Anda di halaman 1dari 3

Gambar

berukuran
pasport
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN MENULIS ESEI & FOROGRAFI
“TEROKAI KEUNIKAN MIRI”
Bersempena Hari Bandaraya Miri yang ke 14
Anjuran Majlis Bandaraya Miri

Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan


(ditulis dengan huruf besar)
Kad Pengenalan (Salinan)

Jantina

Umur

Alamat
Nombor telefon (Rumah/Pejabat/HP)

Alamat E-mail (sekiranya ada)

Judul Esei

Perakuan :

Dengan ini saya mengaku bahawa :

i. Semua butiran yang diberikan di atas adalah benar.


ii. Esei yang tersebut di atas adalah hasil karya asli saya sendiri, dan belum pernah disiarkan
di mana-mana media penerbitan. Saya juga bersetuju mematuhi semua syarat yang
dikenakan serta menerima segala keputusan pihak penganjur berhubung dengan peraduan
ini.

................................... …............................
(Tandatangan) (Tarikh)

Kegunaan Urusetia:

Nama urusetia:……………………………… Tandatangan: ……………………………

Tarikh penerimaan: ………………………. Masa penerimaan:……………………….

Bilangan penyertaan:………………………

Tanda yang berkenaan (√)

CARA PENERIMAAN (√)


Melalui e-mail
Melalui Pos
Penghantaran sendiri
OBJEKTIF DAN SYARAT-SYARAT PERADUAN

1. NAMA PERADUAN
Peraduan Menulis Esei 2019.

2. OBJEKTIF
2.1 Mendapatkan bahan tulisan bermutu daripada para penulis bagi tujuan dokumentasi dan
penerbitan.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
3.1 Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia dan warga asing yang berusia 18 tahun
ke atas.
3.2 Penyertaan hendaklah disampaikan dengan menggunakan borang rasmi yang boleh
didapati daripada Urus Setia. Borang boleh diperbanyakkan /difotostat jika perlu.
3.3 Bahasa: Esei hendaklah ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu.
3.4 Tema: “TEROKAI KEUNIKAN MIRI”. Esei ditulis berkaitan tentang Kebudayaan, Peristiwa,
Alam Semulajadi dan Perayaan Etnik.
3.5 Panjang Esei hendaklah sekitar 3,500 hingga 7,000 perkataan.
3.6 Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU Esei sahaja untuk menyertai peraduan ini.
3.7 Karya yang dihantar untuk menyertai peraduan ini MESTILAH dalam bentuk salinan digital
(CD) dan salinan cetak atau e-mel kepada pihak urus setia.
3.8 Esei yang dihantar tidak akan dikembalikan. Oleh itu, peserta dinasihati untuk menyimpan
salinannya.

4. PENGHAKIMAN
Semua Esei yang menepati syarat peraduan ini akan dihakimi oleh panel penilai yang akan
dilantik oleh penganjur. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5. HAK PENERBITAN
Penganjur berhak untuk menerbitkan / menyiarkan penyertaan (esei-esei) yang dipilih dan
dalam berbuat demikian, penganjur berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang
difikirkan perlu ke atas esei-esei berkenaan. Esei yang dihantar menyertai peraduan ini
tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain tanpa mendapat persetujuan penganjur
peraduan ini terlebih dahulu.

6. TARIKH TUTUP
Tarikh tutup penyertaan pada 30 Jun 2019. Semua penyertaan hendaklah sampai kepada
pihak Urus Setia pada atau sebelum tarikh tutup tersebut. Esei yang lewat sampai tidak
akan dipertimbangkan. Penganjur juga tidak akan bertanggungjawab terhadap esei yang
hilang semasa pengiriman.

7. KEASLIAN ESEI
Esei mestilah asli, bukan saduran, ciplak, terjemahan, padanan atau tiruan daripada esei
orang lain, serta belum pernah disiarkan di mana-mana media penerbitan. Penulis juga
mestilah mengakui keaslian karya yang dihantarnya itu.
8. SALINAN PERTAMA
Semua penyertaan mestilah dalam bentuk salinan pertama, bukan salinan foto atau salinan
karbon.

9. NAMA PESERTA
Nama peserta tidak perlu ditulis pada naskhah esei, hanya memadai ditulis pada borang
penyertaan sahaja.

10. HADIAH
Hadiah Pertama : RM 1,500.00 + Trofi + Sijil Penyertaan
Hadiah Kedua : RM 1,000.00 + Trofi + Sijil Penyertaan
Hadiah Ketiga : RM 500.00 + Trofi + Sijil Penyertaan
5 Hadiah Sagu hati : RM 150.00 + Sijil Penyertaan

11. Semua penyertaaan hendaklah di alamatkan kepada

Urusetia Pertandingan Esei & Fotografi


Seksyen Perpustakaan,
Perpustakaan Awam Miri,
Majlis Bandaraya Miri,
Tingkat 2, Dewan Suarah ,
98000 Miri, SARAWAK, MALAYSIA.

Penyertaan boleh juga dihantar melalui e-mail ke alamat berikut:


En. Abd. Hafiz (hafiz93@miricouncil.gov.my)
Pn. Noridah (nhh@miricouncil.gov.my)

Sila hubungi pihak urusetia berikut untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pertandingan:

Tel.: 085- 424984 - En. Abd. Hafiz Bin Abdul Rahman


- Pn. Noridah Binti Hj Hassan
085-430020 - Pn. Jurailla Binti Jon

Anda mungkin juga menyukai