu menjaga diri
82 membuka jalan memberi laluan kepada orang lain
83 membuka menceritakan keburukan seseorang kepada orang
tembelang lain
84 memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar
85 menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan
86 mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu
87 mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah
88 mencuit hati lucu; menggelikan hati
89 mengabui mata cuba memperdaya; menipu
90 mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan
persahabatan dan sebagainya
91 mengambil angin bersiar-siar untuk berehat
92 mengambil berat memberi sepenuh perhatian
93 mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi
94 mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat
95 muka tembok tidak berasa malu
96 mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising
97 mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia
98 murah hati suka bederma; tidak kedekut
99 naik angin terlalu marah
100 nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati
101 orang atasan orang yang berpangkat tinggi
102 otak cair pintar atau bijak
103 otak kering kurang siuman
104 otak udang bebal atau bodoh
105 paku belanda barangan yang tetap harganya
106 panas hati meradang atau marah
107 panjang tangan suka mencuri
108 pasang telinga mendengar dengan teliti
109 pekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat
mendengar bunyi yang kuat
110 pembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas
makan nasi
111 perang mulut pertengkaran
112 pilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang
disukai
113 pisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda
lelaki
114 puteri lilin tidak tahan terkena panas matahari
115 putih hati ikhlas; jujur
116 putih mata mengalami kekecewaan
117 rabun ayam penglihatan yang kurang jelas
118 rambang mata sukar membuat pilihan
119 ringan tangan suka membuat kerja: menolong orang
120 sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja
121 serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul
periksa
123 tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati
124 tangkai jering orang yang kedekut
125 tawar hati tidak mempunyai minat lagi
126 tebal muka tidak tahu malu
127 telinga kuali tahan hati menerima kemarahan
128 telinga lintah tajam pendengaran
129 telinga nipis cepat marah atau meradang
130 terang hati mudah memahami sesuatu
131 tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak
132 tin kosong bercakap besar tanpa ilmu
133 titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh
3.BIDALAN

BIL BIDALAN MAKSUD


1 Ada yang ada semut Di mana ada rezeki yang banyak, di situlah
banyak orang

2 Ada udang di sebalik batu Ada sesuatu yang dikehendaki di sebalik apa
yang dilakukan

3 Air dicincang tidak akan putus Dua orang yang bersaudara tidak dipisahkan
oleh perselisihan faham

4 Alah bias tegal biasa Perkara yang susah akan menjadi senang
sekiranya selalu dilakukan

5 Ada ubi ada batas, ada budi Kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan
ada balas kebaikan

6 Air sama air, sampah ke tepi Seseorang yang campur tangan dalam
juga pergaulan antara adik-beradik atau saudara-
mara, akhirnya akan diketepikan apabila
mereka berbaik-baik semula

7 Anak di pangkuan diletakkan, Seseorang yang berbuat baik kepada orang lain
kera di hutan disusukan tetapi tidak kepada keluarganya sendiri

8 Biar putih tulang, jangan putih Sanggup mati daripada menanggung malu
mata

9 Hidup segan mati tak mahu Prang yang berputus asa kerana hidup
menderita
10 Indah khabar daripada rupa Sesuatu keadaan yang dikhabarkan berlebih-
lebihan daripada keadaan sebenarnya

11 Jika benih yang baik, jatuh ke Keturunan yang baik tetap menjadi baik walau
laut menjadi pulau di mana-mana juga
12 Melentur buluh biarlah Anak-anak hendaklah dididik sejak kecil lagi
daripada rebungnya

13 Musang berbulu ayam Orang jahat berpura-pura baik

14 Rosak badan kerana mulut Keterlanjutan tutur kata akan memudaratkan


diri sendiri

4. BANDINGAN SEMACAM

BIL BANDINGAN SEMACAM

1 adil macam hakim


2 angkuh macam merak
3 bebas macam burung
4 berani macam harimau/singa
5 berat macam batu
6 besar macam gajah
7 bijak macam pendeta
8 bodoh macam kerbau/lemu
9 bulat macam bola
10 busuk macam bangkai/tahi
11 cantik macam bidadari/bunga
12 cepat macam kilat
13 cerah macam siang
14 cerdik macam sang kancil
15 degil macam keldai
16 deras macam ribut
17 gagah macam gergasi
18 ganas macam harimau/singa
19 garang macam harimau
20 gebu macam kapas
21 gelap macam malam
22 gemuk macam babi/babak
23 halus macam baldu/habuk
24 hangat macam api/neraka
25 harum macam bunga
26 hijau macam rumput
27 hina macam kucing kurap
28 hitam macam arang/buntut kuali
29 ikal macam mayang
30 jahat macam hantu/syaitan
31 jernih macam cermin
32 jinak macam merpati
33 kasar macam kulit nangka
34 kecil macam semut
35 kencang macam ribut
36 keras macam batu/besi
37 kesat macam pasir
38 kotor macam najis
39 kuat macam Badang
40 kuning macam kunyit
41 kurus macam lidi
42 lambat macam kura-kura/siput
43 lancar macam air
44 lari macam kuda
45 lembut macam sutera
46 liat macam getah
47 licin macam belut
48 ligat macam gasing
49 luas macam padang
50 mahal macam berlian/emas
51 malas macam keldai
52 manis macam gula/madu
53 masam macam cuka
54 masin macam garam
55 menangis macam budak-budak
56 merah macam biji saga/darah
57 merdu macam buluh perindu
58 miskin macam pengemis
59 mulia macam raja
60 nipis macam kertas
61 pahit macam hempedu/jadam/ubat
62 panas macam api
63 pandai macam Sang Kancil
64 pantas macam kijang/kilat
65 pedas macam cabai/cili
66 pucat macam mayat/orang mati
67 putih macam kapas
68 rajin macam semut
69 ramai macam semut/ulat
70 rata macam padang
71 ringan macam kekabu
72 riuh macam pasar
73 sabar macam nabi
74 segak macam putera
75 sejuk macam air batu/ais
76 sibuk macam lebah
77 tajam macam pedang/sembilu
78 takut macam tikus
79 tandus macam padang pasir
80 tawar macam air
81 terang macam siang
82 tinggi macam galah
83 tumpul macam belakang parang
84 wangi macam bunga
85 zalim macam Firaun
5. KATA KATA HIKMAH
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar
senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai
kapal karam didalamnya. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya
kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam
sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk
asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan
riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi
kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang
amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.


Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula
menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula
bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika
ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika
anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak
terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu
serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti
ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan
seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu
api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan
sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang- kadang
menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki
itu kepada teman anda.
28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya
jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan
waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan
waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan
manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yangbersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun
terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah
Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar
Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi
jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti
unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan
diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat
sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan
iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup
menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua
- Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan
kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu
cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk
diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal
supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu
satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari
nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber
teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan
jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat
apa yang ora ng lain ada."
54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita
berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan
akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi
hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan
yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat
yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan
perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

63) “Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu mcm kemanisan tetapi untuk mencapainya
perlu sejuta macam pengorbanan dan kepahitan..manis tidak akan dtg sendiri’
64) Sehalus-halusnya musibah adalah ketika kedekatan kita dengan Allah perlahan-
lahan tercabut. Dan itu biasanya ditandai dengan menurunnya kualiti ibadah.

65) kehebatan orang yang bertawakal itu adalah kerana mereka berserah seluruh jiwa
raga kepada ALLAH. Mereka terlalu yakin sehingga percaya pada sandaran Maha Suci
ALLAH.

66) Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang
kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

67) Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya,
mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya.
68) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam
pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

69) Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya.

70) Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya
banyaklah dukacitanya.

71) Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang
bijaksana.

72) Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

73) Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah
melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.

74) Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.

75) Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak
pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

76) Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit
buasir.

77) Berdiam diri itu adalah hikmah sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.

78) Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama
berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

79) Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada
mulia dengan maksiat kepada-Nya.

80) Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya
berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

81) Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah
kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan
sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.
82) Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu
sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.

83) Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu
kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.

84) Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

85) Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.

86) Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu
apa pun.

87) Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan
orang lain.

88) Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.

89) Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.

90) Sesiapa yang mencabut hijab orang lain, akan terbukalah auratnya.

91) Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.

92) Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.

93) Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.

94) Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.

95) Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara), dia akan
berasa jemu.

96) Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.

97) Sesiapa yang mengetahui ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.

98) Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.

99) Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan
kehendak yang berlebih-lebihan.

100) Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk
nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.

101) Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah
bahagia.

102) Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain
adalah bahagia.

103) Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara
berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.

104) Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum


menyalahkan orang lain.

105) Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak
terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus
fantasi yang menjahanamkan diri anda.

105) Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara
menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

106) Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat
kepada orang lain.

107) Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh
orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

108) Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-
pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa
duka nestapa.

109) Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-
kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak
anda miliki sekarang.

110) “Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang
yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati
kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

111)“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan
mati, daripada hidup bagaikan arang.”

112) “Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling
tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

113) “Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana
pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan
sesuatu yang berharga.”

114) “Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang
orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”

115) ”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu


jawapnya kecemerlangan. ”

116) “Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi
tak cerdik.”

117) “Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau
menyerang boleh padam.”

118) “Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu
tentu terlebih pandai.”

119) “Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai
ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

120) “Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”

121) “Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”

122) “Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan
pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

123) “Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”

124) “Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak
bertindak.”

125) “Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu
pandai.”

126) “Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.”

127) “Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita ?

Anda mungkin juga menyukai