Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

SLOT REFLEKSI

Amanat Tuan Memahami peranan guru serta mencari dan membentuk identiti guru dalam diri
Pengetua sendiri. Menyedari bahawa diri kita yang memilih untuk menjadi guru dan
bukannya atas kemahuan dan paksaan daripada orang lain. Akan berusaha untuk
(Peter Use Lenjau) menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman di sekolah untuk
meningkatkan profesionalisme guru dan kecemerlangan diri. Berani menyahut
cabaran tanpa dipengaruhi oleh orang lain dan menganggap cabaran merupakan
salah satu laluan untuk mematangkan diri.
Taklimat PPGB Memahami tujuan Program Pembangunan Guru Baharu adalah untuk
(Cikgu Airene) meningkatkan profesionalisme guru. Berusaha untuk mempunyai inisiatif kendiri
dan bersifat proaktif dalam mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru
mentor supaya dapat mendalami bidang dan tanggungjawab guru serta menguasai
ilmu pengurusan kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran.
Taklimat pengurusan Mengetahui latar belakang dan carta organisasi SMK Tatau. Pendedahan kepada
kurikulum E-cerap (Proses pencerapan) dan bagaimana persediaan dan penyediaan kendiri
(Cikgu Wong Su yang lengkap ketika berlakunya proses pencerapan. Memahami prosedur
Chui) penilaian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) untuk meningkatkan lagi
kualiti profesionalisme dalam menyumbangkan diri untuk mendapatkan anugerah
perkhidmatan cemerlang keguruan.
Taklimat Pengurusan Mengetahui 8 buah Jawatankuasa di bawah jagaan PK HEM antaranya
Hal Ehwal Murid Jawatankuasa Biasiswa & Kebajikan, Jawatankuasa Lembaga Pengawas,
(Cikgu Nicholas) Jawatankuasa SPBT dan lain-lain. Melengkapkan diri dengan pekeliling-
pekeliling supaya dapat memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang melanggar
pekeliling tersebut.Contohnya (Pek Itk Bil 8/85) mewajipkan pelajar untuk
memakai kasut ke sekolah. Selain itu, pekeliling bagi seorang pejawat awam juga
telah diterapkan. Dalam aspek pengurusan kelas, bilangan kehadiran pelajar harus
dititik beratkan untuk memastikan kes disiplin pelajar dapat dipantau. Surat
amaran akan dibagi bagi bilangan hari pelajar yang tidak hadir selama 3, 5 dan 7
hari berturut-turut serta dibuang sekolah bagi bilangan tidak hadir sebanyak 14
hari berturut-turut. Bagi pelajar yang mempunyai masalah disiplin asrama pula,
tindakan dibuang asrama perlu diambil. Peringatan bagi Borang Penyata
Kehadiran Bulanan bagi yang menyandang tugasan guru kelas, borang berserta
dengan buku kehadiran kelas hendaklah dihantar kepada PPD dan seterusnya
kepada JPN bagi tujuan semakan.
Taklimat Penekanan diberi kepada penglibatan wajib semua pelajar dalam apa jua aktiviti
kokurikulum. kokurikulum untuk mendapatkan prestasi cemerlang dalam kokurikulum
(Cikgu Jalin) sekurang-kurangnya status lulus dalam pencapaian kokurikulum (5% dari 10%).
Pendek kata, bilangan murid yang terlibat secara aktif dalam kokurikulum di satu
sekolah itu memberi impak yang besar berbanding dengan pencapaian yang
dikecapi. Memahami bahawa unsur-unsur KBAT bukan sahaja ditekankan pada
kurikulum sekolah tetapi juga pada kokurikulum sekolah.
Taklimat Pengurusan Segala isu tentang pengurusan gaji boleh ditujukan kepada Encik Anuar.
Gaji (En Anuar) Mengetahui cara-cara untuk mendapatkan e-Penyata Gaji dan laporan serta
membuat pendaftaran baru melalui portal rasmi Jabatan Akauntan Negara
Malaysia (JANM). Encik Anuar juga menasihatkan kami untuk muat turun slip
gaji dan menyimpannya sebagai “softcopy” atau mencetakkannya untuk tujuan
penyimpanan bagi urusan tertentu kerana slip gaji dalam laman sesawang JANM
hanya dapat bertahan selama 18 bulan sahaja. Slip gaji yang telah dicetak untuk
kegunaan seperti loan hendaklah disahkan oleh pengetua sebelum dikemukakan
kepada pihak berkenaan.
Taklimat Pengesahan Mengetahui dan memahami segala bentuk cuti yang berkaitan dengan penjawatan.
Dalam Penjawatan. Segala syarat-syarat dan peraturan dalam pengambilan cuti hendaklah diambil
(En Gesa@ Rengan) berat. Sebagai contoh, cuti tanpa gaji adalah cuti yang akan menjejaskan
Kekanan/Bonus/Pencen/Ganjaran. Segala urusan mengenai permohonan cuti
hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pengetua dahulu sebelum menghantar
borang permohonan cuti kepada Encik Gesa.
Taklimat Pengurusan
Kewangan
(En Edward Juat)

Anda mungkin juga menyukai