Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti 4

Penggunaan myVLE sememangnya banyak membantu pelajar-pelajar OUM dalam melicinkan


lagi pembelajaran dan panduan kepada kami agar lebih bersistematik dan juga berkolaborasi
dengan cemerlang bersama-sama rakan pelajar yang lain. Persekitaran pembelajaran maya
seperti myVLE adalah berasaskan platformweb e-pembelajaran untuk menyediakan suasana
pembelajaran dalam talian di OUM. Melalui pengalaman saya, ia membolehkan OUM
mengurus, menyampaikan kandungan kursus dan menjejak perbincangan dalam talian pelajar
dan tutor. Tutor boleh memuat naik kandungan kursus, item penilaian dan bahan kursus yang
lain dan terdapat forum perbincangan dalam talian yang membolehkan kerjasama pembelajaran
dalam talian.

Melalui myVLE ini, kami melihat bagaimana untuk mengakses myVLE. Kami juga dapat
melihat modul dan alat yang ada dalam myVLE. Seterusnya, kami melihat bagaimana myVLE
boleh menyokong pembelajaran terbuka dan jarak jauh, terutamanya persekitaran pembelajaran
dalam talian dengan mudah.

Melalui pengalaman dan pengamatan saya, walaupun terdapat beberapa alat, kami hanya akan
membincangkan menu dan alat yang akan meningkatkan pembelajaran dan kolaborasi dalam
talian. Maka secara spesifiknya saya boleh mengkategorikan manfaat alat ini kepada empat
aspek:

a) Penilaian kendiri;

b) Bahan kursus dan rujukan;

c) Komunikasi dan kolaborasi pembelajaran; dan

d) Perkongsian sumber dan maklumat.

Melalui penilaian kendiri ini kami boleh menilai sendiri pra-pembelajaran dan pengetahuan
pembelajaran lepas menggunakan soalan penilaian (self-assessment) yang terdapat dalam
penilaian kendiri Alat ini juga membolehkan saya menguji prestasi diri sebeberapa kerap yang
akami inginkan mengikut kemampuan sendiri, keselesaan dan masa yang sesuai.
Selain itu, melalui myVLE ini memberi saya panduan kursus dan tugasan. Kami boleh
mengakses maklumat kandungan kursus yang terkini, tepat, boleh dipercayai dan menepati masa.

Melalui MyVLE ia memudahkan komunikasi dan kolaborasi Ppembelajaran yang mana


membenarkan kami para pelajar berinteraksi, berkomunikasi dan belajar daripada tutor dan
rakan-rakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Untuk menjalankan pembelajaran
kolaboratif, anda disediakan dengan kemudahan: perbincangan dalam talian dan e-mel.

Akhir sekali, melalui myVLE ini, ia boleh menjadi forum perbincangan dalam talian bertindak
sebagai bilik darjah maya di mana isu-isu penting berkaitan dengan kandungan dalam modul
pembelajaran perlu dibincangkan. Dalam latihan untuk eTutor, ia digunakan untuk menasihatkan
kami bahawa kami harus memulakan perbincangan. Dengan seberapa segera kami akan dapat
melihat topik perbincangan dalam forum.

Kesimpulannya, sememangnya myVLE memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar


OUM agar lebih celik menggunakan teknologi dan juga memberi pendedahan yang baik agar
para pelajar maju setapak seiring dengan kemajuan teknologi kini.

Anda mungkin juga menyukai