Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum, ini ust Sahrul ke? Waalaikum salam. Ya, saya bercakap ni.

Ustaz! nak jemput ust ceramah di tempat sayalah, kami nak buat ceramah
Israk Mikraj.
Terkejut saya, ada lagike ceramah Israk Mikraj? Saya mesti positif. Tentulah
ada, sebab mengingat Rasulullah saw adalah setiap masa. Tanggungjawab
kita dengan baginda ada dua. Cinta dan ikut. Mengaku cinta tapi tak mahu
ikut, belum selamat. Contohnya Abu Talib. Adapun ikut baginda tetapi
bukan kerana cinta, munafik. Pun tidak selamat.
Jadi, antara tanda cinta ialah kita selalu ingat padanya. Ingat pada
Rasulullah saw.
Oppps ustaz! Boleh tak sediakan 20 soalan utk kuiz sekali? Amboi, kita pula
kena sediakan soalan. Mestilah kena taip, takkan nak beri tulisan tangan
sahaja. Malulah saya... Positif, positif.
Akhirnya, penat-penat saya sediakan tersebut, maka saya ingin kongsikan
dengan para pembaca blog saya.
Anda boleh ajukan buat anak, suami atau isteri di rumah. Ataupun kawan-
kawan di tempat kerja. Cubalah menguji minda kita...

Soalan Kuiz Israk Mikraj (siapa cepat dia jawab dan dia dapat…)

1. Apakah maksud Israk?

Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (perjalanan


darat)

2. Apakah maksud Mikraj?

Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil al-Aqsa ke Sidratul Muntaha


(perjalanan langit)

3. Apakah kenderaan yang ditunggangi oleh Rasulullah semasa Israk dan


Mikraj?

Buroq

4. Apakah hadiah terbesar yang diperolehi oleh Rasulullah s.a.w semasa


Israk Mikraj?
Solat 5 waktu sehari semalam

5. Sebutkan 2 peristiwa sebelum Rasulullah s.a.w diIsrak dan diMikrajkan

Kematian bapa saudaranya Abu Talib, kematian isterinya Khadijah bt


Khuwailid, dibedah dadanya

6. Berapa kalikah Rasulullah s.a.w berulang alik untuk meminta kurang


bilangan waktu solat?

9 kali

7. Siapakah yang menasihati Rasulullah s.a.w agar meminta kurang bilangan


waktu solat?

Nabi Musa a.s

8. Apakan pilihan yang ditawarkan oleh Jibril kepada Rasulullah s.a.w


semasa di Baitilmaqdis?

Susu dan arak

9. Kubur siapakah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w yang begitu wangi
sekali?

Masyitah

10. Siapakah yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w membawa obor api ketika
Israk?

Jin Ifrit

11. Di manakah Rasulullah s.a.w mengimamkan solat bersama para rasul


dan nabi?

Di Masjidil Aqsa

12. Di dalam surah apakah, Allah menceritakan peristiwa Israk?

Surah al-Israk.
13. Siapakah golongan paling ramai dilihat oleh Rasulullah s.a.w dalam
syurga?

Orang-orang miskin

14. Siapakah golongan paling ramai dilihat oleh Rasulullah s.a.w dalam
neraka?

Golongan wanita

15. Bilakah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj?

27 Rejab tahun ke 10 kebangkitan

16. Berapa lamakah tempoh perjalanan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa


Israk dan Mikraj?

Satu malam

17. Di manakah terletaknya Masjid al-Aqsa?

Di Palestin

18. Sebutkan satu keistimewaan Masjid al-Aqsa?

Kiblat pertama umat Islam, masjid kedua dibina selepas Masjidil Haram, 3
masjid yang digalakkan untuk disembahyang di dalamnya, bumi Israk

19. Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ke atas Buroq sebaik tiba
di Masjil al-Aqsa?

Mengikatnya

20. Bagaimanakah gambaran tunggangan yang dinaiki Rasulullah s.a.w


semasa Israk dan Mikraj?

Binatang yang lebih besar daripada keldai dan lebih kecil daripada baghal
(kuda+keldai), binatang berwarna putih, bergerak sepantas kilat

Anda mungkin juga menyukai