Anda di halaman 1dari 17

KONSEP PERTOLONAN CEMAS

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan
sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

Menyelamatakan nyawa

Mengurangkan kesakitan

Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk

Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:

Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.

Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu

Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya

sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula

memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.

Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:

Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.

Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.

Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:


Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat
panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]

Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa
sedar. [R]

Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan
letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]

Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]

Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR
[Cardio Pulmponary Resuscitation].

Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas

Luka/Pendarahan

1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti
[darah membeku]

2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas
kawasan yang luka

3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak.
Praktikkan teknik RICE.

4. Tenangkan mangsa.

5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

Keracunan

Tanda-tanda:
maklumat dari mangsa

mangsa sakit dengan tiba-tiba

kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir

anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

Rawatan:

1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda
sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.

2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.

3. Segera hubungi hospital

4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

Terkejut

Tanda-tanda:

badan berpeluh

pucat

rasa nak pengsan

resah

nafas kerap tapi tipis

kadar nadi bertambah tapi lemah.

Rawatan

Baringkan mangsa

Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga


Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'

Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan

Selimutkan jika suhu badan menurun

Segera hantar ke hospital

Terbakar

Klasifikasi terbakar

1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja

a. Kemerah-merahan atau hilang warna

b. bengkak sedikit dan rasa sakit

c. cepat sembuh

2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf

a. merah

b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]

c. bengkak yang nyata [beberapa hari]

d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

3. Third Degree

a. kerosakan tisu lebih dalam

b. kemusnahan pada lapisan kulit luar

c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.


Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan
terbakar perlu dimasukkan ke hospital

Rawatan

Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk

tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih

baringkan mangsa

jangan gerakkan bahagian yang terbakar

beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar

hantar segera ke hospital

Melecur

Rawatan

sejukkan dengan air sejuk

jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian

rawat seperti mangsa terbakar

Kejutan Elektrik

putuskan hubungan elektrik

periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti

rawat bagi terbakar jika ada

Terseliuh [dislocation]

Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau
koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.
Rawatan: RICE

Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]

Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]

Balut tempat yang cedera [Compression]

Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]

Hantar ke hospital

Ketegangan Otot

Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda
yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

Rawatan: RICE

Terkehel

Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu,
siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh
menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

Rawatan:

1. Berikan rawatan renjatan.

2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.

3. Jangan lakukan banyak pergerakan.


4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.

5. Hantar segera ke hospital.

Semua kecederaan sukan yang dialami semasa bertanding atau latihan mestilah diuruskan dan
diperiksa untuk menentukan sama ada mangsa itu dibenarkan meneruskan latihan atau beraksi atau
dirujuk dengan segera kepada pakar perubatan.

Terdapat beberapa kaedah pengurusan menilai kecederaan sukan.

kaedah pertama ( TOTAPS )

Talk - bolehkah mangsa itu bercakap, bertanya kepdanya peringkat

kesakitan dan tempat kecederaan

Observe - perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa

terutamanya kecederaan yang dialami ke atas kepala mangsa.

Touch - rasakan tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau

deformiti anggota badan tersebut.


Active

Movement - suruh mangsa gerakkan anggota badan yang cedera, sekiranya

mangsa rasa sakit rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.

Passive

Movement - gerak perlahan bahagian yang tercedera untuk periksa tahap

kecederaan. Regangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi

setelah pasti dengan sepenuhnya kecederaan tidak serius.

Stand - suruh mangsa itu berdiri, jalan, lari dan lompat untuk mempastikan

tahap kecederaan. Benarkan mangsa sambung bermain bila tiada

tanda kecederaan yang khusus.

BANTU MULA CPR

CPR - Cardio Pulmonary Resuscitation

DEFINISI

- Satu tindakan bantuan awal bagi memulihkan mangsa yng terhenti pernafasan dengan
menggunakan teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan hembusan pernafasan.
SEJARAH CPR

- Bermula di Baltimore, Amerika pada tahun 1960.

- Teknik mulut ke mulut ditemui oleh Dr. James Elam dan Peter Safar.

- Teknik cardiac compression (tekanan dada) ditemui oleh Dr. Kounwenhowen

- Kedua-dua teknik digabungkan dan dilaksanakan secara menyeluruh pada 1973.

- Mula diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia pada 1986.

- Pindaan Garis Panduan oleh CPR (American Heart Association) dari CPR 2000 ke Garis Panduan CPR
2005.

PROTOKOL CPR

D – Danger (Bahaya)

R – Response (Tindakbalas)

A – Airways (Saluran pernafasan)

B – Breathing (Pernafasan)

C – Circulation (Peredaran darah)

DANGER

- Periksa kawasan persekitaran sama ada selamat dan anda boleh menyelamat, gunakan peralatan
keselamatan diri dan pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh mencederakan diri anda ataupun
mangsa. Alihkan mangsa ke tempat rata dan keras.
RESPONSE

- Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran mangsa, panggil nama (jika tahu) atau
“Encik …encik kenapa ni ?”. Jika tiada reaksi aktifkan “EMS” untuk mangsa.

AIRWAYS

- Guna kaedah “ HEAD TILT CHIN LEFT “. Angkat dagu donggakkan kepala bagi membuka saluran
pernafasan.

- Gunakan kaedah “ JAW TRUST “. Bagi mangsa kemalangan yang teruk.

L : Look (melihat) Pergerakan turun naik dada

L : Listen (mendengar) Dengusan mangsa

F : Feel (merasa) Merasa hembusan dari mulut

BREATHING

- Jika mangsa tak bernafas, berikan 2 hembusan pernafasan dari mulut ke mulut. Jika dada tak naik
posisikan semula kepala mangsa.

- Pastikan hidung dipicit semasa membuat hembusan dan lepaskan picitan ketika selang hembusan.

- Periksa nadi mangsa dengan meletakkan 2 jari pada nadi karotid selama 5 saat.

CIRCULATION

- Jika tiada nadi mulakan tekanan di atas dada dengan menggunakan kedua-dua tangan. Kekuatan
tekanan adalah melalui bahu.
RECOVERY POSITION

- Jika mangsa tersedar atau menunjukkan tanda-tanda pernafasan telah pulih, alihkan mangsa pada
posisi pemulihan.

BANTUAN PERNAFASAN (BAYI)

- 20 kali dalam seminit.

- 1 hembusan setiap 3 saat.

KADAR TEKANAN DADA (BAYI)

- 30 tekanan 2 hembusan.

- 5 pusingan 1 kitaran.

- 150 tekanan 10 hembusan.

- 1/3 inci hingga ½ inci kedalaman tekanan

- Kaedah 2 jari.

BANTU MULA ATAU CPR


Bantu mula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang
diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang
yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi
pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan
pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa itu.
Teknik-teknik CPR
CPR ialah singkatan Cardio –Pulmonary Resuscitation. Cardio bermakna
jantung. Pulmonary bermaksud paru-paru dan Resuscitation bermakna pemulihan.
Tujuannya adalah untuk menyelematkan nyawa sehingga mangsa mendapat
rawatan pakar di hospital. Tambahan pula, CPR yang awal adalah penghubung
penting di dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan
terhenti. CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut ataupun pernafasan
bantuan dengan cara yang lain dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang
mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga
rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung.

PRINSIP DAN PROSEDUR BANTU MULA


Risiko kecederaan biasanya berlaku semasa aktiviti sukan atau aktiviti harian.
Semua kecederaan sukan berlaku semasa pertandingan atau latihan mesti
diuruskan dengan segera supaya kemampuan atlit untuk meneruskan latihan atau
beraksi sejurus mengalami kecederaan harus dirujuk kepada pakar perubatan.
Jenis- jenis kecederaan selalunya berlaku di bahagian tisu lembut serta tulang dan
bahagian lain. Keadaan yang membawa kepada kecenderungan kecederaan adalah
disebabkan oleh keadaan otot, pakaian, alatan atau tempat dan faktor-faktor lain
Antara kaedah mengurus dan menilai kecederaan sukan boleh dilaksanakan tanpa
pakar perubatan ialah TOTAPS, DRABC dan RICER.

TOTEPS

T -Talk

 Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa tentang peringkat kesakitan


dan tempat kecederaan yang di alami

O -Observes
 Perhatikan dan periksa tempat yang kecederaan dan keadaan mangsa
terutamanya kecederaan yang dialami di bahagian kepala

T –Touch

 Sentuh tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau deformity yang


dialami anggota badan yang terlibat.

A - Active Movement

 Arahkan mangsa supaya menggerakkan anggita badan yang tercedera.


Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.

P -Passive Movement

 Bantu pergerakkan secara perlahan bahagian yang tercedera. Tujuan


tindakan ialah untuk memeriksa tahap kecederaan yang dialami. Regangkan
otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah pasti kecederaan adalah
tidak serius.

S -Stand

 Arahkan mangsa berdiri, berjalan, berlari dan melompat untuk memastikan


tahap kecederaan yang dialami. Benarkan atlit beraksi jika tiada berlakunya
kecederaan yang khusus.
DRABC

 Kaedah ini digunakan sebagai proses bantu mula kepada atlit yang tidak
sedarkan diri atau mengalami kejutan. Maksud akronim DRABC serta
langkah-langkah yang terlibat dalam pengurusan bantu mula tersebut adalah
berdasarkan di bawah.

D
Danger – Bahaya

 Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan keselamatan anda


dan mangsa anda, pada prisipnya – alihkan bahaya dari mangsa atau alihkan
mangsa dari bahaya. Contohnya, jika atlit tersepit, singkirkan bendasing yang
menyepit.

R
Respons – Tindak balas

 Cuba gerakan atau perhatikan sebarang gerak balas atlit untuk mengetahui
keadaan sebenar. Panggil nama, tanyakan keadaan, sentuh dan rasa
bahagian badan untuk melihat sebarang respons.

A
Airway – Saluran Udara

 Betulkan kedudukan mangsa. Donggakan kepala mangsa untuk membuka


saluran pernafasan dengan kaedah Head Tilt –Chin Lift/ Dongak Kepala
Angkat Dagu.

 Pastikan salur pernafasan tidak tersekat. Periksa hidung dan mulut atlit
agar tiada bendasing yang menghalang salur pernafasan.

B
Breathing – Pernafasan

 Periksa sama ada atlit masih masih bernafas melalui hidung atau mulut.
Sekiranya tiada pernafasan, berikan bantuan permulihan pernafasan dengan
segera.

C
Circulation – Peredaran Darah

 Bermaksud memeriksa peredaran darah atlit melalui pemeriksaan kadar


denyutan nadi. Kedar yang rendah menunjukkan denyutan nadi. Kadar yang
rendah menunjukkan denyutan jantung yang lemah. Jika terdapat punca
kehilangan darah seperti luka, balut dan tutup luka tersebut.

RISER

 Akronim bagi RICER merujuk kepada perkataan-perkataan Rest, Ice,


Compression, Elevation dan Refer. Kaedah bantu mula RISER adalah
bertujuan untuk mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami
kecederaan, mengurangkan kesakitan yang dialami, mengurangkan
bengkak, mengekalkan kecergasan sementara merawat bahagian yang
cedera, mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang
tercedera dan mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.

 Pengurusan RICER ini sesuai untuk kecederaan sukan seperti terseliuh,


dislokasi, hentakan, sengal, retak dan kontusi, ketegangan dan
kekejangan otot. Atlit yang cedera harus direhatkan. Sebarang pergerakan
ditempat yang cedera akan mengakibatkan peredaran darah meningkat atau
berterusan dan ini akan memburukkan lagi keadaan kecederaan. Ais yang
dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera.
Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberikan rawatan ini.
Jangan benarkan penggunaan ais secara terus ke atas tempat cedera
kerana akan mengakibatkan ice burn dan mematikan sel-sel di sekeliling
tempat yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang
rosak dengan lebih cepat. Bahagian yang cedera harus dibalut bagi tujuan
memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah ke jantung. Hal ini
akan mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian
yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Semua kaedah rawatan
dan bantu mula yang dijelaskan ini adalah berkesan untuk tempoh 48 jam
selepas kecederaan dialami oleh atlit. Walau bagaimanapun, rujukan pakar
perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut,
atlit tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana proses mengurut
berpotensi menimbulkan komplikasi kepada kecedeaan tersebut. Proses-
proses yang terlibat dalam terapi kecederaan biasanya dilakukan setelah
diberi kebenaran oleh pakar perubatan.

R- Rest

 Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang


pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan
pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi
kecederaan.

I- Ice

 Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang
cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan
ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan
mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang
cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami
kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

C- Compression

 Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang


keterlaluan.
E- Elevation

 Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan


mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan
pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih
tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48
jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus
dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlit tidak
digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak
komplikasi.

GAMBAR-GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai