Anda di halaman 1dari 7

Tazkirah 1: Puasa Mengikut Cara Rasulullah s.a.

Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk sekali
lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya
dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh
keberkatan ini. Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini. Persoalannya
bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh
Allah? Mari kita telusuri satu persatu.

Rasulullah s.a.w Bersahur

Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan
dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur
bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang
sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita
menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda:

Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada
sahur itu terdapat keberkatan.
(HR: al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah
salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya:

Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur
(HR: Muslim)

Rasulullah Menyegerakan Berbuka

Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh
Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang
menahan diri dari makan dan minum.
Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang
dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim:

َ ‫ " ال يَزَ ال النَّاس ِب َخي ٍْر َما‬: ‫سلَّ َم قَا َل‬


‫ع َّجلوا‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َّللا‬ ِ َّ ‫س ْع ٍد أ َ َّن َرسو َل‬
َ ‫َّللا‬ َ ‫ع ْن‬
َ ‫س ْه ِل ب ِْن‬ َ
ْ ‫" ْال ِف‬
‫ط َر‬
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan
berbuka puasa.

Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang


dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu
isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya
waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-
bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan
pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di
rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan
maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan
Yahudi dan Kristian.

Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk
kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu
hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan
seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h:

‫ " ال يزال الدين ظاهرا ً ما عجل الناس الفطر ألن اليهود‬: ‫قال النبي صلى هللا عليه وسلم‬
‫" والنصارى يؤخرون‬
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan
berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-
lewatkannya.

Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari)
‘Amr Bin Maimun r.h berkata:
‫ " كان أصحاب محمد صلى هللا عليه وسلم أسرع‬: ‫وقال عمرو بن ميمون األودي رحمه هللا‬
ً ‫" الناس إفطارا ًوأبطأهم سحورا‬
Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika)
berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.

‫ارة َ ب ِْن ع َمي ٍْر َع ْن أ َ ِبي َع ِطيَّةَ قَا َل‬


َ ‫ع ْن ع َم‬ َ ‫و‬:
‫علَ ْي ِه‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َّللا‬ َ ‫ب م َح َّم ٍد‬ ِ ‫ص َحا‬ ْ َ ‫الن ِم ْن أ‬ ِ ‫ َرج‬: َ‫شةَ فَق ْلنَا َيا أ َّم ْالمؤْ ِمنِين‬ َ ‫علَى‬
َ ِ‫عائ‬ ٌ ‫َدخ َْلت أَنَا َو َمسْر‬
َ ‫وق‬
َ ‫صالة‬َّ ‫ار َوي َؤ ِخر ال‬ َ ‫ط‬ َ ‫اإل ْف‬
ِ ‫ َواآلخَر ي َؤ ِخر‬، َ ‫صالة‬ َّ ‫ار َوي َع ِجل ال‬ َ ‫ط‬ ِ ‫سلَّ َم أ َ َحده َما ي َع ِجل‬
َ ‫اإل ْف‬ َ ‫ َو‬..
‫صالة َ ؟‬ َّ ‫ار َوي َع ِجل ال‬ َ ‫ط‬ ِ ‫ أَيُّه َما الَّذِي يعَ ِجل‬: ‫ت‬
َ ‫اإل ْف‬ ْ َ‫قَال‬
‫َّللاِ َي ْع ِني ابْنَ َمسْعو ٍد‬ َ ‫ قَا َل ق ْلنَا‬.
َّ ‫عبْد‬
‫سلَّ َم‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬
َ ‫َّللا‬َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َّللا‬ ِ َّ ‫صنَع َرسول‬ ْ ‫ت َك َذ ِل َك َكانَ َي‬ ْ َ‫ قَال‬.
Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin
r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad
s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan
solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...”
Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang
mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah
iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka)
Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.

Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma

Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan
beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat
dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti
yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya:

Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan


beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda
berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan
beberapa teguk air.
Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan
sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga
kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa biji
kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan
selepas baginda solat.

Tidur Qailulah

Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari
dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara kaedah yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu
dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam
mengerjakan amal ibadat.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah:

‫ار‬ ِ ‫علَى‬
ِ ‫ص َي ِام النَّ َه‬ َ ‫س َح ِر‬ َ ‫سلَّ َم قَا َل” ا ْست َ ِعينوا ِب‬
َّ ‫ط َع ِام ال‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َّللا‬ َ ِ ‫ع ْن النَّ ِبي‬
َ ‫َّاس‬
ٍ ‫عب‬ َ ‫ع ْن اب ِْن‬
َ
َّ َ
‫على قِيَ ِام الل ْي ِل‬ َ ْ
َ ‫“ َوبِالقَيْلول ِة‬
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui
sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum
Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.

Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan
sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anak-anak
muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur sepanjang hari dan hanya bangun
untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa
adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala
dilipatgandakan.
Menjaga Lidah

Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan
tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku
kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci,
mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap,
berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa.

Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada
bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang dilaporkan
oleh Ahmad dan al-Tabarani:

‫س َهر‬ ِ َ‫ظه ِم ْن قِي‬


َّ ‫ام ِه ال‬ َ ‫ام ِه ْالجوع َو ْال َع‬
ُّ ‫ َوربَّ قَائِ ٍم َح‬, ‫طش‬ ُّ ‫صائِ ٍم َح‬
ِ ‫ظه ِم ْن‬
ِ ‫ص َي‬ َ َّ‫رب‬
Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan
ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada
pahala)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-
Bukhari:

َ ‫سابَّه أ َ َح ٌد أ َ ْو قَاتَلَه فَ ْليَق ْل ِإ ِني ْامر ٌؤ‬


‫صا ِئ ٌم‬ َ ‫صخَبْ فَإ ِ ْن‬ ْ ‫ص ْو ِم أ َ َحدِك ْم فَ َال َي ْرف‬
ْ ‫ث َو َال َي‬ َ ‫َو ِإ َذا َكانَ َي ْوم‬
Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia
memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau
dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa".

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari,
Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:

‫ور‬ ُّ ‫سلَّ َم َم ْن لَ ْم يَ َد ْع قَ ْو َل‬


ِ ‫الز‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َّللا‬ َ ‫َّللا‬ِ َّ ‫ع ْنه قَا َل قَا َل َرسول‬ َ ‫َّللا‬َّ ‫ي‬ َ ‫ض‬ِ ‫ع ْن أَبِي ه َري َْرة َ َر‬
َ
‫طعَا َمه َوش ََرابَه‬ َ ‫ع‬ َ ‫ّلِل َحا َجةٌ فِي أ َ ْن يَ َد‬ َ ‫َو ْالعَ َم َل بِ ِه فَلَي‬
ِ َّ ِ ‫ْس‬
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak
menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak
mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.
Memberi Makan Orang Yang Berpuasa

Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca
kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah
berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti
yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah
seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka
puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang
berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya

Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk
memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut
dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w.

Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang
menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang
telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

1. Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang
yang memberiku minum (riwayat Muslim).
2. Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah
kau rezekikan kepada mereka (riwayat Muslim).

Doa Ketika Berbuka Puasa

Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah
mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan
untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah
s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:

, ‫ األمام العادل‬: ‫ثالثه الترد دعوتهم‬: ‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬: ‫إبي هريرة قال‬
‫ ودعوة المظلوم‬, ‫والصائم حتى يفطر‬...
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang
berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi...

Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah
doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah.
Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah:

‫ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت األجر إن شاء هللا تعالى‬


Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala
insyaAllah.

Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para
sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup
kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah membaca
al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan
ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A’lam.

Anda mungkin juga menyukai