Anda di halaman 1dari 27

PSIKOLOGI REMAJA

1
Kandungan Mukasurat

Soalan 1
1.0 Pengenalan 3

2.0 Perbincangan mengenai perubahan psikologi dan masalah 4


berkaitan akil baligh
2.1 Perubahan psikologi kepada menarche dan spermache 4
2.2 Perubahan Emosi (Emosi tidak stabil) 4
2.3 Imej diri/ Tubuh badan 5

3.0 Perbincangan mengenai masalah di dalam perubahan psikologi 8


berkaitan dengan akil baligh
3.1 Harga Diri 8
3.2 Perubahan dalam Corak Tidur 9
3.3 Hubungan Rakan Sebaya 10
3.4 Hubungan Kekeluargaan 11

4.0 Perbincangan mengenai gangguan yang berkaitan dan faktor- 12


faktor menyumbang kepada akil baligh
4.1 Akil baligh cepat (precocious puberty) 12
4.2 Thelarche pramatang 13
4.3 Akil baligh kontrasexual 14
4.4 Adrenarche pramatang 14
4.5 Akil baligh lewat (Delayed puberty) 15

5.0 Penutup 16

Rujukan 17

Soalan 2
1.0 Pengenalan 20

2.0 Perbincangan pengalaman spesifik yang dilalui semasa remaja 21

3.0 Perbincangan tentang teori untuk menjelaskan pengalaman 23


3.1 Zon perkembangan proksimal 23
3.2 Scaffolding 24
3.3 Teori konstruktivisme 24
3.4 Perkembangan Bahasa 24

4.0 Penutup 25

Rujukan 26

2
Soalan 1

1.0 Pengenalan

Masa remaja ialah tempoh pematangan fizikal, kognitif, dan sosial antara zaman kanak-kanak
dan dewasa (Lerner dan Steinberg, 2004; Sisk dan Foster, 2004). Permulaan remaja berlaku
di sekitar permulaan akil baligh dan berlaku perubahan drastik dalam tahap hormon dan
penampilan fizikal (termasuk pertumbuhan fizikal yang pesat, perubahan struktur muka, dan
penampilan ciri seks sekunder). Sepanjang masa, remaja mengalami banyak perubahan dalam
pengaruh sosial, akademik, dan lain-lain untuk memasuki tahap peralihan psikologi
mendalam. Akhir remaja dikatakan berlaku apabila seorang individu telah mencapai peranan
dewasa, dimana majoriti perubahan akil baligh akan selesai. (Choudhury, 2010; Lerner dan
Steinberg, 2004). Sepanjang remaja, terdapat perubahan dalam struktur dan fungsi otak
dimana hubungan antara akil baligh dan perkembangan saraf dan sistem endokrin pada
manusia meningkat.

Disamping itu, remaja akan melalui suatu keadaan yang dinamakan dimorphism seksual.
Menurut Dorn (2004), dimorphism seksual adalah keadaan di mana kedua-dua jantina
spesies yang sama mempamerkan ciri-ciri yang berbeza di luar perbezaan dalam organ
seksual mereka. Perbezaan termasuk ciri-ciri seks sekunder, saiz, berat, warna, tanda, dan
juga termasuk perbezaan perilaku dan kognitif. Perbezaan ini mungkin kecil atau besar, dan
mungkin tertakluk kepada pemilihan seksual.

Walau bagaimanapun, banyak bukti dari kajian haiwan menunjukkan bahawa peristiwa
hormon-horman yang terlibat dalam akil baligh memberi kesan yang mendalam kepada
pematangan dan tingkah laku. (Cahill, 2006). Perubahan ini membentuk persepsi, motivasi,
dan tingkah laku seseorang individu yang membolehkan tingkah laku reproduktif dan
kebebasan (Sato et al., 2008). Kebelakangan ini, kajian tingkah laku dan neuroimej
menunjukkan bahawa bahawa hormon- hormon yang terlibat dalam akil baligh
mempengaruhi struktur dan fungsi otak manusia yang sedang berkembang.

3
2.0 Perbincangan mengenai perubahan psikologi dan masalah berkaitan akil baligh.

2.1 Perubahan psikologi kepada menarche dan spermache

Menurut Milaat, W. (2000), spermarche adalah permulaan perkembangan sperma pada buah
zakar kanak-kanak lelaki semasa akil baligh. Bergantung pada pendidikan, perbezaan budaya,
dan pengetahuan seksual sebelum ini, lelaki mungkin mempunyai reaksi yang berbeza untuk
spermarche seperti ketakutan atau seronok.
Menurut Open University Malaysia (OUM), August 2014, ABPD 1303, “menyatakan
bahawa spermache adalah ejakulasi pertama yang berlaku semasa melancap atau mimpi
basah”. mukasurat 40.
Spermarche adalah salah satu peristiwa pertama dalam kehidupan seorang lelaki yang
membawa kepada kematangan seksual. Ia berlaku pada ketika ciri-ciri seksual sekunder mula
berkembang.
Open University Malaysia (OUM), August 2014, ABPD 1303 menyatakan menarche
bermaksud “kitaran haid yang pertama, atau pendarahan haid yang pertama, pada wanita.
Dari kedua-dua perspektif sosial dan perubatan merupakan tanda kesuburan. Sekitar 14 hari
selepas ovulasi, jika konsepsi tidak berlaku persenyawaan ovum dan sperma, lapisan rahim
yang menjadi tebal akan menumpahkan darah haid maka terjadilah haid pertama bagi remaja
perempuan”. mukasurat 41.
Haid(menarche) dan spermache sering dianggap sebagai pengalaman peribadi. Ia boleh
mendatangkan tekanan kepada remaja yang tidah boleh menerimanya. Tekanan-tekanan
tersebut dicirikan oleh tanda-tanda berikut emosional dan mudah marah, kurang selera
makan, rasa gelisah dan bimbang, mudah berpeluh, masalah kesihatan fizikal seperti sakit
kepala, sukar tidur dan sering terjaga serta susut berat badan. Perubahan berkenaan berlaku
pada remaja yang masih belum berfikiran matang, Oleh itu, ibu bapa perlu memahaminya
dan menyediakan remaja dengan maklumat berkaitan dengan akil baligh. Respons ke arah
dating haid dan spermache berbeza-beza mengikut budaya dan masyarakat. Misalnya, di
India Selatan, upacara Ritu Kala Samskara dilakukan apabila seseorang wanita mengalami
menarche (haid pertama) dan dia dianggap seorang wanita muda baik secara fizikal dan

4
rohani. Akil baligh dan kitaran haid adalah sebahagian daripada kehidupan dan tidak ada
yang salah dalam membicarakan secara terbuka. (Heidi Munan ,2012).

2.2 Perubahan Emosi (Emosi tidak stabil)


Semasa awal akil baligh, tahap hormon berubah dengan cepat. Ia boleh menyebabkan remaja,
terutama perempuan berasa marah atau tertekan. “Hari ini kamu menangis, dan keesokan
harinya kamu rasa seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Sekejap kamu marah, dan tidak lama
kemudian kamu tertekan sehingga mengurung diri di dalam bilik.” (Oksana,2001).
Pengahasilan hormon- hormon seks seperti estrogen, progesterone, testosterone dan lain-lain
yang secara banyak ini membuat perubahan di luar tubuh badan dan ia juga membuat
perubahan pada bahagian dalam. Badan menyesuaikan diri dengan semua hormon baru,
begitu dengan fikiran. Semasa baligh, seseorang mungkin berasa keliru atau mempunyai
emosi yang kuat yang tidak pernah alami sebelum ini. Ia dinamakan sebagai "otak
pubertas"(puberty brain) dimana otak sedang cuba untuk mengadaptasikan kepada situasi
baru.
Selain perubahan hormon, terdapat sebab-sebab lain mengapa remaja mungkin merasa lebih
muram daripada yang lain. Perubahan dalam penampilan (contohnya peningkatan lemak
badan, pertumbuhan jerawat) boleh membuat mereka lebih sensitif daripada biasa. Remaja
mungkin berasa tertekan di sekolah dan bimbang berlebihan tentang persahabatan. Remaja
dikatakan lebih rapat dengan rakan sebaya mereka apabila melalui akil baligh. Hubungan
yang mesra cenderung untuk berlaku dalam kalangan remaja yang mempunyai minat,
kepentingan serta latar belakang yang sama.

2.3 Imej diri/ Tubuh badan


Imej diri merujuk kepada idea dalaman remaja atau konsep penampilan fizikal diri sendiri.
Idea ini mungkin berkaitan dengan penampilan sebenar. Selalunya, mereka memegang imej
fizikal yang sempurna (Steven Dowshen, MD, 2005). Apabila remaja merasa senang dengan
tubuh mereka, mereka lebih cenderung untuk mempunyai harga diri yang baik dan kesihatan
mental serta sikap seimbang untuk makan dan aktiviti fizikal.
Secara umumnya, remaja perempuan adalah kurang gembira dan lebih mengutamakan
penampilan berbanding lelaki. Puncanya mungkin disebabkan oleh interaksi pelbagai faktor
biologi dan psikososial. Menurut Neil K. Kaneshiro, MD, (2008), perubahan badan berlaku
pada kanak-kanak perempuan semasa akil baligh merupakan pertumbuhan utama dalam

5
kehidupan berlaku dalam tempoh ini. Proses ini sebenarnya bermula apabila otak
mengarahkan ovari untuk menjadikan hormon wanita estrogen. Hormon ini dan lain-lain
menyebabkan tubuh gadis berkembang dan berubah bentuk kerana ia menyiapkan tubuh
wanita tersebut untuk proses persenyawaan disamping berlaku pengumpulan lemak yang
dibahagian perut. Dalam masa yang semasa remaja perempuan inginkan bentuk badan yang
ramping supaya dapat menarik perhatian masyarakat. Kedua-dua perkara yang berlawanan ini
menyebabkan remaja mengalami gangguan psikiatri seperti:

A). Anorexia Nervosa


Mengikut Sir William Gull, (1868) anorexia nervosa adalah gangguan makan yang dicirikan
oleh penurunan berat badan atau kekurangan berat badan yang sesuai untuk kanak-kanak
yang semakin meningkat. Orang yang menghidap anoreksia biasanya mengehadkan jumlah
kalori dan jenis makanan yang mereka makan. Sesetengah orang yang mengalami masalah ini
juga melakukan latihan secara paksa, membersihkan melalui muntah.

Menurut Dr. Nor Hamidah, menerusi statistik yang diperoleh, seramai 0.37-4.06 daripada
100,000 penduduk negara Malaysia mengalami gangguan pemakanan ini dalam setahun.
Daripada jumlah tersebut, satu hingga dua peratus adalah dalam kalangan remaja di sekolah
dan. "Golongan yang biasa terkena gangguan pemakanan ini adalah remaja," ujarnya. Bagi
wanita yang mengalaminya, mereka ketiadaan sekurang-kurangnya tiga kitaran haid berturut-
turut. Pola diet mereka makin hari makin minimum hingga jadi pembenci makanan dan
sering menyalahgunakan ubat julap," ujar beliau menerusi Utusan Online. arkib : 28/05/2013.
Anorexia boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius seperti anemia, kehilangan
tulang, masalah gastrointestinal, masalah jantung, dan juga kematian. Adalah penting untuk
berunding dengan profesional penjagaan kesihatan jika mengalami anoreksia.

B) Bulimia Nervosa
Bulimia nervosa atau bulimia adalah sejenis gangguan makan yang serius dan berpotensi
mengancam nyawa. Orang yang mempunyai bulimia mempunyai tabiat untuk mengekalkan
berat badan dengan tidak makan sama sekali atau makan sedikit, makan jumlah yang sangat
besar, kemudian secara paksa memuntahkan. (Christopher G. Fairburn ,1995). Cara ini
dilakukan untuk menghapuskan kalori yang berlebihan yang telah dikonsumsi supaya berat
badan dan bentuknya dikekalkan. Gangguan mental ini boleh dikaitkan dengan rendah diri,
kemurungan, dan kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri. Cara untuk mengatasi

6
adalah lengkapkan diri dengan orang yang selalu memberikan sokongan dan pemahaman dan
sentiasa ada bersama. Ibu bapa dan ahli keluarga lain perlu memberi sokongan emosi
terhadap remaja yang mengalami masalah tersebut. Disamping itu, melakukan konsultasi
doktor, beritahu doktor tentang masalah kesihatan yang dihadapi, dan mengambil ubat dan
makanan seperti yang diarahkan. Selain itu, makan dengan kerap dan dalam bahagian normal.
Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur- sayuran. Menurut Pakar Pemakanan dan
Pengurus Kesihatan Korporat dan Pemasaran Nestle Malaysia, Cher Siew Wei(2017),
pengambilan makanan dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan sangat diperlukan
dan bersenam setiap hari supaya dapat mengekalkan fizikal dan mental yang sempurna. Akhir
sekali, bersikap terbuka dalam menyatakan perasaan anda kepada keluarga dan ahli terapi
anda.

C) Gangguan dysmorphic badan (Body Dysmorphic Disorder)


Adalah sejenis gangguan jiwa yang dikaitkan dengan obsesi yang kuat dengan imej badan
negatif. Ia dicirikan oleh pemikiran yang tidak henti-henti dan bimbang tentang
"ketidakupayaan" fizikal dan penampilan tubuh, atau memberi perhatian yang sangat kepada
kekurangan badan tertentu. Malah, "kecacatan" yang dianggap mungkin hanya dalam bentuk
ketidaksempurnaan yang minimum, contohnya mata miring atau postur yang pendek
walaupun mereka tidak sebegitu. Bagi mereka, "kecacatan" dianggap sangat besar dan
mengganggu, menyebabkan tekanan emosi yang teruk dan menurunkan keyakinan diri ke
tahap yang lebih rendah.

Ianya boleh dielakkan dengan beberapa jenis kelakuan obsesif-kompulsif (tidak berulang
tanpa menyedarinya). Contohnya, bersolek, berpakaian yang menarik, gaya rambut, refleksi
dan sebagainya walaupun penampilan ini bercirikan sementara.

7
3.0 Perbincangan mengenai masalah di dalam perubahan psikologi berkaitan dengan
akil baligh

3.1 Harga Diri


Mengikut Dr. Baizury binti Bashah (2012), harga diri adalah satu cara di mana seseorang
individu menilai diri sendiri. Apabila keadaan iaitu fizikal mula berubah, remaja akan mula
rasa berbeza dan akan sedar perubahan yang berlaku. Remaja perempuan akan menjadi
semakin bimbang dengan berat badan mereka manakala remaja lelaki pula fokus kepada
pertumbuhan otot. Remaja akan menjadi semakin prihatin terhadap imej diri mereka
terutamanya remaja perempuan yang akan membawa kepada harga diri yang rendah.
Ketampanan atau kecantikan fizikal merupakan sesuatu yang sangat penting kepada remaja.
Remaja mungkin mempunyai masalah harga diri atau keyakinan diri. Perasaan rendah diri
atau keunggulan sering muncul dari penampilan mereka. Malah, "kecacatan" yang dianggap
mungkin hanya dalam bentuk ketidaksempurnaan yang minimum, contohnya bulu mata
kurang lentik atau postur yang pendek. Bagi orang lain yang melihatnya, itu bukan masalah.
Tetapi bagi mereka, "kecacatan" dianggap sangat besar dan mengganggu, menyebabkan
tekanan emosi yang teruk dan menurunkan keyakinan diri ke tahap yang lebih rendah.
Menurut Sowislo et al. (2014), semasa baligh, badan akan mengalami banyak perubahan, ia
adalah perkara biasa untuk merasa tidak selesa tentang mereka dan menjadi terlalu sensitif
terhadap penampilan fizikal anda. Akibatnya, remaja mungkin mudah berasa jengkel, marah
atau tertekan akibat fizikalnya.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Stern dan Smith (1995) mendapati sebahagian
besar pesalah juvana dibesarkan melalui corak gaya asuhan yang bersifat penolakan daripada
ibu bapa mereka. Remaja yang mendapat tahap kawalan yang baik dari ibu bapa mereka
sangat kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat atau devian. Oleh itu, ibu bapa
perlu memainkan peranan yang major dalam membentuk harga diri yang optimum kerana
remaja bakal menjadi tiang negara.

8
3.2 Perubahan dalam Corak Tidur

Pengahasilan hormon yang banyak semasa akil baligh mempengaruhi pola tidur remaja dan
ini menyebabkan mereka tidur lewat dan bangun lewat. Contohnya, terdapat remaja yang
tidur daripada pukul 1 pagi hingga 12 tengah hari. Kekurangan tidur akan menyebabkan
kesihatan mental yang rendah serta menjejaskan pencapaian akademik mereka di sekolah.
Salah satu punca kemurungan dalam kalangan remaja adalah kekurangan tidur. Kitaran tidur
bergantung kepada "irama circadian". Semasa akil baligh, peralihan semulajadi berlaku
dalam irama circadian yang menyebabkan remaja berasa lebih aktif pada waktu malam.
Akibatnya, mereka kurang tidur daripada yang mereka perlukan. Ini menyebabkan remaja
tersebut kurang fokus pada pendidikan, kokurikulum, dan sosial. Oleh itu, pendidikan
mengenai tingkah laku yang berkaitan dengan kesihatan umum perlu dimulakan dari awal
remaja. Malah, remaja memerlukan sebanyak 8-10 jam tidur setiap malam untuk memenuhi
keperluan mereka, dan melakukan yang terbaik apabila terjaga (Dr. Nitish Basant Adnani,
2018).

Beberapa langkah perlu diambil seperti buat jadual tidur. Tidur dan bangun pada masa yang
sama setiap hari akan memprogramkan diri seseorang remaja. Selain itu, wujudkan
persekitaran tidur yang baik pastikan bilik tidur tenang dan gelap. Suhu bilik mungkin tidak
terlalu sejuk atau panas. Akhir sekali, pastikan katil selesa, bersih, dan lembut supaya kualiti
tidur dapat lebih baik.

9
3.3 Hubungan Rakan Sebaya
Remaja dikatakan lebih rapat dengan rakan sebaya apabila melalui akil baligh dan
meluangkan masa yang banyak berbanding dengan ahli keluarga. Remaja biasanya akan
memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan
menyatakan bahawa rakan sebaya adalah lebih memahami daripada orang lain (Akers, Jones
& Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995).

Jika dulu, golongan remaja yang terlibat dalam kes-kes jenayah yang serius hanyalah kecil
bilangannya, tetapi kini angka itu semakin meningkat dengan mendadak sekali bukan sahaja
membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut
memberi kesan terhadap masyarakat. Zainal dan Sharani (2004) menyatakan pengaruh
persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Fakta
ini diperkukuhkan lagi oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail iaitu
“Pengaruh rakan sebaya menjadi faktor utama remaja di Kelantan terbabit dalam kes juvana
yang menyaksikan peningkatan tahun ini berbanding tahun lalu. Statistik pada Januari hingga
Jun lalu menyaksikan 35 kes direkodkan, meningkat 12 kes berbanding tempoh sama tahun
lalu. Jenayah dilakukan yang paling utama adalah kekerasan dan curi harta benda”. Mymetro
Rabu, 3 Ogos 2016.
Oleh itu, remaja mestilah mempunyai jati diri yang utuh agar tidak mudah dipengaruhi oleh
rakan-rakan yang bermasalah. Remaja perlu bijak memilih rakan kerana pada masa ini
mereka lebih banyak menghabiskan masa mereka bersama rakan-rakan berbanding dengan
keluarga agar tidek terjerumus ke kancah kedurjanaan.

10
3.4 Hubungan Kekeluargaan

Perkembangan semasa akil baligh memberi kesan kepada hubungan interpersonal dalam
sistem keluarga. Remaja sering kali mengatakan bahawa rakan sebaya adalah lebih penting
daripada ibu bapa mereka. Remaja sering mempunyai konflik dengan ibu bapa berkaitan
dengan tingkah laku, kawan-kawan, pencapaian di sekolah dan lain-lain berkaitan dengan
mereka. Hal ini akan merenggangkan lagi hubungan remaja dengan ahli keluarga mereka.
Berndt (1979) telah membuat suatu dan mendapati pengaruh rakan sebaya paling tinggi pada
umur 14 hingga 15 tahun. Malah konflik dengan ibu bapa paling banyak berlaku pada tahap
ini dan remaja lebih cenderung menurut perintah rakan sebaya kerana mereka berada dalam
proses membebaskan diri daripada pengaruh ibu bapa dan mereka mula berfikir untuk diri
sendiri.
Menurut Ghafani (2007), delikuens ditakrifkan sebagai tingkah laku yang dilarang oleh
undang-undang dan berlawanan dengan norma-norma masyarakat, undang-undang negara
dan agama seperti mencuri, merompak, merogol, menagih dadah, menderhaka kepada kedua
ibu bapa. Kekurangan peluang bersama keluarga menyebabkan anak-anak cenderung
melakukan tingkah laku delinkuens seperti mencuri, merosakkan harta benda sekolah dan
harta benda awam, vandalisme dan menyertai kumpulan atau geng dan memecah masuk
ruma. Berdasarkan Carlson (2006), penglibatan ibu bapa mempunyai implikasi penting untuk
kesejahteraan kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa perlulah prihatin dengan keperluan anak dan
lebih banyak meluangkan masa bersama anak-anak agar masalah tingkah laku dapat dikawal
dan dapat mengelakkan mereka terjebak dalam masalah delikuens.

11
4.0 Perbincangan mengenai gangguan yang berkaitan dan faktor-faktor menyumbang
kepada akil baligh

4.1 Akil baligh cepat (precocious puberty)


Akil baligh cepat bermaksud dikenali sebagai akil baligh awal, adalah keadaan di mana tubuh
kanak-kanak mula matang pada usia yang luar biasa (sebelum umur 8 tahun pada perempuan
atau sebelum umur 9 tahun pada lelaki). Menurut Paul B Kaplowitz, MD, PhD Profesor
Pediatrik (2018), tanda-tanda awal akil baligh (payudara dan bulu kemaluan) sering terdapat
pada perempuan (terutamanya kanak-kanak perempuan hitam) berumur 6-8 tahun. Untuk
kanak-kanak lelaki, permulaan baligh sebelum umur 9 tahun dianggap matang. Awal
permulaan akil baligh boleh menyebabkan beberapa masalah. Akil baligh cepat pada mulanya
boleh menyebabkan pertumbuhan badan tinggi dan berhenti terlalu awal dan boleh
menyebabkan pertumbuhan dewasa yang pendek. Menurut Dr. Lynne 2018, kebanyakan
kanak-kanak yang mengalami baligh yang awal, adalah kanak-kanak yang sihat dari segi
fizikal dan mental. Kajian terhadap sistem saraf pusat menunjukkan bahawa akil baligh pada
umur 6-8 tahun menunjukkan tiada sebarang keabnormalan.

Tetapi kajian yang lebih kecil dari United Kingdom melaporkan penemuan yang tidak normal
dalam 15% daripada 67 perempuan. Pemeriksaan CT atau MRI yang tidak normal adalah
lebih kerap di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan dan penampilan awal
payudara atau haid pada kanak-kanak perempuan dan peningkatan libido pada kanak-kanak
lelaki boleh menyebabkan kesusahan emosi bagi sesetengah kanak-kanak.

Keadaan perubatan tertentu (contohnya, sindrom McCune-Albright, hiperplasia adrenal


kongenital), pendedahan kepada hormon estrogen atau testosteron (pil), obesiti dan faktor
genetik merupakan penyumbang kepada akil baligh awal.
Oleh itu, ibu bapa atau ahli keluarga perlu peka terhadap perkara ini dan perlu berjumpa
dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

12
4.2 Thelarche pramatang

Thelarche pramatang adalah keadaan perubatan, yang dicirikan oleh perkembangan payudara
pada bayi perempuan. Ia berlaku pada wanita yang lebih muda dari 8 tahun, dengan kejadian
tertinggi sebelum usia. Ia jarang berlaku, pada 2.2-4.7% perempuan berusia 0 hingga 2 tahun.
Mengikut Burgess, M. (2008), thelarche pramatang adalah hypertrophy payudara sebelum
akil baligh. Hipertrofi ini merupakan peningkatan dalam tisu payu dara. Ia berlaku pada
perempuan di bawah umur 8 tahun dan kebiasaan kedua-dua payudara menunjukkan
perkembangan. Punca kepada ini tidak diketahui secara spesifik, tetapi dikaitkan dengan
peningkatan sensitiviti tisu payudara kepada hormon estradiol dalam individu tertentu.
Estrogen dalam kelenjar adrenal, folikel atau sista ovari juga dikaitkan dengan keadaan ini.

Thelarche Pramatang

13
4.3 Akil baligh kontrasexual
Akil baligh kontrasexual adalah keadaan di mana seorang lelaki atau perempuan semasa akil
baligh mula membentuk ciri-ciri jantina bertentangan. Sebagai contoh, seorang lelaki boleh
membentuk payudara dan ciri-ciri lain, sementara seorang wanita boleh mengembangkan
suara yang mendalam dan rambut muka. Ini dipanggil heteroseksual atau contrasexual. Ia
sangat jarang berlaku berbanding dengan isoseksual dan biasanya disebabkan oleh keadaan
luar biasa. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempunyai keadaan genetik yang sangat
jarang dikenali sebagai “aromatase excess syndrome” di mana tahap estrogen sangat tinggi
dalam darah. Lelaki dan perempuan adalah hiperfeminisasi oleh sindrom. (Wu, K. S et al.
2006).

4.4 Adrenarche pramatang


Adrenarche pramatang kanak-kanak adalah penampilan awal bulu pada kemaluan wanita
sebelum berlakunya akil baligh. Ia berlaku di antara umur 10 dan 14 untuk kanak-kanak
perempuan. Sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai adrenarche awal, perubahan berlaku
sebelum umur 8 ketika kelenjar adrenal mula menghasilkan hormon dan disertai dengan
tanda-tanda seperti bau badan, kulit berminyak, pertumbuhan bulu di kemaluan. Adrenarche
pramatang mungkin menunjukkan bahawa ada ketidaknormalan pada intrauterin. Ia berlaku
pada kanak-kanak yang berlebihan berat badan. Beberapa kajian yang sama telah
menunjukkan bahawa beberapa gadis yang bercirikan adrenarche pramatang mungkin terus
mempunyai tahap androgen yang berlebihan dalam masa remaja. Ini boleh mengakibatkan
hirsutisme (rambut badan yang berlebihan) atau ketidakteraturan haid akibat anovulasi.

14
4.5 Akil baligh lewat (Delayed puberty)
Penangguhan akil baligh ialah apabila seseorang kurang atau mempunyai perkembangan ciri-
ciri seksual yang tidak lengkap sebelum usia akil baligh yang biasa dan mungkin tidak
mempunyai tanda-tanda fizikal atau hormonal yang telah berlaku akil baligh. Di Amerika
Syarikat, kanak-kanak perempuan dianggap mengalami masalah akil baligh jika mereka tidak
mengalami pembesaran payudara pada usia 13 tahun atau belum menstruasi pada umur 16
tahun. Kanak-kanak lelaki dianggap bermasalah semasa akil baligh jika mereka tidak
mengalami pembesaran buah zakar dengan usia 14 tahun. Kelewatan akil baligh menjejaskan
kira-kira 2% remaja. Dalam majoriti kes, akil baligh lewat adalah biasa. Para remaja ini
mempunyai kadar pertumbuhan normal dan sihat. Walaupun pertumbuhan dan akil baligh
lewat, mereka akhirnya akan normal. Sesetengah kanak-kanak hanya perlu lebih banyak masa
untuk akil baligh.
Akan tetapi, penyakit kencing manis, ginjal, anemia dan sebagainya boleh melambatkan atau
mencegah perkembangan seksual. Perkembangan mungkin tertunda atau tidak hadir pada
remaja yang menerima terapi sinaran atau kemoterapi kanser serta dipengaruhi oleh
gangguan autoimun (seperti thyroiditis Hashimoto, penyakit Addison), dan beberapa
gangguan yang mempengaruhi ovari. Tumor yang merosakkan kelenjar pituitari atau
hypothalamus dapat menurunkan tahap gonadotropin atau menghentikan penghasilan hormon
secara keseluruhan. Oleh itu ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat perlu peka terhadap
masalah pada remaja dan perlu mengambil langkah sewajarnya.

15
5.0 Penutup
Akil baligh merupakan proses revolusi ke arah alam remaja. Apabila sesorang individu telah
mencapai akil baligh, banyak perubahan yang akan dialami oleh mereka dari segi fizikal,
mental, emosi dan sosial. Melalui perubahan ini akan menjadikan sesorang remaja lebih
bertanggungjawab memastikan kehidupan mereka berkualiti dengan menjaga kesihatan
fizikal dengan baik di samping mengamalkan amalan gaya hidup sihat.

Ibu bapa, ahli keluaraga, dan masyarakat perlu memainkan peranan yang terbaik untuk
membantu remaja ke arah sihat supaya dapat melahirkan madani kelak nanti bak kata pepatah
“melentuh buluh biarlah dari rebungnya”. Perkara ini penting bagi menjadikan kehidupan
mereka lebih bermakna dan berguna kepada keluarga, agama, bangsa, masyakat serta menjadi
tiang harapan negara.

16
Rujukan
Brooks-Gunn, J., J.A. Graber, and R.L. Paikoff 1994. Studying links between hormones and
negative affect: Models and measures. Journal of Research on Adolescence 4(4):469–486.

Brooks-Gunn, J., and E.O. Reiter 1990. The role of pubertal processes in early adolescent
transition. In At the Threshold: The Developing Adolescent, S. Feldman, editor; and G.
Elliott, editor. , eds. Cambridge: Harvard University Press.

Brown, K.M., R.P. McMahon, F.M. Biro, P. Crawford, G.B. Schreiber, S.L. Similo, M.
Waclawiw, and R. Striegel-Moore 1998. Changes in self-esteem in black and white girls
between the ages of 9 and 14 years: The NHLBI Growth and Health Study. Journal of
Adolescent Health, February 22(2):7–19. [PubMed]

Buchanan, C.M., J.S. Eccles, and J.B. Becker 1992. Are adolescents the victims of raging
hormones? Evidence of activational effects of hormones on moods and behavior at
adolescence. Psychological Bulletin 111(1):62–107. [PubMed]

Carnegie Corporation of New York 1995. Great Transitions: Preparing Adolescents for a
New Century. Carnegie Council on Adolescent Development. New York: Carnegie
Corporation of New York.

Caspi, A., D. Lynam, T.E. Moffitt, and P.A. Silva 1993. Unraveling girls' delinquency:
Biological, dispositional, and contextual contributions to adolescent misbehavior.
Developmental Psychology 29(1): 19–30.

Crockett, L.J., and A.C. Petersen 1993. Adolescent development: Health risks and
opportunities for health promotion. In Promoting the Health of Adolescents, S.G. Millstein,
editor; , A.C. Petersen, editor; , and E.O. Nightingale, editor. , eds. New York, NY: Oxford
University Press;

Dorn, L.D., L.J. Crockett, and A.C. Petersen 1988. The relations of pubertal status to
intrapersonal changes in young adolescents. Journal of Early Adolescence 8:405–419.

17
Elkind, D. 1992. Cognitive development. In Comprehensive Adolescent Health Care , S.B.
Friedman, editor; , M. Fisher, editor; , and S. Kenneth Schonberg, editor. , eds. St. Louis,
MO: Quality Medical Publishing, Inc.

Flannery, D.J., D.C. Rowe, and B.L. Gulley 1993. Impact of pubertal status, timing, and age:
Adolescent sexual experience and delinquency. Journal of Adolescent Research 8(1):21–40.

Garn, S.M. 1992. Physical growth and development. In Comprehensive Adolescent Health
Care , S.B. Friedman, editor; , M. Fisher, editor; , and S. Kenneth Schonberg, editor. , eds. St.
Louis, MO: Quality Medical Publishing, Inc.

Ge, X., R.D. Conger, and G.H. Elder, Jr. 1995. Coming of age too early: Pubertal influences
on girls' vulnerability to psychological distress. Child Development 67:3386–3400. [PubMed]

Abdul-Ariff-Bin-Rahani. (2015, Julai 18).

Keluarga dan Personaliti Remaja


Retrieved from Document: http://documents.tips/documents/keluarga-dan-personaliti-
remaja.html

Dplimurbt-Psikologi. (2012, Ogos 30).

Konsep Kendiri dan Personaliti

Retrieved from EDC2103 Psikologi Pendidikan Blog:


http://cikgupsikomuzik.blogspot.my/2012/08/konsep-kendiri-dan-personaliti.html Faridah
Nazir, Norhiza Mohd Salleh & Zairinah Mohd Shukur. (2014).

Perkembangan Kanak-Kanak.

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Lew Moi Mooi, Norliza Jaafar & Norulazilah
Md. Nordin. (2015).

18
Perkembangan Kanak-Kanak.

Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. Muatafa Fahmi & Aziun Khalilah
Haron. (1996).

Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja.

Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Norly Jamil. (2010). Tingkah Laku Emosi Kanak-
kanak dan Ekspresi Emosi Ibu Bapa. Proceedings of The 4th International Conference on
Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI

19
Soalan 2
1.0 Pengenalan
DeBrun (dalam Rice, 1990) mendefinisikan remaja sebagai tempoh pertumbuhan antara masa
kanak-kanak dengan masa dewasa. Menurut Papalia dan Olds (2001), masa remaja adalah
masa perkembangan antara kanak-kanak dan dewasa yang pada umumnya bermula pada usia
12 atau 13 tahun dan berakhir pada usia akhir belasan tahun atau awal dua puluhan tahun.

Menurut Adams & Gullota (dalam Aaro, 1997), remaja berusia antara 11 dan 20 tahun.
Sedangkan Hurlock (1990) membahagikan masa remaja menjadi masa remaja awal (13
hingga 16 atau 17 tahun) dan masa remaja akhir (16 atau 17 tahun hingga 18 tahun). Awal
dan lewat remaja dibezakan oleh Hurlock kerana pada masa lalu remaja individu telah
mencapai peralihan perkembangan yang lebih dekat kepada dewasa. Dan menurut Sigmun
Freud (1856-1939), dalam Sunaryo (2004) mengatakan bahawa fasa remaja adalah dari usia
12-13 tahun hingga 20 tahun.

20
2.0 Perbincangan pengalaman spesifik yang dilalui semasa remaja
Salah satu pengalaman saya yang drastik dan saya mampu ingat sehingga ke hari ini adalah
semasa saya berumur 13 tahun iaitu tingkatan 1. Disebabkan saya daripada keluarga yang
sederhana miskin ibu bapa saya hanya mampu untuk mengajar saya dirumah sahaja. Pada
waktu itu, saya belum akil baligh lagi dan mungkin tidak berupaya untuk berfikir apa yang
baik dan kurang baik. Saya seorang kanak-kanak yang suka bermain dan tidak mengambil
berat tentang pengajaran dan pembelajaran serta kurang mahir dalam perkiraaan. Disamping
itu, saya juga kurang memfokuskan diri kepada agama walaupun seringkali ditegur oleh ibu
bapa saya. Saya akan bermain semasa waktu ibadat dan memberi alasan yang banyak kepada
ibu bapa jikalau diminta untuk menunaikan ibadah. Selang beberapa tahun kemudian saya
mula berakil baligh pada pertengahan umur 15 tahun. Pada masa itu saya telah dipilih oleh
guru kelas saya untuk menghadiri sesi kaunseling disebabkan saya kurang mahir dalam
pelajaran dimana guru kaunselor telah menyedarkan diri saya tentang masa depan jikalau
tidak belajar bersungguh-sungguh dan bayangkan pengorbanan ibu bapa terhadap saya.
Setelah selesai sesi kaunseling saya balik rumah dan merenungkan tentang diri saya. Banyak
persoalan yang bermain dalam fikiran saya kerana masa itu peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) telah dekat. Saya mula belajar bersungguh-sungguh dan menanam azam
untuk mendapatkan “8A” iaitu cemerlang dalam semua subjek tersebut. Siang dan malam
saya akan berterusan membaca buku dan melakukan latihan. Guru sekolah saya amat
membantu saya dengan memberi tips cara untuk menghafal nota-nota yang berunsur fakta
serta formula matematik yang susah. Beliau menyuruh saya untuk menyebut setiap perkataan
semasa membaca. Dalam masa yang sama ibu bapa melihat kesungguhan saya dan
mendorong saya dengan membelikan buku-buku ilmiah. Mereka juga akan mengajar saya apa
yang saya tidak ketahui. Mereka juga mengajar saya bahawa doa juga amat penting untuk
mencapai kejayaan dan mendorong saya ke arah keimanan. Saya akan berdoa setiap hari
untuk mencapai target. Berkat doa, dorangan ibu bapa dan guru serta usaha gigih saya
menyebabkan saya mendapat 7A1B dalam peperiksaan PMR. Saya berasa amat gembira pada
waktu kerana dapat mencapai kejayaan dan mengharumkan nama ibu bapa saya. Selepas
memasuki tingkatan 4 saya telah mula fokus kepada pengajaran dan pembelajaran saya dan
mencapai kejayaan dalam setiap peperiksaan yang diadakan. Selain itu, saya mula meminati
bidang kesukanan, dan saya mula bermain futsal dengan niat untuk mencapai kejayaan
sahaja. Latihan demi latihan menyebabkan saya telah terpilih untuk mewakili pasukan
sekolah serta daerah. Perasaan kegembiraan itu tidak dapat diungkapkan apabila saya
dinobatkan sebagai pelajar terbaik kurikulum dan ko-kurikulum.

21
Disebalik ini, saya sedar bahawa perkara-perkara tersebut membawa maksud tersirat yang
penting untuk lumrah kehidupan dan sosial. Misal kata, apabila saya membuat latihan subjek
matematik ia membantu saya untuk membuat perkiraan yang cepat semasa membeli sesuatu
barang. Selain itu, keinginan saya untuk menjadi seorang ahli sukan terbaik bukan semata-
mata untuk menjulang pingat malah menyihatkan badan dari segi rohani dan mental. Apabila
saya bersukan saya amat gembira kerana berfokuskan kepada kejayaan dan apabila saya
gembira, saya mengalami kurang tekanan serta membantu saya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, apabila saya berdoa saya mendekatkan diri kepada Tuhan dan
apa yang berlaku disebaliknya adalah saya tidak terlibat dalam aktiviti kurang sihat seperti
merokok, ponteng sekolah, membuli dan sebagainya. Saya sedar bahawa keimanan yang kuat
menyebabkan diri saya terhindar dari masalah sebegini. Selain itu, sewaktu ibu saya mengajar
tentang sesuatu dia akan membuat latihan tersebut terlebih dahulu. Selepas itu dia akan
membuat latihan lagi dan akan menyuruh tolong dia diseparuh jalan, dan pada latihan
seterusnya beliau akan suruh saya membuat latihan dan akan dibantu oleh dia, seterusnya
saya dapat membuat latihan lain dengan sendiri. Perkara ini amat membantu saya dalam
proses membelajaran dan membantu untuk memahami secara cepat. Di samping itu, peranan
guru dalam proses pembelajaran juga amat besar. Beliau menyuruh saya untuk menyebut
setiap perkataan supaya dapat dihafal dengan cepat dan tepat. Secara tidak lansung saya dapat
berkomunikasi dalam minda dan dapat menghidupkan pemikiran kognitif.

22
3.0 Perbincangan tentang teori untuk menjelaskan pengalaman
Teori yang menjelaskan pengalaman saya adalah teori sosiobudaya Vygotsky. Lev Vygotsky
merupakan ahli psikologi Rusia yang terkenal atas sumbangannya kepada teori
perkembangan kanak-kanak. Salah satu karyanya yang diketahui dalam bidang psikologi
kanak-kanak adalah merumuskan konsep "zon pembangunan proksimal". Konsep ini
menerangkan bahawa dalam proses pembelajaran kanak-kanak terdapat kawasan di mana
kanak-kanak harus diberi bantuan luar untuk dapat belajar perkara-perkara baru sementara
terdapat bidang-bidang lain di mana kanak-kanak dapat belajar secara bebas tanpa dibantu.

3.1 Zon perkembangan proksimal


Zon perkembangan proksimal ini menerangkan mengenai bagaimana kemahiran-kemahiran
yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan
orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir dan bertujuan untuk menolong
kanak-kanak berkembang dari tahap sosial kepada tahap peribadi. Vygotsky percaya bahawa
kanak-kanak mengikut contoh dewasa dan secara perlahan-lahan membangunkan keupayaan
untuk melakukan tugas-tugas tertentu tanpa bantuan.

Guru memberikan bantuan pada peringkat permulaan, kurangkan bantuan apabila saya sudah
mula menguasai kemahiran atau objektif yang hendak dicapai dan memberi galakan dan
semangat untuk saya mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif.
Contohnya, guru sekolah saya amat membantu saya dengan memberi tips cara untuk
menghafal nota-nota yang berunsur fakta serta formula matematik yang susah. Secara
perlahan-lahan saya dapat merealisasikan perkara ini tanpa bantuan.

23
3.2 Scaffolding
Bermakna memberi bantuan kepada individu secara besar-besaran semasa peringkat awal
pembelajaran dan kemudian mengurangkan bantuan dan memberi peluang untuk mengambil
tanggungjawab yang semakin besar sebaik sahaja dia dapat melakukannya sendiri. Bantuan
yang diberikan oleh pelajar boleh berupa arahan, amaran, galakan, menggambarkan masalah
dalam bentuk lain. Teori ini boleh dikaikan dengan kehidupan saya semasa ibu saya mengajar
tentang sesuatu dia akan membuat latihan tersebut terlebih dahulu. Selepas itu dia akan
membuat latihan lagi dan akan menyuruh tolong dia diseparuh jalan, dan pada latihan
seterusnya beliau akan suruh saya membuat latihan dan akan dibantu oleh dia, seterusnya
saya dapat membuat latihan lain dengan sendiri.

3.3 Teori konstruktivisme


Perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara sistematik, logikal serta rasional
dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Menurutnya beliau pentingnya
memanfaatkan lingkungan daripada pembelajaran dalam lingkungan sekitar kanak-kanak
pula bermula daripada lingkup sosial, antara orang lain atau pihak kedua dan kemudiannya
pada lingkungan individu sebagai peristiwa internasisasi. Daripada konteks sosial ia
memainkan peranan utama dalam pembelajaran dan lebih memperlihatkan pembelajaran
manusia dalam konteks sosial budaya. Dalam konteks pembelajaran sebegini pelajar akan
berkongsi dan saling membina pengetahuan baru yang dicetuskan oleh ideal yang pelbagai.
Misalnya, apabila saya membuat latihan subjek matematik ia membantu saya untuk membuat
perkiraan yang cepat semasa membeli sesuatu barang. Selain itu, keinginan saya untuk
menjadi seorang ahli sukan terbaik bukan semata-mata untuk menjulang pingat malah
menyihatkan badan dari segi rohani dan mental.

24
3.4 Perkembangan Bahasa
Bahasa sangat penting dalam membentuk fikiran kita. Kanak-kanak membangunkan ucapan
dalaman melalui proses perhubungan/ perbualan. Ucapan dalaman tidak akan menyerupai
bahasa pertuturan luaran yang kita gunakan untuk menghidupkan pemikiran kita tetapi ia
adalah ucapan dalam minda kita sendiri. Vygotsky sentiasa menekankan dalam membentuk
dan meningkatkan kebolehan kanak-kanak dalam bahasa. Menurut Vygotsky lagi, anak-anak
menggunakan bahasa bukan hanya untuk komunikasi sosial, tetapi juga untuk merencanakan,
dan memonitor perilaku dengan 3ara mereka sendiri yang dinamakan pembicaraan batin
(inner speech). Kita sering memperhatikan bahawa anak-anak sering bercakap sendiri dan
seolah-olah bercakap dengan orang lain. Menurut Vygotsky hal ini merupakan pembicaraan
batin, tetapi menurut Piaget hal ini menunjukan bahwa anak tersebut belum dewasa dan pola
pembicaraan bantu (inner speech) awal untuk lebih berkomunikasi sosial. Sekiranya kanak-
kanak cenderung pasif kerana mereka tidak pernah mempunyai dialog, maka kanak-kanak
akan sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dan tugas pembangunan
juga terhalang. Apabila dikaitkan dengan kehidupan saya secara tidak lansung saya dapat
berkomunikasi dalam minda dan dapat menghidupkan pemikiran kognitif apabila guru saya
suruh saya berinteraksi dalam minda.

4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, teori Vygotsky adalah mengatakan bahawa perkembangan kanak-kanak
adalah pengaruh besar daripada interaksi dan komunikasi di antara kanak-kanak dengan
orang dewasa. Ia telah mengkaji perkara ini dan sememangnya teori ini bersesuaian dengan
perkembangan kanak-kanak. Perkembangan pembelajaran sosial kanak-kanak lebih banyak
dilalui dengan aktiviti mereka berbual-bual dengan orang dewasa seperti ibu bapa, adik
beradik, saudara mara dan guru.

25
Rujukan
Abidin, A Rahmania.

Peranan ZDP dan Scaffolding Vygotsky dalam Pendidikan Anak Usia Dini.

Makalah. Ambon.Budiningsih, C. Asri. 2003.

Perkembangan Teori Belajar dan Pembelajaran Menuju Revolusi-Sosiokultural Vygotsky.

Jurnal: DinamikaPendidikan No 01: 37-48. Dahar, R.W. 2011.

Teori-teori Belajar dan Pembelajaran

. Jakarta: Erlangga.Danoebroto, Sri Wulandari, 2015.

Teori Belajar Konstruktivis Piaget danVygotsky.

Jurnal: Indonesian Digital Journal of Mathematics andEducation Vol 2 No 3: 191-198.

Jones, G.A. & Thornton, C.A., 1993, “

Vygotsky Revisited: Nurturing Young

Children’s Understanding of Number”,

Focus on Learning Problemsin Mathematics,

Vol. 15, Pages 18

28.Katminingsih, Yuni. 2009.

Vygotsky dan Teorinya dalam Mempengaruhi Desain Pembelajaran Matematika

. Jurnal: Cakrawala Pendidikan Vol 11 No1: 93-105.Mappalotteng, Abdul Muis. 2008.

Sumbangan Vygotsky

’s Terhadap Pemahaman

Pemagangan Kognitif Sebagai Suatu Proses Pengembangan Pendidikan Vokasi Orang


Dewasa Di Era Global

. Seminar NasionalPendidikan tanggal 26 Januari. Lampung: FKIP UNILA.Oakley, Lisa.


2004.

26
Cognitive Development

. London: Routledge-Taylor & FrancisGroupRita E.I.dkk. 2008. Perkembangan Peserta


Didik. Yogyakarta: UNY Press.Roopnarine, L. Jaipaul, dan James E. Johnson. 2011.

Pendidikan Anak Usia Dini Dalam Berbagai Pendekatan.

Jakarta: Kencana Prenada Media. hlm251-252.Rusefendi, dkk. 1992.

Materi Pokok Pendidikan Matematika 3

. Jakarta: Debdikbud.

27

Anda mungkin juga menyukai