Anda di halaman 1dari 66

MODUL PEMANTAPAN PENGUASAAN

BAHASA MELAYU

SINTAKSIS
FRASA, KLAUSA, STUKTUR BINAAN AYAT,
JENIS AYAT, BENTUK AYAT,
PROSES PENERBITAN AYAT
MODUL PEMANTAPAN PENGUASAAN
MPPBM

BAHASA MELAYU

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

KONSEP SINTAKSIS

Ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan


binaan ayat Pencerahan:
Unsur yang dikaji ialah frasa, klausa dan ayat Tumpuan pada aspek
bahasa yang sering
menjadi masalah bagi
pengguna bahasa Melayu
dari segi frasa dan ayat

Tugasan:
Nyatakan bidang-
bidang dalam kajian
sintaksis

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

FRASA
Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang Aktiviti:
mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan Sila cari
maklumat
tambahan sama
Frasa juga satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas ada daripada
menjadi dua perkataan atau lebih. rangkaian Internet
atau mana-mana
sumber
Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat.

Dalam susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen


kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Tugasan:
Senaraikan
perbezaan
antara frasa
dengan klausa.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

FRASA

Perhatikan contoh frasa di bawah:


burung frasa diperluas
menjadi
seekor burung

burung serindit

seekor anak burung

seekor anak burung serindit

Tugasan:
Sila beri contoh frasa
lain

Cekap Bahasa Melayu


MPPB

Kesimpulan

AYAT Anak orang itu sedang makan.


KLAUSA Aplikasi:
anak orang itu sedang makan
Menggunakan media
FRASA anak orang itu sedang makan daripada mana-mana
PERKATAAN sumber melibatkan situasi
anak orang itu sedang makan
tersebut. .

Tugasan:
Nyatakan bidang-
bidang dalam kajian
sintaksis

Cekap Bahasa Melayu


MPPB
Jenis-jenis Frasa

Frasa Nama (FN)


Panduan:
Tumpuan pada FN, FK dan
FA yang sering mengelirukan
Frasa Kerja Frasa Sendi pengguna-pengguna bahasa
(FK) Nama (FS) Melayu

Frasa Adjektif (FA)

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

BINAAN FRASA

Binaan ayat dasar bahasa Melayu terdiri


daripada konstituen utama iaitu subjek
dan predikat. Unsur-unsur yang Pencerahan:
membentuk dua konstituen utama ayat- Pola ayat dasar Bahasa
ayat dasar bahasa Melayu seperti Melayu terdiri daripada:
berikut: FN + FN, FN + FK,
FN + FA dan FN + FS
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

POLA AYAT DASAR

Subjek Predikat Susunan Aplikasi:


Frasa nya Menggunakan media
Nama daripada mana-mana
Syed Jamal pelukis tersohor FN + FN sumber melibatkan situasi
tersebut. .
Cikgu Aini mengajar saya FN +FK

Kucing itu sangat comel FN + FA

Ayah ke Kuala FN + FS
Terengganu Tugasan:
Berdasarkan maklumat
yang telah diberikan, bina
empat ayat baharu
berdasarkan pola ayat
dasar.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

KLAUSA

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan


yang mengandungi subjek dan predikat
yang menjadi konstituen kepada ayat.
Klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu
klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas ialah klausa yang boleh


berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai
ayat lengkap apabila diucapkan dengan
intonasi yang sempurna.

Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri


disebut sebagai klausa tak bebas.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

KLAUSA

Perhatikan contoh di bawah:


i. Awak pandai kerana awak rajin belajar.
ii. Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan.

klausa bebas/
klausa utama klausa tak bebas

iii. Walaupun tanpa diundang mereka akan datang.


iv. Ketika kami datang adik sedang menangis.

klausa tak bebas klausa bebas/klausa utama

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

STRUKTUR BINAAN AYAT

Pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu


binaan atau konstruksi

Terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata


dikenali sebagai unsur atau konstituen

Contoh : Ayat 1 ialah satu binaan yang mengandungi dua


unsur iaitu 2 dan 3
1. Ahmad tertidur.
2. Ahmad
3. tertidur

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

STRUKTUR BINAAN AYAT

• Umumnya ayat dalam BM jauh lebih panjang dan


kompleks
• Dianalisis terdiri daripada unsur klausa
• Terkandung di dalamnya beberapa unsur frasa dan tidak
hanya perkataan
• Frasa yang terdapat dalam sesuatu ayat mempunyai unsur-
unsur tersendiri yang terdiri daripada unsur frasa yang lebih
kecil dan setiap satu unsur frasa yang kecil mengandungi
unsur perkataan

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

PEMBAHAGIAN SUBJEK DAN PREDIKAT

• Penutur asli - kecekapan berbahasa @ daya pengetahuan untuk


mengetahui struktur unsur @ struktur konstituen setiap ayat dalam
bahasanya
• Kebolehan memenggal ayat menjadi dua bahagian unsur frasa
• Contoh :
1. Petani itu membajak sawahnya setiap hari.
2. Petani itu (S)
3. membajak sawahnya setiap hari (P)

• Pemenggalan ayat – secara tradisi dikenali sebagai pemenggalan frasa


subjek dan frasa predikat
• Bagi ayat 1 frasa subjek ialah petani itu, manakala frasa predikat ialah
membajak sawahnya setiap hari.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Pembahagian Subjek dan Predikat

• Subjek kepada sesuatu bentuk ayat ialah konstituen yang terdiri


daripada satu perkataan @ beberapa perkataan - bersifat frasa
nama & menjadi judul @ unsur yang diterangkan
• Predikat – kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa
dan menjadi unsur yang menerangkan subjek
• Kebanyakan frasa setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa
nama

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Pembahagian Subjek dan Predikat

• Subjek kepada sesuatu bentuk ayat ialah konstituen yang


terdiri daripada satu perkataan @ beberapa perkataan -
bersifat frasa nama & menjadi judul @ unsur yang
diterangkan
• Predikat – kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu
frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek
• Kebanyakan frasa setiap ayat hanyalah terdiri daripada
frasa nama

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Jenis Ayat

Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis,


berdasarkan, intonasi, lagu bahasa dan
tujuannya. Jenis-jenisnya ialah:
1. Ayat Penyata
2. Ayat Tanya
3. Ayat Perintah
4. Ayat Seruan

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan


maksud membuat satu pernyataan. Ayat
penyata mempunyai tujuan menyatakan atau Aplikasi:
memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat Menggunakan media
jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau daripada mana-mana
ayat keterangan. sumber melibatkan situasi
tersebut. .
Perhatikan contoh di bawah ini:
1. Saya mempunyai sebuah komputer.
2. Dia sudah pandai menghantar e-mel.
3. Mereka sedang menyiapkan tugasan.
Tugasan:
Berikan ciri ayat
penyata

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Tanya

• Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk


menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada
suara dan penggunaan perkataan tertentu.
• Ayat tanya digolongkan kepada dua jenis iaitu ayat
tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata
tanya.
• Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan
dengan nada suara meninggi sebelum kensenyapan
pada akhir ayat. Dalam tulisan nada tanya ini
dilambangkan dengan tanda soal (?).
• Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya -
kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan
fokus atau judul ayat.
• Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang
menggunakan kata tanya seperti apa, bila, siapa,
berapa, bagaimana, mengapa dan sebagainya.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM
Ayat Tanya

Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:

Contoh ayat Jenis ayat tanya


1. Awak sudah mandi? ayat tanya tanpa kata tanya
2. Mereka pergi ke sekolah?
1. Awak sudah mandikah? ayat tanya dengan kata partikel
2. Mereka pergi ke sekolahkah? tanya –kah

1. Siapa guru awak? ayat tanya dengan kata tanya


2. Mana satu pilihan awak?
1. Dia mengajar di mana? ayat tanya dengan frasa sendi
2. Awak hendak membujang sampai bila? nama tanya

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan


tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan
menggunakan kata ganti nama orang kedua
seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang
digugurkan.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Perintah

Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis


seperti yang berikut:
i. Ayat suruhan : Ayat yang diucapkan dengan tujuan
memberi perintah atau arahan. Dalam ayat ini subjek
ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu,
engkau dan selainnya digugurkan.

Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis


seperti yang berikut:

ii. Ayat larangan : Ayat menggunakan kata larangan


seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja
untuk tujuan menegah seseorang melakukannya.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Perintah

Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis


seperti yang berikut:

iii. Ayat silaan : Ayat yang menggunakan kata


silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja
dengan tujuan menjemput atau mempersilakan
seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada
permulaan ayat.

Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis


seperti yang berikut:

iv. Ayat permintaan : Ayat yang menggunakan kata


permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan
memohon permintaan dan pertolongan.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Perintah

Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:


Contoh ayat Jenis ayat
perintah
1. Awak siapkan kerja itu
Aplikasi:
sekarang. Sila buat bacaan tambahan
ayat suruhan dengan merujuk pelbagai
2. Makanlah kuih- muih ini
dahulu. sumber.
1. Usah bertanya ke mana
aku pergi. ayat larangan
2. Jangan ambil wang orang.
1.Sila datang ke rumah saya
petang ini.
ayat silaan
2.Jemputlah hadir ke majlis
pertunangan kami.
Tugasan:
1. Minta tuan-tuan jelaskan
yuran pengajian. ayat permintaan
Bandingkan binaan
2. Tolong hantarkan tugasan antara ayat penyata
itu sebelum hari Isnin. dengan ayat tanya.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Bentuk Ayat

1. Ragam ayat, iaitu:


• ayat aktif
• ayat pasif
2. Susunan ayat, iaitu:
• susunan biasa
• susunan songsang
3. Binaan ayat, iaitu:
• ayat dasar
• ayat tunggal
•Ayat terbitan/ayat majmuk

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ragam Ayat

. – Dalam bidang sintaksis, kejadian ayat aktif


dan ayat pasif tergolong dalam huraian
ragam ayat
– Ayat aktif mengandungi kata kerja yang
mengutamakan subjek asal sebagai judul
– Ayat pasif pula mengutamakan subjek
terbitan sebagai judul.

Cekap Bahasa Melayu


Ragam Ayat – Ayat Aktif
MPPBM

a. Ayat Aktif Transitif

• Subjek menjadi pelaku dan objek menjadi penderita. Rumusnya: KKT +


Obj (FN/Klausa Komplemen).
• Awalan meN dianggap penanda ayat aktif.
• Ayat aktif transitif bentuk tunggal terjadi daripada ayat yang mengandung
FN sebagai subjek dan FN juga sebagai objek kata kerja.
• Ayat yang mengandung KKT yang mempunyai ciri Adj (+kp) boleh
digugurkan objeknya.
• Klausa komplemen sebagai objek hanya wujud dalam ayat majmuk

* Mahasiswa itu mementaskan drama.


* Ketua Jabatan saya menghadiahi pegawai itu sijil kepujian.
* Perbuatannya itu sungguh mengecewakan saya.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ragam Ayat – Ayat Aktif

b. Ayat Aktif Tak Transitif


.
• Dengan keterangan yang boleh digugurkan:
* Penduduk desa sedang mandi (di sungai)
* Dia bersedih (sepanjang minggu)
* Rumput menghijau (di halaman rumahnya)
* Pokok itu tumbang (dengan kuatnya)

• Dengan pelengkap (keterangan yang tidak boleh digugurkan):


* Ayah berada di Kota Bharu
* Mereka tinggal di Kampung Baru Kuala Lumpur.
* Musafir itu tidur beralaskan mengkuang.
* Adiknya menjadi peguam.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ragam Ayat – Ayat Pasif

.
1. Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

SUBJEK KATA KERJA OLEH + KETERANGAN


PASIF FRASA NAMA
Penjenayah ditembak oleh polis malam tadi.
itu
Tingkap itu dibuka oleh anaknya sejak pagi tadi.
Kereta ini terbeli juga olehnya semasa menuntut
di London.
Buku itu terambil olehku ketika berbincang
di kelas.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM
Sambungan…

• Bagi ayat pasif yang berkata kerja ‘di’, kata sendi ‘oleh’ pada binaan
oleh+FN yang kedudukan selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa
merosakkan struktur ayat.
• Contoh:
1. Penjenayah itu ditembak polis malam tadi.
2. Tingkap itu dibuka anaknya sejak pagi tadi.

• Jika binaan ‘oleh+FN’ terletak jauh daripada kata kerja, maka ‘oleh
tidak boleh digugurkan.
• Contoh:
1. Penjenayah itu ditembak malam tadi oleh polis.
• Jika ayat pasif berkata kerja pasif ‘ter’, maka kata sendi ‘oleh’ tidak
boleh digugurkan
• Contoh:
1. Kereta ini terbeli juga olehnya semasa menuntut di London.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Sambungan…

2. Ayat pasif juga terbentuk dengan kata kerja berimbuhan ‘ber’,


3. Ayat pasif juga terbentuk dengan kata kerja berimbuhan‘ke….an’

Contohnya:

Cekap Bahasa Melayu


4. Ayat pasif dengan ganti nama diri orang
MPPBM

pertama
5. Ayat pasif dengan ganti nama diri orang
kedua

• Kata ganti nama diletakkan di hadapan kata kerja dasar.


• Kata ganti nama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif
‘di’
• Kata ganti nama juga berfungsi sebagai penanda pasif
• Contoh:

SUBJEK FRASA KERJA PASIF KETERANGAN


DENGAN GANTI NAMA
PERTAMA /KEDUA
Buku itu jangan sekali-kali kaubaca lagi.

Masalah itu akan aku selesaikan dengan segera.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM
6. Ayat pasif dengan kata bantu ‘kena’

• Ayat pasif yang mempunyai perkataan ‘kena’ di hadapan kata kerja dasar
yang tidak menerima awalan binaan oleh + FN boleh digugurkan
• Contoh:

SUBJEK KENA KATA KERJA OLEH+FRASA


DASAR NAMA
Dia kena marah (oleh cikgu).
Pengedar kena tangkap (oleh polis).
dadah itu
Tentera kena serang (oleh pengganas).

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Susunan Ayat

Susunan ayat terbahagi kepada dua:

1. Susunan Biasa 2. Susunan Songsang


– Ayat yang mempertahankan pola ayat – Bertentangan dengan susunan biasa.
dasar. – Frasa predikat mendahului frasa subjek
– Frasa subjek mendahului frasa predikat Contoh:
Contoh : 1. Seorang tentera Ali.
2. Milik seorang saudagar dari luar
1. Ali seorang tentera.
negara rumah batu besar itu
2. Rumah batu besar itu milik seorang
saudagar dari luar negara.

Tugasan:
Berikan ciri susunan biasa
dan susunan songsang.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

AYAT

AYAT AYAT
TUNGGAL MAJMUK

Ayat Tunggal

Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu


yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu
konstituen predikat.

Oleh yang demikian, ayat-ayat tunggal, seperti


ayat-ayat jenis lain juga, terbit daripada ayat dasar.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Tunggal

Jika diperhatikan dalam bahagian ayat dasar di atas, binaan ayat


dasar mempunyai konstituen subjek yang mendahului konstituen
predikatnya.

Binaan ayat tunggal menyamai binaan ayat dasar, iaitu terkandung


di dalamnya satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat

Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah


bahagian ayat menerangkan.
Contoh:
1. Encik Ahmad/pensyarah
2. Bangunan itu/ tinggi sekali

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Tunggal

Contoh:
– Ayah Ali peguam.
– Dia membaca akhbar itu.
– Pelumba lari itu sangat letih.
– Dia ke Melaka pagi tadi.
– Walau bagaimanapun, tidak semua ayat tunggal terdiri daripada
subjek yang diikuti oleh predikat seperti dalam ayat songsang.
– Contoh:
– Dia ke Melaka pagi tadi. (Ayat dasar)
– Ke Melaka dia pagi tadi. (Ayat songsang)

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Tunggal

• Binaan Subjek
Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang
terbentuk daripada salah satu unsur iaitu kata nama,
kata ganti nama, kata kerja dan kata adjektif (yang
berfungsi sebagai kata nama).
Mereka (s-kata ganti) perajurit berani.
Bersenam (s-kata kerja) menyihatkan badan.
Merah (s-kata adjektif) menawan hati.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Tunggal

• Binaan Predikat
Predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada FN, FK,
FA, FS:
Contoh:
1. Sarjan Hassan seorang perajurit (p-FN).
2. Ayahnya menunaikan haji (p-FK).
3. Pakaiannya cantik (p-FA).
4. Pegawai tinggi syarikat itu
ke Kuala Lumpur (p-FS).

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Tunggal

• – Ada susunan yang berbeza, iaitu predikat


(seluruh atau sebahagian) mendahului
subjek, seperti dalam ayat songsang (aktif
dan pasif)
– (a) Dia ke Melaka pagi tadi.
(b) Ke Melaka dia pagi tadi. Tugasan:
Bandingbezakan ciri
– (a) Buku itu di atas meja. ayat tunggal dengan
ayat dasar
(b) Di atas meja buku itu.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Kesimpulan

• Ayat tunggal mempunyai ciri tertentu

• Ayat tunggal boleh dirincikan dari segi binaan subjek dan binaan
predikat

• Konstituen ayat tunggal boleh dirincikan melalui susunan biasa dan


susunan songsang

• Ayat aktif terbahagi dua, iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif

• Ayat pasif terdiri daripada pasif dengan imbuhan kata kerja di, ter, kata
ganti diri pertama dan kedua, dan kata kena.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Majmuk

• Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri


daripada dua ayat tunggal atau lebih.

• Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri


daripada dua ayat tunggal atau lebih.

Percantuman ayat tunggal dibuat dengan cara


tertentu seperti dengan kata hubung, kata fakta
“bahawa”, kata relatif “yang”, tanda koma, dan
tambahan keterangan.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Majmuk Gabungan


Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang
dijadikan satu dengan cara menggabungkan ayat tersebut
dengan kata hubung atau hentian nada suara.

• Murid-murid berlari dan bernyanyi.


• Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
• Awak ke pejabat atau ke rumah?

• Mak Ning tetap menolong orang lain walaupun


hidupnya sendiri susah.

• Haji Hamat rajin berusaha, tabah menghadapi dugaan,


senang dibawa berunding. (penggunaan tanda koma)

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Majmuk Gabungan

• Ayat yang membentuk ayat gabungan


hendaklah daripada jenis yang sama, misalnya
ayat penyata dengan ayat penyata, ayat tanya
dengan ayat tanya.
• Kata hubung yang berulang-ulang hendaklah
digugurkan kecuali yang terakhir.

• Jika fakta-faktanya seragam/berurutan, kata


hubung seperti dan, lalu, serta, dan sambil
digunakan.

• Jika fakta-faktanya bertentangan, kata hubung


tetapi, sebaliknya, dan padahal digunakan.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Majmuk Pancangan

Terbina daripada ayat-ayat yang tidak sama taraf,


iaitu satu ayat utama/induk dan satu ayat kecil yang
dipancangkan ke dalam ayat induk.

Terbahagi kepada ayat relatif, ayat komplemen,


dan ayat keterangan.

Ayat relatif menggunakan kata relatif yang untuk


memancangkan ayat kecil dan menggantikan
bahagian frasa yang berulang.
Contoh:
 Budak itu berbaju merah.
 Budak itu anak saya.
• Budak yang berbaju merah itu anak saya.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat komplemen terdiri daripada ayat induk


dan klausa komplemen.
Kata hubung seperti bahawa dan untuk
digunakan untuk memancangkan ayat
komplemen.

Contoh:

• Kami mengetahui bahawa Ahmad telah


berlepas ke luar negara.
• Para nelayan menyedari bahawa kehidupan
mereka semakin terhimpit.
• Perkara itu amat sukar untuk dilakukan oleh
Alif.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Keterangan - mengandung ayat induk


dan ayat kecil (ayat keterangan) yang bertugas
sebagai keterangan predikat.
Ada kata hubungan yang menjalinkan ayat
induk dengan ayat kecil.

Contoh:

• Encik Hasan ketua saya ketika saya bekerja


dahulu.
• Rahim sangat pandai semasa saya
mengajarnya dahulu.
• Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang
sihat.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Majmuk Campuran

• Ayat ini mengandung lebih daripada satu


jenis ayat.

• Pemilihan kata hubung, penggunaan kata


relatif “yang”, dan kata komplemen
“bahawa” serta penyusunan ayat perlu
diberikan perhatian.

Contoh:
• Harun membaiki basikalnya, sementara
kawan-kawannya sedang bermain kerana
kepenatan bekerja seharian.
• Semua murid tahu bahawa peraturan
sekolah mesti dipatuhi tetapi mereka
sengaja tidak mengendahkannya.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Majmuk Pasif

• Ayat ini dapat dibina jika wujud bentuk aktif


yang mengandungi kata kerja transitif.

Contoh:

Aktif: Saya minum teh manakala Aminah


makan nasi.
Pasif: Teh saya minum manakala nasi dimakan
oleh Aminah.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Majmuk Pasif

Ayat Majmuk Gabungan:


Contoh:
Aktif: Suami makan nasi dan isteri minum
air.
Pasif: Nasi dimakan (oleh) suami, dan air
diminum (oleh) isteri.

Ayat Majmuk Relatif:


Contoh:
Aktif: Gadis itu menonton teater yang amat
menyayat hati.
Pasif: Teater yang amat menyayat hati
ditonton (oleh) gadis itu.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

Ayat Majmuk Pasif

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen :


Contoh:
Aktif: Pensyarah tersebut mengatakan
bahawa peperiksaan akhir akan diadakan pada
minggu hadapan.

Pasif: Bahawa peperiksaan akhir akan


diadakan pada minggu hadapan dikatakan
(oleh) pensyarah tersebut.

Ayat Majmuk Keterangan:


Contoh:
Aktif: Andaikata engkau pergi dahulu, aku
akan menantimu di pintu syurga.
Pasif: Andaikata engkau pergi dahulu, di
pintu syurga akan kunantimu.

Cekap Bahasa Melayu


Kesan Kesalahan Ayat yang Berikut:
MPPBM

• Semua pelajar mengetahui dia anak hartawan.

• Dia bukan sahaja gemar membaca buku tetapi


novel juga.

• Tidak banyak orang tahu cendawan banyak


khasiatnya.

• Jangankan ke Kuala lumpur, Alor Setar pun saya


belum pernah.

• Kami berdoa kamu cepat sembuh.

• Pelajar itu serba boleh dipilih sebagai pelajar


terbaik.

• Rumah itu di tepi sungai milik Mak Temah.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM
Kesimpulan

• Ayat majmuk gabungan terbahagi dua, iaitu gabungan


berurutan dan gabungan bertentangan

• Ayat majmuk pancangan terbahagi tiga, iaitu ayat majmuk


pancangan relatif, pancangan komplemen, dan pancangan
keterangan

• Ayat majmuk campuran mengandung lebih daripada satu


jenis ayat.

• Ayat majmuk juga boleh dijelmakan dalam bentuk pasif

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM
Ayat Terbitan

Ayat terbitan ialah:


* ayat yang mengalami proses gramatis,
* ayat yang menerapkan rumus transformasi
* ayat yang mengubah peraturan struktur ayat, dan
* ayat yang memperluas sesuatu unsur dalam frasa, klausa dan
ayat.

Proses Penerbitan Ayat


• Penerbitan ayat berlaku hasil daripada terlaksananya suatu
proses gramatis iaitu melibatkan pelaksanaan rumus
transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur
ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa.
• Dalam bahasa Melayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan
proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran,
penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur
dalaman ayat.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

PROSES PENERBITAN AYAT

Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke


atas struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur
tertentu daripada binaan ayat itu dan dengan demikian pada peringkat
struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.

Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa jenis pengguguran:

a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek


b) Pengguguran frasa predikat
c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif
d) Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa
nama

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

PROSES PENERBITAN AYAT

Proses pengguguran
Untuk memahami jenis-jenis pengguguran tersebut, cuba anda perhatikan
contoh-contoh di bawah:
a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek
Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.
Contoh:
i. Kamu keluar keluar!
ii. Awak semua pergi dari sini pergi dari sini!

Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Contohnya:


i. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar
Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar
Dia sangat pandai kerana rajin belajar

ii. Adik saya cerdik + Adik saya pemalu


Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu
Adik saya cerdik tetapi pemalu.

Cekap Bahasa Melayu


PROSES PENERBITAN AYAT
MPPBM

b) Pengguguran frasa predikat


Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan.
Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk
gabungan maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh
digugurkan. Contoh:
Frasa Contoh ayat
Predikat
a. Frasa Adik Ali belajar di Pahang. Sepupunya belajar di Pahang.
kerja yang Adik Ali belajar di Pahang dan sepupunya belajar di
serupa Pahang.
Adik Ali dan sepupunya belajar di Pahang.

b. Frasa Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah.


nama yang Encik Abu guru sekolah dan puan Milah guru
serupa sekolah.
Encik Abu dan puan Milah guru sekolah.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

PROSES PENERBITAN AYAT

b) Pengguguran frasa predikat

Frasa Contoh ayat


Predikat
c. Frasa Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin.
adjektif Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat rajin.
yang serupa
Abang saya dan abang Ali sangat rajin.

d. Frasa Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.


sendi nama Dia masih di kampung dan isterinya masih di
yang serupa kampung.
Dia dan isterinya masih di kampung.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM
PROSES PENERBITAN AYAT

c) Pengguguran frasa nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa


nama

Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam
ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang
mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contoh:
Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam
i. Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.

i. Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.


Kereta yang kuning itu pilihan saya.
Yang kuning itu pilihan saya.

ii. Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.


Dia membeli baju yang cantik itu.
Dia membeli yang cantik itu.

Cekap Bahasa Melayu


MPP

PROSES PENERBITAN AYAT

c) Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam


frasa nama

Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) +


penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa
nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada
kelas kata nama. Contoh:
i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
Bersenam boleh menyihatkan badan.

ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan.


Merokok membahayakan kesihatan.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

PROSES PENERBITAN AYAT

Proses Penyusunan Semula

Dalam proses penyusunan semula bentuk perkataan dalam ayat asal diubah
susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang
baharu. Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya
perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau
penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian
proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.

Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:


a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

PROSES PENERBITAN AYAT

Proses Penyusunan Semula

Untuk memahami jenis-jenis penyusunan semula tersebut, cuba anda


perhatikan contoh-contoh di bawah:
Ayat asal Penyusunan semula
Adik menendang bola Bola itu ditendang oleh adik.
itu (Frasa nama sebagai subjek)

Allah mengurniai kita Allah mengurniakan rahmat


rahmat kepada kita.
(Frasa nama sebagai objek)

Orang itu pergi ke kedai Ke kedai orang itu pergi.


( Ayat songsang )

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

PROSES PENERBITAN AYAT

Proses Peluasan
Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-
unsur dalam ayat yang baharu.Terdapat beberapa jenis peluasan
ayat dalam bahasa Melayu , iaitu:

a) Peluasan frasa nama sebagai subjek


b) Peluasan frasa predikat
c) Peluasan dengan kata hubung
d) Peluasan melalui proses komplementasi

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

PROSES PENERBITAN AYAT

Untuk memahami proses peluasan tersebut, cuba anda perhatikan contoh-


contoh di bawah:
Ayat asal Peluasan
Budak itu adik saya. Budak yang membaca buku itu
Budak itu membaca adik saya.
buku ( Frasa nama sebagai subjek )
Osman mengusik budak Osman mengusik budak yang
itu. menangis itu.
Budak itu menangis. ( Frasa predikat )
Ayah tidak pergi kerja. Ayah tidak pergi kerja kerana
Ayah sakit perut. sakit perut.
( Kata hubung )
Mereka melaporkan Mereka melaporkan bahawa
sesuatu. guru kelas tidak hadir.
Guru kelas tidak hadir. ( Proses komplementasi )

Cekap Bahasa Melayu


MPPBM

PENUTUP

Modul ini memperkatakan Frasa, Klausa, Struktur binaan ayat, Jenis


ayat, Bentuk ayat dan Proses penerbitan ayat.
Di samping itu disertakan juga contoh-contoh yang berkaitan dan
beberapa soalan latihan untuk membantu anda memahami topik tersebut.

Cekap Bahasa Melayu


TAJUK ISI MODUL TAMBAHAN

1 Objektif
3 sahaja.

Isi

Nota Tambahan
Kandungan
2 Sinopsis

1. Kemahiran
Bertutur Soalan
2. Konsep
3 Isi

Aktiviti

4 Penutup
Pautan Web

Anda mungkin juga menyukai