Anda di halaman 1dari 8

PIDATO SPONTAN (3 MINIT)

1. CARA-CARA MENYAYANGI SEKOLAH

Sekolah dapat ditakrifkan sebagai sebuah institusi yang diwujudkan untuk membentuk modal insan
melalui pendidikan yang berkualiti seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Usaha yang
dilaksanankan oleh kementerian untuk mencapai pelan pendidikan negara, telah menjadikan sekolah
lengkap dengan pelbagai fasiliti yang boleh diakses secara percuma demi menjamin keselesaan
pelajar seterusnya meringankan beban ibubapa. Oleh itu, wajarlah kita sebagai warga sekolah
menjalankan tanggungjawab kita terhadap sekolah yang diibaratkan seperti rumah kedua kita ini.
Sidang hadirin yang dihormati
Cara-cara menyayangi sekolah adalah menjaga harta benda sekolah seperti membalut buku
teks/menggunakan tandas secara berhemah/menjaga kerusi dan meja di dalam kelas dengan baik.
Hadirin yang dikasihi,
Seterusnya, kita hendaklah mematuhi peraturan sekolah seperti memakai pakaian seragam
sekolah/datang ke sekolah pada waktu yang telah ditetapkan/tidak ponteng sekolah.
Sidang dewan sekalian,
Selain itu, cara-cara menyayangi sekolah ialah menunjukkan kecemerlangan dalam akademik
seperti mendapat keputusan yang cemerlang dalam upsr dan akhir sekali, cara-cara menyayangi
sekolah adalah dengan mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum seperti mewakili
sekolah dalam sukan dan permainan.
Sidang dewan yang penuh santun,
Kesimpulannya, murid-murid perlu menyayangi sekolah masing-masing kerana di situlah tempat
mereka menimba ilmu dan membina masa depan. Ingin saya tegaskan semula,
Cara-cara menyayangi sekolah,
Pertama; menjaga harta benda sekolah
Kedua;mematuhi peraturan sekolah
Ketiga;mengharumkan nama sekolah dalam bidang akademik dan kurikulum

2. FAEDAH-FAEDAH MEMBACA

Seperti tubuh badan manusia, minda manusia juga memerlukan makanan. Nah, adakah warga dewan
sekalian tahu apakah santapan minda? Di sini, saya ingin memberitahu bahawa ilmu pengetahuan
adalah makanan kepada minda manusia. Cukup ilmu,kenyanglah minda.
Ilmu boleh diperoleh dengan membaca. kita akan dapat banyak manfaat sekiranya kita menanamkan
tabiat membaca dalam diri.
Hadirin yang dikasihi,
Antara faedah membaca ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan dimana Pengetahuan am
kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak. Seterusnya, jika kita membaca, kita dapat
mempeluaskan kosa kata kita ini penting dalam penulisan bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Sidang dewan sekalian,
Selain itu, faedah membaca ialah,kita dapat mengisi masa lapang dengan amalan yang berfaedah
seterusnya menggelakkan kita dari melakukan perkara yang sia-sia.
Sidang dewan yang penuh santun,
Kesimpulannya, kita hendaklah menanamkan tabiat membaca dalam diri kita agar kita menjadi
seorang insan yang cemerlang kerana Membaca adalah jambatan ilmu . Ingin saya tegaskan semula,
Faedah-faedah membaca,
Pertama; membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan
Kedua;membaca dapat memperluaskan kosa kata
Ketiga;dengan membaca kita dapat mengisi masa lapang dengan amalan yang berfaedah

3. KEPENTINGAN AMALAN BERGOTONG ROYONG


Negara Malaysia sinonim dengan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu
perpaduan menjadi tonggak utama penyatuan kaum di negara kita yang harmoni ini. Di sini, suka saya
menyatakan bahawa, amalan bergotong royong dalam masyarakat dapt membentuk perpaduan tang
utuh di negara ini. Ini kerana gotong-royong boleh ditakrifkan sebagai amalan bekerja bersama-sama
sesama kita.
Warga dewan yang dikasihi,
Antara kepentingan amalan bergotong royong adalah ia akan memudahkan kerja yang sukar kerana
kita melakukannya secara beramai-ramai bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Sidang dewan sekalian,
Seterusnya, kepentingan bergotong-royong adalah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim
antara kita dan menambah kenalan baharu yang datang ari pelbagai kaum di kejiranan kita.
Kemudian, kepentingan bergotong-royong adalah kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti
yang berfaedah kerana bergotong-royong merupakan aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan
kita.
Warga dewan yang penuh santun,
Kesimpulannya, kita haruslah mengamalkan aktiviti bergotong-royong dalam masyarakat kita agar
dapat melahirkan masyarakat yang bermoral seterusnya mengekalkan keharmonian dalam
masyarakat. Ingin saya tegaskan semula,
Kepentingan amalan bergotong royong
Pertama; dapat memudahkan kerja yang sukar
Kedua;mengeratkan silaturahim
Ketiga;masa lapang kita dapat diisi dengan amalan yang berfaedah

4. FAEDAH MENYERTAI KOKURIKULUM

Di sekolah, kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dalam akademik, tetapi juga dalam bidang
kokurikulum. Kegiatan kokurikulum dapat ditakrifkan sebagai kegiatan yang lakukan oleh para
pelajar di luar bilik darjah dan di luar waktu persekolahan. Penyertaan murid dalam cabang aktiiti
kokurikulum iaitu badan beruniform, kelab dan persatuan dan sukan dan permainan menyahut cabaran
pelan pendidikan negara kita. Oleh itu, pengisian aktiviti waktu petang murid ini banyk memberi
manfaat kepada setiap pelajar
Warga dewan yang dikasihi,
Antara faedah menyertai Kegiatan adalah dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar
seperti saling bekerjasama, dan belajar berdikari melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan contohnya
perkhemahan/lawatan/pertandingan.
Sidang dewan sekalian,
Selain itu, faedah menyertai kegiatan kokurikulum adalah murid dapat mengisi masa lapang dengan
aktiviti yang berfaedah seperti bermain, berkhemah, berkawad dan sebagainya. Akhir sekali, antara
faedah menyertai aktiviti kokurikulum adalah dapat mengeratkan silaturahim antara murid dan
kenalan baharu melalui aktiviti dan pertandingan yang diadakan.
Warga dewan yang penuh santun,
Kesimpulannya, menyertai kegiatan kokurikulum bukan sahaja dapat memberi manfaat, malah
menjamin kecemerlangan dari jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ingin saya tegaskan semula,
Faedah menyertai kegiatan kokurikulum,
Pertama; dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar
Kedua; dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
Ketiga; dapat mengeratkan silaturahim antara murid dan kenalan baharu

5. CARA MENJAGA KEBERSIHAN SEKOLAH

Sekolah dapat ditakrifkan sebagai sebuah institusi yang diwujudkan untuk membentuk modal insan
melalui pendidikan yang berkualiti seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Usaha yang
dilaksanankan oleh kementerian untuk mencapai pelan pendidikan negara, telah menjadikan sekolah
lengkap dengan pelbagai fasiliti yang boleh diakses secara percuma demi menjamin keselesaan
pelajar seterusnya meringankan beban ibubapa. Oleh itu, wajarlah kita sebagai warga sekolah
menjalankan tanggungjawab kita terhadap sekolah yang diibaratkan seperti rumah kedua kita ini.
Sidang hadirin yang dihormati,
Antara cara-cara menjaga kebersihan sekolah adalah, dengan mengamalkan amalan hijau seperti
mengadakan pertandingan penghijauan bilik darjah. Dengan adanya pertandingan seperti inu,
setiap pelajar dan guru lebih bersemangat untuk menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-
masing kerana hadiah yang diterima merupakaan salah satu penghargaan atas usaha yang telah
dilakukan
Warga dewan yang dikasihi,
Seterusnya, cara-cara menjaga kebersihan sekolah adalah, dengan mengadakan gotong-royong
berkala. Gotong-royong ini boleh dilakukan dengan kerjasama pihak PIBG untuk sama-sama menjaga
sekolah anak-anak mereka. Akhir sekali, cara-cara menjaga kebersihan sekolah adalah,menerapkan
budaya kelas kita tanggungjawab kita dalam diri murid-murid. Dimana guru kelas mewujudkan
jadual bertugas harian murid-murid dan murid secara automatik akan menjalankan tugas harian
mereka contohnta menyapu sampah, membersihkan papan tulis dan menyusun atur kerusi dan meja.
Warga dewan yang penuh santun,
Kesimpulannya,usaha untuk menerapkan nilai cintakan sekolah ini hendaklah bermula di rumah
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dan tidak boleh dipandang enteng kerana sekolah
bersih dapat menjamin kecemerlangan pelajar. Ingin saya tegaskan semula,
Cara-cara menjaga kebersihan sekolah,
Pertama; mengadakan pertandingan penghijauan bilik darjah
Kedua; mengadakan gotong-royong berkala
Ketiga; menerapkan budaya kelas kita tanggungjawab kita

6. CARA-CARA MENGHORMATI GURU

Guru umpama lilin yang membakar diri kita demi menerangi hidup kita semua. Beliau adalah insan
yang banyak berkorban demi masa hadapan kita. Kita wajib menghormati guru dengan pelbagai cara.
Warga dewan yang dihirmati,
Antaranya, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar. Contohnya kita
tidak berbuat bising, mengganggu rakan-rakan dan bermain-main di dalam kelas. Kesannya, kita akan
memahami apa-apa ilmu yang disampaikan oleh guru serta menjadi seorang murid yang cemerlang
dan insan yang berguna pada masyarakat.
Sidang dewan yang dikasihi,
Selain itu, kita harus belajar bersungguh-sungguh. Kita patut membuat kerja rumah yang telah
diberikan oleh guru-guru dan mengulang kaji pelajaran. Kesannya, kita dapat menjawab soalan
peperiksaan dengan mudah dan dapat meraih kecemerlangan yang cemerlang.
Di samping itu, kita wajarlah berbudi bahasa dan bersopan-santun apabila lalu di hadapan guru.
Antarannya seperti memberi salam dan tidak berkasar apabila bercakap dengan guru. Justeru, kita
akan disenangi, disayangi dan dihormati oleh guru-guru dan rakan-rakan.
Akhir sekali, kita patut menghargai jasa guru yang telah banyak berbakti kepada kita. Contohnya, kita
boleh mengunjungi guru yang sakit ataupun sewaktu Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, kita juga boleh
memberikan hadiah kepada guru sebagai tanda terima kasih. Kesannya, kita boleh menggembirakan
hati guru yang kita sanjungi.
Warga dewan yang penuh santun,
Kesimpulannya, guru adalah insan yang menyuluh hidup kita. Guru juga ibarat ibu bapa kedua bagi
kita ketika berada di sekolah. Justeru, kita wajib menghormati guru dengan pelbagai cara.
Ingin saya tegaskan semula,
Cara-cara menghormati guru,
Pertama; menumpukan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar
Kedua; membuat kerja rumah yang telah diberikan oleh guru-guru
Ketiga; menghargai jasa guru

7. CARA-CARA MENJADI MURID CEMERLANG


Sangat baik; itulah definisi cemerlang mengikut dewan bahasa dan pustaka. Menjadi murid yang
cemerlang adalah impian setiap pelajar. Tetapi, kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dalam
intelek tetapi juga dari segi jasmani emosi dan rohani. Oleh itu, kita hendaklah berusaha menjadi
murid yang cemerlang kerana setiap kejayaan tidak datang dengan sendirinya.
hadirin yang dihormati,
Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka. Kefahaman akan
kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang perlu diberi penekanan lebih
mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara sistematik bagi menangani kelemahan tersebut.
hadirin yang dikasihi,
Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual sebegini menjadikan
murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja berkaitan dengan
pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut penting seperti berbual-bual dengan rakan dan bersukan.
Kepatuhan mematuhi jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu kehidupan belajar yang
seimbang.
sidang dewan sekalian,
Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan. Semua subjek harus
diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk memastikan murid memahami subjek itu secara
mendalam. Latihan yang sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan
kelak.
Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan pemakanan seimbang
bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan seseorang murid itu. Keadaan ini boleh
menjadikan murid lebih yakin dan tenang menghadapi sebarang cabaran peperiksaan yang muncul.
Warga dewan yang penuh santun,
Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang
dalam pelajaran kerana ia pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru. Ingin saya tegaskan
semula,
Cara-cara menjadi murid cemerlang
Pertama; sedar akan kelemahan diri
Kedua; memiliki jadual belajar yang efektif
Ketiga; memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan
Keempat; menekankan aspek kesihatan

8. FAEDAH MENABUNG

Izinkan saya merungkaikan maksud pidato spontan saya pada hari ini. Menurut kamus dewan, faedah
bermaksud guna atau manfaat. Manakala menabung pula menyimpan wang di bank atau di dalam
tabung. Menabung wang dapat mendisiplinkan diri kita. Kesabaran dan kesanggupan berkorban demi
masa hadapan menjadi pemangkin seseorang untuk menabung. Sesungguhnya, menabung
merupakan satu amalan yang sangat mulia. Terdapat banyak faedah sekiranya kita menabung.
Menabung ditakrifkan sebagai amalan menyimpan lebihan wang saku.
Hadirin yang dihormati,
Antara faedah menabung adalah menyemai Sikap berjimat cermat dan bertanggungjawab terhadap
diri sendiri sendiri serta kehidupan masa hadapan. Apabila kita menabung wang, kita akan dapat
mengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros yang akan merugikan diri kita sendiri. Dalam
Agama Islam ada menyatakan bahawa sikap boros itu merupakan sahabat syaitan. Oleh hal demikian,
dengan menabung wang kita akan belajar Manahan nafsu daripada berbelanja berlebih-lebihan.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Seterusnya, amalan menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan beban kewangan ibu
bapa di dalam sesebuah institusi keluarga. Ibu bapa sentiasa bekerja siang dan malam bagai lebah
mengumpulkan madu demi membiayai kos kehidupan yang semakin meningkat. Peribahasa melayu
ada mengatakan ingat sebelum kena dan berjimat sebelum habis juga telah menjelaskan kepada kita
bertapa pentingnya penggunaan wang secara bijak agar tidak berlakunya pembaziran wang.
Dewasa ini, ramai anak muda Berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading samaada di instusi
pengajian tinggi awam mahupun swasta. Justeru itu, wang yang banyak perlu disediakan. Dengan
menabung kualiti kehidupan yang lebih baik, dapat dinikmati.
Sidang dewan yang dihormati,
Wang yang ditabung boleh menjadi modal untuk melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan
kehidupan yang lebih baik kepada ayahda dan bonda. Sesungguhnya menabung adalah sebagai
persediaan masa hadapan khususnya dalam pelajaran. Oleh hal demikian, jika kita mengamalkan
alamalan menabung wang sejak kecil, sudah pastilah masalah kekurangan wang untuk belajar akan
dapat diatasi apabila kita telah bersiap sedia sejak awal lagi.
Warga dewan yang penuh santun,
Kesimpulannya, Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Anak-anak digalakkan
menabung. Sekiranya kita telah bersedia lebih awal menyimpan wangsudah pasti masalah
kesempitan di kala kecemasan dapat di atasi. Seterusnya dapat menanam nilai berdikari di samping
mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang amat bermakna.
Ingin saya tegaskan semula,
Faedah-faedah menabung
Pertama; menyemai Sikap berjimat cermat
Kedua; membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa
Ketiga; menjadi modal untuk melanjutkan pelajaran

9. BUDI BAHASA AMALAN MULIA


Menurut kamus dewan edisi ke 4, terbitan tahun 2007, budi bahasa merujuk kepada tingkah laku dan
pertuturan seseorang, amalan pula sesuatu yang dilakukan sebagai kebiasaan manakala mulia
bermaksud terpuji. Apabila digabungkan, dapatlah disimpulkan bahawa budi bahasa amalan mulia
menzahirkan betapa pentingnya seseorang itu mengamalkan tingkah laku yang terpuji sebagai gaya
hidup.
Hadirin yang dihormati,
Masyarakat kita sinonim dengan pepatah budi bahasa budaya kita. Oleh itu, amat penting bagi kita
untuk mengamalkan amalan berbudi bahasa. Ini kerana, budi bahasa melambangkan bangsa kita
iaitu bangsa malaysia yang terkenal dengan nilai murni di mata dunia.
Warga dewan yang dikasihi,
Seterusnya, amalan berbudi bahasa ini merupakan tuntuan setiap agama kerana tiada satu pun
agama yang mengalakkan penganutnya melakukan tingkahlaku yang negatif. Akhir sekali, penerapan
budi bahasa ini hendaklah bermula di rumah oleh ibubapa, di sekolah pula oleh guru, manakala
media massa pula hendaklah menyiarkan drama-drama yang menunjukkan nilai budi bahasa yang
sopan.
Sidang dewan yang penuh santun,
Kesimpulannya, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang
bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Ingin saya tegaskan
semula,
Budi bahasa amalan mulia
Pertama; budi bahasa melambangkan bangsa
Kedua; berbudi bahasa ini merupakan tuntuan setiap agama
Ketiga; penerapan nilai budi bahasa tanggungjawab bersama

10. CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DIRI DI JALAN RAYA


Saban hari kita mendengar dan membaca banyak berita mengenai kemalangan jalan raya yang ngeri
sehingga mengorbankan banyak nyawa dan pada masa yang sama ramai yang mengalami kecederaan
parah dan kehilangan anggota badan. Kajian telah membuktikan bahawa kebanyakan kemalangan
adalah berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri. Oleh yang demikian adalah penting
setiap dari kita menjaga keselamatan di jalan raya.
Sidang dewan yang dihormati,
Antara cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya ialah dengan merancang perjalanan kita terlebih
dahulu. Hal ini demikian kerana banyak kemalangan berpunca daripada pemanduan yang terburu-
buru dan hendak cepat sampai ke destinasi. Perjalanan yang tidak dirancang menyebabkan seseorang
itu memandu laju dan secara melulu kerana bimbang terlewat. Jika sesuatu perjalanan dirancang
terlebih dahulu maka seseorang itu boleh memandu dengan tenang.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, kita semua sepatutnya mematuhi semua undang-undang dan peraturan jalan raya.
Banyak kemalangan jalan raya berpunca daripada kegagalan mematuhi undang-undang dan
peraturan. Sebagai contoh, melihat ke kiri dan kanan jalan terlebih dahulu sebelum melintas,kita
hendaklah memakai pakaian yang bewarna cerah atau terang pada waktu gelap dan kita hendaklah
menggunakan lintasan belang atau jenjatas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan apabila hendak
melintas jalan supaya keselamatan kita lebih terjamin.
Hadirin sekalian,
Kita juga perlu bertindak bijak sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Kita sepatutnya memeriksa
terlebih dahulu kenderaan kita. Kita mesti memastikan semua komponen keadaan kita berfungsi
dengan baik. Sistem brek, lampu isyarat, lampu hadapan dan tayar kenderaan kita perlu berada dalam
keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Warga dewan yang penuh santun,
Kesimpulannya,Menjaga keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab semua. Jika semua
pengguna jalan raya menjaga keselamatan, maka kemalangan dapat dielakkan. Ingin saya tegaskan
semula,
Cara menjaga keselamatan diri dijalan raya,
Pertama; merancang perjalanan kita terlebih dahulu.
Kedua; mematuhi semua undang-undang dan peraturan jalan raya
Ketiga; memeriksa terlebih dahulu kenderaan sebelum memulakan perjalanan

11. PENTINGNYA MENEPATI MASA

Pepatah masa itu emas sinonim dengan betapa pentingnya menepati masa dalam kehidupan
seharian.

Hadirin yang dohormati,

Antara kepentingan menepati masa adalah, kerja dapat disiapkan mengikut masa yang telah
ditetapkan, oleh itu kerja kita akan lebih bermutu kerana kita tidak melakukannya dengan terburu-
buru.

Hadirin yang dikasihi,

Seterusnya, jika kita menepati masa, kita akan dipercayai oleh orang disekililing kita kerana orang
yang menepati masa ini adalah orang yang menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya.
Kemudian, dengan menepati masa, kita dapat melatih diri kita berdisiplin seperti tidak mungkir janji
dan dapat menguruskan masa dengan bijak.

Sidang dewan yang penuh santun,


Kesimpulannya, menepati masa akan membuatkan seseorang itu lebih fokus untuk berjaya. Ingin saya
tegaskan semula,
Kepentingan menepati masa,
Pertama; , kerja dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan
Kedua; kita akan dipercayai
Ketiga; kita dapat melatih diri kita berdisipln

12. KESUNGGUHAN MEMBAWA KEJAYAAN.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan pustaka,kesungguhan bermaksud ketekunan dan


kerajinan. Manakala kejayaan membawa maksud cemerlang. Berdasarkan definisi ini, jelaslah
bahawa kesungguhan merupakan asas kejayaan yang cemerlang.
Hadirin yang dihormati,
Oleh itu, kita hendaklah menanamkan sikap bersungguh-sungguh dalam diri. Ini Kerana, Orang yang
sentiasa bersungguh-sungguh tidak akan mudah putus asa walaupun mengalami kegagalan. Hadirin
yang dikasihi,

Seterusnya, Kesungguhan merupakan salah satu cabang nilai murni dimana jika di amalkan ia akan
melahirkan insan yang sentiasa ingin berjaya dalam setiap perkara. Selain itu, bersungguh-sungguh
dalam semua perkerjaan akan menbuahkan hasil yang bermutu dan cemerlang. Ini kerana, orang
yang bersungguh-sungguh akan mendalami tugas yang diamanahkan kepada mereka agar hasilnya
memuaskan hati semua pihak.

Warga dewan yang penuh santun,

Kesimpulannya, jika kita ingin berjaya kita hendaklah bersungguh untuk mncapainya kerana yang
bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang. Ingin saya tegaskan
semula,
Kesungguhan membawa kejayaan,
Pertama; Orang yang sentiasa bersungguh-sungguh tidak akan mudah putus asa walaupun
mengalami kegagalan
Kedua; Kesungguhan merupakan salah satu cabang nilai murni
Ketiga; bersungguh-sungguh dalam semua perkerjaan akan menbuahkan hasil yang bermutu dan
cemerlang.

13. AMALAN MAKAN MAKANAN SEIMBANG

14. FAEDAH BERSUKAN


15. FAEDAH MENGHADIRI KELAS BIMBINGAN

Anda mungkin juga menyukai