Anda di halaman 1dari 2

1) Siapakah komuniti di sekolah kamu?

 Komuniti Sekolah ialah kelompok yang saling berhubung antara satu dengan yang lain dalam
kawasan yang sama.
 Komuniti sekolah terdiri daripada :
1. guru besar
2. guru-guru
3. murid-murid
4. kerani sekolah
5. juruteknik komputer
6. pembantu murid (PPKI)
7. pengusaha kantin
8. pekerja am (tukang sapu, tukang cuci)
9. tukang kebun
10. pengawal keselamatan

2) Bagaimanakah cara kamu berinteraksi dengan komuniti sekolah kamu?


1. Mengucapkan salam apabila bertemu atau bertembung.
2. Bertutur dengan sopan dan mesra.
3. Murah dengan senyuman.
4. Menjaga tingkah laku yang baik.
5. Bersedia menghulurkan bantuan.

3) Jelaskan kepentingan berinteraksi dengan komuniti sekolah.


Berinteraksi dengan komuniti sekolah dapat :

1. mewujudkan hubungan yang erat dan harmoni.


2. memudahkan sesuatu urusan.
3. mengelakkan sebarang perselisihan faham.

 Setiap murid perlu menunjukkan sikap sebagai warga sekolah yang bertanggungjawab.

2. Sikap bertanggungjawab perlu ditunjukkan ketika berinteraksi dengan komuniti


sekolah seperti :

    a) guru.
     b) tukang kebun
     c) pengawal keselamatan
    d) murid-murid yang lain.

3. Contoh-contoh sikap warga sekolah yang bertanggungjawab ialah :

     a) mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah.


     b) mematihu peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
     c) menolong guru membawa buku ke bilik guru.
    d) membantu murid yang terjatuh semasa bermain bola di padang.
    e) melarang murid menconteng dinding sekolah.
    f) (sila berikan jawapan sendiri)

Patuhi Peraturan Sekolah

 Setiap sekolah mempunyai peraturan yang mesti


dipatuhi oleh murid-murid.
 Peraturan sekolah bertujuan untuk membentuk
disiplin murid-murid.

cara menghormati warga sekolah


 menghormati guru.
 mengucapkan salam apabila bertemu guru, rakan
atau sesiapa sahaja di dalam kawasan sekolah.
 bersedia untuk memberi bantuan kepada sesiapa
sahaja yang memerlukannya.
 sentiasa mengucapkan terima kasih.    
 menghargai jasa guru.
 bersikap peramah dan bertegur sapa.
 mesra dengan rakan-rakan.

Anda mungkin juga menyukai