Anda di halaman 1dari 1

Siti Khadijah Bt Muhamma Dunni,

Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung,


16250 Wakaf Bharu,
Kelantan.

Pengarah
Jabatan Pendidikan Kelantan
Kompleks Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjong, 16010, Kota Bharu,
Kelantan. Tarikh :6 Ogos 2018

(u/p: Unit Perkhidmatan)

Tuan,

KELEWATAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN KE LUAR NEGARA

Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2. Kelewatan menghantar borang permohonan ke luar negara dan kemudahan perlindungan insuran

kesihatan di luar negara adalah disebabkan urusan kerja yang padat menyebabkan saya terlepas

pandang untuk menghantar borang permohonan ini pada waktu yang seharusnya.

3. Saya memohon maaf atas kekhilafan diri saya ini dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada

masa akan datang.

Sekian, semoga mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.

Terima kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

………………………………………………….…………

( SITI KHADIJAH BT MUHAMMA DUNNI )

Anda mungkin juga menyukai