Anda di halaman 1dari 10

DPPI 2017

PENGUKURAN & PENILAIAN

Teknik-teknik Membentuk Item & Skema Pemarkahan untuk Item-item Objektif – MCQ, Betul/Salah, “Matching” –
Pemadanan, dan Isi Tempat Kosong .

1. Sifat objektifnya pada item-item ini terletak pada cara pemarkahannya. Ia mudah dijalankan sebab jawapannya tidak dapat
dipertikaikan – satu sahaja jawapan yang betul.

2. Pemarkahannya ringkas – 1 markah atau 0, setimpal dengan usaha yang calon beri untuk menjawab item itu. Siapa sahaja
boleh memeriksanya, termasuk mesin. Namun, membentuk item-item ini agak rumit dan memerlukan lebih masa dan
kemahiran.

3. Calon-calon hanya perlu memilih atau menanda jawapan yang betul.

Bentuk-bentuk item objektif tidak terbatas pada yang disenaraikan di atas sahaja, tetapi inilah yang biasa digunakan dalam banyak
kertas item dalam peperiksaan formal. Tiap-tiap daripada 4 bentuk item di atas ada teknik-teknik untuk membentuknya yang
tersendiri dan dalam kursus ini kita akan kupaskan teknik-teknik ini dengan satu persatu. Kita akan meneliti contoh-contoh item
yang baik dan yang lemah dan seterusnya diikuti dengan latihan praktikal dalam membentuk item.

Panduan Am
1. Elakkan daripada menguji perkara yang remeh atau tidak penting
2. Biar jelas apakah topik yang hendak diuji
3. Uji satu sahaja perkara atau kemahiran dalam satu item dan itemnya biarlah ringkas
4. Gunakan peringkat bahasa yang sesuai bagi kebanyakkan calon di satu-satu peringkat umur
5. Elakkan daripada menggunakan perkataan atau ungkapan yang samar-samar seperti, “agak-agak”, “biasa”, “lebih
kurang” dsbnya.
6. Lebih sesuai untuk menguji tahap kognitif pengetahuan atau mengingat kembali (“recall”) dan kefahaman. Namun,
boleh juga digunakan untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti aplikasi, analisis, sintesis dan evaluasi.
7. Biasa digunakan untuk penilaian “sumatif” dan boleh diubahsuai untuk penilaian “fomatif”.

DPPI 2017 1
1) Berbilang Pilihan – MCQ (Multiple-
Choice Questions) Contoh Item:

1. Item bentuk ini mengandungi “stem” atau “pokok” iaitu (a) Solat ___ ada tiga rakaat. (“Stem” – pokok item)
ayat yang mengandungi tempat kosong. “Pokok”nya (Solat fardhu apakah yang dilakukan dengan tiga
boleh juga di dalam bentuk item. rakaat?)

2. Calon perlu memilih satu dari beberapa pilihan yang diberi 1)Asar ]
sebagai jawapannya. 2)’Isya ] (pilihan-pilihan, termasuk jawapan)
3)Subuh ]
3. Bilangan pilihan boleh 3, 4 atau 5. Lebih banyak bilangan 4)Maghrib ] ( )
pilihannya, lebih tipislah peluang calon untuk mendapat
jawapan yang betul dengan meneka sahaja.

“Stem” atau Pokok Item

1. Mesti menyatakan “masalah” nya dengan jelas. (b) Rukun Islam itu ____.
(c)Rukun Islam itu ____ perkara.
2. Biar jelas apakah cabang pengetahuan (topik) yang
hendak diuji (d)Puasa kita tidak akan batal kalau kita . . . . .

3. Elakkan ungkapan negatif. Kalau tidak dapat (e) (?) Manusia memerlukan ___ untuk membesar, bergerak
mengelaknya, garis perkataan itu. dan bekerja.
1)cahaya
4. Jangan tanyakan perkara yang meminta pendapat 2)tenaga
calon. 3)bateri ( )

DPPI 2017 2
Pilihan-pilihannya

1. Sama panjang dan sama struktur. Setiap pilihan mesti (f) Kita gunakan tangan ___ untuk beristinjak.
sesuai dengan struktur ayat. 1)kanan
2)kiri
3)kedua-dua tangan ( )
2. Elakkan dari menggunakan pilihan yang mudah
disingkirkan oleh calon. Sebaliknya, pastikan yang (g) (?) Tanpa ___ kita tidak dapat melihat.
semua pilihan sama menarik. 1)melihat
2)cahaya
3)bulan ( )

Jawapannya

1. Mestilah satu sahaja dan tidak boleh dipertikaikan (h)

Pilih jawapan yang betul:


2. Calon tidak perlu mendapat menjawab satu item
dengan betul untuk mendapat jawapan yang betul (?)Allah adalah Tuhan untuk kita meminta ___.
untuk item lain 1)rezeki
2)segala sesuatu
3. Jawapan satu item sepatutnya tidak diberi dalam item 3)kebahagiaan ( )
yang lain

4. Elakkan dari membuat jawapan menjadi terlampau


ketara – paling pendek atau panjang, terutama dalam
item yang mempunyai empat atau lebih pilihan

DPPI 2017 3
2) Betul/Salah
(i)
1. Ia merupakan salah satu variasi dari bentuk item
berbilang pilihan – bezanya, pilihan-pilihan terhad Tandakan () kalau betul.
pada dua sahaja, iaitu betul atau salah. Tandakan () kalau salah.

2. Panduan untuk membentuk item berbilang pilihan 1)Tayammum dikerjakan untuk menggantikan wuduk
boleh di gunakan di sini, iaitu panduan tentang ( )
membentuk pokok item.
2)Tepung gandum boleh digunakan untuk tayyamum.
3. Elakkan kenyataan yang terlalu panjang. ( )

4. Uji satu topik sahaja dalam tiap-tiap kenyataan. Kalau


boleh, seluruh bahagian hanya menguji satu topik,
misalannya berkenaan dengan tayammum sahaja.

3) Pemadanan (j)

1. Potongan-potongan ayat dalam senarai biarlah ringkas Padankan keterangan di Senarai A dengan keterangan yang
betul di Senarai B. Sambungkandengan garisan ( ).
2. Bidang pengetahuan sebaiknya terbatas pada satu
cabang sahaja, misalannya topik bersangkutan dengan Senarai A Senarai B
air
tetapi tidak menyucikan.
3. Pastikan yang pilihan-pilihan semuanya menarik 1.Kita menggunakan air
 untuk berwudhuk.
4. Lebihkan senarai jawapan supaya ada satu atau dua 2.Air kopi suci
yang tidak ada pasangannya untuk meningkatkan taraf  walaupun ia bernajis.
cabaran

DPPI 2017 4
4) Isi Tempat Kosong

1. Item bentuk ini adalah satu lagi variasi dari bentuk item (j) (Contoh item-item “discrete”)
berbilang pilihan oleh kerana calon memilih dari
jawapan-jawapan yang tersedia dalam kotak pilihan. Isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

2. Tempat-tempat kosong boleh di beri dalam ayat-ayat Peringatan: Gunakan satu perkataan sekali sahaja.
yang boleh berdiri dengan sendiri (“discrete”) atau
dalam satu potongan karangan (“contextual”). Perlu agama alam mungkin percaya
diingat bahawa tahap cabaran akan lebih tinggi jika
item jenis ini diberi dalam bentuk “contextual” oleh
kerana ia akan menguji juga kemahiran membaca yang 1)Allah pasti ada kerana ________ada.
lebih tinggi.
2)Tidak ________ bahwa tumbuh-tumbuhan jadi dengan
3. Seperti juga bentuk item pemadanan, bilangan pilihan sendiri.
yang diberi bolehlah dilebihkan dari apa yang
diperlukan, misalannya, 6 atau 7 perkataan untuk 3)Kita wajib ________ bahawa Allah itu esa.
mengisi 5 tempat kosong.

4. Calon mesti diarahkan bahawa satu perkataan hanya


sesuai untuk satu tempat kosong.

DPPI 2017 5
SKEMA PEMARKAHAN UNTUK ITEM-ITEM OBJEKTIF

Samaada untuk kegunaan penilaian “summatif” ataupun “formatif”, ketua jabatan bersama guru-guru yang bertugas untuk
membentuk dan memeriksa kertas soalan harus berbincang dan bersetuju tentang perkara-perkara di bawah ini.

1. Pemarkahan

a) Biasanya, item-item objektif diberi markah ‘1’ untuk jawapan betul dan ‘0’ untuk jawapan salah.

b) Item objektif dianggap tidak memberi cabaran yang sama seperti item subjektif. Dalam menghadapi item objektif, calon hanya
perlu membuat pilihan atas jawapan-jawapan yang ditawarkan, walaupun tahap-tahap kognitif yang lebih tinggi diuji. Pilihan-pilihan
tersebut membantu calon untuk memilih jawapan yang betul. Juga, ada kemungkinan (kemungkinan 25% bagi item MCQ yang ada
4 pilihan) calon mendapat jawapan yang betul hanya dengan meneka.

c) Kebiasaan ditiadakan ½ markah (ini bagi item isi tempat kosong) ialah untuk meringkaskan tugas memeriksa, sebab untuk
menentukan apa yang boleh diberi ½ markah agak rumit. Bila timbul kerumitan, pemarkah-pemarkah akan memberi pandangan
sendiri dan ini akan mengikis sedikit sifat objektifnya item ini.

2. Kesilapan Menyalin dan Mengeja

a) Kesilapan menyalin dan mengeja mungkin berlaku bila calon menulis jawapan bagi tempat kosong. Sebaik-baiknya, kesilapan
begini tidak harus menyebabkan calon kehilangan markah, terutama sekali dalam ujian selain dari bahasa, di mana ejaan tidak
dianggap kriteria utama untuk mengukur kebolehan calon. Tetapi, ketua jabatan boleh menetapkan tindakan yang perlu diambil jika
kesilapan itu terlampau teruk hinggakan perkataan asal itu tidak dapat di kenal lagi. Misalannya, perkataan “mustakmal” dieja
“matkil” atau perkataan itu menjadi perkataan lain seperti “mustahil” yang lain ertinya. Keputusan boleh diambil untuk memberi “0”
untuk kesalahan menyalin atau ejaan seperti ini.

b) Kita boleh cuba mengelakkan masaalah ejaan atau mengurangkan kemungkinan berlaku kesilapan menyalin dengan
meringkaskan tugas menyalin ini, seperti memberi nama huruf bagi pilihan-pilihan perkataan yang diberi. Misalannya:

(A) sunat (B) makruh (C) harus (D) wajib

DPPI 2017 6
Calon hanya perlu menulis huruf (A), (B), dan sebagainya di tempat kosong yang disediakan, bukan perkataan.

3. Penyelarasan

Apabila keputusan-keputusan tentang perkara-perkara di atas sudah diambil, penting untuk ketua tiap-tiap peringkat darjah
mengambil pendekatan yang sama supaya tidak timbul kekeliruan di pihak guru-guru darjah, pembentuk item dan pemarkah. Ini
boleh diterangkan secara bertulis atau dalam satu sessi taklimat.

4. Satu Contoh Skema Pemarkahan

Skema Pemarkahan Umum Untuk Isi Tempat Kosong


Skema Pemarkahan Khusus
‘1’ markah untuk jawapan betul Jawapan-jawapan
‘1’ markah untuk jawapan yang betul tetapi mengandungi kesalahan ejaan yang 1. alam
ringan – perkataan asal masih dapat dikenal 2. mungkin
‘0’ untuk jawapan salah 3. percaya
‘0’ untuk jawapan yang mengandungi kesalahan ejaan yang berat – . . . .(dan seterusnya)
perkataan asal tidak dapat dikenal
Tiada ½ markah

a) Keterangan yang lengkap perlu walaupun untuk jawapan objektif, kerana ada pemarkah yang baru dilantik yang mungkin tidak
biasa dengan sistem yang ada. Oleh kerana itu, perlu disiapkan dua jenis pemarkahan – umum dan khusus.

b) Kalau pemarkah-pemarkah menjalankan tugas di tempat berasingan, keterangan yang lengkap akan memastikan bahawa
semua pemeriksa akan memeriksa jawapan dengan pendekatan yang sama.

DPPI 2017 7
c) Catatan bertulis rasmi seperti ini juga boleh dijadikan panduan untuk guru-guru yang mengambil alih tugas ini di masa hadapan.

Penggunaan Item-item Objektif dalam Ujian “Sumatif” dan “Fomatif”

1. Dalam ujian “sumatif”, item-item objektif yang dibentuk dengan baik dapat menghasilkan ujian yang mempunyai taraf
kebolehpercayaan (reliability) yang tinggi. Ini kerana, kelakonan calon alam satu-satu kertas item itu boleh diukur secara
konsisten, bebas dari unsur-unsur pemeriksa atau jawapan yang berbagai rupa. Namun, taraf kesahannya (validity) boleh
dipersoalkan, terutama dalam ujian seperti matapelajaran bahasa. Empat kemahiran penggunaan bahasa – membaca,
mendengar, menulis dan bertutur tidak semuanya boleh diuji dengan item-item objektif dalam bentuk bertulis. Item-item
objektif bersifat pecahan sedangkan bahasa adalah bersifat bersepadu (integrated). Kedua, menurut ahli pengajaran
bahasa, mengetahui butiran bahasa di sana sini tidak boleh disamakan dengan kemahiran menggunakan bahasa itu yang
menjadi matlamat akhir. Begitu juga bagi menguji tahap-tahap kognitif yang tinggi. Belum tentu calon yang dapat memilih
jawapan yang betul bagi satu item aplikasi, misalannya, betul-betul mahir dalam tahap itu, sebab jawapannya bukan
dilahirkan sendiri, tetapi sudah disajikan dihadapannya. Namun, ini tidak bermakna bentuk item objektif tidak boleh
digunakan sama sekali bagi menguji tahap-tahap kognitif yang lebih tinggi itu. Yang kita perlu mengambil kira ialah
keterbatasannya, supaya kita tidak bergantung bulat-bulat kepada ujian objektif sahaja.

2. Satu kelebihan yang ada pada penggunaan item-item objektif dalam ujian “sumatif” ialah ia mampu menguji banyak perkara
secara meluas. Tetapi oleh kerana ujian ini merangkumi banyak topik, sukar untuk mengetahui dan seterusnya melaporkan
tentang kelakonan murid dalam satu-satu topik. Walaubagaimanapun, masaalah ini dapat di atasi dengan membentuk
kertas soalan dengan menggunakan rujukan kriteria. Cara melaporkan kelakonan murid tidak boleh secara keseluruhan,
tetapi secara kriteria-kriteria tertentu.

3. Dalam ujian “fomatif”, guru-guru boleh membentuk item-item objektif sendiri, di antara banyak jenis item yang lain, untuk
mengukur tahap pencapaian murid-murid dalam satu satu topik yang sudah diajar. Tetapi, bezanya dengan penilaian
“summatif” ialah, guru mesti mengambil langkah-langkah pengubahsuaian yang tertentu. Misalannya, dalam merancang
ujian itu, guru boleh mengkhususkan item-item sekitar satu topik sahaja. Guru juga boleh dan harus menjangkakan tahap
kelakonan yang tinggi. Selepas ujian itu dijalankan dan jawapan murid diperiksa, langkah-langkah susulan juga perlu
dijalankan. Guru harus meneliti jawapan-jawapan yang murid beri dan menghuraikan di dalam darjah mengapa satu-satu
jawapan itu salah dan sebagainya. Ujian itu dijadikan satu cara mengulangi pelajaran dengan menggunakan pendekatan
yang berbeza dari pengajaran biasa.

DPPI 2017 8
4. Ada di antara penyelidik merasakan bahawa ujian yang banyak menggunakan item objektif hanya menggalakkan
pembelajaran “rote-learning” atau latihan tubi. Ada guru menggunakan jalan singkat untuk menyiapkan murid-muridnya
untuk satu-satu ujian dengan memberi latihan-latihan menjawab item objektif sahaja tanpa memberi perhatian pada
pengajaran. Guru-guru ini juga meluangkan hanya sedikit masa untuk menerangkan mengapa satu-satu jawapan itu salah
atau betul. Ini dibimbangkan akan membuat pembelajaran murid-murid terhad skopnya kerana terbatas hanya pada apa
yang dijangkakan akan diuji.

DPPI 2017 9
Untuk difikirkan

1. Apakah kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan yang berkaitan dengan penggunaan item-item objektif di dalam satu-
satu ujian? Beri pertimbangan dari segi kesahan, kebolehpercayaan, kesan pada pembelajaran dan pengajaran, dan sebagainya.

2. Sekiranya item-item objektif digunakan untuk penilaian “formatif” / pembentukan, apakah langkah-langkah pengubahsuaian yang
harus dijalankan guru dalam merancang ujian dan sesudah jawapan murid-murid diperiksa?

Rujukan

Haladyna, Thomas M. Developing and Validating Multiple-Choice Test Items, Lawrence Erlbaum Associates, London 2004
(NLB Main 371.26 HAL)

Mok Soon Sang Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan, Siri Pendidikan Perguruan, Kumppulan Budiman
Sendirian Bhd, Selangor, 1994

Sulaiman Ngah Razali Pedagogi Teori dan Praktik, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur 2001 (Terutama Bab 13 – 16)

SELESAI

DPPI 2017 10

Anda mungkin juga menyukai