Anda di halaman 1dari 9

“KANAK-KANAK HARAPAN NEGARA”

(30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H)

﴾‫﴿ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ‬
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi
sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keberkatan
hidup di dunia dan di akhirat. Pada hari yang penuh keberkatan ini, mimbar akan
membicarakan khutbah berkenaan “Kanak-Kanak Harapan Negara” seiring
dengan prinsip Islam sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh alam
termasuk kalangan kanak-kanak. Imam al-Termizi meriwayatkan daripada Anas
bin Malik bahawa Rasulullah bersabda:

Mafhumnya: “Bukan daripada kalangan kami orang yang tidak ada sifat rahmat
(kasih sayang) terhadap golongan kanak-kanak”

1
SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKELIAN,
Malaysia sentiasa berusaha gigih dalam memastikan kesejahteraan hidup
kanak-kanak di negara ini agar hak-hak mereka sentiasa diberi pengiktirafan. Ini
selaras dengan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak yang diterima pakai
oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah ditandatangani oleh
Kerajaan Malaysia pada 28 Disember 1994. Melalui persetujuan penggunaan
instrumen antarabangsa itu, Malaysia dari semasa ke semasa sentiasa
memastikan kanak-kanak memiliki sewajarnya Hak Untuk Kehidupan, Hak
Untuk Perkembangan, Hak Untuk Perlindungan dan Hak Untuk Penyertaan.

Namun, usaha Kerajaan ini pasti kurang membuahkan hasil sekiranya ibu
bapa tidak memberi sokongan padu. Ibu bapa perlu berusaha gigih dalam
membina potensi diri kanak-kanak dengan memberi didikan yang sebaiknya
agar kanak-kanak mampu membuat penilaian sesuatu sama ada ia baik atau
sebaliknya. Ia perlu bermula seawal usia kanak-kanak boleh dididik di rumah
agar ia tersemat kemas di dalam hati dan sanubari mereka selaras dengan nasihat
Imam al-Syafie yang berbunyi:
“Hendaklah kamu (ibu bapa) perbaiki diri dahulu sebelum memperbaiki anak-
anak, kerana mata mereka sentiasa memerhatikan kamu. Baik dan buruk bagi
mereka adalah mengikut penentuan kamu, ajarlah mereka al-Quran (syariat
Islam) dan jangan abaikan mereka, nescaya mereka akan terpesong”

Nilai-nilai baik yang perlu dijadikan amalan hidup merupakan apa yang
dianjurkan oleh syarak seperti amanah, rajin berusaha dan bercita-cita tinggi.
Manakala nilai-nilai buruk yang perlu dijauhi pula adalah apa yang dilarang oleh
syarak untuk didekati seperti khianat, rasuah, malas dan hidup tanpa motivasi.
Melalui didikan terhadap nilai-nilai baik dan buruk ini, ia mampu memimpin
arah kanak-kanak dalam membentuk aspirasi mereka yang berkualiti. Bukan
sekadar itu sahaja, ia pasti akan mampu direalisasikan oleh mereka dengan
penuh integriti walaupun akan berhadapan dengan liku-liku kehidupan yang
penuh dengan ranjau dan cabaran nanti.

2
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Rasulullah merupakan suri teladan yang terbaik dalam semua perkara
termasuk dalam mendidik kanak-kanak. Pelbagai panduan dan nasihat yang
disampaikan oleh Baginda sentiasa relevan untuk digunapakai dan
diamalkan. Antara panduan yang diberikan oleh Baginda adalah kaedah yang
pelbagai dalam mendepani kanak-kanak sesuai dengan usia mereka. Oleh yang
demikian, Rasulullah telah menggariskan tiga tahap dalam menyampaikan
pendidikan kepada kanak-kanak iaitu:
Tahap Pertama: Kanak-kanak yang baru lahir sehingga mereka mumayyiz
(iaitu dapat membezakan antara perkara baik dan
buruk) atau berusia enam tahun; Pada tahap ini, mereka
perlu dididik dengan belaian kasih sayang dan gurauan;
Tahap Kedua: Kanak-kanak yang berumur tujuh tahun sehingga
mencapai tahap baligh (iaitu telah matang); Pada tahap
ini, mereka perlu dididik dengan arahan dan disiplin. Mereka
juga perlu diberi tanggungjawab agar mampu dapat dilatih
untuk memenuhinya.
Tahap Ketiga: Kanak-kanak yang berumur 15 tahun sehingga mencapai
usia dewasa; Pada tahap ini, didiklah mereka dengan
menjadikan mereka kawan dan saling bertukar-tukar
pandangan. Apa yang diutarakan oleh mereka perlu
dihormati selagi mana ia tidak bertentangan dengan Syarak.

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,


Kaedah pendidikan kanak-kanak juga perlu bervariasi dan berperingkat, hal
ini dijelaskan oleh Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan (‫ )عبد هللا ناصح علوان‬dalam
karyanya yang berjudul Tarbiyatul Aulad fil Islam (Pendidikan Kanak-Kanak
Menurut Islam) bahawa antara kaedah mendidik yang efektif ialah Pendidikan
Melalui Teladan, Kebiasaan, Nasihat, Pemerhatian dan Hukuman.

3
Pendidikan Melalui Teladan merupakan kaedah yang paling berkesan
kepada kanak-kanak. Ini kerana, apabila kanak-kanak melihat contoh ikutan
yang baik pada ibu bapanya, mereka akan mengikut prinsip-prinsip yang baik
dan akhlak Islam juga. Jika ibu bapa ingin melihat anaknya bersifat jujur,
amanah, penyayang dan menjauhi perkara batil, maka ibu bapa perlu
memberikan contoh yang baik iaitu dengan melakukan kebaikan, menjauhi
kejahatan, berakhlak mulia, mengikut kebenaran dan meninggalkan kebatilan.

Rasulullah telah menunjukkan teladan yang sangat mulia dengan kanak-


kanak apabila Baginda meraikan mereka sekalipun ketika solat. Imam
Ahmad dan Nasa’i meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah sujud terlalu
lama kerana cucunya berada di atas belakang Baginda . Apabila ditanya oleh
para sahabat, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ketika itu cucuku ini
berada di atas belakangku dan aku tidak mahu mengganggunya hingga dia
selesai.”

Pendidikan Melalui Kebiasaan pula ialah melalui pengaruh persekitaran


kanak-kanak sama ada mereka akan terus kekal dengan fitrah kelahiran atau
sebaliknya. Bagi memastikan kanak-kanak terus membesar dengan fitrah,
didikan dengan segala kebiasaan yang baik amat perlu. Ibu bapa perlu
mewujudkan persekitaran yang baik bagi membentuk mereka. Imam Bukhari
meriwayatkan bahawa Rasulullah

Bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam). Kemudian


kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani, atau
Majusi”.

Manakala Pendidikan Melalui Nasihat pula berupaya membuka minda


kanak-kanak terhadap hakikat sesuatu perkara dan mendorong mereka
melakukan perkara yang mulia, menghias diri dengan akhlak terpuji serta
4
memahami kepentingan pendidikan Islam. Nasihat yang berhikmah amat perlu
diberikan kepada kanak-kanak dalam mendidik mereka. Gunakanlah variasi
teknik nasihat kepada mereka antaranya nasihat melalui cerita; nasihat melalui
dialog dan soal jawab; nasihat dengan gurau mesra; nasihat dengan
perumpamaan dan lain-lain.

Setertusnya Pendidikan Melalui Pemerhatian yang bermaksud menjejaki,


menemani, memerhati dan mengawasi kanak-kanak dalam membentuk akidah,
akhlak, psikologi dan sosialnya. Ia dapat dilaksanakan dengan sering bertanya
tentang keadaan kanak-kanak dalam aspek jasmani mahupun pencapaian
akademik. Pendidikan seperti ini adalah anatara asas utama untuk melahirkan
insan yang seimbang, sempurna dan mampu menunaikan hak kepada yang
berhak dalam kehidupannya serta mampu mendorong mereka menjalankan
tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Akhirnya, Pendidikan Melalui Hukuman yang hanya boleh dilaksanakan


sekiranya kaedah-kaedah lain telah dibuat. Ini kerana dalam mendidik kanak-
kanak, ia perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Jika dirasakan sesuatu
hukuman mampu menjadi alat mendidik, maka hukuman itu perlu dipastikan
tidak akan mencederakan zahir dan batin kanak-kanak. Ini bagi memastikan
kanak-kanak agar dapat terus dididik dan tidak lari daripada pendidiknya.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah kita bersama-sama menjaga
dan mendidik anak-anak dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat
berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan bakal penerus kepada
perjuangan Islam yang didokongi oleh ibu bapa. Isilah masa kehidupan mereka,
termasuklah sepanjang cuti persekolahan yang sudah bermula ini, dengan
perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri mereka. Semoga
dengan itu, Malaysia akan menjadi negara aman dan sentosa bukan sekadar pada
5
hari ini, tetapi insya-Allah akan terus berkekalan selama-lamanya apabila ia
telah diwariskan kepada anak-anak kita kelak.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫﴿ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ‬
﴾‫ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ‬
Maksudnya : “Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya
dengan keadaan beriman, Kami hubungkan dengan mereka; zuriat mereka dan
Kami tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap
seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.”
(Surah al-Tur : ayat 21)

6
KHUTBAH KEDUA


‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫﴿ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ‬
﴾‫ﭿ‬
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi; wahai orang
yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah
kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan.”

7
‫فادوك بضيندا يغ دفرتوان اضوغ‬ ‫يغ‬

‫يغ‬
‫يغ‬ ‫اضوغ‬ ‫يغ‬

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami memohon agar dengan rahmat dan


perlindungan-Mu, Negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam
keamanan dan kesejahteraan,

Tanamkanlah rasa kasih sayang diantara kami,kekalkanllah perpaduan dalam


kalangan kami, semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, makmur
dan selamat sepanjang zaman.

8
‫﴿ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ﴾‬
‫﴿ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥﯦ﴾‬

‫﴿ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ‬
‫ﮆ ﮇ ﮈ ﮉﮊ ﮋ﴾‬

‫‪9‬‬

Anda mungkin juga menyukai