Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A: Soalan Objektif

Setiap soalan diikuti dengan jawapan A, B, C dan D. Pilih Jawapan yang paling tepat.

1. Murid yang disenaraikan berkemungkinan sukar untuk mengalami kecederaan dalam


bengkel kecuali

a) murid yang berkasut getah.


b) murid yang patuh kepada peraturan keselamatan.
c) murid yang merancang kerja yang akan dilakukan.
d) murid yang ingin menyiapkan projek dengan cepat.

2. ___________ adalah ketua bengkel yang menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh
guru.

a) Fomen c) Ketua kumpulan


b) Penolong fomen d) Ahli kumpulan

3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya alatan tangan di dalam bengkel hilang?

a) Mendiamkan diri.
b) Menggantikan dengan alatan yang baru.
c) Melaporkan kehilangan alatan itu kepada guru.
d) Menyiasat siapa yang mengambil alatan itu.

4. dibina untuk memastikan bengkel sentiasa bersih, susunan perabot


teratur dan peralatan diselenggara dengan selamat.

a) Jadual waktu c) Jadual tugasan


b) Jadual giliran d) Jadual keselamatan

5. Yang berikut adalah tujuan organisasi bengkel, kecuali

a) mengelakkan kemalangan.
b) menyiapkan kerja dengan cepat.
c) menentukan alatan tangan tersusun.
d) memastikan bengkel dalam keadaan bersih.

6. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid sebelum memasuki bengkel?

a) Beratur dan bersedia untuk berebut masuk.


b) Masuk tanpa mendapat kebenaran.
c) Beratur di luar bengkel dengan senyap.
d) Bersedia membawa beg ke dalam bengkel.
7. _____________ ialah dokumen bertulis yang mengandungi maklumat berkaitan dengan
tugas dan cara melaksanakan tugas tersebut dengan teratur.

a) Surat Khabar
b) Buku peraturan
c) Risalah
d) Manual kit model

8. Manakah antara alatan berikut, yang paling sesuai digunakan untuk memasang skru kepala
belah atau skru alur?

9. Apakah yang tidak terdapat dalam peti pertolongan cemas?

a) kain anduh c) air mineral


b) ubat iodin d) gunting

10. Bateri digunakan membekalkan tenaga ____________.

a) kimia c) elektrik
b) cahaya d) bunyi

11. Kit model terdiri daripada beberapa yang dapat dicantum


menjadi suatu model yang lengkap.

a) unit c) bahan
b) objek d) komponen

12. Apakah maksud reka cipta ?

a) Pelbagai persepsi.
b) Penghasilan idea.
c) Meniru idea orang lain.
d) Menghasilkan sesuatu produk yang baharu.
13. Apakah perkara yang perlu dilakukan selepas memasang kit model ?

a) Menguji kit model.


b) Menyimpan kit model.
c) Membuka kit model.
d) Membiarkan kit model.

14. Apakah tujuan peti pertolongan cemas berada di bengkel ?

a) Sebagai hiasan di bengkel.


b) Untuk simpanan semata-mata.
c) Untuk merawat luka atau kecederaan ringan.
d) Supaya guru boleh menggunakannya apabila berlaku kebakaran.

15. Apakah fungsi gandar ?

a) Menghubungkan dua roda.


b) Mencengkam komponen kecil.
c) Menggerakkan gear pada kit model.
d) Menggerakkan set roda penggerak.

16. Berikut merupakan kemungkinan yang menyebabkan kit model gagal berfungsi,
kecuali ?

a) komponen dipasang tidak lengkap.


b) komponen dipasang lengkap.
c) tersalah sambungan wayar.
d) bateri lemah.

17. Apakah kaedah mendapatkan maklumat yang tidak memerlukan murid berjumpa
dengan orang ramai ?

a) Soal selidik.
b) Pemerhatian.
c) Melayari internet.
d) Perbincangan kumpulan.

18. Antara yang berikut, manakah bukan alatan ?

a) Pisau
b) Gunting
c) Botol plastik
d) Pembaris keluli
19. Mengapakah murid-murid perlu membuat beberapa lakaran untuk menghasilkan
idea reka cipta ?

a) Untuk membina semua model.


b) Untuk mendapatkan sokongan guru.
c) Untuk memudahkan rakan-rakan lain membuat projek yang sama.
d) Untuk memilih lakaran yang terbaik.

20. Lukisan yang dilihat dari satu arah pandangan sahaja adalah .....

a) lukisan 2 dimensi
b) lukisan 3 dimensi
c) lukisan ortografik
d) lukisan skematik
BAHAGIAN B: Soalan Struktur
Jawab semua soalan.
1. Lukiskan objek-objek berikut:

Roda Gandar Motor

Suis Gear

(10 markah)
2. Padankan alatan tangan dan bahan berikut dengan kegunaannya.

Pemutar skru mata Melancarkan pergerakkan gear.


rata

Playar muncung Melonggarkan atau mengetatkan bolt


tirus dan nat.

Pemutar skru Mengetatkan dan melonggarkan skru


Philip Philip.

Sepana hujung Mengetatkan dan melonggarkan skru


terbuka alur.

Gris atau minyak Mencengkam bahan atau komponen


pelincir kecil.

(5 markah)
3. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

manual kecedaraan tiga dimensi ditutup

direkodkan dua dimensi dibuka dilihat

1. Peraturan keselamatan disediakan supaya murid-murid dapat melakukan kerja di


bengkel tanpa sebarang kemalangan atau kecedaraan
2. Semua suis hendaklah ditutup selepas menggunakannya.

3. Lukisan dua dimensi ialah bentuk yang dapat dilihat dari sisi,
hadapan dan atas.

4. Segala maklumat yang berkaitan dengan reka cipta perlu direkodkan

5. Dokumen bercetak atau bertulis dapat membantu memudahkan pemasangan kit


model kereta adalah manual
(5 markah)

4. Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.

. Murid bermain dan bergurau di dalam bengkel. X

2. Murid membawa beg masuk ke dalam bengkel. X

3. Murid menyusun semula kerusi dan membersihkan meja kerja. √

4. Murid membuka semua tingkap dan pintu untuk pengudaraan. √

5. Murid tidak melaporkan kemalangan kepada guru. X

6. Memakai kasut semasa berada di dalam bengkel. √

7. Bermain atau bergurau semasa membuat aktiviti di bengkel. X

8. Basuh tangan selepas melakukan aktiviti. √

9. Tutup semua suis elektrik sebelum masuk ke bengkel. X

10. Laporkan kemalangan yang berlaku kepada guru bertugas. √

(10 markah)

Anda mungkin juga menyukai