Anda di halaman 1dari 2

1. Apakah Dasar yang dipilih? Latar belakang Dasar. Bila dilaksanakan.

Kaitan
dasar tersebut dengan dasar-dasar lain.

Dasar yang dipilih.


a) Dasar Bersih Cekap Dan Amanah.

Latar belakang dasar.


a) BCA telah diperkenalkan dan dilancarkan oleh Tun M pada pertengahan April 1982.
b) BCA ini dilaksanakan selaras dengan Kempen Melalui Teladan pada 19 Mac 1983.
c) Kempen Kepimpinan Melalui Teladan adalah salah satu kempen untuk
meningkatkan produktiviti dan mengamalkan perkhidmatan yang Bersih, Cekap dan
Amanah.

Bila dilaksanakan.
a) BCA diperkenalkan pada pertengahan tahun 1982.

Dasar-dasar yang berkaitan.


a) Dasar Pandang Ke Timur (1982)
b) Konsep Kepimpinan Melalui teladan (1983)
c) Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbran (1985)
d) United Nations Againts Corruption (2005)

2. (6) Status penyelesaian isu masa kini? Adakah masalah yang cuba diselesaikan
dapat diatasi melalui pelaksanaan dasar tersebut?

Sebagai contoh kes tangkapan rasuah terbaru yang melibatkan Ahli Parlimen
Kinabatangan, dan Bekas Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan
isteri Zizie Izette A Samad berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra.
Walaubagaimanapun sehingga sekarang status kes tersebut, kedua-dua mereka
kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

(Adakah masalah yang cuba diselesaikan dapat diatasi melalui pelaksanaan dasar
tersebut?............)

3. (7) Adakah terdapat sebarang masalah dalam melaksanakan dasar tersebut?


Terangkan.

Jika dilihat isu rasuah yang semakin tinggi tanpa mengira pangkat dan darjat, sudah
sampai masanya untuk kita melihat serta mengkaji kembali di manakah kesilapan dalam
mendidik generasi yang bakal mewarisi pemerintahan dan pembangunan negara. Oleh
itu, usaha yang berterusan untuk mengatasi masalah integrity ini perlulah berbalik
semula kepada system pendidikan Negara. Nilai bersih dan manah perlu dinilai semula
agar menjadi sebahagian daripada pendidikan yang memupuk integrity dalam kalangan
orang muda. Pemupukan nilai-nilai murni seperti ini telah dilancarkan pada 1982 oleh
Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad melalui kempen Bersih, Cekap dan
Amanah sebagai satu dasar masyarakat khususnya kakitangan awam. Konsep ini selaras
dengan kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada 1983. Bersih, Cekap dan Amanah
telah dijadikan wadah dalam membangunkan integriti sektor awam, maka ia perlu
diperhalusi semula sesuai dengan keperluan negara masa kini. Jika berdasarkan kepada
teras nilai bersih, ia bermakna mempunyai nilai moral tinggi, berdisiplin, tidak
menyeleweng dan tidak rasuah. Bersikap berkecuali, tidak pentingkan diri, tidak
khianat, hasad dan dengki. Penerapan nilai bersih seperti ini perlu juga diterapkan dalam
diri pelajar. Nilai cekap pula perlu mempunyai semangat berani dalam membuat sesuatu
keputusan, menghadapi krisis dengan tenang dan bersikap tegas kepada prinsip. Nilai
amanah pula menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas
kuasa ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang
ditetapkan. Mempunyai sifat luhur dan murni, umpama jujur kepada diri sendiri, rakan
dan organisasi. Penerapan nilai-nilai integriti pula dapat mendidik pelajar atau generasi
baharu akan pentingnya amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam apa
jua tindakan termasuklah tidak mengamalkan rasuah.

4. (8) Sebagai individu yang bekerja dalam konteks dasar tersebut, cadangkan SATU
penambahbaikan yang boleh diusulkan bagi membolehkan dasar tersebut
menyelesaikan masalah / isu yang cuba diselesaikan.

a) Mengadakan bengkel / kursus dalaman yang bertujuan untuk meningkatkan dasar


BCA
b) Membuat penilaian terhadap penjawat awam secara keseluruhan.
c) Menaplikasikan inovasi baru (management tools, technology) bagi meningkatkan
sistem penyampaian perkhidmatan amam melalui dasar BCA.

Rujukan
https://www.slideshare.net/munnianwar/dasar-bersih-cekap-amanah
https://www.scribd.com/doc/283804360/Dasar-Bersih-Cekap-Dan-Amanah#
https://prezi.com/vgek7uvlxqfn/dasar-bersih-cekap-dan-amanah-bca/
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/harga-sebuah-kepercayaan-1.500977
http://www.utusan.com.my/rencana/forum/bangunkan-semula-8232-8216-bersih-cekap-
amanah-8217-1.810973
http://cgpengajianam.blogspot.com/2012/07/dasar-bersihcekap-amanah.html

Anda mungkin juga menyukai