Anda di halaman 1dari 3

GMGA2023 – DASAR AWAM

1.0 Pengenalan

Dalam penulisan ini, kita akan mengulas mengenai Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah. Oleh itu
kita akan membincangkan apakah sejarah, latar belakang serta bagaimanakah pelaksanaan dasar
tersebut serta perkaitannya dengan dasar-dasar lain, dan apakah yang menjadi pendorong dalam
pembentukan dan pelaksanaan dasar tersebut. Dalam penulisan ini juga, kita akan mengaitkan
dengan isu semasa dan apakah peranan agensi yang berkaitan dalam memastikan pelaksanaan dasar
tersebut, dan apakah bidang kuasa dalam membuat keputusan dalam dasar berkenaan. Kita juga
akan membincangkan apakah status dalam penyelesaian isu-isu yang berkaitan dan adakah masalah
dapat diselesaikan dengan pelaksanaan dasar tersebut. Selain itu, perbincangan juga dilanjutkan
mengenai apakah yang menjadi permasalahan dalam melaksanakan dasar dan apakah
penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam memastikan dasar tersebut dapat menyelesaikan
permasalahan yang di hadapi.

2.0 Perbincangan

Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah (BCA) telah diperkenalkan pada April 1982 oleh Tun Dr.
Mahathir Mohammad. Dasar ini dilaksanakan sejajar dengan Kempen Kepimpinan Melalui
Teladan yang telah dilancarkan pada 19 Mac 1983. Kempen Kepimpinan Melalui Teladan ini
adalah salah satu untuk meningkatkan produktiviti dalam mengamalkan servis dan perkhidmatan
yang Bersih, Cekap, dan Amanah. Selain itu, di antara dasar-dasar yang selaras dengan dasar BCA
ialah Dasar Pandang Ke Timur (1982), Konsep Kepimpinan Melalui Teladan (1983), Dasar
Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran (1985), dan United Nations Againts Corruption
(2005).

Dengan peningkatan kes rasuah yang tidak mengira pangkat dan darjat, pemilihan Dasar
Bersih, Cekap, dan Amanah sebagai perbincangan dalam penulisan ini adalah sangat bertepatan
sekali, kerana isu yang timbul berkaitan dengan kesalahan rasuah pada hari ini semakin
membimbangkan, dan inilah yang menjadi alasan yang kukuh kenapa dasar tersebut diperkenalkan
oleh Tun Dr. Mahathir pada 1982.

Untuk merialisasikan dasar ini supaya terlaksana, agensi kerajaan seperti Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipertanggungjawabkan untuk membasmi budaya
rasuah di kalangan penjawat awam di Malaysia. Sebagai badan bebas bagi mempertingkatkan
tanggungjawab memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, tanpa campurtangan oleh
mana-mana pihak, dan selaras dengan kewujudannya sebagai entiti tunggal pencegahan rasuah di
Malaysia, bidang kuasa perundangan SPRM di bawah Akta Suruhanjaya Penjecagan Rasuah
Malaysia adalah khusus untuk menyiasat dan mencegah sebarang bentuk perlakuan rasuah serta
salahguna kuasa.

Sebagai contoh kes yang terbaru yang melibatkan Ahli Parlimen Kinabatangan, dan bekas
Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan isteri Zizie Izette berkenaan kes
rasuah melibatkan Felcra. Bung Moktar dikenakan tiga pertuduhan menerima rasuah yang
berjumlah RM2.8 juta, manakala isterinya Zizie dengan tiga pertuduhan bersubahat atas kesalahan
yang sama. Disini kita dapat lihat kes rasuah tidak mengira pangkat, usia, darjat, kaum, dan agama.

Betapa KEPERCAYAAN manjadi elemen penting dalam kehidupan dan nadi dalam
sesebuah negara. Semakin tinggi kepercayaan, semakin penting kedudukan negara dalam peta
dunia. Oleh itu, kepercayaan tidak boleh dicagarkan sewenang-wenangnya. Kepercayaan yang
terancam perlu dipulihkan walaupun sukar. Amat malang bagi negara yang terdedah ancaman
kepercayaan tetapi terus diabaikan. Tingkah laku dan sikap pemegang amanah menggambarkan
kewibawaan negara. Jika orang yang diamanahkan terlibat dengan amalan yang tidak berakhlak,
amanah dikhianati dan negara akan tergadai. Acaman yang bermula daripada unsur-unsur negatif
seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah. Selain dari unsur berbentuk etika,
keberkesanan dan kecekapan negara juga mempengaruhi kepercayaan. Bidang yang sering menarik

1 | KAMARUDDIN BIN AHMAD (258344)


GMGA2023 – DASAR AWAM

perhatian rakyat ataupun masyarakat antarabangsa dalam menilai tahap kepercayaan ialah ahli
politik, ekonomi, sosial, pentadbiran, sistem kewangan, perundangan, pendidikan dan keselamatan.
Ancaman inilah yang menjadi masalah dalam melaksanakan dasar Bersih, Cekap dan Amanah.

Sebagai saranan dan cadangan, untuk memastikan dasar ini berkesan dalam menyelesaikan
masalah integriti yang semakin meningkat, alangkah seeloknya kita bermuhasabah kembali apakah
kesilapan kita selama ini dalam memberi pendidikan kepada generasi muda yang bakal mewarisi
tampok pemerintahan serta pembangunan negara. Betapa perlunya kita membuat penilaian semula
Dasar Bersih Cekap dan Amanah supaya ia menjadi sebahagian daripada pendidikan yang mampu
malah lebih berkesan dalam memupuk integriti di kalangan generasi muda. Dengan memberi
peransangan nilai-nilai murni sebagaimana yang telah di lancarkan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohammad pada 1982 melalui kempen Bersih Cekap Dan Amanah sebagai satu dasar masyarakat
terutama sekali kakitangan awam. Ini adalah selaras dengan konsep kempen Kepimpinan Melalui
Teladan pada tahun 1983. Bersih, Cekap dan Amanah adalah sebagai medan dalam membangunkan
integriti dalam sektor awam, oleh itu ia perlu diperhalusi serta dikaji semula bersesuain dengan
keperluan negara pada masa kini. Jika berasaskan kepada teras nilai bersih ini, ia bermakna
mempunyai nilai moral yang tinggi, berdisiplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah. Bersikap
berkecuali, tidak pentingkan diri, tidak khianat, hasad dan dengki. Selain itu nilai bersih ini perlu
juga diterapkan dalam diri setiap pelajar. Manakala nilai cekap pula mesti mempunyai semangat
keberanian dalam membuat keputusan, selain tenang dan bersikap tegas dalam menghadapi krisis.
Malahan nilai amanah pula perlu ada dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang telah
diamanahkan selagi mana dalam batas kuasa yang telah ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas
untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sifat luhur dan murni yang ada dalam diri, umpama
jujur terhadap diri sendiri, rakan serta organisasi. Menerapkan nilai-nilai integriti dalam diri pelajar
atau generasi baharu pula adalah sangat penting kerana setiap amanah dan tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan dalam apa jua tindakan termasuklah tidak mengamalkan rasuah.

3.0 Kesimpulan

Dasar Bersih, Cekap dan Amanah merupakan satu dasar atau konsep yang sangat murni. Asas
penting ini perlu diwujudkan di dalam diri masyarakat Malaysia supaya dapat melahirkan generasi
yang bertamadun dan bermoral sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi. Oleh itu dasar ini tidak
boleh dipisahkan malah perlulah seiring dengan Dasar Pendidikan Negara, Dasar Penerapan Nilai-
Nilai dan Konsep Kepimpinan Melalui Teladan serta Rukun Negara. Sekiranya kita mengkaji
keseluruhan slogan Bersih, cekap dan Amanah, ia akan memberi kesan dalam memberi pencapaian
dalam satu pentadbiran yang serius dalam hasrat untuk mencapai daya pengeluaran yang tinggi
melalui etika dan nilai bekerja yang progresif selaras dengan kehendak-kehendak moral yang murni
dan terpuji.

2 | KAMARUDDIN BIN AHMAD (258344)


GMGA2023 – DASAR AWAM

4.0 Rujukan

Munni, MBSSKL. (2013, April 3). Dasar Bersih Cekap Amanah. Retrieved from

https://www.slideshare.net

Chan, Michelle. (2015, Oktober 6). Dasar Bersih Cekap Dan Amanah. Retrieved from

https://www.scribd.com

Yakuza, Red. (2014, June 3). Dasar Bersih Cekap dan Amanah (BCA). Retrieved from

https://prezi.com

Mohd. Noor, Omar. (2017, Julai 10). Harga Sebuah Kepercayaan). Retrieved from

http://www.utusan.com.my

Dr. Hasnah, Hussiin. (2018, Disember 27). Bangunkan Semula “Bersih, Cekap Dan Amanah”.

Retrieved from http://www.utusan.com.my

BERNAMA. (2018, Ogos 15). Bersih, Cekap Dan Amanah Lancarkan Pentadbiran - Dr Mahathir.

Retrieved from http://www.bernama.com

Azura Abas, Mohd Husni Mohd Noor, Zanariah Abd Mutalib, Hashini Kavishtri Kannan (2018,

Ogos 15). Bersih, Cekap, Amanah Jadi Nilai Hidup – PM. Retrieved from

https://www.bharian.com.my

3 | KAMARUDDIN BIN AHMAD (258344)

Anda mungkin juga menyukai