Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Alam remaja perlu diterokai oleh semua orang sebagai pengetahuan dan pemahaman terhadap perubahan
yang dialami oleh semua remaja sebelum dan selepas akil baligh. Ini akan membawa perkembangan yang
memberangsangkan terhadap tingkah laku dan amalan remaja.

MATLAMAT

Alam remaja akan membolehkan murid memperoleh kefahaman secara mendalam tentang akil baligh yang
akan mengubah kehidupan remaja dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial di samping bagaimana mereka
menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan yang berkualiti.

OBJEKTIF

Alam remaja ini sangat penting untuk :

1. Membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan
dengan situasi perubahan sebelum dan selepas akil baligh.

2. Menyumbang kepada perkembangan murid bagi meningkatkan kesejahteraan hidup dan kesihatan yang
berkualiti.

3. Membantu murid memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi perubahan dari segi
fizikal, mental, emosi dan sosial.

4. Mengenal pasti cara penjagaan kesihatan dan memilih amalan gaya hidup sihat yang berkesan dalam
menjalani kehidupan seharian.

1
AKIL BALIGH

PENGENALAN

Akil baligh merupakan tempoh masa perubahan antara zaman kanak-kanak beralih kepada zaman remaja.
Semasa proses akil baligh, anak lelaki dan anak perempuan akan mengalami satu pengalaman baru yang
melibatkan perubahan fizikal, mental, emosi dan sosial. Semua perubahan ini secara tidak langsung akan
mengubah rupa bentuk tubuh badan, bagaimana cara kanak-kanak berfikir, mengendalikan perasaan serta
cara bergaul dan berkomunikasi dengan semua orang yang berada di sekeliling mereka.

Manakala remaja membawa maksud di mana seseorang individu itu telah mengalami kematangan sisitem
saraf dan saiz otak yang merupakan satu persediaan ke arah mencapai tahap seorang dewasa. Dalam proses
remaja, mereka sudah dapat membentuk satu set nilai dan sistem etika yang akan dijadikan panduan bagi
tingkah lakunya. Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa iaitu usia mereka
berada dalam sekitar 1 hingga 19 tahun.

Oleh kerana itu, dalam menjadikan kehidupan seseorang remaja itu lebih berkualiti, penjagaan kesihatan ke
arah hidup sihat haruslah dititikberatkan. Ini penting bagi menggalakkan remaja agar terus berusaha menjaga
kebersihan untuk kesebatian amalan kehidupan mereka.

1.0 PERUBAHAN AKIL BALIGH

Fasa perkembangan akil baligh berbeza antara satu sama lain bagi setiap individu. Biasanya kanak-kanak
lelaki lebih lewat memasuki tempoh akil baligh berbanding kanak-kanak perempuan. Semua ini dipengaruhi
oleh kadar hormon di dalam badan masing-masing. Secara tidak langsung, pelbagai perubahan akan dialami
berperingkat-peringkat. Ini termasuklah perubahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.

2
1.1 PERUBAHAN FIZIKAL

Perubahan fizikal lebih tertumpu kepada rupa bentuk tubuh badan sama ada di dalam dan juga luar badan
kanak-kanak tersebut apabila mengalami fasa akil baligh yang mana ada yang dapat secara ketara dan juga
dialami tanpa disedari. Perkembangan dan pertumbuhan ini berbeza antara kanak-kanak lelaki dan
perempuan.

CIRI-CIRI PERUBAHAN FIZIKAL SEMASA AKIL BALIGH.

LELAKI
Mengalami pecah suara iaitu suara menjadi garau.
Pertumbuhan tulang tangan dan kaki yang panjang mempengaruhi ketinggian, berat
dan bentuk badan.
Otot tubuh badan bertambah tegang, keras dan pejal menjadikan bahn dan dada
menjadi bidang.
Bulu mula tumbuh di bahagian tertentu tubuh seperti ketiak, di atas bibir ( misai ) dan
di bawah dagu ( janggut ).
Jerawat mula tumbuh di muka.
Bahagian zakar, skrotum dan testis akan berkembang.
Mengalami ‘ mimpi basah ‘ iaitu mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga
mengeluarkan air mani.
Perubahan bau badan.

PEREMPUAN
Payu dara mula membesar yang mana kawasan yang gelap di sekeliling putting akan
membengkak dan jisim payu dara akan lebih membulat serta menjadi padat dan berat.
Tumbuhnya bulu di celah ketiak dan bahagian ari-ari iaitu kawasan genitalia.
Kehadiran jerawat di muka.
Perubahan suara daripada keanakan kepada suara yang lebih matang.
Perubahan bau badan terutama ketika berpeluh.
Kehadiran haid iaitu pengeluaran darah daripada faraj yang akan dialami selama 3-6
hari.
Penambahan berat badan dan juga ketinggian.
Ukuran di bahagian punggung semakin melebar.
3

Rajah di bawah menunjukkan beberapa perubahan fizikal yang dialami oleh remaja sewaktu akil baligh.

ORGAN REPRODUKTIF REMAJA PEREMPUAN

Tahukah anda, semenjak lahir seseorang bayi perempuan mempunyai 4000,000 ovum (sel telur).
Bagaimanapun hanya kira-kira 350 hingga 400 ovum sahaja akan matang dan boleh disenyawakan
sepanjang hayat seorang wanita.

KITARAN HAID

HAID MENUNJUKKAN ORGAN REPRODUKTIF SEORANG GADIS TELAH MULA


BERFUNGSI

1. Hari pertama kedatangan haid . Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari.
Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh adalah berbeza di antara
seorang gadis ke seorang yang lain.
2. Pada masa yang sama, ovum menjadi matang di dalam ovari.
3. Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus.
4. Ketika pertengahan kitaran haid, ovum dibebaskan dari ovari. Ovum akan bergerak
menuju ke uterus melalui saluran fallopian. Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperrna,
ovum akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus akan
dikeluarkan sebagai haid.

Faktor-faktor seperti amalan pemakanan, genetik, sosialbudaya dan persekitaran juga boleh mempengaruhi
perkembangan dan pertumbuhan fizikal seseorang remaja lelaki dan perempuan. Jadi, adalah penting untuk
menjaga pengambilan pemakanan dengan mengambil makanan yang berzat mengikut piramid makanan.

1.2 PERUBAHAN MENTAL

Perubahan mental adalah melihat kepada perkembangan kognitif iaitu bagaimana cara sesorang remaja itu
berfikir serta melihat dan mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Walaupun semasa alam
kanak-kanak, mereka lebih sinonim dengan sikap authoritarian tentang pendapat masing-masing namun
apabila mereka mula akil baligh dan meningkat remaja, sedikit demi sedikit sikap tersebut akan dapat
dikurangkan. Pada peringkat ini, remaja lebih senang duduk, mendengar dan bersedia menerima pandangan
orang lain. Secara tidak langsung, mereka dapat membezakan sesuatu perkara tersebut sama ada baik atau
buruk di samping dapat membentuk falsafah hidupnya sendiri dengan berpandukan kepada set kepercayaan
dan nilai tentang manusia dan masyarakat.

Menurut Teori Piaget, perubahan mental yang dialami oleh remaja berupaya melakukan perkara-perkara
seperti berikut :

1. Menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak.

2. Mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri.

3. Mengaplikasikan prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah.

4. Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah.

5. Schemata / struktur mental akan bertambah.

6. Dapat melihat kaitan antara situasi yang relevan ketika menyelesaikan masalah.
Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh remaja apabila berlaku perubahan mental adalah seperti di
bawah :

1. Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri.

2. Sering merasa diri disalah faham dan dipersalahkan.

3. Merasa diri dilayan secara tidak adil.

4. Kesunyian.

5. Sukar dan keliru memahami emosi.

6. Susah mambuat keputusan.

6
Oleh itu, adalah penting bagi orang-orang yang paling hampir dengan remaja agar menunjukkan teladan
yang baik supaya mereka dapat mengamalkan norma dan nilai yang dipelajari daripada ibu bapa, adik-
beradik, guru, masyarakat dan pendidikan agama dengan lebih berkesan.

1.3 PERUBAHAN EMOSI

Perubahan emosi disebabkan oleh perubahan hormon yang dihasilkan daripada tubuh badan. Ketidakstabilan
‘ mood ‘ juga boleh mempengaruhi perubahan emosi sewaktu zaman remaja. Ini termasuklah keenganan
mendengar nasihat, merunggut dan menangis tanpa sebab. Ini kerana pada zaman remaja adalah zaman di
mana remaja berada di persimpangan jalan.

Berdasarkan Teori Perkembangan Erikson, zaman remaja merupakan tahap identiti lawan kekeliruan peranan
( role confusion ) iaitu cuba berusaha mewujudkan identity dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Ini
kerana remaja akan cuba mencari identiti dirinya dan cuba mencari jawapan kepada persoalan ‘ siapa aku ?’.
Usaha ini mungkin terganggu dengan adanya pelbagai pilihan. Sekiranya usaha mereka ini gagal maka ini
akan menyebabkan mereka akan mula meragui peranan mereka dalam masyarakat. Oleh itu adalah penting
bagi remaja agar bijak dan konsisten dalam mambuat keputusan untuk menempuh kehidupan yang penuh
pancaroba cabaran dan permasalahan.

Selain daripada itu, dapat dilihat beberapa ciri-ciri emosi remaja. Antaranya ialah :

1. Cenderung bermurung dan sukar dapat diteka.

2. Bertingkah laku kasar untuk menutup kekurangan dalam hal rasa kepercayaan kepada diri sendiri.
3. Kenarahan biasa terjadi.

4. Cenderung tidah toleransi dengan orang lain dan ingin menang selalu.

5. Mulai menilai orang tua dan guru secara objektif.

6. Pemberontakan emosi.

7. Mengalami konflik dengan orang tua.

8. Suka mengelamun dengan selalu memikirkan masa depan mereka.

Dalam mempelajari perubahan emosi yang dialami oleh remaja, menurut Crow & Crow ( 1958 ) pengertian
emosi adalah pengalaman afektif yang disertai dengan penyesuaian dalam diri individu tentang keadaan
mental dan fizikal yang mewujudkan suatu tingkah laku yang nyata.

Jadual di bawah menunjukkan perkaitan antara perubahan fizikal dan perubahan emosi.

Bil. Perubahan Fizikal Perubahan Emosi


1. Reaksi elektris pada kulit meningkat.Terpesona.
2. Peredaran darah bertambah cepat. Marah.
3. Denyut jantung semakin cepat. Terkejut atau takut.
4. Penafasan panjang. Kecewa atau terkilan.
5. Pupil mata membesar. Marah.
6. Air liur mengering. Takut atau tertekan.
7. Bulu roma berdiri. Takut.
8. Percernaan tidak lancar. Berada dalam keadaan tertekan.
9. Otot tegang dan bergetar. Ketakutan atau tertekan.
10. Komposisi darah. Akan ikut berubah kerana emosi yang
menyebabkan
kalenjar-kalenjar lebih aktif.
1.4 PERUBAHAN SOSIAL

Perubahan sosial berkaitan dengan aspek seperti imej kendiri, tingkah laku, kasih sayang, pergaulan dan
perhubungan. Zaman remaja datang hanya sekali. Fasa ini sungguh mengujakan tetapi boleh juga
mengelirukan. Saat inilah merupakan saat yang terindah dan menyeronokkan untuk diterokai. Oleh itu,
apabila anak remaja telah mencecah akil baligh, mereka akan lebih terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar
dan lebih terdorong untuk terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh orang lain. Gejala sosial berlaku
akibat daripada arus globalisasi dan modenasasi yang mana boleh menjadikan seseorang remaja juga boleh
bersifat individualistik dan materialistik.

8
Remaja mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru. Jadi secara tidak langsung dengan kepantasan
dan keagresifan teknologi maklumat, komunikasi dan multi media, penyebaran agenda globalisasi dan
dominasi barat sangat berkesan dalam mempengaruhi golongan remaja. Ini termasuklah seperti budaya
mewarnakan rambut, memakai anting-anting ( lelaki ), membuat tattoo, mengemari muzik rock, heavy metal
dan black metal yang turut dimuatkan dengan unsur-unsur pemujaan syaitan.

Selain daripada itu, hal-hal yang lebih dahsyat seperti pengambilan minuman keras, pergaulan bebas,
penagihan dadah, kes penguguran dan pembuangan bayi. Ini kerana zaman remaja adalah zaman di mana
emosi mereka adalah lemah. Oleh itu, adalah penting bagi remaja itu sendiri mempunyai ketahanan disiplin
kendiri yang kental di samping mendapat sokongan daripada ibu bapa, guru,

rakan-rakan dan masyarakat dalam membimbing remaja ke laluan jalan yang benar apabila berdepan konflik
kehidupan.

Manakala di dalam membina perhubungan dan berkomunikasi dengan orang sekeliling, penyesuaian diri dan
penerimaan masyarakat terhadap kehadiran remaja amat diperlukan. Remaja yang mampu menyesuaikan diri
dengan orang lain dan lingkungan mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Suka bekerjasama dengan orang lain.

2. Mudah simpati.

3. Mudah mesra dan akrab

4. Berdisiplin.

Sebaliknya, bagi remaja yang tidak mampu menyesuaikan dirinya akan mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Suka menonjolkan diri.

2. Suka menipu.
3. Suka berdendan atau bermusuhan.

4. Egoistik.

5. Merendahkan orang lain.

6. Buruk sangka.

Dalam berdepan dengan perubahan sosial, remaja harus tahu bagaimana menggunakan kebijaksanaan
mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang yang berada di persekitarannya di samping
menilai baik buruk sesuatu tingkah laku serta bijak membuat keputusan bagi menjamin kesejahteraan
kehidupan mereka.

2.0 PENJAGAAN KESIHATAN ALAM REMAJA

Remaja harus mementingkan asas penjagaan asas kesihatan secara menyeluruh agar menjadikan kehidupan
mereka lebih bermakna daripada segala aspek dan dapat melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti
yang mereka sertai terutamanya dalam bidang akademik, kerja luar dan kokurikulum. Berikut adalah
sebahagian amalan asas penjagaan kesihatan yang perlu remaja itu amalkan sebagai rutin kehidupan mereka.

2.1 KEBERSIHAN DIRI

Dalam menjaga kebersihan diri, remaja harus menitikberatkan kebersihan diri dalam penjagaan kesihatan
tubuh badan dengan memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit, member keyakinan kepada
pergaulan mereka dengan orang sekeliling. Antara penjagaan kesihatan tersebut adalah seperti :

a. Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

- Cuci badan dan rambut dengan syampoo.

b. Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu selepas bangun tidur dan sebelum masuk tidur.

c. Mencuci tangan sebelum dan selepas makan dan keluar dari tandas atau memegang kekotoran.
d. Menjaga kebersihan kuku dengan memastikan kuku dalam keadaan yang bersih dan memotong kuku apabila
sudah panjang.

e. Menggunakan ‘ deodorant ‘ bagi mengelakkan bau badan.

Bagi anak-anak gadis, kebersihan semasa haid adalah sangat penting. Dengan itu, mereka harus :

a. Menggunakan tuala wanita semasa haid. Tuala wanita perlu sentiasa ditukar dan jangan dibuang di merata-
rata tempat. Bungkus dan buang dalam tong sampah.

b. Membasuh kemaluan menggunakan sabun dan air.

c. Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.

10

2.2 KEBERSIHAN PAKAIAN

Pakaian adalah penting bagi kita semua terutama di alam remaja. Pada masa inilah mereka akan cuba
mencari identiti sendiri dengan cara berpakaian. Oleh itu, remaja harus bertanggungjawab memastikan
pakaian mereka dalam keadaan bersih iaitu sentiasa mencuci pakaian yang sudah dipakai, disidai sehingga
kering, dilipat dan disusun dengan kemas.

2.3 KEBERSIHAN DALAM DAN LUAR RUMAH

Walaupun masih remaja namun mereka tidak boleh memandang ringan tentang kebersihan dalam dan luar
rumah. Ini penting bagi mendidik keperibadian mereka dalam mementingkan kebersihan persekitaran. Ini
termasuklah membersihkan bilik tidur, bilik mandi, tandas, bilik tamu serta halaman rumah.

3.0 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT REMAJA

Alam remaja penuh keindahan, cabaran dan masalah. Oleh itu remaja harus bijak dalam mengatur perjalanan
hidup mereka dengan memilih amalan gaya hidup sihat yang berkualiti dalam menjamin keselesaan,
kelancaran, keaktifan, keceriaan, kecergasan dan kecerdasan kehidupan mereka. Amalan gaya hidup sihat ini
merangkumi amalan penjagaan pemakanan, rehat dan rekreasi, pengurusan mental, pengurusan emosi dan
pengurusan sosial.

11
Sebagai remaja, mereka harus mengambil makanan yang seimbang seperti mengikut peringkat piramid
makanan agar dapat membekalkan tenaga dan zat nutrient yang tinggi untuk kehidupan mereka. Dari segi
rehat dan rekreasi pula, pastikan golongan remaja mendapat tidur yang secukupnya iaitu tidur sekurang-
kurangnya 8 jam sehari. Bersenam pula adalah cara terbaik remaja melibatkan diri secara sihat dalam
pelbagai aktiviti agar dapat mengekalkan kesihatan mereka di samping dapat membina stamina serta
menggalakkan semangat kesukanan dan komunikasi positif di antara golongan remaja dengan masyarakat.

Piramid Makanan

Untuk pengurusan mental, walau apa pun masalah yang dihadapi oleh remaja, mereka harus berani berdepan
dengan kenyataan dengan rasa cekal dan yakin. Selain daripada itu, remaja juga boleh mendapat panduan
penyelesaian masalah dengan sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan ahli keluarga terutamanya ibu
bapa dan orang kepercayaan mereka seperti guru, rakan-rakan dan saudara mara terdekat. Ini sedikit
sebanyak akan membantu remaja dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat. Jangan sesekali
membiarkan diri bersendirian atau enggan berkongsi masalah dengan orang lain.

Emosi di peringkat remaja adalah sukar difahami dan senang berubah-ubah. Bagi menguruskan emosi waktu
ini, golongan remaja harus menyelami dan mengetahui tentang kebolehan, ciri-ciri keistimewaan, sikap,
penampilan, matlamat, kebaikan dan kelemahan diri sendiri. Dengan itulah, remaja mempunyai kuasa dalam
pengurusan emosi sendiri dengan lebih berkesan.

Bagi aspek sosial pula, remaja lebih tercabar dalam mewujudkan amalan gaya hidup sihat. Ini kerana mereka
mendapat banyak pengaruh luar tidak kira daripada individu ataupun dunia multimedia yang semakin
bersifat globalisasi. Oleh itu remaja hendaklah mengamalkan hidup yang bebas daripada pengaruh rokok,
dadah, arak, hubungan seks bebas, lumba haram dan gejala-gejala negatif yang lain. Dengan itu, dekatkan
diri dengan ajaran agama masing-masing agar ada pegangan hidup dan belai jiwa mereka dengan nilai-nilai
murni untuk mendidik jiwa mereka kental daripada segala pengaruh yang tidak sihat. Antara genjala-genjala
yang kurang sihat adalah seperti di bawah :

12
Budaya melepak dan merokok. Budaya merempet membahayakan nyawa.

Melalui semua ini, dapat dilihat bukan sahaja remaja harus mementingkan penjagaan kesihatan fizikal sahaja
namun remaja juga perlu mengamalkan amalan gaya hidup sihat bagi melahirkan remaja yang berkualiti dari
pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
13

PENUTUP

Zaman kanak-kanak adalah waktu keriangan. Akil baligh merupakan proses revolusi ke arah alam remaja.
Apabila sesorang individu telah mencapai akil baligh, banyak perubahan yang akan dialami oleh mereka dari
segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Melalui perubahan ini akan menjadikan sesorang remaja lebih
bertanggungjawab memastikan kehidupan mereka berkualiti dengan menjaga kesihatan fizikal dengan baik
di samping mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Ini penting bagi menjadikan kehidupan mereka lebih
bermakna dan berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan masyarakat.
Dicatat oleh Hamden Bakar di 8:32 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

1 ulasan:
1.

Nur Aina Hairulaydel25 September 2014 5:29 PG


terima kasih kerana bagi saya penjelasan sebelum saya menghadapi haid !!!
Balas

Anda mungkin juga menyukai