Anda di halaman 1dari 2

KEMAS KINI AMARAN HUJAN BERTERUSAN

(BURUK)

Luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga


4 Januari 2022. Sehubungan dengan itu, Amaran Hujan Berterusan
(Bahaya) yang dikeluarkan pada 6:20 petang, 2 Januari 2022 dikemas
kini seperti berikut:

1) Amaran Hujan Berterusan (BURUK) berkuat kuasa sehingga 4


Januari 2022 dikeluarkan untuk kawasan-kawasan seperti berikut:

i) Pahang (Rompin); dan


ii) Johor (Mersing).
2) Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) berkuat kuasa sehingga
4 Januari 2022 dikeluarkan untuk kawasan-kawasan seperti
berikut:

i) Terengganu (Kemaman);
ii) Pahang (Maran, Kuantan, Bera & Pekan);
iii) Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol & Tampin);
iv) Melaka;
v) Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian,
Kulai, Kota Tinggi & Johor Bharu); dan
vi) Sabah: Sandakan (Telupid, Kinabatangna, Beluran &
Sandakan); dan Kudat.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 1 Januari 2022, telah


mengeluarkan makluman berkaitan dengan fenomena air pasang besar
dalam tempoh 2 - 5 Januari 2022. Sekiranya keadaan cuaca yang
lembap ini serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir
boleh menjadi lebih buruk di kawasan-kawasan terbabit.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Kementerian Alam Sekitar dan Air
Masa dikemas kini : 1:10 tengah hari
Tarikh: 3 Januari 2022

Anda mungkin juga menyukai