Anda di halaman 1dari 14

__________________________________________________________________________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG


JALAN COLLEGE
93200 KUCHING, SARAWAK
KERJA KURSUS
TUGASAN 2: PENULISAN ESEI INDIVIDU
PSIKOLOGI MORAL
(ELMK 2042)

NAMA PELAJAR EMERENTINA ANAK RIM-MOI


ANGKA GILIRAN 2018042370011
KAD PENGENALAN 930120135446
KUMPULAN/ UNIT PENDIDIKAN MORAL 1
PDPP (KDC) AMBILAN NOVEMBER 2018
KOD DAN NAMA KURSUS ELMK 2042
PSIKOLOGI MORAL
TAJUK TUGASAN TUGASAN 2 : PENULISAN ESEI INDIVIDU
NAMA PENSYARAH CIK DAYANG SITI HAWA BT AWANG AHMAD
TARIKH HANTAR 29 MAC 2019

1
ISI KANDUNGAN

Bil TOPIK MUKA SURAT

1.0 Pengenalan Perkembangan Manusia----------------------------------------------------------------- 1

1.1 Pengertian perkembangan ------------------------------------------------------------------------------ 1


1.2 Tahap-tahap perkembangan manusia---------------------------------------------------------------- 2-5

2.0 Implikasi teori psikologi moral dalam pembentukan insan bermoral---------------------------6-9

2.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif


2.2 Teori Perkembangan Empati
2.3 Teori kepedulian

3.0 Kesimpulan --------------------------------------------------------------------------------------------------9

4.0 Rumusan ------------------------------------------------------------------------------------------------------10

2
3
TUGASAN 2: PENULISAN ESEI INDIVIDU (40%)

1.0 PERKEMBANGAN MANUSIA

perkembangan prenatal

perkembangan bayi

perkembangan kanak-kanak

perkembangan remaja

perkembangan dewasa

perkembangan orang tua

1.1 Pengertian Perkembangan

Menurut Azizi Yahaya & Zainuddin Abu Bakar (2010), perkembangan merujuk kepada perubahan
pada perlakuan yang bersifat teratur dan membantu seseorang individu dalam mencapai kematangan.
Atan Long (1982) juga sependapat bahawa perkembangan membawa seseorang ke tahap yang lebih
matang sama ada dalam tingkah laku, pemikiran, jasmani dan pembelajaran. Beliau juga mengatakan
seseorang individu akan mengikuti proses perkembangan yang sama tetapi mengikut kadar yang berbeza.
Kompleksnya sesuatu perkembangan tersebut berkait rapat dengan beberapa proses yang memainkan
peranan bersama. Antaranya:

a. Proses fizikal meliputi domain biologikal individu yang meliputi pertumbuhan fizikal tubuh badan, berat
badan dan proses mencapai kematangan.
b. Proses Kognitif pula berkait rapat dengan perkembangan mental dan perubahan yang terjadi dalam
pemikiran iaitu keupayaan seseorang untuk menaakul, memproses maklumat, berimaginasi dan
menyelesaikan masalah.
c. Proses Sosial-emosi melibatkan konteks pergaulan dan interaksi sosial dengan orang lain yang
mempengaruhi perkembangan emosi serta membentuk keperibadian dirinya.

1
1.2 Tahap-tahap Perkembangan Manusia
a. Perkembangan prenatal dan neurolobiologi

Rajah 1: Proses perkembangan prenatal yang bermula dari persenyawaan. (Sumber: Human Gestation period.
https://www.picswe.com/pics/human-gestation-period-bb.html)

Persenyawaan (fertilization) bermula apabila sel sperma dan sel ovum bertemu di dalam tiub
falapio yang akhirnya membentuk zigot. Perkembangan zigot akan membentuk embrio dan
seterusnya janin yang berkembang di dalam rahim ibu selama 9 bulan atau 266 hari (Fatkhul, n.d).

Fasa prenatal merupakan proses perkembangan manusia yang berlaku dengan cepat dan singkat di
mana segala kejadian yang berlaku semasa proses prenatal itu penting bagi membolehkan ahli
psikologi memahami secara mendalam pola perkembangan yang normal (Mar’at Samsunuwiyati,
2010).

Menurut Fatkhul (n.d), perkembangan prenatal dibahagi kepada tiga tahap perkembangan iaitu:

Jangka masa Tahap Penerangan


0-12 bulan Tahap germinal (Germinal stage) Proses awal dalam perkembangan
manusia yang bermula dengan
persenyawaan antara ovum dan
sperma. Perbelahan sel-sel
berlaku sehingga terbentuknya
embrio.

2
13-24 bulan Tahap embrio (Embriyonic Stage) Bermula 2 hingga 8 minggu
setelah berlakunya persenyawaan.
Pertumbuhan embrio yang meliputi
cephalocaudal (pertumbuhan
bahagian penting bermula dari
kepala sehingga ke ekor) dan
proximodistal (pertumbuhan
bermula dari pusat badan
kemudian ke bahagian jauh dari
badan.) proses pertumbuhan yang
lengkap ini akan menjurus kepada
pembentukan janin.
25-37 Bulan Tahap Janin (Fetus Stage) Bermula dari usia 9 minggu sampai
lahir. Janin terbentuk dengan
terbentuknya tulang badan dan
pembentukan fizikalnya lebih
menyerupai ciri-ciri fizikal orang
dewasa. Sifat-sifat manusia juga
jelas kelihatan pada peringkat ini
dimana janin dalam rahim dapat
menunjukkan tindak balas seperti
menendang .

Perkembangan prenatal memberi implikasi kepada perkembangan keseluruhan seseorang


individu. Keadaan ibu sebelum dan selepas malahirkan anak juga boleh memberi kesan kepada
pola perkembangan yang akan datang (Mar’at Samsunuwiyati, 2010). Ini termasuklah gaya
pemakanan ibu, kesihatan ibu, faktor persekitaran yang akan mempengaruhi perkembangan awal
seseorang individu. Menurut Fatkhul (n.d), Saat prenatal juga merupakan proses penting di mana
segala bentuk sikap dan sifat dapat dibentuk pada ketika ini.

b. Perkembangan bayi dan neurobiologi


Menurut Doni (n.d), bayi juga menunjukkan beberapa tindakan refleks terhadap setiap
pergerakan seperti batuk,mengedip dan menguap. Pergerakan masih terhad kerana belum dapat
berjalan dan memegang sesuatu dengan baik. Tahun pertama bayi dihabiskan dengan
menyempurnakan organ-organ yang penting seperti perkembangan kognitif otak. Dengan

3
matangnya fungsi otak mereka, maka bayi sudah berupaya untuk menilai dan mengatur perilaku
sendiri.

Rajah 2: Perkembangan otak (Thompson Higher Education, 2007)

Pada masa awal kelahiran bayi, perkembangan neuron di dalam otak bayi tumbuh
secara minimal, pertambahan dendrit dan neuron dalam otak akan saling berhubung apabila
usia bayi mencecah 2 tahun. Doni (n.d) juga menambah bahawa pendedahan bayi kepada
faktor persekitaran dan tindak balas secara meluas akan mempercepatkan lagi proses
perkembangan sel-sel otak bayi.

c. Perkembangan remaja dan neurobiologi


Peringkat remaja merupakan perkembangan zaman peralihan kanak-kanak menuju peringkat
dewasa. Perkembangan fizikal dapat dilihat apabila remaja sudah mencapai akil baligh dimana
perubahan ketara dari segi ketinggian, berat badan, perubahan suara bagi lelaki yang dipengaruhi
oleh penghasilan hormon testosteron. Manakala penghasilan hormone estrogen bagi perempuan
menyebabkan perubahan ketara fizikal badan seperti pembesaran buah dada, pinggul dan
terjadinya haid kerana sudah mencapai akil baligh. Doni (n.d) juga mengatakan bahawa
penghasilan hormon testosterone dan estrogen bagi lelaki dan perempuan ditandai dengan
kematangan organ pembiakan yang mana juga mempengaruhi kematangan seksual seseorang
4
individu. Beliau juga menambah bahawa perubahan hormone juga akan mempengaruhi
pengawalan emosi seseorang remaja.

Perkembangan nerurobiologi (otak) remaja pada usia ketika itu lebih kepada pengawalan
emosi, perubahan dapat dilihat pada awal perkembangan di Amigdala yang melibatkan emosi dan
perkembangan seterusnya pada korteks prefrontal iaitu bahagian otak yang berupaya dalam
menilai dan mengambil keputusan. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahagian otak itu
yang mempengaruhi emosi remaja yang menyebabkan mereka sukar untuk mengawalnya dalam
peringkat usia mereka itu (Doni, n.d). Kesukaran remaja dalam menguruskan emosi sendiri
berhubung kait dengan konsep Egosentrisme yang melibatkan kecenderungan remaja unuk
melihat, mentafsir mengikut pandangannya sendiri dengan mengabaikan kepentingan sosial dan
orang lain (Tinjaun Pustaka, n.d). Keyakinan yang berpusat kepada diri ini menimbulkan risiko
besar sekirannya mereka tidak mempu untuk mengawal emosi dan seterusnya terlibat dengan
masalah sosial (Lahey, 2005).

d. Perkembangan dewasa dan penuaan serta neurobiologi


Ahli psikologi mengkategorikan proses dewasa kepada tiga peringkat umur iaitu dewasa muda
(20-an dan 30-an), dewasa tengah (40-an dan 50-an), dan dewasa akhir (60-an hingga meninggal.
setiap peringkat usia tersebut memperlihatkan perkembangan fizikal, kognitif (neurobiologi) dan
sosial-emosional yang berbeza. Menurut Jeffrey Arnett (n.d), perkembangan ke peringkat dewasa
masih tertumpu kepada pencarian identiti terutamanya dalam hubungan, pekerjaan mahupun
pembelajaran. Ini mendorong kepada perubahan positif dalam kehidupan mereka dalam mengatasi
cabaran hidup dan menentukan kehidupan yang lebih baik (Arnett, n.d).

Perkembangan fizikal pada peringkat dewasa mulai mencapai tahap pertumbuhan yang
maksima dan kemampuan fizikalnya pula mulai mengalami penurunan setelah mencapai usia yang
tua. Pada peringkat ini juga keadaan kesihatan dan kecerdasan juga menurun. (Desmita, 2006).
Dari segi perkembangan kognitif peringkat dewasa muda, kemampuan intelektual dan berfikir
secara realistik dan pragmatis adalah kuat pada peringkat usia tersebut. Namun, kemampuan
dalam menganalisis maklumat dan berfikir secara logis menunjukkan penurunan pada peringkat
usia dewasa akhir.

5
2.0 IMPLIKASI TEORI PSIKOLOGI MORAL DALAM PEMBENTUKAN INSAN BERMORAL.
2.1 Implikasi teori Perkembangan Moral Kognitif
Pakar perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg menyatakan bahawa
perkembangan moral adalah bersifat universal di mana setiap individu akan melalui peringkat
perkembangan moral yang sama di samping mendasari setiap dasar dalam perkembangan moral yang
meliputi kewajipan, keadilan dan tanggungjawab (IPG, n.d).

Jean Piagt
teori
perkembangan
moral kognitif Lawrence
Kohlberg

Kajian mengenai 2 teori perkembangan tersebut dapat memberi implikasi dalam pembentukan insan
bermoral. Teori Perkembangan Moral Kognitif Jean Piaget menekankan bahawa pembelajaran seorang
kanak-kanak dapat dibangunkan sekiranya mereka dapat menerokai dunia kognitif mereka sendiri.
Menurut Jean Piaget dalam Suparno (n.d), perkembangan kognitif kanak-kanak bermula apabila kanak-
kanak mula menerokai persekitarannya yang melibatkan proses penerokaan, manipulasi dan menilai
persekitaran fizikalnya. Sakhilah Shankat Ali (2009) menyimpulkan tahap perkembangan kognitif manusia
terbahagi kepada empat tahap mengikut teori Perkembangan Kognitif John Piaget iaitu tahap praoperasi,
tahap operasi konkrit dan operasi formal. Piaget (1965) juga menyatakan perkembangan moral dapat
ditentukan melalui tiga tahap iaitu tahap pramoral dimana kanak-kanak cenderung kepada pandangan dan
pembelajaran kendiri. Peringkat heteronomous dicapai oleh kanak-kanak yang dapat menunjukkan rasa
hormat dan patuh kepada undang-undang sedia ada. Selain itu, kanak-kanak juga berupaya dalam
mempertimbangkan baik dan buruk sesuatu perkara. Perigkat yang terakhir yang disentuh dalam teori
perkembangan Kognitif Jean Piaget adalah kemoralan autonomous. Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat
peka dan prihatin terhadap kebajikan masing-masing di samping timbulnya rasa hormat kepada orang lain.
Menurut Kohlberg (1976), perkembangan moral seseorang adalah saling berkait dengan
perkembangan kognitif seseorang tetapi seseorang yang mempunyai pemikiran kognitif yang baik tidak
semestinya menjamin perkembangan moral yang sempurna. Implikasi teori Kohlberg terhadap
pembentukan insan yang bermoral dapat dilihat dengan mengkaji 3 tahap penaakulan moral seseorang
individu yang meliputi tahap prakonvensional, tahap konvensional dan tahap pos konvensional di mana
setiap tahap tersebut dibahagikan lagi kepada 2 peringkat.
Bagi tahap pra-konvensional, guru di sekolah dapat mempraktikkan kaedah dalam peringkat satu iaitu
Oreintasi dendaan dan kepatuhan. Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih akur akan arahan kerana takut
kepada hukuman fizikal seperti merotan. Dengan mempraktikkan sedikit kaedah ini dalam pembelajaran
guru, maka dapat mendisiplinkan pelajar dalam melakukan segala tugasan yang disuruh. Kaedah

6
peringkat 1 hendaklah seiring dengan peringkat kedua dalam tahap pra-konvensional iaitu Orientasi
ganjaran peribadi di mana setiap dendaan yang diberi haruslah seiring dengan ganjaran untuk
membangkitkan rasa minat pelajar dalam sesi pengajaran.
Kedua-dua teori tersebut memberi kesan pembangunan insan moral yang positif iaitu berupaya dalam
membentuk disiplin pelajar dalam mengikuti peraturan daripada ibu bapa dan sekolah. Penerapan teori
tersebut juga dapat membentuk pelajar yang dapat menilai baik dan buruk sesuatu perkara agar tidak
terlbat dengan gejala yang melanggar peraturan dan norma masyarakat. Ibu bapa dapat memainkan
peranan dalam menunjukkan perlakuan moral yang baik kepada anak mereka dan sentiasa mengingatkan
anak tentang perlakuan yang baik dan jahat (Amira, 2017).

2.2 Implikasi Teori Perkembangan Empati terhadap pembentukan Insan Bermoral


Hoffman (2000) mendefinisikan sikap empati sebagai keupayaan untuk meletakkan diri dalam situasi
perasaan dan fikiran orang lain tanpa harus terlibat secara langsung dalam perasaan dan tanggapan
orang itu. Berk (2009) juga menyokong pernyataan tersebut dengan menyatakan “empathy is the ability
to take one another’s emotional perspective and to ‘feel with’ that person, or respond emotionally in a
similar way. Menurut Rizka (2015), sikap empati memang sudah wujud dalam diri masing-masing untuk
melahirkan rasa prihatin terhadap permasalah dan perasaan yang dialami oleh orang lain. Beliau juga
berpandangan bahawa individu yang mempunyai sikap empati cenderung untuk mengambil berat dan
memberi respon yang positif terhadap permasalah orang lain. Implikasi teori empati ini dapat
diaplikasikan dalam bidang kaunseling di sekolah di mana kaunselor dapat memahami dan mendalami
setiap permasalahan yang dialami oleh kliennya. Dalam pada itu, teori empati diaplikasikan secara
meluas dalam bidang lain contohnya bidang psikologi, kedoktoran, sosiologi dan kejururawatan yang
melibatkan keadaan situasi yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Menurut Hoofman
(2000) sikap empati yang diamalkan secara tidak langsung dapat melahirkan motivasi altruistik iaitu
sesuatu keadaan yang dapat melahirkan rasa empati kepada permasalahan yang menimpa seseorang,
Antara kaedah dalam melahirkan rasa empati boleh dilaksanakan dengan cara pengambilalihan
peranan (role taking) di mana seseorang individu dapat membayangkan rasa empati dengan meletakkan
keadaan diri dalam sudut pandangan orang lain. Pengambilalihan peranan ini dapat dijalankan dengan
dua kaedah iaitu self-focused (membayangkan diri sendiri terlibat dalam keadaan orang lain) ataupun
melalui kaedah other-focused (membayangkan keadaan yang dialalami oleh individu jika terlibat dengan
permasalahan).
Kesimpulannya, sikap empati dalam diri seseorang itu dapat memupuk sikap saling mengasihi,
tolong-menolong dan bekerjasama antara sesama dan seterusnya dapat membentuk peribadi insan
yang mulia. Dalam era zaman kecanggihan tekologi ini, golongan pendidik hendaklah memainkan
peranan dalam mengelakkan adanya sikap individualistik dan mementingkan diri yang wujud dalam diri

7
seorang pelajar (Lubis, Akmal & Firman, 2019) tetapi hendaklah membentuk sikap pelajar yang mampu
untuk menjaga perhubungan antara sesama untuk memastikan keharmonian yang diimpikan.

2.3 Implikasi teori kepedulian dalam pembentukan insan bermoral

Pengertian kata kepeduliaan membawa konsep makna yang sangat meluas. Noddings (2002)
mendefinisikan kata peduli sebagai salah satu tindakan respons positif yang kita akan berikan kepada
orang lain tanda kita mengambil berat dan simpati terhadap mereka, Tronto dalam Philips (2007) juga
menyatakan kata peduli berkait rapat dengan peribadi, hubungan, emosi dan keperluan. Orang yang
mengutamakan keperluan dan perasaan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri adalah dikategori
sebagai orang yang mengambil peduli, Kepedulian juga bukan sesuatu yang dilakukan hanya untuk
mendapatkan balasan dan ganjaran (Universitas Sumatera Utara, n.d). Antara contoh mudah yang
menunjukkan kita mempunyai sikap peduli adalah dengan menderma atau bersedekah yang tujuannya
bukanlah untuk mendapatkan balasan.
Etika kepedulian (Ethics of care) diperkenalkan oleh Carol Gilligan dalam memahami konsep
kepedulian sebenar. Beliau menjelaskan sikap kepedulian memerlukan sikap saling kebergantungan
dan mencipta hubungan sosial dengan individu yang lain. Etika kepedulian yang dinyatakan oleh
Gilligan menekankan tentang konsep sikap saling memerlukan antara satu dengan yang lain yang
mana tujuan fokus utamanya adalah supaya kita dapat memenuhi keperluan dan kehendak orang lain
(Gilligan, 2003). Dengan mempraktikkan teori kepedulian Caroll Gilligan ini dapat membentuk
pembangunan insan mulia yang tidak mementingkan diri sendiri.
Teori kepedulian Neil Noddings telah banyak menyumbang kepada bidang pendidikan,
kebajikan, pembelajaran dan pengajaran di sekolah kita khususnya kepada mereka yang ingin
meneguhkan asas etika dan pengajaran moral di sekolah dengan lebih meluas (Khoirunnisa Mi’Rojiah,
2012). Usaha Gilligan dalam menubuhkan satu sistem pendidikan sekolah yang menyerupai
pendidikan tidak formal di rumah merupakan cara pendedahan kepada teori kepeduliaan di mana
segala keperluan asas dan perhatian akan dicurahkan sepertima pelajar telah didedahkan di rumah.
Neil Noddings juga menyatakan bahawa terdapat empat komponen yang diperlukan dalam
menjayakan perspektif teori kepedulian dalam pendidikan iaitu melalui permodelan, dialog, amalan dan
pengesahan.
Setiap komponen yang dinyatakan berikut mempunyai implikasi terhadap pembangunan insan
bermoral. Sebagai contoh, kaedah modeling yang harus dipraktikkan dalam kalangan pendidik dalam
menunjukkan sikap mengambil berat terhadap permasalah pelajarnya, Ini bermakna pembelajaran di
dalam kelas bukan hanya tertumpu kepada aspek penaakulan sahaja, tetapi lebih kepada interaksi dan
tingkah laku yang mengambil peduli tentang pelajarnya (Kuranz Salleh, 2010). Contoh komponen lain
dalam cara pendekatan kepedulian ialah dengan kaedah praktis (Noddings, 1998). Penjaga ataupun

8
pendidik harus mempraktiskan amalan penyayang dan mengambil berat terhadap permasalah orang
lain. Dengan itu, perhubungan yang baik antara sesame dapat diwujudkan.
Kesimpulannya, Carol Gilligan dan Neil Nodding banyak memberi sumbangan dalam dalam
bidang pendidikan melalui teori kepedulian. Pengamalan teori kepedulian ini dalam kehidupan seharian
akan dapat memastikan anak-anak kita memiliki nilai moral yang tinggi melalui interaksi dan pergaulan
antara orang lain.

3.0 KESIMPULAN
Pemahaman mengenai pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah penting bagi menentukan
tahap kematangan seseorang individu melalui aspek fizikal, emosi, mahupun sosialnya. Perkembangan
manusia dapat dilihat dari peringkat prenatal sehingga tua dan bagaimana perkembangan neurobiologi
dapat mempengaruhi setiap peringkat umur manusia. Dengan itu, pemahaman yang jelas mengenai
hubungan antara perkembangan manusia dan perkembangan otak neurobiologi dapat tercapai.
Selain itu, Teori perkembangan Moral seperti Teori Perkembangan Moral Kognitif, Teori Psikoanalisis
dan teori psikososial yang dikaji juga dapat memberi implikasi kepada perkembangan manusia yang
menjurus kepada pembentukan insan bermoral.

9
4.0 RUJUKAN

Azizi Yahaya & Zainudin Abu Bakar (2010). Teori-Teori Perkembangan

Atan Long (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Amira Nurfahmida (2017). Perkembangan Moral. Akses pada 19 Mac 2019.


https://www.slideshare.net/amiranurfahmida/perkembangan-moral-81583511

Carol Gilligan (2003). In a different voice. Psychological theory dan Woman Development. London, England:
Havard University Press.

Desmita.( 2006). Psikologi Perkembangan. Bandung: Remaja Rosda Karya

Doni Abadi Nabadan (n.d). Psikologi Perkembangan Manusia.

Fatkhul (n.d). Tahap prenatal. https://www.academia.edu/8302692/Tahap-pranatal

Kuranz Salleh (2010). Pendekatan Kepedulian (Caring Approach). Akses pada 16 Mac 2019.
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/02/pendekatan-kepedulian-caring-approach.html

Lahey Benjamin B (2005) Psychology An Introduction. 9th edition New York: McGraw-Hill Book Company

Lubis, Akhmad & Firman, Firman. (2019). Model Role Playing, Sikap Empati dan Pembelajaran Tematik
Tepadu di Sekolah Dasar.

Mar’at Samsunuwiyati (2010) Psikologi Perkembangan.

Rizka Nurul Fadhilah (2015). Teori Empati. Akses pada 19 Mac. 2019.
https://www.academia.edu/33058529/Teori_Empati

Suparno, P. (n.d). Teori Perkembangan John Piaget .Cempaka 9 deresan, Yogjakarta: Kanisius, JL.

10
1

Anda mungkin juga menyukai