Anda di halaman 1dari 24

FAKULTI SAINS SOSIAL

SEMESTER SEPTEMBER 2019

ABPC2103

ABNORMAL PSYCHOLOGY

NO MATRIKULASI : 930906017695001

NO KAD PENGENALAN : 930906-01-7695

NO TELEFON : 017-7373627

E-MEL : logeswaran86@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Johor Learning Centre

1
Kandungan

Soalan 1

1.0 Pengenalan...........................................................................................................................4

2.0 Analisis punca-punca OCD..................................................................................................5


2.1 Genetik dan keturunan.........................................................................................................5
2.2 Trauma...........................................................................................................................................................5
2.3 Jangkitan dan Infeksi............................................................................................................6
2.4 Personaliti Obessi Kompulsif...............................................................................................6

3.0 Lima simptom utama OCD..................................................................................................8


3.1 Kompulsif.............................................................................................................................8
3.1.1 Hoarding............................................................................................................................8
3.1.2 Melakukan sesuatu perkara secara berulangan.................................................................8
3.2 Obsessif................................................................................................................................9
3.2.1 Mempunyai idea, gambaran atau impuls yang berulangan serta menyebabkan stress
dan membawa ancaman pada diri sendiri.........................................................................9

3.2.2 Menginginkan kesempurnaan (perfeksionisme).............................................................10


3.2.3 OCD Agama (Scrupulosity)............................................................................................11

4.0 Perbincangan pendekatan psikologi khusus untuk merawat OCD.....................................12


4.1 Pencegahan tindak balas.....................................................................................................12
4.2 Teknik Relaksasi................................................................................................................13
4.3 Meditasi..............................................................................................................................13

5.0 Kesimpulan.........................................................................................................................14

Rujukan....................................................................................................................................15

2
Soalan 2

1.0 Pengenalan.........................................................................................................................17

2.0 Perbincangan dan refleksi kendiri untuk satu jenis fobia..................................................18


2.1 Pengenalan kepada acrofobia.............................................................................................18
2.2 Penyebab acrofobia............................................................................................................18
2.3 Simptom-simptom Acrofobia.............................................................................................19

3.0 Refleksi kendiri..................................................................................................................20

4.0 Cara-cara mengatasi acrofobia...........................................................................................21


4.1 Terapi kognitif tingkah laku (CBT)....................................................................................21
4.2 Merangka semula pemikiran kognitif.................................................................................21
4.3 Terapi pendedahan.............................................................................................................22

5.0 Penutup...............................................................................................................................23

Rujukan....................................................................................................................................24

3
Soalan 1

1.0 Pengenalan
Kecelaruan Obsesif Kompulsif atau obsessive-compulsive disorder (OCD), merupakan
sejenis kecelaruan personaliti yang dicirikan oleh sifat individu yang amat mementingkan
ketelitian, kebimbangan, kesempurnaan serta keinginan untuk mengawal persekitaran serta
hubungan. Akibat daripada gejala-gejala tersebut menyebabkan individu mempercayai
bahawa jika tugas yang belum selesai, sesuatu yang buruk mungkin berlaku. Misalnya,
kebimbangan berterusan akibat tidak membasuh tangan akan menyebabkan dijangkiti kuman,
hasilnya individu tersebut akan basuh tangan dengan kerap (American Psychological
Association, 2013). Ia biasanya bermula pada peringkat awal dewasa serta lebih banyak
dialami oleh lelaki berbanding wanita.

Topik ini mengfokuskan untuk membantu pelajar membangunkan pengetahuan dan


kemahiran analisis dalam kecelaruan obsesif kompulsif (OCD). Perbincangan tentang topik
ini amat penting kerana ia membantu dalam membendung penyakit OCD ini dari menular
lebih teruk selain menyedarkan masyarakat kepentingan penyakit OCD ini. Perkara-perkara
yang saya menekan ini perlu diambil berat kerana kebanyakkan generasi muda merana akibat
penyakit ini. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (2015), sejumlah 6 peratus
daripada penduduk negara ini disahkan OCD, dan mereka ini yang akan membentuk tenaga
kerja. Kualiti tenaga kerja akan merosot kerana penampilan dan kemahiran terjejas. Secara
tidak langsung, ekonomi negara merosot akibat produktiviti negara berkurangan. Walaupun
isu ini nampak remeh tetapi ia membawa impak yang maksimum kepada masyarakat dan
negara. Oleh itu, kita akan membincangkan tentang beberapa faktor penyumbang, simptom-
simptom OCD, serta rawatan untuk menangani penyakit ini.

4
2.0 Analisis punca-punca OCD
2.1 Genetik dan keturunan
Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang mempunyai sejarah penyakit ini
kemungkinan berisiko mengalami OCD. Nelson et al (2001), telah membangunkan senarai
semak kelakuan anak obsesif kompulsif (CBCL-OCS) untuk mengenal pasti kanak-kanak
berisiko OCD. Hudziak et al (2006) telah menggunakan (CBCL-OCS) terhadap 102 keluarga
di Belanda. Beliau dan rakan-rakannya telah mengedarkan borang soal selidik tersebut
kepada setiap keluarga dan mengambil maklumat ibu bapa. Mereka memastikan ibu bapa
merekodkan setiap tingkah laku anak-anak mereka. Salah satu soalan yang telah ditanyakan
dalam soal selidik mereka adalah berkenaan faktor genetik. Hasil keputusan mendapati faktor
genetik menyumbang sekurang-kurangnya 50% dalam skor CBCL-OCS pada kanak-kanak
pada umur 7, 10 dan 12. Nordsletten et al (2013), menyatakan faktor genetik atau keturunan
mempunyai peratusan sebanyak 50% dan dalam peratusan tersebut juga telah dikenal pasti
bahawa golongan lelaki mempunyai peratusan sebanyak 4.1% berbanding dengan dua orang
kembar daripada golongan wanita.
Selari dengan perkara ini, penyelidik menemui gen yang berkaitan dengan OCD. Leo
O'Connor et al (2019), menyatakan bahawa gen-gen yang terlibat iaitu NRXN1, HTR2A,
CTTNBP2, dan REEP3 mengalami mutasi secara signifikan akibat faktor keturunan (ahli
keluarga yang mengalami OCD) dan menyebabkan OCD ini diturunkan dari suatu generasi
ke generasi lain sekaligus menyebabkan peningkatan isu OCD dalam kalangan masyarakat.

2.2 Trauma
Selain keturunan, faktor OCD ternyata juga berkait dengan kejadian masa lalu yang pernah
dialami seseorang. Kejadian yang menyedihkan dan menyebabkan trauma serta mencetuskan
stress pada seseorang. Apabila berlaku stres, hormon-hormon tertentu seperti kortisol,
adrenalin dan sebagainya dilepaskan dalam kandungan yang banyak. Hormon-hormon ini
menyebabkan ketidakseimbangan pada akitiviti sel-sel otak. Hasilnya, berlaku stres. Trauma
dikaitkan dengan tekanan emosional dan mental. Kejadian trauma boleh menyebabkan
gangguan ini muncul misalnya, kehilangan orang terdekat, buli, dera dan sebagainya.
Perlanjutan perkara ini menyebabkan kecelaruan stres pascatrauma (Post Traumatic Stress
Disorder) (PTSD), iaitu gangguan tekanan yang teruk terhadap sesuatu peristiwa yang buruk
sehingga menyebabkan stres dan masalah-masalah lain (Hibbert,godwin & Dear,2009).
Tambah lagi menurut Dr. Salmi (2008), trauma akibat peristiwa yang tidak menyenangkan

5
boleh mencetuskan ancaman kematian diri sendiri mahupun orang lain serta merosakan
potensi integriti fizikal, seksual, atau psikologi individu.

2.3 Jangkitan dan Infeksi


Pada kanak-kanak, infeksi bakteria Streptococcus juga boleh menyebabkan penyakit OCD.
PANDAS adalah singkatan untuk Gangguan Neuropsychiatrik Pediatrik Pediatrik Berkaitan
dengan Jangkitan Streptokokus (Pediatric Autoimmune Neuropsychiatric Disorders
Associated with Streptococcal Infections). Seorang kanak-kanak mungkin didiagnosis dengan
PANDAS apabila beliau menunjukkan simpatom-simptom OCD akibat daripada infeksi
bakteria Streptococcus. Salah satu bahagian otak yang akan terjejas adalah ganglia basal,
yang dipercayai bertanggungjawab untuk pergerakan motor dan tingkah laku. (Mell et al.,
2005). Antara tanda-tanda klinikal yang tercetus akibat PANDAS adalah sakit tekak, demam,
batuk, dan selsema. PANDAS mungkin berlaku pada kanak-kanak berumur antara tiga tahun
dan pada permulaan akil baligh.

2.4 Personaliti Obessi Kompulsif

Obesessive-compulsive personality disorder (OCPD) atau personaliti obessi kompulsif adalah


gangguan keperibadian yang dicirikan oleh kebimbangan yang berlebihan dengan
keteraturan, kesempurnaan, perhatian kepada butiran, kawalan mental dan interpersonal, dan
keperluan untuk mengawal persekitaran seseorang, yang mengganggu fleksibiliti,
keterbukaan terhadap pengalaman, dan kecekapan, serta hubungan interpersonal. Bressert, S.
(2019), menyatakan bahawa individu yang mempunyai masalah keperibadian obsesif-
kompulsif mungkin mengalami kesukaran dalam menentukan tugas-tugas mana yang perlu
diberi keutamaan atau apakah cara terbaik melakukan beberapa tugas tertentu. Mereka
berkemungkinan untuk menjadi seorang pemarah yang agresif di mana mereka tidak dapat
mengekalkan kawalan persekitaran fizikal atau interpersonal mereka, walaupun kemarahan
itu biasanya tidak dinyatakan secara langsung. Cain, Nicole et al (2014). Orang yang
mengalami masalah ini sangat berhati-hati dalam hubungan dan mungkin menunjukkan sikap
penghormatan berlebihan kepada pihak yang mereka hormati dan penentangan berlebihan
kepada pihak yang tidak menghormati. Gangguan keperibadian merupakan corak pengalaman
dan tingkah laku dalaman yang menyimpang dari norma budaya individu. Coraknya dilihat
dalam dua atau lebih bidang berikut: kognisi; menjejaskan; fungsi interpersonal; atau
kawalan dorongan. Corak kekal adalah tidak fleksibel dan meluas dalam pelbagai situasi

6
peribadi dan sosial. Ia biasanya membawa kepada kesusahan atau kerosakan yang ketara
dalam kerja sosial, kerja, atau bidang lain yang berfungsi. Coraknya stabil dan dalam tempoh
yang lama, dan permulaannya dapat dikesan semula ke peringkat dewasa atau remaja.

7
3.0 Lima simptom utama OCD

Antara ciri-ciri utama adalah:

3.1 Kompulsif

3.1.1 Hoarding
Hoarding merupakan suatu tingkah laku yang suka menyimpan barang dalam kuantiti yang
berlebihan dan tidak digunakan atau diperlukan tetapi tidak berupaya untuk membuang suatu
barangan atau objek tersebut (Frost & Hartl, 1996; Holroyd & Oaklands, 2008). Seseorang
yang mempunyai masalah hoarding atau menyimpan pada tahap kritikal akan menjalani
kehidupan seharian yang tidak normal ataupun tidak sihat (Frost et al., 2000). Mereka akan
lebih cenderung untuk menyimpan barangan yang dianggap bernilai, mempunyai nilai
sentimental dan juga mempunyai kegunaan untuk masa hadapan. Hal ini juga menyebabkan,
seseorang individu yang mempunyai tingkah laku hoarding pada tahap serius di mana mereka
berasa selamat atau selesa walaupun berada dengan himpunan barangan yang berlebihan.
Mereka menganggap bahawa perbuatan atau tingkah laku tersebut adalah normal dan tidak
memberi masalah ke atas diri mereka. Menurut Iervolino et al. (2009), impak negatif
mengenai tingkah laku hoarding ini telah terbukti apabila terdapat seorang wanita yang telah
meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya akibat terperangkap dengan segala barangan
simpanannya sehingga tidak dapat diselamatkan oleh anggota bomba. Persepsi mereka
terhadap setiap barangan atau objek yang disimpan adalah mempunyai nilai sentimental yang
tinggi dan masih boleh digunakan sama ada pada masa ini mahupun masa akan datang.
Menurut National Institute of Mental Health (2012), kebanyakan golongan yang menghidap
penyakit hoarding juga cenderung untuk mengalami masalah mental yang lain seperti
kemurungan, kebimbangan, hiperaktif, dan juga masalah ketagihan alkohol.

3.1.2 Melakukan sesuatu perkara secara berulangan


Orang yang telah menghidapi penyakit ini suka melakukan sesuatu perkara secara berulangan
seperti suka membasuh tangan, menyusun atur buku, memeriksa jam dan sebagainya.
Arderluh et al. (2009), menyatakan bahawa penyakit ini memaksa pesakit OCD melakukan
sesuatu yang sangat spesifik. Perilaku ini adalah “terapi” bagi diri mereka untuk
mengurangkan kegelisahan dan stres akibat obsesi tersebut..Kadang-kadang ia berupa proses
mental, seperti mengulang kata-kata atau menghitung angka tertentu. Perkara seperti mencuci
tangan secara berulangan dilakukan supaya keinginan untuk mencuci tangan yang dirangsang
pada otak dapat dikurangkan sekaligus mengurangkan stress. Jikalau seseorang itu, tidak

8
dapat melakukan aktiviti secara berulangan beliau akan berupaya mengalami tekanan yang
tinggi serta boleh mengancam diri sendiri atau sekeliling. (Hilde Bruch ,2001). Sebagai
contoh, seseorang dengan OCD mungkin memiliki pemikiran obsesif bahawa dia akan
mendapat infeksi. Oleh itu, dia akan mencuci tangannya mungkin lima sehingga sepuluh kali
berturut-turut sebelum dia dapat meninggalkan rumah. Orang dengan gangguan ini mungkin
tidak dapat menghentikan pemikiran ini atau beralih ke pemikiran berikutnya sehingga
fikiran obsesifnya berkurang atau dihentikan oleh dorongan perilaku mereka. Malangnya,
perilaku kompulsif tersebut bersifat sementara, sehingga menyebabkan orang itu terjebak
dalam perkara itu sekali lagi. Misalnya, takut kuman, cuci tangan, takut kuman lagi setelah
cuci tangan, cuci tangan lagi, dan seterusnya. OCD ini berlangsung hingga setidaknya satu
jam dalam sehari. Sikap pengulangan perkara-perkara tersebut akhirnya boleh membawa
kemudaratan kepada diri sendiri. Contohnya, apabila seseorang itu membasuh tangan secara
berlebihan kulit tersebut boleh mengalami luka.

3.2 Obsessif
3.2.1 Mempunyai idea, gambaran atau impuls yang berulangan serta menyebabkan
stress dan membawa ancaman pada diri sendiri
Menurut International Obsessive Compulsive Disorder Foundation (IOCDF), obsesi yang
terjadi dengan gangguan ini adalah "fikiran, gambar atau impuls yang tidak disengaja,
mengganggu atau impuls yang mnyebabkan perasaan sedih. Lloyd et al (2015), menyatakan
imaginasi tidak mempunyai sempadan. Hampir setiap orang mengalami pemikiran yang
mengganggu misalnya keganasan, seks, keganasan, bunuh diri dan seterusnya. Bagi
kebanyakan orang, fikiran ini datang dan pergi. Bagi pesakit OCD amigdala yang terdapat
dalam otak akan terus menghantar isyarat palsu bahawa mereka berada dalam bahaya.
Perkara ini mencetuskan kebimbangan yang melemahkan diri secara berterusan dan
menyingkirkan pemikiran ini tidak mudah. Menurut Maramis (2009), pengalaman tidak
menyenangkan yang terjadi secara berulang kali dapat menyebabkan konflik dalam diri
seseorang. Individu yang mengalami konflik, cenderung untuk tidak dapat mengawal
perasaan takutnya. Orang yang mempunyai masalah ini akan bentuk kebimbangan khusus
iaitu fobia. (Seif & Winston, 2018). Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke
empat (2005), fobia boleh di definisikan sebagai ketakutan yang amat sangat kepada sesuatu..
Fobia biasanya menzahirkan emosi takut yang melampau tanpa suatu sebab yang jelas dan

9
tidak rasional. Lazimnya Fobia terbahagi kepada dua iaitu fobia umum (General /Social
Phobia) dan fobia spesifik.

3.2.2 Menginginkan kesempurnaan (perfeksionisme)

Perfeksionisme merupakan suatu kecenderungan untuk memandang kekurangsempurnaan


sekecil apa pun sebagai sesuatu yang tidak berterima. Frost et al (2010), menyatakan
perfeksionisme didefinisikan sebagai kecenderungan untuk menetapkan dan menerapkan
standard yang tidak realistis dan menerapkan evaluasi diri yang terlalu kritis. Dalam OCD,
perfeksionisme boleh menyebabkan seseorang mempunyai perhatian yang berlebihan
terhadap butiran sesuatu perkara dan menjadi obsesif serta sensitif terhadap kritikan,
kebimbangan yang berpanjangan, ketegaran, pemikiran dan sebagainya. Keinginan untuk
menghasilkan produk atau perkara yang terbaik adalah perlu, tetapi perfeksionis akan
menemui banyak halangan yang tidak perlu. Masalah perfeksionis adalah mereka cenderung
untuk menunda-nunda dan akhirnya menjadi letih dengan sendirinya. Obsesi dengan
kesempurnaan adalah beban ke atas minda dan meletihkan perasaannya. Perfectionists akan
cepat kehabisan tenaga kerana mereka terus bimbang tentang bagaimana untuk
menyempurnakan sesuatu yang mereka akan lakukan atau berfikir jika pernah melakukan
sesuatu perkara tersebut dan akan rasa sangat kecewa jika membuat sebarang kesilapan.

10
3.2.3 OCD Agama (Scrupulosity)
Scrupulosity atau OCD agama dicirikan oleh rasa bersalah patologi mengenai isu moral atau
agama. Ia secara peribadi menyedihkan, disfungsi secara objektif, dan sering disertai dengan
penurunan ketara dalam fungsi sosial. (Rose S, 2007). Dalam ketakutan, obsesi seseorang
memberi tumpuan kepada ketakutan moral atau agama, seperti ketakutan menjadi orang yang
jahat atau takut akan hukuman dendam untuk dosa. Walaupun ia boleh menjejaskan orang
yang tidak beragama, ia biasanya berkaitan dengan kepercayaan agama. Seseorang yang
menghidapi penyakit sentiasa hidup dalam ketakutan akibat dosa-dosa yang telah dilakukan
dan sentiasa akan berdoa agar dapat kemaafan dari Tuhan. John Moore (1691–1703)
merupakan pengasas kepada diagnosis ini. Beliau mencirikan isu ini sebagai "kemurungan
agama" dan menyatakan perkara sebegini akan menyebabkan seseorang itu berasa amat
berdosa terhadap perkra-perkara yang telah dilakukan. Menurut beliau juga perkara yang
berdosa ini tidak dapat diterima oleh Tuhan. Oleh itu, seseorang yang didiagnosis akan
sembahyang terlalu kerap dan akan minta ampun dari Tuhan. Perkara ini membantutkan
aktiviti harian mereka kerana mereka menggangap setiap aktiviti yang dilakukan oleh mereka
membawa dosa. Menurut Huppert, JD, & Siev,(2010) kebanyakan orang dengan laporan
ketakutan menyatakan bahawa gejala yang mengganggu mereka adalah pengalaman agama
dan hubungan mereka dengan Tuhan.

11
4.0 Perbincangan pendekatan psikologi khusus untuk merawat OCD

Rawatan psikologi yang khusus untuk OCD adalah terapi kognitif tingkah laku atau lebih
dikenali cognitive behavioral therapy (CBT). Terapi kognitif tingkah laku adalah terapi yang
memfokuskan pada bagaimana mengubah pemikiran atau keyakinan yang negatif dan
bertujuan untuk meningkatkan kesihatan mental. CBT memberi tumpuan kepada mengubah
tingkahlaku kognitif yang negatif (misalnya pemikiran, kepercayaan, dan sikap) dan
memperbaiki emosi serta menyelesaikan masalah semasa (Beck, 1979; Martin & Pear, 2003;
Antony & Swinson, 2000). Pada mulanya, ia direka untuk merawat kemurungan, tetapi
kegunaannya telah diperluaskan untuk merangkumi beberapa keadaan kesihatan mental. CBT
termasuk beberapa psikoterapi kognitif atau tingkah laku yang merawat psikopatologi yang
ditentukan menggunakan teknik dan strategi berasaskan bukti. Landenberger & Lipsey
(2005), menyatakan CBT adalah sebuah program rawatan bagi mengubah pemikiran kriminal
pesalah dan latihan penstrukturan semula kognitif. Ia mengajar pesakit yang menghidapi
OCD cara menyesuaikan diri dengan situasi atau rangsangan yang boleh mencetuskan
mereka untuk bertingkah laku jenayah (Tong & Farrington 2006). Perlaksanaan program
rawatan CBT amat popular dan telah menjadi salah satu komponen atau teknik utama dalam
program rawatan pemulihan terapeutik untuk merawat tingkah laku pesalah muda, khususnya
pesalah seksual (Losel & Scmucker 2005). Terdapat banyak teknik yang menunjukkan
perlaksanaan program pemulihan terapeutik yang berasaskan CBT telah berjaya mengubah
tingkah laku anti sosial individu.

4.1 Pencegahan tindak balas

Teknik yang umumnya diterapkan untuk mengatasi gangguan obsesif-kompulsif adalah


pendedahan dan pencegahan tindak balas atau lebih dikenali sebagai exposure with response
prevention (Abel, dalam Holmes, 1997). Teknik ini mendedahkan diri kepada pemikiran,
imej, objek dan situasi yang cemas. Pesakit menghadapi situasi di mana dia ada kepercayaan
bahawa dia mesti melakukan tingkah laku tetapi para ahli psikologi menghalang daripada
melakukannya. Jika pesakit boleh menghalangnya daripada tidak mengulangi perkara
tersebut dan nampak sesuatu yang dahsyat tidak berlaku, ini dapat membantu mengubah
kepercayaan individu tentang tingkah tersebut. Pendedahan kepada teknik pencegahan tindak
balas dalam permohonan mereka biasanya disertakan dengan penstrukturan kognitif, latihan
bersantai dan pemodelan. Sebagai contoh, seseorang yang suka mencuci tangan secara

12
berulangan akan diberi terapi kognitif iaitu beliau akan diberi cara untuk melakukan sesuatu
perkara yang lain seperti menanam pokok, membersihkan laman dan sebagainya supaya
pemikirannya tidak berulang kembali. Jikalau seseorang itu telah dapat mengurangkan
kekerapan mencuci tangannya, beliau akan diberi aktiviti-aktiviti yang memerlukan
pemikiran kognitif seperti mengajar permainan catur, teka-teki dan sebagainya untuk
memulihkannya. (Hoeksema, 2003).

4.2 Teknik Relaksasi

Menurut Smith, Jonathan C. (2007), teknik relaksasi merupakan kaedah, proses, prosedur,
atau aktiviti yang dapat membantu seseorang untuk berehat supaya dapat mencapai
ketenangan atau mengurangkan tahap kesakitan, kebimbangan, tekanan atau kemarahan.
Teknik relaksasi sering digunakan sebagai satu elemen program pengurusan OCD yang lebih
luas dan dapat mengurangkan ketegangan otot, menurunkan tekanan darah dan jantung yang
perlahan dan kadar nafas, antara manfaat kesihatan lain. Pesakit akan diajar cara bernafas
yang betul iaitu menarik nafas yang panjang. Perkara ini akan menyebabkan darah
beroksigen sampai ke organ-organ vital terutama otak dan jantung. Otak akan mengalami
kurang tekanan dan degupan jantung akan menurun, tekanan darah mula menurun dan
pernafasan akan lebih cekap. (Clark & Wells, 2005)

4.3 Meditasi
Menurut Carroll dan Mary (2005), meditasi adalah amalan di mana seorang individu
menggunakan teknik memfokuskan minda pada sesuatu objek, pemikiran atau aktiviti untuk
melatih perhatian, kesedaran dan mencapai keadaan yang tenang dan stabil dari segi mental.
Meditasi memberikan ketenangan sehingga dijadikan terapi untuk melawan OCD. Hasil
ketenangan daripada meditasi menyebabkan hormon adrenalin yang menjadi perangsang
berkurangan. Ini menyebabkan otak mengalami tekanan yang rendah. Disamping itu, kadar
degupan jantung dan tekanan darah akan menjadi rendah. Pesakit OCD akan melakukan
sesuatu perkara secara berulangan. Apabila dia melakukan meditasi, kebimbangan dan
keresahan untuk mengulangi perkara tersebut akan berkurang. (Kelly,2019)

13
5.0 Kesimpulan
Natijahnya, OCD merupakan penyakit yang sedang berakar umbi dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Menurut Dr Firdaus Abdul Gani Setiausaha, Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
(2019), kegagalan membendung penyakit ini menyebabkan produktiviti negara berkurangan
kerana individu yang berkeupayaan untuk menyumbang kepada membangunkan negara
mengalami masalah akibat penyakit OCD ini. Pelbagai langkah perlu diambil untuk
menangani masalah ini daripada bertular menjadi kronik selain kaedah psikologi. Menurut
Ko Soo Meng (2006), ahli keluarga perlu mempunyai pendidikan kesihatan mengenai OCD
supaya dapat mengetahui tanda-tandanya jikalau salah seorang anggota lain menunjukkan
ciri-ciri sebegitu. Dalam artikelnya, kegagalan anggota keluarga mengetahui ciri-ciri penyakit
ini menyebabkan rawatan untuk penyakit ini bermula lambat. Semakin lama rawatan
dimulakan, semakin lama penyakit ini sembuh. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan
peranan yang mutlak dalam mencegah penyakit ini. Badan kerajaan, badan bukan kerajaan
(NGO), masyarakat dan ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting dalam
mengurangkan serta mencegah penyakit ini daripada terus bertular.

(2635 patah perkataan)

14
Rujukan

AACP. Practice parameters for the assessment and treatment of children and adolescents with
obsessive-compulsive disorder. AACAP. Journal of the American Academy of Child and
Adolescent Psychiatry. 1998;37(Suppl 10):27S–45S.

Abram KM, Teplin LA, McClelland GM, et al. Comorbid psychiatric disorders in youth in
juvenile detention. Arch Gen Psychiatry. 2003;60:1097–1108.

Abramowitz JS. Effectiveness of psychological and pharmacological treatments for


obsessive-compulsive disorder: a quantitative review. Journal of Consulting and Clinical
Psychology. 1997;65:44–52.

Abramowitz JS. Treatment of obsessive-compulsive disorder in patients who have comorbid


major depression. Journal of Clinical Psychology. 2004;60:1133–1141.

Abramowitz JS, Schwartz SA, Moore KM, et al. Obsessive-compulsive symptoms in


pregnancy and the puerperium: a review of the literature. Journal of Anxiety Disorders.
2003;17:461–478.

Ackerman DL, Greenland S. Multivariate meta-analysis of controlled drug studies for


obsessive-compulsive disorder. Journal of Clinical Psychopharmacology. 2002;22:309–317.

Albano AM, DiBartolo PM. Cognitive-behavioral treatment of obsessive-compulsive disorder


and social phobia in children and adolescents, Innovations in Clinical Practice. Vande Creek
L, editor. Vol. 15. Sarasota, Florida: Professional Resource Exchange Inc.; 1997. pp. 41–58.

Albert U, Aguglia E, Maina G, et al. Venlafaxine versus clomipramine in the treatment of


obsessive-compulsive disorder: a preliminary single-blind, 12-week, controlled study. Journal
of Clinical Psychiatry. 2002;63:1004–1009.

15
Albert U, Maina G, Forner F, et al. DSM-IV obsessive-compulsive personality disorder:
Prevalence in patients with anxiety disorders and in healthy comparison subjects.
Comprehensive Psychiatry. 2004;45:325–332.

16
Soalan 2
1.0 Pengenalan
Fobia merupakan ketakutan yang dihidapi oleh seseorang secara melampau atau keterlaluan.
Menurut American Psychiatric Association fobia adalah rasa takut yang tidak rasional dan
berlebih terhadap suatu objek atau situasi. Fobia adalah tindak balas ketakutan yang
berlebihan dan tidak rasional. (Timothy J. Legg 2017). Ia dikategorikan sebagai gangguan
kecemasan kerana rasa cemas adalah emosi paling dominan yang dirasakan oleh seseorang.
Rasa cemas biasanya berlanjut menjadi rasa takut, yang bila tidak ditangani akan menjadi
serangan panik. Antara tanda-tanda fobia adalah sesak nafas, mual, pening kepala, gementar,
peningkatan degupan jantung, pandangan menjadi kabur, badan menjadi sejuk. Ianya boleh
dikategorikan kepada tiga iaitu fobia sosial, fobia spesifik dan agrofobia.

Soalan kedua ini membincangkan tentang refleksi kendiri untuk satu jenis fobia yang ada
pada diri saya dan cara mengatasinya. Fobia yang ada pada saya adalah acrofobia iaitu takut
pada ketinggian. Acrofobia berada dibawah kategori fobia spesifik. Perbincangan mengenai
topik ini amat penting kerana ia akan memberikan saya jalan penyelesaian untuk mengatasi
serta memberikan semangat untuk mengatasi acrofobia dalam hidup selain membantu saya
berdikari. Hasil perbincangan topik ini, saya dapat memberikan semangat untuk mengatasi
kepada seseorang yang mengalami fobia.

17
2.0 Perbincangan dan refleksi kendiri untuk satu jenis fobia
2.1 Pengenalan kepada acrofobia
Menurut Holger T. Regenbrecht et al (2017), salah satu phobia yang dialami oleh manusia
adalah, phobia akan ketinggian atau yang biasa disebut. Acrofobia adalah salah satu phobia
yang lumayan banyak penderitanya. Lebih kurang 2-5% populasi di dunia menderita phobia
ini dengan perempuan 2 kali ganda lebih banyak menderita phobia ini berbanding lelaki.
(Juan, M. C. et al. 2005). Acrofobia berasal dari perkataan yunani iaitu akron yang bererti
puncak dan phobos yang maksudnya takut sehingga dapat menyebabkan ketakutan irasional
yang ekstrim terhadap ketinggian.

2.2 Penyebab acrofobia


A. Pengalaman trauma
Secara amnya fobia timbul daripada gabungan peristiwa luar iaitu kejadian traumatik dan
kecenderungan dalaman iaitu keturunan atau genetik. Menurut Eleanor J. Gibson (2013)
banyak acrofobia tercetus daripada pengalaman traumatik pada usia awal. Peristiwa yang
traumatis. Kebanyakan fobia pada ketinggian terjadi kerana faktor trauma pada masa lalu.
Contohnya, kemungkinan orang yang terlibat sebelumnya pernah terjatuh dari tempat tinggi
dan menyebabkan rasa sakit yang amat sangat sehingga meninggalkan impak yang tinggi
pada beliau. Disamping itu, menurut Coelho Carlos, Alison Waters et al (2009), melihat
pengalaman trauma pada orang lain akan menyebabkan diri sendiri diletakkan dalam keadaan
orang itu. Ini akan menyebabkan seseorang yang melihat peristiwa itu mengalami trauma.
Misalnya, menurut akhbar online Berita Harian ahad, 28 Januari 2018 seorang remaja maut
jatuh bangunan. Perkara ini akan menyebabkan individu lain menjadi trauma.

B. Faktor biologi dan genetik


Faktor biologi biasanya terjadi kerana kegagalan sistem biologi badan dalam mengekalkan
keseimbangan. Menurut Seunggu Han (2018), ketidakseimbangan norepinefrin dan serotonin
sering menyebabkan gangguan mental, seperti kemurungan, kebimbangan dan fobia terutama
acrofobia di dalam otak. Hal inilah yang mengakibatkan terjadinya disfungsi keseimbangan
sehingga munculah phobia ketinggian. Menurut Persatuan Pediatrik Malaysia, sekitar 3%
atau 16,500 daripada 550,000 bayi di Malaysia menghidapi keabnormalan kongenital dan
sekitar satu per tiga meninggal dunia sebelum mencapai usia satu tahun akibat daripada
penyakit. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa faktor genetik kemungkinan memainkan
peranan dalam pembentukan acrofobia.

18
C. Penyalahgunaan bahan
Menurut Mosby (2002), penyalahgunaan bahan, juga dikenali sebagai salahguna dadah,
adalah corak penggunaan sesuatu bahan (dadah) di mana pengguna menggunakan bahan itu
dalam jumlah atau dengan kaedah-kaedah yang merbahaya kepada diri mereka sendiri atau
orang lain. Dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut opiat, sintetik,
stimulant, ganja, halusinogen, depresen dan lain-lain yang dilarang. Penggunaan dadah ini
akan menyebabkan seseorang itu berilusi. Bahan kimia yang paling biasa yang disalah guna
oleh adalah kokain, disebabkan kesan neurologinya. Perangsang seperti kokain meningkatkan
kewaspadaan dan menyebabkan perasaan euforia, dan dengan itu boleh membuat pelaku
berasa seolah-olah berada didalam dunia sendiri. Perkara ini boleh menjadi penyumbang
kepada acrobia jikalau pelaku tinggal dibangunan tinggi seperti apartmen, kodominium dan
sebagainya. Sebagai contoh, peristiwa yang menyayat hati seorang lelaki berusia lingkungan
40an terjatuh dari sebuah bangunan di Jalan Peel, Ibu Negara. Menurut laporan bomba Kuala
Lumpur lelaki tersebut kelihatan ketakutan pada ketinggian (acrofobia) dan tergelincir jatuh
apabila cuba mengelak daripada melihat kebawah. Tambah lagi, laporan forensik menyatakan
mangsa disahkan positif dadah. (Laporan Astro awani Oktober 21, 2019 07:45)

2.3 Simptom-simptom Acrofobia


Seseorang yang terjejas akan mengalami:

a. Panik atau rasa cemas yang berlebihan.

b. Sesak nafas.

c. Peningkatan degupan jantung.

d. Pening kepala apabila berada di tempat tinggi

e. Berpeluh

f. Rasa mual dan kadang-kadang boleh menyebabkan muntah

g. Pertuturan yang gagap

h. Resah

19
3.0 Refleksi kendiri

Pertama sekali fobia ini menyebabkan saya berasa takut yang amat sangat terhadap
ketinggian. Jikalau saya hendak pergi ke bangunan yang tinggi seperti apartmen, pejabat dan
lain-lain saya tidak akan lihat ke bawah kerana saya akan berasa pening kepala, mual, resah
dan gementar. Ciri-ciri ini berlaku terhadap saya semasa saya berumur 5 tahun, ibu bapa saya
membawa saya pergi ke rumah mak cik saya. Rumah mak cik saya merupakan apartmen
servis yang terletak di Kuala Lumpur. Pada masa itu saya seorang budak yang nakal. Semasa
disitu ibu saya memarah saya dengan mengatakan akan mencampak saya dari apartmen
tersebut jika berkelakuan nakal di rumah mak cik. Pada masa itu, saya jeling dari tingkap
rumah mak cik dan berasa takut yang amat sangat kerana sangat tinggi dan saya terus
pengsan pada masa itu. Selepas dari peristiwa trauma itu sehingga kini saya berasa takut yang
amat sangat pada ketinggian. Disebabkan perkara ini semasa tingkatan 4 saya tidak mengikuti
rombongan ke Skybridge Petronas Tower kerana rasa yang amat takut pada ketinggian.
Apabila dikaikan dengan penyebab acrofobia jelas saya dapat lihat pengalaman trauma pada
zaman kanak-kanak saya menjadi penyumbang kepada acrofobia ini. Disebabkan perkara ini
aktiviti-aktiviti harian saya menjadi terhad. Semasa di sekolah, kelas saya terpaksa
dipindahkan ke tingkat bawah akibat acrofobia. Selain itu, semasa saya ke taman tema
A’famosa acrofobia ini menyebabkan saya tidak dapat bermain luncur air.
Kadang-kadang perkara ini amat menyebabkan saya stres sehingga tidak dapat menumpukan
perhatian dalam peperiksaan. Akibatnya saya terlibat dalam akitiviti yang tidak sihat seperti
merokok kerana saya percaya bahawa merokok boleh mengurangkan stres. Lama-kelamaan
saya mula mengasingkan diri daripada keluarga dan saudara-mara. Isu ini mendapat perhatian
ibu bapa saya dan membawa saya berjumpa kaunselor. Selepas beberapa sesi kaunseling saya
dapat mengurangkan rasa fobia ini.

20
4.0 Cara-cara mengatasi acrofobia
4.1 Terapi kognitif tingkah laku (CBT)
Sebagai seorang pelajar psikolgi setelah saya mempelajari dan mengaplikasikan subjek CBT
ini perasaan acrofobia ini semakin berkurang dalam diri saya. Menurut Pearson et al. (2002),
CBT berfungsi atas dasar kognitif, tingkahlaku, dan perasaan. Perhubungan antara tiga ini
model ini boleh menyebabkan seseorang mampu mengatasi ketakutan. Ia berfungsi dengan
mengenalpasti imaginasi yang buruk dan menggantikannya dengan yang baik.
Pada diri saya acrofobia merupakan sesuatu yang telah saya pelajari kerana ia merupakan
peristiwa trauma. Oleh itu, saya telah mengaplikasikan terapi desensitisasi sistematik yang
merupakan salah satu terapi dibawah CBT. Terapi ini berdasarkan atas prinsip pelaziman
klasik. Terapi ini berfungsi dengan menyingkirkan perasaan takut dan menggantikan dengan
respons yang relax. Sebagai contoh, semasa saya berada dibangunan yang tinggi, saya akan
mengawal pernafasan dengan bernafas perlahan bagi mengurangkan simptom-simptom
acrofobia. Selain itu, saya akan melihat lantai semasa berjalan bagi mengelakkan rasa pening
dan mual.
Kesimpulannya, melalui CBT saya dapat mengurangkan acrofobia dalam diri saya.

4.2 Merangka semula pemikiran kognitif

Menurut Wittchen HU, Fehm L et al (2013, merangka semula pemikiran kognitif adalah
teknik yang digunakan untuk membantu orang yang mengalami fobia dengan mengubah
maknanya. Ia merupakan suatu terapi yang membolehkan seseorang yang terlibat
mengendalikan situasi yang mereka alami dengan prospektif yang berbeza. Dalam erti kata
lain, gambar yang diambil melalui kamera memberi gambaran yang berbeza jika diambil
dengan jarak yang dekat dan jauh. Apabila saya mengaitkan terapi merangka semula
pemikiran kognitif dengan peristiwa masa lampau iaitu permulaan acrofobia ini, saya dapat
mengatasi perasaan acrobia ini. Saya mengubah fikiran kognitif saya dengan melihat
keindahan dan pemandangan yang baik serta menikmati udara yang segar apabila berada di
bangunan yang tinggi. Tambah lagi, saya mengubah pemikiran kognitif dengan apabila saya
dapat hirup udara segar, otak saya menjadi cerdas. Dengan terapi ini secara tidak langsung
perasaan acrofobia berkurangan dalam diri saya dan saya harap pada masa hadapan fobia ini
akan tidak wujud lagi dalam diri saya lagi.

21
4.3 Terapi pendedahan

Apabila seseorang berasa takut pada sesuatu objek atau situasi, dia akan cuba mengelak dari
perkara tersebut. Oleh itu, ahli-ahli psikologi telah menemui terapi pendedahan. Menurut
O'Kearney, RT et al (2006), terapi pendedahan melibatkan mendedahkan orang yang
berkenaan pada fobia yang dialaminya tanpa menyebabkan bahaya diri dan orang
disekeliling. Perkara ini dilakukan bagi mengurangkan rasa fobia yang dialaminya.
Pendedahan perlulah secara beransur-ansur kepada keadaan yang ditakuti, di mana seseorang
itu mesti terdedah secara progresif kepada rangsangan yang menyebabkan ketakutan. Ia perlu
bermula dengan imaginasi tentang acrofobia dan secara berperingkat ke persekitaran. Saya
telak mengaplikasikan terapi ini terhadap diri saya. Saya mulakan dengan berimaginasi
tempat tinggi iaitu permulaan acrofobia semasa saya kecil. Apabila saya kerap berimaginasi
tentang perkara ini, ia menjadi lali dalam diri saya. Selepas itu, saya pergi ke tempat tinggi
dan untuk menguji diri saya. Pada awal, perasaan acrofobia ini wujud dengan menunjukkan
ciri-cirinya akan tetapi ciri-ciri yang dipamerkan semakin berkurangan dalam tempoh
beberapa minit. Setelah beberapa kali saya pergi ke tempat tinggi, saya mendapati acrofobia
ini semakin berkurangan dan kadang-kadang perasaan ini tidak wujud dalam diri saya. Oleh
itu, saya berharap melalui cara ini saya dapat prognosis yang baik.

22
5.0 Penutup
Natijahnya, saya dapat menyimpulkan bahawa acrophobia adalah gangguan kecemasan di
mana seseorang mempunyai ketakutan yang melampau yang tidak rasional terhadap
ketinggian. Walaupun perkara ini pada awalnya telah membuatkan saya mengalami ketakutan
yang amat sangat, akan tetapi setelah saya mengambil pengajian psikologi ini banyak cara-
cara yang dapat saya amalkan dalam hidup saya. Antara kaedah adalah CBT, ia telah
membantu saya dengan pelbagai cara. Misalnya, dalam menggurangkan gejala acrofobia saya
telah menggubah pemikiran kognitif saya dengan berfikir pada sesuatu atau objek yang lain
dan menggurangkan simptom-simptom acrofobia. Perasaan acrofobia ini terletak di dalam
pemikiran kita. Jika kita mampu menggubah cara kita berfikir iaitu ke arah yang lebih baik,
kita mampu menggubah tingkahlaku negatif ini. Oleh itu, saya berharap dengan penggajian
psikologi ini dapat saya membantu orang-orang yang sedang mengalami acrofobia ini melalui
kaedah-kaedah yang telah saya pelajari.

(1667 patah perkataan)

23
Rujukan
Juan, M. C.; et al. (2005). "An Augmented Reality system for the treatment of acrophobia"
(PDF). Presence. 15 (4): 315–318. doi:10.1162/pres.15.4.393. Retrieved 2015-09-12.

Furman, Joseph M (May 2005). "Acrophobia and pathological height vertigo: indications for
vestibular physical therapy?". Physical Therapy. Archived from the original on 2007-09-26.
Retrieved 2007-09-10.

Jacob, Rolf G; Woody, Shelia R; Clark, Duncan B.; et al. (December 1993). "Discomfort with
space and motion: A possible marker of vestibular dysfunction assessed by the situational
characteristics questionnaire". Journal of Psychopathology and Behavioral Assessment. 15
(4): 299–324.

Brandt, T; F Arnold; W Bles; T S Kapteyn (1980). "The mechanism of physiological height


vertigo. I. Theoretical approach and psychophysics". Acta Otolaryngol. 89 (5–6): 513–523

Arroll, Bruce; Wallace, Henry B.; Mount, Vicki; Humm, Stephen P.; Kingsford, Douglas W.
(2017-04-03). "A systematic review and meta-analysis of treatments for acrophobia". The
Medical Journal of Australia.

Huppert, Doreen; Grill, Eva; Brandt, Thomas (2013-02-01). "Down on heights? One in three
has visual height intolerance". Journal of Neurology.

24

Anda mungkin juga menyukai