Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN

PENDAFTARAN
&
PROGRAM TRANSISI
TAHUN SATU
2019
LAPORAN
PELAKSANAAN PENDAFTARAN DAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU
2019

Nama program: Program Transisi Tahun Satu


Tempat : SK Sungai Machang
Tarikh : 26 Disember 2019 (Pendaftaran dan taklimat program)
2 Januari 2019 hingga 18 Januari 2019
Penglibatan : 52 orang murid Tahun 1 dan semua guru.

1. Pendahuluan:
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid
menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada
pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga
dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman
dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada
tahap pencapaian yang hampir sama.

2. Matlamat Program:
Program Transisi Tahun Satu akan dapat :
i) Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara
formal.
ii) Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran,
guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
iii) Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.

3. Objektif :
Di akhir program, murid-murid dapat:
i) Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran
yang formal.
ii) Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi
kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang atau
mata pelajaran.
iii) Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan, budaya dan adab ketika berada di
sekolah.

iv) Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

4. Pelaksanaan:

Sebelum program:
Sebelum Program Transisi Tahun Satu dijalankan, satu mesyuarat telah dijalankan bagi melantik
jawatankuasa yang terlibat dan membuat perancangan aktiviti bagi program. Hasil mesyuarat
yang dijalankan, Puan Noorhayati binti Ahmad telah dilantik sebagai penyelaras bagi program
ini. Jawatankuasa lain pula melibatkan semua guru yang mengajar tahun satu. Selepas
jawatankuasa dibentuk, perbincangan diteruskan dengan pengisian program pendaftaran dan
program transisi yang akan dijalankan pada tiga minggu pertama persekolahan.

Semasa program:
Pendaftaran dan taklimat tahun satu diadakan pada 26 Disember 2018 manakala Program
Transisi Tahun satu pula dijalankan pada hari pertama persekolahan. Segala aktiviti murid-murid
bersama guru-guru berjalan dengan lancar mengikut jadual. Murid-murid memberikan kerjasama
dan reaksi yang positif sepanjang mengikuti program ini. Pujian turut diberikan kepada ibu bapa
yang memberikan kerjasama yang baik dan turut mengambil berat tentang perjalanan program
ini. Pada hari pendaftaran Encik Mohd Aniza bin Mohd Yunus selaku Guru Besar telah
memberikan penerangan mengenai maklumat sekolah yang perlu diketahui oleh ibu bapa.. Selain
itu, Puan Siti Zubaidah binti Ahmad Don memberikan sedikit taklimat berkenaan Pentaksiran
Bilik Darjah dan sarana ibu bapa. Sepanjang program ini, guru-guru yang terlibat telah
menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk memupuk sifat berani, yakin diri dan
kerjasama dalam diri murid-murid.

Selepas program:
Sepanjang program ini dijalankan, tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dengan baik dan beralan lancar . Semua murid
tahun 1 memberikan kerjasama yang baik semasa aktiviti dijalankan. Selepas program selesai
dijalankan, penyelaras program akan membuat laporan berkenaan program ini dan akan disemak
oleh GPK Pentadbiran dan disahkan oleh Guru Besar.

6. Dokumentasi bergambar
5. Penutup:

Program transisi Tahun Satu telah berjalan dengan lancar hasil daripada kerjasama semua pihak.
Pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari
sepanjang sesi persekolahan 2019 bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang
secukupnya. Diharapkan program yang telah dijalankan dapat memupuk keyakinan dalam diri
murid-murid tahun satu untuk mudah bergaul dengan rakan- rakan dan warga sekolah yang lain.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________________ ____________________________
(NOORHAYATI BT AHMAD) (MALINI A/P VESUVANATHAN)
Penyelaras Program Transisi Tahun Satu GPK Hal Ehwal Murid
SK Sungai Machang Sungai Machang

Disahkan oleh:

_________________________________
(MOHD ANIZA BIN MOHD YUNUS)
Guru Besar
SK Sungai Machang

Anda mungkin juga menyukai