Anda di halaman 1dari 4

SJK (C) KHAY BENG,RABAN, LENGGONG, PERAK.

霹雳玲珑拉挽启民国民型华文小学

MATLAMAT PENGAJARAN / KEPIMPINAN MASA


HADAPAN

Sebenarnya tidak banyak guru yang mengambil berat tentang pentingnya


objektif pengajaran, ketika mereka mengajar. Hal ini dikatakan demikian mungkin
kerana guru tidak pernah menyedari bahawa objektif pengajaran itu merupakan
pernyataan penting bagi mengenali perubahan yang diharapkan dalam pemikiran,
tindakan atau perasaan murid, hasil daripada sesuatu kelangsungan proses
pembelajaran di bilik darjah, yang juga akan menerangkan perkara yang dapat
murid lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran.

Tegasnya, objektif pengajaran ialah pernyataan yang menjelaskan hasil


atau produk pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai murid pada akhir unit
sesuatu pelajaran dan dapat pula diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai bukti
bahawa objektif pembelajaran berlaku kepada murid.

Kegagalan memahami betapa pentingnya sumbangan objektif dalam


pengajaran telah menjadikan kebanyakan guru bahasa Melayu:
 Gagal mengenal pasti topik yang hendak diajarkan dan yang akan
memandu mereka membuat pemilihan kaedah atau strategi pengajaran-
pembelajaran termasuk jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai
digunakan.
 Gagal menilai pelaksanaan rancangan pengajaran, keberkesanan
pengajaran dan pencapaian murid.
 Gagal melaksanakan pengajaran pemulihan atau pengayaan kepada murid
yang memerlukannya.
 Gagal menyedarkan murid tentang perkara atau objektif yang diharapkan
untuk dicapai pada akhir pembelajaran, bagi memastikan mereka lebih
peka dalam mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu di luar bilik
darjah.

Hasilnya, terjadilah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang


tidak lebih daripada satu proses memberikan ilmu secara melepaskan batuk di
tangga sahaja. Kita tidak perlu hairan jikalau selepas 55 tahun negara kita
merdeka, masih banyak murid yang tidak mampu untuk menguasai bahasa
Melayu dengan betul.

Sepatutnya setiap guru Bahasa Melayu yang bertanggungjawab harus rasa


bimbang dengan sikap acuh tidak acuh mereka selama ini terhadap pengajaran
dan pembelajaran yang dilakukan di bilik darjah kerana kerja sebegini akan terus
merencatkan strategi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
memartabatkan bahasa Melayu di sekolah. Sudah sampai masanya guru bahasa
Melayu merencanakan sendiri usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ini
dengan lebih cekap, ketika KPM sudah pun merangka strategi dalam
melaksanakan langkah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan murid melalui dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh
Bahasa Inggeris

(MBMMBI). Antara langkah tersebut termasuklah:


Penambahan bilangan guru bahasa Inggeris sebanyak 13 933 orang untuk
memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Ini
termasuklah 1000 orang guru dari luar negara, 600 orang guru bersara dan 12 333
guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Keutamaan
akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan
guru terbaik. KPM juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred
DG 41 untuk kelas yang melebihi 35 orang murid tahun satu dan tahun dua.

Peruntukan waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi sekolah


kebangsaan Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330
minit seminggu. Bagi Tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit
menjadi 300 minit seminggu.

Peruntukan waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi Sekolah Jenis


Kebangsaan Cina atau Tamil, Tahap I ditambah 100 peratus, iaitu daripada 60
minit menjadi 120 minit seminggu. Bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit
daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.

Peruntukan waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi tingkatan satu


hingga tingkatan enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi
280 minit seminggu.

Peruntukan waktu bagi Malaysian University English Test (MUET) untuk


murid tingkatan enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400
minit seminggu.

Peruntukan waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi program


matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu daripada tiga jam menjadi enam jam
seminggu.
Program Sastera Kontemporari Kanak-kanak Bahasa Inggeris
diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat membaca
mereka di samping memperkenalkan unsur sastera.

Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah untuk memudahkan


murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.

Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan


pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang
sesuai.

Pelajaran tatabahasa bahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam


pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Pendedahan istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen


sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris

Anda mungkin juga menyukai