Anda di halaman 1dari 13

Anak lelaki saya berumur 16 tahun, tetapi dia masih belum ‘bermimpi’ baligh.

Jadi bagaimanakah cara untuk mengetahui sama ada dia sudah baligh atau
belum?

Jawapan:

Maksud baligh ialah apabila seseorang lelaki atau perempuan telah sampai pada tahap
umur tertentu, maka dia menjadi seorang yang layak menerima taklif
(tanggungjawab) yang ditentukan oleh syarak seperti solat, puasa, haji dan lain-lain.
Orang Islam yang akil baligh disebut juga sebagai ‘mukalaf’.

Menurut Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha dan rakan-rakan dalam buku al-Fiqh al-
Manhaji, tahap baligh seseorang itu dapat diketahui dengan beberapa perkara:
 Mimpi keluarnya mani, sama ada lelaki atau perempuan.
 Melihat darah haid. Ini khusus untuk perempuan sahaja. Waktu yang
menjadikannya baligh disebabkan mimpi atau keluar haid ialah apabila dia mencapai
umur sembilan tahun Qamariah (menurut bulan Islam). Kelewatan atau tidak daripada
umur tersebut adalah bergantung keadaan sesebuah negeri dan suasana kehidupan.
 Berumur 15 tahun berdasarkan tahun Qamariah (hijrah). Keadaan ini diambil
kira apabila tidak berlaku mimpi atau tidak keluar haid.
Sewajarnya setiap individu muslim sudah mengetahui dengan yakin apabila sudah
sampai umur baligh, maka sudah sampailah ‘seruan’ kepada mereka untuk
melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya. Pada tahap itu
mereka sudah mampu dari segi segala aspek fizikal dan mental untuk memikul serta
melaksanakan perintah Allah SWT, dan sudah lengkap bersedia dengan ilmu fardu ain
dan bukan masanya lagi untuk berlengah dan bertangguh! Ini kerana mereka telah
bertanggungjawab atas segala perbuatan sebagai ‘hamba’ Allah SWT. Baik atau
buruk akhlak dan prestasi sebagai ‘hamba’ Allah SWT sudah ada ganjaran dan
hukumannya

Pendidikan Remaja Menurut Perspektif Al-Quran


‫السلما عليكم ورحمة ا وبركاته‬
‫بسم ا الرحمن الرحيم‬

1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan, telah mendefinisi remaja ialah dengan beberapa definisi iaitu
“mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; gadis-gadis dan
pemuda-pemuda yang sudah mulai dewasa.

Menurut Dr. Khaidzir Ismail dalam rencana yang ditulis oleh beliau berkenaan
dengan pengaruh black metal dikalangan remaja telah mentakrifkan remaja
merupakan individu yang berumur antara 13 hingga 20 tahun. Ia merupakan
peringkat antara alam kanak-kanak dengan alam dewasa. Pada ketika ini, berlaku
proses perubahan besar dari aspek fizikal, kognitif dan sosial selain kematangan
seksual lebih ketara dan mencabar dalam peringkat peralihan ini.
Menurut Islam,zaman remaja dikaitkan dengan istilah baligh dan apabila seseorang
itu baligh, wajib ke atasnya melakukan segala hukum syarak dan meninggalkan
perkara yang dilarang. Biasanya tanda baligh bagi kanak-kanak lelaki apabila
bermimpi, manakala bagi kanak-kanak perempuan apabila keluar haid. Semua tanda
itu menjadi penanda aras kepada pertukaran zaman daripada alam kanak-kanak ke
alam remaja. Tugas mendidik golongan yang baru masuk ke alam remaja ini adalah
tanggungjawab ibu dan bapa, guru-guru, masyarakat dan pihak kerajaan.
Ringkasnya tugas mendidik remaja adalah tugas semua pihak.

Manakala pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, 'alim
atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri
sendiri malah juga orang lain. Kedudukan mereka ada hubungankait dengan sifat
integriti, bertanggungjawab, amanah, istiqamah dan beriman kepada Allah SWT.

Di Malaysia, bidang pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan potensi manusia secara menyeluruh bagi mewujudkan modal
insan yang cemerlang, iaitu cerdas minda, mantap rohani, stabil emosi dan sihat
jasmani. Sebenarnya kecemerlangan pendidikan tidak hanya dibebankan kepada
para guru di sekolah, bahkan ia bergantung kepada peranan ibubapa di rumah.
Kedua-dua institusi ini iaitu sekolah dan rumahtangga saling memerlukan dalam
menentukan kecemerlangan pendidikan.

Selari dengan kehendak semasa dalam aspek pendidikan, saya telah memilih untuk
menulis kertas kerja yang bertajuk “Pendidikan Remaja Menurut Perspektif Al-
Quran”. Tujuan kertas kerja di buat ialah untuk memenuhi kehendak kerja kursus
bagi subjek Tafsir Mawdu’I. Moga-moga ianya dapat meningkatkan kefahaman saya
peranan sebagai seorang ibu dalam mendidik anak-anak yang kian semakin hari
semakin pasti akan memanjat usia remaja di alaf teknologi digital yang serba
mencabar ini.

2.0 Aspek Pendidikan Menurut Perspektif Al-Quran


Untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai isu pendidikan berdasarkan
perspektif Al-Quran, kajian perlu ditumpukan kepada perincian dan pemahaman
kandungan serta tafsiran berautoriti terhadap ayat-ayat Al-Quran yang berkait
dengan isu-isu kasih sayang ibubapa kepada anak-anak, nasihat ibubapa kepada
anak-anak, anugerah Allah kepada ibubapa anak adalah sebagai ujian, pendidikan
anak, keutamaan dalam menuntut ilmu, menuntut ilmu dan mengamalkannya dan
hubungkait menuntut ilmu dengan kekeluargaan seperti amalan berdoa untuk
mendapatkan zuriat yang baik. Berdasarkan analisa terperinci terhadap kandungan
Al-Quran, ayat-ayat yang berkait dengan dengan isu-isu tersebut dapat dirumuskan
seperti jadual berikut:

Isu/Topik Surah Ayat


Pendidikan Anak
 Cinta ibubapa kepada anak Yusuf 12, 64, 66, 67, 84,
 Anak sebagai ujian Ali-Imran 85
Al-Anfaal 3
 Mendoakan anak dengan keberkahan Maryam 28
Al-Furqaan 19
Al-Ahqaaf 74
Isu/Topik Surah Ayat
 Berlaku adil di antara anak-anak Yusuf 15
 Nasihat ibubapa untuk anaknya Al-Baqarah 12
Hud 132,133
Yusuf 42,43
Luqman 67, 87
 Memerintahkan anak untuk selalu Luqman 13, 16,17, 18, 19
berbuat baik 17
 Perintah Allah supaya menjaga anak At-Tahrim 6
dari api neraka
Pengajaran untuk anak
 Mengajar akhlak kepada anak Luqman 18
 Mengajar anak untuk beribadat Luqman 19
Al-An’naam 6
 Doa untuk zuriat yang baik Ali-Imran 38,
Ibrahim 37, 38, 39, 40
 Memberi makanan yang halal kepada Al-Baqarah 168
anak
Keutamaan Ilmu Al-Baqarah 247, 269,
Ali-Imran 7,
An-Nisaa’ 162
Yusuf 68

Jika dilihat pada perspektif Al-Quran, perbincangan tentang pendidikan anak-anak


termasuklah anak-anak remaja adalah diwajibkan selagi ia bermatlamatkan kepada
tujuan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Pembelajaran berpandukan Al-Quran
dan Al-Sunnah dan kaedah pembelajaran yang paling berkesan. Lantaran itu,
perbincanganan tersebut mestilah berlandaskan kepada pentafsiran ayat-ayat Al-
Quran, Al-Sunnah dan juga pandangan ilmuan Islam yang mempunyai berautoriti
sama ada di kalangan ilmuan lampau atau semasa.

3.0 Anak Soleh Dan Solehah Idaman Ibubapa


Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup
berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk
dijaga, dipelihara dan dididik dengan sempurna disamping memastikan keselamatan
di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita
telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan
kepada manusia berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Hadith dalam melahirkan
sebuah keluarga bahagia yang dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.
Maka, sesusungguhnya anak yang soleh dan solehan adalah merupakan idaman
kepada semua ibubapa.
Kita semua sebagai adalah ibubapa atau bakal menjadi ibubapa sudah pasti
berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi
penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita
sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w:


ِ،‫ِ ُأفنو ُهعنلمم ُيعتننتْفتفعع ُبههه‬،‫صفدقفمة ُفجاَهريفمة‬ ‫م‬ ‫ت ُابهن ُآدم ُاهنِنتفقطفع ُعملعه ُاه ل ه‬ ‫ه‬
‫ ُ ف‬:ُ ‫ل ُمنن ُثفلفث‬ ‫ف فف ع‬ ‫" ُافذا ُفماَ ف ن ف ف‬
."ُ ‫صاَلهمح ُيفندععنولفعه‬ ‫م‬
‫ ُأفنو ُفولفد ُ ف‬
Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya
kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, atau Ilmu yang bermanfaat atau anak
yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang
terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna
kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.
Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh
merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada
setiap ibubapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit
sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan
remaja.

Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa
bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu
memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Malahan, kita sebagai
ibubapa wajib mendidik anak-anak semenjak dari dalam kandungan lagi. Seperti
kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebung. Mendidik anak-anak
semasa kecil adalah tidak sama dengan mendidik anak-anak pada peringkat zaman
remaja.

Anak-anak akan mengalami proses pembesaran dengan mengalami 3 peringkat.


Peringkat pertama ialah zaman bayi. Pada peringkat ini ibubapa banyak perlu
mendidik perkara-perkara asas iaitu membelai dengan kasih sayang. Peringkat
kedua pula ialah zaman kanak-kanak. Pada peringkat ini ibubapa perlu mendidik
anak-anak dengan pendekatan pembelajaran sambil bermain. Pada peringkat ini
ibubapa juga sudah wajib mengajar anaknya mendirikan solat pada usia anaknya 7
tahun. Mengasingkan tempat tidur anak-anak yang berlainan jantina apabila
mencapai umur 10 tahun. Anak-anak orang mukmin sepatutnya menerima
pendidikan ini daripada ibubapa mereka. Kalau kita telitikan, Islam sudah meletakkan
satu tanda aras kepada ibubapa agar mendidik anak-anak mereka sebelum
mencapai usia remaja. Pada zaman kana-kanak inilah anak-anak perlu didedahkan
oleh ibubapa dengan ilmu tauhid iaitu Allah yang Esa. Perlu didik dengan kefahaman
bahawa perbuatan yang baik akan dibalas baik (ganjaran pahala) dan perbuatan
jahat (maksiat) akan dibalas dengan balasan yang sekeras-kerasnya (dosa) oleh
Allah s.w.t. Setidak-tidaknya pada peringkat kanak-kanak, kanak-kanak tersebut
sudah dididik untuk membezakan perkara-perkara yang baik dan perkara-perkara
yang buruk.

Pada peringkat remaja, kebanyakkan anak-anak akan mencapai usia baligh. Pada
ketika usia ini, sudah sampai masanya anak-anak melaksanakan semua ibadat yang
difardukan oleh Allah s.w.t seperti bersolat, berpuasa, taat kepada ibubapa,
menghormati guru-guru dan hak orang lain. Ringkasnya pada zaman remaja ianya
merupakan peringkat “execution”. Jikalau anak-anak yang sudah remaja
meninggalkan solat, ingkar perintah ibubapa, melakukan maksiat, maka dosa adalah
balasannya. Pendekatan mendidik anak-anak pada peringkat remaja adalah berbeza
dengan pendekatan semasa mereka di zaman bayi dan kanak-kanak. Remaja
memerlukan ibubapa yang menjadi “role model” kepada mereka. Ibubapa juga
memerlu pendekatan pemudahcara kepada anak-anak sebagai “tool” mendidik
anak-anak remaja.

4.0 Ibubapa Penjana Pendidikan Anak-Anak


Tugas mendidik anak-anak adalah merupakan “Key Performance Indicator” (KPI)
utama kepada semua ibubapa. Ibubapa bertanggungjawab penuh menggalas tugas
mendidik anak-anak di rumah. Ibubapa harus sentiasa memastikan pendidikan anak-
anak termasuk anak-anak kategori remaja terpelihara walau pun memerlukan
pengorbanan tenaga, wang dan masa. Sebagai ibubapa kita tidak boleh melepaskan
diri dalam mendidik anak-anak walau apa cabaran sekalipun. Jika tidak, anak-anak
akan rosak pegangan akidah, hilang kemurnian akhlak dan moral. Jikalau kita amati,
rata-rata anak-anak yang mengalami masalah akhlak, mereka adalah ketinggalan
dalam arus pendidikan Negara dan pencapaian didalam peperiksaan adalah tidak
cemerlang.

Ibu bapa perlu memiliki kualiti bimbingan yang baik supaya anak-anak tidak mengira
peringkat umur termasuklah anak-anak remaja berada dalam pengaruh budaya
keluarga yang sihat. Jika tidak, pengaruh buruk di luar rumah yang sedang
menunggu akan mempengaruhi mereka. Ibubapa wajib membina asas pendidikan
yang kukuk (foundation) kepada anak-anak. Kita tidak mahu anak-anak menjadi
keliru dan tidak tahu memilih mana yang baik dan buruk dalam hidup mereka. Dr
Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa kesan paling menonjol akibat dari tamadun
hari ini ialah terpisahnya ikatan akhlak yang mendedahkan manusia kepada pelbagai
krisis dan gejala. Bimbang dengan tekanan ini, mimbar menyeru ibubapa agar
membimbing anak-anak secara serius terutamanya dari sudut rohani atau bimbingan
hati.

Allah SWT menegaskan seksaan yang sangat berat jika ibubapa sengaja cuai atau
bersifat khianat dengan amanah yang diberikan untuk mendidik anak-anak. Firman-
Nya dalam surah At-Tahrim ayat 6:

Maksudnya: " Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-
malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan."

Kita perlu sedar bahawa anak-anak kita sekarang ini berdepan dengan cabaran dan
pengaruh hiburan yang terlalu banyak. Bukalah saluran TV manapun pasti program
hiburan akan tersedia. Sesetengah program hiburan amat diminati oleh anak-anak
kita. Ini menyebabkan anak-anak sanggup menghabiskan banyak masa terutama di
musim cuti persekolahan menonton pelbagai program hiburan di talivisyen dan
internet dengan mengabaikan tugas sebenar mereka sebagai pelajar. Implikasinya
anak-anak bukan sahaja lemah pencapaiannya dalam pelajaran, malah anak-anak
juga berdepan dengan masalah keruntuhan akhlak yang berpunca daripada
pengaruh hiburan yang melampau.

Tidak mustahil anak-anak akan terikut-ikut dengan gelagat ikon-ikon program reality
TV yang berpakaian menjolok mata serta bergaul bebas lelaki dan wanita tanpa
batas. Oleh itu, kita bertanggungjawab mempastikan anak-anak kita tidak
menghabiskan masa cuti persekolahan dengan menonton program-program hiburan
begitu. Tugas ini bukan mudah, kerana media berada di mana-mana, malah tidak
ada rumah yang tidak di masuki media. Apa yang perlu kita lakukan ialah memantau
serta membimbing secara serius serta berterusan kepada anak-anak remaja kita
agar tidak menghabiskan masa menonton program hiburan semata-mata. Kita
sebagai ibubapa perlu setiap hari bertanyakan anak-anak apa yang mereka telah
buat sepanjang hari. Apakah mereka telah bersolat dan apakah mereka telah
mengulangkaji pelajaran? Dengan itu, insya Allah, tugas mereka sebagai pelajar
tidak akan dipersiakan.

Selain daripada cabaran hiburan, anak-anak kita juga terdedah kepada pengaruh
watak individu atau kumpulan yang tidak berakhlak dalam masyarakat seperti
pergaulan bebas, perlumbaan haram, melepak, merokok, berpoya-poya dan
sebagainya. Adalah menjadi kewajipan kita mengawal ketat anak-anak kita daripada
mendekati dan bergaul dengan watak-watak dan kumpulan-kumpulan remaja yang
rosak akhlak dan jelas membelakangkan petunjuk Allah SWT. Sebagai ibubapa, kita
perlu setiap hari bertanyakan anak-anak kita berkenaan dengan aktiviti harian
mereka. Contohnya dengan mengambil berat ke mana mereka pergi, untuk apa
mereka ke sana, dengan siapa mereka pergi, jam berapa mereka pulang dan
sebagainya. Dengan demikian, mudah-mudahan kita dapat mengawal anak-anak
kita daripada terjerumus kelembah kehancuran.

Hayatilah pesanan Nabi SAW agar kawan anak-anak kita hendaklah dipilih dari
kalangan mereka yang berakhlak dan mempunyai jatidiri.

Mafhumnya: “Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang jahat
adalah seperti saudagar minyak wangi dan tukang besi. Peniaga minyak wangi akan
memercikkan minyak wanginya atau dapat membeli daripadanya atau mencium bau
wanginya. Manakala tukang besi pula mungkin akan membakar bajumu atau engkau
mencium bau busuk daripadanya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

5.0 Tanggungjawab Dan Kewajipan Ibubapa Dalam Pendidikan Anak-Anak


Keluarga adalah asas menentukan dasar pembinaan akhlak anak. Bila tumpuan ibu
bapa terhadap keluarga berkurangan, maka kadar keciciran anak-anak semakin
meningkat. Anak pada peringkat awal pembesaran dan pendewasaan memerlukan
ibu bapa sebagai orang terawal penunjuk jalan teladan yang baik. Menurut prinsip
pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia,
kasih sayang dan komunikasi yang mesra sebenarnya bermula dari dalam perut ibu
lagi sehinggalah anak itu mencapai akil baligh.
Dengan demikian adalah amat penting para ibubapa dapat memahami bahawa
dalam tempoh kritikal ini, ibu bapa tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-
anak walau apa jua sekalipun. Antara tanggungjawab dan kewajipan ibubapa dalam
pendidikan anak-anak ialah:

i. Menjaga dan memastikan anak-anak selamat dari api neraka Allah.

Firman Allah ta'ala yang bermaksud:

‫س كوٱَيلٮحكجاَكرةة كعلكييكہاَ كملكـــٮٮككةة‬


‫ـٓأكييكہاَ ٱَلنٮذيكن كءاً۬كمةنوااً۬ قةـوااً۬ كأنفةكسةك يم كوأكيهٮليةك يم كناَررراً۬ كوةقوةدكهاَ ٱَلنناَ ة‬
‫ٮغكل ر ة‬
‫ظ‬
(٦) ‫ل كماَ أككمكرةه يم كوكييفكعةلوكن كماَ ةييؤكمةروكن‬ ‫صوكن ٱَ ن ك‬ ‫ٮشكداً۬رةد نل كييع ة‬
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala);
neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya);
mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya
kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang
diperintahkan. [Surah al-Tahrim: 6]

Di riwayatkan sesungguhnya Umar telah berkata ketika turunnya ayat di atas: Wahai
Rasulullah! Kami jaga diri-diri kami, maka bagaimana pula kami menjaga ahli
keluarga kami? Maka jawab Baginda s.a.w: Kamu cegah mereka semua daripada
melakukan apa yang Allah larang kepada kamu dan kamu suruh mereka dengan
semua apa yang Allah perintahkan kepada kamu, maka itulah perlindungan kamu
kepada ahli keluarga kamu daripada api neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w. : Sesungguhnya umpama aku dan orang lain adalah sama
seperti seorang lelaki yang menyalakan api, manakala api itu menerangi sekitarnya
lalu datanglah kelkatu dan binatang ini akan datang beramai ramai merempuh
cahaya api tersebut sehingga jatuh ke dalam api, maka aku adalah orang yang
menahan kamu semua dari terjatuh ke dalam api tersebut. [Muttafaqun alaiy]

ii. Pra syarat untuk menjadi ibubapa sebagai pendidik yang berkualiti ialah:
a. Berhikmah (Ilmu agama)
b. Bersyukur (bertaqwa)
c. Contoh tauladan yang baik.

Firman Allah ta'ala melalui Luqman al-Hakim yang merupakan pendidik terbaik
sebelum dia mendidik anaknya:

‌ِ‫ڪير كفإٮننكماَ كييشةكةر لٮكنيفٮسٮهۦ‬


‫ل كوكمن كييش ة‬ ‫كوكلكقيد كءاً۬كتييكناَ لةيقكمــكن ٱَيل ٮ‬
‫حيككمكة أكٮن ٱَيشةكير ٮ ن ‌ ٮ‬
(١٢) ‫ل كغٮنىى كحٮميرةد‬ ‫كوكمن كككفكر كفإٮنن ٱَ ن ك‬
Maksudnya: " dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman,hikmat
kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya):bersyukurlah kepada
Allah (akan Segala nikmatNya kepadaMu)". dan sesiapa Yang bersyukur maka
faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak
bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Allah
Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. [Luqman:12]

iii. Pendidikan hendaklah berterusan dan menggunakan pendekatan kasih sayang.


Firman Allah ta'ala melalui Luqman yang mendidik anaknya:

‫كوإٮيذ كقاَكل لةيقكمــةن ٮ‬


‫ليبٮنٮهۦِ كوةهكو كيٮع ة‬
(١٣) ‫ظةه ۥ كيــةبكننى‬
Maksudnnya: " dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia
memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku,…..[Luqman:13]

iv. Asas utama dalam pendidikan ialah mengenal Allah dan tidak mensyirikkanNya.
Firman Allah ta'ala melalui Luqman sebagai seorang pendidik yang terbaik:

(١٣) ‫ظيلةم كعٮظيرةم‬ ‫كل ةتيشٮريك ٮبٱِ ن ‌ ٮ‬


‫ل إٮنن ٱَلششيركك كل ة‬
Maksudnya: " janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang
lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang
besar". [Luqman:13]

Contoh-contoh syirik kepada Allah ialah melakukan sesuatu amalan atau pekerjaan
bukan kerana Allah Azza wajalla.

Sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang mempelajari ilmu yang sepatutnya di


mempelajarinya untuk mendapat keredhaan Allah, tetapi ia tidak belajar melainkan
hanya untuk mendapat habuan dunia, maka ia tidak akan dapat mencium bau
syurga. [Hadith sohih- Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban]

v. Pemangkin kepada pendidikan Islam setelah mengenal Allah ialah mendirikan


solat dan menyuruh yang ma'aruf serta mencegah kemungkaran. Firman Allah
ta'ala melaui pendikik terbaik Luqman al-Hakim :

‫صاَكب ‌ ك‬
‫ك‬ ‫صكلـوكة كويأةمير ٮبٱِيلكميعةرو ٮ‬
‫ف كوٱَينكه كعٮن ٱَيلةمنككٮر كوٱَ ي‬
‫صٮبير كعكلـى كماَ أك ك‬ ‫كيــةبكننى أكٮقٮم ٱَل ن‬
(١٧) ‫إٮنن كذٲَلٮكك ٮمين كعيزٮم ٱَيل ةةموٮر‬
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan,
serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas
Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah
dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya. [Luqman:17]

Sabda Rasulullah s.a.w. : Perintahlah anak kecil dengan mengerjakan solat apabila
ia berumur tujuh tahun, maka apabila cukup umurnya sepuluh tahun, maka pukullah
ia sekiranya ia masih tidak mengerjakan solat. [HR Ahmad, Abu Daud dan Al-
Tirmiziy]
6.0 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ibubapa Mendidik Anak Remaja
Dalam usaha membentuk remaja yang berkualiti, maka kecemerlangan bidang
pendidikan tidak hanya dipikul oleh pihak sekolah semata-mata. Bahkan ianya
bergantung kepada ibubapa di rumah. Kedua-dua institusi ini iaitu rumahtangga dan
sekolah saling memerlukan dalam menentukan kecemerlangan anak-anak.

Diantara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ibubapa dalam mendidik anak-anak remaja
iaitu perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibubapa dalam proses
melahirkan dan mendidik remaja yang soleh ialah:

Pertama: Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.


Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara
berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan
oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38

Yang bermaksud : Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat
keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa
permohonan.

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat
yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi
mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini
memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita
berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan
Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Kedua: Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak


Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah
yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup
manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan
akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan.
Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka
serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga: Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari


Sudut Ibadah
Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan
ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan
dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan
raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap
masa.
Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak
tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan
firman Allah dalam surah Al-An’aam ayat 162 :

Yang bermaksud: “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku


hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”.

Keempat: Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak


Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap
keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji
menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding
dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh
masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan
untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat
dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan
melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. :

‫فماَ ُهمنن ُفشنىمء ُأفثنتفقعل ُفهنى ُ ه نميتفزاهن ُالنفعنبهد ُيفتنوفم ُالنهقفياَفمهة ُهمنن ُعحنسهن ُالنعخلعهق‬
( ‫) رواه أبو دأود والتمرذي‬

Maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan
seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.

Menurut Yusuf al-Qardawi, Tokoh Maal Hijrah 1431H bahawa kesan yang paling
menonjol akibat kelemahan kualiti keibubapaan hari ini adalah terpisahnya atau
tercabutnya akhlak anak-anak yang memudahkan dan mendedahkan mereka dalam
krisis gejala sosial.

Kelima: Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal


Setiap ibubapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak
merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber
yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan
sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa
keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sihat. Dan
akhirnya mendorong seseorang ke arah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat
rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :
Yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa
yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;
kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu

Satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w, seorang sahabat yang berjemaah bersama
baginda kerap keluar dari jemaah awal sebelum sempat berdoa. Baginda s.a.w
bertanyakan kenapa balik tergesa-gesa sebelum sempat berdoa. Sahabat itu
menerangkan dia mempunyai anak kecil yang ibunya baru meninggal dunia. Dia
takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran yang gugur di halaman
rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya. Sahabat itu menjelaskan
daging yang disuburkan dari benda yang haram itu tidak layak masuk syurga.
Mendengarkan penjelasan itu, baginda terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya
memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah.

7.0 Anak-Anak Merupakan Aset Pelaburan Kepada Ibubapa


Sepertimana yang kita telah ketahui bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
menemui mati. Sebagaimana firman Allah setiap yang bernyawa pasti akan menemui
kematian tanpa terkecuali. Firman Allah ta'ala:

‫س كذاَٮٮكقةة ٱَيلكميو ‌ ٮ‬
(٥٧) ‫ت ةثنم إٮكلييكناَ ةتيركجةعوكن‬ ‫ةكيل كنيف ر س‬
Maksudnya: “ tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). [Al-Ankabut:57]

Ibn Abi Hatim meriwayatkan dari Abu Darda' –raduyallahu anhu- bahawa dia
menceritakan: Ketika bersama Rasulullah kami pernah membicarakan tentang
bertambahnya umur, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan
menangguhkan satu jiwa pun ketika ajalnya telah tiba. Akan tetapi yang di
maksudkan bertambahnya usia itu adalah bahawa Allah memberikan rezeki kepada
hamba-Nya berupa anak keturunan yang soleh yang mendoakan kebaikan untuknya
sehingga doa mereka menyertainya ketika ia berada di dalam kubur. [HR al-Haakim
dalam kanzul-Ummal,16/281. dan di sebut oleh Ibnu Katsir dalam tafirnya, 4/373 dan
2/573]

Daripada hadith soheh di atas jelaslah kepada kita bahawa anak-anak zuriat yang
kita lahirkan merupakan rezeki kurniaan Allah yang berupa aset pelaburan kepada
kita yang mana dengan doa anak-anak yang soleh boleh membantu kita
meringkankan azab dalam kubur. Oleh itu, kita wajar mendidik anak-anak supaya
mereka beramal soleh dan meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Kita sibuk mengejar dunia. Insyaallah, jika sampai umur persaraan, kita akan
menerima wang saraan pencen di hari tua. Tetapi, pernahkah kita terfikir pencen kita
ketika di alam kubur? Jika kita berpandangan jauh ke hadapan, anak-anak adalah
pelaburan untuk kita. Doa anak-anak yang soleh dan solehan merupakan pencen
kita di alam kubur.

Semua amalan soleh yang di lakukan oleh anak si mati, akan di perolehi pahalanya
oleh ibu bapa tanpa di kurang sedikit pun walaupun tidak di niatkan untuk kedua-
duanya. Ini kerana "anak merupakan hasil dari usaha ibubapa". Sabda Nabi
s.a.w:

‫ب ْكماَ ْأككككل ْإلنرهجهل ْهمسن ْككسسبههه ْ ك إوهإنن ْكولككدهه ْهمسن ْككسسبههه‬ ‫هإنن ْأك س‬
‫طكي ك‬
Maksudnya: Sesungguhnya apa yang paling baik di makan oleh seseorang ialah
hasil dari usahanya dan seseunggunhnya anak adalah hasil usahanya. [HR Ahmad,
Al-Bukhari (al-Tarikh al-Kabir), Abu Daud, Al-Nasai'e dan Ibn Majah]

Pendapat mazhab Al-Syafei segala amalan manusia tidak akan sampai kepada
orang yang telah mati kecuali daripada anak-anak yang soleh dan yang telah tetap
dalil-dalilnya daripada al-Quran dan Sunnah. Ini berdasarkan firman Allah ta'la:

(٣٩) ‫لنكســٮن إٮنل كماَ كسكعـى‬ ‫كوكأن لنيي ك ي‬


‫س لٮ ٮ‬
Maksudnya:”dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang
melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya. [Al-Najm:39]

8.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, tugas ibubapa adalah amat berat dalam mendidik anak-anak
terutamanya anak-anak remaja. Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan
yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa
hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan
tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang
berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan,
kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Ini semua
membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak
dengan baik dan sempurna.

Keluarga adalah asas menentukan dasar pembinaan akhlak anak. Bila tumpuan ibu
bapa terhadap keluarga berkurangan, maka kadar keciciran anak-anak semakin
meningkat. Anak pada peringkat awal pembesaran dan pendewasaan memerlukan
ibu bapa sebagai orang terawal penunjuk jalan teladan yang baik. Menurut prinsip
pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia,
kasih sayang dan komunikasi yang mesra sebenarnya bermula dari dalam perut ibu
lagi sehinggalah anak itu mencapai akil baligh.

Anda mungkin juga menyukai